jurnal 2

11
Pendidikan Sains 1 Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 9 – 10 September 2012 KAEDAH NYANYIAN DALAM MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 DALAM TOPIK MAGNET Hisyamuddin Abdul Razab Amir Hamzah Sharaai Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang : [email protected] Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012 ABSTRAK Miskonsepsi boleh diertikan sebagai salah faham, keliru, delusi, salah fikiran, salah perhitungan, salah pegangan dan pelbagai lagi. Perkara seumpama ini sering berlaku kepada murid-murid di sekolah rendah. Nyanyian merupakan gubahan atau ciptaan muzik yang dilagukan dengan suara, bunyi atau suara yang berirama dan berlagu (Kamus Pelajar, 1995). Wagner dan Zeigler (1982) menyebut bahawa lagu merupakan penyampaian informasi serta pernyataan perasaan dalam bentuk berirama. Kajian membuktikan miskonsepsi atau salah faham boleh diatasi dengan menggunakan teknik ataupun kaedah ini. Oleh yang demikian, dalam kajian ini,saya akan menggunakan pendekatan tersebut,iaitu kaedah nyanyian dalam mengatasi masalah miskonsepsi atau salah fakta berhubung dengan topik Magnet Tahun 3. Dalam kajian ini, ujian pra akan digunakan untuk mengenalpasti salah faham dan temubual akan mengesahkan salah faham tersebut. Keputusan kajian menunjukkan 5 orang responden yang mengalami masalah miskonsepsi tersebut dapat diatasi. Oleh itu, kajian ini menyokong kenyataan daripada kajian sebelumnya yang menyimpulkan penggunaan kaedah nyanyian dapat mengatasi salah fakta dikalangan murid-murid Kata kunci: Miskonsepsi, teknik nyanyian, topik Magnet Tahun 3 PENGENALAN Kajian ini merupakan satu usaha berterusan ke arah mengkaji keberkesanan dalam menggunakan kaedah muzik dalam proses pembelajaran dan pengajaran, (p&p). Usaha ini merupakan satu usaha murni yang sentiasa berpaksikan kepada teras utama matlamat pendidikan yang mana ingin memastikan para pelajar dapat memahami dan juga mengingat suatu hasil pelajaran dengan lebih efektif dan bermakna. Kajian ini juga termasuklah dengan menguji sejauh mana keberkesanan penggunaan muzik dalam pendekatan tersebut dapat membantu para pelajar dan juga guru secara amnya dalam aktiviti p&p. Walaupun telah nyata pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan umumnya, tentang bagaimana untuk meningkatkan tahap pendidikan, namun ia masih lagi lagi tidak mencukupi kerana ia memerlukan pelaksanaan daripada guru dan murid itu sendiri. Matlamat pendidikan kebangsaan yang telah digubal oleh kementerian pendidikan kerajaan

Upload: sundaramoorthi-govindasamy

Post on 20-Jun-2015

290 views

Category:

Education

6 download

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL 2

Pendidikan Sains 1

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

KAEDAH NYANYIAN DALAM MENGATASI MASALAHMISKONSEPSI DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3

DALAM TOPIK MAGNET

Hisyamuddin Abdul RazabAmir Hamzah Sharaai

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang: [email protected]

Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

ABSTRAK

Miskonsepsi boleh diertikan sebagai salah faham, keliru, delusi, salahfikiran, salah perhitungan, salah pegangan dan pelbagai lagi. Perkaraseumpama ini sering berlaku kepada murid-murid di sekolah rendah.Nyanyian merupakan gubahan atau ciptaan muzik yang dilagukandengan suara, bunyi atau suara yang berirama dan berlagu (KamusPelajar, 1995). Wagner dan Zeigler (1982) menyebut bahawa lagumerupakan penyampaian informasi serta pernyataan perasaan dalambentuk berirama. Kajian membuktikan miskonsepsi atau salah fahamboleh diatasi dengan menggunakan teknik ataupun kaedah ini. Olehyang demikian, dalam kajian ini,saya akan menggunakan pendekatantersebut,iaitu kaedah nyanyian dalam mengatasi masalah miskonsepsiatau salah fakta berhubung dengan topik Magnet Tahun 3. Dalamkajian ini, ujian pra akan digunakan untuk mengenalpasti salah fahamdan temubual akan mengesahkan salah faham tersebut. Keputusankajian menunjukkan 5 orang responden yang mengalami masalahmiskonsepsi tersebut dapat diatasi. Oleh itu, kajian ini menyokongkenyataan daripada kajian sebelumnya yang menyimpulkanpenggunaan kaedah nyanyian dapat mengatasi salah fakta dikalanganmurid-murid

