k a n d u n g a n - parlimen.gov.my · cuba sedaya upaya supaya lebih ramai askar dapat penempatan...
TRANSCRIPT
Naskhah belum semak
DEWAN NEGARA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PENGGAL PERTAMA
MESYUARAT PERTAMA
Bil. 6 Khamis 30 Ogos 2018
K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL: Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
- YB Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Halaman 37)
DN 30.8.2018 1
MALAYSIA
DEWAN NEGARA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PENGGAL PERTAMA
MESYUARAT PERTAMA
Khamis, 30 Ogos 2018
Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi
DOA
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
Tuan Yang di-Pertua: Salam sejatera. Selamat pagi dan salam merdeka. Yang
Berhormat Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat. Silakan.
1. Dato’ Isa bin Ab. Hamid [Di bawah P.M. 23(2)] minta Menteri Pertahanan menyatakan, adakah projek-projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera di seluruh negara akan diteruskan.
Timbalan Menteri Pertahanan [Tuan Liew Chin Tong]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator Hanafi.
Pembinaan projek-projek rumah angkatan tentera di seluruh negara telah dirancang
secara menyeluruh dan akan diteruskan tertakluk kepada kedudukan semasa kewangan
kerajaan. Sehingga ini, sebanyak 738 unit rumah keluarga angkatan tentera telah siap dibina
sepenuhnya di tiga lokasi iaitu Kem Tiga Rejimen Sempadan, Pangkalan Ulu Perak; Kem Desa
Pahlawan, Kelantan; dan Kem Sri Miri Fasa Satu, Sarawak.
Rumah keluarga angkatan tentera yang masih dalam pembinaan pula sebanyak 471 unit
melibatkan lima lokasi iaitu Kem Tok Jalai, Kedah; Kem Oran, Perlis; dan tiga kem di Sarawak
iaitu Kem Semenggo, Kem Pakit; dan Kem Sri Miri Fasa 2.
Manakala sebanyak 2,063 unit lagi masih belum lagi dimulakan pembinaan iaitu
melibatkan empat lokasi iaitu di Kem Syed Sirajuddin, Negeri Sembilan; Kem Tumbi, Kelantan;
Kem Batu 10, Sarawak; dan Kem Lok Kawi Sabah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
DN 30.8.2018 2 Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang
Berhormat Menteri. Soalan tambahannya ialah, adakah kakitangan ATM diberikan juga peluang
untuk memiliki rumah- pakej perumahan awam seperti rumah PR1MA, Rumah Mesra Rakyat dan
sebagainya bagi menambah imej dan kebajikan kakitangan ATM? Sekian.
Tuan Liew Chin Tong: Di bawah pemerintahan lalu, memang ada Program Satu Anggota
Satu Rumah atau SASAR, untuk anggota memiliki perumahan tetapi Projek SASAR di Sungai
Besi ini masih dikaji semula kerana pembatalan oleh DBKL, maka kementerian akan teruskan
projek ini. Terima kasih.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang
Berhormat Menteri, kalau diizinkan saya ingin mencadangkan supaya tentera-tentera ini
sepatutnya kena ada tempat kem untuk mereka. Kerana tempat-tempat yang saya pergi
menjalankan program pencegahan dadah, askar-askar terlibat dengan dadah bila kita bertanya
mereka ini yang di luar kem. Mana yang dalam kem ada kawalan. Manakala yang di luar kem itu
yang terlibat dengan dadah. Bayangkan tentera kita terlibat dengan dadah? Apa akan jadi kepada
keselamatan negara kita? Apa pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Soalan asalnya berkenaan dengan rumah. Silakan Yang
Berhormat Menteri.
Tuan Liew Chin Tong: Bukan semua askar boleh ditempatkan dalam kem. Memang ada
yang sewa di luar ada yang duduk dalam kem.
Dalam perancangan di bawah pemerintahan yang lalu, blueprint sasarkan 60 peratus
askar duduk dalam kem, itu di bawah pemerintahan yang lalu. Akan tetapi kementerian akan
cuba sedaya upaya supaya lebih ramai askar dapat penempatan dalam kem. Terima kasih.
Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, amalan membina rumah angkatan tentera ini memang
sudah menjadi tradisi kepada angkatan tentera. Cuma saya ingin mengingatkan kepada
kementerian bahawa terdapat juga kem-kem tentera yang warganya tinggal di luar daripada kem.
Oleh sebab di sekeliling kem dibina kawasan-kawasan perumahan dan warga tentera ini
berkehendakkan rumah, jadi mereka gemar untuk membeli rumah dan tinggal di luar. Oleh yang
demikian saya ingin memberi pandangan kepada kementerian supaya tidak membina rumah
keluarga ini sehingga lebih-lebihan.
DN 30.8.2018 3 Saya yakin dan percaya dan saya tahu ia berlaku di Pangkalan TLDM Lumut oleh sebab
ramai warga tentera ingin memiliki rumah, membeli rumah di luar daripada kawasan kem. Terima
kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Tidak payah jawab Yang Berhormat Menteri. Itu
cadangan.
2. Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah langkah-langkah kementerian bagi membangunkan Institusi Pendidikan Negara yang bersifat holistik, terutama daripada aspek perpaduan dan jati diri generasi baru negara.
Timbalan Menteri Pendidikan [Puan Teo Nie Ching]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Senator.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian
Pendidikan Malaysia akan terus melaksanakan komitmen dalam memperkukuhkan perpaduan
dalam kalangan murid dan pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi pelbagai kaum melalui
pelaksanaan program sedia ada dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum di semua institusi
pendidikan.
■1010
Bagi tujuan tersebut, KPM telah memasukkan elemen patriotisme, perpaduan dan
kecintaan terhadap, agama, bangsa dan negara dalam kurikulum kebangsaan melalui Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral
serta melalui pendekatan merentas kurikulum dalam mata pelajaran lain.
Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) turut dilaksanakan di peringkat IPT dengan
hasrat melahirkan graduan yang holistik, menghayati nilai-nilai patriotisme dan jati diri beracuan
Malaysia, serta menguasai kemahiran insaniah ke arah memenuhi kebolehpasaran kerja. Melalui
kursus MPU, pelajar diberi pendedahan melalui empat kelompok khusus MPU iaitu:
(i) penghayatan falsafah nilai dan sejarah;
(ii) penguasaan kemahiran insaniah;
(iii) perluasan ilmu pengetahuan tentang Malaysia; dan
(iv) kemahiran pengurusan masyarakat.
Kelompok khusus MPU di bawah perluasan ilmu pengetahuan tentang Malaysia
menekankan aspek patriotisme dalam kalangan pelajar IPT. KPM juga memupuk semangat
DN 30.8.2018 4 patriotisme dan perpaduan menerusi penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum yang dijangka
mampu memberi kesan positif dalam pembentukan jati diri dan sahsiah murid.
Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan salah
satu program yang bermatlamatkan pembentukan integrasi nasional dalam kalangan murid
pelbagai kaum yang ada dan dilaksanakan bagi memperkukuhkan integrasi dalam kalangan
murid sekolah yang mengikuti sistem persekolahan di sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Di samping itu, beberapa program lain bagi memupuk perpaduan turut dilaksanakan di
peringkat IPT antaranya Kembara Siswa Patriotik, Speech for Progress, Get Youth Volunteerism,
Festival of Color of The World 2017, dengan izin, Konvensyen Pemimpin Mahasiswa
Kebangsaan, Hari Perpaduan dan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu.
Mahasiswa turut diberi peluang untuk menjadi ahli pasukan simpanan dan pasukan
sukarelawan beruniform seperti Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Sukarelawan
Polis Siswa Siswi (SUKSIS), dan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) semasa tempoh
pengajian di universiti.
Selain daripada pelaksanaan melalui program yang dijalankan, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah membangunkan indeks patriotisme dan perpaduan nasional yang bertujuan
memberi gambaran tahap patriotisme dan perpaduan khususnya di kalangan pelajar IPT dan
seterusnya dapat menjadi petunjuk kepada kementerian ini dalam merangka program yang
bersesuaian. KPM juga telah menjalankan kajian pengukuran tahap perpaduan pada tahun 2016
yang melibatkan murid di sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah kendalian KPM.
Diharapkan dengan pelaksanaan program dan aktiviti yang telah dinyatakan tersebut,
Kementerian Pendidikan Malaysia dapat membantu negara dalam melahirkan mahasiswa yang
mempunyai identiti nasional dan semangat patriotik yang tinggi dalam menyumbang ke arah
kemakmuran negara dan komuniti global.
Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Saya patut mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri
jawapan cukup jelas. Bahasa Melayunya memang cun. Tahniah. Ini yang saya hendak tengok,
saya cukup bangga.
Tuan Yang di-Pertua, saya pun sebenarnya sebagai seorang ahli akademik memang
susah hati. Kita hendak melihat anak-anak kita pelbagai kaum ini dapat bersatu padu dan kita
hendak melihat kalau mereka dapat diletakkan di bawah satu bumbung. Kalau kita tanya semua
DN 30.8.2018 5 negara dalam dunia memang mengatakan tidak ada negara lain yang tidak mengamalkan ini.
Mesti sekolah satu aliran.
Persoalan saya, kita faham rakan-rakan kita sebahagiannya tidak menerima konsep
sekolah satu aliran. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah strategi lain? Sebab
satu aliran kita tidak hendak, sekolah wawasan kita tidak hendak. Ada tak strategi lain di mana
kita boleh meletakkan anak-anak yang kita sayangi ini, bakal pemimpin negara kita pelbagai
kaum ini, strategi lain supaya mereka dapat diletakkan di bawah satu bumbung supaya mereka
dapat mengenali dan mengasihi antara satu sama lain. Itu yang pertama.
Kedua, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, nampaknya memang
sudah ada satu mekanisme untuk memastikan konsep perpaduan dapat dijalinkan di kalangan
anak-anak hari ini. Soalan saya, selama ini apakah dari segi kita pengukuran itu, di manakah kita
berada sekarang? Kalau kita ada ukuran itu ataupun mungkin akan diambil. Agak-agak di
manakah perpaduan dan jati diri anak-anak kita ini khasnya di sekolah rendah dan sekolah
menengah, di manakah kita berada sekarang dari segi ukuran indeksnya. Sekian, terima kasih.
Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan
tambahan daripada Yang Berhormat Senator tersebut. Saya rasa setakat ini Kerajaan Pakatan
Harapan tidak berhasrat untuk memansuhkan sekolah-sekolah yang berkepelbagaian aliran
kerana kita rasa bahawa kepelbagaian aliran ini adalah satu kekayaan dan juga satu
keistimewaan, kekuatan kepada negara Malaysia. Untuk murid-murid, yang paling penting murid-
murid sekolah rendah untuk belajar dalam bahasa ibunda, juga adalah sangat pentung untuk
mereka menguasai ilmu.
Terhadap cadangan untuk mewujudkan sekolah wawasan, saya rasa sekolah wawasan
memang sudah dilaksanakan. Setakat ini kita ada enam buah sekolah wawasan di seluruh
Malaysia. Salah satu memang melibatkan SK, SJK(C) dan juga SJK(T). Sama ada kita
merancang untuk menambah lagi bilangan sekolah wawasan, saya rasa satu kajian impak perlu
dijalankan terlebih dahulu. Kita hendak mengkaji sama ada impak positif atau negatif pandangan
daripada masyarakat supaya kalau hendak memperluaskan lagi sekolah wawasan ini, kita boleh
tahu bagaimana boleh ditambah baik. Akan tetapi itu perlu satu kajian dibuat terlebih dahulu
sebelum kita buat rancangan tentang sekolah wawasan.
Saya rasa setakat ini kementerian memang ada pelbagai kaedah supaya murid-murid
pada pelbagai aliran ini boleh menjalankan aktiviti bersama. Seperti program yang saya sebut
tadi RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan, itu adalah salah satu program di
peringkat daerah di mana murid-murid daripada SJK, SJK(C) dan juga SJK(T) mereka akan
DN 30.8.2018 6 digabungkan untuk mengadakan aktiviti bersama. Selain daripada itu, untuk aktiviti sukan dan
juga ko-akademik juga, kita selalu melibatkan murid-murid daripada pelbagai aliran supaya
mereka berpeluang untuk berinteraksi dengan satu sama lain.
Seperti saya sebut tadi, kita memang ada mewujudkan satu indeks untuk mengukur tahap
perpaduan dan juga patriotisme. Akan tetapi oleh sebab indeks patriotisme dan indeks perpaduan
nasional itu di wujud untuk IPTA, sekarang digunakan di 20 UA, tetapi itu baharu dilaksanakan
pada tahun 2017. Jadi kita setakat ini tidak nampak. Hanya satu questionnaire diberi kepada
mahasiswa mahasiswi pada tahun 2017.
Tahun ini kita akan, bukan sahaja melibatkan mahasiswa mahasiswi semester ke tiga
tetapi juga akan memberi questionnaire ini kepada mahasiswa mahasiswi untuk semester
pertama. Jadi kita perlu masa yang lebih panjang sedikit untuk melihat sama ada tahap
patriotisme ini semakin meningkat atau semakin menurun.
Untuk sekolah rendah dan juga sekolah menengah, kami juga ada kajian pengukuran
tahap perpaduan pada tahun 2016, 2017 dan juga tahun ini akan dilaksanakan. Jadi kita perlu
masa yang panjang sedikit untuk melihat sama ada, ada satu trend. Ini kerana sekarang saya
rasa kalau kita buat satu kohort, dua kohort sahaja, itu tidak conclusive enough untuk buat satu
keputusan di sini. Sekian jawapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Ti Lian Ker: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan
Menteri Pendidikan adalah antara orang yang paling lantang membantah sekolah wawasan
dahulunya.
■1020
Akan tetapi kebelakangan ini, saya berkesempatan mengikut pemikiran Yang Berhormat
dan nampaknya sudah berubah pendirian. Bolehkah Yang Berhormat berkongsi dengan kita,
apakah faktor-faktor yang menyebabkan Yang Berhormat telah berganjak daripada segi
pendidikan?
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, pandangan...
Puan Teo Nie Ching: Saya di sini ingin mencabarkan...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, ini pandangan peribadi. Tak perlu jawab.
Puan Teo Nie Ching: Ya, betul. Akan tetapi saya perlu memperbetulkan kenyataan dia.
Saya mencabar Yang Berhormat Senator untuk membuktikan saya sebelum ini pernah
menentang tentang idea sekolah wawasan ini, membuktikan kenyataan itu ataupun tarik balik. Itu
permintaan saya.
DN 30.8.2018 7
Dato’ Sri Ti Lian Ker: Saya akan terima cabaran ini dan kita boleh berbahas tentang isu
ini.
Puan Teo Nie Ching: No, prove it here. Prove it here.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat-Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, sila
duduk. Yang Berhormat, Menteri dah cakap kalau itu adalah satu- she has challenged you atau
tidak, you tarik balik. Akan tetapi saya ingat Yang Berhormat Menteri, dia tak payah tarik balik.
Yang Berhormat, saya harap you akan wujudkan dalam perbahasanlah. This is not that
something you all should bring it up here, dengan izin. Itu yang saya cakap.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, this is- you don’t- tak payah jawab soalan
ini pun.
Puan Teo Nie Ching: Ya, tetapi dia buat satu kenyataan tentang saya dan saya rasa
kenyataan itu tidak tepat. Jadi, saya harap bahawa Tuan Yang di-Pertua boleh mengarahkan
Yang Berhormat Senator Ti ini tarik balik. Kalau dia tak dapat bukti kenyataan tersebut di dalam
Dewan Negara ini, saya rasa dalam rekod...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ini masa adalah untuk Jawab Lisan. Saya tak
boleh biarkan ini tarik balik ini. Ini bukan Dewan Rakyatlah, you orang hari-hari gaduh. Ini Dewan
Negara... [Tepuk]
Yang Berhormat Dato' Sri Ti, oleh kerana tak patut you buat charges against the Deputy
Minister. Kalau tak betul, tarik baliklah sekali. Itu betul kah tak betul?
Dato' Sri Ti Lian Ker: Sama ada peribadi atau tidak, apabila parti membuat satu
keputusan, itu adalah kolektif... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Okey Yang Berhormat, ya. Yang Berhormat.
Dato' Sri Ti Lian Ker: Saya rasa dalam banyak ucapan Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator, parti bukan Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Ti Lian Ker: Ya, Tuan Yang di-Pertua tetapi di dalam banyak perucapan, kalau
kita nak buktikan, biarlah cukup ke mahkamah dan saya...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Duduk, duduk Yang
Berhormat.
Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: [Bangun]
Dato' Sri Ti Lian Ker: ...Saya sanggup menerima cabaran di luar.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Chandra Mohan, sila duduk.
DN 30.8.2018 8
Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di atas
standing order. Atas standing order.
Tuan Yang di-Pertua: Standing order apa?
Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Standing Order 35(5).
Tuan Yang di-Pertua: Baca standing order itu.
Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Improper motive.
Tuan Yang di-Pertua: Baca.
Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Bahasa Inggeris. No Senator shall impute
improper motives to any other Members. Apa yang dia cakap itu improper motive, so I rasa dia
kena tarik baliklah, kecuali dia buktikan di sini.
Tuan Yang di-Pertua: Okey, Yang Berhormat.
Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: He has to buktikan motif dia proper. Terima
kasih... [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua: Sila duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri dengan Ahli-
ahli Yang Berhormat, sila dengarlah petua saya. Masa Jawab Lisan ini, jangan ungkitkan isu-isu
yang- kalau isu parti itu, Yang Berhormat kena faham, yang dia ini sebagai Timbalan Menteri
Kementerian Pendidikan, bukan Timbalan Menteri DAP... [Dewan riuh] Sudahlah Yang
Berhormat. Ada lagi soalan tambahan? Datuk Dr. Lucas.
Datuk Dr. Lucas Umbul: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi ruang untuk
bertanya. Ini bukan soalan politik ya, ini soalan yang fakta yang benar.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya hendak bagi amaran kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Kita ini kerajaan dah tukar, ini sekarang kita ada kerajaan baharu. Skop Dewan Negara ini lain
daripada Dewan Rakyat, ini adalah Second Chamber. Semua Ahli-ahli Yang Berhormat ini adalah
berpelajaran tinggi, so kelakuan Yang Berhormat pun kenalah buat macam itu. Jangan buat isu-
isu yang kecil... [Tepuk]
Tolonglah Yang Berhormat. Silakan.
Datuk Dr. Lucas Umbul: Yang Berhormat Menteri Pendidikan, seperti yang kita sedia
maklum, seperti yang diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan mengenai penutupan Pusat
Latihan Khidmat Negara yang satu pusat...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, mike itu kena dekat sikit.
Datuk Dr. Lucas Umbul: ...Yang satu pusat yang mana boleh membawa kepada
perpaduan dan jati diri generasi baharu negara kita di Malaysia. Akan tetapi saya ingin bertanya
DN 30.8.2018 9 kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan, apakah mekanisme baharu yang boleh diguna
pakai oleh kementerian untuk menjalankan aktiviti yang seolah-olah aktiviti yang pernah
dijalankan dalam Pusat Latihan Khidmat Negara? Contohnya, menjalani cabaran-cabaran dalam
air dan juga seperti juga cabaran-cabaran lain seperti yang dialami oleh guru-guru pelatih iaitu
Program Bina Insan Guru. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat
Senator Datuk Dr. Lucas.
Selain daripada program yang ada membawa ciri-ciri PLKN, kita juga ada Program
Remaja Wawasan. Sebenarnya kita mengumpulkan pelajar-pelajar kita daripada sekolah
menengah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti outdoor. Akan tetapi tempoh masanya bukan
selama tiga bulanlah tetapi hanyalah untuk minggu ataupun berapa hari. Akan tetapi kita memang
ada program outdoor untuk pelajar-pelajar kita. Jadi, itulah jawapan saya. Terima kasih Yang
Berhormat Senator.
Tuan Alan Ling Sie Kiong: [Bangun]
Tuan Ismail bin Yusop: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat, dah tiga soalan tambahanlah.
Tuan Alan Ling Sie Kiong: Dua sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Saya tak beri pun Yang Berhormat [Ketawa]
Tuan Alan Ling Sie Kiong: Boleh, boleh tanya sikit pasal IPG?
Tuan Yang di-Pertua: Bolehlah, pasal dia sudah berdiri ini. Sila, silakan Yang Berhormat.
Tuan Alan Ling Sie Kiong: Terima kasih. Terlebih dahulu saya mengalu-alukan
kehadiran murid-murid kita dari SMK Bandar Baru Darulaman, kita mengalu-alukan. Mereka ini
pemimpin negara kita... [Tepuk]
Kita kena tunjukkan kelakuan yang baik di Dewan ini. Soalan saya Yang Berhormat
Timbalan Menteri, mengenai kedua-dua IPG di Miri, Sarawak dan di Bintangor, Sarawak. Kita di
Sarawak ada empat IPG. Saya difahamkan pada tahun lepas, kerajaan lama telah membuat
keputusan untuk menutup IPG Sarawak di Miri dan IPG Rajan di Bintangor. Kedua-dua IPG
terletak di kawasan utara Sarawak dan tengah Sarawak. Dengan izin, northern Sarawak and
central Sarawak dan yang balance yang dua itu terletak di selatan Sarawak.
Saya rasa pendirian saya di sini, saya harap kementerian ataupun kerajaan baharu boleh
mengkaji semula keputusan itu supaya kita mengekalkan IPG Sarawak di Miri dan IPG Rajan di
Bintangor. Kedua-dua IPG ini sudah lama wujud. IPG Sarawak ini wujud sejak tahun 1957, IPG
Rajan sejak 1967. Kalau boleh, kita naik tarafkan IPG tersebut dengan tawaran ijazah kah
DN 30.8.2018 10 ataupun menaik status sebagai universiti komprehensif dan bukan kita tutup dan menjadikannya
sebagai TVET yang dicadangkan. Saya harap- dulu saya tak boleh bangkit hal ini tetapi sekarang
kerajaan baharu saya harap satu kajian yang mendalam boleh dijalankan oleh Kementerian
Pendidikan supaya kita kekalkan. Saya memang anggap TVET itu penting, vocational school
penting tetapi jangan korbankan kedua-dua IPG di Sarawak ini kerana keluasan kita yang besar.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Menteri faham. Yang Berhormat Menteri, soalan
ini ada dibangkitkan dalam perbahasan. So, kalau sudi nak jawab, boleh jawab ataupun dalam
perbahasan pun boleh jawab.
Puan Teo Nie Ching: Saya sentuh sikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya
tentang isu IPG ini, pertamanya saya nak nyatakan di sini bahawa kita sekarang ada 27 IPGM di
seluruh Malaysia dan kapasitinya adalah sebanyak 31,000 pelajar. Akan tetapi sekarang
enrolmen semasa adalah lebih kurang 13,000 sahaja. Maksudnya, hanya 42 peratus kapasiti
yang telah dipenuhi. Jadi oleh sebab itu, kerajaan dahulu memang telah dalam Mesyuarat
Jemaah Menteri pada 24 Mei 2017 membuat keputusan untuk tukar fungsi sembilan IPG ini
kepada TVET.
Jadi, sekarang kerajaan baharu ini dengan keputusan tersebut sedang diteliti semula dan
kita akan mengambil kira pandangan-pandangan pihak-pihak yang berkepentingan. Akan tetapi
saya di sini ingin menegaskan bahawa kalau sesebuah IPG itu ditukar fungsi sebagai TVET, itu
bukan satu downgrade. Saya rasa kenyataan itu tak sesuai dan tidak adil. Oleh kerana TVET ini
fungsinya juga penting untuk memberi pendidikan vokasional kepada orang muda. Jadi, saya
harap bahawa janganlah kita ada satu sangkaan bahawa kalau sesuatu pusat dijadikan TVET,
itu adalah satu downgrade. Itu yang saya nak menegaskan di sini. Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua.
■1030
Tuan Ismail bin Yusop: Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya
ringkas sahaja kepada Yang Berhormat Menteri. Suatu ketika dahulu, Kementerian Pendidikan
mempunyai falsafah Dasar Pendidikan Negara. Soalan saya ialah, dalam semua program, polisi
dan dasar yang sedang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan sekarang, apakah dasar ataupun
Falsafah Pendidikan Negara itu masih lagi diguna pakai oleh kementerian? Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua.
Puan Teo Nie Ching: Memang masih diguna pakai. Untuk makluman Yang Berhormat
Senator juga, kita telah wujudkan satu jawatankuasa untuk mengkaji Falsafah Pendidikan Negara
DN 30.8.2018 11 untuk memastikan bahawa falsafah tersebut adalah tidak outdated dan juga sesuai untuk zaman
ini. Memang kita masih pakai. Kita tidak cakap bahawa sekarang kita sudah tidak pakai Falsafah
Pendidikan Negara itu. Terima kasih.
3. Dr. Nuing Jeluing minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan, sama ada Akta ini akan diubah dan dikaji semula untuk menaikkan royalti dari 5 peratus ke 20 peratus seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH) semasa kempen PRU14, dan merupakan satu daripada janji-janji dalam manifesto mereka. Apakah kesan terhadap kewangan negara jika royalti dinaikkan ke tahap yang dijanjikan.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi [Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin]: Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua. Saya pohon izin untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Senator Dr.
Nuing Jeluing bersekali dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Husain bin
Awang bertarikh 3 September 2018, kerana menyentuh isu yang sama iaitu berkaitan pemberian
royalti petroleum.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan.
Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, saya
gabungkan inti pati soalan tersebut di dalam jawapan ini.
Sebagaimana Ahli Yang Berhormat Senator sedia maklum, Petronas adalah sebuah
syarikat milik negara- national oil company dan bukannya public listed company, dengan izin.
Akta Pembangunan Petroleum 1974 atau PDA 1974 merupakan undang-undang yang diguna
pakai dan dikuatkuasakan pada masa ini bagi tujuan cari gali petroleum di seluruh Malaysia.
Petronas diberikan hal milik eksklusif sumber petroleum negara dan diamanahkan untuk
mengurus dan memajukan sumber ini termasuk mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan
dan memperoleh petroleum di seluruh Malaysia.
Sebagaimana termaktub dalam PDA 1974, sebagai balasan, Petronas akan memberikan
bayaran tunai atau cash payment atau lebih difahami umum sebagai royalti kepada negeri-negeri
pengeluar minyak. Pada masa ini, Petronas perlu membayar sebanyak 10 peratus daripada
jumlah hasil pengeluaran kasar minyak dan gas atau gross production secara bayaran tunai atau
cash payment atau royalti kepada kerajaan.
Daripada jumlah ini dan bergantung kepada di mana hasil tersebut dikeluarkan, sejumlah
lima peratus akan diterima masing-masing oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri-
negeri berkaitan. Dalam hal ini, Petronas lazimnya akan membuat pembayaran dua kali setahun
pada kerajaan iaitu dalam bulan Februari dan Ogos.
DN 30.8.2018 12
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bayaran tunai sejumlah 10 peratus adalah
merupakan nilai kasar setong atau gross value per barrel, dengan izin, pada harga pasaran dan
merupakan bayaran yang dibuat tanpa perlu mengambil kira sama ada pengeluaran minyak dan
gas daripada lapangan tersebut menguntungkan atau pun tidak.
Mengikut keadaan semasa, daripada nilai setong berkenaan, jumlah 70 peratus daripada
hasil pengeluaran kasar minyak dan gas merupakan kos pengeluaran ataupun cost recovery
yang perlu dibiayai. Kos tersebut telah mengalami peningkatan yang signifikan daripada tahun
ke tahun disebabkan oleh kerumitan atau complexity dan risiko yang semakin tinggi dalam proses
mencari gali minyak dan gas di lautan. Bagi pengeluaran yang melibatkan lapangan laut dalam
atau deep water, kos ini boleh mencecah sehingga 80 peratus daripada jumlah pengeluaran hasil
kasar atau gross production.
Setelah ditolak royalti sebanyak 10 peratus dan kos pengeluaran sekitar 70 peratus,
maknanya 10 peratus campur 70 peratus jadi 80 peratus, baki 20 peratus adalah keuntungan
yang akan dikenakan cukai. Petronas dan pengusaha lain perlu membayar cukai pendapatan
petroleum atau Petroleum Income Tax Act (PITA).
Untuk makluman, pada masa ini PITA yang dikenakan adalah pada kadar 38 peratus
daripada keuntungan kasar minyak dan gas iaitu gross profit. Berdasarkan keuntungan 20
peratus ini dan kadar 38 peratus ini, jumlah PITA yang perlu dibayar adalah dianggarkan
sebanyak lapan peratus dari hasil pengeluaran kasar. So, maknanya 10 peratus adalah cash
payment, 70 peratus kos pengeluaran, lapan peratus adalah tax PITA dan baki selebihnya 12
peratus dari jumlah hasil pengeluaran kasar minyak dan gas ini merupakan keuntungan yang
akan dikongsi antara Petronas dan pengusaha-pengusaha lain berdasarkan perjanjian yang
dimeterai bagi sesebuah kontrak pengeluaran yang terlibat. Maknanya 12 peratus ini pun akan
dikongsi oleh Petronas dengan pengusaha lain.
Tuan Yang di-Pertua, Pakatan Harapan telah mengkaji kewajaran penambahan royalti
dari hasil petroleum kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dengan memenuhi prinsip
distributive justice ataupun pengagihan kekayaan yang lebih adil. Mengikut kefahaman Pakatan
Harapan, cadangan menambah jumlah royalti petroleum kepada 20 peratus adalah berdasarkan
keuntungan Petronas selepas cukai dan bukannya daripada jumlah hasil pengeluaran kasar atau
gross production. Cadangan tersebut juga adalah mengikut analisa struktur kos atau cost
structure pengeluaran petroleum oleh Petronas.
Namun yang demikian, cadangan ini tidak dapat dilaksanakan dengan segera kerana ia
bercanggah dengan PDA 1974 kerana pengiraan yang dibuat adalah berdasarkan gross profit
DN 30.8.2018 13 dan bukannya atas net profit. Oleh yang demikian, sekiranya penambahan royalti petroleum
kepada 20 peratus hendak dilaksanakan, ia memerlukan pindaan ke atas PDA 1974.
Di samping itu, sekiranya Petronas dikehendaki menambah jumlah royalti petroleum
kepada 20 peratus daripada jumlah hasil pengeluaran kasar petroleum kepada negeri pengeluar
minyak, ia akan memberi implikasi yang serius terhadap kedudukan kewangan Petronas dan juga
hasil Kerajaan Persekutuan. Tadi tinggal 12 peratus perlu dikongsi. Bayangkan kalau ambil 20
peratus daripada atas, akan jadi negative bottom line, dengan izin.
Dalam hal ini, kerajaan bercadang untuk menubuhkan jawatankuasa khas kabinet yang
dianggotai oleh wakil-wakil daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang mempunyai
kepakaran dalam hal-hal berkaitan bertujuan untuk menyemak, mengkaji dan menambah baik
secara adil Perjanjian Malaysia 1963 termasuklah PDA 1974. Antara tugas jawatankuasa ini
adalah untuk mengkaji dan mencadangkan langkah-langkah pembetulan dalam beberapa hal
termasuk hak Sabah dan Sarawak terhadap hasil semula jadi negara termasuk hasil minyak dan
gas.
Walau bagaimanapun, ingin saya nyatakan bahawa buat masa ini tiada jangka masa
tertentu yang spesifik ditetapkan bagi pelaksanaan usaha ini kerana ia tertakluk kepada
peruntukan undang-undang dan syarat-syarat semasa yang perlu dipatuhi. Ini termasuklah
klausa-klausa yang terkandung dalam perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan Persekutuan
dan Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.
Mekanisme pembayaran royalti petroleum perlu diperhalusi oleh kerajaan bersama
Petronas dan akan dibincangkan dengan negeri-negeri pengeluar minyak dan gas untuk
mencapai kata sepakat. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi telah pun mengadakan
perbincangan dengan salah satu negeri pengeluar minyak di Semenanjung dan sesi libat urus
atau engagement akan diteruskan dengan negeri-negeri yang lain. Sekian, terima kasih.
Dr. Nuing Jeluing: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat
Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberi.
Dalam Manifesto Pakatan Harapan, jelas dinyatakan bahawa royalti lima percent akan
dinaikkan kepada 20 percent. Itu dalam Manifesto Pakatan Harapan. Janji yang sama juga ada
dalam Manifesto Barisan Nasional. Ini bererti bukan hanya Pakatan Harapan yang bersetuju
untuk menaikkan royalti lima percent sampai ke tahap 20 percent tetapi Barisan Nasional juga
setuju. Ini juga permintaan daripada Kerajaan Negeri Sarawak yang meminta 5 percent ini akan
ditambah sampai 20 percent.
DN 30.8.2018 14
Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas atau Eleventh Malaysia Plan dari tahun 2016
sampai tahun 2020, dari jumlah 32.8 bilion yang diperlukan oleh Sarawak, sebanyak RM20 bilion
adalah dari negeri Sarawak dan hanya RM12.8 bilion sahaja sampai tahun 2018 adalah dari
Kerajaan Persekutuan.
■1040
Dari tahun ini sampai ke tahun 2030, Sarawak memerlukan RM153.56 bilion dan satu
pertiga dari jumlah ini atau RM51 bilion adalah untuk pembinaan jalan raya dan jambatan.
Soalan saya, memandangkan jumlah peruntukan yang diperlukan adalah besar iaitu
RM153 bilion, apakah cadangan-cadangan Kerajaan Persekutuan untuk mengagihkan jumlah ini
untuk Kerajaan Negeri Sarawak.
Kedua, dengan penubuhan company minyak Sarawak, PETROS atau Petroleum
Sarawak baru-baru ini, adakah Kerajaan Persekutuan melalui PETRONAS bersedia bekerjasama
dengan PETROS untuk mengendalikan minyak dan gas dari Sarawak.
Ketiga...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ini berapa soalan Yang Berhormat? [Ketawa]
Cukuplah, dua soalan cukup.
Dr. Nuing Jeluing: Satu, satu lagi, satu.
Tuan Yang di-Pertua: Tetapi Yang Berhormat ini macam panjang sangat, ini macam
perbahasan.
Dr. Nuing Jeluing: Sekejap satu lagi. Jika Kerajaan Persekutuan tidak mampu dengan
segera menaikkan royalti daripada 5 peratus ke 20 peratus dengan serta-merta, adakah Kerajaan
Persekutuan bersetuju kenaikan ini dibuat beransur-ansur dalam lima tahun yang akan datang?
Sekian, terima kasih.
Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin: Terima kasih, Yang Berhormat. Pertamanya, soalan
berkaitan dengan peruntukan untuk kerajaan Sarawak saya rasa itu seperti mana norma biasa
Kerajaan Persekutuan akan berbincang dengan Kerajaan Negeri keperluan yang diperlukan
untuk jangka pendek juga untuk jangka masa panjang. Berkaitan dengan PETROS, ia masih di
peringkat awal. Saya rasa kerajaan juga akan melakukan engagement dengan pihak PETRONAS
dan pihak Kerajaan Sarawak berkaitan hal tersebut.
Satu lagi tentang royalti lima peratus itu, seperti mana saya sebut tadi, apabila kita rangka
manifesto itu, peningkatan adalah berdasarkan nett profit. Oleh kerana apa? Oleh kerana kalau
kita lihat cost structure itu sendiri, jika diambil 20 peratus daripada jumlah kasar, maknanya
PETRONAS bukan sahaja tidak mendapat untung tetapi rugi. Apabila PETRONAS itu rugi,
DN 30.8.2018 15 operasi ditutup, kesannya bukan sahaja kepada PETRONAS, Kerajaan Persekutuan bahkan juga
kepada kerajaan negeri serta vendor-vendor yang terlibat sama dalam urusan PETRONAS.
