k1 penilaian melalui kontrak pembelajaran

30
Selamat Meneruskan Pengajian Interaksi 3 10 MAC 2012

Upload: nazri-fahmy

Post on 10-Aug-2015

61 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Penilaian Melalui Kontrak Pembelajara

TRANSCRIPT

Page 1: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Selamat Meneruskan Pengajian

Interaksi 3

10 MAC 2012

Page 2: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran

& Soal jawab

Page 3: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Pengenalan:

• Dalam menggalakkan pembelajaran kendiri, pelajar patut diberi hak menentukan apa-apa yang patut dipelajari, bagaimana pembelajaran dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkan sendiri termasuk corak penilaian tugasan.

Page 4: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Apakah kontrak pembelajaran?

• Dikenali juga sbg Perjanjian Pembelajaran.• Merupakan suatu persetujuan / kontrak antara guru dgn

pelajar berhubung dgn sesuatu tugasan secara bertulis.• Persetujuan meliputi beberapa kriteria, iaitu:

Bentuk akhir tugasan dihasilkan. Bgm tugasan dilaksanakan sama ada secara individu atau

kumpulan? Tempoh menyiapkan tugasan / tarikh tugasan dihantar kpd guru. Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhir shj). Tindakan atau akibat yg akan diterima oleh pihak yg gagal

mematuhi kontrak (eg: penolakan markah).• Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak

yg bersetuju dgn syarat-syarat atau kriteria yg disenaraikan.

• Terdapat kompromi dlm kriteria yg dikenakan.• Kriteria ditetapkan oleh guru.

Page 5: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Fungsi kontrak pembelajaran:

• Kontrak pembelajaran penting dlm pembelajaran tugasan berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan:

i. Pelajar mengenal pasti dan merekod: Objektif dan matlamat pembelajaran kendiri; Kaedah yg digunakan; Jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya; Bukti yg menunjukkan objektif tercapai; Bgm dan pada tahap mana pencapaian matlamat tugasan

dinilai.

ii. Pelajar tentukan matlamat pembelajaran mengikut minat dan keupayaan.

iii. Pelajar menghasilkan kerja yg terancang.iv. Pelajar dibantu buat refleksi sepanjang proses

kerjanya.

Page 6: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Bagaimana kontrak pembelajaran digunakan?

• Melalui pelbagai cara, iaitu:

a. Penetapan objektif tugasan: Guru menentukan objektif dan pelajar

menetapkan strategi pelaksanaan, atau Guru menyarankan beberapa set objektif

dan pelajar membuat pilihan yang sesuai, atau

Pelajar merangka beberapa objektif dan guru menentukan mana yg paling sesuai.

Page 7: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

b. Hasil pembelajaran: Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi

pembelajaran bentuk tugasan sama ada dlm bentuk portfolio, laporan kajian, rencana, dsb.

Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru.

c. Penilaian: (sama ada) Pelajar menentukan gred & sistem penggredan dlm

kontrak mereka, atau Sistem penggredan dan kaedah penilaian

ditentukan oleh guru, atau Gred terakhir dibincangkan dan dikompromi antara

guru dan pelajar berdasarkan syarat-syarat / kriteria tertentu, atau

Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya.

Page 8: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

d. Format dan bentuk: Keperluan tugasan / kontrak pembelajaran

dibuat dlm bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yg terlibat.

Perlukan kontrak yg formal dan dinyatakan dgn jelas atau boleh juga secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.

Page 9: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Perhatian:• Dlm kontrak pembelajaran, penilaian berpusatkan

pelajar, ttp penggredan dikawal oleh guru agar kesahannya terjamin.

• Senarai semak bagi butiran yg dinilai dan bgm penggredan dibuat dilampirkan bersama-sama hasilan dan penilaian tugasan.

• Format senarai semak dibuat mengikut keperluan kursus / tugasan dibentangkan dan dipersetujui oleh semua pihak sebelum mematrikan kontrak.