Kata kunci: Miskonsepsi, teknik nyanyian, topik Magnet Tahun 3

PENGENALAN

Kajian ini merupakan satu usaha berterusan ke arah mengkaji keberkesanan dalammenggunakan kaedah muzik dalam proses pembelajaran dan pengajaran, (p&p). Usaha inimerupakan satu usaha murni yang sentiasa berpaksikan kepada teras utama matlamatpendidikan yang mana ingin memastikan para pelajar dapat memahami dan juga mengingatsuatu hasil pelajaran dengan lebih efektif dan bermakna. Kajian ini juga termasuklah denganmenguji sejauh mana keberkesanan penggunaan muzik dalam pendekatan tersebut dapatmembantu para pelajar dan juga guru secara amnya dalam aktiviti p&p.

Walaupun telah nyata pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan umumnya,tentang bagaimana untuk meningkatkan tahap pendidikan, namun ia masih lagi lagi tidakmencukupi kerana ia memerlukan pelaksanaan daripada guru dan murid itu sendiri.Matlamat pendidikan kebangsaan yang telah digubal oleh kementerian pendidikan kerajaan

Page 2: JURNAL 2

Pendidikan Sains 2

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

kita Malaysia amat jelas. Walau bagaimanapun, ia memerlukan usaha dan juga tumpuanyang tidak berbelah bagi daripada guru untuk merealisasikannya.

Amalan sikap-sikap profesionalisme gurulah sebenarnya menjadi teras utama untukmelaksanakan usaha murni ini. Sikap guru yang benar-benar sabar, tabah, kreatif, berinovasidan sentiasa ingin melakukan perubahan akan memastikan kejayaan anak-anak didiknyabukan saja dari segi ilmu pendidikan bahkan juga dari segi akhlak pelajar tersebut.Salah satu amalan profesionalisme yang patut setiap guru amalkan ialah sentiasa kreatifdalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Kreatif ini bukan saja dari segicorak pelaksanaan, aktiviti, bahkan ia juga merangkumi cara penyampaian, komunikasi dansebagainya.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengalaman semasa menjalani sesi praktikum sebelum ini, terdapat beberapa perkara yangdikira amat perlu dilakukan perubahan. Akibatnya, perkara tersebut sedikit sebanyak akanmenggugat prestasi-prestasi pelajar dalam pelajaran. Antara perkara yang amat perlu diberiperhatian adalah tentang tranformasi dan juga perubahan kaedah dalam p&p terutamanyadalam subjek teras iaitu sains.

Ringkasnya, kaedah p&p yang tidak begitu sesuai, akan memberikan impak yang besarkepada proses pemelajaran tersebut. Perancangan aktiviti yang terlalu biasa, kurang menarik,hambar dan pasif, akan menyebabkan kelas menjadi bising membosankan dan seterusnyaakan menyebabkan suasana berada di luar kawalan. Sebarang kesilapan yang dilakukan olehguru akan mengakibatkan perlakuan-perlakuan pelajar yang tidak sepatutnya. Oleh yangdemikian, seseorang guru itu perlulah sentiasa peka dengan setiap perkara yang berlaku didalam kelas, mahupun di luar kelas.

Refleksi nilai pendidikan

Seperti mana yang diketahui umum, negara Malaysia mempunyai Falsafah Pendidikan yangtersendiri. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di Malaysia adalahbertujuan melahirkan insan yang seimbang baik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dansosial. Kajian adalah bertujuan untuk membuktikan bahawa kaedah nyanyian dalampendidikan dapat melahirkan murid yang seimbang dari aspek-aspek berikut. Apabila muridmenyanyi, secara tidak langsung ia merupakan ekspresi emosi dan dapat membina keyakinanmurid.

Muzik juga merupakan terapi (Mok, SS. 2010). Gaya dan gerakan yang dimasukkan didalam nyanyian akan dapat membantu murid dalam aspek jasmani. Melalui muzik dannyanyian juga dapat membantu murid dalam memperkembang kemahiran sosial mereka. Halini dapat dilihat apabila mereka melibatkan diri bersama rakan-rakan ketika melakukanaktiviti ini. Dari aspek intelek pula murid harus mengingati lirik lagu dan seterusnyamemahami lirik tersebut.

