kaedah perolehan kerajaan yang lazim dilakukan

4
KAEDAH PEROLEHAN KERAJAAN YANG LAZIM DILAKUKAN Terdapat sepuluh kaedah ataupun cara pihak kerajaan melakukan perolehan dan kita akan bincangkan enam daripadanya yang menjadi kebiasaan bagi Jabatan atau Agensi kerajaan. Kaedah perolehan kerajaan adalah seperti yang disenaraikan di bawah: Perolehan Melalui Pancar Wang Runcit Kebiasaannya perolehan dengan cara ini adalah untuk membeli bekalan bagi kegunaan dalam kadar segera. Jumlah harga setiap perolehan mestilah tidak melebihi RM 500 dan tiada dokumen perolehan diperlukan tetapi mestilah disertakan dengan resit perolehan. Perolehan boleh dilakukan dari orang perseorangan, kedai atau pembekal dan tidak perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan atau bertaraf Bumiputera.

Upload: khairul-nizam-bakar

Post on 23-Jun-2015

464 views

Category:

Business


0 download

DESCRIPTION

Dapatkan 4 Video Eksklusif PERCUMA di sini --> http://perolehankerajaan.com/video.html

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah perolehan kerajaan yang lazim dilakukan

KAEDAH PEROLEHAN KERAJAAN YANG LAZIM

DILAKUKAN

Terdapat sepuluh kaedah ataupun cara pihak kerajaan melakukan

perolehan dan kita akan bincangkan enam daripadanya yang

menjadi kebiasaan bagi Jabatan atau Agensi kerajaan. Kaedah

perolehan kerajaan adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

Perolehan Melalui Pancar Wang Runcit

Kebiasaannya perolehan dengan cara ini adalah untuk membeli

bekalan bagi kegunaan dalam kadar segera. Jumlah harga setiap

perolehan mestilah tidak melebihi RM 500 dan tiada dokumen

perolehan diperlukan tetapi mestilah disertakan dengan resit

perolehan. Perolehan boleh dilakukan dari orang perseorangan,

kedai atau pembekal dan tidak perlu berdaftar dengan

Kementerian Kewangan atau bertaraf Bumiputera.

Page 2: Kaedah perolehan kerajaan yang lazim dilakukan

Perolehan Melalui Kontrak Pusat

Barang yang biasa dibeli melalui kontrak pusat adalah seperti

perabut, kenderaan, perkhidmatan percetakan, uniform dan

banyak lagi barang-barang yang bersifat gunasama. Perolehan

dengan cara ini perlu merujuk kepada peraturan yang telah

ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan atau Agensi kerajaan perlulah

menggunakan pesanan kerajaan sebagai dokumen perolehan.

Pembelian Terus

Kaedah ini adalah yang paling popular, ia adalah untuk setiap jenis

item yang melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan sehingga RM

50,000 boleh dibuat dengan cara ini. Perolehan boleh dilakukan

dengan mana-mana pembekal yang berdaftar atau tidak

berdaftar dengan Kementerian Kewangan sama ada bertaraf

Bumiputera atau bukan Bumiputera.

Sebelum melakukan pembelian terus, Jabatan atau Agensi

kerajaan yang terlibat bertanggungjawab untuk membuat kajian

pasaran. Perolehan haruslah tidak tertumpu kepada satu-satu

pembekal tertentu sahaja selaras dengan prinsip yang diamalkan

dalam melakukan perolehan kerajaan.

Untuk bidang khusus yang memerlukan lesen atau permit yang sah

seperti kawalan keselamatan, farmasi dan sebagainya perlulah

Page 3: Kaedah perolehan kerajaan yang lazim dilakukan

mendapatkan lessen dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi kontrak kerja yang bernilai tidak melebihi RM 20,000, perolehan

boleh dibuat secara lantikan terus di kalangan kontraktor kelas F

yang berdaftar dengan PKK di bawah kepala, sub kepala yang

berkaitan. Jabatan atau Agensi kerajaan perlulah menggunakan

pesanan kerajaan atau inden sebagai dokumen perolehan

mengikut mana yang berkaitan.

Klik sini untuk Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan

Perolehan Melalui Sebutharga

Had nilai perolehan melalui sebutharga adalah melebihi RM

50,000 hingga RM 500,000. Jabatan atau Agensi kerajaan yang

mengeluarkan sebutharga hendaklah mempamerkan

pemberitahuan sebutharga (Notis Sebutharga) di papan kenyataan

awam Jabatan atau Agensi yang mengeluarkan sebutharga,

mengiklankan di akhbar utama dan juga mempelawa sebutharga

kepada penyebutharga yang telah disenarai pendek.

Perolehan Melalui Tender

Tender dibahagikan kepada empat kategori iaitu Tender Terbuka,

Tender Terhad dan Tender Secara Pra-Kelayakan dan Tender

Rundingan Terus. Tender Terbuka dan Tender Terhad terbahagi

Page 4: Kaedah perolehan kerajaan yang lazim dilakukan

kepada empat iaitu Terbuka atau Terhad Tempatan, Terbuka atau

Terhad Antarabangsa, Terbuka atau Terhad Khas Bumiputera dan

Terbuka atau Terhad khas kepada Pembuat atau Pengilang. Had

nilai perolehan melalui sebutharga adalah melebihi RM 500,000 ke

atas.

Untuk lebih makulmat dalam perolehan kerajaan dan bagaimana

untuk anda memenangi perolehan kerajaan. Sila dapatkan ebook

Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan.

Klik sini untuk dapatkannya.

LIKE fanpage kami!