• Matlamat yg hendak dicapai perlu difikirkan terlebih dahulu, kemudian tentukan kaedah dan prosedur serta jangka waktu menyiapkan tugasan.

• Kontrak akan menjadi dokumen yg akan mengingatkannya tentang objektif / tujuan kerjanya, tahap kerja di samping memberi maklumat tentang apa-apa yg patut dilakukan.

Page 10: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Rumusan:

• Kontrak pembelajaran melatih pelajar membuat refleksi dan andaian serta ramalan terhadap proses dan perancangan tugasan.

• Pelajar perlu memilih maklumat yg sesuai dan dibuktikan kesahihannya.

• Pelajar perlu berfikiran kritis, kreatif, berinovasi dan sedar tentang hala tuju pembelajarannya.

Page 11: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Format Kontrak pembelajaran Individu:

Kontrak Pembelajaran

Mata Pelajaran:

Nama:

Tahun/Ting:

Tugasan:

Objektif:

Perkembangan / peringkat

Apa yg ingin dicapai pd

peringkat ini.

Bgm saya akan

laksanakan peringkat ini.

Jangka waktu

pelaksanaan peringkat ini.

Bgm penilaian peringkat ini

dibuat.

Catatan

Tandatangan pelajar

________________

Nama:

Tandatangan rakan sebaya

_____________________

Nama:

Tandatangan guru

________________

Nama:

Page 12: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

• Bagaimana anda menjalankan Penilaian Kontrak Pembelajaran Bahasa Melayu di

dalam bilik darjah? Huraikan dengan contoh-contoh yg tepat dan cara

pelaksanaannya. Catatkan juga manfaat yang anda peroleh semasa dan selepas

membuat kontrak ini.

Page 13: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Refleksi:

1. Setelah mengikuti penerangan tajuk ini, bersetujukah anda bahawa kontrak pembelajaran perlu bagi kecemerlangan pembelajaran?

2. Penghasilan kontrak pembelajaran dikatakan boleh membentuk pelajar berdisiplin dan berfikiran kritis. Mengikut pengalaman anda, sejauhmanakah pendapat ini benar?

3. Apakah kesannya sekiranya pelajar tidak akur dengan kontrak yang dipersetujui itu?

4. Apakah kaitan Kontrak Pembelajaran dengan penilaian kendiri yang biasa anda buat semasa membuat refleksi terhadap kerja anda?

Page 14: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran
Page 15: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Pengenalan:

• Salah satu teknik paling lama dan paling popular dalam kalangan guru.

• Penggunaannya dapat meningkatkan interaksi antara guru dgn pelajar dan antara pelajar dgn pelajar.

• Dapat membina keyakinan diri dalam memberi pandangan / pendapat, melahirkan perasaan, meningkatkan penglibatan dan menyuburkan sikap percaya akan diri sendiri.

Page 16: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Melalui soal jawab, guru dapat:

i. Menilai murid dlm kelas.ii. Mengetahui kelemahan murid dlm sesuatu

topik yg diajarkan.iii. Mencari penyelesaian terhadap kelemahan

murid.iv. Jika ada murid yg tdk faham, proses

pembelajaran akan diulang. Guru akan mengajar murid lemah dgn kaedah yg lebih mudah.

Page 17: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Kemahiran teknik penyoalan

• Merupakan suatu kemahiran yang amat kompleks, berkesan bagi meningkatkan prestasi murid di samping menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran bertambah aktif dan lebih merangsangkan.

Page 18: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

• Guru perlu tahu tujuan penyoalan.• Soalan hendaklah sesuai dengan objektif/isi pelajaran,

umur dan kebolehan murid yang berbeza di dalam kelas• Guru perlu merancang jenis-jenis soalan yang akan

dikemukakan.• Perlu ada pemeringkatan daripada mudah kepada

susah.• Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menyebut

nama murid. Ini dapat mendorong setiap murid memikirkan jawapan untuk soalan tersebut

• Sebarkan soalan kepada seluruh kelas dan bukannya kepada murid tertentu atau murid yang mengangkat tangan sahaja