Page 3: JURNAL 2

Pendidikan Sains 3

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

OBJEKTIF KAJIAN

Mengatasi masalah salah fakta di kalangan pelajar dalam mengingat fakta-fakta Sains, tahapsatu iaitu topik Magnet Tahun 3

PERSOALAN KAJIAN

1) Apakah terdapat miskonsepsi dihadapi oleh murid Tahun 3 dalam topik Magnet?2) Adakah kaedah nyanyian tersebut akan berjaya mengubah tingkah laku murid khususnya

dalam penglibatan mereka dalam aktiviti?3) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian murid dalam ujian pra dan

pasca?

METODOLOGI

Kajian tindakan ini meliputi dua pendekatan iaitu:

Kualitatif

Satu sesi temu bual akan dijalankan bagi mengesan responden yang mengalami masalah kekeliruandalam topik Magnet. Soalan yang diutarakan kepada responden adalah Apakah yang akan berlakukalau dua magnet diletakkan sama kutubnya antara satu sama lainnya?

Pemerhatian juga akan dibuat sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran bagi melihatsejauhmanakah penglibatan pelajar dalam aktiviti pengajaran. Sesi pengajaran adalah sebelum danselepas sesi intervensi dijalankan. Kaedah pemerhatian ini digunakan bagi menjawab persoalankajian yang kedua iaitu ingin melihat Adakah kaedah nyanyian tersebut akan berjaya mengubahtingkah laku murid khususnya dalam penglibatan mereka dalam aktiviti?

Kuantitatif

Ujian pra dan ujian pasca juga merupakan satu kaedah yang digunakan bagi mengesan apakah salahfakta yang dialami oleh murid dalam topik Magnet ? Manakala ujian pasca pula digunakan untukmelihat pencapaian responden selepas sesi intervensi. Seterusnya menjawab persoalan kajian yangketiga iaitu Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian murid dalam ujian pra danpasca?

ANALISIS KAJIAN

Analisis salah fakta oleh responden

a) Sesi 1 (uijian pra)

Soalan ujian pra adalah:Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu:

Apakah salah fakta yang dialami oleh murid dalam topik Magnet?Soalan ujian pra tersebut adalah, Lukisan dua keadaan yang menunjukkan di mana magnettersebut menarik dan menolak antara satu sama lain? Jawapan yang diberikan oleh muridadalah seperti dalam Jadual 1.

Page 4: JURNAL 2

Pendidikan Sains 4

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

Jadual 1: Lukisan Ujian Pra

Responden Lukisan yang dihasilkan

Responden 1

Responden 2

Responden 3

Responden 4

Responden 5

Berikut adalah analisis peratusan murid yang mengalami kekeliruan dalam topik Magnet.Jumlah keseluruhan murid dalam kelas adalah seramai 37 orang dan jumlah murid yangmengalami kekeliruan adalah seramai 5 orang sahaja. Peratus murid yang mengalamimasalah adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.

Page 5: JURNAL 2

Pendidikan Sains 5

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

Jadual 2: Peratus Murid yang Mengalami KekeliruanJumlah

keseluruhanmurid

Jumlah murid yangmengalamikekeliruan

Peratus murid yangmengalamikekeliruan

Catatan

37 5 13.5% 5 orang murid yang mengalami salah faktaatau kekeliruan akan dijadikan calonresponden

Rumusan ujian pra

Dapatan saya, setelah diberikan ujian pra, seramai 37 orang murid telah menjawab soalantersebut, dan seramai 32 orang telah menjawab dengan betul. Manakala seramai 5 orang lagitelah mejawab dengan salah. Untuk makluman, 5 orang pelajar tersebut adalah pelajar yangtelah dikenalpasti sebagai calon responden. Walau bagaimanapun, salah fakta respondenakan disahkan melalui sesi temu bual untuk sesi kedua pula.

b) Sesi 2 (temubual)Satu sesi temu bual telah dijalankan bagi mengesahkan salah faham responden terhadapkonsep tersebut dan keputusan adalah seperti berikut. Soalan yang diutarakan adalahbertujuan untuk membuat kepastian tentang perspektif responden terhadap konsep sains yangdiketengahkan.