Jadi implikasinya besar, jadi sebab itu tadi saya sebut tentang cost structure ini dahulu
hendak bagi faham bahawasanya sekarang ini dengan 10 peratus cash payment iaitu lima
peratus kepada negeri dan lima peratus kepada pusat, 70 peratus cost of production tinggal lagi
20 peratus tolak tax sebanyak 8 peratus. Tinggal 12 peratus perlu dikongsi dengan syarikat
kontraktor.
Jika kita ambil 20 peratus, bayangkan apa yang akan berlaku, terutamanya untuk deep
sea, deep sea akan menjadi jauh lebih negatif hasil PETRONAS. Kesannya bukan sahaja kepada
PETRONAS, bahkan kepada hasil negara, bahkan kepada negeri pengeluar serta vendor-vendor
dan rakyat keseluruhannya, employment dalam bidang ini adalah cukup tinggi. Saya rasa itu
penjelasan saya. Terima kasih.
Datuk Haji Husain bin Awang: Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Sebagaimana yang sedia dimaklumi
oleh seluruh rakyat negara, Terengganu sebagai negeri pengeluar minyak telah pun dinafikan
daripada mendapat lima peratus daripada hasil royalti sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat
Timbalan Menteri tadi. Penafian ini berlaku sejak daripada tahun 2000 oleh Kerajaan BN,
kerajaan yang lalu, malah ditukar kepada wang ehsan ataupun dana khas. Itulah yang telah pun
berlaku sejak berpuluh tahun.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah sikap dan dasar
kerajaan baharu, adakah disambung legasi kerajaan lalu atau bersikap adil dan kembali kepada
semangat perjanjian di antara kerajaan negeri dan juga PETRONAS dan Kerajaan Pusat untuk
mengembalikan semula royalti minyak kepada negeri Terengganu sebanyak lima peratus.
Terima kasih.
Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin: Terima kasih, Yang Berhormat. Seperti mana saya
sebutkan tadi, kita Kerajaan Pakatan Harapan menekankan kepada distributive justice, keadilan
dalam pengagihan kekayaan kepada negeri-negeri termasuklah Terengganu. Setahu saya,
maknanya saya perlu dapat sedikit maklumat daripada pegawai-pegawai, Terengganu pun ada
menerima bayaran pada masa ini, seperti mana yang dijadualkan iaitu seperti mana yang
dimaklumkan kepada saya oleh pegawai-pegawai tadi, ada menerima. Jadi untuk katakan
bahawa kita tidak memberi, itu saya rasa adalah tidak adil.
DN 30.8.2018 16
Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri,
soalan itu berkenaan dengan wang ehsan dibayar sebagai wang ehsan atau royalti minyak?
Bayaran Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan tadi.
Datuk Haji Husain bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, memang saya hendak sambung
tadi.
Tuan Yang di-Pertua: Tidak boleh sambung sudah [Ketawa] Saya sudah minta kepada
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalannya adalah
bayaran itu seumpama wang ehsan ataupun royalti minyak.
Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin: Tentang terma itu saya kena rujuk, akan tetapi the
substance of it adalah bayaran kepada kerajaan negeri.
Tuan Yang di-Pertua: Okey, ada bayaran tetapi dia tidak pasti. Silakan Yang Berhormat
Senator.
Tuan Haji Muhammad bin Mustafa: Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan
royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan iaitu sebagaimana kita sedia maklum bahawa Kerajaan
Kelantan tidak pernah menerima bayaran royalti cuma yang terima adalah bayaran wang ehsan.
Kalau kita tengok dari segi istilah wang ehsan dengan royalti adalah suatu perbezaan. Jadi
maknanya royalti tidak pernah dibayar.
Sebagaimana juga kita sedia maklum bahawa berjanji itu harus, menunaikan janji wajib,
memungkiri janji adalah dosa yang besar. Itu apa yang kita sedia maklum daripada undang-
undang agama negara kita. Oleh hal yang demikian, saya ingin bertanya oleh kerana Kelantan
tidak pernah menerima bayaran semenjak perjanjian royalti ini, jadi adakah kerajaan baharu akan
mengadakan suatu bayaran tunggakan semenjak perjanjian itu dimeterai ataupun ianya
dimansuhkan begitu sahaja. Soalan saya, adakah kerajaan baharu ini akan membuat bayaran
tunggakan kepada semua bayaran-bayaran yang tidak pernah dibayar itu ataupun hendak
bermula daripada kerajaan sekarang. Sekian, terima kasih.
Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin: Terima kasih, Yang Berhormat Senator Ustaz
Muhammad. Apa yang berlaku di Kelantan ini terdapat satu kes mahkamah yang difailkan pada
tahun 2010 melibatkan saman oleh kerajaan negeri terhadap PETRONAS yang masih belum
selesai. Saya perlu menghormati proses undang-undang dalam hal ini. Jadi saya tidak mahu
menyentuh tentang hal tersebut, hendak bincang ada kes mahkamah. Jadi kita serahkan hingga
kes itu selesai untuk perbincangan lanjut. Saya rasa itu yang terbaik, sekian.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.
DN 30.8.2018 17 ■1050
Datuk Theodore Douglas Lind: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hendak soalkan
bahawa masalah percanggahan antara PDA ini dengan hak-hak negeri Sabah dan Sarawak
dalam Perjanjian Malaysia 1963. Apakah Kerajaan Persekutuan akan ambil tindakan atau
mencari jalan yang sesuai untuk mengatasi pertentangan antara PDA dengan hak-hak negeri
Sabah dan Sarawak.
Saya timbulkan soalan ini Tuan Yang di-Pertua kerana bila PDA ditubuhkan pada 1974,
ini adalah dalam masa darurat negara. Darurat negara adalah dalam tempoh 1969 hingga 2011
bila keadaan darurat ditarik balik oleh kerajaan. Maka Tuan Yang di-Pertua, pada masa darurat,
hak-hak negeri Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 itu memang ditangguhkan
atau digantung.
Akan tetapi masalah yang ditimbulkan, bila masa darurat ditarik balik pada 2011, maka
hak-hak negeri-negeri Sabah dalam perjanjian, dikembalikan kepada negeri itu. Inilah yang jadi
masalah Tuan Yang di-Pertua pada masa ini. Jadi soalan saya, apakah kerajaan baharu ini akan
ambil tindakan-tindakan atau ambil jalan-jalan yang baik, yang sesuai untuk mengatasi masalah
percanggahan hak-hak PDA dengan negeri Sabah dan Sarawak. Terima kasih.
Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin: Terima kasih Yang Berhormat. Satu soalan yang relevan
dan banyak isu-isu undang-undang dalam hal tersebut. Jadi saya tidak bercadang untuk
mengulas lanjut untuk melibatkan diri dalam polemik undang-undang. Akan tetapi sepertimana
saya sebut tadi bahawa kerajaan bercadang untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet
yang dianggotai oleh wakil-wakil dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang mempunyai
kepakaran dalam bidang-bidang tertentu untuk menyemak, mengkaji dan menambah baik secara
adil Perjanjian Malaysia 1963 termasuklah PDA 1974. Terima kasih.
4. Dato' Chai Kim Sen minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan. adakah kerajaan bercadang memansuhkan Lesen Import (AP) kereta penumpang dan motosikal demi menunaikan janji Kerajaan Pakatan Harapan bagi penurunan harga kereta.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dr. Ong Kian Ming]:
Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan tentang isu yang penting iaitu isu AP ataupun
lesen import.
Tuan Yang di-Pertua, lesen import ataupun AP ini bagi kereta penumpang dan motosikal
adalah di bawah penguatkuasaan Yang Berhormat Menteri MITI dan secara umumnya bertujuan
untuk memantau jumlah kereta yang diimport ke dalam negara serta mengumpul maklumat
DN 30.8.2018 18 pengimport dan juga kenderaan yang diimport. AP ini bukanlah faktor yang menentukan harga
kereta di pasaran tempatan. Pelbagai faktor boleh mempengaruhi harga kereta dan motosikal
import. Antaranya, nilai pertukaran mata wang, kos pengeksportan, modal kereta dan juga margin
keuntungan perniagaan.
Saya hendak beri contoh dengan memberi beberapa fakta ataupun nombor. Dari segi
jumlah AP francais dan juga AP terbuka yang diluluskan pada tahun 2017, adalah masing-masing
berjumlah 29,662 unit untuk AP francais dan 21,947 unit untuk AP terbuka. Kalau kita hendak
buat perbandingan dengan jumlah kereta, jumlah kereta penumpang yang dijual pada tahun 2007
adalah 514,679 unit. Jadi apabila kita buat perbandingan seperti ini, ia menunjukkan bahawa
jumlah AP adalah lebih kurang 10% daripada jumlah pasaran kereta penumpang yang dijual
dalam tahun 2017.
Tambah lagi pada masa yang sama harga jualan kereta yang diimport menggunakan AP
francais adalah bermula dari RM80 ribu hingga melebihi RM1 juta. Manakala untuk AP terbuka
harga jualan puratanya melebihi RM100 ribu. Kalau hendak buat dengan perbandingan dengan
harga terkini kereta penumpang yang dijual di Malaysia iaitu bukan AP, majoritinya adalah dalam
lingkungan harga RM80 ribu dan ke bawah. Jadi apabila kita buat perbandingan begitu ketara
bahawa ia menunjukkan sebahagian besar daripada AP digunakan untuk mengimport kereta
mewah yang berharga tinggi.
Objektif menurunkan harga kereta seperti apa yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan
Harapan adalah tertumpu dalam segmen kereta penumpang yang, dengan izin, accessible
kepada orang umum dan bukan untuk kereta mewah yang hanya boleh dibeli oleh pengguna di
golongan T20.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Dasar Automatif Nasional 2009 telah
menggariskan langkah-langkah untuk menggalakkan pembangunan industri automotif termasuk
dua langkah berikut iaitu untuk menghapuskan AP terbuka untuk pengimportan kereta dan
motosikal terpakai pada 31 Disember 2015 dan untuk menghapuskan AP francais untuk
pengimportan kereta dan motosikal pada 31 Disember 2000.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2015 keputusan telah diambil untuk meneruskan
Dasar AP Terbuka dengan membuat beberapa penambahbaikan terutamanya memberi peluang
kepada lebih ramai usahawan bumiputera untuk menceburi perniagaan dalam industri ini.
Pelanjutan dasar AP terbuka juga memberi rakyat lebih pilihan untuk membeli kereta dan
motosikal import yang mewah pada harga yang kompetitif.
DN 30.8.2018 19
Oleh itu pada masa sekarang tiada cadangan untuk memansuhkan lesen import ataupun
AP untuk kereta penumpang dan motosikal bagi tujuan untuk menurunkan harga kereta. Akan
tetapi untuk menurunkan harga kereta, polisi yang baru akan dinyatakan dalam Dasar Automotif
Nasional baru yang akan diumumkan pada tahun ini juga. Terima kasih.
Dato' Chai Kim Sen: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan pengusaha kereta perlu membayar yuran
sebanyak RM10 ribu bagi setiap AP terbuka. Seperti mana Presiden PEKEMA juga pernah
menyeru kerajaan supaya menghapuskannya. Adakah kerajaan bersedia untuk buat sedemikian
semasa kerajaan masih kekalkan polisi AP dan apakah pendirian MITI sekiranya rancangan
kereta nasional ketiga dilaksanakan? Serta dasar imbangan ke atas permit import dengan
galakan persaingan sihat dalam sektor automotif tempatan bersama antarabangsa. Minta
penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Jika ia menjejaskan dasar.
Dr. Ong Kian Ming: Ya, terima kasih atas soalan tambahan itu. Saya rasa dari segi MITI,
Dasar Automatif Nasional yang akan dirombak semula, yang sedang dibuat pada masa ini dan
akan diumumkan pada masa sebelum atau akhir tahun ini akan mengkaji dan juga
mengumumkan dasar yang baru yang memang akan mementingkan competitiveness supaya
semua rakyat Malaysia boleh mendapat peluang untuk akses membeli kereta secara
accessibility. Dari segi harga AP RM10 ribu, ini juga akan dikaji semula dalam Dasar Automatif
Nasional dan pada sekarang saya rasa tidak begitu sesuai untuk saya membuat pengumuman
yang akan jump the gun, so to speak.
Jadi saya harap Yang Berhormat boleh sabar sikit apabila dasar itu telah dimuktamadkan
dan masa yang sesuai telah ditentukan, kita akan buat pengumuman yang memang akan
mementingkan competitiveness dan di mana boleh kita juga akan memberi kepentingan kepada
competitiveness dari segi merombak semula semua monopoli yang ada dalam industri ini. Terima
kasih
Tuan Alan Ling Sie Kiong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab sistem ini
dikekalkan, maka soalan saya ialah apakah langkah-langkah yang sedang ataupun telah
dijalankan ataupun langkah-langkah yang akan dijalankan untuk memastikan bahawa sistem AP
khususnya AP terbuka ini tidak disalahgunakan. Minta jawapan daripada Yang Berhormat
Timbalan Menteri. Sekian, terima kasih.
DN 30.8.2018 20 ■1100
Dr. Ong Kian Ming: Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan yang saya rasa
adalah begitu tepat dan memang perlu dijelaskan. Saya rasa isu AP ini apabila kita bangkitkan
secara umum banyak tumpuan itu diberikan kepada AP terbuka kerana sebelum ini ada banyak
aduan tentang bagaimana AP terbuka ini disalah gunakan, dimonopoli oleh beberapa pihak dan
sebagainya.
Jadi ada beberapa langkah yang telah diambil oleh MITI dan untuk menambah baik
ketelusan proses untuk menawarkan AP ini saya nak memberi beberapa syarat yang begitu yang
saya rasa adalah syarat yang baik dan juga ketat untuk memastikan bahawa AP terbuka ini tidak
diberikan secara tidak telus dan beberapa syarat yang telah diperkenalkan oleh MITI ialah apabila
syarikat yang milik 100 peratus bumiputera ini nak mohon AP ada syarat seperti syarikat mesti
mempunyai pengalaman dan sedang beroperasi dalam bidang penjualan dan juga pengedaran
kenderaan kereta, motosikal ataupun kenderaan perdagangan sekurang-kurangnya dua tahun.
Syarikat ini juga mesti mempunyai modal berbayar minimum RM1juta. Syarikat juga telah
sedia ada memiliki kemudahan ruang pejabat dan juga bilik pameran yang bersesuaian dan satu
lagi syarat yang penting ialah perniagaan dari segi pengimportan ataupun penjualan hendaklah
dijalankan oleh syarikat AP terbuka sendiri tanpa menggunakan syarikat penghantaran ataupun
middleman. Pelantikan wakil pengedar juga tidak dibenarkan dan penjualan kereta kepada
syarikat-syarikat yang menjualkan perniagaan kenderaan terbaru dan terpakai bagi tujuan
penjualan semula juga tidak dibenarkan.
Saya rasa apabila MITI telah membuat pengubahsuaian dan memperketat kan syarat-
syarat seperti ini tambah juga apabila pihak MITI membuat spot check kepada syarikat-syarikat
tersebut di mana mesti ada macam showroom yang baik dan juga membuktikan bahawa kereta
itu memang ada di showroom dan tidak misalnya dijual kepada third party dan middleman, ini
memang menunjukkan bahawa sistem untuk mengagihkan AP ini telah bertambah baik.
Akan tetapi jikalau ada apa-apa lagi cadangan yang diterima oleh rakyat ataupun diterima
oleh stakeholder untuk menambah baikkan sistem pengagihan AP ini kita memang akan
mengambil kira dan juga memasukkan dalam Dasar Automotif Nasional yang akan dirombak
semula. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat
Tuan Chandra Mohan a/l Thambirajah.
DN 30.8.2018 21 5. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, jumlah Dana USP iaitu Universal Service Provision, yang dikutip oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dari 2013 sehingga kini, status terkini penyiasatan kemungkinan berlaku penyalahgunaan dan langkah-langkah yang akan diambil untuk naik taraf kemudahan komunikasi dan internet di kawasan luar bandar melalui dana ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia [Tuan Eddin Syazlee Shith]: Terima
kasih dan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat
Tuan Chandra Mohan, saya ingin menegaskan bahawa anggaran ataupun jumlah Dana USP
iaitu Universal Service Provision, yang dikutip daripada tahun 2013 sehingga ke tahun 2017
berjumlah lebih kurang RM6.5 bilion. Dana USP ini diguna pakai bagi melaksanakan pelbagai
inisiatif yang melibatkan pembangunan infrastruktur komunikasi di seluruh negara.
Pemilihan syarikat yang dilantik bagi mana-mana inisiatif berasaskan kepada
pembangunan infrastruktur komunikasi di bawah program USP adalah dijalankan melalui proses
standard terbuka kepada mana-mana pemegang lesen yang layak selaras dengan peraturan-
peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga oleh
penyumbang-penyumbang utama Kumpulan Wang PPS dan pemberian perkhidmatan sejagat
USP telah ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia akta yang sama,
bagi tujuan untuk memberi perkhidmatan aplikasi dengan penyediaan kemudahan rangkaian dan
perkhidmatan rangkaian di kawasan-kawasan yang kurang liputan kepada kumpulan-kumpulan
sasaran.
Merujuk kepada peraturan 19(2), Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia
Pemberian Perkhidmatan Sejagat 2002, pembayaran dari dana USP hanya dibuat kepada
syarikat-syarikat yang dilantik sebagai pemberi perkhidmatan mengikut pelaksanaan inisiatif yang
berasaskan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi di bawah program USP mengikut
syarat dan peruntukan AKM 1998. Pihak kerajaan melalui SKMM dari semasa ke semasa
sentiasa menyelia dan memantau keperluan infrastruktur komunikasi di kawasan-kawasan yang
kurang dan tiada liputan rangkaian telekomunikasi.
Usaha ini bertujuan untuk memastikan kawasan yang ketinggalan dalam pembangunan
komunikasi khususnya diberikan perhatian dan menikmati kemudahan yang serupa seperti mana
yang terdapat di kawasan bandar.
Oleh yang demikian dana USP telah diperuntukkan untuk tujuan pembangunan
infrastruktur komunikasi di bawah program USP di seluruh negara terutamanya di kawasan luar
bandar dan kawasan yang kurang mendapat liputan dan antaranya adalah yang pertama
DN 30.8.2018 22 perluasan liputan cellular dan jalur lebar mudah alih yang merangkumi pembinaan menara
komunikasi yang baharu dan penaiktarafan menara sedia ada dengan liputan jalur lebar mudah
alih 3G dan 4G dengan izin atas Tuan Yang di-Pertua, dan sehingga kini sebanyak 1,755 menara
komunikasi telah siap dibina dan beroperasi dengan liputan 3G dan 4G.
Manakala di kawasan luar bandar seluruh negara dan masih mempunyai sebanyak 280
menara sedia ada di peringkat pelaksanaan dan selain itu sebanyak 4,700 menara sedia ada di
seluruh negara telah pun siap di naik taraf dengan liputan 3G dan 4G dan 865 menara lagi sedang
dalam proses penaiktarafan.
Kedua, peluasan liputan jalur lebar talian tetap iaitu Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar
(HUBB) dan Projek Jalur Lebar Luar Bandar (RBB) yang menyediakan kemudahan jalur lebar
dengan kelajuan sehingga 20Mbps di kawasan pinggir bandar dan luar bandar. Lebih daripada
459,000 sambungan telah tersedia melibatkan penaiktarafan sebanyak 659 ibu sawat di seluruh
negara.
Manakala baki sebanyak 127,000 sambungan masih dalam peringkat pelaksanaan yang
dijangka siap secara berperingkat menjelang tahun 2019. Manakala sistem kabel dasar laut yang
bertujuan untuk meningkatkan kelajuan Internet di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak
melalui proses rangkaian kabel gentian optik dasar laut berkapasiti 4Tbps dengan jumlah jarak
keseluruhan lebih dari 3,800 kilometer dan yang terakhir peluasan jarak teras gentian optik bagi
membolehkan perkhidmatan jalur lebar mudah alih berkelajuan tinggi dapat disediakan. Sehingga
kini sepanjang 3,634 kilometer jaringan teras gentian optik telah siap dilaksanakan di seluruh
negara. Manakala sebanyak 341 kilometer lagi masih dalam peringkat pelaksanaan.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Eddin Syazlee Shith: Ya.
Tuan Yang di-Pertua: Jawapan yang terperinci. Ada soalan tambahan?.
Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Ada. Tadi kita telah dengar jawapan Yang
Berhormat Menteri sejak 2013 sampai 2017 jumlah yang dikutip adalah RM6.5 bilion dan kita pun
telah dapat keterangan dari segi kemudahan-kemudahan dari aspek menara telco yang telah
dibina dan dalam proses...
Tuan Yang di-Pertua: Darat dan laut.
Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Ya. Soalan tambahan saya dua.
Satu, RM6.5 bilion ini berapa telah dipakai dan berapa masih ada untuk projek-projek
yang telah di- duit itu masih ada atau tidak ada itu satu dari segi total collection dengan total
expender lah. RM6.5 bilion kalau kita tengok purata RM1.3 bilion setahun, itu satu.
DN 30.8.2018 23 ■1110
Soalan yang kedua, pasal kalau kita tengok selain daripada USP fund, SKMM juga collect
MCMC fund, saya ingat dalam RM800 bilion. Selain daripada itu, dia juga collect lagi satu fund-
PCBS. Kenapa saya tanya ini? Pasal ini semua datang daripada pengguna telefon, I mean duit
rakyat.
PCBS fund kalau tidak salah, purata berdasarkan kepada 46 million handphone users kali
0.5, sekarang 0.5...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, soalan adalah...
Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Tabung, tabung.
Tuan Yang di-Pertua: Adakah RM6.1 bilion itu merangkumi semua?
Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Berapa telah pakai? Bukan! RM6.5 bilion itu
berapa telah pakai untuk berapa...
Tuan Yang di-Pertua: Adakah ia merangkumi 800 juta dan sebagainya?
Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Itu lain. Itu MCMC fund. Itu dia guna untuk
tujuan MCMC. Itu I clear.
Soalan yang kedua itu PCBS Fund purata RM23 million, apa yang patut digunakan untuk
blocking? Akan tetapi kalau kita tengok daripada segi blocking tahun ini, 800 ribu telefon hilang
yang block hanya 300 ribu sahaja. You collect duit daripada kita, sama ada you pakai duit untuk
apa- 23 million? So, dua ini.
Tuan Eddin Syazlee Shith: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Yang Berhormat, RM6.5 bilion itu sudah diguna pakai sehingga ke hari
ini. Kalau mengikut pecahan daripada mula-mula sebanyak RM14.5 bilion. Ini semua kalau
mengikut pecahan negeri, saya boleh terangkan bahawa contohnya di Johor RM1.6 bilion; di
Kedah RM905 juta; Kelantan RM919 juta; Negeri Sembilan RM690 juta telah digunakan; dan di
Sarawak secara ringkasnya RM2.6 bilion; Selangor RM657 juta; dan Terengganu RM850 juta
yang keseluruhannya berjumlah RM14.5 bilion, kalau daripada mula-mula USP Fund ini.
Jadi, ini adalah perbelanjaan-perbelanjaan yang digunakan untuk pembangunan infra.
Sebab kalau kita tengok jumlah-jumlah yang dikemukakan sebentar tadi kita dapati bahawa
kawasan-kawasan luar bandar yang mempunyai kurang komersial value ditanggung oleh MCMC
sendiri yang mengambil tanggungjawab untuk menyediakan asas atau pun kemudahan infra bagi
memastikan kemudahan-kemudahan jalur lebar ini dapat dipertingkatkan di kawasan-kawasan
sasaran luar bandar dan ini lah perbelanjaan-perbelanjaan yang telah pun di belanjakan oleh
MCMC mengikut kesesuaian dan keperluan kawasan sebagai sasaran.
DN 30.8.2018 24
Berkenaan PCBS ini Public Cellular Blocking Service ini bukan fund, ini tidak ada
collection yang telah dibuat berkaitan dengan PCBS ini Yang Berhormat. Itu jawapan saya.
Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua, ini berkenaan dengan
maklumat ya. Kalau tidak salah pasal ini maklumat saya harap kementerian boleh cek. Kalau
saya masih ingat dengan betul jawapan di Dewan ini oleh Yang Berhormat Menteri KKM sebelum
ini, PCBS mula pada tahun 2014. Bukan, maklumat. Dia cakap tidak ada collection tetapi ada
collection.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, bangkitkan dalam perbahasan, Menteri akan
jawab.
Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Perbahasan saya dah habis Tuan Yang di-
Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa, you boleh celah. Memang Yang Berhormat celah
banyak pun.
Silakan Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah. Ini satu yang soalan
pokok itu, ia berkenaan dengan penyiasatan kemungkinan berlaku salah guna. Ada tidak?
Tuan Eddin Syazlee Shith: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, berkenaan penyiasatan
itu sememangnya MCMC sentiasa memantau penggunaan dana USP Fund ini mengikut
peruntukan undang-undang yang ada. Daripada masa ke semasa memang sentiasa dana ini di
audit oleh juruaudit yang bertauliah dan berkelayakan. Kalau kita tengok perkembangan terkini
dan ianya akan dibentangkan sebagai sebahagian daripada laporan tahunan.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya
mendengar Yang Berhormat menyatakan tadi bahawa di kawasan-kawasan kampung hendak
diberhentikan kerana kurang commercial value. Kita difahamkan bahawa USP ini di himpun atau
dikutip dahulu semata-mata untuk membantu di kawasan-kawasan luar bandar, di kawasan-
kawasan kampung kerana telco tidak mahu pergi buat di kawasan kampung kerana tidak ada
commercial value, tidak ada profit maximization bagi mereka. Jadi, sebab itu digunakan USP ini
untuk masuk ke kampung.
Jadi, soalan saya kalau begitu Yang Berhormat bagaimana kawasan-kawasan kampung
ini hendak didirikan, hendak diperbanyakkan kalau wang USP ini tidak digunakan bagi kawasan-
kawasan yang kurang commercial value? Apakah kampung WiFi ini Yang Berhormat akan
disambung? Kita lihat di kampung ini Yang Berhormat, di kampung saya sendiri, kesian anak-
anak sekolah ini terpaksa berhimpun di kawasan disk yang diletakkan itu, equipmentnya dulu
DN 30.8.2018 25 katanya tiga kilometer boleh dapat tetapi sekarang kena berhimpun di kawasan dewan yang
diletakkan disk tersebut.
Jadi, apakah yang ini hendak ditukar atau pun hendak diperbaharui dan saya hendak
penjelasan daripada Yang Berhormat berhubung dengan non-commercial value tadi. Terima
kasih.
Tuan Eddin Syazlee Shith: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih di atas
soalan Yang Berhormat sebentar tadi.
Apa yang saya maksudkan tadi bukan hendak dihentikan. Kalau berdasarkan kepada
peruntukan dan perbelanjaan yang telah digunakan, kita boleh melihat betapa kerajaan melalui
MCMC memperuntukkan sejumlah peruntukan yang besar di kawasan luar bandar. Jadi, sebab
itu kita boleh tengok kalau di Sabah dan Sarawak peruntukkannya RM2.5 bilion di Sabah dan
RM2.6 bilion di Sarawak. Ini tanggungjawab yang diambil oleh MCMC kerana syarikat-syarikat
telco melihat ini sebagai perkara-perkara yang tidak mempunyai commercial value. Di atas alasan
ini, pembangunan infra ini disediakan oleh MCMC.
Berkenaan kedudukan Internet 1Malaysia, itu masih di peringkat kajian kerana kerajaan
mengambil kira- MCMC, kita mengambil kira bahawa sasaran yang diletakkan di bawah kampung
WiFi, kampung tanpa wayar ini, tidak memenuhi matlamat yang sebenarnya. Oleh kerana
mempunyai liputan tetapi mempunyai speed yang sangat rendah. Jadi, tidak dapat dikongsi
secara saksama oleh penduduk-penduduk kampung.
Jadi, pada tahap ini kerajaan meletakkan sasaran untuk kalau boleh menambah baik
memberi penambah baikkan dan meletakkan keutamaan kepada perkhidmatan 3G dan 4G
supaya bukan sahaja kawasan tersebut mempunyai liputan tetapi boleh di akses. Boleh diakses
dengan baik oleh pengguna-pengguna yang berkenaan. Jadi, sasaran equitable akses kepada
semua itu akan dapat dicapai secara saksama dan adil. Itu jawapannya.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, kita ada
Menteri-menteri dalam dewan, so soalan tambahan ini saya tidak boleh bagi banyak lah. Kalau
ringkas, boleh.
Datuk Razali bin Idris: Ringkas sahaja, ringkas.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.
Datuk Razali bin Idris: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan dana
USP. Kita faham. Kutipan daripada syarikat-syarikat telecommunication. Cuma satu, operator,
syarikat operator Malaysia, seperti Telekom, Celcom, Digi dan sebagainya dia beli barang, dia
beli equipment daripada syarikat luar secara terus. Kalau dulu kerajaan menyasarkan supaya kita
DN 30.8.2018 26 mesti mempunyai satu agensi daripada syarikat Malaysia, tetapi sekarang Tuan Yang di-Pertua
kita lihat secara terbukanya, syarikat telco ini di Malaysia membeli equipment daripada luar
seperti Siemens, syarikat-syarikat telecommunication lain di luar secara terus. Mereka tidak
mengguna lagi syarikat-syarikat local sebagai rakan partner.
Jadi, soalan saya adakah kerajaan baru hari ini membuat satu dasar baru supaya
kembalikan agensi kepada syarikat tempatan. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat
Menteri. Terima kasih.
■1120
Tuan Eddin Syazlee Shith: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Saya percaya soalan ini
lebih merupakan kepada cadangan.
Jadi, ini satu cadangan daripada- terima kasih kepada Yang Berhormat sebentar tadi. Ini
merupakan satu cadangan yang saya percaya cadangan dan pandangan yang sangat baik dan
antara perkara-perkara yang sedang dalam kajian dan penelitian kerajaan baharu pada masa
kini. Memandangkan kerajaan baharu masih lagi meneliti perkara-perkara tersebut, saya percaya
perkembangan berkenaan perkara ini akan diupdate, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, daripada
masa ke semasa bagi memastikan keperluan kepada cadangan ini dapat dipenuhi mengikut
kesesuaian, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat
Datuk Haji Husain bin Awang.
Datuk Haji Husain bin Awang: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum saya mengemukakan soalan, terlebih dahulu saya mengalu-alukan kedatangan
Hindu Sangam, Semenyih Local Council dan Persatuan Sosial dan Kebajikan India Malaysia.
Diharap lawatan ini akan memberi manfaat kepada tetamu yang hadir pada hari ini.
6. Datuk Haji Husain bin Awang minta Perdana Menteri menyatakan, apakah langkah komprehensif kerajaan dalam menangani ancaman fahaman songsang seperti Islam liberal, ateisme dan pluralisme.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa]: Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan Pakatan Harapan adalah komited untuk memelihara akidah umat
Islam supaya sentiasa bertepatan dengan ajaran Islam.
DN 30.8.2018 27
Selaras dengan kerajaan melalui kerjasama pelbagai pihak, melibatkan pihak berkuasa
agama negeri-negeri, agensi-agensi yang berkenaan dan pihak keselamatan, sentiasa
bekerjasama bagi mengawal segala fahaman-fahaman menyeleweng yang boleh menggugat
akidah dan keselamatan negara ini.
Seterusnya, soalan yang berkaitan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan.
Langkah-langkah yang diambil adalah melalui aspek pendidikan dengan mengadakan program-
program penjelasan agar masyarakat jelas dan faham apakah fahaman yang dikatakan
menyeleweng itu dan apakah pula fahaman yang benar. Ini dilakukan melalui pendekatan
ceramah, seminar dan juga menyebarkan maklumat berkenaan menerusi media cetak dan
elektronik.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini kita juga mengadakan sesi-sesi
dialog dan perbincangan. Tidak cukup sekadar menghukum mereka tetapi pada waktu yang
sama sedia untuk berdialog, berbincang agar fahaman yang silap tadi dapat dijernihkan mengikut
apa yang diajar oleh Islam. Selain daripada itu, meningkatkan kerjasama antara pihak berkuasa
agama kerana kita tahu bahawa dalam urusan pentadbiran Islam, kita harus bekerjasama dengan
pihak negeri yang mempunyai kuasa ke atas isu-isu pentadbiran Islam.
Jadi, kerjasama di antara Kerajaan Federal dan juga kerajaan negeri adalah penting untuk
memastikan isu-isu ini tidak menjejaskan seperti mana dikatakan ajaran Islam yang sebenar dan
juga menjejaskan keselamatan negara. Sekian Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Haji Husain bin Awang: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya rasa
janggal dengan kenyataan pihak kementerian, khususnya daripada pihak Menteri yang begitu
mendesak supaya golongan LGBT, khususnya golongan transgender diiktiraf di negara ini. Kita
perlu faham bahawa di sana ada beza di antara mengiktiraf ataupun merawat. Saranan pihak
kementerian supaya dibina tandas khusus, memberi peruntukan untuk program keusahawanan
dan sebagainya, bukanlah bertujuan merawat mereka. Bahkan, seolah-olah mengiktiraf mereka
di negara ini. Ini disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam satu temu bual di radio
IKIM. Jadi saya minta, mohon pihak kerajaan dan pihak Menteri memberi penjelasan terhadap
perkara ini.
Kedua, sebagaimana yang kita sedia maklum dan disepakati oleh semua pihak dan
kalangan para ulama bahawa sumber perundangan dan rujukan Islam ialah al-Quran, hadis,
ijmak dan qiyas. Menolak mana-mana satu adalah dianggap salah dan songsang. Di negara kita
telah lama wujud golongan anti-hadis dan dilihat oleh kerajaan lalu, tidak mengambil apa-apa
DN 30.8.2018 28 tindakan terhadap kefahaman songsang ini. Apakah sikap dan tindakan kerajaan baharu untuk
menangani kumpulan ini? Terima kasih.
Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta kepada
Yang Berhormat yang bertanya itu supaya mencermati sedikit kata-kata di dalam Dewan ini
kerana perkataan ‘mengiktiraf’ itu sangat berat. Saya harap dapat dibetulkan dan yang dengar di
sini semua bahawa Kerajaan Pakatan Harapan hari ini tidak pernah mengiktiraf. Itu kena jelas.
Saya takut soalan ini dimainkan di luar sehingga menggambarkan seolah-olah kita mengiktiraf
LGBT. Tidak betul. Bahkan, dua gambar yang dipampangkan di Pulau Pinang, kita telah minta
untuk diturunkan kerana bercanggah dengan dasar kita.
Jadi, saya harap benda itu minta dicermati perkataan ‘iktiraf’. Adapun isu yang disebut
berkaitan dengan soal menyantuni mereka, merawat mereka, kita daripada dahulu lagi, pihak
JAKIM telah pun menyediakan program itu. Program itu adalah berkaitan dengan yang saya kira
Yang Berhormat Datuk Husain yang bertanya mungkin tidak sedar bahawa 80 peratus daripada
kelompok transgender terlibat dalam industri seks dan ini amat mengecewakan.
