jur 3

3
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU KETIGA ISU PERMASALAHAN : PENGGUNAAN BAHASA DAN CARA KOMUNIKASI 1. MASALAH DIHADAPI: Satu masalah dihadapi saya sejak minggu pertama lagi dan ia masih berlarutan sehinggalah minggu ketujuh. Saya dapat mengesan masalah ini setelah beberapa teguran daripada rakan praktikum saya ketika sesi pengajaran berpasangan saya. Saya lemah dalam mengawal situasi pelajar apabila aktiviti secara berkumpulan dilakukan sama ada di dalam kelas ataupun di padang. Walaupun mereka amat menyukai aktiviti secara berkumpulan, namun mereka sukar untuk mengawal kelakuan dan disiplin mereka di dalam kumpulan masing.masing. Ianya berlaku sebaliknya apabila aktiviti secara individu dilakukan. Saya masih mencari punca sebenar akan sebab timbulnya masalah sedemikian. 2. ANALISIS: Setelah saya membuat beberapa ulangkaji terhadap sesi pengajaran saya yang lepas, saya masih lemah dalam memberi arahan yang jelas kepada murid yang telah menyebabkan mereka dalam hilang kawalan ketika aktiviti berkumpulan. Murid tahun 2 Arif terdiri daripada murid yang pasif. Perkara ini menyebabkan saya akan meninggikan suara supaya murid-murid sentiasa memberikan respon terhadap pengajaran saya. Kawalan kelas yang gagal ketika aktiviti berkumpulan menyebabkan murid akan bertindak lalai dan kurang bertanggungjawab ketika

Upload: nur-athirah-shafie

Post on 14-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

jurnal praktikum

TRANSCRIPT

Page 1: JUR 3

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

MINGGU KETIGA

ISU PERMASALAHAN : PENGGUNAAN BAHASA DAN CARA KOMUNIKASI

1. MASALAH DIHADAPI:

Satu masalah dihadapi saya sejak minggu pertama lagi dan ia masih

berlarutan sehinggalah minggu ketujuh. Saya dapat mengesan masalah ini

setelah beberapa teguran daripada rakan praktikum saya ketika sesi

pengajaran berpasangan saya. Saya lemah dalam mengawal situasi pelajar

apabila aktiviti secara berkumpulan dilakukan sama ada di dalam kelas

ataupun di padang. Walaupun mereka amat menyukai aktiviti secara

berkumpulan, namun mereka sukar untuk mengawal kelakuan dan disiplin

mereka di dalam kumpulan masing.masing. Ianya berlaku sebaliknya apabila

aktiviti secara individu dilakukan. Saya masih mencari punca sebenar akan

sebab timbulnya masalah sedemikian.

2. ANALISIS:

Setelah saya membuat beberapa ulangkaji terhadap sesi pengajaran saya yang

lepas, saya masih lemah dalam memberi arahan yang jelas kepada murid yang

telah menyebabkan mereka dalam hilang kawalan ketika aktiviti berkumpulan.

Murid tahun 2 Arif terdiri daripada murid yang pasif. Perkara ini menyebabkan

saya akan meninggikan suara supaya murid-murid sentiasa memberikan

respon terhadap pengajaran saya. Kawalan kelas yang gagal ketika aktiviti

berkumpulan menyebabkan murid akan bertindak lalai dan kurang

bertanggungjawab ketika menyiapkan tugasan walaupun dalam keadaan guru

memberi arahan. Beberapa cadangan penambahbaikan yang dapat saya

berikan setelah berbincang dengan rakan saya diantaranya;

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Saya perlu merancang sesuatu langkah yang lebih bersistematik

sebelum memberikan tugasan kepada murid.

Aktiviti berkumpulan yang menarik akan membantu saya untuk

mengawal keadaan kelas menjadi lebih tenang dan selamat.

Page 2: JUR 3

Jika berlakunya keadaan kelas yang bising, saya akan memanggil

nama murid secara individu supaya mereka dapat memberi

perhatian terhadap guru.

Murid akan terasa lebih diberi perhatian apabila guru sentiasa

memanggil namanya dan memintanya memberi pendapat ketika

proses pengajaran berlaku.

4. TEMPOH MASA:

Saya perlu bertindak dengan lebih cepat supaya masalah seperti ini tidak akan

berlaku lagi di dalam kelas saya.

5. PENILAIAN KEJAYAAN

Saya akan meminta pertolongan rakan-rakan saya untuk membuat penilaian

berterusan ketika waktu pengajaran saya. Beberarapa kekurangan yang saya

hadapi akan saya perbaiki dari semasa ke semasa. Bantuan dari guru

pembimbing sebagai penilai tetap saya amat penting bagi saya berkongsi

pendapat dan juga idea.

6. TINDAKAN SUSULAN

Kesimpulannya, pada pembelajaran yang akan datang, saya akan bersikap

lebih tegas supaya murid akan lebih menghormati dan sentiasa mendengar

setiap arahan yang disampaikan oleh saya.