Soalan yang dikemukakanApakah yang akan berlaku kalau dua magnet diletakkan sama kutubnya antara satu samalainnya?

Responden 1‘Saya rasa kalau kutub yang sama mesti tarik’..Walaupun responden telah menjawab dengan yakin namun dia silap sama sekali keranamemberikan jawapan yang sebaliknya.

Responden 2‘Kutub sama, tolak kot..Eh,tak tahulah tarik ke tolak..Walaupun responden telah memberikan jawapan, namun, dia mempunyai sedikit kekeliruandalam konsep tersebut

Responden 3‘Err..tolak..eh, tarik cikgu..’Responden sama sekali hanya mengagak sahaja jawapan tersebut

Responden 4‘Tak tahulah cikgu, saya tak ingatlah..’Responden telah menyatakan bahawa dia tidak ingat tentang konsep yang dimaksudkantersebut.

Responden 5‘Tarik ke tolak ek? Entahlah, lupa lah cikgu..’

Page 6: JURNAL 2

Pendidikan Sains 6

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

Responden juga tidak dapat mengingat dengan jelas apa yang dipelajari olehnya pada sesipemelajaran yang lepas.

Rumusan sesi temu bual

Setelah mengutarakan soalan sedemikian kepada para pelajar, maka pelbagai jawapan telahditerima. Antara jawapan-jawapan yang diterima boleh menggambarkan bahawa respondenmengalami masalah salah fakta adalah mereka yang keliru dengan apa yang telah merekapelajari sebelum ini. Maka dengan kedua-dua sesi ini mengesahkan bahawa respondenmemang mengalami masalah.

c) Sesi 3 (pemerhatian)

Pemerhatian bermaksud melihat fenomena yang berlaku yang dicerap dengan menggunakanpancaindera mata. Pemerhatian telah dibuat berdasarkan terhadap penglibatan penglibatan,maklum balas dari pelajar dan sebagainya Sepanjang pemerhatian adalah dipastikan bahawapara pelajar tidak menyedari tentang gambarnya dirakam.

Sebarang gangguan dikhuatiri akan menjejaskan dapatan kajian. Segala pemerhatian yangtelah dijalankan telah diterjemahkan dalam bentuk senarai semak yang telah dirangka. Bagimenjawab persoalan kajian yang kedua iaitu ‘Adakah kaedah nyanyian tersebut akanberjaya mengubah tingkah laku murid khususnya dalam penglibatan mereka dalamaktiviti?’ Maka satu pemerhatian telah dibuat sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 3dan Rajah 4 di bawah. Gambar-gambar menunjukkan penglibatan responden dalam setiapsesi pengajaran.

(a) (b) (c)

Rajah1: Tingkah laku Responden Dalam Sesi 1

Gambar (a) (b) dan (c) adalah menunjukkan tingkahlaku murid dalam sesi p&p yang pertama.Ketiga-tiga gambar menunjukkan tingkah laku murid yang pasif dalam aktiviti p&p yangdijalankan menggunakan kaedah tradisional.

Page 7: JURNAL 2

Pendidikan Sains 7

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

(d) (e) (f)

Rajah 2: Tingkah laku Responden Dalam Sesi 2

Gambar (d) (e) dan (f) pula menunjukkan tingkah laku murid ketika sesi intervensidijalankan. Ketiga-tiga gambar menunjukkan penglibatan murid yang aktif dalam sesipengajaran dan pembelajaran tersebut. Gambar (d) menunjukkan murid menyanyi bersama-sama. Gambar (e) dan (f) pula menunjukkan murid menyanyi sambil melompat-lompatkeriangan.

Setelah pemerhatian dibuat, kriteria-kriteria yang diperhatikan telah diringkaskansebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 3 di bawah.

Jadual 3 Kriteria Pemerhatian Sebelum Dan Selepas Sesi IntervensiResponden Menyanyi Menyanyi

sambilmelompat

Menggerakkanbibir mulut

sahaja

Tidakmelibatkan diri

Responden 1Responden 2Responden 3Responden 4Responden 5

Rumusan pemerhatian

Selepas dibuat pemerhatian didapati responden telah menunjukkan penglibatan yang positifdalam aktiviti pengajaran. Walau bagaimanapun, terdapat juga responden yang kurangmengambil bahagian seperti hanya menyanyi sahaja tanpa menunjukkan ekspreasikegembiraan dalam aktiviti. Ekspresi kegembiraan boleh dilihat melalui pergerakan-pergerakan anggota kasar badan seperti tangan dan juga kaki. Perubahan tingkahlaku muridboleh dilihat sebagaimana yang ditunjukkan dalam gambarajah. Kesimpulannya, instrumenpemerhatian telah digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang kedua.

c) Sesi 4 Ujian PascaSetelah sesi intervensi dijalankan, satu ujian pasca telah dijalankan bagi melihat sejauhmanakah pencapaian responden dalam pengajaran. Instrumen ujian pasca digunakan bagimenjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu, ‘Adakah terdapat perbezaan yang signifikanantara pencapaian murid dalam ujian pra dan pasca? Didapati memang terdapat perbezaan

Page 8: JURNAL 2

Pendidikan Sains 8

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

yang signifikan dalam pencapaian responden dalam ujian yang dijalankan. Hasil dapatanyang diperoleh selepas ujian pasca iaitu selepas sesi intervensi dijalankan ditunjukkansebagaimana dalam Jadual 4.

Jadual 4: Perbezaan Lukisan Ujian Pra Pasca

Responden Lukisan yang dihasilkandalam ujian pra

Lukisan yangdihasilkan dalam ujianpasca

Responden 1

Responden 2

Responden 3

Responden 4

Responden 5

Rumusan Ujian Pasca

Mengikut jawapan yang telah diberikan oleh responden selepas sesi intervensi, didapatiterdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca.Lukisan ujian pra menunjukkan responden mengalami kekeliruan dan kekeliruan tersebuttelah di atasi melalui kaedah yang telah diaplikasikan. Pencapaian responden boleh dilihatdalam ujian pasca sebagaimana yang ditunjukkan alam rajah di atas.

Page 9: JURNAL 2

Pendidikan Sains 9

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan pencapaian yang positif. Respon positifmurid-murid terhadap teknik ataupun kaedah yang diaplikasikan menunjukkan penggunaanlagu sebagai subjek atau medium untuk menyampaikan fakta-fakta sains adalah satupendekatan yang efektif bagi murid-murid terhadap subjek sains amnya. Salah satukemungkinan dapatan ini diperolehi ialah sifat murid yang sukakan hiburan dan santai.Mungkin sebelum ini, teknik pengajaran subjek sains hanya lebih kepada menggunakanteknik penyampaian secara lisan di dalam kelas.

Dapatan ini secara tidak langsung akan menunjukkan kepada kita bahawa penerimaan muridterhadap muzik dapat dijadikan syarat untuk memastikan teknik nyanyian ini berkesan.Tambahan pula, aktiviti ini dilakukan bersama rakan-rakan yang lain yang dapatmenambahkan lagi semangat mereka semasa menyanyi. Pendekatan pembelajaran yangsesuai akan menjadikan suasana pembelajaran menarik dan kondusif.

Dalam kajian tindakan ini, kaedah yang dipilih adalah menggunakan teknik nyanyian yangmerangkumi elemen pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar. Pendekatan ini amat sesuaidengan mereka kerana ia boleh merangsang pelajar menjadi lebih aktif. Pelajar mempunyaibanyak masa untuk meneroka sendiri permasalahan yang dihadapi bagi mencaripenyelesaiannya dengan bimbingan guru.

Ujian pra dan ujian pasca telah dilaksanakan dan didapati terdapat perubahan dalampelaksanaanya. Ini adalah kerana semasa ujian pra, murid-murid belum mendapatpendedahan bagaimana cara untuk mengingat dan minda mereka belum terangsang untukberfikir bagaimana untuk mereflek kembali konsep-konsep yang telah dipelajari sebelum ini.Hasil dapatan ujian pasca telah menunjukkan peningkatan kerana mereka telah mengikutikaedah ini dengan sebaiknya.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Sebagai cadangan kepada pengkaji seterusnya adalah dapat meneruskan penggunaan teknikini dengan cara membuat beberapa pengubahsuaian dalam kaedah. Pentingnya, kaedah yangdiaplikasikan sangat membantu para pelajar dalam membina pemahamannya yang tersendiridan juga merangsang pembelajaran secara konstruktivisme.

