jurnal minggu kelima

6
JURNAL MINGGU KELIMA Minggu Kelima : 17 ogos sehingga 21 ogos 2014 Beberapa orang murid masih tidak menghantar kerja rumah yang diberikan Isu yang difokuskan Saya telah mengenal pasti beberapa masalah yang berlaku pada minggu ini. Antara masalah yang ingin saya ketengahkan pada minggu ini ialah terdapat beberapa orang murid yang kerap tidak menyiapkan kerja yang diberikan serta tidak menghantar buku seperti yang diarahkan. Mereka sering menangguh tugasan yang diberikan dan secara tidak langsung tugasan tersebut makin bertambah dari sehari ke sehari. Selain itu, kerap memberi alasan apabila disuruh untuk menghantar tugasan yang diberikan. Masalah ini timbul semasa saya mengajar kelas tahun 4. Hal ini dianggap serius kerana, melalui latihan ataupun kerja yang diberikan, secara tidak langsung dapat dijadikan kayu ukur untuk menguji sejauhmana pemahaman dan dapatan mereka keatas sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.

Upload: razak-abdullah

Post on 12-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL MINGGU KELIMA

JURNAL MINGGU KELIMA

Minggu Kelima : 17 ogos sehingga 21 ogos 2014

Beberapa orang murid masih tidak menghantar kerja rumah yang diberikan

Isu yang difokuskan

Saya telah mengenal pasti beberapa masalah yang berlaku pada minggu ini. Antara masalah yang

ingin saya ketengahkan pada minggu ini ialah terdapat beberapa orang murid yang kerap tidak

menyiapkan kerja yang diberikan serta tidak menghantar buku seperti yang diarahkan. Mereka

sering menangguh tugasan yang diberikan dan secara tidak langsung tugasan tersebut makin

bertambah dari sehari ke sehari. Selain itu, kerap memberi alasan apabila disuruh untuk

menghantar tugasan yang diberikan. Masalah ini timbul semasa saya mengajar kelas tahun 4.

Hal ini dianggap serius kerana, melalui latihan ataupun kerja yang diberikan, secara tidak

langsung dapat dijadikan kayu ukur untuk menguji sejauhmana pemahaman dan dapatan mereka

keatas sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.

Analisis

Setelah melakukan pemerhatian dan analisis terhadap masalah yang timbul, di dapati murid-

murid tersebut memang kerap melakukan kesalahan dan masalah khususnya tidak menyiapkan

tugasan yang diberikan oleh guru. Hal ini turut dialami oleh guru-guru yang lain. Masalah ini

timbul mungkin disebabkan tindakan atau hukuman yang diberikan kurang memberi impak

Page 2: JURNAL MINGGU KELIMA

kepada mereka. Sungguhpun sudah kerap kali dimarahi mahupun diberi amaran, mereka tetap

mengulanginya.

Selain itu, apa yang saya dapat lihat, sewaktu saya mengajar di dalam kelas, murid-murid sibuk

melakukan kerja lain yang tidak berfaedah seperti bual dan sebagainya. Saya juga telah bertanya

kepada murid yang terlibat ini secara persendirian tentang masalah yang dihadapi,kebanyakan

daripada mereka mempunyai masalah keluarga seperti ibu bapa yang tidak prihatin,ibu bapa

yang sudah tiada dan terlalu dimanjakan oleh ibu bapa.

Kajian lampau

Menurut Woody (1992) semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai

bentuk dan ragam. Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku tidak boleh

menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya

keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya

dengan orang lain.

Menurut Atkinson (1990) tingkah laku bermasalah / negatif adalah merupakan tingkah laku yang

terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku negatif

ini boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkah laku desruptif, pergantungan berlebihan,

tingkah laku kebimbangan dan sebagainya.

Kaedah Ganjaran dan Hukuman ini merupakan sebuah kaedah yang diolah dari Teori Pelaziman

Operan Skinner. B. F. Skinner (1958) mempercayai bahawa sesuatu tingkah laku itu dipengaruhi

oleh faktor peneguhan sama ada ganjaran atau dendaan. Dengan adanya ganjaran dan hukuman

Page 3: JURNAL MINGGU KELIMA

yang sesuai, maka tingkah laku positif dapat dikekalkan manakala tingkah laku yang negatif

murid-murid akan diubah.

Cadangan untuk memperbaiki

1. Saya patut membaca lebih banyak buku berkaitan tentang pengawalan kelas secara

maksimum yang banyak diterbitkan bagi panduan guru-guru masa kini.

2. Saya akan cuba mendapatkan nasihat dan pandangan daripada guru pembimbing serta guru-

guru yang sudah berpengalaman dalam dunia pendidikan di sekolah tersebut.

3. Saya akan lebih tegas dan memberi amaran bahawa tidak melakukan tugasan lain sewaktu

sesi P & P sedang berjalan

Tempoh masa

17 ogos sehingga 21 ogos 2014

Penilaian

Saya akan meminta kerjasama guru pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya

di samping meminta pandangan daripada rakan sebaya dan beberapa guru lain.

Tindakan susulan

Page 4: JURNAL MINGGU KELIMA

.Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan lebih peka terhadap murid-

murid, saya akan memastikan murid-murid sudah bersedia untuk memulakan sesi pengajaran dan

pembelajaran dengan tidak melakukan perkara sewaktu saya mengajar.Saya akan membuat

senarai semak bagi murid-murid yang sudah menghantar tugasan mereka.

Kesimpulan

Saya merasa berpuas hati apabila murid yang bermasalah sudah menunjukkan hasil yang positif

setelah diberi nasihat dan amaran. Saya juga mula sedar akan kesungguhan mereka untuk

menyiapkan kerja sekolah yang saya berikan walaupun tidak sesempurna rakan-rakan mereka

yang lain. Saya harapkan usaha mereka untuk berubah akan berterusan walaupun setelah saya

keluar daripada sekolah tersebut.