kaedah mokhdar

7
KAEDAH MOKHDAR

Upload: deepa-chandran

Post on 09-Aug-2015

132 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: kaedah mokhdar

KAEDAH MOKHDAR

Page 2: kaedah mokhdar

Definisi Kaedah Mokhdar

- Kaedah Mokhdar adalah kaedah memendekkan dan memudahkan sebutan nombor dalam Bahasa Melayu.

- Nombor-nombor satu hingga seratus dipermudahkan dengan cara dipendekkan menjadi sebutan satu suku kata bagi setiap nombor tersebut.

- Nombor-nombor tiga digit atau lebih dipermudahkan dengan dipendekkan menjadi sependek mungkin berdasarkan kepada asas sebutan nombor satu hingga seratus tersebut.

Page 3: kaedah mokhdar

Sifat Utama Kaedah Mokhdar 

Kaedah Mokhdar adalah satu kaedah yang didasarkan kepada sebutan dan bukan kepada huruf. Keberkesanan penggunaannya dalam menangani segala subjek tentang angka dan Matematik diperoleh setelah minda seseorang itu benar-benar sebati dengan sebutan pendek tersebut.

Dalam erti kata lain, di dalam mindanya, dia menggantikan sebutan asal dengan sebutan Mokhdar sebagai bahasa mindanya setiap kali dia melihat atau memproses angka.

Setiap nombor diwakili oleh sebutan khusus bagi nombor itu. Kemahiran membezakan nombor-nombor menerusi sebutan khusus ini boleh diperolehi sama ada menerusi latih tubi atau penggunaan Kaedah Mokhdar yang berterusan di dalam minda.

Page 4: kaedah mokhdar

Kesan Umum Penggunaan Kaedah Mokhdar

Apabila seseorang itu cekap dengan Kaedah Mokhdar dan menjadikannya sebagai amalan di dalam minda atau bahasa mindanya bagi setiap detik kehidupannya, dia bakal memperoleh kekuatan dan ketajaman minda serta memori terhadap angka.

Kesan tersebut berlaku atas dua sebab :Sebab Pertama:

a. Jumlah suku kata yang pendek memudahkan sebutan.b. Menjimatkan penggunaan masa dan menjadikannya amat berkesan.

Sebab Kedua:

a. Sebutan yang menyamai sebutan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.b. Sebutan yang mudah diingat dan disimpan di dalam memori.

Page 5: kaedah mokhdar

Misalnya bila 55 disebut ‘mama’ atau ‘mam’, sebutan tersebut mudah diingat dan disebut kerana seolah-olah menyamai sebutan yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian bagi nama panggilan seorang ibu.

"Enam darab enam?”"Na na ga nam!”"Ga nam tu apa?”

"Tiga puluh enam!”"Enam darab tujuh?”

"Nam juh pa wa!”"Pa wa tu apa?”

"Empat puluh dua!""Tujuh darab sembilan?”

"Juh lan nam ga!”‘Nam ga tu apa?”

"Enam puluh tiga!”

Page 6: kaedah mokhdar

4 × 4 = 16 jadi ‘pa pa tu na’ seolah-olah berbunyi "bapa ikan tuna”, 7 × 9 = 63 jadi ‘ja lan na ga’, 7 × 8 = 56 jadi ‘ja ka ma na’ seolah-olah berbunyi "jejaka mana”. 

Rupa-rupanya sebutan-sebutan ini agak kelakar bagi kanak-kanak kerana sebelum itu mereka tidak pernah menjangkakan yang dalam nombor ada cerita, tetapi ia juga menjadi penguat ingatan yang menyebabkan apa yang dihafal kekal lama walaupun hanya baru disebut dua atau tiga kali.

Page 7: kaedah mokhdar

Sifir-sifir tersebut, jikapun kelihatan seperti di’hafal’ oleh seseorang itu, sebenarnya tidak dihafal tetapi diingat menerusi ulang-kerja berkali-kali.

Ada kalanya seseorang itu, bila telah melakukan suatu langkah kerja darab, misalnya 58 × 76 = 4408, setelah melakukan kiraannya bagi nombor yang sama buat kali ke tiga atau ke empat, telah ingat tanpa hafal semua angka yang terlibat dalam proses darab tersebut.

Bagaimanapun keadaan ini hanya tercapai setelah seseorang itu menggunakan Kaedah Mokhdar sebagai bahasa mindanya.