kaedah

4

Click here to load reader

Upload: tayep1234

Post on 03-Oct-2015

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

123

TRANSCRIPT

KAEDAH-KAEDAH TERDAPAT DALAM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kaedah Terus

Kaedah ini telah kami gunakan menerusi induksi set dan langkah pertama. Tujuan kaedah ini adalah untuk Membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran bahasa,contohnya mendengar, bertutur, membaca dan menulis dan membolehkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan.

Pelajar-pelajar dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar.Terjemahan tidak digunakan langsung. Oleh kerana sebutan yang betul diutamakan, kaedah ini memerlukan ilmu fonetik. Guru akan membetulkan sebutan murid sekiranya terdapat kesalahan.

Contoh Situasi :

Langkah pertama murid diperlihatkan gambar dan diminta bertutur dalam bahasa yang biasa digunakan oleh mereka dalam masyarakat. Ini akan membolehkan murid menguasai kemahiran bertutur secara tidak langsung ia akan dapat menambahkan perbendaharaan kata murid.

Kaedah Komunikatif

Kami menggunakan kaedah ini di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Dimana ia telah melibatkan interaksi antara guru dan murid serta murid dan murid. Murid yang diajar melalui kaedah ini berminat untuk belajar. Walau bagaimanapun ,guru yang menggunakan kaedah ini berpendapat bahawa kaedah ini tidak bergantung semata-mata kepada buku teks sebagai bahan pengajaran.

Tatabahasa tidak dipelajari secara abstrak tetapi sebagai alat berkomunikasi.Guru dapat menggabungjalinkan pelbagai kemahiran bahasa dalam satu aktiviti pengajaran. Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid daripada guru.

Contoh Situasi :

Menerusi langkah kedua, kaedah komunikatif banyak digunakan. Khususnya ketika murid menyatakan alasan-alasan pemilihan calon ketua kelas yang dipilih oleh mereka. Selain dari itu, mereka juga perlu menerangkan kriteria calon-calon tersebut.

Kaedah Semulajadi

Kaedah ini merupakan kaedah yang ketiga yang telah kami terapkan dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran kami. Kaedah ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kaedah terus walaubagaimanapun kaedah ini lebih kepada objek dan gambar yang dipamerkan. Murid akan tertumpu pada objek dan gambar seterusnya murid akan bertutur dan membaca apa yang di pamerkan.

Contoh Situasi :Menerusi langkah tiga, dimana aktiviti permainan diadakan. Murid yang telah dapat memberikan beberapa patah perkataan hasil dari cantuman kad akan menyebut perkataan yang di hasilkan. Sebutan yang salah akan dibetulkan oleh guru.