kaedah memberi arahan

2
Kaedah Memberi Arahan Tujuan memberi arahan adalah untuk memberi panduan kepada murid sebelum mereka memulakan aktiviti. Guru perlulah mengambil masa yang lama untuk memberi arahan. Perkara penting ialah murid perlu mempelajari bagaimana mematuhi arahan yang agak sukar difahami. Oleh itu, arahan guru haruslah jelas dan tepat serta berulang-ulang sebelum pembelajaran bermula. Berikut adalah panduan untuk menjamin arahan yang jelas dan mudah diikuti pelajar: Mula-mula tuliskan arahan di dalam kelas. Ini akan memastikan semua arahan diingati dan akan dipatuhi. Kurangkan arahan itu menjadi beberapa langkah sahaja. Jika langkah banyak, maka perlulah guru mendemonstrasikannya semasa memberi arahan, atau semasa membahagikan aktiviti pembelajaran itu kepada beberapa bahagian, dan setiap bahagian itu guru perlu memberikan arahan yang terperinci. Pastikan arahan yang diberikan oleh guru jelas, tepat, pendek, ringkas serta menggunakan laras bahasa yang bersesuaian dengan murid berkeperluan khas. Pastikan murid memberi tumpuan semasa arah diberi. Nilaikan sejauh manakah murid memahami arahan berkenaan dengan cara bertanya kembali sama ada mereka ingat akan arahan guru atau guru bertanyakan apakah arahan pertama, kedua dan seterusnya.

Upload: macrina-nina-fredolinea

Post on 25-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Kaedah memberi arahan

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah Memberi Arahan

Kaedah Memberi Arahan

Tujuan memberi arahan adalah untuk memberi panduan kepada murid sebelum

mereka memulakan aktiviti. Guru perlulah mengambil masa yang lama untuk

memberi arahan. Perkara penting ialah murid perlu mempelajari bagaimana

mematuhi arahan yang agak sukar difahami. Oleh itu, arahan guru haruslah jelas

dan tepat serta berulang-ulang sebelum pembelajaran bermula. Berikut adalah

panduan untuk menjamin arahan yang jelas dan mudah diikuti pelajar:

Mula-mula tuliskan arahan di dalam kelas. Ini akan memastikan semua

arahan diingati dan akan dipatuhi.

Kurangkan arahan itu menjadi beberapa langkah sahaja. Jika langkah

banyak, maka perlulah guru mendemonstrasikannya semasa memberi

arahan, atau semasa membahagikan aktiviti pembelajaran itu kepada

beberapa bahagian, dan setiap bahagian itu guru perlu memberikan arahan

yang terperinci.

Pastikan arahan yang diberikan oleh guru jelas, tepat, pendek, ringkas serta

menggunakan laras bahasa yang bersesuaian dengan murid berkeperluan

khas.

Pastikan murid memberi tumpuan semasa arah diberi.

Nilaikan sejauh manakah murid memahami arahan berkenaan dengan cara

bertanya kembali sama ada mereka ingat akan arahan guru atau guru

bertanyakan apakah arahan pertama, kedua dan seterusnya.

Satu cara memperbaiki kemahiran memberi arahan adalah dengan menganalisis

masalah yang dihadapi oleh murid semasa mereka melakukan aktiviti. Arahan tidak

tepat, kabur, sukar, singkat serta tidak diulang-ulang akan menyebabkan murid

melakukan kesalahan semasa menyelesaikan tugasan.