• Berikan masa bagi murid memikirkan jawapan kepada soalan tersebut

Beberapa prinsip penyoalan boleh dijadikan panduan

Page 19: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

• Jangan paksa murid menjawab soalan.• Pastikan perkataan yang digunakan mudah

difahami.• Ubah bentuk soalan mengikut kesesuaian masa

(jenis dan bentuk soalan dipelbagaikan).• Pastikan suara guru jelas ketika mengemukakan

soalan.• Elakkan menyoal ketika murid-murid membuat

latihan atau sedang melakukan aktiviti.• Pastikan soalan guru dapat mencapai objektif yang

dikehendaki.• Kurangkan jenis soalan tertutup.• Beri pujian dalam bentuk lisan jika murid boleh

menjawab dengan betul.• Ulangi soalan jika perlu.

Page 20: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

• Guru boleh tujukan soalan tersebut kepada semua murid di kelas.

• Guru boleh memanggil murid tertentu menjawab.• Guru memberi perhatian kepada jawapan yang

dikemukakan dan seterusnya ajukan jawapan murid tersebut kepada murid lain.

• Pastikan ramai murid dapat mengambil bahagian dalam aktiviti pelajaran.

• Soalan elok dikemukakan mengikut turutan yang logik dan jawapan murid diulangi untuk menunjukkan pentingnya jawapan yang lebih mendalam dan dapat menjelaskan `mengapa’ dan `bagaimana’.

• Beri pertimbangan kepada soalan-soalan `fakta’ dan soalan-soalan yang memerlukan `pemikiran’.

Page 21: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

• Guru perlu merancang terlebih dahulu bentuk soalan yang hendak dikemukakan dan guru tidak harus terikat sepenuhnya dengan soalan-soalan secara spontan.

• Soalan-soalan yang ada kaitan dengan minat murid juga boleh digunakan.

• Memandangkan penyoalan adalah cara yang berkesan untuk menggalakkan penyertaan murid secara aktif, guru perlu menggunakan soalan sekerap mungkin.

• Penyoalan boleh digunakan pada peringkat permulaan, perkembangan dan peringkat penutup pelajaran.

• Layani jawapan murid (misalnya, menimbang ketepatan jawapan, menerima/menolak jawapan dengan sebab, memberi perangsang/peneguhan, dll).

Page 22: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Jenis-jenis soalan

• Berdasarkan Taksonomi Bloom, terdapat 6 aras soalan yg boleh dibina.

Nyatakan jenis-jenis soalan tersebut dan berikan contoh-contoh soalan yang sesuai mengikut aras.

Page 23: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Aras Tujuan Contoh kata kunci

Pengetahuan Menguji kebolehan calon mengingat semula perkara2 yg sudah dipelajari (fakta, istilah, konsep, dsb) tanpa sebarang perubahan.

Apa, siapa, di mana, bila, mengapa, labelkan, dsb.

Kefahaman Menguji kebolehan calon memahami, menterjemah, menghurai, memberi penjelasan, menginterpretasi fakta, konsep atau prinsip.

Asingkan, terangkan, jelaskan, bandingkan, bezakan, nyatakan, dsb.

Aplikasi Menguji kebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asas utk menyelesaikan masalah.

Kirakan, gunakan, selesaikan, hubungkan, tunjukkan, dsb.

Analisis Menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea besar kpd bahagian2 kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan.

Bezakan, hubungkan, cerakinkan, asingkan, bahagikan, jelaskan struktur, dsb.

Sintesis Menguji kebolehan calon untuk menggabungkan, mencantumkan, mengintegrasikan idea2 kecil, mentafsir dan membuat rumusan.

Kumpulkan, susunkan, gubahkan, dsb.

Penilaian Menguji kebolehan calon untuk membuktikan, mengesahkan, mengkritiki, menilai atau memberi pendapat bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.

Nilaikan, rumuskan, tafsirkan, bandingkan, huraikan, buktikan, dsb.

