jurnal-2

5
JURNAL MINGGU 2 SARIMAH BINTI UDIN ( PISMP PKMP SK1 JANUARI 2013 BILANGAN JURNAL : Ke – 2 MINGGU PRAKTIKUM : Minggu 2 TARIKH PERISTIWA/ KEJADIAN : 3 Ogos – 7 Ogos 2015 TAJUK JURNAL : Kawalan Kelas Dan Tingkah Laku Pelajar MASALAH Pada minggu ini saya mengajar mata pelajaran Matematik selama 4 waktu di PPKI A saya mengajar PPKI B iaitu matapelajaran Pendidikan Seni Visual selama 2 waktu dan jumlah keseluruhannya adalah 6 waktu. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah saya dapati terdapat beberapa orang murid tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Mereka membuat bising dan mengganggu rakan lain yang sedang membuat tugasan yang diberikan. Saya telah menegur mereka supaya tidak berbuat bising. Walau bagaimanapun, teguran yang diberikan tidak menghalang atau memberhentikan mereka dari mengulangi tingkah laku yang sama. Mereka hanya akan diam untuk seketika sahaja dan setelah itu mereka akan mula membuat bising dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. ANALISIS MASALAH Sepanjang minggu ini, saya telah memasuki kelas PPKI A sebanyak dua kali. Tingkah laku bising dan suka mengganggu rakan yang lain akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Menurut Meece (2002), bermain merupakan sebahagian daripada perkembangan

Upload: cik-sarimah

Post on 09-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL-2

JURNAL MINGGU 2

BILANGAN JURNAL : Ke – 2

MINGGU PRAKTIKUM : Minggu 2

TARIKH PERISTIWA/ KEJADIAN : 3 Ogos – 7 Ogos 2015

TAJUK JURNAL : Kawalan Kelas Dan Tingkah Laku Pelajar

MASALAH

Pada minggu ini saya mengajar mata pelajaran Matematik selama 4 waktu di PPKI A saya

mengajar PPKI B iaitu matapelajaran Pendidikan Seni Visual selama 2 waktu dan jumlah

keseluruhannya adalah 6 waktu. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah saya dapati terdapat beberapa orang murid tidak menumpukan perhatian semasa guru

mengajar. Mereka membuat bising dan mengganggu rakan lain yang sedang membuat tugasan

yang diberikan. Saya telah menegur mereka supaya tidak berbuat bising. Walau

bagaimanapun, teguran yang diberikan tidak menghalang atau memberhentikan mereka dari

mengulangi tingkah laku yang sama. Mereka hanya akan diam untuk seketika sahaja dan

setelah itu mereka akan mula membuat bising dan mengganggu proses pengajaran dan

pembelajaran.

ANALISIS MASALAH

Sepanjang minggu ini, saya telah memasuki kelas PPKI A sebanyak dua kali. Tingkah laku

bising dan suka mengganggu rakan yang lain akan menyebabkan proses pengajaran dan

pembelajaran terganggu. Menurut Meece (2002), bermain merupakan sebahagian daripada

perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak (Woolfolk,A.,2004). Selain itu, berkemungkinan

murid-murid ini hanya ingin mendapatkan perhatian dari saya yang merupakan guru baru yang

memasuki kelas mereka dengan melakukan tingkah laku yang negatif.

Page 2: JURNAL-2

JURNAL MINGGU 2

CADANGAN

Bagi mencegah dan mengelakkan murid-murid ini membuat bising dan mengganggu proses

pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan kelak, saya sebagai guru perlu membina

hubungan yang baik dan mesra dengan murid-murid dengan cara berbual dengan murid

mengenai diri, keluarga dan minat mereka. Selain itu, saya mestilah selalu berinteraksi dengan

bertanya khabar atau menegur murid apabila bertemu dengan mereka. Tindakan ini akan

menambahkan lagi rasa senang hati dalam diri murid kerana mereka akan rasa ada orang

mengambil berat tentang dirinya. Jika sebelum ini, murid hanya dimarahi kerana berbuat bising,

kali ini dia rasa dihargai. Apabila mereka mesra dan baik dengan saya mereka akan berasa

malu untuk berkelakuan yang negatif. Kebarangkalian untuk murid tersebut mengulangi tingkah

laku yang negatif pada masa hadapan akan berkurangan.

Selain itu, guru boleh memanggil murid untuk berbincang dan berkongsi masalah yang

mereka hadapi secara individu. Walaupun tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut,

sekurang-kurangnya murid-murid akan merasa lega dan tenang kerana dapat berkongsi dan

meluahkan masalah dalam diri mereka. Menurut Mortimore dan Whitty (1997), sekolah tidak

mempunyai kuasa untuk mengubah kelemahan sosial sepenuhnya dalam masyarakat kita,

namun perancangan intervensi yang baik di sekolah dapat membantu mereka menghadapi

masalah sosial daripada tercicir dalam pendidikan. Sekolah perlu menyediakan persekitaran

yang selamat bagi membantu perkembangan kanak-kanak khususnya murid yang menghadapi

pengalaman dan pengaruh negatif dalam kehidupan mereka. Curwin dan Mondler menyatakan

bahawa pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan salah satu strategi untuk mencegah

masalah disiplin. Setelah mengetahui dan memahami seseorang murid dengan lebih dekat

mungkin dapat dikenalpasti punca mereka berkelakuan tertentu. Oleh itu, teguran dan nasihat

yang sesuai boleh diberikan agar murid tersebut tidak terus berkelakuan negatif.

Page 3: JURNAL-2

JURNAL MINGGU 2

TEMPOH PENYELESAIAN

3 Ogos – 7 Ogos 2015

TINDAKAN SUSULAN

Ketika berlakunya pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memantau dan memerhatikan

kelakuan murid-murid setelah teguran dan nasihat diberikan. Selain itu, kebiasaannya apabila

telah diberi nasihat dan teguran akan ada sedikit perubahan terhadap tingkah laku murid. Oleh

itu, guru perlu memberi peneguhan positif seperti pujian kepada murid tersebut. Murid tersebut

akan dijadikan contoh kepada murid-murid lain yang masih melakukan tingkah laku negatif.

CATATAN

Menurut Kounin (1971), faktor utama dalam menguruskan tingkah laku dalam bilik darjah

adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku dalam

bilik darjahnya pada setiap masa dan cara untuk menangani masalah sebelum menjadi

masalah disiplin. Seorang murid yang melakukan tingkah laku negatif akan mempengaruhi

tingkah laku rakan sebaya di sekelilingnya. Oleh itu, guru perlu bijak dalam menguruskan bilik

darjah untuk mengurang dan mengelakkan tingkah laku negatif.

Disemak oleh Guru Pembimbing, Disemak oleh Pensyarah Penyelia,

Tandatangan: ……………………………….. Tandatangan: ……………………….............

Nama: ……………………………………….. Nama: ………………………………………..

Page 4: JURNAL-2

JURNAL MINGGU 2

Tarikh: …………………………………........ Tarikh: ………………………………………..