kaedah penghakiman.docx

8
KAEDAH PENGHAKIMAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN Kaedah penghakiman Majlis Tilawah Al-Quran bertujuan untuk membantu Jemaah Hakim Majlis Tilawah al-Quran menjalankan tugas-tugas penghakiman dalam Majlis Tilawah al-Quran seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan Majlis Tilawah al-Quran RASIONAL KAEDAH PENGHAKIMAN Kaedah ini memberi panduan secara terperinci kepada semua anggota Jemaah Hakim dalam setiap tugas yang mereka lakukan dan membantu mereka melaksanakannya dengan cekap dan berkesan. BAHAGIAN-BAHAGIAN PENGHAKIMAN Bahagian-bahagian penghakiman adalah seperti berikut: 1. Tajwid, dengan wajaran 40 markah; 2. Tarannum, dengan wajaran 25 markah; 3. Fasahah, dengan wajaran 20 markah; dan 4. Suara dengan wajaran 15 markah. Bahagian Tajwid Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam penghakiman bahagian Tajwid adalah seperti berikut: i. Menjaga segala hukum Tajwid dengan sempurna, terutama mengenai perkara-perkara yang dihuraikan di bawah ini selanjutnya; ii. Menyebut dengan betul setiap makhraj dan sifat huruf serta lain-lain dari segi tebal dan nipisnya; iii. Menjaga hukum-hukum Tarqiq dan Tafkhim terutama pada huruf lam dan ra’. iv. Mad Asli, Mad Tabii dan Mad Badal tetap dengan kadar panjang dua harakat. v. Mad Jaiz Munfasil boleh dibaca dengan dua harakat atau empat harakat atau vi. lima harakat. Setiap peserta boleh memilih salah satu daripada wajah- wajah vii. Mad Jaiz Munfasil mengikut jalan (tariq) yang dibaca oleh peserta. Sekiranya ia memilih salah satu daripadanya, ia hendaklah meneruskan bacaannya atas wajah itu tanpa berpindah kepada wajah yang lain. Sekiranya terdapat dua Mad Jaiz Munfasil atau lebih dalam sesuatu ayat, maka hendaklah

Upload: siti-khadijah

Post on 01-Oct-2015

234 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KAEDAH PENGHAKIMANMAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Kaedah penghakiman Majlis Tilawah Al-Quran bertujuan untuk membantu Jemaah Hakim Majlis Tilawah al-Quran menjalankan tugas-tugas penghakiman dalam Majlis Tilawah al-Quran seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan Majlis Tilawah al-Quran

RASIONAL KAEDAH PENGHAKIMAN Kaedah ini memberi panduan secara terperinci kepada semua anggota Jemaah Hakim dalam setiap tugas yang mereka lakukan dan membantu mereka melaksanakannya dengan cekap dan berkesan.

BAHAGIAN-BAHAGIAN PENGHAKIMANBahagian-bahagian penghakiman adalah seperti berikut:1. Tajwid, dengan wajaran 40 markah;2. Tarannum, dengan wajaran 25 markah;3. Fasahah, dengan wajaran 20 markah; dan4. Suara dengan wajaran 15 markah.

Bahagian TajwidPerkara-perkara yang dititikberatkan dalam penghakiman bahagian Tajwid adalahseperti berikut:i. Menjaga segala hukum Tajwid dengan sempurna, terutama mengenai perkara-perkara yang dihuraikan di bawah ini selanjutnya;ii. Menyebut dengan betul setiap makhraj dan sifat huruf serta lain-lain dari segi tebal dan nipisnya;iii. Menjaga hukum-hukum Tarqiq dan Tafkhim terutama pada huruf lam dan ra. iv. Mad Asli, Mad Tabii dan Mad Badal tetap dengan kadar panjang dua harakat.v. Mad Jaiz Munfasil boleh dibaca dengan dua harakat atau empat harakat atauvi. lima harakat. Setiap peserta boleh memilih salah satu daripada wajah-wajahvii. Mad Jaiz Munfasil mengikut jalan (tariq) yang dibaca oleh peserta. Sekiranya ia memilih salah satu daripadanya, ia hendaklah meneruskan bacaannya atas wajah itu tanpa berpindah kepada wajah yang lain. Sekiranya terdapat dua Mad Jaiz Munfasil atau lebih dalam sesuatu ayat, maka hendaklah disamakan kadar panjang mad itu, iaitu jika dibaca dengan empat harakat pada Mad Jaiz Munsafil pertama, maka hendaklah dibaca dengan empat harakat juga pada Mad Jaiz Munsafil kedua, demikianlah seterusnya.viii. Mad Wajib Muttasil hendaklah dibaca dengan kadar panjang empat harakat, atau lima harakat, atau enam harakat ketika waqaf. Kadar panjang bacaannya hendaklah diselaraskan.ix. Mad Lazim hendaklah panjang bacaannya dengan kadar enam harakat, manakala mad istifham/mad farq boleh dibaca dengan dua wajah, iaitu bacaan ibdal atau tashil.x. Mad Aridh dibaca dengan kadar panjang dua atau empat atau enam hakarat ketika waqaf sahaja;xi. Mad Silah hendaklah dibaca dengan kadar dua harakat, tetapi sekiranya selepas Mad Silah terdapat sebab, yakni hamzah selepasnya, maka hendaklah dibaca dengan kadar panjangnya seperti Mad Jaiz Munfasil.xii. Ghunnah dibaca dengan kadar dua harakat, sama ada dalam keadaan waqaf dan wasal.xiii. Riwayat yang dijadikan asas pegangan ialah Riwayat Hafs.xiv. Mengenai isymam dan raum, saktah, tashil dan ibdal, naql, silah dan imalah ialah seperti mengikut tariq bacaan yang dipilih oleh peserta seperti berikut:a. isymam/raumb. saktah c. tashil/ibdald. naqle. Silahf. Imalah

Persembahan yang dikira istimewa dalam bidang Tajwid hendaklah mengandungiciri-ciri seperti berikut:i. Dapat menyempurnakan riwayat qiraat dan tariq bacaan dengan sempurna;ii. Dapat menyamai kadar panjang hukum mad;iii. Dapat menyempurnakan sebutan huruf dan sifatnya; daniv. Dapat menyempurnakan sifat-sifat ghunnah;n. Kaedah dan peraturan pemotongan markah dalam bidang Tajwid ialah sepertiberikut:i. Perkara perkara yang dihakimi ialah:1. bacaan mengikut Riwayat Hafs Tariq al-Imam al-Syatibi/al-Imam Ibnal-Jazari;2. makhraj dan sifat huruf;3. hukum nun dan mim sakinah dan tanwin;4. hukum nun dan mim musyaddadah;5. hukum ra dan lam;6. hukum saktah, imalah dan ibdal;7. hukum mad asli dan fari; dan8. hukum-hukum tajwid yang lain.ii. Setiap satu kesalahan khafi dipotong satu markah; daniii. Setiap satu kesalahan nyata (jali) dipotong dua markah.

Bahagian TarannumPerkara-perkara yang dititikberatkan dalam penghakiman bahagian tarannumadalah seperti berikut:a. Menggunakan tarannum bil-Quran dengan sekurang-kurangnya empat jenistarannum termasuk dua jenis tarannum yang ditetapkan tanpa mengira jenistarannum yang dimulakan;b. Setiap tarannum bil-Quran hendaklah disempurnakan secara teratursekurang-kurangnya dalam empat harakat tanpa bercampur aduk atau takrir;c. Setiap tarannum bil-Quran hendaklah dibawa dalam tiga tingkatan (tabaqat)suara iaitu:i. rendah, sederhana dan tinggi; atauii. sederhana, tinggi dan tertinggi.d. Setiap tarannum bil-Quran hendaklah dibawa dengan teratur dan tersusunsatu demi satu tanpa bercampur aduk antara satu sama lain kecuali wuslahal-mumathalah;e. Menunaikan wuslah al-mumathalah sekurang-kurangnya sekali dalam satubacaan;f. Setiap tarannum bil-Quran yang dibawa pada ayat yang akhir (penutup)hendaklah sama dengan tarannum yang dibawa pada ayat permulaan, iaitusebelum berakhir tempoh masa yang ditetapkan;g. Persembahan yang dikira istimewa dalam bidang tarannum hendaklahmengandungi ciri-ciri seperti berikut:i. Tarannum bil-Quran yang mempunyai lahjah Arab dan qitah-qitahyang menarik;ii. Tarannum bil-Quran yang dibawa mempunyai wuslah al-mumathalahyang menarik lebih daripada sekali dalam satu bacaan;iii. Mempunyai kecekapan membawa tarannum bil-Quran lain selaindaripada tarannum bil-Quran wajib, sekurang-kurangnya dalam duaharakat dalam tempoh bacaan yang ditentukan;iv. Setiap tarannum bil-Quran mengandungi lebih daripada empat harakatyang teratur dan menarik;v. Tarannum bil-Quran yang mempunyai unsur-unsur tersendiri tanpameniru mana-mana qari yang masyhur;vi Dapat menyesuaikan tarannum bil-Quran dengan kehendak maknaayat tanpa lari daripada kaedah Tajwid dan Usul;vii. Membawa burdah-burdah tarannum bil-Quran yang menarik;viii. Setiap persembahan tarannum hendaklah disempurnakan empattabaqat; danix. Bacaan yang mempunyai salalim nuzul atau salalim suud yangmenarik pada setiap tarannum dalam mana-mana harakat;h. Kaedah dan peraturan pemotongan markah dalam bidang tarannum bil-Quran ialah seperti berikut:i. Membaca kurang daripada empat jenis tarannum setiap satutarannum wajib yang ditinggalkan dipotong empat markah;ii. Tidak membaca dua jenis tarannum yang ditetapkan, setiap satudaripada dua tarannum yang ditinggalkan dipotong empat markah;iii. Membaca kurang daripada empat harakat bagi setiap tarannum setiap satu harakat yang kurang dipotong satu markah;iv. Tidak