Oleh itu, kita meletakkan keutamaan bahawa tujuan kita mendekati mereka lebih utama
Tuan Yang di-Pertua, adalah untuk mengeluarkan mereka daripada industri ini yang mana
kebanyakan daripada kita melihat ataupun mengabaikan soal ini. Jadi, tidak timbul dengan kita
memberikan mereka satu usaha supaya berdikari. Bukan bermakna kita mengiktiraf mereka
tetapi untuk kita mengeluarkan mereka daripada satu keadaan industri yang lebih jijik. Di mana
kita sebagai seorang Muslim, bertanggungjawab untuk menyelamatkan manusia daripada
kancah yang hina ini. Itu sikap yang kita ambil.
Kedua, isu tandas, Tuan Yang di-Pertua. Ini pun sudah lari daripada tajuk asal. Ini
masalah orang yang suka spin, Tuan Yang di-Pertua. Orang yang suka cari satu benda dalam
papan yang putih itu, dia nampak yang hitam yang satu itu sahaja, kemudian dia besarkannya
yang hitam. Yang Berhormat perlu mengambil sikap tanggungjawab. Oleh sebab tidak pernah
dalam isu pertemuan saya dengan kelompok ini, bercakap tentang hendak bagi mereka tandas.
Tidak ada. Ini saya cakap dalam Dewan ini, saya tidak cakap dengan pemberita. Catat Hansard,
ada dan ia akan menjadi kenyataan rasmi.
Siapa yang hadir dalam mesyuarat itu tidak ada sesiapa, saya dengan enam mata sahaja.
Mana bisa orang yang tidak hadir dalam mesyuarat itu boleh tahu saya berbincang apa. Saya
berbincang tentang soal macam mana sikap Kerajaan Pakatan Harapan hari ini bahawa isunya
ialah walaupun mereka, kita tidak sokong, kita tidak iktiraf tetapi hak sebagai warganegara tidak
disakiti, tidak dianiayai. Itu adalah tanggungjawab mana-mana kerajaan.
DN 30.8.2018 29 ■1130
Saya tidak tahu sama ada faham atau tidak, konteks ini bukan bermakna mengiktiraf.
Sebab itu saya minta supaya isu tandas ini jangan dilencongkan kepada soal mengiktiraf kerana
tidak ada arahan rasmi pun. Ia hanya satu yang dijawab secara spontan dalam sidang media.
Adapun Timbalan Menteri saya dalam temu bual IKIM juga tidak mengatakan itu satu keputusan.
Ini adalah perkara yang perlu dibincangkan. Takkanlah kita sebagai kerajaan, benda yang realiti
di hadapan kita pun kita tidak boleh bincang?
Jadi, ini saya harap pihak yang bertanya berkali-kali- walaupun dijawab berkali-kali tetapi
hendak bagi gambaran orang kononnya kita iktiraf LGBT. Jadi saya minta jawapan saya ini, Tuan
Yang di-Pertua, diterima dengan penuh tanggungjawab dan dijelaskan di luar sana juga dengan
penuh tanggungjawab.
Adapun isu yang disebut tentang anti hadis dan sebagainya, sebagaimana yang disebut,
dasar kita kalau ada apa-apa menyeleweng dari segi buktinya dan menyeleweng dari segi
kepercayaannya, yang menyeleweng dari segi dia menyebarkan benda itu, maka seperti
jawapan saya yang awal, tindakan-tindakan yang telah diambil itu akan kita turuti untuk kita
mencegah segala penyelewengan yang berlaku.
Sekian, Tuan Yang di-Pertua, jawapan ringkas saya.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingat Yang
Berhormat yang bangkitkan soalan sudah fahamlah bahawa memang kerajaan tidak iktiraf LGBT
dan soalan tandas pun belum buat keputusan muktamad.
Silakan Yang Berhormat Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty.
Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang
telah menjawab persoalan-persoalan tentang isu LGBT dan sebagainya dengan begitu jelas
sekali.
Cuma, pagi tadi saya terbaca dalam ruang pembaca akhbar Utusan Malaysia dan saya
telah tunjukkan kepada Yang Berhormat Menteri di lounge sebentar tadi, bahawa masih ada
masyarakat Islam di tanah air yang meragui komitmen Kerajaan Pakatan Harapan terhadap isu
LGBT ini. Umpamanya kapsyen tadi disebut, “LGBT Halal, Kahwin Poligami Haram”. Itu satu
yang amat mengelirukan. Kita telah tahu sikap dan pendirian Kerajaan Pakatan Harapan seperti
yang disuarakan oleh Yang Berhormat Menteri begitu jelas sekali dan berada di atas satu track
yang benar di sisi Islam.
Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, oleh kerana masyarakat kita
sekarang ini masyarakat yang cepat mendapat maklumat yang baik dan tidak baik, apakah
DN 30.8.2018 30 langkah-langkah yang lebih berkesan supaya isu ini kalau boleh tidak berpanjangan? Terima
kasih.
Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa jawapan kepada soalan
itu ialah, pertama, berhenti daripada buat fitnahlah. Itu sahaja. Kalau selagi mulut itu tidak boleh
dikawal dengan niat untuk memburukkan kerajaan, maka saya tidak boleh buat apa. Walaupun
saya sudah jawab berpuluh kali termasuk di atas mimbar khutbah, Tuan Yang di-Pertua, mereka
terus dengan tanpa rasa bersalah mengatakan ada Menteri yang sokong LGBT.
Ada pula yang kata kita yang anjurkan pesta gay dan sebagainya. Saya rasa ini satu yang-
sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun, kalau benda itu sudah jelas dijawab begitu, kita mesti
bertanggungjawab. Contohnya, Ahli-ahli Yang Berhormat yang dengar saya punya jawapan ini,
kena pertahanlah. Kena beritahulah ini satu, tetapi kalau Ahli-ahli Yang Berhormat pun apabila
keluar nanti dia balik ceramah menyatakan kerajaan hari ini sokong LGBT, saya hendak kata
apa? Jadi, itu satu.
Kedua, saya kira penjelasan kalaupun mereka tidak mahu terima, Tuan Yang di-Pertua,
saya rasa adalah lebih baik juga kita secara positif untuk meneruskan usaha-usaha baik ini dan
akhirnya suara-suara sumbang ini akan terus hilang.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita telah pun berhubung dengan pihak Utusan
Malaysia kerana tajuknya begitu jahat sekali iaitu, “Menghalalkan LGBT, mengharamkan
poligami”. Ini tajuk yang cukup nakal. Saya telah berhubung dan saya minta supaya mereka
bercermat seperti mana saya minta supaya Ahli-ahli Yang Berhormat juga bercermat ketika sebut
iktiraflah dan sebagainya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Raj Munni binti Sabu: Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khairul Azwan bin Harun: Satu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kita ada Menteri Pengangkutan dan masa pun
sudah tidak panjang. Tolong ya. Yang Berhormat tidak pernah- silakan.
Puan Raj Munni binti Sabu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Dari hal agama yang songsang
katanya tadi, bagaimana pula pandangan kerajaan terhadap sikap yang melihat bahawa orang
lain seolah-olah tidak cukup Islam dan pandangan-pandangan takfiri yang biasanya dilontarkan
kepada orang-orang yang tidak sependapat ataupun tidak separti dengan pihak-pihak tertentu?
Bagaimana pandangan kerajaan dan bagaimana kerajaan menguruskan hal ini? Ini supaya
negara kita boleh dihuni oleh kalangan masyarakat walaupun berbeza pandangan tetapi masih
DN 30.8.2018 31 boleh bersatu dan tidak pula meletakkan bahawa seorang telah terkeluar daripada Islam ataupun
seorang masih Islam. Itu yang pertama.
Kedua, ada sebuah akhbar yang mengeluarkan bahawa dalam PRK Seri Setia, Tuan
Yang di-Pertua, kempennya diulas di media mereka bahawa pertandingan itu adalah antara
mereka dengan melawan ‘Darul LGBT’. Bagaimana sikap kerajaan terhadap isu ini? Sekian, Tuan
Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana
memanjangkan soalan ini. Mungkin kerana ini pertama kali saya hadir dalam Dewan Negara.
Terima kasih juga kepada- tahniah kepada Yang Berhormat Senator yang baharu.
Ini masalah dalam negara kita. Apa yang diajukan soalan oleh Yang Berhormat tadi itu
kita rangkumkan dalam isu ekstremisme ataupun dalam isu radikalisme. Ini kerana dalam
radikalisme agama ataupun ekstremisme agama, ia melibatkan soal bahawa dia sahaja yang
betul termasuklah kelompok dan jemaah tertentu mendakwa dia sahaja yang betul. Dia sahaja
yang boleh masuk syurga, orang lain tidak boleh masuk syurga. Maka fahaman ini memang
bahaya kerana dia meletakkan dia suci, orang lain semua tidak betul. Lahirlah di sini, Tuan Yang
di-Pertua, satu istilah yang dipakai dalam dunia Islam khususnya yang menyebabkan satu
bahaya iaitu takfiri, iaitu menyatakan orang lain itu keluar agama, dia sahaja yang berada di atas
landasan yang betul.
Saya bagi contoh yang disebut tadi bahawa dikatakan pertandingan PRK di Seri Setia itu
adalah antara satu parti tertentu dengan ‘Darul LGBT’. Inilah saya kata tadi, Tuan Yang di-Pertua,
mereka telah menghukum dan mereka menguar-uarkan itu seolah-olah inilah dia yang dikatakan
Kerajaan Pakatan Harapan ialah pakatan yang dikatakan ‘Darul LGBT’. Ini cukup bahaya sebab
mereka telah menghukum dan menyebarkan kepalsuan, penipuan sehingga orang percaya. Dan
yang bercakap ini kalau daripada parti Islam, ia amatlah menyedihkan kerana akhlak dan budaya
sebuah parti Islam tidak mungkin melalukan penipuan ataupun pembohongan.
Oleh sebab itu, saya akan meneliti soal ini dan saya minta sekali lagi yang dengar saya
punya penjelasan dan yang daripada tadi sebut ada daripada Kelantan pun ada juga, yang datang
dengar, harap bawa balik mesej ini. Jangan mengulang fitnah kerana itu satu dosa yang cukup
besar. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri pandai jawablah... [Dewan ketawa]
Silakan Yang Berhormat Tuan Khairul Azwan. Ini fasal Yang Berhormat Menteri jarang
datang, kita bagi dia soalan.
DN 30.8.2018 32
Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan
tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana tadi dengan jelas kita semua dengar bahawa
Kerajaan Pakatan Harapan tidak mengiktiraf LGBT. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri.
Cuma, soal pengiktirafan itu satu, Tuan Yang di-Pertua. Soal kedua ialah soal bimbingan,
soal rehabilitasi, soal pembetulan. Jadi saya hendak dengar dengan jelas juga supaya...
Tuan Yang di-Pertua: Sudah jawab sudah. Itu sudah jawab. Yang Berhormat baru
masuk?... [Dewan ketawa]
Tuan Khairul Azwan bin Harun: Waktu bila saya terlepas? Saya ada di sini, Tuan Yang
di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Ada ya.
Tuan Khairul Azwan bin Harun: Kalau sudah jawab, saya minta maaf.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri sudah jawab, kan?
Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa: Ya, ya.
Tuan Khairul Azwan bin Harun: Langkah-langkah rehabilitasi itu.
Tuan Yang di-Pertua: Semak dengan Yang Berhormat Menteri di luarlah Yang
Berhormat... [Dewan ketawa]
Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih, terima kasih.
7. Tuan Haji Muhamad bin Mustafa minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah strategi yang di ambil oleh kementerian dalam menaik taraf servis teksi di Malaysia agar dapat bersaing dengan Grab.
■1140
Menteri Pengangkutan [Tuan Loke Siew Fook]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Salam sejahtera dan selamat pagi, ini pun kali pertama saya menjawab dalam Dewan Negara
yang mulia ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan komited untuk terus menaik taraf servis
teksi di negara ini walaupun telah membuat keputusan untuk mengawal selia perkhidmatan e-
hailing. Bagi tujuan tersebut, Akta Pengangkutan Awam Pindaan 2017 dan undang-undang
berkaitan dengan perkhidmatan e-hailing telah dikuatkuasakan bermula pada 12 Julai 2018.
Walaupun tempoh moratoriumnya satu tahun.
Tindakan ini diambil bagi menyediakan level playing field ataupun padang sama rata yang
akan memberi kesaksamaan kepada kedua-dua pihak untuk bersaing secara sihat dalam
memberi tahap perkhidmatan yang tinggi kepada penumpang.
DN 30.8.2018 33
Pada masa yang sama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut
melaksanakan langkah-langkah berikut. Pertama, pemberian lesen individu dan geran tunai
kerajaan berjumlah RM5,000 kepada pemandu yang telah tamat kontrak dalam sistem pajak
sebagai rebat untuk membeli kenderaan baru. Terkini SPAD telah meluluskan sebanyak 2,493
lesen individu dan 582 geran tunai kerajaan. Manakala pada petang nanti saya juga akan
mengadakan satu majlis untuk memberikan permit-permit secara individu kepada pemandu-
pemandu teksi.
Kedua, membuka semua jenama kenderaan dan pilihan model bagi kegunaan teksi yang
mencapai penarafan keselamatan tiga bintang di bawah Program Penilaian Kereta Baru untuk
Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) atau setaraf dengannya.
Ketiga, pengurangan kos kepada pemandu kerana tempoh untuk pemeriksaan berkala
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dilanjutkan:
(i) Pemeriksaan berkala kenderaan hanya bagi kenderaan yang melebihi
usia tiga tahun dari tarikh yang didaftarkan di Jabatan Pengangkutan
Jalan; dan
(ii) Pemeriksaan berkala meter bagi kelas lesen teksi hanya perlu dilakukan
satu kali setahun berbanding dua kali setahun sebelumnya.
Keempat, pemandu teksi bermeter turut diberi kesempatan untuk mengenakan tambang
dinamik ataupun tambang e-hailing apabila menambah penumpang melalui tempahan e-hailing
selain dari mengenakan tambang meter apabila membawa penumpang secara straight hail.
Kelima, menetapkan kadar komisen maksimum yang boleh dikenakan oleh syarikat e-
hailing ke atas pemandu teksi sebanyak 10 peratus sahaja bagi setiap perjalanan. Berbanding
dengan 20 peratus untuk kereta-kereta biasa.
Keenam, memperkenalkan modul latihan yang baru kepada pemandu teksi yang ingin
memohon lesen vokasional. Modul baru ini menitikberatkan keusahawanan dan teknologi,
khidmat pelanggan cemerlang dan undang-undang yang berkaitan. Ia dijangka akan membantu
pemandu teksi meningkatkan keupayaan untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang selain
turut menggalakkan mereka meningkatkan pendapatan apabila membawa penumpang melalui
tempahan e-hailing.
Ketujuh, menggalakkan pemandu teksi untuk mencarum di dalam Skim Bencana Kerja
Pekerjaan Sendiri anjuran PERKESO bagi memastikan kebajikan mereka terbela jika berlaku
sesuatu kemalangan yang menjejaskan pekerjaan mereka.
DN 30.8.2018 34
Kerajaan percaya langkah-langkah ini akan menaik taraf servis teksi dan membolehkan
mereka bersaing dengan Grab. Itu sahaja, terima kasih.
Tuan Haji Muhammad bin Mustafa: Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan
tambahan ringkas saya ialah melihat kepada persaingan pengusaha teksi dan Grab sekarang ini,
Apakah persaingan itu berlaku dengan sihat ataupun sebaliknya? Sekian, terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook: Ya, soalan adakah itu sihat atau tidak sihat. Itu terpulang hendak
tanya kepada siapa. Kalau tanya kepada pemandu teksi sudah tentu mereka kata itu tidak sihat
sebab untuk pemandu-pemandu Grab ini tidak perlu ada apa-apa peraturan-peraturan sebelum
ini tetapi sekarang ini kita telah gazetkan supaya peraturan-peraturan yang dikenakan pada
pemandu-pemandu Grab ini juga lebih kurang sama dengan pemandu teksi. Umpamanya
mereka kena buat pemeriksaan kenderaan, mereka kena ada lesen PSV, mereka kena ada
kursus dan sebagainya. Itu dikenakan kepada pemandu teksi.
Jadi kalau tanya kepada pemandu teksi, sekarang ini mereka memang ramai pemandu
teksi tidak berpuas hati. Kita faham kerana sebelum ini tidak ada peraturan. Sekarang ini kita
kuatkuasakan peraturan itu dan mengambil tempoh moratorium satu tahun. Itu pun mereka tidak
puas hati. Mengapa kita mengambil masa satu tahun ialah kita hendak memberikan ruang kepada
syarikat-syarikat e-hailing ini untuk melaksanakan peraturan-peraturan yang kita hendak letakkan
ini. Ini kerana ada lebih kurang 500,000 pemandu e-hailing terutamanya dengan Grab. Walaupun
kebanyakan mereka ini part time tetapi ada 500,000 pemandu.
Akan tetapi, kalau Yang Berhormat tanya kepada penumpang, mereka rasa ini persaingan
sihat kerana sebelum ini tidak ada pilihan. Suka tidak suka mereka mengambil teksi. Akan tetapi,
sekarang ini adanya pilihan dengan syarikat e-hailing, Grab dan sebagainya. Mereka ada satu
lagi pilihan.
Jadi soalan itu sihat atau tidak sihat, bagi kita untuk kerajaan, apa yang kita hendak
laksanakan ialah supaya kita hendak menyamaratakan supaya kedua-dua teksi dan e-hailing ini
mereka sepatutnya bersaing. Bagi kita, kita amat menggalakkan pengusaha-pengusaha teksi ini
untuk mengaplikasikan teknologi kerana itulah the way forward kerana kalau hendak
meningkatkan tahap perkhidmatan mereka, kita hendak meningkatkan pendapatan mereka,
itulah caranya kita hendak membimbing mereka.
Saya tahu bahawa ada persatuan-persatuan teksi, umpamanya minggu lepas saya telah
merasmikan Mesyuarat Agung PETEKMA. Mereka bekerjasama dengan pihak ANGKASA iaitu
koperasi untuk mereka menubuhkan satu aplikasi khusus untuk teksi apabila mereka boleh
menggunakan aplikasi itu untuk membawa penumpang.
DN 30.8.2018 35
Jadi kita amat menggalakkan industri teksi ini supaya migrate kepada cara teknologi baru
menggunakan e-hailing dan supaya dapat meningkatkan taraf sosioekonomi pemandu teksi.
Percayalah bahawa kerajaan amat komited untuk membantu golongan pemandu teksi ini dan
saya sendiri akan terus memberikan perhatian yang serius kepada kebajikan dan nasib pemandu-
pemandu teksi. Sekian, terima kasih.
Tuan Manolan bin Mohamad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya kepada
Menteri sangat ringkas. Ada tidak pihak kementerian pernah buat kajian di antara tahap kepuasan
pengguna sebab saya faham kawan-kawan Yang Berhormat dalam Dewan pun ada yang naik
Grab. Tahap kepuasan di antara pengguna terhadap perkhidmatan antara Grab dan teksi. Terima
kasih.
Tuan Loke Siew Fook: Ahli Yang Berhormat Senator, saya rasa soalan ini kalau saya
jawab itu trap-lah. Kalau saya jawab mana satu puas hati kepada mana satu pihak, pihak yang
lain itu tidak akan puas hati dengan saya.
Jadi bagi saya, kita belum ada buat kajian mengenai sama ada mereka ini lebih puas hati
kepada teksi ataupun kepada Grab ataupun e-hailing. Bagi saya ialah yang pentingnya
pengguna, mereka ada pilihan. Terpulanglah kepada pengguna merasakan apa yang terbaik
untuk mereka dan mereka ada pilihan dan bagi kita, kita hendak mengawal selia supaya kedua-
dua perkhidmatan ini, teksi dan e-hailing ini mereka dapat beroperasi secara bersama.
Ini kerana memang kita tahu bahawa aduan daripada ramai pemandu teksi sebelum ini
ialah kerana tidak ada peraturan, they are not regulated. Jadi itu adalah perkhidmatan not legalize
tetapi realitinya memang ada di sekeliling kita seperti Ahli Yang Berhormat kata di kalangan Ahli-
ahli Parlimen pun ada yang menggunakan Grab. Jadi ini adalah realiti yang kita terpaksa hadapi
bahawa kalau kita hendak mengharamkan e-hailing ini ataupun mengharamkan Grab ini, maka
pengguna-pengguna tidak ada pilihan.
Jadi satu pendirian yang amat penting saya hendak katakan di sini ialah bahawa kerajaan
telah membuat keputusan. Dalam Kabinet juga kita ada membincangkan perkara ini bahawa the
way forward ialah dasar kerajaan ialah tidak mengharamkan mana-mana syarikat e-hailing yang
menggunakan kereta swasta.
Itu adalah keputusan dasar yang telah kita laksanakan tetapi kita tahu bahawa pemandu-
pemandu teksi tradisional ini mereka menghadapi pelbagai cabaran untuk catch up kerana
pemandu-pemandu teksi ini kebanyakannya adalah veteran termasuklah veteran-veteran tentera
kita yang telah bersara daripada angkatan tentera, mereka menjadi pemandu. Kalau hendak
DN 30.8.2018 36 membantu mereka, kalau kita tidak mahu membantu, mereka sukar untuk mereka migrate
ataupun bersaing dengan syarikat-syarikat e-hailing ini.
Jadi bagi kita adalah penting saya akan memberikan galakkan kepada persatuan-
persatuan teksi untuk membantu ahli-ahli mereka, membantu pemandu-pemandu ini memahami
bagaimana mengaplikasikan teknologi. Umpamanya bagaimana mengoperasi smart phone dan
sebagainya, memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan memang betul
bahawa kepuasan pelanggan itu adalah segala-galanya dalam sektor perkhidmatan. Kalau kita
tidak dapat memuaskan hati pelanggan, maka perkhidmatan mereka tidak diambil oleh para
pelanggan.
Jadi adalah penting bahawa kita hendak memastikan kedua-dua, kita tidak akan berat
sebelah kepada mana-mana satu pihak. Kita hendak melihat pemandu-pemandu teksi juga dapat
bersaing juga dapat menyediakan satu perkhidmatan yang baik kepada pelanggan yang dapat
memuaskan hati pelanggan supaya mereka juga akan menjadi pilihan kepada pelanggan. Terima
kasih.
Dato’ Zahari bin Sarip: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, cukuplah Yang Berhormat Senator, masa pun sudah
sampai. Silakan.
Dato’ Zahari bin Sarip: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang
Berhormat Menteri, saya cuma tertarik dengan penguatkuasaan yang Yang Berhormat Menteri
sebut penguatkuasaan terhadap pengamal Grab dan sebagainya.
■1150
Cuma adakah penguatkuasaan ini juga melibatkan dari segi pemakaian pemandu Grab
sebab saya pernah menggunakan Grab, saya melihat mereka menggunakan seluar pendek,
selipar. Bila saya tanya kenapa pakai seluar pendek dan selipar, dia kata “Sebelum ini saya
sedang membuat kerja part-time. Bila Grab panggil saya bawaklah kereta”. Jadi, adakah
penguatkuasaan ini juga termaktub kepada pemakaian sebab Grab ada digunakan oleh mereka-
mereka yang profesional dan sebagainya. Terima kasih
Tuan Loke Siew Fook: Terima kasih, memang dalam syarat-syarat itu kita tidak
mensyaratkan dari segi pemakaian tetapi bagi saya itu adalah satu cadangan yang baik. Kita juga
hendak memberikan imej yang baik kepada pengguna-pengguna kerana Grab ini sudah tentunya
bukan sahaja di kalangan rakyat tempatan tetapi juga pelancong-pelancong asing juga mungkin
akan menggunakan perkhidmatan mereka.
DN 30.8.2018 37
Jadi perkara ini memang saya akan bincangkan dengan syarikat e-hailing terutamanya
dengan Grab supaya bagaimana kita dapat meningkatkan imej pemandu-pemandu Grab ini.
Apa yang telah kita syaratkan kepada mereka di antaranya ialah car marking kerana
sekarang ini kalau naik satu kereta, kita tidak tahu sama ada kereta itu berkhidmat untuk syarikat
mana. Jadi selepas kita menguatkuasakan peraturan ini, setiap kereta itu mereka perlu ada car
marking, walaupun tidak seperti teksi tetapi sekurang-kurangnya pergi kereta itu sahaja dia tahu.
Adakah itu kereta Grab kah ataupun kereta syarikat lain? Ada car marking. Akan tetapi pemandu
itu dari segi imej pemakaian itu, kita akan cuba membincangkannya dengan pihak syarikat dan
kita sama-sama mengharapkan dapat meningkatkan imej pemandu-pemandu kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat
masa untuk Jawab Lisan selesai.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
USUL
MENJUNJUNG KASIH TITAH
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang
ditangguhkan atas masalah:
Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya;
“Ampun Tuanku,
Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia
di dalam persidangan Parlimen, memohon ampun
mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis
Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan
menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka
Penggal Pertama, Parlimen Yang Keempat Belas.” [29 Ogos 2018]
DN 30.8.2018 38
Tuan Yang di-Pertua: Minta Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid
menyambung.
11.52 pg.
Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya
menyambung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Semalam saya telah mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad atas kejayaannya memenangi PRU bersama Kerajaan
Pakatan Harapan, juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Dato' Seri Dr. Wan Azizah
Wan Ismail atas pelantikan sebagai TPM dan juga melantik seorang lagi Senator Orang Asli iaitu
Yang Berhormat Tuan Manolan bin Mohamad.
Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili masyakat Orang Asli Malaysia, mengucapkan terima
kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah bersetuju untuk mengadakan
Hari Orang Asal yang dicadangkan pada September ini di Perak. Ini sejarah baharu bagi
masyarakat Orang Asli di bawah kepimpinan Kerajaan Pakatan Harapan yang mengaspirasikan
masyarakat Orang Asli supaya lebih berjaya dan membangun. Kementerian Pembangunan Luar
Bandar dan JAKOA telah merancang dan merencana pelbagai pengisian sempena sambutan
hari tersebut. Persembahan kebudayaan, masakan, kraf tangan, keusahawanan dan pameran
telah dan akan dijayakan bersama dengan masyarakat Orang Asli 18 etnik. Saya doakan semoga
majlis ini akan berjaya dan lebih bermakna.
Tuan Yang di-Pertua di kesempatan ini juga saya mewakili masyarakat Orang Asli
merakamkan jutaan terima kasih kepada mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang
lalu, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak atas jasa dan budi yang tidak terhingga dalam
menjaga pembangunan dan kemajuan masyarakat Orang Asli di seluruh negara. Semoga Allah
juga yang memelihara keselamatan, kesihatan dan memberkati Dato’ Sri dan keluarga.
Jasa baik Dato’ Sri tidak dapat dilupakan oleh masyarakat Orang Asli seperti
memperkasakan JAKOA dan Institut Tok Batin, Sekolah K9, asrama sekolah menengah pertama
di Malaysia iaitu SMK Bawong, Pusat Intelek Pelajar Orang Asli Malaysia di Rompin, Pasukan
Senoi Praaq, dan PGA di Perak, Pusat Pedagogi Peribumi, IPGM di Lipis dan banyak lagi. Jasa
yang baik tetap dikenang, “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
nama”.
Namun terdapat kelompangan, kekurangan dan ketidaksempurnaan yang menjadi
tanggungjawab dan kewajipan kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan untuk
DN 30.8.2018 39 menyempurnakan dan melaksanakan. Usah dicari pelbagai alasan, helah dan kemungkiran janji
demi melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh masyarakat Orang Asli yang
merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia yang memikul tanggungjawab telah mengundi
pada PRU yang lalu. Fokuskanlah pada membina Malaysia baharu yang lebih aman jaya.
Tuan Yang di-Pertua, Titah Tuanku juga berharap kerajaan hari ini akan terus berusaha
mencari jalan mendepani cabaran-cabaran tersebut bagi kebaikan, kesejahteraan rakyat dan
negara. Namun sejak Mei yang lalu kejatuhan nilai ringgit, pelaburan asing yang bergerak keluar,
harga komoditi kelapa sawit dan getah yang merudum, inflasi dan Indeks Harga Pengguna yang
semakin meningkat, ditambah dengan pelaksanaan SST, tentunya akan harga barang akan
meningkat. Ini amat meresahkan rakyat jelata, lebih-lebih lagi golongan B40, masyarakat luar
bandar dan Orang Asli.
Pada Mei yang lalu harga komoditi kepala sawit sekitar RM450 per tan di kampung-
kampung. Kini pada Ogos telah jatuh pada RM350 per tan. Harga getah pada yang lalu RM2.10
dan kini telah jatuh pada RM1.60. Berdasarkan senario ini, harga komoditi utama akan terus
merudum, bergerak ke jajaran yang lebih rendah. Kenaikan harga komoditi diharapkan akan
dapat membantu masyarakat luar bandar dan Orang Asli menangani kos sara hidup yang akan
terus meningkat lebih-lebih lagi selepas pelaksanaan SST .
Soalan saya kepada Kementerian Industri Utama, apakah langkah kerajaan dalam
menyediakan pelan jangka panjang dan pelan jangka pendek untuk meningkatkan harga getah
dan harga kelapa sawit? Apakah jaminan kerajaan terhadap perkara ini? Dalam Titah Diraja
Tuanku, Baginda juga berharap semoga kejayaan, pencapaian serta pengiktirafan dalam
pelbagai bidang yang dicapai oleh negara sebelum ini dapat dipertingkatkan. Pembelaan
terhadap ekonomi rakyat yang terpinggir tidak harus dilihat sebagai suatu dasar diskriminasi
perkauman tetapi sebagai usaha untuk menebus ketidakadilan sosial yang telah diwarisi sekian
lama.
Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan taraf hidup dan perumahan masyarakat Orang
Asli, sekali lagi saya ingin menyarankan agar kerajaan pada hari ini dapat menyedia dan
melaksana satu skim khas perumahan Orang Asli seperti mana Skim Rumah Bina Negara,
Rumah Mesra Rakyat dan sebagainya. Cadangan ini adalah ke atas tanah-tanah Orang Asli yang
telah diwartakan, dirizabkan kepada masyarakat Orang Asli. Jaminan boleh juga diperakui oleh
JAKOA.
Saya amat berharap kerajaan dapat memperhalus saranan ini sebab kemampuan
masyarakat Orang Asli untuk memiliki rumah-rumah di pinggir bandar, rumah PR1MA, rumah-
DN 30.8.2018 40 rumah taman dan sebagainya agak sukar. Kerajaan boleh menyediakan dana bagi program ini
melalui Syarikat Perumahan Negara, MARA, RISDA dan Bank Rakyat. Terdapat seluas 332,779
hektar daripada 134,513 rizab Orang Asli di seluruh negara yang sudah diwartakan dengan 1,800
telah diberi hak milik persendirian.
Kita berharap kerajaan ini lebih prihatin dalam dasar pemilikan perumahan negara bagi
masyarakat Orang Asli. Soalan saya kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan MoF,
apakah kementerian bersedia menyediakan satu skim khas bagi skim perumahan Orang Asli
sebab kita melihat pemilikan peruntukan kepada rumah PPRT semakin terhad.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memperkasakan JAKOA, satu bengkel hala tuju telah diadakan
di Janda Baik pada 25 hingga 27 Mei yang lalu. Tujuannya untuk menstrukturkan hala tuju JAKOA
dalam dimensi Malaysia baharu. Saya berharap JAKOA tidak dimansuhkan sebagaimana suara
yang sumbang lagi sumbing. Hakikatnya masyarakat Orang Asli sangat berharap sokongan dan
dukungan kerajaan secara konsisten walaupun perubahan kerajaan. Disarankan lebih banyak
ruang dan peluang diberikan di jawatan kanan terutamanya pengarah-pengarah negeri bagi
masyarakat Orang Asli.
Soalan saya kepada kementerian, apakah langkah ke hadapan Kementerian
Pembangunan Luar Bandar dalam meramaikan pegawai Orang Asli di JAKOA? Ini kerana setakat
ini hanya sekadar tiga orang di post kanan sahaja.
■1200
Di sini juga saya menyarankan bagi agensi seperti RISDA, FELCRA, KESEDAR,
KETENGAH, KEDA, KEJORA akan terus diletak kekal di bawah Kementerian Pembangunan
Luar Bandar. Agensi tersebut bukanlah berfungsi sebagai suatu agensi komoditi, tetapi lebih
kepada peranan komuniti seperti pembangunan luar bandar, akses luar bandar, bimbingan
kursus bantuan kebajikan dan sebagainya. Saya menyokong supaya agensi ini terus kekal di
bawah pentadbiran ataupun urus tadbir Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Tuan Yang di-Pertua, dalam perkara 11 Tuanku berjanji, kerajaannya akan meneruskan
pelaksanaan pelbagai program projek bagi memastikan semua rakyat menikmati manfaat
pembangunan. Justeru itu, memperkasakan peranan Tok Batin dan Majlis Pengurusan Komuniti
Kampung Orang Asli juga hendaklah dilaksanakan. Bagi kampung Melayu dan Kampung Baru,
ia dikenali sebagai MPPK. Penjenamaan semula ini diharapkan akan terus memperkasakan
fungsi sebenar MPPK. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kerajaan kerana terus
mengekalkan jawatan dan peranan Tok Batin dalam MPPK Kampung Orang Asli.
DN 30.8.2018 41 Kita sedia maklum bahawa Kabinet telah menetapkan kadar elaun bulanan anggota
MPPK sebanyak RM500 bagi Pengerusi, RM300 bagi Setiausaha, RM100 bagi pengurusan
mesyuarat dan RM50 bagi kehadiran mesyuarat. MPPK yang cemerlang akan diiktiraf dengan
pemberian geran bernilai RM10,000 bagi tujuan kesejahteraan dan keceriaan kampung. Di sini
saya menyarankan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menyemak semula
kadar elaun MPPK yang mengikut kadar yang lama iaitu RM900.
Ini memandangkan tanggungjawab dan peranan Pengerusi MPPK di luar bandar amat
besar dan berat. Pengerusi MPPK juga dikenali sebagai Ketua Kampung atau Tok Empat.
Bertugas tanpa limitasi, sebabnya masyarakat luar bandar berpegang atas prinsip kemanusiaan,
persaudaraan dan kemasyarakatan. Sebagai Pengerusi, beliau terpaksa menghadiri setiap
program kampung, mesyuarat peringkat kampung dan daerah. Beliau perlu ada di kampung, di
surau, di padang, di kuburan, majlis kahwin hatta semua program di kampung.
Ketua Kampung atau Pengerusi MPPK umpama polis jika ada pergaduhan di kampung.
Umpama ambulans dan doktor jika ada sakit dan pening. Umpama bomba jika ada kebakaran.
Umpama JKM jika ada bencana dan banjir. Umpama DO jika ada bantuan untuk diagihkan.
Bagaimana mungkin dengan elaun RM500 ini cukup menghargai tugas dan tanggungjawab yang
ada. Hargailah mereka ini, jika kita ditugaskan seperti itu, kita juga tidak sanggup untuk
menggalasnya. Dengan RM500 inilah duit minyak untuk Pengerusi MPPK bergerak ke hulu, ke
hilir ke mesyuarat, ke program-program rasmi, duit top up untuk handphone, duit kopi untuk
belanja minum anak buah di warung, mendahului kebajikan jika berlaku bencana banjir dan
sebagainya.
