jumlah kesamarataan hari

3
Jumlah kesamarataan hari 3.2 Membuat pemerhatian berkaitan pengurusan dan peraturan stor sukan dan stok kelengkapan sukan. Saya telah berkesempatan untuk membuat pemerhatian dan kaji selidik berkaitan pengurusan dan peraturan stor sukan dan stok kelengkapan sukan. Pengurusan stor sukan sekolah ini agak baik walaupun kelengkapan sukannya tidak mencukupi. Stor sukan ini mempunyai sistem pinjaman peralatan yang tersusun. Sebelum meminjam peralatan sukan, guru yang ingin menggunakan peralatan tersebut diwajibkan menulis rekod peralatan yang dipinjam di dalam buku rekod pinjaman peralatan yang telah disediakan. Setelah siap menggunakan peralatan tersebut, guru diminta menandatangani pengakuan pemulangan alatan tersebut di dalam buku rekod yang sama. Gambar 3.2 (a) Stor Sukan SK Temin Gambar 3.2 (b) Buku rekod pinjaman peralatan sukan Gambar 3.2 (c) Rekod pinjaman dan pemulangan Untuk memastikan urusan pihak pengurusan stor sukan ini berjalan lancar, terdapat panduan dan peraturan yang telah ditetapkan kepada sesiapa yang ingin menggunakan stor sukan ini. Satu papan yang ditulis panduan dan peraturan di stor PJK telah digantung di bahagian luar stor sukan ini untuk memudahkan murid atau guru membaca dan memahami peraturan sebelum menggunakan peralatan dari stor sukan ini. Antara peraturan yang mesti dipatuhi ialah:

Upload: shahrudin-van-dzulkarnain

Post on 03-Oct-2015

228 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

manual kerja

TRANSCRIPT

Jumlah kesamarataan hari3.2 Membuat pemerhatian berkaitan pengurusan dan peraturan stor sukan dan stok kelengkapan sukan.

Saya telah berkesempatan untuk membuat pemerhatian dan kaji selidik berkaitan pengurusan dan peraturan stor sukan dan stok kelengkapan sukan. Pengurusan stor sukan sekolah ini agak baik walaupun kelengkapan sukannya tidak mencukupi. Stor sukan ini mempunyai sistem pinjaman peralatan yang tersusun. Sebelum meminjam peralatan sukan, guru yang ingin menggunakan peralatan tersebut diwajibkan menulis rekod peralatan yang dipinjam di dalam buku rekod pinjaman peralatan yang telah disediakan. Setelah siap menggunakan peralatan tersebut, guru diminta menandatangani pengakuan pemulangan alatan tersebut di dalam buku rekod yang sama.

Gambar 3.2 (a) Stor Sukan SK Temin

Gambar 3.2 (b) Buku rekod pinjaman peralatan sukan

Gambar 3.2 (c) Rekod pinjaman dan pemulangan

Untuk memastikan urusan pihak pengurusan stor sukan ini berjalan lancar, terdapat panduan dan peraturan yang telah ditetapkan kepada sesiapa yang ingin menggunakan stor sukan ini. Satu papan yang ditulis panduan dan peraturan di stor PJK telah digantung di bahagian luar stor sukan ini untuk memudahkan murid atau guru membaca dan memahami peraturan sebelum menggunakan peralatan dari stor sukan ini. Antara peraturan yang mesti dipatuhi ialah:

(1) Pastikan mendapat kebenaran dari guru Pendidikan Jasmani terlebih dahulu sebelum mengambil peralatan sukan dari stor.(2) Sebagai langkah keselamatan, elakkan dating ke stor bersendirian tanpa memaklumkan kepada guru Pendidikan Jasmani.(3) Gunakan peralatan sukan mengikut kperluan sebaik-baiknya. Dilarang menyalahgunakan peralatan-peralatan tersebut.(4) Untuk mengelakkan kehilangan atau kecurian peralatan sukan, pastikan pintu stor sentiasa tertutup setiap kali sebelum beredar.(5) Pastikan suis eletrik ditutup setiap kali sebelum beredar.

Gambar 3.2 (d) Panduan dan peratutan stor PJK

Dari aspek peralatan sukan di dalam stor ini, peralatan yang terdapat hanya pada tahap minimum. Tidak semua peralatan yang diperlukan untuk P&P PJ ada di dalam stor ini. Maka, sesi P&P PJ agak terganggu kerana kekurangan peralatan. Namun, susun atur peralatan-peralatan tersebut kemas dan tersusun. Peralatan juga dilabelkan dengan label yang betul. Oleh kerana kekurangan ruang, peralatan unit kokurikulum seperti peralatan perkhemahan juga diletakkan sekali di dalam stor ini.

Gambar 3.2 (e) Susun atur peralatan sukan

Gambar 3.2 (f) Peralatan sukan yang tidak mencukupi

Gambar 3.2 (g) Peralatan yang disusun kemas

Gambar 3.2 (h) Skitel

Gambar 3.2 (i) Rak yang kekurangan alatan

Gambar 3.2 (j) Peralatan yang rosak

Gambar 3.2 (k) Carta bergambar

Gambar 3.2 (l) Pembahagi antara stor sukan dan stor kokurikulum

Dari aspek stok kelengkapan sukan, saya telah cuba mendapatkan rekod pembelian dan juga rekod lupus kira peralatan sukan daripada pihak pengurusan stor sukan, namun kerana kekangan masa, mereka tidak berkesempatan untuk menunjukkan rekod-rekod tersebut kepada saya. Namun, menurut mereka, setiap peralatan baru yang dibeli dan peralatan lama yang rosak dan perlu dilupus kira, mereka akan mencatatkannya di dalam rekod untuk tujuan audit pada setiap hujung tahun.3.3 Membuat pemerhatian kelengkapan kemudahan prasarana sukan di sekolah.