membawa tiga tabaqat bagi setiap tarannum setiap satutabaqat yang tidak dibawa dipotong satu markah;v. Sumbang yang merosakkan tarannum setiap satu kesalahandipotong satu markah;vi. Terputus nafas yang merosakkan tarannum setiap satu kesalahandipotong satu markah;vii. Tarannum yang bercampur aduk setiap satu kesalahan dipotongsatu markah;viii. Takrir pada tarannum setiap satu kesalahan dipotong satu markah;ix. Takrir pada harakat setiap satu kesalahan dipotong satu markah;x. Meniru sepenuhnya bacaan mana-mana qari yang mashyur dipotongsatu markah;xi. Tidak membawa satu wuslah al-mumathalah dan ikhtilal al-lahn bagisatu bacaan dipotong satu markah;xii. Tarannum penutup tidak sama dengan tarannum pembukaan dipotong satu markah; danxiii. Jika berulang-ulang pada kesalahan yang sama, hendaklah dipotongmarkahnya dengan kadar tidak melebihi lima markah.Bahagian Fasahah6. Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam penghakiman bahagian Fasahah adalahseperti berikut:a. Cermat dan fasih dalam bacaan;b. Mahir menyebut kalimah-kalimah dan ayat-ayat;c. Terpelihara segala huruf, harakat (baris) dan tasydid;d. Menepati waqaf dan ibtida termasuk Waqaf Jibril atau Waqaf Nabawi;e. Bacaan menurut lahjah Arab Fusha;f. Bacaan sederhana, tidak terlalu cepat atau terlalu lambat;g. Tidak bercampur aduk antara bacaan tartil dan tadwir;h. Persembahan yang dikira istimewa dalam bidang Fasahah hendaklahmengandungi ciri-ciri seperti berikut:i. Bacaan dengan lahjah Arab;ii. Dapat menyempurnakan ayat yang panjang dalam satu nafas; daniii. Bacaan yang cermat dan bertadabbur;j Kaedah dan peraturan pemotongan markah dalam bidang Fasahah adalahseperti berikut:i. Tersalah memulakan bacaan atau ayat yang ditetapkan dipotong tigamarkah;ii. Menamatkan bacaan melebihi 30 saat sebelum cukup tempoh yangdiperuntukkan dipotong satu markah;iii. Tertinggal atau melangkau ayat semasa dalam bacaan dipotongdua markah;iv. Tidak membaca ayat atau surah yang telah ditetapkan bacaanditolak (tidak diberi markah);v. Jika berulang-ulang pada kesalahan yang sama, hendaklah dipotongmarkahnya dengan kadar tidak melebihi lima markah; danvi. Jika berulang-ulang kesalahan nyata (jali) atau tiada kelancaran yangberterusan maka markah Fasahah dibatalkan (tidak diberi markah).Bahagian Suara7. Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam penghakiman bahagian Suara adalahseperti berikut:a. Kebersihan, kelicinan dan kelancaran suara;b. Kemanisan dan kelembutan suara;c. Suara terang, nyata dan lantang;d. Suara yang tidak berubah-ubah dari mula bacaan hingga ke akhirnyawalaupun ada tekanan suara turun dan naik semasa membaca;e. Ketepatan nada suara pada tarannum yang dibaca;f. Menunaikan ikhtilal al-lahn sekurang-kurangnya sekali dalam satu bacaan;g. Persembahan yang dikira istimewa dalam bidang Suara hendaklahmengandungi ciri-ciri seperti berkut:i. Suara yang mempunyai lahjah Arab;ii. Suara yang mempunyai keempat-empat tabaqat dengan selesa;iii. Suara yang menarik dan merdu;iv. Suara yang bergerak dan dapat menghidupkan rentak-rentak suara;v. Suara yang licin, lembut, terang dan jelas semasa tekanan suaratinggi, rendah dan sederhana;vi. Suara yang mempunyai getaran dan burdah yang menarik;vii. Dapat mengawal sepenuhnya alunan suara dengan selesa semasanyaring dan semasa perlahan; danviii. Menunaikan ikhtilal al-lahn lebih dari sekali dalam satu bacaan.h. Kaedah dan peraturan pemotongan markah dalam bidang Suara adalahseperti berikut:i. Suara parau tiap-tiap kali dipotong satu markah;ii. Suara sumbang yang merosakkan tiap-tiap kali dipotong satumarkah;iii. Suara tenggelam tiap-tiap kali dipotong satu markah;iv. Suara pecah dan terputus-putus tiap-tiap kali dipotong satu markah;v. Suara tersepit atau tercekik tiap-tiap kali dipotong satu markah;vi. Suara terketar-ketar kerana terlampau tinggi atau terlampau rendah tiap-tiap kali dipotong satu markah;vii. Suara yang tidak cukup tiga tabaqat tiap-tiap kali dipotong satumarkah;viii. Suara lemah dan kelembapan tiap-tiap kali dipotong satu markah;ix. Suara yang keras dan kaku tiap-tiap kali dipotong satu markah;x. Suara yang berubah kualiti tiap-tiap kali dipotong satu markah;xi. Tidak membawa satu ikhtilal al-lahn bagi satu bacaan dipotong satumarkah; danxii. Jika berulang-ulang pada kesalahan yang sama, hendaklah dipotongmarkahnya dengan kadar tidak melebihi lima markah.KAEDAH PERMARKAHANBorang Pemarkahan8. Borang pemarkahan yang disediakan oleh penganjur sahaja dikira sah bagikegunaan dalam majlis ini.Cara Mengisi Borang9. Semasa majlis dijalankan, perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian olehpara hakim ketika mengisi borang pemarkahan, iaitu:a. Tiap-tiap satu kesalahan pada satu-satu bahagian hendaklah dipotongmarkah yang ditetapkan daripada markah penuh yang diperuntukkan bagibahagian itu;b. Kesalahan-kesalahan yang sama dalam satu-satu perkara tidak dikirasebagai satu kesalahan baru;c. Setiap kesalahan hendaklah ditunjukkan dalam borang pemarkahan denganmemberi tanda jumlah markah yang dipotong pada ruangan yang disediakandan dicatatkan kesalahannya;d. Sekiranya seseorang peserta membaca ayat al-Quran lain daripada yangtelah ditetapkan kepadanya, maka bacaannya tidak dikira;e. Hakim hendaklah menggunakan pen dakwat apabila mengisi borangpemarkahan; danf. Setelah selesai satu-satu penghakiman, borang-borang tersebut hendaklahditandatangani oleh setiap hakim;Jurukira10. Urusan kira mengira dan menyediakan daftar keputusan dilakukan oleh sekurangkurangnyaseorang jurukira yang dilantik oleh Pengerusi Jemaah Hakim.PENENTUAN PEMENANG11. Bagi menentukan pemenang, Jemaah Hakim akan berpandukan kepada perkaraperkaraberikut:a. Peserta yang dapat markah tertinggi akan menyandang tempat pertama, danyang kedua tertinggi mendapat tempat kedua dan begitulah seterusnya;b. Sekiranya berlaku persamaan markah antara dua orang peserta atau lebih,maka hendaklah dirujuk kepada markah bahagian Tajwid, iaitu peserta yangmemperoleh markah Tajwid lebih tinggi dikira sebagai pemenang. Sekiranyamasih terdapat persamaan, maka hendaklah dirujuk kepada markahbahagian Tarannum dan seterusnya markah Fasahah dan Suara. Sekiranyamasih juga terdapat persamaan, Jemaah Hakim hendaklah membuat undiansecara yang terbaik;c. Bagi menetukan tempat kedua dan ketiga, Jemaah Hakim hendaklahmengikuti kaedah seperti penentuan tempat pertama yang dinyatakan di atas;dand. Johan antara negeri hendaklah ditentukan mengikut jumlah markah yangdiperoleh oleh qari dan qariah yang mewakili sesebuah negeri dengan syaratsalah seorang daripadanya mendapat sekurang-kurangnya tempat ketiga.Dalam segi ini, qari dan qariah yang menyertai majlis sebagai JohanMenunggu diangap tidak mewakili mana-mana negeri.