Itulah segala-galanya dengan hanya RM500. Saya mohon semaklah keadaan ini, elaun
ini tidak praktikal dengan kos masa kini. Bagaimana hendak memperkasakan MPPK, jika kita
tidak menghargai dan memahami penat jerih Pengerusi MPPK di luar bandar. Saya berharap dan
saya yakin, kerajaan hari ini akan prihatin dengan masalah ini. Begitu juga dengan pertandingan
Anugerah Desa Perdana, hendaklah diteruskan. Tukarlah dengan nama apa pun, dengan
program yang lain. Namun, supaya konsep pengupayaan komuniti luar bandar diperkasakan
dengan pelbagai elemen seperti kepimpinan, keusahawanan, pembangunan, sosioekonomi, ICT,
perpaduan dan kebudayaan.
Sejak pertandingan ini diadakan termasuk kategori kampung Orang Asli. Banyak impak
perubahan kampung yang sebelum ini mundur dan tidak bekerjasama. Namun, selepas ini kita
lihat kampung-kampung di luar bandar semakin maju, berdaya saing, mendepani cabaran masa
DN 30.8.2018 42 kini. Pelbagai kegiatan sosioekonomi telah dapat dijayakan. Saya cadangkan dan mohon kepada
KPLB, supaya program ini dapat diadakan semula dan dilaksanakan dengan lebih baik.
Tuan Yang di-Pertua, JAKOA semakin berjaya dalam menempatkan lebih ramai pelajar
Orang Asli (OA) di IPTA. Sehingga kini, lebih 900 pelajar Orang Asli di IPT dan 87 orang di luar
negara dengan pelbagai bidang pengajian. Usaha ini akan terencat dan tergugat dengan
kelewatan pembayaran biasiswa pelajar. Adakah usaha JAKOA boleh mempercepatkan dan
mengurangkan birokrasi bagi menyegerakan bantuan biasiswa ini. Ini kerana kelambatan
biasiswa yang dibayar akan menjejaskan tumpuan para pelajar di pengajian. Bayangkan dua
hingga tiga bulan baru dapat biasiswa dan ada yang dimaklumkan terkini empat bulan.
Bagaimana dengan ibu bapa yang tidak berkemampuan, terutamanya dari pedalaman Gua
Musang Perak dan Pahang?
Bagaimana juga pelajar ini dapat bertahan dua hingga tiga bulan dengan berpuasa,
makan Maggi di universiti? Kebanyakan mereka terpaksa berlapar. Meminjam duit dengan
kawan-kawan untuk survive, dengan izin, di universiti. Saya khuatir pelajar-pelajar ini akan
meninggalkan universiti jika tidak mampu bertahan. Jika di kampung, mereka cukup makan
walaupun tidak senang. Namun di universiti, mereka amat teruk dan berlapar dengan keadaan
yang serius.
Saya mohon JAKOA dan Kementerian Luar Bandar untuk menyediakan juga sedikit
bantuan persediaan bagi para pelajar sebelum pendaftaran dalam bentuk cash term, dengan izin.
Banyak perkara yang hendak dibayar, hendak dibuat, medical check-up, contohnya lebih RM100.
Hatta, medical check-up dibuat di Hospital Gombak. Hospital Orang Asli pun mengenakan caj.
Kos pengangkutan pergi balik ibu bapa menghantar anak, belanja kos ke asrama dan sebagainya
dan perbelanjaan menunggu biasiswa tentunya. Kita berharap bantuan persediaan bernilai lebih
kurang RM1,000 hingga RM2,000 dapat dilaksanakan.
Perdana Menteri sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3,000 bagi
persediaan pelajar ke universiti. Namun, kerajaan baharu hari ini saya harap dapat menyemak
semula kos ini supaya dapat membantu pelajar-pelajar di luar bandar. Saya mencadangkan satu
sistem kewangan khas panjar wang khas bagi menyediakan cash term bagi membantu pelajar-
pelajar dan juga pembayaran awal sebelum pendaftaran. Sebab, ada kes pelajar Orang Asli
hanya datang sebelah sehelai sepinggang untuk lapor diri di universiti.
Saya bertanya dengan Kementerian Kewangan. Apakah usaha Kementerian Kewangan
bagi mengurangkan birokrasi yang melambatkan sistem bantuan biasiswa? Sebab salah satu,
masalah birokrasi yang wujud adalah dasar daripada Kementerian Kewangan. Saya juga
DN 30.8.2018 43 menanyakan soalan usaha kementerian bagi menyediakan persediaan pelajar ini. Adakah
persediaan ini dapat diteruskan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri yang
terdahulu? Juga saya mohon penjelasan daripada KPLB dan JAKOA, mengapakah bantuan
laptop para pelajar universiti ditamatkan? Apakah justifikasi kementerian terhadap perkara ini?
Tuan Yang di-Pertua, dalam perkara 13, Tuanku juga menjelaskan sumbangan golongan
wanita kepada negara dan masyarakat sangat besar. Dalam pelbagai bidang pekerjaan dan
kemahiran serta aspek penjagaan institusi keluarga supaya diberi keutamaan. Maka itu, kerajaan
telah melaksanakan skim caruman KWSP kepada suri rumah. Skim ini juga dikenali sebagai i-
Suri atau Program Sukarela Insentif yang membolehkan suri rumah menikmati sekuriti sosial
berkualiti dan meningkatkan sekuriti pendapatan.
Timbalan Perdana Menteri telah menjelaskan fasa pertama i-Suri yang dilaksanakan pada
15 Ogos 2018. Di mana suri rumah boleh menyimpan minimum sebanyak RM5 sebulan dalam
akaun KWSP masing-masing. Kerajaan pula akan menyumbang RM40 sebulan. Demi
memperkasakan wanita negara kita, saya menyokong usaha kerajaan terhadap perkara ini,
terutamanya golongan daif, ibu tunggal, ibu tinggal dan juga masyarakat Orang Asli. Terdapat
4,365 suri rumah yang telah diterima permohonannya dalam daftar eKasih. Manakala masyarakat
Orang Asli ianya tidak dikenal pasti dan saya mohon pihak kementerian menjelaskan berapakah
jumlah Orang Asli yang telah terlibat dalam program i-Suri ini. Sebabnya, daftar eKasih tidak
meletakkan senarai suri rumah Orang Asli.
■1210
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membahaskan dalam isu pembangunan koperasi.
Sektor koperasi merupakan sektor penting dalam negara. Sehingga pagi semalam, saya baru
mendapat kepastian pembangunan koperasi diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan
Usahawan. Bagi memperkasakan koperasi negara dengan keahliannya 13,648 buah koperasi
dengan jumlah ahlinya 6.7 juta orang, syer ahlinya RM14 bilion, aset koperasinya RM135 bilion
dan perolehan tahunan RM24 bilion, satu angka yang amat besar dan efektif dalam
membangunkan sosioekonomi negara dan kebajikan rakyat melalui ahlinya.
Saya cadangkan supaya nama koperasi hendaklah dijenamakan di bawah Kementerian
Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, tidak panjang, ‘koperasi’ sahaja. Supaya
kementerian ini ada roh pembangunan keusahawanan dan roh koperasi.
Tuan Yang di-Pertua, isu tanah masyarakat Orang Asli semakin serius, terutamanya isu
blockades di Gua Musang minggu lepas masih lagi hangat di media. Isu tanah warta, tanah hak
milik, tanah adat dan tanah rizab sebagaimana yang ditentu sahkan oleh mahkamah di Gua
DN 30.8.2018 44 Musang. Pengiktirafan tanah rizab Orang Asli hendaklah mendasari mengikut kehendak
masyarakat Orang Asli. Pertembungan nilai adat Orang Asli, penjagaan alam sekitar, kawalan
sumber air, nilai tradisi masyarakat Orang Asli dengan hak kerajaan negeri bagi pembangunan
ladang. Nilai komersial pendapatan bagi mengurus negeri, pertembungan inilah menjadikan
Orang Asli mangsa keadaan kuasa politik dan kuasa rakyat.
Sehingga kini mewujudkan beberapa siri blockades di Gua Musang. Sebagai sebuah
kerajaan yang dikatakan Islamik di mana dakwah dan kaedah hikmah yang dianjurkan dalam
saranan Islam. Kerajaan negeri sebagai bapa beralahlah kepada anak, usah ditunjuk kuasa yang
membina kebencian rakyat kepada kerajaan negeri.
Mengapakah harus menggunakan kekerasan untuk meruntuhkan blockades yang
bertujuan menjaga hutan dan alam sekitar negeri Kelantan. Sepatutnya kerajaan negeri
berganding bahu dengan Ketua Masyarakat Orang Asli, NGO, JAKOA dan mungkin juga perlunya
pihak ketiga dalam menyelesaikan konflik ini supaya kepentingan hutan yang lestari dapat dijaga.
Keuntungan yang singkat dengan kemusnahan alam atas nama pembangunan hendaklah
disemak semula dan diberi perhatian oleh kerajaan...
Puan Asmak binti Husin: Mohon celahan.
Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Ya, silakan.
Puan Asmak binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan konflik
berkaitan dengan kerajaan negeri dan Orang Asli di Gua Musang, saya difahamkan masih
berlaku rundingan antara pihak JAKOA dan kerajaan negeri dan rundingan itu berlangsung
dengan keadaan yang baik. Namun begitu, keadaan menjadi agak complicated apabila terdapat
pihak ketiga yang mungkin mencampuri urusan. Jadi pandangan Yang Berhormat Dato’ Isa,
adakah kewujudan pihak ketiga ini memberi kesan kepada rundingan antara kerajaan negeri
dengan JAKOA itu sendiri. Sekian, terima kasih.
Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Asmak. Atas
penjelasan itu saya melihat bahawa campur tangan pihak ketiga ini ada dua bentuk. Satu yang
mengambil ruang kesempatan dalam konflik yang ada, satu sepatutnya perlu ada yang
menjernihkan, yang mengusahakan titik persamaan, yang ini perlu. Pihak ketiga itu mestilah
diiktiraf oleh pihak masyarakat Orang Asli dan pihak kerajaan negeri. Kita tidak mahu pihak ketiga
itu diiktiraf hanya oleh kerajaan negeri, tidak diiktiraf oleh masyarakat Orang Asli, atau Orang Asli
melantik pihak ketiga yang tidak juga diiktiraf oleh kerajaan negeri. Oleh sebab itu pihak ketiga
ini mesti jelas dan berkecuali dalam mengurus masyarakat Orang Asli.
DN 30.8.2018 45 Soalan saya kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Berapakah jumlah tanah
Orang Asli yang telah di warta ataupun diberi milik kepada masyarakat Orang Asli di Kelantan.
Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagi?
Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Sudah penutup. Akhir sekali saya menyokong dan menjunjung
kasih ucapan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Saya juga mendoakan semoga negara kita sentiasa aman dan damai. Rakyat dipelihara Allah
dengan kesihatan yang baik, kepada semua pemimpin yang terkini dan terdahulu supaya terus
memimpin negara dengan berintegriti, bersatu padu dan saling menghormati. Sekian, terima
kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Isa Ab. Hamid.
Ahli-ahli Yang Berhormat, petang ini kita ada 15 orang Ahli Yang Berhormat yang akan berucap.
Minta kerjasama setiap Ahli Yang Berhormat saya berikan 20 minit. Sekarang saya jemput Yang
Berhormat Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani, dipersilakan.
12.15 tgh.
Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua, kerana telah memberi ruang dan peluang kepada saya untuk sama-sama turut serta
membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah kita masih diberi kekuatan, kita masih diberi kesihatan
yang baik, yang sempurna untuk membolehkan kita sama-sama berada di dalam Dewan yang
mulia ini. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada semua
Yang Berhormat Senator-senator yang baru, kerana telah diberi kepercayaan selepas PRU Ke-
14.
Tahniah juga kepada semua Ahli-ahli Dewan kerana berjaya mengekalkan keharmonian
di dalam Dewan Negara. Kita tahu, walaupun kita juga ramai di dalam Dewan Negara hari ini,
tetapi sikap kita jauh sekali tidak sama dengan sikap-sikap MP di Dewan Rakyat. Walaupun kita
tahu, kita maklum ada di antara kita ada hubungan saudara dan sahabat handai dengan rakan-
rakan kita di Dewan Rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan saya pada kali ini, saya hanya ingin menyentuh
dua, tiga perkara sahaja. Pertamanya saya hendak sentuh soal penjawat awam dalam negara
kita. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Ahli-ahli Dewan juga tahu, bahawasanya beberapa
hari yang lepas, Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyatakan dengan jelas dan terang
DN 30.8.2018 46 kepada kita. Penjawat awam harus dikurangkan, di dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang
baharu, Malaysia baharu, kerana membimbangi akan defisit kewangan untuk kerajaan dan
negara pada bajet yang akan datang.
Bagi saya ianya kenyataan yang amat malang sekali. Kita tahu pada PRU yang lepas
Tuan Yang di-Pertua, kekalahan Barisan Nasional kita terima seadanya. Kita tidak buat huru-hara
dan sebagainya. Kita dimaklumkan bahawanya penjawat-penjawat awam ini majoritinya memberi
undi dan sokongan kepada kerajaan yang baru. Malang sekali bagi saya apabila Yang Berhormat
Menteri Kewangan telah membuat kenyataan sedemikian rupa, mahu dikurangkan. Apatah lagi
pada hari raya yang lepas, biasanya penjawat awam mendapat bonus daripada kerajaan yang
terdahulu, tetapi malang mereka tidak merasai kenaikan gaji, mereka tidak merasai bonus dan
mereka akan dibuang, mungkin tidak lama lagi.
■1220
Cuba kita bayangkan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, apakah nasib mereka? Hari ini
mereka boleh berbelanja dengan baik, dengan sempurna, boleh pergi ke kedai berbelanja susu
anak dan sebagainya, tiba-tiba mereka dibuang dan akhirnya mereka hilang semua punca
pendapatan.
Jadi, saya berharap, kepada Kementerian Kewangan, khususnya Menteri Kewangan kaji
sebaik mungkin. Ini supaya keharmonian, kesejahteraan penjawat awam yang dinikmati sekian
lama dapat dikekalkan untuk selama-lamanya. Insya-Allah, saya yakin dan percaya kalau itu yang
kita laksanakan, penjawat-penjawat awam yang berada di dalam negara kita melebihi 1 juta orang
penjawat awam, akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan baharu yang telah dibentuk
ini, insya-Allah.
Satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua, ayahandaku. Saat pekerja-pekerja kontrak,
penjawat awam yang bekerja kontrak sebagai kontrak, yang telah kontraknya hampir 15 tahun,
ada yang hampir 20 tahun, ada juga 10 tahun lebih, yang masih belum diserapkan sebagai
jawatan kekal. Hal ini juga membimbangkan saya, membimbangkan kita, mungkin selepas ini
mereka juga akan hilang pekerjaan. Setelah baharu dua minggu Kerajaan Pakatan Harapan
mengambil alih pucuk pimpinan negara, 17,000 orang telah dibuang begitu sahaja.
Saya dikhabarkan nasib mereka amat malang sekali. Ada yang tidur di dalam kereta, ada
yang tidur di surau, ada yang tidur di masjid. Saya harap perkara ini dapat dikaji semula dan
dapat merasa simpati dan ihsan daripada kerajaan. Keseluruhannya, penjawat awam majoritinya
adalah orang-orang Melayu, bangsa Melayu yang beragama Islam.
DN 30.8.2018 47 Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu mengambil masa yang panjang. Oleh sebab tahu
Tuan Yang di-Pertua, hari ini ada 15 orang pembahas yang akan membahaskan Titah Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Akan tetapi saya merakamkan terima
kasih banyak kerana memberikan peluang kepada saya pada hari ini. Saya mahu masuk kepada
perkara kedua iaitu saya hendak menyentuh sedikit mengenai Kementerian Pendidikan.
Saya hendak bertanya kepada Kementerian Pendidikan, apakah ada lagi Program Duka
Lara yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan yang lalu? Kenapa saya bertanya
demikian? Walaupun Barisan Nasional tidak lagi menerajui kerajaan, tidak lagi menjadi kerajaan
tetapi rakyat, guru-guru, masih lagi bersama kita, masih lagi berjumpa dengan kita dan bertanya,
“Bagaimana permohonan saya, Datuk?”, “Bagaimana isteri saya di Sabah, saya di sini?”, “Saya
di sini, suami saya di Sabah”.
Apakah tidak ada lagi Program Duka Lara? Bahawasanya Program Duka Lara yang
diperkenalkan dahulu cukup berjaya. Ramai yang telah kita bantu guru-guru untuk dapat mereka
bersama. Mana yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapat-rapatkan. Itu adalah objektif kita.
Akan tetapi saya mendapat maklumat bahawa program-program seperti ini tidak akan lagi
dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan yang baharu.
Jadi, sekali lagi saya mohon supaya perkara ini harus dikaji balik, kasihan Tuan Yang di-
Pertua. Kadang-kadang isteri melahirkan anak tanpa suami di sisi. Kasihan. Ada yang datang ke
pejabat saya, yang datang menangis pun ada. Saya sudah mahu bersalin, sakit. Pergi ke hospital
dua, tiga kali tetapi suami tidak ada. “Suami awak di mana?” “Suami saya bertugas di Sarawak
sebagai guru”. Ini sepatutnya harus dilihat, bukan dia bekerja mengajar di Sarawak di Sabah
untuk setahun atau dua tahun. Sudah melebihi lima tahun, sudah cukup syarat untuk mereka
berpindah balik ke tempat asal mereka. Jadi, saya mohon, saya berharap sangat- mahu
mencelahkah, tidak? Saya nampak dia berdiri lama, saya tanyalah.
Jadi, saya berharap supaya program ini dapat dikekalkan oleh kerajaan yang sedia ada.
Soal yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua, mengenai bantuan rakyat, BR1M. Dahulu “BR1M”,
sekarang mungkin istilah baharu. Oleh sebab konsep baharu, kerajaan baharu, Malaysia baharu.
“BR1M”, Kerajaan Barisan Nasional. Akan tetapi pokoknya adalah ia bantuan rakyat kepada yang
berpendapatan B40, orang susah. Kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
mengatakan kita akan kurangkan pemberian bantuan rakyat ini dan mungkin kita akan
mansuhkan di suatu masa nanti.
Tuan Yang di-Pertua, bagi saya, saya bersetuju untuk dimansuhkan. Akan tetapi dengan
syarat janji kena tepati. Minyak yang dijanjikan RM1.50 seliter kena buat! Kos sara hidup kena
DN 30.8.2018 48 turunkan. Harga barang kena turunkan. Baharulah boleh kita mansuhkan bantuan rakyat ini, Tuan
Yang di-Pertua.
Kalau tidak, ia akan membebankan rakyat. Sekarang ini sudahlah kita susah, kelapa sawit
turun harga, getah turun harga, tidak ada di dalam sejarah kelapa sawit begitu merudum, tidak
ada dalam sejarah harga getah cukup rendah pada hari ini. Ya, sahabat saya Yang Berhormat
Senator Datuk Razali bin Idris, silakan.
Datuk Razali bin Idris: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu mencelah sedikit.
Yang Berhormat ada sebut mengenai harga minyak diturunkan kepada RM1.50 seliter. Saya
mahu tahu di sini, dari mana sumber itu? Adakah RM1.50 berada dalam Manifesto Pakatan
Harapan sebelum pilihan raya ataupun setakat ambil bakul sahaja? Terima kasih.
Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Saya bercakap, bukan ambil bakul. Saya
bukan ambil bakul, isi benda-benda atau perkara-perkara yang tidak betul. Yang Berhormat
Senator Razali dahulu Ketua Pemuda Marang. Sahabat saya. Seiring, sejalan, selenggang dan
sehayun. Dia di Marang, saya di Besut, tidak jauh.
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Senator Razali, kalau tidak silap saya, janji-janji
yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, kalau salah tolong betulkan. Menjelang
pilihan raya, minyak akan diturunkan RM1.50 seliter, takkanlah Pengerusi PBBM Negeri
Terengganu tidak faham dan tidak tahu dalam soal ini? Kalau saya tidak silap.
Seorang Ahli: Betul. Betul.
Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Kalau saya salah, maafkan saya.
Tuan Manolan bin Mohamad: Mohon mencelah Datuk?
Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Silakan.
Tuan Manolan bin Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya kalau ada seperti
Yang Berhormat Senator Razali bertanya tadi, kita mohon minta dokumen supaya Yang
Berhormat boleh tunjuk. Oleh sebab di dalam manifesto kami ada salinan Manifesto Pakatan
Harapan tetapi tidak disebut berkenaan dengan harga minyak RM1.50 seliter. PRU Ke-13 dulu
memang ada tetapi bukan RM1.50 tetapi RM2.20. Itu yang disebut oleh Dato’ Seri Anwar bin
Ibrahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
■1230
Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Okey, terima kasih Yang Berhormat.
Nampaknya ramai orang yang berminat dengan saya ini. Terima kasih. Itu seorang lagi itu dah
masuk dan akan bangunlah sekejap lagi. Ini sahabat lama. Cepat-cepatlah kalau nak bangun,
sebab hendak habis dah ini.
DN 30.8.2018 49
Akan tetapi tidak apa, saya akan cuba dapatkan dokumen. Sekarang saya tidak ada
dokumen. Mungkin untuk pembetulan nanti, kalau saya silap, saya mohon maaf di dalam Dewan
Negara ini dan saya akan berjumpa dengan kedua-dua Yang Berhormat sama ada ianya benar
ataupun tidak. Okey, boleh saya teruskan?
Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua,
kalau boleh saya mencelah. Ini Laksamana Imran.
Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Sila Yang Berhormat Laksamana.
Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua,
saya hendak bantu rakan dan sahabat Yang Berhormat ini. Dia tidak perlu buat homework lagilah
oleh kerana saya boleh bacakan manifesto Pakatan Harapan. “Kedua, menstabilkan harga
minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.” Tidak disebut pun
diturunkan harga kepada RM1.50. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Terima kasih Yang Berhormat Laksamana.
Kalau itu dokumen yang ada pada Yang Berhormat Senator Laksamana, mungkin saya silaplah.
Akan tetapi apa yang saya dengar di luar sana menjelang pilihan raya, itulah ayat-ayat yang
diperkatakan. Kalau saya silap, saya mohon maaf. Tidak salahkan? Okey.
Seterusnya, itulah bantuan rakyat saya mohon ianya diteruskan untuk memberi bantuan
kepada rakyat-rakyat yang miskin. Ramai rakyat yang miskin di luar sana. Orang Terengganu
pun walaupun negeri pengeluaran minyak tetapi ramai yang miskin. Saya tahu. Orang Kelantan
apatah lagi, ramai yang miskin. Nak toreh getah pun, getah pun harga rendah sekarang. Kelapa
sawit harga turun sekarang. Jadi inilah perkara-perkara yang harus diberi penelitian oleh kerajaan
yang baharu.
Apatah lagi hari ini kalau dulu bantuan untuk pekebun kecil ada sebanyak RM200
mungkin, begitu juga bantuan untuk nelayan pun ada, tetapi hari ini di atas dasar untuk
penjimatan, ianya mungkin dihentikan untuk sementara waktu. Saya harap ianya dapat dikaji
semula dan berilah bantuan kepada orang-orang yang miskin dan orang-orang yang susah.
Perkara yang ketiga yang hendak saya bahaskan di sini adalah soal ECRL. ECRL
sebagaimana yang kita maklum bahawasanya telah ditamatkan dan telah dibatalkan. Kesian,
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya mencelah semalam, di kampung saya sudah jadi
tidak keruan orang kata. Tanah sudah diambil, pembayarannya belum dibuat, tiba-tiba projeknya
batal. Jadi saya hendak tahu daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah langkah-
langkah seterusnya khususnya untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan?
DN 30.8.2018 50 Supaya rakyat melihat dia tidak dianiaya, supaya rakyat merasakan bahawasanya pembatalan
ini seharusnya dibuat dan jangan rakyat akan menilai sebaliknya.
Jadi saya mohon kepada kementerian yang terbabit, sebelum kata putus dibuat dengan
jelas, supaya ianya dapat juga dikaji dan diberitahu kepada rakyat masalah-masalah sebenar
yang kita hadapi. Kita faham kalau ECRL perbelanjaannya daripada kerajaan dulu RM50 bilion
lebih dan mungkin di atas jangka masa yang mengambil masa yang begitu panjang, mungkin
perbelanjaannya dan kosnya meningkat dari hari ke hari. Kita faham mungkin kerajaan hari ini
amat sukar untuk meneruskan projek-projek mega sedemikian rupa tetapi haruslah ianya diberi
penjelasan yang khusus kepada rakyat.
Rakyat di bawah tidak tahu. Dia tahu kerajaan ambil tanah dia, hari ini kerajaan ambil
tanah, duduk sebulan dan dua bulan lagi mungkin dia dapat duit. Itu yang dia tahu. Soal-soal
ekonomi, soal-soal negara dan sebagainya kadang-kadang orang kampung ini tidak tahu sangat.
Jadi harus diberi penjelasan kepada mereka.
Jadi saya rasa itu sahajalah dua tiga perkara yang saya perlu mengambil kesempatan di
dalam Dewan yang mulia ini untuk sama-sama turut membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih daun keladi, Tuan Yang di-Pertua.
Insya-Allah, kita akan jumpa lagi. Saya sama-sama mohon menyokong Titah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Haji Yahaya Mat Ghani.
Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Datuk M. Sambathan.
12.37 tgh.
Datuk Sambathan a/l Manickam: Terima kasih. Saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara kerana memberi peluang kepada saya untuk
berbahas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari
yang mulia ini. Saya menyokong penuh dengan Titah Yang di-Pertuan Agong yang
mengutamakan tentang kebajikan rakyat membangunkan negara.
Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Tuan Yang di-Pertua, apabila Kerajaan Pakatan
Harapan telah pun memerintah negara Malaysia ini, sebelumnya Kerajaan Barisan Nasional
memerintah, apabila Pakatan Harapan dalam mengeluarkan manifesto berjanji macam-macam
untuk membuat kebaikan kepada rakyat dan itulah rakyat telah pun percaya atas manifesto
daripada Pakatan Harapan.
DN 30.8.2018 51
Apabila lepas Pakatan Harapan telah menang, masa hari ini sudah hampir lebih kurang
120 hari, masih belum tunaikan janji-janji daripada Pakatan Harapan terutamanya rakyat telah
percaya kepada Pakatan Harapan bahawa apabila Pakatan Harapan telah menang boleh buat
banyak pertolongan kepada masyarakat terbawah B40. Terutamanya apabila mantan Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri telah pun memperkenalkan bantuan BR1M kepada rakyat tetapi
lepas Pakatan Harapan menang cuba menolak ataupun menghapuskan bantuan rakyat ini.
Saya rasa apabila Pakatan Harapan tidak mengambil berat tentang bantuan rakyat ini,
saya rasa masyarakat telah pun hilang kepercayaan kepada Pakatan Harapan kerana B40 ini
mempunyai masalah-masalah yang telah pun menunggu begitu bantuan daripada Kerajaan
Persekutuan melalui BR1M dan juga bantuan-bantuan yang lain. Adakah ini gimik politik? Kerana
kebencian dalam politik Barisan Nasional apabila mantan Perdana Menteri ataupun mantan
Kerajaan Barisan Nasional telah pun memperkenalkan bermacam-macam bantuan, kita telah pun
mansuhkan. Saya minta kepada Perdana Menteri supaya mengkaji semula bantuan-bantuan dan
pertolongan kepada masyarakat ini yang amat diperlukan.
■1240
Saya juga ingin menekankan di sini dalam Manifesto Pakatan Harapan, kalau Kerajaan
Pakatan Harapan telah dapat menang akan menyelesaikan masalah-masalah yang telah
dihadapi oleh masyarakat India terutamanya IC merah dan juga surat beranak apabila sebelum
PRU14, banyak pemimpin parti-parti terdiri daripada DAP dan PKR, Ahli-ahli Parlimen
masyarakat India telah pun banyak menyuarakan tentang isu surat beranak dan juga IC merah
dan menyatakan 300,000 orang masih belum ada surat beranak dan juga IC merah ini.
Selepas Pakatan Harapan sudah menang, selepas itu Menteri-menteri ataupun
pemimpin-pemimpin yang menyuarakan hak-hak masyarakat India semasa sebelum PRU sudah
berdiam diri, tidak menyuarakan masyarakat ini.
Oleh sebab itu, sebelum PRU14, saya bertanya kepada pemimpin-pemimpin khususnya
Yang Berhormat Tuan M. Kulasegaran dan juga yang baru jadi Yang Berhormat Senator Tuan
Waytha Moorthy, bawalah dokumen-dokumen yang mengatakan 300,000 orang yang belum
mendapatkan sijil pendaftaran dan juga IC merah. Sampai hari ini, beliau tidak pun berikan data-
data ini. Baru-baru minggu hari Isnin, apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri telah pun
menjelaskan satu kenyataan yang baik kepada rakyat dapat permohonan lebih kurang 3,800
orang telah pun mendaftar dokumen ini.
Saya mempersoalkan kepada pemimpin-pemimpin yang mewakili masyarakat India di
Pakatan Harapan ataupun Ahli-ahli Parlimen di seluruh negara, menyatakan 300,000 orang itu
DN 30.8.2018 52 yang mana 296,000 orang yang belum mendapatkan sijil dan juga surat beranak ini. Bolehkah
pemimpin-pemimpin ataupun Ahli-ahli Parlimen terdiri daripada parti pembangkang masyarakat
India boleh menunjukkan kepada rakyat ataupun sebelum PRU14, dia akan memburukkan
Kerajaan Barisan Nasional supaya masyarakat India membenci kepada Barisan Nasional untuk
mendapatkan sokongan daripada masyarakat India untuk mendapat kemenangan PRU14 ini.
Apabila PRU14 lebih kurang 80 peratus masyarakat India telah pun menyokong kepada
Pakatan Harapan. Oleh sebab itulah saya sebagai pemimpin, saya tidak kira mana parti, saya
akan menyuarakan hak masyarakat India di dalam Dewan ini. Apabila Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri telah pun mengeluarkan manifesto, janji macam-macam kepada masyarakat
India, tetapi sampai hari ini belum membentuk satu jawatankuasa khas masyarakat India untuk
menyelesaikan isu-isu ini.
Saya berharap kepada Perdana Menteri, tolonglah teruskan satu jawatankuasa yang
telah lama bernama SEDIC akan terus membantu kepada masyarakat India. Kita masyarakat
India apabila ada empat menteri, orang sekarang berkata Pakatan Harapan sudah menang, bagi
peluang kepada empat-empat orang India jadi Menteri. Empat-empat Menteri ini saya akan
bertanya, Yang Berhormat Tuan M. Kulasegaran dan juga Yang Berhormat Tuan Gobind Singh
daripada parti DAP. Beliau tidak mewakili masyarakat India. Beliau tidak boleh menyuarakan hak
masyarakat India. Kalau beliau menyuarakan- ya, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua: Sila.
Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah: Ini fasal sebut DAP-DAP ini, I kena jawablah.
Semalam I dah beritahu dalam Dewan yang mulia ini. Satu, jawapan yang saya terima dari
Economic Affairs punya kementerian di mana dia cakap angka- daripada segi kesimpulan
jawapan itu, angka orang yang tidak ada kerakyatan, orang yang tidak ada IC, orang yang tidak
ada Birth Certificate, semua adalah dalam tangan kerajaan. Angka-angka itu, ada dalam tangan
kerajaan. So, pada saya soalan ini patut ditujukan kepada kerajaan untuk keluarkan angka-angka
yang betul.
Sebelum ini Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak jelaskan sedikit supaya kita semua
faham where we are coming from. Sebelum ini ada tuduhan anggaran mereka yang tidak
mempunyai dokumen-dokumen dan sebagainya adalah 300,000 orang. Jawapan Yang
Berhormat Menteri 3,583 hanya merujuk kepada mereka yang telah submit permohonan, bukan
angka keseluruhan. Saya juga telah memberitahu dalam Dewan ini, apabila saya pergi satu
briefing untuk SEDIC pada bulan Jun tahun ini, SEDIC memberi saya satu angka 12,000. So, kita
dapat banyak angka. Akan tetapi angka yang betul, ada dalam tangan kerajaan.
DN 30.8.2018 53
Maka cadangan saya kepada saudara saya, tuju soalan ini kepada kerajaan. You tanya
Yang Berhormat Senator Tuan Waytha Moorthy kah, Yang Berhormat Tuan M. Kulasegaran kah,
mereka tidak ada angka yang betul. Tuju soalan itu atau cadangan itu kepada kementerian, dan
saya suka. Saya suka kalau we get once and for all, the real figure. Fasal pada tahun 2010,
kerajaan semasa dia buat bancian perumahan dan penduduk, telah mendapat angka ini. Ini
cadangan saya, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Boleh mencelah? Terima kasih. Berkaitan
dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Senator, saya pun dapat jawapan bertulis
daripada pihak Kementerian Dalam Negeri, di mana apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat
Senator Tuan Chandra Mohan, beliau beritahu 3,583. Sebenarnya 3,853...
Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah: Yang lulus.
Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Tadi Yang Berhormat Senator cakap 3,583.
Sebenarnya 3,853. Saya dapat jawapan bertulis daripada Kementerian Dalam Negeri.
Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah: Betullah.
Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Terima kasih. Saya akan ini- lepas itu apa yang
dikatakan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan ini memang saya setuju. Akan
tetapi angka yang sebenarnya harus diberikan daripada Kementerian Dalam Negeri di mana
kalau kita tengok hari itu semasa dalam persoalan, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah pun
memberikan satu figure atau satu angka yang sebenar apa yang berlaku di Kementerian Dalam
Negeri. Jadi isu-isu yang berkaitan di luar daripada urusan rasmi Kementerian Dalam Negeri, kita
tidak boleh terima. Kita ikut angka yang sebenar, penjelasan daripada- angka yang sebenar
daripada kementerian Dalam Negeri.
Jadi yang kita kata di luar 300,000, tiga million, 200,000, itu semua tidak benar, sebab kita
dapat jawapan rasmi daripada Kementerian Dalam Negeri.
Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah: Ini saya kena jelaskan fasal angka itu diberi
oleh saya pun. Betul. Yang Berhormat Menteri jawab 3,850, 3583 mungkin kita beli mapiau
number empat boleh kena. 3,855 itu adalah bilangan permohonan yang telah dimajukan kepada
kementerian. Akan tetapi yang Yang Berhormat cakap itu jangan pakai lain figure because dia
bukan official figure. SEDIC adalah satu agensi di bawah PMO. SEDIC adalah agensi kerajaan.
Figure yang saya dapat itu adalah dari SEDIC walaupun bukan 300,000 tetapi 12,000. Dari
SEDIC, satu agensi kerajaan.
Maka pada saya- cadangan saya- saya balik, balik. Ini kita tidak akan berhenti. Pada 10
tahun nanti pun kita akan argue figure ini kecuali kerajaan keluarkan figure yang betul, yang dia
DN 30.8.2018 54 dapat melalui bancian. Come out with the real figure. Maka tidak akan timbul isu-isu macam ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Sambathan a/l Manickam: Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun menyatakan
Yang Berhormat -Yang Berhormat telah pun membangkitkan isu-isu ini kerana masa memerintah
Barisan Nasional memerintah, memang figure ini parti pembangkang sentiasa mengeluarkan di
media sosial supaya rakyat percaya memang Barisan Nasional gagal menjaga masyarakat India.
Itulah soalan saya hendak tanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana begitu
prihatin kepada lebih kurang 4,000 orang ini adalah berusia 60 tahun untuk mendapatkan
warganegara.
■1250
Saya mempersoalkan, dalam negara ini merdeka sudah hampir 61 tahun. Masalah ini
masih belum diselesaikan di masa kepimpinan Barisan Nasional hingga pada hari ini- di
kepimpinan Pakatan Harapan selama 120 hari ini.
