kadar tuntutan perjalanan polis

7
KK/BP(S)/DS10/791/441/6 Jld.2(s.k.3/2009)(9) KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 9 TAHUN 2010 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan PINDAAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2003 TUJUAN Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan pindaan kadar, syarat dan peraturan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2003 (PP4/03) iaitu Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kerana Menjalankan Tugas Rasmi. LATAR BELAKANG 2. Selaras dengan keadaan semasa dan penambahbaikan skim perkhidmatan PDRM, Perbendaharaan bersetuju untuk meminda kadar dan kelayakan Elaun Makan, Bayaran Sewa Hotel, Elaun Lojing, Kemudahan Perjalanan Dengan Kapal Terbang dan Bayaran Saguhati Persidangan bagi pangkat tertentu. Di samping itu, Perbendaharaan bersetuju supaya peraturan bagi tuntutan Elaun Bantuan Gaji Drebar dan Tambang Perjalanan Bagi Penempatan Selepas Lantikan Pertama diperkemaskan. 3. Perbendaharaan telah bersetuju menaikkan kadar Elaun Basikal dan mewujudkan Elaun Motosikal melalui Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 19 Mei 2009. Perbendaharaan juga telah bersetuju menaikkan kadar Elaun Makan dan Pendahuluan Diri Sewa Hotel Semasa Bertugas Rasmi Di Luar Negeri dalam Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 14 Jun 2006.

Upload: anbu331

Post on 24-Jul-2015

375 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kadar Tuntutan Perjalanan Polis

KK/BP(S)/DS10/791/441/6 Jld.2(s.k.3/2009)(9)

KEMENTERIAN KEWANGAN

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 9 TAHUN 2010 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan

PINDAAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2003

TUJUAN

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan pindaan kadar, syarat dan peraturan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2003 (PP4/03) iaitu Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kerana Menjalankan Tugas Rasmi.

LATAR BELAKANG

2. Selaras dengan keadaan semasa dan penambahbaikan skim perkhidmatan PDRM, Perbendaharaan bersetuju untuk meminda kadar dan kelayakan Elaun Makan, Bayaran Sewa Hotel, Elaun Lojing, Kemudahan Perjalanan Dengan Kapal Terbang dan Bayaran Saguhati Persidangan bagi pangkat tertentu. Di samping itu, Perbendaharaan bersetuju supaya peraturan bagi tuntutan Elaun Bantuan Gaji Drebar dan Tambang Perjalanan Bagi Penempatan Selepas Lantikan Pertama diperkemaskan. 3. Perbendaharaan telah bersetuju menaikkan kadar Elaun Basikal dan mewujudkan Elaun Motosikal melalui Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 19 Mei 2009. Perbendaharaan juga telah bersetuju menaikkan kadar Elaun Makan dan Pendahuluan Diri Sewa Hotel Semasa Bertugas Rasmi Di Luar Negeri dalam Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 14 Jun 2006.

Page 2: Kadar Tuntutan Perjalanan Polis

ELAUN MAKAN 4. Perenggan 4.1.1 dipinda seperti berikut:

Negeri di Semenanjung

Negeri Sabah, Sarawak dan Labuan Pangkat

(RM) (RM) Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara Pesuruhjaya Polis dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Penolong Pesuruhjaya Polis Inspektor hingga Penguasa Polis Konstabel hingga Sub Inspektor Sarjan hingga Sub Inspektor Sokongan/ Orang Asli Konstabel hingga Koperal Sokongan/ Orang Asli

115

100

85

60

45

40

40

35

165

130

115

80

65

55

55

50

BAYARAN SEWA HOTEL DAN ELAUN LOJING 5. Perenggan 4.3.1 dipinda seperti berikut:

i. Bayaran Sewa Hotel

Bayaran Sewa Hotel (Maksimum) (RM/ semalam)

Pangkat Negeri di

Semenanjung Negeri Sabah, Sarawak dan

Labuan

Sebenar (Standard Suite)

Sebenar

(Bilik Superior)

Sebenar (Bilik Biasa)

180

160

140

130

120

Sebenar

(Standard Suite)

Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara Pesuruhjaya Polis dan Timbalan Pesuruhjaya Polis

Sebenar

(Bilik Superior)

Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis

Sebenar (Bilik Biasa)

200

170

160

150

140

Penolong Pesuruhjaya Polis

Inspektor hingga Penguasa Polis Sarjan hingga Sub Inspektor Konstabel hingga Koperal Konstabel hingga Sub Inspektor Sokongan/ Orang Asli

2

Page 3: Kadar Tuntutan Perjalanan Polis

ii. Elaun Lojing

Elaun Lojing (Maksimum)

