kaedah token ekonomi

15
Disediakan oleh Poovaneswary a/p Sinnasamy Muhammad Azaki Mamat Avralinetine Epin Kaedah Token Ekonomi

Upload: poovaneswarysinnasamy

Post on 13-Dec-2015

81 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Kaedah token ekonomi

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah Token Ekonomi

Disediakan oleh

Poovaneswary a/p Sinnasamy

Muhammad Azaki Mamat

Avralinetine Epin

Kaedah Token

Ekonomi

Page 2: Kaedah Token Ekonomi

Pengenalan Kaedah Token Ekonomi

Menurut Miltenberger (2004), kaedah

token ekonomi adalah sebuah teknik

dimana individu mendapatkan token

untuk tingkah laku diingini yang

ditunjukkan. Token yang dihasilkan

boleh ditukar pula dengan peneguh

simpanan (backup reinforcer).

Page 3: Kaedah Token Ekonomi

Sistem token ekonomi merupakan satu bentuk menggunakan pendekatan peneguhan tingkah laku positif yang mudah dilaksanakan di sekolah terutamanya di prasekolah.

tingkah laku positif murid-murid akan dipertingkatkan.

Setiap kali murid berkenaan berkelakuan baik atau menunjukkan tingkah laku positif, maka dia akan mendapat ganjaran seperti bintang, pelekat, gambar, setem dan lain-lain ..

Sekirannya murid berjaya mendapat jumlah token tertentu, maka token-token tersebut boleh ditebus untuk sesuatu hadiah atau pun sesuatu aktiviti yang digemarinya.

Page 4: Kaedah Token Ekonomi

Secara tidak langsung, tingkah laku positif murid berkenaan akan diperkukuhkan lagi sekiranya guru memberitahunya bahawa kenapa dia yang layak mendapatkan token-token tersebut. Tindakan ini akan memotivasikan lagi murid berkenaan untuk menunjukkan tingkah laku yang positif. Antara item-item yang disyorkan sebagai token ekonomi ialah:-

- Bintang - Smiley - Setem - Pelekat dan sebagainya

Page 5: Kaedah Token Ekonomi

Item-item yang tersenarai di atas boleh ditampal ke atas kertas, kad rekod, atau carta. Sistem ekonomi token ini berkesan atas dua sebab. Pertama, ia tidak menekankan unsur persaingan dengan murid-murid lain. Kedua, menu ganjaran merupakan ransangan yang menarik dan dikejar-kejar oleh muid secara individu. 

Page 6: Kaedah Token Ekonomi

Kenalpasti terlebih dahulu tingkahlaku yang mahu diubah

Duduk di tempat sendiri semasa guru mengajar.

  Patuhi segala arahan yang diberi oleh guru.

  Siapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

  Dilarang bergerak ke sana sini

  Dilarang bising semasa guru mengajar.

  Dilarang bermain semasa guru mengajar.

  Dilarang bertutur perkara tidak sopan

  Dilarang bergaduh dengan rakan-rakan.

  Beri salam kepada guru ketika mula waktu belajar.

  Bersalaman dengan guru ketika tamat waktu belajar

Page 7: Kaedah Token Ekonomi

Pilih token Token biasanya adalah dalam bentuk benda yang boleh mewakili sesuatu peneguhan itu. Contohnya seperti 'sticker', cop, plastik coin ataupun kad. · Disukai oleh murid.

· Mencukupi bila diperlukan.

· Praktis - tidak menyusahkan.

· Dalam bentuk yang boleh dihimpunkan, dilihat, disentuh dan dibilang.

· Tidak mudah diperolehi di tempat lain.

· Tahan lama.