Orang yang bukan dilahirkan dalam Malaysia- orang datang daripada luar negara
khususnya orang dari India Sange boleh mendapatkan warganegara diberikan oleh mantan
Menteri Dalam Negeri. Masa itu ada beberapa pemimpin-pemimpin parti Pakatan Harapan
mewakili masyarakat India menyuarakan membatalkan kewarganegaraan kepada ‘Sange Naher’.
Namun selepas itu Pakatan Harapan sudah mengambil alih kuasa, begitu juga Perdana Menteri
terus beri kuasa mendapatkan warganegara. Saya persoalkan di sini orang yang lahir selama 61
tahun selepas merdeka masih belum selesaikan masalah ini.
Saya berharap kepada Pakatan Harapan, tolonglah selesaikan masalah isu ini
masyarakat India belum mendapatkan kewarganegaraan ini dengan secepat mungkin. Saya juga
menekankan di sini apabila...
Datuk Razali bin Idris: Boleh?
Datuk Sambathan a/l Manickam: Boleh, boleh.
Datuk Razali bin Idris: Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Boleh tidak saya
katakan bahawasanya 61 tahun Kerajaan Barisan Nasional memerintah Malaysia tidak mampu
membantu masyarakat India untuk mendapatkan IC. Boleh?
Datuk Sambathan a/l Manickam: Dalam 61 tahun ini kita tidak boleh kata tidak bantu.
Memang ada bantu- itu yang saya hendak terangkan. Selepas Dato’ Seri Najib menjadi Perdana
Menteri, saya berani berkata di mana sahaja. Selepas Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri
barulah masyarakat India di Malaysia dapat satu cahaya yang baharu. Beliau telah banyak
DN 30.8.2018 55 membantu untuk masyarakat India. Beliau telah menubuhkan satu jawatankuasa bernama
SEDIC untuk membuat pendaftaran warganegara semua ini. Selepas itulah kita pemimpin-
pemimpin masyarakat India dan juga semua NGO...
Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Boleh mencelah, Yang Berhormat? Terima
kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Memang benar apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Senator di mana program
MyDaftar melalui one of the Special Implementation Task Force (SITF) diwujudkan semasa bekas
Perdana Menteri. Di mana untuk pengetahuan Yang Berhormat Senator di mana bermulanya-
selepas disedari berkaitan dengan hal masyarakat India yang tidak mempunyai Sijil Lahir dan
juga dokumen-dokumen lain telah pun wujud SITF dan mulalah kita membuat beberapa program-
program di kawasan-kawasan tertentu. Selepas itu wujudlah SEDIC. Ada orang dia confuse
SEDIC dengan SITF. SITF ini di bawah SEDIC. SITF ini khas untuk membantu kaum-kaum yang
tidak mempunyai Sijil Lahir dan sebagainya. Terima kasih.
Datuk Sambathan a/l Manickam: Terima kasih. Itulah apabila mantan Perdana Menteri
telah pun bermula mendaftar dalam tempoh sembilan tahun ini kita banyak telah pun
menyelesaikan isu-isu...
Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah: Yang Berhormat, kalau dibenarkan.
Timbalan Yang di-Pertua: Sila.
Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah: Ini berkenaan dengan program-program yang
telah dimulakan oleh mantan Perdana Menteri untuk masyarakat India seperti yang disebut oleh
Yang Berhormat tadi. Antaranya salah satu ialah blueprint- Malaysian India Blueprint (MIB). Pada
pengetahuan saya- saya harap kalau pengetahuan saya tidak betul saya harap Yang Berhormat
boleh membetulkan pengetahuan saya.
Blueprint itu dilancarkan pada bulan April 2017. Daripada April sampai Mei tahun ini
blueprint itu tidak dibentangkan di Dewan Rakyat, dan juga tidak dibentangkan di Kabinet. It was
never a Cabinet Paper. Kenapa? Kalau pengetahuan saya tidak betul lah. Kalau betul-betul sudah
dibentangkan di Kabinet sila maklumkan. Kalau tidak, kenapa tidak dibentangkan di Kabinet atau
di Dewan Negara? Itu satu.
Kedua, berkenaan dengan SITF, memang SITF lain satu agensi. Akan tetapi daripada
taklimat yang saya dapat daripada SEDIC pada bulan Jun ini, SITF, MyDaftar dan MegaDaftar,
tiga program. SITF punya rekod tidak ada dengan SEDIC, fasal SITF punya rekod dia pergi direct
kepada JPN pada masa itu. Akan tetapi itu bukan isunya. Isu saya ialah kalau you hendak
memberi satu kemantapan kepada satu-satu program atau mana-mana blueprint, ia kena
DN 30.8.2018 56 dibentangkan sekurang-kurangnya di Kabinet kalau bukan di Dewan. Saya hendak tahu kenapa
kegagalan untuk table di Kabinet? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Sambathan a/l Manickam: Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Apabila Yang
Berhormat telah bertanya blueprint itu telah dibentangkan dalam Dewan Negara- memang saya
adalah Yang Berhormat Senator yang baharu, saya memang tidak tahu ada bentang atau tidak.
Pagi tadi saya telah berbincang dengan Yang Berhormat, Yang Berhormat kata ia belum
bentang. Itulah saya minta, apa kesilapan yang dahulu Barisan Nasional kita tidak- yang apa
sekarang Pakatan Harapan- rakyat sudah bagi satu mandat yang besar. Tolonglah selesaikan
masalah ini.
Seterusnya saya akan tekankan kepada Menteri Pendidikan Malaysia. Apabila Menteri
Pendidikan telah pun pergi melawat semua sekolah-sekolah SK dan juga berjumpa dengan
murid-murid daripada sekolah SK. Saya ingin bertanya berapa banyak kah sekolah SKJ(T) telah
pun Menteri Pendidikan melawat? Adakah peruntukan akan terus disalurkan kepada sekolah-
sekolah Tamil?
Soalan yang kedua, apabila- dulu memang adalah dua Timbalan Menteri Pendidikan.
Satu Timbalan Menteri Pendidikan mewakili kaum Cina dan satu Timbalan Menteri Pendidikan
mewakili masyarakat India. Sekarang telah pun dimansuhkan Timbalan Menteri Pendidikan yang
terdiri daripada masyarakat India. Saya berharap kepada Perdana Menteri wujudkanlah semula
jawatan Timbalan Menteri Pendidikan kerana kita senang boleh berhubung berkenaan isu-isu
pendidikan dan juga boleh membentuk satu panel akademik daripada kalangan masyarakat India.
Oleh sebab itu adalah satu beban yang besar apabila menghadapi masalah-masalah ini supaya
boleh dibawa berjumpa dengan Menteri Pendidikan ini.
Juga saya di sini ingin- ada satu isu yang besar apabila murid...
Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Boleh saya mencelah, Tuan Yang di-Pertua?
Ya, berkaitan dengan sekolah Tamil.
Ada juga Pakatan Harapan telah pun membuat satu manifesto berkaitan dengan sekolah
menengah Tamil. Kita tidak boleh lupa sebenarnya kita tumpu kepada sekolah Tamil sahaja, tapi
sekolah menengah Tamil. Di manifesto berkata mereka akan bina satu sekolah menengah Tamil.
Jadi dalam pada itu saya hendak tanya sedikit berkaitan dengan Kerajaan Pakatan Harapan
adakah mengenal pasti kurikulum yang akan digunakan untuk sekolah menegah Tamil di
Malaysia?
Datuk Sambathan a/l Manickam: Yang Berhormat dan juga murid-murid pelajar sekolah
menengah ada masalah memang ada isu-isu pergaduhan antara murid. Apabila sekolah telah
DN 30.8.2018 57 pun gantung pelajar-pelajar ini ataupun tidak menerima balik kepada murid-murid ini kerana kita
tanya apabila pengetua, pengetua jawab kalau kita ambil murid-murid bermasalah sebegitu
memang taraf sekolah itu akan turun. Menjaga taraf.
Juga perkara yang kedua, apabila pelajar-pelajar India di SPM dan STPM menduduki
peperiksaan Sastera, pengetua-pengetua sekolah menengah tertentu tidak beri peluang kepada
pelajar-pelajar ini untuk menduduki peperiksaan. Bila kita bertanya kalau mata pelajaran ini gagal
atau tidak lulus, taraf peperiksaan ataupun sekolah itu akan turun. Maka ini makin lama di masa
akan datang pelajar-pelajar India tidak berminat pergi sekolah-sekolah Tamil kerana kita tidak
bagi kuasa, tidak ada hak untuk mengambil peperiksaan dalam mata pelajaran Sastera di SPM
dan STPM. Tidak lama nanti kita akan menutup sekolah-sekolah Tamil.
Inilah puncanya semasa dulu kita telah mengadakan lebih kurang seribu lebih sekolah
Tamil, sekarang sudah kurang lebih kurang 500 lebih sekolah. Puncanya adalah isu-isu seperti
ini. Kerajaan mesti mengambil tindakan dan memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil
peperiksaan Sastera dalam sekolah menengah ini.
Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagi?
Datuk Sambathan a/l Manickam: Lagi sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua: Sila.
Datuk Sambathan A/L Manickam: Tak sampai lagi. Ini ada dua sahaja Menteri. Di sini
juga saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Menteri Komunikasi dan
Multimedia, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo sudah jadi Menteri, beliau terus beri
peluang kepada masyarakat India khususnya berita BERNAMA, Berita Tamil. Saya ucapkan
terima kasih kepada Menteri.
Yang Berhormat, kita nampak negara ini sudah berlipat kali ganda maju, Cyberjaya,
Putrajaya, KLCC dan macam-macam tetapi masih lagi pekerja-pekerja RTM adalah gaji harian.
Ini saya berharap Kementerian Komunikasi dan Multimedia ini mengkaji semula untuk
mendapatkan gaji bulanan. Boleh kita hapuskan gaji harian ini.
Juga- lagi dua sahaja Tuan Yang di-Pertua, dalam lima minit saya boleh selesai. Apabila
Menteri Sumber Manusia telah pun berjanji akan berikan gaji maksimum RM1,500, sampai hari
ini belum dapat satu keputusan yang baik kepada rakyat dan beliau sentiasa menekankan pekerja
asing. Saya tekankan di sini apabila sebuah restoran yang perlu 50 orang pekerja asing, dia
mohon kepada Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri beri kelulusan 10 orang
ataupun 20 orang. Restoran perlu 50 orang. Kalau tidak lulus, restoran telah terpaksa ambil
pekerja asing tanpa permit .Ini bila kita salahkan kepada restoran.
DN 30.8.2018 58
Kalau Kementerian Dalam Negeri kita mohon 50 orang, dia beri kelulusan kepada 50
orang, maka tidak ada pekerja asing. Tidak ada banyak kos perbelanjaan sekarang kerajaan
kena belanja banyak kos- menangkap pekerja asing, bagi makan free, duduk free, semua free.
Saya berharap kalau kita mohon pekerja asing tengok profile dia, boleh luluskan pekerja ini,
berilah peluang kepada pekerja ini supaya mengurangkan kesan ini.
Akhir sekali saya ingin tekankan kepada Kementerian Belia dan Sukan. Kementerian Belia
dan Sukan adalah seorang anak muda yang mengambil alih kuasa sebagai Menteri. Apabila
Asian Games pun Malaysia telah pun mendapatkan pingat emas di beberapa acara. Saya
ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan. Saya tekankan lagi
sekali masyarakat India ada menubuhkan satu kelab MIFA yang dipengerusikan oleh Yang
Berhormat Senator sendiri telah pun menang beberapa games. Akan tetapi kita memang
membela satu pasukan kita mempunyai sumber kewangan ini. Saya berharap Kementerian Belia
dan Sukan bersama-sama dengan FAM bantulah kelab MIFA ini supaya meningkatkan dalam
bidang suka bola sepak di negara ini.
Akhir sekali saya dengan ini saya menyokong Titah Diraja demi membangunkan negara.
Sekian, terima kasih. Nandri vanakkam.
Timbalan Yang di-Pertua: Baik, terima kasih Yang Berhormat Datuk Sambathan a/l
Manickam.
Jam pukul 1 lebih. Ahli Yang Berhormat saya tangguhkan mesyuarat hingga jam 2.30
petang. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
■1430
Tuan Yang di-Pertua: Sambung perbahasan. Silakan Yang Berhormat Senator Tuan
Nga Hock Cheh.
2.32 ptg.
Tuan Nga Hock Cheh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang mengambil
bahagian perbahasan Titah Tuanku. Terlebih dahulu, saya ingin bersyukur kepada Tuhan dan
berterima kasih kepada DUN Perak atas peluang berkhidmat bersama-sama di Dewan yang
mulia ini untuk negara.
DN 30.8.2018 59
Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.
Tuan Nga Hock Cheh: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya memohon keizinan
menyambungkan perbahasan saya di dalam bahasa Inggeris.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.
Tuan Nga Hock Cheh: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, in His Majesty’s Royal
Address, the King outline several suggests as outlines to enhance the performance of Parliament
to make it command more respect in the country and to the world. In the words of His Majesty in
paragraph three of his Royal Address supaya institusi Parlimen terus dihormati, dipandang tinggi
oleh rakyat dan dunia luar.
I am in full agreement with His Majesty on the core to make Parliament a place where it
can be respected not only in this country but also to the world and in this connection, I am told by
the Deputy Speaker of Dewan Rakyat that the new building of Parliament built at the cost of sum
RM190 million will be ready in August next year.
Now, this August well for the transformation of Parliament. The new building is not enough.
I would venture to suggest that the time has come for Parliament to take back the control and the
running of Parliament. It should not be placed under the portfolio of PMO. The umbilical cord
between Parliament and the Prime Minister Office should be cut. Tuan Yang di-Pertua, how can
a bird that is born free to fly when an eagle to soar in the sky be able to do so, if it’s tied with the
string. For whatever reasons, the earlier Parliamentary Service Act 1963 that was repealed in
1992 …
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, I just want to, dengan izin, the- would it be a
problem for you to talk in Bahasa Malaysia?
Tuan Nga Hock Cheh: …Because of the short time, that I have and the long time I did
not use bahasa in Setiawan which I always use Foochow, I would not be able to express my self
adequately. Given time I will…
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Dewan, Yang Berhormat-Yang Berhormat, ini saya bagi
kebenaran hanya kepada Yang Berhormat untuk bertutur dalam bahasa Inggeris kerana beliau
tidak berkemampuan dalam Bahasa Malaysia.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tolong, kalau nak pakai beberapa perkataan boleh,
bukan ucapan perbahasan. Please continue.
Tuan Nga Hock Cheh: Thank you Tuan Yang di-Pertua. I was saying that was this
Parliamentary Service Act 1963 that was repealed in 1992 for whatever reasons, this piece of
legislation was repealed and made a sacrificial land at the alter of expediency. The time has come
DN 30.8.2018 60 for us to resurrect this act so that Parliament can take back the control, the running of Parliament
itself. I have no quarrel with the Minister of Law in the Prime Minister’s Department. He is a good
friend of mine and also a man of integrity, a fellow lawyer and also a god-fearing man.
So, having said that Tuan Yang di-Pertua, the transformation not only in the control and
management of Parliament, that was also some suggestion by Members of this August Chamber
that the number of Senators could perhaps be increased and the tenure of office be extended.
This is actually a ready provided for under Article 45, of the Federal Constitution and under
subparagraph 4. It says very clearly the Parliament may by-law, increase to three the number of
Members to be elected for each state. Originally, the appointed number of Senator is only sixteen,
it was then increased to 32, and then 40, and now yes, come to 44.
Any review in the composition of Senate, our venture to say that the state must now rise
up the exert more Members in the Senate, so that they can be a better, balance in the distribution
of powers in the Senate. As for the tenure of security, I agree it should be extended but my rational
for asking the extension is different. By way of analogy Tuan Yang di-Pertua, if a durian tree is
bearing good fruit every year, why do we want to chop it down? Three years or after six years? It
should be continuing to allow to bear fruits.
Likewise, in this August Chamber of the Senates, we should allow the Senators to
continue to make input. A good example would be our Yang Amat Berhormat The Prime Minister.
At the age of 93, he has come back to serve the nation…
Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua, just satu clarification.
Yang Berhormat sebut tadi Artikel 45, berkenaan dengan, to increase the number
Senators dan your appeal to the states to increase but to me, kalau kita nak tambah wakil Senate
from the states from two to three seperti yang disebut oleh Yang Berhormat, Parlimen must
approve it kalau kita baca Article 45(4), Parliament must agree to not only the state, Parliament
must agree.
So, I hope that Yang Berhormat akan buat cadangan Yang Berhormat also will include a
suggestion to Parliament to incorporate from two to three, Article 45(4).
■1440
Tuan Nga Hock Cheh: So, we should assist Parliament to say that the increase to be
more number from the states rather than the appointed Senators.
Having say that Tuan Yang di-Pertua, the security should be extended. There is no reason
why it should be confined to only six years as a maximum. A Member of this August Chamber
DN 30.8.2018 61 who is productive, who can give good input to help the country with his expertise should be
allowed to remain to make his contribution just like the CEP.
The Senate should increasingly begin to play this role. I see the Senate as a place of elder
statesman. They help the nation to legislate with wisdom for the well-being of the country. We are
not here to play partisan politics. The era is over. The new Malaysia would require a new wineskin,
a new paradigm in our thinking. Irrespective how we have come to this place. We must be brave
to discharge our duty without fear and favour for the interest of the nation.
Once this mental, mindset of this Senate is being transform, the Upper House hopefully
will also flow down to the Lower House, and then to the nation as a whole. Malaysia would be a
better place for all of us.
Talking about Parliamentary procedures, Tuan Yang di-Pertua, on 28th of this month, the
second day of the proceedings, there was a little incidence between the Law Minister and Senator
Jamilah. I have no desire to provoke any displeasure from her. There was certain accusation that
was made and the Minister issued a challenge and he said; “Jadi ini merupakan satu tohmahan,
merupakan satu fitnah dan sekiranya Yang Berhormat berani ulangi tohmahan ini di luar Dewan
ini, jangan gunakan Dewan ini untuk melindungi beliau”.
The challenge that was given by the Law Minister is to invite the maker of the accusation
to put aside Parliamentary immunity. The case of the late Rahman Talib and Seenivasagam which
happened 53 years ago is a very instructive case for us to learn. So, the allegation was made
against Rahman Talib who was then the Minister of Health and he challenges D.R. Seenivasagam
to repeat the allegation outside Parliament so that he can take the necessary action in court. The
challenge was duly accepted by D.R. Seenivasagam in the Selangor Assembly Hall, and
subsequently court suit followed, Rahman Talib lost his case.
So, I believe the Law Minister have an intention to do the same. This is not a challenge
outside to tumbuk or menumbuk as was remark by the learned Senator. So, if a maker of the
statement is unable to accept the challenge to repeat the accusation outside Parliament, then,
courtesy would demand that the accusation will be drawn. Ideally with apologies.
Tuan Yang di-Pertua: Honorable. What would you say if the accusation is in a form of a
question?
Tuan Nga Hock Cheh: That is of cause a very subtle way of doing it but still we have to
be fair to the affected party. If we genuine believe that you know he has done something that is
wrong, corrupt practice and miss conduct, just like D. R. Seenivasagam who move a motion on
DN 30.8.2018 62 the Standing Order 18, which is equivalent of Order 17, a matter of Urgent Public Interest, don’t
disguise it as a question, assert it and then let the logical consequence follow…
Tuan Yang di-Pertua: Ini Yang Berhormat, actually you should go to the Dewan Rakyat.
This is Dewan Negara… [Ketawa] There is where all the accusation are.
Tuan Nga Hock Cheh: I’m glad that I’m in this House. I have heard the debates of my
fellow Senators, I learn much from them, accept for one speech at noon yesterday. I was not sure
whether I was listening to a political ceramah or I was listening to a debate on the Royal Address.
In the words of Shakespeare, it is full of sound and fury signifying nothing.
Why do you want to attack Yang Berhormat Langkawi or Yang Berhormat Kulai when they
are not even in this House? If any such attack is to be mounted, then the challenger should have
gone down to the Lower House, the Dewan Rakyat to conduct his political attack.
I don’t think that this August Chamber should be used for such purpose. I also very glad
Tuan Yang di-Pertua, under your hands, this Dewan is free from outbreak of verbal diarrhea of
unparliamentary language, and worst still the habit or peeping under the skirt to see if the
segregate endowment of some female has any added ‘tombical’ appendage and then make the
remark in Parliament to the embarrassment of the affected party and without opportunity to have
it test out in court the truth of what he says.
We must keep this Senate this way. The time has come for us to move on. We must begin
to think as an elder statesman for the nation. For example, in earlier case that was cited about
the problem of stateless Indian community in this country. I do not agree that is the responsibility
of only the India Ministers. It is the responsibility of the entire Cabinet, it is a responsibility of both
Houses of Parliament and for all of us, to resolve this issue face by this particular community. We
are here to help one and another irrespective of our religious belief all our racial background.
Talking on this subject Tuan Yang di-Pertua, if we are to perpetuate unity in this country, we must
view one another as fellow citizens of this country.
Forget about the controversy of which race came to Malaysia first. Let’s start from Merdeka
1957. Do you want to treat all this post merdeka generation, as anak Malaysia, anak kandung,
anak tiri, anak angkat or anak haram? What legacy do we want to leave for our future generation?
Do you want them to live together in peace and harmony as a united Malaysia? If our fore fathers
failed to do it, and if we now generation, we have not done it that well. I’m relief the coming of
Malaysian Baharu, we move on to put this nation on the correct footing and the forces of
extremism whether racial or religious, we should try to put the stop to that. It is not helpful to the
process of nation building.
DN 30.8.2018 63
Tuan Yang di-Pertua, I have another subject that I want to touch on, is on discretion of
Judicial Independence. We are very glad especially the Bar Council, the wisdom a Prime Minister
to appoint Tan Sri Richard Malanjum as a Chief Justice of Malaysia. The newspaper reported on
30th of July that the Chief Justice together with some 200 High Court judges, Section Court
Judges, and court staff when to the court complex to clean the toilet and to make the court clean.
■1450
This is a very important and significant pathetic act. The Chief Justice is a man of integrity
and also a man of great humility. He has gone to clean the court, because at one time the rule of
law and justice was in danger of falling into the cesspool. Either him I believe the nation will now
see the rule of law been restored to its rightful place. The fountain of justice will sprout again and
the pristine water of justice and righteousness will flow in this nation, yet again.
So, it is unfortunate the act recently that was also a complaint by the Court of Appeal
Judge, Justice Datuk Hamid Sultan Abu Backer. The Sun Daily reported, Court of Appeal Judge
reprimanded by superior over descending judgement. This action of the superior judge, whoever
he is, is a serious affront to aberration of the administration of justice. Judicial independence will
require that every judge be allowed the freedom to decide the case according to the facts in law,
according to his conscience into the best of his wisdom. There should not be such interference
by his superior in the court hierarchy.
The Bar Council has called for the Royal Commission of Inquiry to be set up to investigate
this issue, because the independence of the judiciary is affected. I fully support the call as such,
and RCI should be establish, so that this issue can be resolve and would never to be repeated.
Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua, with your permission.
Just satu soalan fasal independence in judiciary ini is a serious allegation.
Saya hendak tahu dari pengalaman, from your experience as a practising lawyer, I think
30 over years. Adakah this is the first time, di mana kita- to the best of your knowledge, di mana
kita dapat interference as alleged by Justice Datuk Hamid Sultan Abu Backer or was it because,
kalau kita tengok kes itu, if I’m not wrong, the case was involving Indira Gandhi. Was it the first
time?
Tuan Yang di-Pertua: Involving?
Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Involving Indira Gandhi, Sir. Conversion
issue. Was it the first time or was this before?
Tuan Nga Hock Cheh: Actually, that was also another incident time pass during the
judicial crisis. Where some Supreme Court judges were being removed. The Bar Council brought
DN 30.8.2018 64 suit against the late Yang Amat Arif Tun Abdul Hamid Omar. That was another serious
transgression in the administration of justice where he instructed the court’s staffs not to
cooperate, the seal to be kept, the facilities not to be made available for the sitting of the court.
So, we hope these all things is not repeated. May I just take this opportunity Tuan Yang
di-Pertua, to quote what the late Royal Highness Sultan Azlan Shah said, the judges are not
beholden politically to any government, they owe no loyalty to Ministers, they have longer
professional lives than most Ministers. They like civil servants, see government come and go.
They are lions under the throne, but that seat is occupied in their eyes, not by King’s precedence
or Prime Minister’s, but by the law and their conception of public interest. It is to that law and to
that conception that they owe their allegiance. In that lies their strength. On the rights of a judge
to write descending judgement, the immortal words of Justice H.R. Khanna in the famous Indian
Supreme Court of a Shivkant reported in 1976, 2 Supreme Court Cases- 521.
I beg to quote what this learned judge says. “Before I part with the case, I may observe
that the consciousness that the view expressed by me is at variance with that of the majority of
my learned brethren has not stood in the way of my expressing the same. I am aware of the
desirability of unanimity, if possible. Unanimity obtained without sacrifice of conviction comments
the decision to public confidence. Unanimity which is merely formal and which is recorded at the
expense of strong conflicting views is not desirable in a court of last resort.
As observed by Chief Justice Hughes Prophets’; with Honor by Alan Earth 1974 Ed. p. 3-
6 judges are not there simply to decide cases, but to decide them as they think they should be
decided, and while it may be regrettable that they cannot always agree, it is better that their
independence should be maintained and recognized than that unanimity should be secured
through its sacrifice. A dissent in a court of last resort- is an appeal to the brooding spirit of the
law, to the intelligence of the future day, when a latter decision may possibly correct the error into
which the dissenting judge believes the court to have been betrayed.”
Before I take my seat Tuan Yang di-Pertua, I also want to say that we should be slow to
attack ministerial appointment on the basis of his or her religious faith. The right way to evaluate
a performance of minister of political appointee would be the three C’s- the “Character” of the
office holder; the “Competence” in which he is charged; and the “Commitment” in which he or she
does his work as a leader of the Upper and Lower House. We must not attack on the religious or
racial grounds of an appointee to serve the nation.
Finally, Tuan Yang di-Pertua, if I may say, sepatah dua in bahasa:
DN 30.8.2018 65
Sang bayu berpuput lemah gemalai; Indah cahaya sang suria di pantai; Di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir. Sebab tiada wang negara dicuri atau dibantai;
Ekonomi pasti kukuh sekali lagi; Rakyat tak payah bimbang khuatir.
Terima kasih and with that I call, I support the Royal address and ask The House to
support the same. Thank you.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Okey Yang Berhormat, untuk
menggunakan bahasa Inggeris untuk sepatah dua perkataan boleh, kerana Dewan kita ini akan
dinampak sebagai tidak memperkasakan Bahasa Malaysia. So, saya harap Yang Berhormat
yang lain ini jangan pula follow my learned friend. Gunakan Bahasa Malaysia. Yang Berhormat,
saya faham, saya faham.
Tuan Nga Hock Cheh: Tuan Yang di-Pertua, I beri sedikit penjelasan. Dengan seikhlas
hati saya, saya enggan menggunakan bahasa, bukan saya tidak menghormati bahasa atau
menghina bahasa. Akan tetapi sebagai seorang penuntut yang menikmati keindahan bahasa,
saya berasa amat sedih bila saya melihat bahasa jiwa bangsa dijadikan mangsa dengan
kegunaan yang kurang sempurna, terutamanya oleh masyarakat yang bijaksana. Terima kasih.
■1500
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat selepas ini tidak boleh guna
bahasa Inggeris kerana Bahasa Malaysia yang Yang Berhormat guna ini lebih baik dari bahasa
Inggeris [Ketawa]
Tuan Nga Hock Cheh: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua: No, we understand. Don’t- Yang Berhormat, duduk, duduk. I
understand very much. Terima kasih Yang Berhormat.
Ini adalah pertama kali kita dengar hujah dalam bahasa Inggeris pun baik juga tetapi you
tahulah semua ada yang baik, ada yang buruk. Nanti dia orang cakap tidak memartabatkan.
Dewan yang mulia ini memang memartabatkan Bahasa Malaysia dan kita beri peluang
kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak senang menggunakan Bahasa Malaysia kerana
perkataan-perkataan yang seperti mana yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat.
Silakan Yang Berhormat Datuk Ir. Yong Wui Chung.
DN 30.8.2018 66 3.01 ptg.
Datuk Ir. Yong Wui Chung: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana
memberikan saya peluang untuk turut serta berbahas dalam Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Pertama, Parlimen
Keempat Belas, pada 17 Julai yang lalu.
Tuanku dalam Titah Baginda menyebut, dan memberi peringatan kepada beberapa
perkara penting bahawa Tuanku berasa bangga dengan pasukan keselamatan, polis dan tentera
dan semua yang terlibat dalam memastikan Pilihanraya Umum Keempat Belas yang lalu berjalan
lancar tanpa masalah yang besar yang boleh menggugat ketenteraman awam. Sememangnya
kita amat bertuah dilahirkan di bumi Malaysia ini kerana rakyat kita walaupun berbilang kaum,
agama, budaya dan latar belakang tetapi dapat hidup dengan penuh harmoni dan menghormati
antara satu sama yang lain.
Peralihan kuasa dari BN ke Pakatan Harapan berlaku dengan penuh sopan dan
bertamadun. Kita sebagai pemimpin patut berasa bangga dengan apa yang terjadi. Peralihan
kuasa sedamai ini jarang dinikmati di negara-negara lain di rantau ini. Perbalahan politik kadang-
kadang melibatkan tentera dan polis dan ada yang menumpahkan darah dan melibatkan nyawa
yang terkorban. Saya yakin dengan pengalaman indah ini, dapat disimpulkan bahawa kita telah
berjaya mendidik rakyat kita khususnya anak-anak muda menjiwai dan mempunyai sifat toleransi
serta matang dalam menguruskan emosi dan situasi dalam menangani isu semasa.
Tuan Yang di-Pertua, Yang di-Pertuan Agong di dalam titahnya menggesa kerajaan, pihak
swasta dan rakyat untuk bekerjasama terutamanya dalam memperbaiki ekonomi rakyat yang
masih terpinggir. Menurut laporan World Bank, Malaysia Economic Monitor 2017, dengan izin,
kajian terhadap perbelanjaan isi rumah menunjukkan kesenjangan yang jelas di mana isi rumah
yang paling kurang berkemampuan membelanjakan hampir 40 peratus pendapatan untuk
makanan berbanding 25 peratus bagi golongan yang berpendapatan tinggi. Kadar inflasi yang
meninggi juga tidak membantu dari segi pengurangan kos sara hidup. Malah langkah kerajaan
untuk mengurangkan kadar GST sehingga sifar peratus turut tidak memberi kesan yang
secukupnya dari sudut menurunkan harga barangan.
Dalam hal ini, saya menyarankan pihak kerajaan untuk memantau dan mengenal pasti
kaedah terbaik untuk memastikan harga barangan tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.
Cadangan pihak kerajaan menerusi Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna untuk mengkaji semula sistem AP untuk barangan diharapkan dapat
dilaksanakan untuk membantu mengurangkan harga barangan.
DN 30.8.2018 67
Saya harap pihak kerajaan boleh memberi lebih fokus untuk menetapkan struktur polisi
berbentuk jangka masa panjang berkenaan pendidikan, jaringan keselamatan sosial, kesihatan,
penjagaan kanak-kanak dan sebagainya, agar mereka yang berpendapatan rendah dan
terpinggir boleh melalui mobiliti sosial yang lebih positif. Pada masa yang sama, golongan miskin
bandar ini mestilah diberi peluang untuk menambah baik kebolehan, menggilap potensi dan bakat
seperti kemahiran teknikal dan latihan vokasional (TVET) dan perniagaan agar mereka
berpeluang mendapat manfaat ekonomi yang lebih baik dan juga membimbing mereka keluar
daripada golongan miskin.
Tuan Yang di-Pertua, Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ada menyebut
soal mewujudkan perpaduan yang tulen dan murni. Malahan, Tuanku ada menyentuh soal
mencari titik persamaan dengan bekerjasama untuk kesejahteraan rakyat. Kita tidak mahu soal
berkaitan perkauman yang kita dengar terutama di media sosial sering kali disensasikan dengan
hasutan untuk memecahbelahkan kaum. Kita perlu menilai sendiri erti semangat muhibah dan
keharmonian yang telah kita capai kerana kita hidup dalam masyarakat majmuk.
Masyarakat majmuk seperti di Sabah terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai
kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun kami terdiri daripada
pelbagai kaum dan hidup berganding bahu di bawah sistem Rukun Negara Malaysia yang sama,
namun sebenarnya gaya kehidupan kami masing-masing adalah berbeza dari segi adat, agama
dan budaya. Namun, ini langsung tidak menghalang perpaduan yang jitu dalam masyarakat di
Sabah.
Hakikatnya di Malaysia, kita masih berada di peringkat kesepaduan iaitu masih mencari
nilai perpaduan yang sering dicabar dengan kontradiksi dan untuk mencapai penyatupaduan
pula, usaha yang lebih giat diperlukan dengan kerjasama semua rakyat iaitu suara akar umbi
untuk merealisasikannya. Kita juga sering bercakap tentang perpaduan yang lebih berbentuk
moment of unity, dengan izin. Ini kerana perpaduan sebenarnya sukar dicapai sehingga kini. Jadi
saya mengharapkan agar kerajaan Pakatan Harapan sekarang dapat mempertingkatkan
penyatuan nasional dalam konteks Malaysia baharu.
Tuan Yang di-Pertua, isu bahasa sering menjadi pertikaian di negara kita. Saya ingin
mengajak Dewan yang mulia ini untuk melihat kepelbagaian bahasa dan budaya sebagai
kekuatan masyarakat kita. Impian saya ialah untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang
hebat di kalangan negara-negara Asia Tenggara mahupun di dunia. Hal ini kerana rakyat kita
mampu bertutur dalam pelbagai bahasa.
DN 30.8.2018 68
Malaysia berpotensi untuk menjadi hab penterjemahan budaya dan tamadun dunia.
Betapa besarnya peluang bagi generasi anak Malaysia yang akan datang jika kita mampu
mengetepikan pemikiran sempit tentang bahasa dan menggalakkan masyarakat pelbagai kaum
di Malaysia menguasai seberapa banyak bahasa yang mungkin.
Saya berharap kita boleh membina semula negara kita dengan kekuatan yang kita ada
melalui kepelbagaian bahasa. Janganlah kita berpecah kerana kekuatan masing-masing. Biarlah
kita mempromosikan tulisan sastera dalam Bahasa Melayu tetapi pada masa yang sama jangan
lupa bahawa ada ramai anak Malaysia yang mempengaruhi dunia dengan tulisan dalam bahasa
lain.
Oleh itu, saya ingin mengalu-alukan pandangan Yang Berhormat Menteri Pendidikan
untuk menggalakkan generasi muda menguasai lebih banyak bahasa kerana setiap bahasa
adalah satu tingkap kepada ilmu. Lebih banyak tingkap yang dibuka seseorang itu, maka lebih
banyak pencapaian dia kepada ilmu.
Apa yang penting sekali, rakyat Malaysia sebenarnya merupakan penterjemah semula
jadi. Majoriti kita hidup dalam komuniti berbilang kaum. Tanpa menjalani kursus ataupun latihan
penterjemahan sekalipun, ramai di antara kita sudah mampu untuk menterjemahkan di antara
beberapa bahasa. Biarkan kerajaan baharu menghargai dan mengangkat tinggi kekuatan
masyarakat kita ini.