(RM/ semalam) Pangkat

Negeri di Semenanjung

Negeri Sabah, Sarawak dan

Labuan

80

75

70

60

55

3

ELAUN BANTUAN GAJI PEMANDU 6. Perkataan ‘drebar’ di perenggan 4.6 dan 4.7 dipinda kepada ‘pemandu’. 7. Elaun Bantuan Gaji Pemandu di perenggan 4.6 dipinda seperti berikut:

Pangkat Kadar

8. Syarat tuntutan bulanan bagi mendapatkan Elaun Bantuan Gaji Pemandu di perenggan 4.6.2 dipinda seperti berikut:

i. pegawai berkenaan menggaji sepenuh masa seorang pemandu yang berlesen;

ii. tuntutan dibuat dengan menyertakan dokumen sokongan seperti

salinan surat lantikan pemandu oleh pegawai, Lesen Memandu dan Kad Pengenalan pemandu;

iii. tiada pemandu Kerajaan yang diperuntukkan khas kepada pegawai;

Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara Pesuruhjaya Polis dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Penolong Pesuruhjaya Polis Inspektor hingga Penguasa Polis Sarjan hingga Sub Inspektor Konstabel hingga Koperal Konstabel hingga Sub Inspektor Sokongan/ Orang Asli

45

40

35

85

80

75

70

60

50

45

40

Pesuruhjaya Polis dan RM300 sebulan Timbalan Pesuruhjaya Polis Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis RM250 sebulan Penolong Pesuruhjaya Polis 20 sen bagi satu km perjalanan rasmi hingga tidak melebihi RM200 sebulan Inspektor hingga Penguasa Polis 15 sen bagi satu km perjalanan rasmi hingga tidak melebihi RM160 sebulan

Page 4: Kadar Tuntutan Perjalanan Polis

iv. pegawai tidak boleh menggunakan kereta dan pemandu Kerajaan

melainkan dalam keadaan tertentu; dan

v. elaun ini tidak boleh dibayar kepada ibu bapa, ibu bapa mertua, suami/ isteri dan anak pegawai.

ELAUN BASIKAL DAN ELAUN MOTOSIKAL 9. Perbendaharaan telah bersetuju menaikkan kadar Elaun Basikal dan mewujudkan Elaun Motosikal melalui Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 19 Mei 2009 yang berkuat kuasa mulai 1 Mei 2009. Sehubungan itu:

i. kadar Elaun Basikal di perenggan 4.11.1 (a), PP4/03 dinaikkan kepada RM90 sebulan dan syarat semasa lain dikekalkan; dan

ii. kadar dan syarat Elaun Motosikal ditetapkan seperti berikut:

a. pegawai yang menggunakan motosikal sendiri semasa bertugas

rasmi 12 hari atau lebih dalam sebulan boleh menuntut Elaun Motosikal sebanyak RM120 sebulan atau menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan mengikut mana yang lebih tinggi;

b. pegawai yang menggunakan motosikal sendiri semasa bertugas

rasmi kurang daripada 12 hari hendaklah membuat tuntutan mengikut kadar Elaun Perjalanan Kenderaan yang sedang berkuat kuasa; dan

c. pegawai yang menuntut Elaun Motosikal tidak layak dibayar Elaun

Gantian Motosikal dan sebaliknya. Elaun Gantian Motosikal adalah diluluskan melalui surat Jabatan Perkhidmatan Awam Ruj: JPA(BGE)223/5/4-3(8) bertarikh 25 September 2006.

ELAUN MAKAN DAN PENDAHULUAN DIRI SEWA HOTEL SEMASA BERTUGAS RASMI DI LUAR NEGERI 10. Perbendaharaan telah bersetuju menaikkan kadar Elaun Makan dan Pendahuluan Diri Sewa Hotel Semasa Bertugas Rasmi Di Luar Negeri dalam Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 14 Jun 2006 yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 2006. Sehubungan itu, perenggan 5.1.1 dipinda seperti berikut:

Pangkat Kadar (RM/ sehari)

370

340

320

270

Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara Pesuruhjaya Polis dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Penolong Pesuruhjaya Polis

Seperti di Lampiran A Pegawai selain daripada di atas

4

Page 5: Kadar Tuntutan Perjalanan Polis

5

KEMUDAHAN PERJALANAN DENGAN KAPAL TERBANG 11. Perenggan 6.3.1 dan 6.3.2 dipinda seperti berikut: Penerbangan Di Dalam Negeri

Pangkat Kelas

Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis dan Ke Atas Kelas Business

Pegawai selain daripada di atas Kelas Ekonomi Penerbangan Ke Luar Negeri

Pangkat Kelas

Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara Kelas Satu Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis hingga Kelas Business

Pesuruhjaya Polis

Pegawai selain daripada di atas Kelas Ekonomi BAYARAN SAGUHATI PERSIDANGAN 12. Kadar Bayaran Saguhati Persidangan di perenggan 8.1 dipinda seperti berikut:

Pangkat Kadar (RM/ sehari)

Inspektor dan Ke Atas 50

Konstabel hingga Sub Inspektor 30 Sarjan hingga Sub Inspektor 30 Sokongan/ Orang Asli Konstabel hingga Koperal 20

Sokongan/ Orang Asli

TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA 13. Perenggan 13 dipinda seperti berikut:

Seseorang pegawai yang baru pertama kali dilantik ke dalam Perkhidmatan Kerajaan layak membuat tuntutan perjalanan mengikut kelayakan pegawai setelah memegang jawatan yang ditawarkan terhad kepada perkara berikut:

i. pegawai layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam/ Elaun

Perjalanan Kenderaan/ tiket kapal terbang dari tempat kediaman ke mana-mana tempat yang diarahkan untuk melapor diri/ berkursus/ menghadiri taklimat dan sebagainya sehingga ke Pejabat yang diarahkan bertugas secara tetap; dan

Page 6: Kadar Tuntutan Perjalanan Polis

ii. Tambang Pengangkutan Awaml Tuntutan Perjalanan Kenderaanl tiket kapal terbang yang boleh dituntut bagi keluarga hanyalah dari tempat kediaman ke tempat pen~empatan tetap pegawai. Bagi tujuan tuntutan ini, keluarga bermaksud bagi pegawai lelaki ialah isteri dan anak-anaknya dan bagi pegawai perempuan ialah suami dan anak- anaknya. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang belum mencapai umur 21 tahun termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diiktiraf oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had umur ini tidak akan terpakai.

TARIKH KUAT KUASA

14. Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2010.

PEMBATALAN

15. Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling ini, perenggan 4.1.1, 4.3.1, 4.6, 5.1 . I , 6.3.1, 6.3.2, 8.1 dan 13 di bawah PP4103 dan Surat Arahan Perbendaharaan Ruj.: KWBP(S)10/693/222/815(Sk.l/2006)(4) bertarikh 14 Jun 2006 adalah dibatalkan.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

~ e t u a Setiausaha ~ e r b e n d a h a r a d Kementerian Kewangan Malaysia Putrajaya

? Julai 2010

Ketua Setiausaha Negara Ketua Audit Negara Akauntan Negara Malaysia Semua YE3 Setiausaha Kerajaan Negeri

Page 7: Kadar Tuntutan Perjalanan Polis

Lampiran A

KADAR ELAUN MAKAN, PANDUAN SEWA HOTEL DAN ELAUN LOJING SEMASA BERTUGAS RASMI DI LUAR NEGERI

Kategori Negara Elaun Makan (RM)

Pendahuluan Diri Sewa Hotel

(RM) Elaun Lojing

(RM)

Kategori I 175 400 100 Kategori II 195 440 120 Kategori III 215 480 140 Kategori IV 235 520 160 Kategori V 255 560 180

KATEGORI IAfghanistan Chile Kiribati Nepal Portugal Tuvalu Bangladesh Colombia Laos North Korea Samoa Vietnam Bolivia Ecuador Maldives Pakistan Sri Lanka Bulgaria Fiji Mauritius Peru Tanzania Cambodia India Myanmar Philippines Tonga

KATEGORI IIAngola Greece Mali Papua New Solomon Island Uruguay Argentina Guinea Malta Guinea South Africa Vanuatu Botswana Hungary Morocco Paraguay Swaziland Zimbabwe Czech Indonesia Mozambique Poland Taiwan Republic Lesotho Namibia Senegal Thailand Ethiopia Madagascar Nauru Seychelles Tunisia Ghana Malawi New Zealand Slovak Republic Uganda

KATEGORI IIIAlbania Belarus Georgia Kenya Mongolia Sudan Algeria Brunei Gibraltar Kuwait Netherlands Tajikistan Armenia Darussalam Iraq Kyrgyzstan Norway Turkmenistan Australia China Ireland Lebanon Qatar Ukraine Austria Cuba Jamaica Libya Romania Uzbekistan Azerbaijan Cyprus Jordan Luxembourg Russia Bahrain Egypt Kazakhstan Moldova Spain

KATEGORI IVBelgium Brazil France Montenegro Serbia Syria Benin Canada Gambia Niger Singapore Venezuela Bosnia - Croatia Germany Nigeria Suriname Yemen Herzegovina Denmark Guyana Saudi Arabia Switzerland Zambia

KATEGORI VBarbados Hong Kong Japan Oman Sweden United Arab Dubai Iran Macau South Korea Trinidad & Emirates Finland Italy Mexico St. Lucia Tobago United Kingdom Turkey USA