Page 8: Kaedah Token Ekonomi

Murid diberi token apabila menunjukkan tingkahlaku yang diingini. token

yang diterima mempunyai nilai ekonomi maka program ini dipanggil

sebagai sistem ekonomi kerana berasaskan sistem kewangan, iaitu dan

boleh ditukar. Token ini kemudiannya boleh ditukarkan dengan ganjaran

atau hadiah yang disukai oleh murid. Token dapat diperolehi / dikumpulkan

mengikut cara murid bertingkah laku. Murid mengawal tingkah laku; guru

mengawal peneguhan. Token yang dikumpulkan semakin meningkat

nilainya kerana aktiviti, bahan, atau keistemewaan yang boleh ditukarkan

dengannya

Page 9: Kaedah Token Ekonomi

BIL TINGKAH LAKU POSITIF

NILAI TOKEN

1 Duduk di tempat sendiri semasa guru mengajar. 2 token

2 Patuhi segala arahan yang diberi oleh guru. 3 token

3 Siapkan tugasan yang diberikan oleh guru. 3 token

4 Dilarang bergerak ke sana sini 2 token

5 Dilarang bising semasa guru mengajar. 2 token

6 Dilarang bermain semasa guru mengajar 2 token

7 Dilarang bertutur perkara tidak sopan 2 token

8 Dilarang bergaduh dengan rakan-rakan. 4 token

9 Beri salam kepada guru ketika mula waktu belajar. 5 token

10 Bersalaman dengan guru ketika tamat waktu belajar. 5 token

Perolehan tokenSetiap tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid akan diberi token. Contoh:

Page 10: Kaedah Token Ekonomi

BIL GANJARAN BILANGAN TOKEN YANG PERLU DIKUMPUL

1 pemadam 20 token

2 Pembaris 20 token

3 Pensel 30 token

4 Pensel warna 50 token

5 Pengasah pensel 20 token

6 Buku mewarna 50 token

7 Kotak pensel 40 token

8 Bola 60 token

9 Kereta mainan 100 token

Menu ganjaranPemilihan menu ganjaran adalah mengikut minat murid. Murid diingatkan supaya berusaha untuk mendapatkan ganjaran yang diidamkan dengan mengumpul  token sebanyak yang mungkin.

Contoh :

Page 11: Kaedah Token Ekonomi

Token Ekonomi pendidikan khas

Kaedah ini merupakan strategi terbaik untuk

mengawal tingkah laku murid Pendidikan

Khas. Sistem yang digunakan ialah konsep

hukum dan ganjaran. Setiap tingkah laku yang

positif diberi pelekat sebagai salutasi kepada

murid manakala tingkah laku negatif akan

ditarik semula pelekat tersebut. TE

mempunyai jangka masa tertentu dan hadiah

akan diberikan kepada murid berdasarkan

bilangan pelekat yang diperolehi sepanjang

tempoh pelaksanaan.

Page 12: Kaedah Token Ekonomi
Page 13: Kaedah Token Ekonomi

Contoh situasi

Fasa 1 ( Mengenal pasti tingkah laku )

Guru telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid A. Antara tingkah laku yang kerap ditonjolkan ialah kurang memberi tumpuan pada kemahiran yang tidak disukai, suka menyembunyi diri di bawah meja, suka tidur atas lantai dan mewarna dengan menggunakan satu warna sahaja.

Page 14: Kaedah Token Ekonomi

Fasa 2 ( intervensi)

a. Pemilihan token

Guru telah memilih token bintang untuk menyelesaikan masalah murid tersebut. Token bintang adalah sistematik dan amat sesuai digunakan kerana ianya cepat dan mudah diberikan kepada murid. Token diberikan dengan murid menampal token tersebut pada kad yang disediakan. Jika sebarang tingkah laku negatif wujud token akan ditarik balik.

b.Peraturan dalam bilik darjah

Guru telah menetapkan peraturan di dalam kelas dan harus diikuti oleh murid. Jika murid melanggar peraturan tersebut token akan ditarik balik. Peraturan ini saya terangkan dahulu supaya murid tidak keliru dan faham tentang isi peraturan dan membuat demonstrasi bagaimana murid akan mendapat atau penarikan token.

Page 15: Kaedah Token Ekonomi

e.    Penarikan token

Menurut Abdul Rahim (2009) denda atau hukuman terhadap murid akan dikenakan dengan cara penarikan balik token. Penarikan token adalah dendaan yang diberikan kepada murid jika murid melakukan tingkah laku negatif.

iii.              Fasa 3 (Rekod perubahan tingkah laku)

Daripada pemerhatian dan rekod yang dilakukan saya didapati penggunaan token ekonomi mampu untuk mengubah tingkah laku murid walau pun bukan keseluruhan. Kekerapan tingkah laku negatif murid semakin menurun apabila tokan digunakan berbanding tanpa apa-apa peneguhan.