■1510
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada isu
yang memberikan kesan yang sungguh besar kepada rakyat di Sabah iaitu isu Perjanjian
Malaysia 1963, ataupun dikenali sebagai MA63. Kekurangan terdahulu yang menjamin
pelaksanaan MA63 ini telah menyebabkan Sabah agak ketinggalan berbanding dengan negeri-
negeri lain di Malaysia.
Pakatan Harapan telah pun memberikan jaminan menerusi teras keempat dalam Buku
Harapan iaitu mengambilkan status Sabah and Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.
Ini merupakan sebuah janji yang amat dekat dengan rakyat Sabah dan juga hasrat Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan semua rakyat
mendapat manfaat pembangunan termasuk rakyat Sabah.
Justeru itu, saya memohon agar kerajaan dapat segera mengotakan janji untuk
meningkatkan ekonomi negeri Sabah supaya rakyat dapat hidup dengan lebih sejahtera. Saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang
DN 30.8.2018 69 mengumumkan pemberian royalti minyak 20 peratus. Namun saya ingin memohon penjelasan
tentang cara-cara kerajaan menentukan jumlah royalti tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita berpandukan kiraan royalti berasaskan gross profit,
jumlah royalti tersebut kemungkinan berkurangan daripada jumlah lima peratus royalti yang sedia
ada. Pada hari ini saya dimaklumkan bahawa production cost, kos pengeluaran adalah sebanyak
70 peratus dan saya mohon penjelasan sekiranya jumlah ini dapat dikurangkan terutamanya kos
operasi sekali gus dapat mengoptimumkan efficiency operasi syarikat tersebut.
Kerajaan juga perlu menjelaskan bilakah keputusan berkenaan jumlah sebenar royalti ini
akan dimuktamaddan dilaksanakan. Melalui Perjanjian 1963 juga, hasil cukai yang dikutip oleh
Kerajaan Persekutuan di Sabah perlu diagihkan semula sebanyak 2/5 ataupun 40 peratus kepada
Kerajaan Negeri Sabah. Saya mohon penjelasan daripada kerajaan, bilakah ia akan dilaksanakan
dan adakah kutipan-kutipan cukai yang terdahulu akan diberikan juga.
Akhir sekali dalam bab ini saya ingin menyentuh mengenai keperluan menambah lebih
banyak lagi fakta-fakta sejarah dalam teks sekolah rendah dan menengah agar sejarah Sabah
dapat dijiwai. Saya yakin kefahaman golongan muda dan pelajar mengenai fakta Sabah masih
kurang.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan negeri Sabah menjangkakan peningkatan kedatangan
pelancong sehingga sebelas juta orang menjelang tahun 2022. Sehubungan dengan itu, saya
mohon Kementerian Pelancongan menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi
mempromosikan Sabah sebagai salah satu destination pelancong utama di Malaysia dan
berapakah peruntukan yang akan diberikan bagi tujuan tersebut. Pada masa yang sama apakah
kluster ecopelancongan di Sabah yang dikenal pasti oleh kementerian untuk dibangunkan dan
dipromosikan.
Saya juga mohon kementerian menyatakan jumlah statistik kedatangan pelancong asing
ke Sabah khususnya dari China, Taiwan, dan Korea Selatan bagi tempoh lima tahun terakhir dan
faktor-faktor kedatangan mereka ke sini. Sehubungan dengan itu juga, saya mohon penjelasan
kementerian, apakah destinasi tumpuan di Sabah yang dikunjungi pelancong-pelancong dari
negara yang saya sebutkan tadi. Apakah galakkan bantuan dan inisiatif yang diberikan kepada
pengusaha pusat pelancongan tersebut bagi membangunkan facilities pelancongan yang lebih
menarik dan bertaraf dunia.
Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai Kota Kinabalu International Airport (KKIA).
Saya berpendapat bahawa langkah menggabungkan semua operasi di lapangan terbang dan
penerbangan di bawah satu bumbung iaitu di Terminal 1, KKIA telah memberi manfaat besar
DN 30.8.2018 70 kepada industri pelancongan di Sabah. Ini dibuktikan apabila pergerakan trafik penumpang
antarabangsa meningkat daripada 1.6 juta pada 2014 dan 2015 kepada 2.1 juta pada 2016 iaitu
kenaikan 27 peratus. Selain kemudahan yang lebih baik Terminal 1 ini juga memiliki kelebihan
dari segi ke saling hubungan lebih luas dan menawarkan peluang pertumbuhan lebih tinggi untuk
syarikat penerbangan.
Walau bagaimanapun, saya dimaklumkan bahawa syarikat penerbangan AirAsia ingin
memindahkan semula operasinya ke Terminal 2 dengan alasan atau sebabnya, pihaknya yakin
dapat menarik sehingga lima juta penumpang setahun apabila beroperasi di Terminal 2, selain
menarik minat lebih banyak penerbangan tambang murah dari luar untuk datang ke Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon cadangan ini dikaji dan diteliti sebaik-baiknya.
Pertama, saya melihat bahawa Terminal 1 belum lagi diguna pakai sepenuhnya. Kedua, tanah di
kawasan Terminal 2 ini agak terhad untuk diperbesarkan lagi, selain daripada trafik yang sesak
dan parking yang tidak mencukupi. Sebarang perkembangan dan pengubah suaian di kawasan
Terminal 2 adalah sukar. Oleh yang demikian, cadangan saya adalah kementerian sepatutnya
memperbesarkan lagi Terminal 1 jika perlu bagi menampung jangkaan penempahan pelancong
asing ke Sabah.
Saya juga ingin menyentuh semula berkenaan isu AirAsia, khususnya perkhidmatan
aerobridge AirAsia yang agak mengelirukan. Pertamanya saya ingin bertanya, mengapakah
AirAsia masih lagi tidak menggunakan sepenuhnya perkhidmatan aerobridge di lapangan terbang
yang mempunyai kemudahan ini.
Kedua, adakah service charge bagi perkhidmatan ini telah dimasukkan di dalam
pembelian tiket AirAsia dan berapakah charge yang dikenakan bagi setiap penumpang dan jika
charge ini telah dikenakan kepada penumpang mengapa perkhidmatan aerobridge tidak
disediakan untuk penumpang. Tanpa perkhidmatan ini golongan yang tidak berkemampuan
seperti OKU, ibu mengandung dan warga emas akan mengalami kesusahan.
Tuan Yang di-Pertua, aspek kesihatan menentukan kesejahteraan rakyat. Saya
menghargai usaha Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan jumlah perokok serta
menggalakkan perokok untuk berhenti merokok. Maka dengan memperbanyakkan zon larangan
merokok merupakan salah satu langkah yang diharap dapat membudayakan amalan tidak
merokok. Persoalannya, mampukah perokok mematuhi peraturan ini?
Pada masa yang sama sejauh mana pula penguat kuasa bersedia untuk mengambil
tindakan terhadap mana-mama individu yang melanggar peraturan ini? Kerajaan khususnya
DN 30.8.2018 71 Kementerian Kesihatan boleh memperluaskan kawasan larangan merokok di segenap penjuru
muka bumi Malaysia ini tetapi isunya sejauh mana larangan ini mampu dipatuhi.
Berkaitan penguatkuasaan, tidak pasti berapa ramai yang telah didenda kerana merokok
di tempat awam. Tanda larangan merokok selalu tidak dipedulikan. Kenapa begitu? Semuanya
bergantung kepada sikap. Selagi perokok tidak sedar bahawa merokok itu memberi kesan
terhadap kesihatan sendiri dan orang lain, maka selagi itu mereka tidak peduli hak orang lain. Ini
bukan bermaksud menghalang perokok tetapi apa yang penting ialah bagi melindungi golongan
majoriti yang bukan perokok ataupun second hand smokeer, dengan izin. Hormatilah hak
menghirup udara segar terutama bagi kanak-kanak, wanita mengandung dan golongan yang
mempunyai masalah pernafasan.
Tuan Yang di-Pertua, boleh kita katakan bahawa negara masih gagal memerangi isu
dadah dengan baik. Statistik menggambarkan keadaan sedih dan merisaukan dari maklumat
dadah tahun 2017 yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Jumlah
penagih baru dikesan berjumlah seramai 25,922 orang dan sangat membimbangkan
sehinggakan lapan peratus daripada jumlah tersebut adalah golongan belia yang berumur 13
tahun sehingga 40.
■1520
Sehingga tahun 2017 dicatatkan jumlah terkumpul penagihan dadah daripada tahun 1988
sebanyak 470,308 orang penagih di seluruh negara. Banyak kerugian di alami oleh negara dari
segi kewangan dan juga produktiviti. Adalah wajar di bawah kerajaan baru ini kita perlu
mengekalkan dadah sebagai musuh nombor satu negara selain daripada rasuah.
Maka, saya merasakan adalah wajar kerajaan melakukan rombakan dari segi
penguatkuasaan undang-undang sehinggalah kepada aspek pemulihan. Merebaknya masalah
dadah ini sangat membimbangkan. Jika di kawasan luar bandar anak-anak muda sudah mula
menghisap dadah. Keasyikan kita membina sebuah negara yang cantik, membangunkan jalan
yang berturap, pengedar-pengedar dadah mengambil kesempatan untuk masuk ke kampung-
kampung dengan menjual dadah kepada belia-belia kita.
Penagihan dadah ini bukan terhad kepada golongan tertentu. Malah wujud satu kelompok
penagihan yang saya gelar sebagai carrier addict atau pengguna dadah di kalangan golongan
profesional dan juga pelajar yang sudah lama wujud di sektor awam, swasta dan juga universiti.
Maka saya mohon agar pemeriksaan air kencing ataupun saringan dadah di kalangan pelajar
universiti, penjawat awam dan swasta harus kerap dilakukan dan memberi inisiatif kepada
syarikat dan universiti yang melakukan saringan air kencing ini secara sukarela...
DN 30.8.2018 72 Puan Bathmavathi Krishnan: Minta pencelahan sedikit Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Siapa?
Puan Bathmavathi Krishnan: Puan Bathmavathi, pencelahan sini.
Tuan Yang di-Pertua: Oh! Okey. Silakan Yang Berhormat.
Puan Bathmavathi Krishnan: Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat. Adakah
Yang Berhormat merenung apa yang dilakukan kepada dadah yang dirampas, hampir setiap hari
tengok di televisyen, berkilo-kilogram jumlah dadah yang dirampas akibat serbuan oleh pihak
berkuasa ya. Jadi, dadah ini disimpan sehingga ia di bawa ke mahkamah sebagai bukti. Akan
tetapi selepas kes di mahkamah selesai, apa terjadi kepada dadah ini? Adakah ia di musnahkan
ataupun ia secara tidak langsung balik kepada pusingan edaran dalam negeri? Mengikut network
atau jaringan-jaringan yang selalu kita dengar dari pihak polis juga.
Dia orang peka, dia orang tahu apabila dadah di rampas, ia adalah untuk digunakan dalam
jaringan untuk diedarkan kepada sekian-sekian tempat. Jadi, kita hendak tahu, rakyat hendak
tahu apa terjadi pada dadah ini.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.
Puan Bathmavathi Krishnan: Kalau dilupuskan, mesti dilupuskan secara umum dan
dengan pengetahuan rakyat. Ini suatu perkara yang kita harus beri perhatian. Terima kasih.
Adakah Yang Berhormat setuju ini?
Tuan Yang di-Pertua: Adakah Yang Berhormat setuju yang polis jual balik?... [Dewan
ketawa] Yang Berhormat? Yang Berhormat Bathmavathi. Apa yang minta dia setuju?
Puan Bathmavathi Krishnan: Apa terjadi? Saya tidak cakap ia dijual balik tetapi apa
terjadi kepada dadah yang dirampas lepas kes selesai? What happens to the confiscated drugs?
Tuan Yang di-Pertua: Sekarang Yang Berhormat boleh jawab sebagai Menteri? [Ketawa]
Datuk Ir. Yong Wui Chung: Terima kasih.
Puan Bathmavathi Krishnan: Adakah Yang Berhormat setuju?
Tuan Yang di-Pertua: Ha! Yang Berhormat setuju kah?
Puan Bathmavathi Krishnan: Sorry! Bukan setuju. Adakah beri perhatian? Have you
thought about what happen to the drug? Adakah Yang Berhormat yang membawa isu problem
drug ini given thought to that expect of it? Dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua: Okey, silakan.
Datuk Ir. Yong Wui Chung: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Saya harap
kementerian tersebut, yang berkenaan boleh...
DN 30.8.2018 73
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekejap! Duduk Yang Berhormat. Yang
Berhormat, bila kita bincang berkenaan dengan isu-isu yang sensitif di mana jabatan kerajaan
seperti polis, mahkamah dan sebagainya, Yang Berhormat ini kena be sensitive a bit kerana
jabatan-jabatan ini memang penting. Kalau Yang Berhormat ini silap tafsir boleh jadi masalah,
anggapan yang salah. Silakan Yang Berhormat.
Datuk Ir. Yong Wui Chung: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan dengan
penutup saya. Dengan pelbagai isu-isu yang melanda negara yang kurang diberi perhatian
sebelum ini sudah tentu urusan pentadbiran kerajaan baru ini adalah cabaran yang tidak boleh
dipandang ringan. Kegagalan kita bersemuka dengan cabaran-cabaran yang bakal tiba akan
mempunyai kesan yang besar bukan sahaja terhadap kepercayaan rakyat kepada kerajaan
malah kepada kesejahteraan negara.
Kita perlu bertindak selaras dengan apa yang kita janjikan dalam kesemua isu, dengan
izin, we must walk the talk. Kita mestilah memastikan Malaysia dengan kerajaan baru ini lebih
baik kerana itulah yang rakyat Malaysia mahukan. Saya yakin Pakatan Harapan akan kekal
inklusif dengan meraikan perbezaan pendapat, memberikan ruang untuk perbincangan dan
menyuarakan pandangan yang berbeza. Saya percaya jika asas pentadbiran negara dan
semangat perpaduan kita dikekalkan, kita akan mempunyai masa depan yang cerah. Sekian
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat
Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid.
3.26 ptg.
Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Alhamdulillah Wa
Syukurillah. Tuan Yang di-Pertua, sila duduk, jangan lari. Ha! Itu bukan saya titah pada Tuan
Yang di-Pertua. Itu merupakan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 17 yang
lalu yang kita ingat dan saya percaya ramai rakyat ingat.
Kita lihat bagaimana terujanya Tuanku apabila melihat pertukaran tempat duduk kerajaan
yang lama dan digantikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Akan tetapi pada hari ini Tuan Yang
di-Pertua, saya ingin membawa suara veteran Angkatan Tentera Malaysia yang terdiri 296,030
orang termasuk saya dan daripada 296,030 itu 121,000 berpencen dan 174,733 orang tidak
berpencen.
DN 30.8.2018 74
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya veteran ini dilindungi oleh Akta Veteran iaitu Akta 740.
Maka sebab itu hari ini saya membawa suara veteran untuk menuntut ataupun memohon pihak
kerajaan memenuhi permohonan-permohonan mereka yang telah mereka sebulat suara, yang
terdiri daripada 137 induk persatuan veteran dan 313 cawangan-cawangan persatuan veteran.
Mereka telah sebulat suara untuk menuntut beberapa perkara kepada Kerajaan Pakatan
Harapan. Antaranya Tuan Yang di-Pertua, merapatkan jurang perbezaan pencen antara veteran
bersara sebelum tahun 2004 dengan yang bersara selepas tahun 2004. Ini selari dengan
manifesto Pakatan Harapan yang telah ditulis pada janji nombor 20 iaitu untuk menjaga kebajikan
pesara tentera dan polis. Kadar pencen yang sedia ada akan dikaji semula dan diselaraskan kos
sara hidup semasa. Ini memang boleh dilakukan Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana khususnya
angkatan tentera, mereka dilindungi dan diurus oleh Majlis Angkatan Tentera yang tertera dalam
Perkara 137 Perlembagaan negara.
Oleh yang demikian, saya berpendapat tuntutan veteran ini boleh dipertimbangkan dan
alasan mereka, didapati jurang perbezaan pencen yang diterima oleh veteran berpencen
sebelum tahun 2004 dengan veteran berpencen selepas 2004 dan ke atas dalam pangkat yang
sama adalah terlalu lebar dan jurang tersebut perlu dikecilkan atau dirapatkan. Kebanyakan
veteran berpencen sebelum tahun 2004 lebih banyak berjasa dan berkorban dalam menjaga
serta mengekalkan kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara dari ancaman pengganas
komunis dalam era darurat pertama 1948 hingga 1960 dan era darurat kedua pada 1967 hingga
1989.
■1530
Cadangan veteran supaya kerajaan menimbangkan pemberian kenaikan pencen one off
kepada veteran berpencen sebelum tahun 2004 mengikut jangka masa lama berpencen iaitu
telah lama pencen mendapat lebih peratus.
Kedua, kadar kenaikan pencen tahunan sedia ada diberi secara berbeza antara veteran
di mana yang lama berpencen diberikan kenaikan yang lebih tinggi peratusnya yakni sekarang
semua veteran diberi kenaikan sama rata iaitu dua peratus sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Kedua, memanjangkan tempoh pemberian pencen terbitan...
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Mohon mencelah Yang Berhormat. Boleh
mencelah Tuan Yang di-Pertua?
Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Silakan.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan.
DN 30.8.2018 75
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Yang Berhormat, baru-baru ini kita di- saya
tidak tahu sama ada fake news atau true news, dengan izin. Akan tetapi baru-baru ini kita terbaca
bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri memberi komen yang membuatkan kita
bercelaru sedikit berhubung dengan pencen ini Yang Berhormat.
Kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pencen ini takkan diberikan lagi dan
melebih kepada KWSP. Apakah Yang Berhormat bersetuju dengan kenyataan Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri sebab saya tengok berbeza sedikit. Yang Berhormat minta supaya
pencen itu dinaikkan. Sebaliknya pentadbiran sekarang ini lain pula ceritanya Yang Berhormat.
Sila- saya minta komen Tuan Yang di-Pertua.
Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua,
saya bukan Perdana Menteri. Saya tidak boleh bagi ulasan. Oleh kerana pihak veteran lebih
memohon berkehendakkan pencen supaya perbezaan itu dapat dirapatkan. Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua.
Kedua, memanjangkan tempoh pemberian pencen terbitan yang diberikan kepada isteri
yang dikahwini oleh veteran dalam masa persaraan. Justifikasi mereka didapati peraturan sedia
ada memberi pencen terbitan selama 20 tahun kepada isteri veteran yang dikahwini semasa
dalam persaraan akibat daripada kematian isteri dan penceraian yang sah. Perkiraan tempoh
bermula dari tarikh veteran pencen. Peraturan ini amat menyulitkan dan membebankan balu
veteran untuk menyara hidup dan menjaga anak-anak setelah kematian veteran.
Tuan Yang di-Pertua, veteran mencadangkan jangka masa pencen terbitan dipanjangkan
dari 20 tahun ke 45 tahun kerana kebanyakan veteran berhenti dalam lingkungan umur 43 tahun.
Bermakna kelayakan menurunkan pencen terbitan kepada isteri yang dikahwini semasa dalam
persaraan akan luput apabila veteran mencapai umur lebih kurang 88 tahun bukan apabila
veteran mencapai umur 63 tahun.
Tuan Yang di-Pertua, permohonan veteran yang ketiga ialah pemberian imbuhan tetap
kepada veteran tidak berpencen. Didapati sebilangan besar veteran tidak berpencen, hidup
dalam keadaan tidak selesa dan daif yang memerlukan bantuan kewangan secara berterusan.
Mereka dalam golongan ini memerlukan pembelaan bagi membolehkan mereka
menghabiskan sisa-sisa kehidupan dalam keadaan agak selesa. Perkhidmatan dan pengorbanan
mereka selama 10 tahun, 15 tahun atau 18 tahun sepatutnya mendapat pengiktirafan dan
penghargaan yang setimpal dari kerajaan. Veteran mencadangkan supaya pemberian
sumbangan one off setiap tahun sebanyak RM2,000 kepada veteran tidak berpencen berumur
kurang dari 65 tahun.
DN 30.8.2018 76
Kedua, pemberian elaun sara hidup bulanan sebanyak RM500 sebulan kepada veteran
tidak berpencen yang berumur 65 tahun dan ke atas dan mereka ini akan hilang kelayakan
menerima sumbangan one off tahunan.
Tuan Yang di-Pertua, yang keempat veteran mencadangkan perkhidmatan anggota
rendah yakni lain-lain pangkat tentera dijadikan satu perkhidmatan yang berpencen di mana
opsyen berhenti secara sukarela 10, 15 dan 18 tahun, dihapuskan. Setiap anggota tentera
peringkat rendah dimestikan berkhidmat selama 25 tahun untuk membolehkan mereka mendapat
pencen.
Tuan Yang di-Pertua, saranan yang kelima yakni pembelaan terhadap bekas tentera yang
berhenti atas sebab disiplin. Mereka melaporkan bahawa didapati bekas tentera yang
diberhentikan atas sebab disiplin tidak mendapat pembelaan langsung dari kerajaan dan
kebanyakan mereka hidup dalam keadaan daif. Bekas tentera tersebut tidak sepatutnya dihukum
seumur hidup dan isteri serta anak-anak diheret sama menerima hukuman. Oleh yang demikian,
mereka mencadangkan pemberian kemudahan perubatan percuma kepada isteri dan anak-anak
bekas tentera diberhentikan kerana disiplin termasuk pemberian bantuan pendidikan kepada
anak-anak mereka. Kemudahan-kemudahan tersebut hanya berkuasa selepas lima tahun dari
tarikh bekas tentera diberhentikan.
Walau bagaimanapun, mereka yang diberhentikan atas sebab penderhakaan atau
treason terhadap negara adalah tidak layak menerima kemudahan ini. Mereka juga
mencadangkan diadakan sebuah jawatankuasa semakan semula yakni review committee untuk
menyemak semula kes-kes tertentu kerana terdapat kejadian di mana mereka yang didapati
bersalah tidak melakukan kesalahan yang dituduh atau mereka didapati dianiaya oleh orang-
orang tertentu ataupun mereka tidak diberi peluang dan ruang yang mencukupi untuk membela
diri.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, cadangan yang keenam yakni penambahbaikan
kemudahan rawatan perubatan di Hospital Angkatan Tentera ataupun Hospital Pakar Angkatan
Tentera Malaysia. Veteran mencadangkan kemudahan rawatan perubatan yang diberikan
kepada veteran melalui Hospital Pakar ATM terutama Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan
kurang memuaskan dan sistem pemberian ubat di bawah tanggungan Jabatan Hal Ehwal Veteran
juga tidak memuaskan yang mana kedua-duanya perlu penambahbaikan segera.
Mereka mencadangkan supaya proses mendapatkan rawatan dan ubat perlu
dipertingkatkan di mana masa menunggu untuk mendapat rawatan dan pemberian ubat perlu
dipendekkan kerana kebanyakan veteran adalah dalam golongan warga emas dan mereka
DN 30.8.2018 77 datang dari kawasan yang jauh dari hospital. Veteran tidak perlu mengeluarkan wang sendiri
untuk membeli dahulu ubat yang tiada kedapatan di farmasi veteran di Hospital Pakar Angkatan
Tentera Malaysia. Sekiranya ubat yang diperlukan tidak kedapatan pada hari menerima rawatan
maka ubat tersebut hendaklah dihantar segera ke rumah veteran dalam masa tidak melebihi tiga
hari. Veteran juga mencadangkan kakitangan hospital perlu berhemah dan berbudi oleh kerana
veteran-veteran merupakan warga emas.
Cadangan yang ketujuh yakni menaikkan kadar pencen hilang upaya veteran yang
tercedera semasa operasi dan latihan medan semasa era darurat. Didapati kadar pencen hilang
upaya yang diberikan kepada veteran yang tercedera pada pertempuran dan semasa latihan
medan adalah terlalu rendah.
Didapati kebanyakan dari mereka tercedera semasa pertempuran dengan pengganas
komunis dan jasa serta pengorbanan mereka perlu dihargai. Untuk itu mereka mencadangkan
kadar pencen hilang upaya dinaikkan kepada minimum RM750 untuk membolehkan veteran
menghabiskan sisa-sisa kehidupan dalam keadaan agak selesa, dalam keadaan ekonomi negara
ataupun dunia yang sentiasa tidak menentu dan barang-barang keperluan harian melambung
tinggi.
Permohonan kelapan, penyelesaian masalah di kalangan veteran yang masih tidak
memiliki rumah sendiri. Tuan Yang di-Pertua, veteran mendapati masih terdapat di kalangan
veteran yang tidak memiliki rumah sendiri yakni rumah pertama di mana mereka terpaksa
menyewa sebagai tempat berteduh dalam menghabiskan sisa-sisa kehidupan. Peraturan
pemberian rumah di bawah inisiatif N-BOS 7 sangat ketat yang membuatkan banyak veteran
tidak layak dan jumlah pembinaan di bawah inisiatif tersebut juga tidak dapat menampung
keperluan sebenar. Oleh yang demikian veteran mencadangkan supaya dikaji semula syarat
peraturan dan kelayakan mendapat rumah di bawah inisiatif tersebut.
Kedua, kerajaan perlu menambah peruntukan kewangan tahunan, pembinaan rumah di
bawah inisiatif N-BOS 7 dan membenarkan pihak syarikat swasta turut serta terlibat dalam
pembinaan rumah tersebut bagi memenuhi permintaan kerana kemampuan pasukan Rejimen
Askar Jurutera membina rumah didapati sangat terhad.
Kesembilan, kemudahan bantuan kepada anak-anak veteran yang memasuki pusat
pengajian tinggi. Didapati hanya anak-anak veteran yang memasuki institut pengajian tinggi
awam sahaja yang diberi bantuan masuk oleh JEF. Manakala yang memasuki institut pengajian
tinggi swasta tidak diberi bantuan.
DN 30.8.2018 78 ■1540
Oleh yang demikian veteran mencadangkan supaya kemudahan pemberian bantuan
pendidikan kepada anak-anak veteran memasuki IPTA dipanjangkan kepada anak-anak veteran
yang memasuki IPTS.
Kesembilan, kemasukan nama isteri yang dikahwini veteran dalam masa persaraan di
dalam kad veteran. Didapati nama isteri yang dikahwini veteran semasa dalam persaraan akibat
daripada kematian isteri ataupun penceraian yang sah tidak dibenarkan dimasukkan ke dalam
kad veteran oleh JHEV. Oleh yang demikian, veteran memohon supaya nama isteri yang
dikahwini veteran dalam masa persaraan akibat daripada kematian ataupun penceraian boleh
dilakukan.
Seterusnya yang kesepuluh Tuan Yang di-Pertua, pengiktirafan sijil dan diploma keluaran
PERHEBAT. Didapati sijil dan diploma keluaran Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
(PERHEBAT) kurang mendapat pengiktirafan sepenuhnya dari agensi kerajaan dan syarikat
swasta. Perkara ini telah menyulitkan veteran lulusan dari kursus peralihan di PERHEBAT untuk
bersaing dengan orang awam dalam mencari pekerjaan di pasaran pekerjaan terbuka. Mereka
mencadangkan supaya PERHEBAT perlu dinaikkan ke taraf kolej atau universiti dengan segera
supaya sijil dan diploma keluaran PERHEBAT mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengemukakan soalan kepada Kementerian
Pertahanan berhubung permohonan peruntukan kewangan yang dipohon oleh Persatuan Bekas
TLDM Negeri Perak. Oleh sebab ini bersesuaian dengan Manifesto Nombor 20 yang mengatakan
Kerajaan Pakatan Harapan juga akan membiayai Persatuan Bekas Pegawai Polis dan Persatuan
Bekas Tentera- peruntukan awal akan diberikan sekurang-kurangnya sebanyak RM500,000
setahun untuk setiap persatuan. Oleh yang demikian, saya harap pihak kementerian dapat
meluluskan permohonan persatuan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Akta Tabung Angkatan Tentera iaitu Akta 101. Ia
berhubung dengan pembayaran caruman kepada warga tentera yang berhenti sama ada
berpencen atau tidak berpencen. Pada masa ini ada perbezaan. Oleh sebab caruman yang
dibuat oleh warga tentera dibayar kepada orang yang tidak berpencen sebanyak 25 peratus
penuh tetapi kepada warga tentera yang berhenti ataupun berpencen yang berhenti pencen
dibayar sekadar 10 peratus sahaja.
Oleh yang demikian, warga tentera dan warga veteran memohon supaya kementerian
melihat semula akta tersebut dan dipinda agar semua warga tentera yang berhenti sama ada
DN 30.8.2018 79 berpencen atau tidak berpencen mendapat caruman yang di carum kan sebanyak 25 peratus
dibayar penuh.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya memohon kepada Kementerian Dalam Negeri
berhubung repot polis Sitiawan, 3282009. Ini merupakan satu repot yang telah lama dibuat tetapi
belum mendapat jawapan penyelesaian yang mutakhir. Oleh yang demikian, saya mohon agar
kementerian dapat memberikan jawapan sepenuhnya supaya pengadu ataupun mangsa tidak
terus teraniaya sekiranya tidak mendapat laporan mutakhir daripada pihak Kementerian Dalam
Negeri.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon kepada kementerian yang berkenaan
supaya memberitahu status rumah generasi kedua FELCRA Gugusan Lekir. Oleh sebab ia telah
lama terbengkalai dan telah berkali-kali dijanjikan untuk menyiapkannya dalam masa dua tahun,
tiga tahun tetapi sehingga ke hari ini rumah generasi kedua Gugusan Lekir masih lagi tidak dapat
disiapkan.
Oleh yang demikian, saya mohon pihak kementerian dapat memberi maklumat yang
mutakhir mengenai rumah generasi kedua FELCRA agar ia dapat dimanfaatkan dan membantu
warga FELCRA yang sentiasa berada di dalam keadaan bimbang dan susah. Untuk itu, saya
akhiri dengan Menjunjung Kasih Titah Duli Tuanku, dan sekian. Wabillahi taufiq walhidayah
wassalamualaikum. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.
Silakan Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili.
3.44 ptg.
Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang
kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Titah Diraja pada kali ini. Terlebih
dahulu, saya mengucapkan terima kasih seperti saya katakan tadi kepada Tuan Yang di-Pertua
kerana memberi keizinan kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Usul
Menjunjung Kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong semasa perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-14 pada 17 Julai
yang lalu.
Sesungguhnya Parlimen ke-14 ini mencipta sejarah baru untuk negara kita kerana inilah
kali pertama sebuah parti yang dahulunya dikenali sebagai parti Perikatan kemudian parti Barisan
Nasional yang telah memerintah negara ini lebih 60 tahun telah kehilangan mandat dari rakyat
dalam Pilihanraya Umum Keempat Belas yang lepas. Maka sebuah kerajaan baharu yang
DN 30.8.2018 80 dinamakan Kerajaan Pakatan Harapan. Kerajaan Pakatan Harapan telah ditubuhkan di negara
kita setelah memenangi pilihan raya tersebut.
Kita bersyukur peralihan pucuk kuasa ini berlaku dengan aman berlandaskan prinsip-
prinsip Demokrasi Berparlimen dan kedaulatan undang-undang. Kita menjunjung Titah Tuanku
iaitu rakyat telah membuat keputusan, justeru semua pihak hendaklah akur dan berlapang dada,
tidak emosional, tidak meracuni pemikiran bermodal fitnah dan sentimen melulu, sempit dan
tertutup, pemikiran yang banyak dibentuk oleh media yang sarat dengan berita-berita sensasi
dan spekulasi.
Kita juga menjunjung Titah Tuanku agar semua pihak hendaklah berusaha melakukan
penjernihan yang ikhlas dan bersungguh-sungguh bagi mewujudkan perpaduan yang tulen dan
murni mencari titik persamaan bukan perbezaan dengan bekerjasama untuk kesejahteraan
rakyat dan survival negara.
Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang saya hendak sentuh di dalam ucapan
perbahasan saya ini ialah berkenaan dengan kedudukan dan status negeri Sarawak dan juga
Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963. Oleh sebab Pakatan Harapan telah diberi mandat
oleh rakyat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dan dalam manifesto mereka ada menyebut
untuk mengembalikan autonomous right of Sabah and Sarawak seperti mana yang termaktub di
dalam Malaysia Agreement 1963.
Saya mengalu-alukan dan menyokong penubuhan sebuah jawatankuasa khas seperti ini
supaya dapat mengkaji dan meletakkan kedudukan yang seperti asalnya di dalam Malaysia
Agreement 1963. Kalaulah kedudukannya dipinda menerusi Perlembagaan, saya harap
kedudukan Sabah dan Sarawak diperbetulkan seperti mana yang terdapat dalam Perlembagaan
asal Persekutuan Malaysia.
Kita mahu hak Sabah dan Sarawak sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja yang
telah terhakis melalui undang-undang ataupun pindaan Perlembagaan, hendaklah dibetulkan
menerusi jawatankuasa khas yang ditubuhkan ini. Kita mahu tahu apakah prime works
pelaksanaan jawatankuasa ini, apakah terms of reference-nya dan berapa lama jawatankuasa ini
akan menjalankan tugasnya seperti mana yang akan dilantik ataupun telah dilantik oleh Kerajaan
Pakatan Harapan.
■1550
Oleh itu, saya ingin tahu sejauh manakah langkah telah diambil untuk melaksanakan
perkara ini. Apa yang penting bagi saya ialah wakil-wakil daripada Kerajaan Negeri Sarawak dan
DN 30.8.2018 81 juga Sabah mesti dilibatkan sama dalam jawatankuasa ini untuk mengkaji Malaysia Agreement
1963 (MA63).
Tuan Yang di-Pertua, hingga pagi tadi pun persoalan mengenai royalti minyak masih lagi
dibahaskan. Sama ada di Dewan Rakyat mahupun di Dewan kita yang mulia ini. Bagi saya,
biarlah kita jelas di dalam perkara ini supaya ianya tidak menjadi teka-teki sebagai political capital,
modal politik mana-mana pihak. Bagi saya biarlah perkara ini dibincangkan secara profesional
dengan tujuan tidak ada pihak, sama ada kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan dan
juga Petronas, mana semua pihak yang terlibat adalah dalam situasi win-win situation.
Satu keadaan yang bila kita berunding secara profesional, ianya adalah mencapai satu
situasi yang kita boleh- semua parti yang terlibat adalah menguntungkan mereka. Bagi negeri
Sarawak, saya tetap berpendirian bahawa sumber minyak dan gas di Sarawak adalah sumber
asli yang semuanya hak milik Kerajaan Negeri Sarawak kerana ianya terletak di bumi Sarawak.
Negeri Sarawak mempunyai hak milik yang mutlak iaitu regulatory control kepada sumber-
sumber ini.
Oleh kerana kita berasaskan undang-undang negeri iaitu Oil Mining Ordinance 1958 yang
telah diluluskan sebelum kita mencapai kemerdekaan. Memang Sarawak sudah ada ordinan ini,
Oil Mining Ordinance 1958 yang dikuatkuasakan lagi bermula pada 1 Julai tahun ini. Kita ada
juga Undang-undang Kanun Tanah dan juga Perlembagaan Sarawak dan Perlembagaan
Persekutuan untuk menyokong hak kita di dalam minyak dan gas ini.
Bagi saya, sebarang perundingan hendaklah dibuat secara profesional sama ada dengan
kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan, mahupun melibatkan Petronas sekalipun. Lebih-lebih
lagi kalau di Sarawak, kita ada menubuhkan sebuah syarikat petroleum kita yang kita namakan
Petros. Maka, perundingan secara profesional antara Petronas, Petros, Kerajaan Sarawak dan
juga Kerajaan Persekutuan adalah penting.
