kadet remaja sekolah

2
krsipgkpi2013.blogspot.com http://krsipgkpi2013.blogspot.com/p/sejarahkrs.html?m=1 Sejarah KRS SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan PelajarPelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma’ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA – PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS) SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS ) Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk muridmurid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajarpelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah

Upload: cheahsin-tan

Post on 22-Dec-2015

277 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Kadet Remaja Sekolah

krsipgkpi2013.blogspot.com http://krsipgkpi2013.blogspot.com/p/sejarah­krs.html?m=1

Sejarah KRS

SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS )Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dandiasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha’aban diSekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong ,Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanyapasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera IslamMalaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniformkepada Persatuan Pelajar­Pelajar Islam SMRA(PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orangpelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan Idan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untukmelahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU,BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia ,bersemangat patriotik dan berketrampilan selarasdengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan FalsafahPendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan UnitPendidikan Islam Jabatan Pendidikan WilayahPersekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (ADDEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Diantaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek.Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma’ahad Hamidiah ,Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buahSekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM.

Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telahdimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr.Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993.Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telahdibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi namaKADET PUTERA – PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukarkepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)

SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadisekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yangsekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolahditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid­murid sekolah rendah seperti manaKadet Remaja Sekolah untuk pelajar­pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah

Page 2: Kadet Remaja Sekolah

Barisan Sekretariat Kebangsaan. Dari Kanan;Lt. Kol. Anuar, Lt. Kol. Ahmad Farazilla, Lt. Kol. Wan Mohd

Ariffn Bin Wan Hussin dan Lt. Kol. Ali

untuk memberikan pendedahan awal kepadapelajar­pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRSmerupakan KRS di peringkat awal ( sekolahrendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif sertaperjuangan TKRS adalah berdasarkan KadetRemaja Sekolah ( KRS ).

Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakanTunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ).Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama TunasKadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas KadetRemaja Sekolah secara rasminya telahdisempurnakan oleh Timbalan Menteri PelajaranYB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan AbdulHalim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.