Memang terdapat begitu banyak buku atau modul yang menerangkan tentang sesuatu kaedah,namun ianya memerlukan kepada hafazan dan ingatan untuk mengaplikasikannya. Oleh yangdemikian, nyanyian dapat dijadikan salah satu pemudahcara dalam menghafaz sesuatu tajukyang bersesuaian seperti menguasai istilah konsep mahupun terma-terma yang penting.Walaubagaimanapun, berdasarkan pengalaman yang lepas, pendekatan ini bolehdiperkembangkan lagi dengan membuat beberapa pengubahsuaian baik dari aspek respondenmahupun tekniknya penyampaiannya yang tersendiri. Jumlah ataupun populasi sampel bolehdipertingkatkan dalam sesuatu masa. Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kaedah jugaboleh dilakukan contohnya menggunakan alatan muzik yang ringkas dan senang digunakan.Contohnya menggunakan alatan muzik seperti tamborin. Transformasi kaedah juga bolehdilakukan dengan memberi peluang kepada murid mencipta sendiri lirik lagu mengikutkreativiti mereka masing-masing.

Page 10: JURNAL 2

Pendidikan Sains 10

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

RUJUKAN

Alis Bin Puteh. (2009). Kajian Tindakan Di Sekolah Satu Pengenalan. Kedah Darul Aman:Pure Honey Enterprise.

Bridgehouse, P. (1996) Tips for Learning and Teaching Songs in Other Languages .EdVentures in Learning: The Magazine of Music EdVentures, Inc. Vol. I No. I

Winter.

Bafile, C. Kids Learn Better With a Song in Their Hearts (Publication.21/01/2010)From Education World: http://www.educationword.com/a_admin/inladmin510.shtml

Cohen, E.R.M. (1994) Restructuring the classroom: Condition for productive small-groups.Review of Educational Research 64:31-35.

Ellie Keegan. Using songs in English teaching. Retrieved 23 May, 2010From, http://www.celta-course.com/songs.html

Feldman, A., & Weiss, T. (2000). Suggestions for Writing the Action Research Report.Retrieved 19/01/2010, Fromhttp://www.delsearegional.us/Academic/MediaCenter/hs/ActionResearchReport.htm

Ilham, K. K. (2009) The Effectiveness of Teaching Vocabulary Using Songs And HandPuppet:

An Experimental Study At The Fourth Years of SD Negeri Gentan 02 Baki,Sakoharjo,

Universitas Muhammadiyah, Surakarta.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Pusat Perkembangan KurikulumDewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kemmis, R. & Mc. Taggort. (1988) The action research reader.Victoria: Deakin University.

Kemmis S. (1994)Action research, In The International Encyclopedia of EducationSecond Edition (vol. 1, pp. 42-48). Tarrytown: NY: Excelsior Science.

Ling Yu Liza Lee. (Mar 2009). An empirical study on teaching urban young children musicand

English by contrastive elements of music and songsUS-China Education Review, 6(3).

Luu Trong Tuan, P. T. V. A. (2010). Teaching English Rhythm by Using Songs.Studies In Literature And Language, Vol. I, No. 2, 2010, 13-29.

Mok Soon Sang, (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Page 11: JURNAL 2

Pendidikan Sains 11

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

Marton dan Saljo (1984). Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Maktab Perguruan Perlis. (2005). Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Tahun 2005.Maktab Perguruan Perlis, Perlis: Jabatan Penyelidikan dan PembangunanProfesionalisme Perguruan.

McRobbie, C. J. (2006). Research In Science Education.Australia: Queensland University of Technology.

Piaget, J. (1951). Play, dreams and imitation in childhood.London: Heinemann.

Ramsden (1988). Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Roblyer, M.D., Edwards,J, & Harviluk, M.A. (1977). Antegrating Educational Technologyinto Teaching. New Jersey: Prantice Hall.

Shaheen Ara. (2009) Use of Songs Rhymes and Games In Teaching English To YoungLearners

in Bangladesh.The Dhaka University Journals of Linguistics, Vol. 2 No.3 February 2009,161-172

Stein, G. (2002) The Benefits of Using Music with Young Children (Retrieved 25 May 2010)Fromhttp://www.songsforteaching.com/teachingtips/benefitsofmusicwithyoungchildren.htm

Smith, M. K. (1997). Action Research. (Retrieved 29/01/2010)from http://www.infed.org/research/b-actres.htm

Tim Murphey. (2002) Music and Song :Resourse Book for Teachers: Oxford University press.