Saya katakan bahawa bila kita berbincang tentang royalti minyak, saya setuju dengan
penubuhan jawatankuasa khas supaya dikaji akta-akta Parlimen yang telah diluluskan seperti
Petroleum Development Act 1974 dan juga Petroleum Sea Act 2012 supaya dikaji undang-
undang ini, akta-akta ini sama ada ianya bercanggah dengan perlembagaan ataupun bercanggah
dengan agreement provision, Malaysia Agreement 1963 dan sebagainya.
Saya harap ianya dikaji dan letakkan akta-akta ini kepada satu kedudukan yang
sebetulnya bila mana ia melibatkan negeri Sarawak dan juga Sabah. Pada saya, sebarang
keputusan yang dibuat daripada perundingan ini, apa-apa keputusan yang dibuat tentang royalti
DN 30.8.2018 82 minyak, pada saya mesti ada satu clause yang mana sebarang keputusan mengenai kadar royalti
adalah subject to review. Mesti keputusan itu boleh di-review dalam tempoh yang tertentu.
Saya tidak pasti Petrol Development Act 1974 sama ada ianya meletakkan satu clause
yang menyatakan bahawa pembayaran royalti itu, ada boleh dikaji semula dalam tempoh tertentu.
Biarlah kita buatkan satu syarat bahawa ianya mesti subject to review upon a certain period of
time supaya kita mempunyai satu pendekatan untuk berunding sama ada royalti itu boleh kita
naik, kita tetapkan syarat tidak naik dan sebagainya. Oleh kerana itu penting untuk kita melihat
bahawa apa yang kita rundingkan itu, kita buat secara profesional.
Saya mendoakan agar Sarawak, Sabah dan negeri-negeri pengeluar minyak terus
dikurniakan Allah SWT rezeki yang berterusan dengan hasil sumber minyak dan gas. Insya-Allah
saya rasa dengan bertambahnya kepakaran kita, bertambahnya kemahiran kita, sumber manusia
kita, kita harap kita akan dapat menerokai lebih banyak lagi peluang-peluang untuk penemuan
minyak dan gas di dalam negara kita. Sekiranya kita memperoleh banyak penemuan baharu,
cara penerokaan yang menguntungkan, boleh mengurangkan kos, yang akan mendapatkan
keuntungan ialah Petronas, negara kita, negeri-negeri pengeluar minyak. Sudah tentu ini akan
mendatangkan lebih banyak kekayaan kepada negara kita dan memberi kesenangan kepada
rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak membincangkan sedikit, membahaskan tentang
beberapa projek yang saya fikir penting untuk negeri Sarawak. Sarawak adalah sebuah negeri
yang tidak mahu ketinggalan dari segi pembangunan di negara kita. Kita masih memerlukan
banyak bentuk pembangunan yang diperlukan sama ada di bandar mahupun di luar bandar.
Kalau di luar bandar, kita memerlukan sistem bekalan air bersih dan juga bekalan kuasa elektrik
24 jam, sekolah-sekolah dan lain-lain infrastruktur sosial.
Begitu juga dengan kita di bandar, di mana kita juga memerlukan kemudahan-kemudahan
lain seperti balai polis, balai bomba, hospital, sekolah-sekolah dan lain-lain social amenities dan
sebagainya. Jadi, setelah menubuhkan Kerajaan Persekutuan, saya ingin mendapatkan
pendirian daripada Kerajaan Pakatan Harapan ke atas beberapa projek yang ada hubung kaitnya
dengan negeri Sarawak. Pertamanya, saya ingin meminta Kementerian Pengangkutan
menyatakan bilakah kerajaan akan mengumumkan hasil kajian MAVCOM ke atas kawalan harga
tambang kapal terbang bagi laluan domestik untuk destinasi-destinasi dari Sarawak ke
Semenanjung Malaysia dan sebaliknya?
Kita harus tahu bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang unik yang mana dua
wilayahnya Sabah dan Sarawak dipisahkan dengan satu wilayah di Semenanjung Malaysia yang
DN 30.8.2018 83 jaraknya lebih kurang 1,000 kilometer. Satu negara yang unik yang mana terpisahnya oleh Laut
Cina Selatan.
Jadi, kita- pengangkutan di antara Sarawak, Sabah dengan Semenanjung Malaysia tidak
ada alternatif lain, kecuali kita naik kapal terbang. Jadi, keperluan untuk kita mempunyai satu
kawalan harga kapal terbang, tiket kapal terbang adalah begitu penting. Oleh kerana kosnya,
harga tambangannya begitu mahal dan ada kalanya pada satu kadar yang begitu tinggi sekali
hingga menyukarkan kepada kita hendak berulang alik dari Sarawak, Sabah dan juga
Semenanjung Malaysia ini.
Saya juga ingin meminta pendirian daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan untuk menyatakan apakah rancangan untuk membina sebuah akademi latihan bomba
dan penyelamat di Sarawak? Memandangkan sebidang tanah yang khusus untuk tujuan ini telah
disediakan di Kota Samarahan, Sarawak. Apakah kedudukan perkara ini? Oleh kerana ianya
telah lama berada di dalam Rolling Plan Malaysia, pembangunan Malaysia tetapi belum lagi
menjadi satu kenyataan. Juga apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk tahun 2018
hingga ke tahun 2020 untuk membina balai-balai bomba yang baharu di Sarawak?
Saya juga meminta Kementerian Dalam Negeri untuk menyatakan apakah status
pembinaan sebuah balai polis baharu di kawasan Matang, Kuching? Memandangkan projek ini
telah di tender dalam awal tahun ini.
■1600
Saya juga pagi tadi ada meminta Menteri Dalam Negeri untuk menyatakan sama ada
kerajaan ada rancangan untuk membina balai polis baharu di Sarawak untuk tempoh tahun 2018
hingga tahun 2020. Akan tetapi malangnya, soalan tersebut tadi tidak sampai untuk dijawab oleh
Yang Berhormat Menteri di Dewan yang mulia ini.
Balai-balai polis adalah penting...
Datuk Paul Igai: Minta pencelahan.
Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Ya.
Datuk Paul Igai: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan pembinaan jalan
Kanowit-Kapit di Sarawak jaraknya adalah 82.6 Kilometer, yang akan siap pada hujung tahun
2019, jarak sektor Kapit-Song adalah 43 Kilometer dan tidak ada pekan lain di antaranya dan
juga akan sangat gelap masa malam hari, adakah kementerian bercadang untuk menyediakan
habis-habis kurangnya pondok-pondok polis di tempat yang sesuai di kawasan jarak Pekan Kapit
dan Song untuk mengawal keselamatan? Setuju kah Yang Berhormat Senator Dr. masukkan
permintaan saya ini di dalam perbahasan?
DN 30.8.2018 84
Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Terima kasih, Yang Berhormat Senator Datuk Paul Igai. Ya, saya
sangat setuju agar permintaan tersebut dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sila duduk sebentar.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi dari pukul 4 hingga 5.30 akan dipengerusikan oleh
Timbalan saya. Saya hendak mengambil kesempatan ini kerana esok kita akan menyambut Hari
Kebangsaan 2018 dengan tema, ‘Sayangi Malaysiaku’.
Kita sebagai rakyat negara tercinta ini sewajarnya bersyukur dan berbangga dengan
keharmonian kaum yang kita nikmati pada hari ini. Apa yang kita kecapi sekarang merupakan
hasil perjuangan kepimpinan kita yang terdahulu dan seharusnyalah kita bersatu serta
berganding bahu dalam sama-sama memelihara kesejahteraan serta keharmonian masyarakat
untuk terus diwarisi oleh generasi masa hadapan kita. Naratif ini penting terutamanya bagi
menyemai semangat patriotik kepada generasi muda yang merupakan tonggak kelangsungan
dan kelestarian perpaduan dan solidariti nasional.
Kita sebagai Ahli Dewan Negara yang mulia ini haruslah mempertahankan kemerdekaan
yang dikecapi ini dengan memastikan Dewan Negara sebagai institusi legislatif tertinggi negara
akan terus dihormati sebagai lambang mercu demokrasi negara dan bukanlah sebagai rubber
stamp sepertimana didakwa oleh setengah pihak. Ini kerana kalau kita dilihat sebagai rubber
stamp dan Dewan Rakyat tidak pernah menolak sebarang rang undang-undang kerajaan,
merekalah pula rubber stamp yang besar. So, dengan itu, selamat Hari Kemerdekaan ke-61.
Sila sambung ucapan. Terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga meminta
Kementerian Pelancongan untuk menyatakan jumlah kutipan yang diperoleh kerajaan semenjak
pelaksanaan Akta Pelancongan 2017 dan berapa jumlah agihan yang telah dibuat kepada negeri-
negeri hasil daripada kutipan sebahagian daripada cukai ini.
Saya juga meminta Kementerian Pendidikan menyatakan apakah kedudukan
perancangan untuk membina sebuah teaching hospital untuk Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS)? Walaupun saya difahamkan bahawa permohonan ini sudah pun dihantar ke
Economic Planning Unit dalam bukan Mac tahun ini tetapi saya harap projek ini akan dapat
diluluskan oleh EPU supaya pembinaan sebuah teaching hospital untuk Universiti Malaysia
Sarawak dapat diteruskan.
DN 30.8.2018 85
Saya juga memohon supaya UNIMAS boleh memperkenalkan satu pengajian yang
dinamakan Sarawak Studies supaya kajian secara ilmiah untuk negeri Sarawak boleh dijalankan
dari peringkat sarjana muda hingga terus ke atas bagi membolehkan kita mengkaji dan melihat
secara ilmiah penyelidikan-penyelidikan yang ada hubung kait dengan negeri Sarawak
berkenaan dengan demografinya, berkenaan dengan penduduknya, kebudayaannya,
ekonominya dan sebagainya. Kita harap UNIMAS boleh memperkenalkan the Sarawak Studies
dalam pengajian mereka.
Kita juga meminta Kementerian Kerja Raya untuk menyatakan status terkini Lebuh Raya
Pan Borneo. Berapa kos yang telah dibayar dalam pembinaan lebuh raya ini? Apa jaminan
tentang penglibatan aktif kontraktor Bumiputera dalam projek ini dan apakah pengauditan tentang
projek ini sudah siap dijalankan?
Kita juga meminta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menyatakan apakah dasar dan
kriteria yang diambil kerajaan bagi memastikan wakil Kerajaan Negeri Sarawak dilibat-
gandingkan dalam komposisi lembaga pengarah syarikat berkaitan pelaburan Kerajaan
Persekutuan bagi mencerminkan signifikan Sarawak sebagai negeri di dalam Persekutuan
Malaysia?
Kita juga meminta Kementerian Sumber Manusia untuk menyatakan bagaimanakah
sumber tenaga belia dari Sarawak dimanfaatkan untuk menyertai peluang pekerjaan yang
berimpak tinggi di seluruh negara?
Juga, kita meminta Kerajaan Persekutuan untuk menyatakan apakah status terkini projek
pembinaan gantian penuh Sekolah Kebangsaan Matang, Kuching yang telah pun ditender pada
awal tahun ini?
Kita juga meminta supaya Kementerian Kesihatan menubuhkan sebuah pasukan ataupun
sebuah jawatankuasa pemantau bagi menjamin bahawa pembinaan hospital di Sarawak
khususnya Hospital Petrajaya dan juga Hospital Sri Aman dan juga projek menaik taraf Hospital
Kuching dapat disiapkan mengikut jadual. Satu jawatankuasa antara kementerian iaitu
Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan hendaklah dilibat
sama di dalam pengawasan projek-projek yang berjalan ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh sedikit tentang projek kereta nasional.
Kerajaan telah mengumumkan akan memulakan projek kereta nasional ketiga menjelang tahun
2020. Ini ekoran dari lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Jepun dan Malaysia
mempunyai hasrat untuk menjadikan projek kereta nasional ini sebagai projek baharu yang bakal
meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
DN 30.8.2018 86
Soalan saya kepada kerajaan ialah apakah perancangan yang perlu dibuat terhadap
Dasar Automatif Nasional sebelum ini dan bagaimana liberalisasi sektor automatif negara lebih
berdaya saing terutama dengan kehadiran teknologi kereta energy efficient vehicle dan kereta
elektrik? Bagaimanakah kerangka percukaian dan insentif yang bakal dirangka oleh MITI iaitu
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar kereta-kereta kita kekal murah dan
mampu dimiliki? Apakah prospek perniagaan serantau iaitu eksport di kalangan negara ASEAN
dan projek ini bolehkah tidak diteruskan?
Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang saya hendak sentuh juga di sini ialah tentang kos
sara hidup. Kesusahan hidup masyarakat di pedalaman di Sarawak dan Sabah dan kos barangan
keperluan yang tinggi disebabkan oleh jaringan akses jalan raya yang minimum dan infrastruktur
jalan raya yang kurang baik berbanding di Semenanjung Malaysia ini memerlukan kerajaan
menangani isu ini secara holistik dan paling cekap.
Oleh demikian, program yang paling baik bagi bantuan sara hidup rakyat di luar bandar
atau di pedalaman adalah dengan memberikan mereka bantuan seperti kita pernah buat iaitu
BR1M ataupun kita nak sebutnya sebagai Bantuan Sara Hidup dan subsidi harga barang patut
bagi memastikan bahawa harga barang di pedalaman Sarawak dan Sabah sama dengan harga
barang yang ada di bandar-bandar sama ada di Sarawak mahupun di Semenanjung Malaysia.
■1610
Apakah kerajaan akan mengkaji semua pemberian wang bantuan sara hidup dan akan
menamatkan program ini untuk beberapa tahun akan datang. Sekiranya ditamatkan maka saya
mencadangkan ianya diberi dalam bentuk yang tertentu bagi meringankan kos sara hidup rakyat
di pedalaman dan juga mereka yang berpendapatan rendah di negara kita.
Juga saya ingin tahu berapakah jumlah peruntukan bagi menstabilkan harga-harga
barang patut yang diberikan kepada Sarawak dan Sabah agar harga barangan yang dijual lebih
murah atau sama dengan harga di bandar-bandar di Sarawak, Sabah dan juga di Semenanjung
Malaysia. Apakah program-program baru yang bakal dirangka dan dilaksanakan untuk
memastikan kenaikan kos sara hidup di pedalaman Sarawak dan Sabah ditangani dengan baik
dan keadilan kepada penduduk di pendalaman Sarawak dan Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh sedikit tentang jalur lebar. Kementerian
Komunikasi dan Multimedia telah mengeluarkan arahan dan syarat kepada penyedia
perkhidmatan jalur lebar untuk menurunkan harga jaringan jalur lebar supaya setanding dan
setara dengan caj yang dikenakan di negara serantau. Pada masa ini, akses dan kapasiti serta
caj yang dikenakan boleh dikatakan sedikit tinggi berbanding Singapura dan Thailand.
DN 30.8.2018 87
Soalan saya ialah apakah arahan penurunan harga jalur lebar ini telah dipatuhi oleh
syarikat telekomunikasi tempatan? Apakah bentuk insentif dan subsidi bagi kerajaan
meningkatkan penggunaan jalur lebar di kalangan rakyat bagi menjayakan digital free trade zone
dan menggalakkan perniagaan berasaskan digital.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya merayu kepada Kerajaan Pakatan Harapan agar
mana-mana dasar yang baik yang telah dilaksanakan di negara kita, berilah pertimbangan untuk
diteruskan. Sekiranya ada kelemahan sila perbetulkan tetapi yang pentingnya kita mesti bergerak
hadapan. We must move forward. Sesungguhnya negara ini bukan untuk kita hari ini sahaja tetapi
untuk kita warisi kepada anak-cucu kita pada masa akan datang. Mereka berkehendakkan
sebuah negara Malaysia yang kuat, yang stabil dari segi ekonomi, sosial dan juga politik.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, sama-samalah kita berdoa agar negara kita akan terus
aman dan makmur dan rakyatnya hidup dalam perpaduan dan sejahtera. Saya juga sama-sama
kita menyatakan bahawa selamat merayakan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada esok
hari. Sekian, saya mohon menyokong Titah Seri Paduka Baginda. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili.
Dan sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Datuk Lee Tian Sing. Silakan.
4.13 ptg.
Datuk Lee Tian Sing: Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana
memberi izin kepada saya membahaskan satu Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda
dalam istiadat pembukaan Penggal Pertama Parlimen Keempat Belas pada 17 Julai 2018.
Mengambil kesempatan pada sesi ini saya ingin menzahirkan ucapan tahniah saya
kepada Yang Berhormat Senator-Senator baharu yang telah mengangkat sumpah pada Julai dan
Isnin lalu. Harapan saya moga kita semua Senator sama ada dari blok kerajaan atau
pembangkang akan bersama-sama menaikkan martabat Dewan Negara demi Malaysia tercinta.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia,
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan kadar
dasar semalaman pada kadar 3.5 peratus walaupun prestasi pertumbuhan KDNK menguncup ke
angka yang lebih sederhana iaitu 4.5 peratus. Nilai Ringgit Malaysia juga berada pada paras
melebihi RM4.07 pada bulan Ogos 2018 yang mana ini akan meningkatkan kos barangan import
terutamanya makanan dan keperluan asas.
DN 30.8.2018 88
Justeru saya memohon kerajaan mengambil pendekatan yang paling holistik dalam
menjajarkan semula perancangan ekonomi dan dasar yang lebih segar agar pertumbuhan
ekonomi dipulihkan semula, pelaburan asing ke pasaran modal Kuala Lumpur terus ditingkatkan.
Soalan saya kepada kerajaan adalah seperti berikut. Pertama, apakah perancangan yang
akan diambil oleh Bank Negara Malaysia untuk memastikan persekitaran ekonomi negara kekal
baik dengan mensasarkan nilai Ringgit lebih tinggi berbanding US Dollar menjelang suku terakhir
2018.
Kedua, bagaimanakah kerajaan mengambil pendekatan komprehensif untuk memastikan
produk-produk yang berada dalam senarai consumer price index tidak dimanipulasi kenaikan
harganya agar kenaikan harga ini tidak menjejas kuasa beli rakyat B40.
Ketiga, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan
MITI tentang bagaimana usaha yang lebih bermakna dilakukan untuk menarik pelabur asing
melabur di pasaran modal dan perdagangan global berpusat di Malaysia agar imbangan defisit
pertumbuhan KDNK dapat distabilkan semula menjelang suku terakhir 2018.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melakukan beberapa
lawatan rasmi meliputi negara Indonesia, Jepun dan China selepas PRU14. Dalam lawatan
tersebut sudah tentu perbincangan dua hala diplomatik dan fokus terhadap janji niaga dagangan
produk-produk komuniti utama negara serta produk pembuatan atau hasil PKS Malaysia
dibincangkan. Oleh itu saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan mengenai perkara
yang di bawah.
Pertama, apakah perancangan jangka pendek Kementerian Industri Utama bagi
memastikan strategi pendekatan mesra pelabur dan mesra perniagaan yang bagaimana perlu di
laksana dengan meneroka pasaran baru global. Ini untuk memastikan penurunan ketara harga
komoditi getah dan sawit dapat ditangani dengan amat baik.
Kedua, bagi memastikan eksport dan nilai dagangan stor komoditi menyumbangkan nilai
pertumbuhan melebihi RM180 bilion dan unjuran pada tahun 2019 lebih significant, bagaimana
Kementerian Industri Utama bersama-sama FELDA, FELCRA, RISDA dan syarikat swasta.
Ketiga, apakah peranan yang lebih agresif bagi agensi atau pihak berkuasa kementerian
seperti MPOB dan RRIM untuk mencari kaedah yang lebih baik dalam pengkomersilan produk
komoditi ini agar ianya boleh dipasarkan dengan lebih baik di pasaran global.
DN 30.8.2018 89 ■1620
Tuan Yang di-Pertua, kepentingan modal ekonomi baru seiring dengan Industrial 4.0
kerana perkembangan teknologi digital dan akses dagangan global tanpa sempadan. Jikalau kita
lihat kejayaan kumpulan Alibaba Group meneroka dan merencana skim perniagaan di pasaran
digital, cukup mengagumkan pemimpin-pemimpin utama dunia. Malaysia juga telah mewujudkan
DFTZ di mana rakyat memerlukan sokongan dan insentif kerajaan untuk memastikan kerangka
sistem dan persekitaran berasaskan Industrial Revolution 4.0 dapat disertai dapat disertai dengan
rakyat
Persoalan yang ingin saya kemukakan di sini adalah apakah status pelaksanaan insentif
digital zone dan apakah peranan dan perancangan MDEC dan pihak berkuasa kerajaan untuk
memastikan momentum pertumbuhan zon dagangan bebas digital terus dibangunkan secara
intensif agar penyertaan orang ramai dalam industri perniagaan di persekitaran digital terus
mendapat sambutan. Bagaimanakah struktur eksais kemudahan internet berkelajuan tinggi dan
keupayaan penyedia perkhidmatan jalur lebar agar keupayaan sebenar jalur lebar di luar bandar
benar-benar mampu menyokong Digital Free Trade Zone.
Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Bank Negara dan institusi kewangan dalam
negara untuk memastikan DFTZ yang diwujudkan mempunyai platform payment gateway
sendirian seperti Alipay, mall pay, Visa tau Master Card agar isu keselamatan cyber security bagi
pembayaran online bebas kacau ganggu scam dan penyelewengan. Seterusnya, bagaimanakah
persediaan kerangka kerja perundangan yang lebih komprehensif bagi mendaftarkan semua
perniagaan atau syarikat yang bergiat dalam urus niaga digital agar sebarang pertikaian ataupun
penyelewengan dapat di tangani secara telus dengan mengguna pakai kerangka perundangan
digital negara.
Tuan Yang di-Pertua, isu keselamatan negara merupakan perkara yang tidak boleh
berkompromi demi memastikan sebarang ancaman dan kegiatan jenayah terancang tidak
menggugat keamanan negara. Baru-baru ini, Peguam Negara telah mengumumkan bahawa
kerajaan akan memansuhkan Akta SOSMA sedikit masa lagi kerana mengandaikan SOSMA
dilihat sebagai akta yang tidak berapa adil untuk dikuatkuasakan dalam siri perundangan negara.
Persoalan yang saya ingin kemukakan di sini adalah seperti berikut:
(i) berapakah bilangan tahanan SOSMA yang sedang ditahan di dalam
negara dan bagaimanakah KDN membuat penilaian dan profiling terhadap
rekod peribadi dan kecenderungan tahun ini agar ia tidak mengancam
negara;
DN 30.8.2018 90
(ii) apakah langkah-langkah yang perlu diambil dalam memastikan kegiatan
ekstremisme jenayah terancang dan pengedaran dadah dapat ditangani
dengan baik jika SOSMA dimansuhkan dalam siri perundangan negara;
dan
(iii) apakah pindaan akan dilakukan kepada Kanun Keseksaan, Kanun
Tatacara Jenayah dan beberapa perundangan lain agar perancangan
kerajaan untuk menyediakan mitigasi perundangan bagi membendung
ancaman keselamatan negara.
Tuan Yang di-Pertua, sumbangan industri pelancongan dalam memacu ekonomi desa
dan pengupayaan kepastian penduduk luar bandar amat perlu diberikan perhatian sewajarnya.
Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020, kerajaan perlu memperkemaskan infrastruktur
pelancongan desa agar ia bertaraf lima bintang dan menjadi tarikan utama pelancong asing
datang ke Malaysia. Untuk memastikan sektor pelancongan berdaya maju dan berdaya saing
seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2020, soalan saya yang pertama ialah sehingga tahun
2018, apakah promosi yang significant dibuat oleh Tourism Malaysia dalam meningkatkan
promosi pelancongan di luar negara.
Kedua, apakah kajian yang dibuat dan kajian semula peranan yang dimainkan oleh
tourism ambassador dan adakah kerajaan tidak bercadang untuk menambah bilangan
ambassador ini agar promosi pelancongan Malaysia digandakan?
Ketiga, bagaimanakah peranan yang boleh dimainkan oleh institusi seni dan budaya,
sama ada dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri agar aktiviti seni persembahan
budaya masyarakat Malaysia memenuhi kalender pelancongan Malaysia tahun 2019 dan tahun
2020.
Tuan Yang di-Pertua, isu jenayah komersial seperti penyelewengan scam dan skim cepat
kaya masih lagi menjadi masalah dalam negara. Berbilion Ringgit kerugian direkodkan akibat
masalah jenayah komersial. Soalan saya adalah bagaimanakah Bank Negara, Suruhanjaya
Sekuriti, SKMM, SPRM dan PDRM dapat mengukuhkan kerangka kerja perundangan ke satu siri
perundangan yang lebih komprehensif bagi mengekang perlakuan jenayah komersial dapat
dibanteras dengan segera?
Kedua, bagaimanakah peranan CyberSecurity untuk menyekat laman sesawang yang
menyediakan perjudian online dan skim-skim scam dari beroperasi dalam persekitaran digital
Malaysia?
DN 30.8.2018 91
Ketiga, apakah usaha yang lebih terancang agar kerajaan memastikan kesedaran
masyarakat terhadap jenayah komersial ini dapat ditingkatkan dan jumlah kes jenayah komersial
dapat dibanteras kan sepenuhnya.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Pakatan Harapan menjanjikan akan mengadakan
reformasi terhadap beberapa jabatan dan agensi untuk diletakkan di bawah perkhidmatan
Parlimen agar isu integriti dalam perkhidmatan awam lebih bermakna. Justeru, saya ingin
mendapatkan kepastian.
Pertama, berapakah bilangan jabatan, suruhanjaya dan agensi yang dicadangkan untuk
diletakkan di bawah urus tadbir Parlimen?
Kedua, bagaimanakah roadmap bagi reformasi Parlimen yang dicadangkan oleh kerajaan
agar penetapan peraturan keperluan statutory dan apa-apa urusan berkaitan dengan reformasi
Parlimen?
■1630
Akhir kata, saya amat berharap Kerajaan Pakatan Harapan dapat memenuhi segala janji
dalam manifesto yang dijanjikan dalam PRU14 demi keadilan kepada rakyat dan pengundi.
Justeru, saya mohon menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Lee Tian Sing
yang bersungguh-sungguh berbahas dengan bahasa Malaysia dengan baik.
Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Senator Dato’ Ong Chong Swen, dipersilakan.
4.30 ptg.
Dato’ Ong Chong Swen: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas memberikan peluang
kepada saya untuk membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong. Baginda amat prihatin kepada kehidupan dan kebajikan rakyat jelata dengan ini
saya akan menumpukan ucapan kepada isu-isu mengenai kerjaya wanita, pengasuh,
keselamatan dan perpaduan dalam negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mengikhtiarkan kepentingan peranan
wanita dalam masyarakat. Wanita yang berumah tangga memerlukan lebih pilihan untuk kerja
dari rumah ataupun kerja secara fleksibel.
Namun, kita tidak boleh hanya fokus kepada vokasional seperti menjahit, memasak dan
sebagainya. Pada masa sekarang, ramai wanita yang berkeluarga sudah memiliki tahap
pendidikan yang tinggi. Contohnya, dalam bidang perundangan, pendidikan, perubatan dan lain-
DN 30.8.2018 92 lain. Sekiranya golongan wanita ini memperoleh peluang untuk bekerja dalam bidang yang
mereka minati, masing-masing akan menjadi satu aset untuk negara.
Selari dengan Revolusi Industri 4.0, kita haruslah membangunkan teknologi dan
menggunakan dengan efisien untuk membantu wanita, keluarga dan masyarakat. Tuan Yang di-
Pertua, selain itu, sebelum ini, terdapat satu program di bawah TalentCorp yang khususnya untuk
membantu wanita yang ingin pulang ke kerjaya mereka, yang dipanggil, dengan izin, Career
Comeback Programme. Saya berharap kerajaan baharu boleh memperluaskan program ini untuk
membantu golongan wanita yang sebelum ini mengorbankan kerjaya demi kepentingan keluarga.
Walaupun Malaysia adalah negara yang semakin maju, kita masih menghadapi ketidaksamaan
gaji antara jantina. Atas perkara yang sama, kerajaan harus meningkatkan usaha mengurangkan
kejadian diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja.
Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang untuk membendung diskriminasi
terhadap pekerja, wanita masih menghadapi masalah seperti kehilangan peluang kerja atau
kenaikan pangkat dalam pejabat kerana mengandung ataupun berumah tangga. Ini tidak selari
dengan konvensyen penghapusan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita, di mana Malaysia
adalah, dengan izin, one of the signatory. Undang-undang yang sedia ada tidak mencukupi untuk
melindungi hak wanita dengan menyeluruh di tempat kerja. Akta Kerja 1955 atau Akta 265,
misalnya, tidak mempunyai peruntukan spesifik yang menyentuh masalah diskriminasi terhadap
wanita dalam proses upahan.
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap kerajaan akan membuat pindaan yang sewajarnya
ataupun mempercepatkan penggubahan akta kesamarataan gender untuk melindungi semua
wanita. Dalam hal keluarga, saya juga berharap kerajaan baharu akan memastikan semua
pengasuh yang menawarkan perkhidmatan di negara ini adalah berdaftar dan disahkan. Ini
supaya tiada lagi kes-kes dera atau kematian kanak-kanak. Seperti mana yang kita tahu,
perkhidmatan pengasuh kanak-kanak bukanlah sesuatu yang murah. Walaupun negara kita
boleh memperketat undang-undang yang berkenaan, sekiranya tiada pemantauan, para ibu bapa
akan masih mencari pengasuh yang menawarkan harga yang paling murah.
Malah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Dr. Wan
Azizah Wan Ismail telah mengatakan bahawa, kira-kira sebanyak 80 peratus atau seramai 13,700
orang pengasuh bagi kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah di taska yang berdaftar dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih tidak memenuhi kelayakan minimum Kursus Asuhan
dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA setakat Jun 2018, seperti yang dilaporkan oleh pihak
media baru-baru ini.
DN 30.8.2018 93 Pada baru-baru ini juga, media telah melaporkan kes dera yang berlaku di tadika, taska...
Tuan Manolan bin Mohamad: Boleh mencelah Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.
Tuan Manolan bin Mohamad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sekarang ini kita
mendengar memang ramai kanak-kanak yang didera di taska dan ada juga yang meninggal. Kita
tengok sekarang ini kerajaan lebih kepada penguatkuasaan kepada taska-taska yang tidak
berdaftar seperti pemasangan CCTV.
Akan tetapi, soalan saya, adakah Yang Berhormat Senator bersetuju sekiranya pihak
kerajaan juga mengambil tindakan ataupun menggubal undang-undang di mana untuk
mengambil tindakan kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke taska yang tidak berdaftar.
Sepatutnya tanggungjawab ibu bapa untuk menyiasat atau menyelidik sesuatu taska tersebut,
sama ada berdaftar ataupun tidak. Silakan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ong Chong Swen: Saya bersetuju kerana ibu bapa kadang-kadang mereka
hendak cari harga yang murah. So, mereka pergi ke rumah-rumah sahaja yang mana tidak ada-
satu orang menjaga 10 orang anak ataupun 80 orang budak, bagaimana satu orang sahaja? Kita,
sebagai ibu yang mempunyai dua atau tiga orang anak di rumah pun susah mahu jaga, mahu
buat kerja rumah lagi kan. Akan tetapi, saya rasa bersetuju lah kerajaan pasti mengambil langkah-
langkah yang sepatutnya untuk mendaftarkan ataupun ibu bapa, jika ada apa-apa kemalangan
yang terjadi, ibu bapa pun tidak boleh salahkan. Oleh sebab, mereka perlu mengambil
tanggungjawab.
Saya teruskan, kita bukan sahaja memerlukan lebih pengasuh yang berdaftar, tetapi juga
pusat mengasuh kerajaan yang bersubsidi untuk golongan yang memerlukan. Cadangan untuk
memastikan semua tempat kerja termasuk swasta menyediakan pusat pengasuh adalah idea
yang bernas. Namun, ini memerlukan polisi yang menyeluruh dari kerajaan baharu. Tuan Yang
di-Pertua, saya ingin menyeru kepada kerajaan supaya memastikan perbuatan menghendap
atau stalking dijadikan sebagai satu kesalahan. Pelbagai NGO seperti Women's Aid Organisation
(WAO), dan Joint Action Group (JAG) telah meminta kerajaan dari dahulu untuk meminda
undang-undang yang sedia ada untuk memastikan pihak yang menghendap atau menghantar
mesej yang tidak diingini boleh dikenakan tindakan.
■1640
Saya jelaskan sedikit berkenaan stalking ini, adalah kadang-kadang golongan wanita
kerana ada orang mengikut di belakang, ada orang yang harassment dengan mesej-mesej yang
DN 30.8.2018 94 selalu tidak dapat diatasi dan mereka sangat takut. So, kita harap kes-kes macam ini boleh ada
undang-undang atau apa pun untuk mengatasi dan menangani keadaan macam ini.
Setakat ini dalam kebanyakan kes pihak polis tidak mampu mengambil apa-apa tindakan
disebabkan peruntukan dalam undang-undang itu tidak setara. Walaupun dalam kebanyakan kes
mangsa menghendap juga akhirnya menjadi mangsa dera atau bunuh. Pindaan dalam Kanun
Keseksaan dan Akta Keganasan Rumah Tangga, atau Akta 521 diperlukan untuk menangani
masalah-masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong seruan Yang di-Pertuan Agong untuk
memelihara keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara ini. Kebimbangan saya adalah
walaupun tindakan caci dan maki di kalangan masyarakat yang bersifat perkauman tidak begitu
kronik, namun nilai dan pendirian mengikut agama dan kaum masing-masing masih menjadi titik
perselisihan faham. Penggunaan media sosial di kalangan rakyat daripada budak ke dewasa,
ramai viral sahaja apa yang diterima dan tidak mengambil kira video atau perkataan-perkataan
yang boleh menggugat keharmonian. Saya faham bahawa ini bukan mudah ditangani. Namun,
ada ramai pihak yang menyebar unsur perkauman.
Sesuatu perkara yang dianggap boleh diterima dalam satu sistem kepercayaan adalah
larangan bagi orang lain. Ini adalah cabaran mentadbir satu negara yang unik seperti Malaysia
di mana kita ada pelbagai kaum dan agama. Dengan Rang Undang-undang Antiberita Tidak
Benar 2018 langkah yang sewajarnya boleh mengawal situasi ini.
Maka saya menyokong mana-mana insentif untuk memulakan program yang akan
membantu masyarakat lebih memahami nilai-nilai antara satu sama lain. Kerajaan harus terbuka
kepada idea untuk melaksanakan program yang menggalakkan persefahaman antara kaum dan
antara agama. Ini lebih baik dimulakan daripada bangku sekolah. Kerajaan juga harus tegas
dalam hal ini untuk memastikan rakyat tidak membantah program yang akan membawa faedah.
Namun, program itu haruslah telus dan tidak berat sebelah mana-mana pihak.
Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mengakhiri ucapan saya dan saya harap isu-isu
yang dikemukakan dapat dipertimbangkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Ong Chong
Swen.
Sekarang dijemput pula Yang Berhormat Senator Tuan Ismail bin Yusop. Silakan.
DN 30.8.2018 95 4.44 ptg.
Tuan Ismail bin Yusop: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia baharu.