Page 24: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Aras soalan Objektif Subjektif

Pengetahuan Berdasarkan sajak “Aku”, apakah cita2 penyajak?

A Membina negara B Menjadi gembira

C Menjadi manusia biasa D Berjasa kepada negara

Salin semula sajak “Aku” dalam bentuk esei pendek.

Kefahaman Dalam sajak “Aku”, penyajak boleh mencapai cita2nya dengan:

A Bergembira B Berbuat jasa

C Belajar bersungguh2 D Tidak melupakan ibu bapanya

Berdasarkan sajak “Aku”, ceritakan bagaimana penyajak boleh mencapai cita-citanya.

Aplikasi Perkataan “terlaksana” dalam sajak di atas boleh digantikan dgn perkataan:

A tercapai B terpenuh

C terhasil D terdapat

Gantikan perkataan “terlaksana” yg terdapat dlm baris kedua rangkap ketiga sajak “Aku di atas dgn perkataan lain yg semakna dan sesuai.

Analisis Sifat yg perlu ada pd org yg ingin berjasa menurut sajak di atas ialah:

I. Rajin II. Kuat berusaha III. Riang dan gembira

IV. Belajar bersungguh-sungguh.

A I dan II sahaja B III dan IV sahaja

C I, II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

Berdasarkan sajak “Aku”, ceritakan sifat2 yg perlu ada pd seseorang yg ingin berjasa.

Sintesis Tajuk lain yg paling sesuai bagi sajak di atas ialah

A Ingin berjasa B Rajin berusaha

B Membela negara D Mencapai cita-cita

Pada pendapat kamu apakah tajuk lain yg sesuai bagi sajak di atas?

Penilaian Watak “Aku” dalam sajak di atas boleh dianggap sebagai seorang yang

A baik B jujur

C mulia D berakhlak

Apakah yg akan berlaku jika seseorang itu tidak mahu berusaha dan lupa kpg Yang Maha Esa?

Page 25: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

• Nyatakan kepentingan penyoalan bagi peringkat-peringkat pembelajaran berikut:

i. Peringkat permulaan pembelajaran

ii. Peringkat perkembangan pembelajaran

iii. Peringkat penutup pembelajaran

Page 26: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Kepentingan penyoalan

• Peringkat Permulaan Pembelajaran

•Pada peringkat ini soalan digunakan untuk: mencungkil pengetahuan yang sedia ada pada murid mengaitkan pelajaran lepas dengan pelajaran baru menumpukan perhatian serta minat murid pada pelajaran yang akan dipersembahkan.

Peringkat Perkembangan Pembelajaran

•Pada peringkat ini soalan digunakan untuk: menduga kefahaman murid mengenai bahan pelajaran yang dibincangkan memastikan penyertaan murid yang aktif mengekalkan minat murid serta tumpuan perhatian mereka.

Peringkat Penutup

•Soalan pada peringkat penutup digunakan untuk membuat rumusan pelajaran, menguji kefahaman murid secara menyeluruh.

Page 27: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

• Dalam teknik penyoalan guru perlu ada kemahiran untuk memberikan respons terhadap jawapan murid dengan berkesan.

Jelaskan kemahiran-kemahiran tersebut.

Page 28: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Contoh kemahiran:

Antara kemahiran itu ialah:• Berikan masa yang secukupnya untuk murid

memikirkan jawapan.• Jangan melabelkan murid yang menjawab salah

dengan perkataanperkataan yang negatif• Bantu murid dengan memberikan kata kunci

sebagai panduan menjawab jika murid menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan tersebut

• Jangan pilih murid yang sama untuk menjawab soalan.

Page 29: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

• Pilih satu bahan pengajaran grafik untuk sesi pengajaran Bahasa Melayu. Anda mahu menguji dan menilai murid melalui kaedah soal jawab.

Sediakan soalan-soalan yang sesuai untuk menguji pemahaman murid tentang grafik. Berdasarkan pengalaman, sediakan rumusan tentang pencapaian murid anda dan keberkesanan kaedah tersebut.

Page 30: k1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran