kaedah

14
Kaedah pemusatan guru Kaedah pemusatan murid Kaedah pemusatan bahan

Upload: ziv-chen

Post on 19-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kaedah

TRANSCRIPT

Page 1: kaedah

Kaedah pemusatan guru

Kaedah pemusatan murid

Kaedah pemusatan bahan

Page 2: kaedah

KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID

- Guru sebagai penyampai utama maklumat berkenaan bidang tertentu

- Pengetahuan sedia ada pelajar tidak dipertimbangkan sebagai sesuatu yang penting

- Pelajar tidak perlu aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

- Guru bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan bantu mengajar yang akan digunakan dalan P&P.

- Guru menentukan sendiri tatacara membuat penilaian terhadap prestasi pelajar

- Komunikasi satu hala. Hanya guru yang bercakap di dalam kelas.

- Pendapat dan pandangan pelajar tidak diambil kira.

- Guru sebagai fasilitator

- Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

- Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.

- Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.

- Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.

- Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari.

- Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.

- Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif

- Pelajar bebas memberi pendapat mereka dengan pantauan dan panduan guru.

Page 3: kaedah

KAEDAH PEMUSATAN GURUContoh kaedah yang digunakan oleh guru:

1.  Kuliah masteri, demonstrasi,  dan bercerita, latih tubi

2. Catatan nota – guru menulis, pelajar mendengar dan menyalin dalam buku

3. Satu sumber rujukan – buku teks

4. Lokasi pembelajaran terhad di dalam kelas

5. Penerangan dan membuat latihan

6. Memberikan dan menyampaikan maklumat

7. Mengajarkan prosedur (SOP)

8. Membina kemahiran langkah demi langkah

KAEDAH PEMUSATAN MURIDContoh kaedah yang boleh digunakan dalam kelas :

1. Sumbang saran dan debat

2. Main Peranan,  kerja lapangan dan projek.

3. Pelbagai sumber rujukan – ensiklopedia, internet, pemerhatian

4. Lokasi pembelajaran yang pelbagai – makmal komputer, padang sekolah, dewan

5. Penerangan dan praktikal

6. Pengajaran oleh rakan sebaya

7. Guru mencapai setiap pelajar dalam aktiviti berkumpulan kecil

Page 4: kaedah

Pembelajaran Berpusatkan Guru

Page 5: kaedah

Kebaikan• Membolehkan guru menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan yang

kompleks mengikut tahap keupayaan murid.

• Melalui stategi ini, guru menyampaikan maklumat yang tidak dapat dicapai oleh murid kerana ia tidak ada di tidak terdapat dalam mana-mana sumber walaupun cuba diakses oleh pelajar, contoh pengalaman guru.

• Ia bagus untuk meningkatkan keghairahan dan minat murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu topik tersebut.

• Strategi ini boleh juga digunakan secara langsung untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada kandungan pelajaran yang relevan agar pelajar dapat mengaitkan pengetahuan yang baru dengan maklumat sedia ada dan pengalaman lalu.

Page 6: kaedah

Kelemahan

• Penyalahgunaan strategi iaitu ramai guru gagal untuk menyedari sepenuhnya tentang batasan guru.

• Guru perlu mengakui bahawa keupayaan pengajaran secara terus sebenarnya terbatas untuk membolehkan murid mengembangkan sepenuhnya keupayaan mereka untuk berfikir secara kritikal sekaligus membataskan keupayaan murid untuk belajar atau bekerja dalam kumpulan.

Page 7: kaedah

Pembelajaran berpusatkan murid

Page 8: kaedah

Kebaikan• Kaedah ini membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pelajaran

mereka.

• Proses dan aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh murid dan bukan dipaksakan oleh murid.

• Guru berperanan sebagai pemudahcara atau fasilitator.

• Strategi ini dapat menggalakkan daya kreativiti pelajar seterusnya membantu murid membina kemahiran menyelesaikan masalah.

• Pembelajaran cara ini membolehkan berlakunya pengalaman pembelajaran secara lebih mendalam dan luas.

Page 9: kaedah

Kelemahan

• Bersifat tumpuan pembelajaran. • Tempoh berlaku pembelajaran yang optima akan

mengambil masa yang panjang jika dibandingkan dengan pengajaran secara langsung.

• Sebagai fasilitator, guru perlu berupaya untuk mengawa pembelajaran murid-muridnya dan kemungkinan ini mungkin boleh menimbulkan rasa ketidakselesaan di kalangan murid.

• Selain itu, lebih banyak cabaran akan dihadapi semasa pelaksanaannya untuk membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

Page 10: kaedah

Pembelajaran berpusatkan bahan

Page 11: kaedah

Ciri–Ciri Kaedah Pemusatan Bahan

• Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran memainkan peranan yang penting. Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran.

• Lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran.

Page 12: kaedah

• Dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas di samping memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru.

• Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan pembelajaran.

• Mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit

Page 13: kaedah

Bahan pengajaran

• Bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, model, graf, peta, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor.

Page 14: kaedah

Bahan pembelajaran• Bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran

seperti kad aktiviti, kad cantuman, lembaran kerja, pembilang, bahan bercetak dan komputer.

• Penggunaan komputer sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran juga telah semakin berkembang dalam program pendidikan khas.

• Gearheart dan Gearheart (1989), Hawkridge dan Vincent (1992) serta Mather dan Bos (1994), sependapat menyatakan bahawa murid bermasalah pembelajaran dan tingkah laku memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru melalui kaedah literasi komputer. Ia mungkin disebabkan oleh kaedah ini memaparkan sesuatu yang baru dan menarik perhatian.