Alhamdulillah, saya merakamkan terima kasih kepada Dewan yang mulia ini kerana
memberi saya peluang untuk turut sama dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengambil peluang pada petang ini untuk
merakamkan penghargaan dan terima kasih saya kepada Dewan Undangan Negeri Perak
khususnya Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar Perak yang telah memberi peluang kepada
saya untuk mewakili Dewan Undangan Negeri Perak di Dewan Negara ini. Saya juga Tuan Yang
di-Pertua seperti Ahli-ahli Dewan yang lain ingin mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan
kerana telah berjaya membentuk kerajaan yang baharu selepas Pilihanraya Umum Keempat
Belas.
Buat pertama kalinya dalam sejarah politik tanah air kita perubahan kerajaan di peringkat
pusat telah berjaya dicapai melalui sistem demokrasi yang telah kita amalkan sejak kita merdeka.
Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang baik dan sihat dalam amalan sistem demokrasi
apabila rakyat sudah mula celik terhadap hak dan tanggungjawab mereka. Dengan izin Tuan
Yang di-Pertua, the Constitutional rights, atau hak dalam Perlembagaan. Tidak dilupakan juga
ucapan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pasukan keselamatan dan semua
agensi kerajaan yang terlibat dalam memastikan proses demokrasi dan peralihan kuasa berjalan
dengan lancar.
Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah semasa
pembukaan Parlimen telah memberi pesan buat semua Ahli Yang Berhormat untuk
melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan penuh dedikasi. Duli Tuanku juga mahukan
perbahasan dijalankan dengan penuh sihat matang dan dapat merangsang dinamik berfikir bagi
membantu supaya institusi Parlimen termasuk Dewan yang mulia ini terus dihormati dan
dipandang tinggi oleh semua pihak.
Mengambil semangat daripada ungkapan ini, saya tertarik dengan ucapan oleh Yang
Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty sewaktu membentangkan Usul Menjunjung
Kasih yang memberi saranan supaya Ahli Dewan Negara juga turut dilantik melalui proses pilihan
raya dan perlunya ada reformasi di Dewan Negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat saranan ini sebagai satu langkah yang baik untuk
memartabatkan peranan Dewan Negara sebagai the Upper House, dengan izin, yang
DN 30.8.2018 96 memerlukan penjenamaan semula. Kebanyakan atau ramai orang di luar sana khususnya
mereka yang peka kepada politik semasa menganggap jawatan di Dewan Negara yang bergelar
Senator ini sebagai political gift, dengan izin, khususnya kepada parti-parti politik.
Oleh itu saya lihat saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin
Haji Monutty sebagai saranan yang dapat membantu untuk mengikis persepsi ini di kalangan
masyarakat kita. Saya juga berpendapat sudah tiba masanya perlu ada satu key performance
index, dengan izin, ataupun benchmarking yang khusus dan sentiasa dikemas kini untuk
mengukur keberkesanan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini dalam menjalankan tugas.
Tuan Yang di-Pertua, esok merupakan genap 61 tahun Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan. Sepanjang 61 tahun ini saya kira masih ramai di luar sana yang masih belum jelas
keperluan wujudnya Dewan Negara dan peranan Ahli-ahlinya. Apatah lagi untuk membezakan
antara tugas Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bahasa mudah bagi mereka di luar sana
Tuan Yang di-Pertua, masih ada lagi suara-suara sumbang yang cuba untuk menggambarkan
Dewan yang mulia ini sebagai rubber-stamp dengan izin, yang hanya meluluskan sahaja apa juga
perkara yang diluluskan di Dewan Rakyat.
■1650
Namun, PRU Ke-14 yang lalu telah mentakdirkan perubahan kedudukan berlaku di
Dewan Rakyat tetapi situasi sebaliknya pula di Dewan Negara yang mulia ini. Buat pertama
kalinya ramai yang mula merasakan kepentingan Dewan Negara dan betapa besarnya pula
peranan Dewan yang mulia ini dalam memperkasakan sistem legislatif negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, meskipun perkara ini akan memberi kesukaran kepada Kerajaan
Pakatan Harapan tetapi saya percaya bahawa jika perbezaan ini mampu diuruskan dengan baik,
ia akan membantu mengukuhkan lagi sistem demokrasi di negara ini.
Seperti yang disebut oleh Ke Bawah Duli Tuanku dalam titahnya, semua pihak perlu
mencari titik persamaan dan bukannya perbezaan, dengan kerjasama untuk kesejahteraan
rakyat dan survival negara. Perkara ini telah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan negara-negara
besar yang mengamalkan sistem demokrasi seperti di Amerika Syarikat yang menyaksikan
perbezaan majoriti kuasa di antara Dewan-dewan ini.
Perkara ini tidak menjadikan demokrasi lebih lemah, malah lebih kuat walaupun terdapat
perbezaan. Atas semangat ini Tuan Yang di-Pertua, saya yakin dan percaya bahawa semua Ahli
yang berada dalam Dewan yang mulia ini akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan
survival negara sebagai tanggungjawab utama. Tuan Yang di-Pertua, tanpa penglibatan rakyat
dalam sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen ini, sememangnya ia akan
DN 30.8.2018 97 menjadi satu sistem yang tempang dan tidak efisien. Seperti yang kita ketahui, perubahan
landskap politik yang berlaku pada 9 Mei 2018 berlaku, adalah kerana rakyat memilih untuk
melibatkan diri dalam sistem demokrasi.
Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, 82.23 peratus
ataupun hampir 12.3 juta rakyat daripada hampir 14 juta pengundi yang berdaftar telah
menjalankan tanggungjawab mereka pada PRU Ke-14 yang lalu. Jumlah ini merupakan antara
peratus keluar mengundi yang paling tinggi dalam sejarah pilihan raya negara walaupun ia
dijalankan pada pertengahan minggu iaitu pada hari Rabu.
Tuan Yang di-Pertua, perubahan landskap politik yang berlaku pada 9 Mei 2018 bukanlah
sesuatu yang berlaku secara kebetulan, dengan izin, by default. Pada hemat saya, ia adalah
sesuatu yang terjadi by design, dengan izin. Ia merupakan satu proses perubahan yang panjang.
Memakan masa 60 tahun perjalanan masa pembinaan sejarah negara bangsa yang memerlukan
pelbagai usaha untuk memastikan perubahan politik ini dijayakan dengan penuh aman dan
harmoni. Seperti juga perjuangan kemerdekaan yang bakal kita sambut esok pada kali yang ke-
61. Kita memperoleh kemerdekaan ini dengan aman, tanpa pertumpahan darah ataupun
pergolakan yang dahsyat seperti yang berlaku dalam kebanyakan negara-negara lain, khususnya
di negara-negara dunia yang ketiga.
Tuan Yang di-Pertua, perubahan yang berlaku ini adalah kerana rakyat pada hari ini
memperoleh pelbagai ilmu dan informasi serta pengalaman dan mempunyai kebijaksanaan yang
tersendiri untuk membuat pilihan. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, when people is well
informed, they will make a good decision.
Oleh kerana itu saya merasakan bahawa adalah satu kesilapan bila ada pihak yang
membuat dakwaan bahawa perubahan yang berlaku ini adalah kerana permainan propaganda
retorik politik, fitnah dan spekulasi yang kononnya menyebabkan rakyat terkeliru dan membuat
keputusan yang salah. Jangan sekali-kali kita memandang rendah kebijaksanaan rakyat masa
kini untuk memahami persekitaran semasa dan kebolehan mereka untuk berfikir dan membuat
keputusan. Sekadar meminjam ungkapan yang digunakan oleh Dato' Seri Anwar bin Ibrahim,
‘don’t ever we underestimate the people’s power’, dengan izin.
Kuasa rakyat, kuasa keramat. Dengan itu saya ingin mengambil peluang dalam ucapan
sulung saya di Dewan yang mulia ini untuk merakamkan rasa terhutang budi dan penghargaan
kepada pemimpin-pemimpin dan pejuang bangsa, pendidik umat sepanjang zaman. Ada banyak
nama kalau nak disebutkan. Sekadar nak menyebutkan di Dewan yang mulia ini beberapa nama,
Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Dr. Burhanuddin
DN 30.8.2018 98 Helmi, Allahyarham Pendeta Za’ba, Mendiang Tun Tan Cheng Lock, Mendiang V.T. Sambanthan,
Allahyarham Tun Dr. Ismail dan ramai lagi kalau mahu disenaraikan nama-nama besar dalam
sejarah negara bangsa ini yang telah memberikan guiding ideas, dengan izin Tuan Yang di-
Pertua, semuanya menyumbang kepada proses kematangan rakyat dalam membuat keputusan
menyusuri sepanjang zaman.
Proses pendidikan, pencerahan dan kematangan rakyat dalam membuat keputusan
politik mendapat suntikan alaf baru dengan berlakunya kebangkitan rakyat dalam gerakan
reformasi yang bermula pada tahun 1998. Dengan meletakkan agenda reformasi rakyat yang
menggesa supaya pelaksanaan urus tadbir yang baik atau good governance, dengan izin,
dengan mengangkat nilai-nilai insani manusiawi yang baik sebagai asas utama dalam
pentadbiran negara. Ia merupakan titik mula era baru proses pencerahan dan pendidikan real
politic yang berlaku di negara kita. Ini telah dinyatakan secara jelas dalam apa yang dinamakan
sebagai Deklarasi Permatang Pauh yang menjadi batu asas kepada gerakan reformasi di negara
ini selama 20 tahun.
Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh 20 tahun yang lalu, proses pencerahan dan
pendidikan real politic ini berlangsung melalui pelbagai medium dan telah digunakan sama ada
melalui aktiviti ceramah dan perhimpunan rakyat. Penggunaan media sosial, forum dan wacana
bersama rakyat, penulisan makalah dan pelbagai pendekatan lagi yang digunakan untuk
memastikan proses celik politik dan pemikiran reformasi dan transformasi serta kesedaran hak
rakyat disampaikan.
Tuan Yang di-Pertua, tanggal 9 Mei 2018 adalah tarikh penting dalam sejarah pembinaan
negara bangsa Malaysia. Sejujurnya bagi saya, keputusan Pilihanraya Umum Keempat Belas
bukanlah kemenangan mutlak mana-mana parti politik. Ia adalah kemenangan rakyat yang
dengan beraninya telah membuat keputusan untuk melakukan perubahan.
Inilah Tuan Yang di-Pertua, realiti yang telah berlaku dalam PRU Ke-14. Rakyat dalam negara ini
melalui proses perjalanan pendidikan real politic yang sangat panjang. 60 tahun lamanya telah
menerima dan memahami mesej yang hendak disampaikan iaitu bahawa politik ini bukan lagi hak
eksklusif mana-mana parti politik atau pemimpin politik. Akan tetapi ia adalah hak demokratik
rakyat untuk membuat keputusan sebagai insan dan manusia yang bermaruah, dengan izin, the
people’s Constitutional rights. Hak yang diperakui dalam Perlembagaan. Oleh kerana itulah, Tuan
Yang di-Pertua, rakyat memilih untuk melakukan perubahan kuasa di Putrajaya.
DN 30.8.2018 99 ■1700
Dengan rasa penuh humility, dengan izin, saya menyeru kepada Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir serta barisan Kabinet beliau selaku badan eksekutif tertinggi
dalam negara sekarang untuk terus komited melaksanakan agenda reformasi dan memperbaiki
sistem pentadbiran negara seperti yang terkandung dan dinyatakan dalam Manifesto Pakatan
Harapan.
Ini juga, Tuan Yang di-Pertua, menepati saranan Ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan
Agong supaya Kerajaan Pakatan Harapan yang ada sekarang meningkatkan integriti tadbir urus
dan kedaulatan undang-undang di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sampaikan dalam ucapan ini ialah
tentang isu pendidikan. Sebagai seorang yang pernah berkhidmat dalam dunia pendidikan
sebelum ini, saya melihat institusi pendidikan sebagai satu wahana yang amat penting kerana
the end product of education, dengan izin, ialah pembentukan sahsiah diri manusia.
Saya percaya, melalui sistem pendidikan yang lebih baik dan telus akan mampu
menyelesaikan pelbagai masalah khususnya masalah sosial yang semakin membimbangkan.
Malah, ini juga turut disebut dalam Titah Ke Bawah Duli Tuanku tentang masalah gejala sosial
yang semakin serius dan perlu ditangani segera.
Saya ingin mengungkap kembali Falsafah Pendidikan Negara yang pernah diperkenalkan
oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Pendidikan iaitu
Falsafah Pendidikan Negara berbunyi... [Membaca petikan] “Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Saya merasa lega pagi ini apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan yang
hadir untuk menjawab sesi soalan telah menyebutkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan
sekarang masih melihat Falsafah Pendidikan Negara ini adalah suatu yang amat penting
disegarkan semula.
Tuan Yang di-Pertua, sejujurnya kita mempunyai Falsafah Pendidikan Negara yang baik
untuk dilaksanakan. Akan tetapi malangnya, kita tidak punya kekuatan jiwa dalam menghayati
dan memastikan falsafah ini diangkat setingginya. Sistem pendidikan kita pada hari ini yang
DN 30.8.2018 100 masih lagi menekankan aspek pembinaan kekuatan intelektual semata-mata dengan hanya
memberikan penekanan kepada kemampuan anak didik untuk menguasai aras-aras dalam
kemahiran berfikir, thinking skill, dengan izin, tanpa mengangkat untuk diimbangi dengan aspek-
aspek pembinaan kerohanian dan emosi telah memberikan kesan kepada pembinaan modal
insan dalam konteks pembinaan negara bangsa.
Ini disebut oleh Profesor Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, seorang tokoh ilmuwan dan pemikir yang
sangat dihormati. Dalam komentari beliau mengenai sistem pendidikan masa kini di mana
menurut pengamatan beliau, mereka yang berpeluang melalui sistem pendidikan sebenarnya
banyak dirosakkan oleh sistem pendidikan itu sendiri yang terlalu bersifat pragmatik dan utilitarian
sehingga mengabaikan objektif-objektif utama dalam pendidikan yakni islah al-insan ataupun
pembaikan insan.
Kerosakan terhadap sistem pendidikan ini, Tuan Yang di-Pertua, menjadi lebih parah
apabila para guru yang merupakan elemen terpenting dalam memastikan proses pendidikan ini
berjalan lancar telah dibebani dengan pelbagai permasalahan yang mengakibatkan proses
pendidikan semakin lari dari misi dan visi Falsafah Pendidikan Negara. Tidak dilupakan juga,
kebebasan akademik di peringkat pengajian tinggi yang turut menerima pelbagai halangan dan
sentiasa bias pada zaman pentadbiran yang lalu.
Oleh yang demikian, Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan bahawa perlu ada satu usaha
yang gigih untuk memulihkan kembali sistem pendidikan negara ini. Kehancuran nilai dalam
sistem pendidikan negara sememangnya memberikan impak yang sangat besar kepada
pembinaan generasi yang berketerampilan, bermaruah dan berintegriti yang diperlukan oleh
negara hari ini dalam moving forward, dengan izin.
Saya berharap Yang Berhormat Menteri Pendidikan serta pasukannya akan mengambil
serius tanggungjawab ini memandangkan ia adalah satu tugasan dan cabaran yang besar dalam
memastikan sistem pendidikan negara dapat dipulihkan dan kebebasan akademik dikembalikan.
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, sebagai rumusan kepada ucapan saya di Dewan yang
mulia ini, saya menaruh harapan semoga mudah-mudahan perubahan landskap politik yang kita
peroleh pada hari ini mampu mengembalikan semula kegemilangan dan kecemerlangan negara.
Secara peribadi, saya menanti perubahan ini untuk berlaku lebih 30 tahun lamanya sepanjang
penglibatan saya dalam politik.
Saya doakan semoga keberanian rakyat yang membawa perubahan dalam kepimpinan
negara pada tanggal 9 Mei 2018 yang lalu dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan
DN 30.8.2018 101 Harapan akan membawa kita kepada masa depan yang lebih baik khususnya untuk anak bangsa
dan generasi yang akan datang.
Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Usul Menjunjung Kasih terhadap Titah
Ke Bawah Duli Tuanku. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Senator
Tuan Ismail bin Yusop. Lagi dua orang lagi.
Saya jemput sekarang ini Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali. Dipersilakan.
5.08 ptg.
Datuk Rabiyah binti Ali: Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih
saya ucapkan kerana memberikan keizinan kepada saya untuk turut sama membahaskan Usul
Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V,
pada sesi Istiadat Perasmian Mesyuarat Majlis Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama.
Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran saya kerana pembentukan Kerajaan Pakatan
Harapan, peralihan kuasa yang berlaku selepas PRU-14 berjalan lancar dan amat tertib serta
aman. Ini menunjukkan bahawa prinsip demokrasi Raja Berperlembagaan yang didukung oleh
semua rakyat dan institusi politik negara mengamalkan budaya politik matang demi mandat dan
amanah yang telah diberikan kepada Kerajaan Pakatan Harapan.
Harapan rakyat untuk melihat Malaysia baharu selepas ulang tahun ke-61 Malaya
merdeka dan sambutan Pembentukan Malaysia yang ke-53 pada 16 September ini perlu
diberikan perhatian serius oleh Kerajaan Malaysia. Ini mengimbangi semula semangat
Persekutuan Malaysia, hubungan Persekutuan dan kerajaan negeri dan perkongsian kuasa
antara negeri dan Persekutuan selaras dengan prinsip yang dimaktubkan di bawah
Perlembagaan Malaysia.
■1710
Justeru melalui perubahan landskap, perubahan politik terkini saya ingin mendapatkan
penjelasan dari kerajaan berhubung bagaimanakah dasar dan prinsip hubungan Kerajaan
Persekutuan merangkumi aspek pembangunan ekonomi agar peruntukan pembangunan dan
prinsip ketelusan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri walaupun berbeza institusi politik.
Apakah projek pengisian penganjuran semula projek pembangunan ekonomi dan sosial yang
bakal direncanakan semula dalam rancangan pengubahan Kajian Separuh Penggal (KSP)
Rancangan Malaysia yang kesebelas agar ianya memenuhi hasrat dan prinsip transformasi yang
sering dilaungkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.
DN 30.8.2018 102
Sejauh manakah kerajaan serius bagi melaksanakan reformasi ke atas institusi awam,
pendekatan yang paling baik bagi memastikan momentum perpaduan kaum, rasa hormat
terhadap agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan memartabatkan Bahasa Melayu
serta kepentingan tata amalan warganegara dan bukan warganegara terhadap prinsip Rukun
Negara Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai sektor ekonomi dan perkembangan semasa
ekonomi global, Malaysia yang mendasari naratif baru ke atas prinsip demokrasi perlembagaan
memerlukan pendekatan baru untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bumiputera dan sektor
ekonomi. Justeru komitmen kerajaan untuk menguruskan fiskal Kerajaan Persekutuan dan
mengekalkan unjuran defisit kewangan negara pada kadar 2.8 peratus amat kita alu-alukan.
Justeru saya ingin mendapatkan penjelasan juga berhubung apakah peranan dan
tanggungjawab sebenar Majlis Penasihat Kerajaan Pasca 100 hari pembentukan Kerajaan
Pakatan Harapan dalam konteks legitimasi Perlembagaan Persekutuan dan apakah penugasan
Majlis Penasihat ini mengikut ketetapan seri perundangan negara yang sering berkuat kuasa.
Saya mohon perkara ini dijelaskan oleh Pejabat Peguam Negara melalui Menteri di Jabatan
Perdana Menteri.
Bagaimanakah prinsip berita accountability dan ketelusan institusi awam? Bersesuaian
21 janji Pakatan Harapan, di manakah kerajaan menubuhkan Pusat Governans, Integrasi dan
Anti-Rasuah Nasional bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan governance,
integriti dan pembanterasan rasuah di negara ini yang diketuai oleh bekas Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, serta
bolehkah kerajaan memperincikan peta lakaran unjuran perjalanan GIACC. Bagaimana pula
prinsip separation of the power agar pelaku budaya rainseeker terus dihapuskan secara total agar
persaingan sihat di sektor ekonomi diberikan keutamaan wajar.
Tuan Yang di-Pertua, bagi mendepani halangan dan kekangan kenaikan kos sara hidup,
kerajaan perlu melaksanakan transformasi ekonomi terutamanya industri pertanian dan
perikanan negara bagi memastikan harga barangan makanan mentah tidak mengalami kenaikan
significant. Justeru perancangan dan kajian kapasiti hasilan pertanian mengikut daerah dan
negeri perlu diaturkan semula agar pembangunan sektor ini tidak mendatangkan masalah besar
kepada stok sektor makanan negara. Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung
dengan berapakah statistik pendaratan ikan oleh nelayan-nelayan tempatan mengikut pusat
pendaratan ikan seluruh negara dan bilangan personnel nelayan, bilangan bot mengikut kelas
lesen perikanan dan unjuran berkaitan dengan kapasiti modal insan tempatan sehingga 2025.
DN 30.8.2018 103
Saya juga ingin mendapatkan statistik terkini penghasilan tanaman sayur-sayuran dan
buah-buahan tempatan untuk keperluan domestik serta berapakah keluasan tanah yang
diusahakan mengikut negeri sektor pertanian ini mencukupi untuk kegunaan tempatan menjelang
2025. Apakah perancangan yang boleh dirangka Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
untuk mengupayakan lagi industri sayur-sayuran, sektor perikanan dan penanaman padi agar
unjuran penggunaan modal insan tempatan terus di perkasa melalui perancangan holistik semua
agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani?
Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan guna tenaga sumber manusia tempatan lebih
significant, kerajaan perlu membuat rasionalisasi bagi memastikan resizing penggunaan sumber
tenaga kerja tempatan dan mengurangkan penggunaan-penggunaan tenaga kerja asing di
pasaran kerja tempatan. Oleh itu kerjasama erat Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber
Manusia dan Jabatan Perkhidmatan Awam diperlukan untuk memastikan isu kadar upah
akreditasi persijilan latihan kemahiran TVET dan latihan semula dilaksanakan dengan jayanya.
Justeru saya ingin mendapatkan perhatian juga bagaimana JPA, MOA, MQA dan
Kementerian Pendidikan memastikan masalah akreditasi pelajar lulusan Diploma Vokasional dan
juga Malaysia tidak menghadapi masalah akreditasi disebabkan oleh masalah tidak mempunyai
kepujian dalam Bahasa Melayu peringkat SPM semasa peralihan transformasi pendidikan
vokasional sejak tahun 2012 dan berapa ramaikah pelajar Diploma Vokasional Malaysia ini masih
menghadapi masalah untuk bekerja di sektor awam akibat permasalahan pengiktirafan ini.
Bagaimanakah Kementerian Sumber Manusia merancang agar tanggungjawab
Persatuan Majikan-majikan Malaysia mengutamakan penggunaan tenaga kerja tempatan melalui
penetapan kewajipan pematuhan kehendak statutori agar isu pengangguran lepasan institusi
latihan kemahiran dan juga IPT dapat diatasi melalui seri perundangan negara dan kerajaan
merangka struktur pembayaran gaji yang lebih sempurna. Bagaimanakah kerajaan mengkaji
semula isu TVET dalam memenuhi industri 4.0 dalam memenuhi keperluan pasaran bebas
ekonomi digital agar semua kursus di IKBN, IKM, Pusat Giat MARA, ILP, KKTM, ADPC dan
politeknik mendapat pengiktirafan yang sama.
Tuan Yang di-Pertua, Bank Negara Malaysia perlu lebih serius dalam menangani pasaran
mata wang digital agar urus niaga digital ini tidak mendedahkan pengguna kepada aktiviti
dagangan haram, penyelewengan anti-money laundering dan juga pembiayaan kewangan.
Justeru saya ingin memohon Bank Negara Malaysia memberikan perincian status dan
perancangan kerangka penguatkuasaan, pematuhan perundangan, pemonitoran dan juga
langkah mitigasi agar pasaran mata wang digital ini tidak mengeksploitasikan orang ramai.
DN 30.8.2018 104 Justeru saya mohon Financial Intelligence and Enforcement Department, Bank Negara Malaysia
memberikan maklum balas mengenai isu pasaran mata wang digital di Malaysia dari segi jumlah
syarikat yang beroperasi dan total volume yang direkodkan sehingga Jun 2018.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menangani kenaikan kos ekoran perubahan Skim Percukaian
GST kepada SST, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu lebih
agresif memastikan operasi penguatkuasaan dan juga melaksanakan apa-apa ketetapan,
pandangan termaktub dalam seri perundangan yang dikawal selia KPDNHEP. Soalan saya
kepada Yang Berhormat Menteri, apakah dasar yang bakal diambil dalam mengkaji semula
kawalan terhadap permit-permit import dan pengeluaran barangan makanan terkawal agar ia
selaras dengan kapasiti permintaan orang ramai tempatan. Bagaimana skala Ops Catut
penguatkuasaan yang mampu memastikan isu kenaikan harga barangan dalam senarai
consumer price index tidak dieksploitasi? Apakah kerajaan bercadang untuk menyenaraikan lebih
banyak barang kawalan?
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlu memberikan penekanan khusus untuk memastikan
infrastruktur kemudahan sekolah di bandar dan di luar bandar agar pelajar selesa dalam sesi
pembelajaran mereka, untuk itu saya mohon penjelasan kerajaan bagaimana kerajaan akan
membuatkan perancangan rapi dan kajian separuh penggal RMKe-11 agar semua sekolah tidak
menghadapi sekolah dalam isu ketidakselesaan, keupayaan kemudahan asas sekolah.
■1720
Akhir sekali saya menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Semua persoalan yang
dikemukakan akan dapat dijawab oleh kerajaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Rabiyah binti Ali.
Dan sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim.
5.20 ptg.
Datuk Haji Ismail bin Ibrahim: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua di atas keizinan
kepada saya bagi turut serta membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja semasa Istiadat
Pembukaan Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas pada 17 Julai yang lalu.
Pada kesempatan ini saya ingin menzahirkan kesyukuran dan terima kasih tidak terhingga
kepada Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana perkenan Baginda
melantik saya sebagai Ahli Dewan Negara untuk penggal pertama 2018 sehingga 2021, insya-
Allah. Saya juga ingin mengucapkan kepada rakan-rakan Yang Berhormat Senator yang juga
DN 30.8.2018 105 mengangkat sumpah pada hari Isnin yang lalu dan harapan saya semoga pengalaman dan
perkongsian bijak, pandangan dan pengalaman Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negara akan
memartabatkan lagi institusi Dewan Negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, selepas pilihan raya yang ke-14, kita telah melihat berlakunya
perubahan kerajaan dan peralihan kuasa dari Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah
selama lebih 60 tahun kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai oleh mantan Perdana
Menteri Ke-4, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kerajaan Pakatan Harapan
telah mentadbir lebih dari 100 hari dan saya lihat banyak perubahan yang dilakukan serta
pengenalan polisi-polisi baru serta skim percukaian baru bagi memenuhi harapan dan hasrat
rakyat untuk meneruskan kelangsungan kehidupan.
Apa yang ingin saya tekankan, semua pihak perlu menghormati prinsip dan tata kelola
yang dikanunkan dalam Perlembagaan Malaysia dan memastikan setiap dari individu mematuhi
perundangan dalam negara. Persoalan yang saya ingin kemukakan kepada kerajaan ialah yang
pertama, bagaimanakah polisi dan dasar hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-
kerajaan negeri terutamanya dalam mengenal pasti agihan hasil persekutuan dan pemberian
tetap kewangan dilakukan dengan lebih adil terutamanya kepada negeri-negeri bukan Pakatan
Harapan seperti Sabah, Sarawak, Pahang dan Perlis agar prinsip persekutuan negeri-negeri
dilaksanakan secara adil mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Seterusnya, bagaimanakah kerajaan memastikan isu bahasa Melayu terus diperkasakan
penggunaannya dalam setiap urusan dalam perkhidmatan kerajaan bagi memastikan keluhuran
prinsip Perlembagaan negara dipatuhi sepenuhnya. Bagaimana prinsip perpaduan nasional
dapat dijajarkan semula agar tidak berlaku pergolakan dan pertikaian berkaitan dengan amalan
agama pelbagai kaum dan terus memastikan bahawa agama Islam adalah agama rasmi
persekutuan manakala agama-agama yang lain bebas diamalkan oleh orang ramai tanpa
menjejaskan Islam sebagai agama rasmi persekutuan mengikut ketetapan Perlembagaan
Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, keadaan ekonomi yang sukar dijangka dan pergolakan kuasa
geopolitik Amerika Syarikat dan China memerlukan kerajaan melaksanakan satu dasar ekonomi
yang inklusif dan bebas serta memastikan hubungan diplomatik antara negara terbesar dagangan
dua hala Malaysia terus diberikan keutamaan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia
terus mampan dan tidak terjejas. Mengikut laporan Bank Negara bahawa kadar pertumbuhan
negara bagi suku kedua 2018 turun kepada 4.5 peratus berbanding dengan 5.8 peratus pada
DN 30.8.2018 106 tahun 2017 kerana berlakunya keadaan perubahan landskap politik dan pasaran global, aktiviti
eksport dan import.
Oleh demikian, saya mohon penjelasan dari Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengenai
langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan sumbangan operasi syarikat-syarikat
pelaburan kerajaan GLIC dan GLC memberikan pulangan hasil yang signifikan dalam membantu
kerajaan mengekal momentum pertumbuhan pada suku ketiga dan keempat 2018.
Seterusnya, bagaimanakah dapatan hasil kajian Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang
diketuai oleh Yang Berbahagia Tun Daim Zainuddin dapat membantu kerajaan merencana polisi
baru dalam mengimbangi fiskal negara agar pertumbuhan ekonomi Malaysia tidak terjejas.
Bagaimanakah kerajaan merangka sektor pembangunan sosial dengan keutamaan diberikan
kepada pengupayaan masyarakat luar bandar dan akses peluang pekerjaan kepada lepasan
institusi kemahiran TVET, politeknik dan graduan IPT agar pendapatan isi rumah rakyat dapat
diperkukuhkan lagi bagi menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bagi mengekang kenaikan kos sara hidup rakyat, Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani perlu menjajarkan semula Dasar Pertanian Negara agar pertumbuhan sektor pertanian
yang membekalkan produk pertanian seperti sayur-sayuran, ayam, daging dan buah-buahan
diperkasakan lagi. Justeru itu, semua institusi di bawah seliaan Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani perlu memberikan penekanan agar beberapa perkara berikut diberikan
perhatian.
Pertama, saya ingin tahu sejauh manakah, MARDI, FAMA dan Jabatan Pertanian
mengunjurkan hasil produk sayuran dan buah-buahan tempatan mencukupi untuk unjuran
bekalan pada suku ketiga dan keempat pada tahun 2018 dan 2019? Seterusnya, bagaimanakah
Kerajaan Persekutuan mencari kaedah terbaik untuk melatih belia dan lepasan sekolah
menengah dan IPT menceburi bidang pertanian dengan memastikan institusi latihan pertanian di
seluruh negara diperkasa dan pakej institusi modal insan diberikan perhatian sewajarnya.
Seterusnya, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Jabatan Perkhidmatan
Veterinar, Jabatan Perikanan dan LKIM dalam memastikan bekalan ayam daging dan ikan di
pasaran tempatan mencukupi serta dijual pada harga yang mampu dibeli oleh rakyat B40.
Akhirnya apakah strategi dan unjuran import makanan ke pasaran negara dan polisi tahap sekuriti
makanan negara agar prinsip kenaikan harga bahan makanan di pasaran tidak menjejaskan
pasaran bekalan dan makanan negara.
Tuan Yang di-Pertua, sumbangan dalam sektor perkhidmatan amat penting dalam
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sektor pertanian, seni dan budaya
DN 30.8.2018 107 merupakan penggerak utama dalam memastikan Malaysia kekal sebagai negara tumpuan
pelancong luar negara bagi meningkatkan perolehan pendapatan negara dan penduduk
setempat. Persoalan yang ingin saya kemukakan, pertama, sehingga Jun 2018 berapakah
bilangan pelancong yang direkodkan melawat Malaysia dan berapakah unjuran yang bakal
dicapai pada tahun 2019?
Kedua, bagaimanakah fokus sektor pelancongan negara dengan memastikan aktiviti
promosi dan pengisian kalendar pelancongan negara tahun 2019 akan memanfaatkan lagi
pertumbuhan ekonomi Malaysia?
Ketiga, bagaimanakah peranan agensi seni dan budaya bagi menyokong pertumbuhan
ekonomi berasaskan pelancongan agar ianya menjadi tarikan utama kehadiran pelancong ke
negara kita?
Keempat, bagaimanakah fokus yang lebih komprehensif yang boleh dimainkan oleh
agensi pembangunan ekonomi dan kebudayaan dalam memastikan industri kreatif dan
menembusi pasaran digital di perkasa agar semua aktiviti seni dan budaya digiatkan di seluruh
negara dan terus diperkasa dan menyumbangkan secara signifikan kepada pertumbuhan
ekonomi Malaysia. Selaku Ahli Dewan Negara yang baru, saya yakin dan percaya bahawa
Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kukuh dan potensi anak-anak tempatan berupaya untuk
menjadikan Malaysia terus cemerlang.
Oleh itu modal insan, tahap pendidikan dan kompetensi diri amat perlu ditingkatkan seiring
dengan kemajuan negara. Untuk itu saya mohon penjelasan dari pihak kerajaan, berapa ramai
kah pelajar kolej vokasional dari batch pertama Diploma Vokasional Malaysia mula dilaksanakan
menghadapi masalah dalam pengiktirafan? Kedua, apakah status jawatankuasa TVET yang
diwujudkan dalam menjajarkan semula institusi TVET agar selaras dengan keperluan semasa?
Ketiga, bagaimanakah kerajaan merangka projek-projek pembangunan ekonomi baru
agar bilangan peluang pekerjaan kepada belia lebih banyak lagi?
Keempat, bagaimanakah latihan komprehensif dapat diberikan kepada belia agar
semangat dan usaha gigih menceburi bidang keusahawanan dapat dijayakan melalui perniagaan
di pasaran digital global seiring dengan inisiatif Malaysia Digital Free Trade Zone…
Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagi?
Datuk Haji Ismail bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, sudah hendak akhir.
Timbalan Yang di-Pertua: Okey, bagus.
Datuk Haji Ismail bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, akhir kata, saya menyokong Usul
Menjunjung Kasih Titah Diraja semasa Istiadat Pembukaan Majlis Parlimen Keempat Belas,
DN 30.8.2018 108 Penggal Pertama oleh Tuanku Sultan Muhamad V, Yang di-Pertuan Agong. Semoga Baginda
diberikan kesejahteraan dan Rahmat Ilahi dalam memayungi rakyat dan pemerintahan negara.
Ampun Tuanku. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Ahli Yang Berhormat dapat bersama kita
melaksanakan tugas kita pada petang ini dan esok ialah Hari Kebangsaan negara kita kali ke-61
bertemakan Sayangi Malaysiaku.
Dengan bertemakan Sayangi Malaysiaku, saya berharap semua rakyat dalam hidup
dalam aman damai, bersatu padu, sentiasa hormat-menghormati dan terus mengamalkan nilai
murni yang akan menjadi teras kepada kehidupan yang penuh perasaan kasih dan sayang.
Sampan kolek menuju ke hilir, Sarat penuh dengan muatannya,
Jangan berkata hanya dibibir, Cintakan negara apa buktinya.
Bunga melur, bunga kekwa,
Hidup segar dihias melati, Semangat merdeka kekal di jiwa,
Nescaya hidup lebih bererti.
Dengan tema ini juga, yang tua dihormati, yang muda dikasihi.
Dengan itu, sayangilah Malaysia. Sekian, terima kasih banyak.
Sekarang Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga
jam 10 pagi, hari Isnin, 3 September 2018.
Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.32 petang]