jurnal 2

3
Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : : : : Ke-2 Kedua 20.07.2014 24.07.2014 Masalah !isi"lin Murid #mem$uat $ising% INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 1. Masalah / Peristiwa Minggu ini merupakan minggu kedua untuk sesi pengajaran dan pembelajaran saya Saya telah menghadapi masalah apabila sebilangan murid yang membuat bising dalam bilik darjah. Perkara ini sering berlaku apabila murid–murid diberi tug membuat terutamanya semasa aktiviti kumpulan. Keadaan ini menyebabkan sa berasa risau dan juga tertekan untuk mengawal murid-murid. Hal ini juga menimbul beberapa masalah dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi semasa proses pengajaran dan pembelajaran pada hari–hari tertentu. 2. Analisis Saya telah mula berfikir tentang apakah langkah yang harus saya amb mengatasi masalah ini. engan itu! bermulalah pen"arian saya dengan mengenalpast pun"a-pun"a yang menyebabkan masalah ini berlaku. #erdapat beberapa faktor yang menyebakan masalah ini berlaku. Masalah ini timbul kerana murid–murid sangat fok kepada pelajaran sehingga bersaing sesama sendiri dan mewujudkan keadaan yang bising. Mereka juga ingin menyiapkan tugasan pada tempoh masa yang diberikan dan ingin berbin"ang jawapan dengan rakan yang lain. Selain itu! mereka juga tidak t dengan saya. Hal ini juga mendorong untuk murid–murid membuat bising. . !a"an#an tin"a$an s%s%lan

Upload: rubini-devi-mutthusamy

Post on 01-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal Minggu PraktikumTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal :::: Ke-2Kedua20.07.2014 24.07.2014Masalah Disiplin Murid (membuat bising)

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

1. Masalah / PeristiwaMinggu ini merupakan minggu kedua untuk sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Saya telah menghadapi masalah apabila sebilangan murid yang membuat bising dalam bilik darjah. Perkara ini sering berlaku apabila muridmurid diberi tugasan untuk membuat terutamanya semasa aktiviti kumpulan. Keadaan ini menyebabkan saya berasa risau dan juga tertekan untuk mengawal murid-murid. Hal ini juga menimbulkan beberapa masalah dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi semasa proses pengajaran dan pembelajaran pada harihari tertentu. 2. AnalisisSaya telah mula berfikir tentang apakah langkah yang harus saya ambil untuk mengatasi masalah ini. Dengan itu, bermulalah pencarian saya dengan mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Terdapat beberapa faktor yang menyebakan masalah ini berlaku. Masalah ini timbul kerana muridmurid sangat fokus kepada pelajaran sehingga bersaing sesama sendiri dan mewujudkan keadaan yang bising. Mereka juga ingin menyiapkan tugasan pada tempoh masa yang diberikan dan ingin berbincang jawapan dengan rakan yang lain. Selain itu, mereka juga tidak takut dengan saya. Hal ini juga mendorong untuk muridmurid membuat bising.3. Cadangan tindakan susulana. Saya harus merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan teratur bagi semua muridmurid dapat mengikuti pengajaran saya dengan berkesan dan juga cepat.b. Saya perlu bersifat tegas dan memberi arahan yang jelas supaya dipatuhi oleh murid-murid.c. Saya akan menggunakan teknik time out.d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan juga pensyarah pembimbing berkaitan dengan perkara ini.e. Mengasingkan rakan di sebelah murid yang membuat bising dan menempatkan mereka di hadapan kelas.f. Saya akan menjelaskan peraturan kelas kepada murid-murid.g. Saya akan menyuruh semua murid bangun dan duduk beberapa kali apabila mereka membuat bising.h. Saya akan memberikan satu ganjaran dalam bentuk sticker penilaian kepada muridmurid dalam kumpulan yang tidak membuat bising.4. Tempoh masa dan keberkesanan tindakan susulanSaya telah cuba untuk mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Mula-mula, saya telah cuba untuk mengubah sikap menjadi guru yang bersifat tegas. Saya telah menggunakan teknik time-out. Murid yang membuat bising akan ditempatkan berasingan daripada kumpulan untuk waktu yang singkat. Satu penghargaan juga akan diberi kepada kumpulan yang menunjukan prestasi yang baik. Saya juga akan menjalankan aktiviti yang benarbenar menarik minat murid dalam kepelbagaian bahan bantu mengajar.Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :Nama :Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :Nama :Tarikh :