judul pembangunan perisian multimedia … · sebelum kemerdekaan, laporan barnes (1951) menyatakan...

23
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERTERASKAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI TOPIK KERJA-KERJA ASAS KIMPALAN ARKA DENGAN TEORI PBM SESI PENGAJIAN: 2010/2011 Saya MOHAMAD FAIZAL BIN MOHMAD MAHYUDIN (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD N0. 27 LORONG BERLIAN INDAH 3, Nama Penyelia TMN BERLIAN INDAH 2, BGN SAMAK, 34950, BANDAR BAHARU, KEDAH Tarikh: 15 APRIL 2011 Tarikh: 15 APRIL 2011 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: vancong

Post on 12-May-2019

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERTERASKAN

PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI TOPIK

KERJA-KERJA ASAS KIMPALAN ARKA DENGAN TEORI PBM

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya MOHAMAD FAIZAL BIN MOHMAD MAHYUDIN

(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD

N0. 27 LORONG BERLIAN INDAH 3, Nama Penyelia

TMN BERLIAN INDAH 2, BGN SAMAK,

34950, BANDAR BAHARU, KEDAH

Tarikh: 15 APRIL 2011 Tarikh: 15 APRIL 2011

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja

kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

ii

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca tesis ini.

Dan pada pandangan saya tesis ini memenuhi keperluan skop

dan kualiti untuk dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).”

Tandatangan : ..................................................................

Nama Penyelia : DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD

Tarikh : ..................................................................

Page 3: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

iii

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERTERASKAN

PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI TOPIK KERJA-KERJA

ASAS KIMPALAN ARKA DENGAN TEORI PBM

MOHAMAD FAIZAL BIN MOHMAD MAHYUDIN

Laporan tesis ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2011

Page 4: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

iv

“Saya mengakui bahawa tesis ini yang bertajuk “Pembangunan Perisian Multimedia

Berteraskan Pembelajaran Berbantukan Komputer Bagi Topik Kerja-Kerja Asas

Kimpalan Arka Dengan Teori PBM” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan

dan ringkasan yang diambil dari rujukan yang dinyatakan sumbernya.

Tandatangan : ......................................................................

Nama Penulis : MOHAMAD FAIZAL BIN MOHMAD MAHYUDIN

Tarikh : ......................................................................

Page 5: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

v

DEDIKASI

Teristimewa kepada….

AYAHANDA dan BONDA tersayang

MOHMAD MAYUDIN BIN OTHMAN dan SITI SAADAH BINTI HUSSIN

Setinggi-tinggi budi pengorbanan ayah dan ibu yang mendewasakanku

Bimbingan, nasihat, dorongan, kepercayaan dan kasih sayang kamu

Merupakan tembok kejayaan diriku

KEKANDA yang dikasihi;

MURNITA, FAIZ, FAIZAH dan AIDA

Kejayaan kalian menjadi sumber inspirasi bagi aku teruskan perjuangan

Pencarian ilmu yang tidak terbatas ini

Bakal ISTERI TERCINTA;

SHAZALYANA BINTI AZMAN

Kata-kata semangat dan kesabaran yang kau tunjukkan

Tidak ternilai harganya

Semoga kita terus bahagia dengan limpahan rahmatNya

TEMAN SEPERJUANGAN;

Terima kasih tidak terhingga atas jasa dan pengorbanan semua

Kita semua cemerlang sebenarnya

Page 6: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

vi

PENGHARGAAN

Pertama dan selama-lamanya saya bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala

limpah dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

dan jutaan terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda saya iaitu Dr

Muhammad Sukri Bin Saud di atas tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan beliau

sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada semua pensyarah dan rakan-rakan yang terlibat

samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini.

Komitmen, pandangan dan kritikan membina telah memudahkan proses penghasilan

perisian multimedia dan laporan ini.

Sesungguhnya, bantuan dah kerjasama kalian amat dihargai. Semoga hasil

kajian ini dapat memberi ilmu yang bermanfaat serta peningkatan ilmiah kita

bersama. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa kalian.

Terima kasih sekali lagi diatas segalanya…..

Sekian

Mohamad Faizal bin Mohmad Mahyudin

Page 7: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

vii

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk merekabentuk perisian multimedia

dan kemudian menilai perisian pembelajaran tersebut dalam skala kecil Selain itu,

pengkaji juga menerapkan pembelajaran berbantukan komputer bagi topik Asas

kimpalan Arka dengan subtopik Jenis-Jenis Sambungan. Pengkaji menilai perisian

multimedia yang dibangunkan dari empat elemen iaitu kesesuaian P&P, mesra

pengguna, ciri-ciri keberkesanan multimedia dan elemen paparan serta rekabentuk

antaramuka. Model ADDIE telah digunakan untuk membentuk satu proses yang

kukuh ke arah pembangunan perisian multimedia berasaskan proses PBM ini. Proses

penilaian sumatif dalam mengumpul data kualitatif dan kuantitatif dijalankan untuk

memastikan objektif yang ditetapkan akan dicapai. Hasil analisa daripada empat

elemen yang dinilai mendapati elemen kesesuaian P&P dan elemen mesra pengguna

mendapat nilai min tertinggi (min=4.2) diikuti dengan elemen ciri-ciri keberkesanan

multimedia dan elemen paparan serta rekabentuk antaramuka masing-masing

(min=4.1).

Page 8: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

viii

ABSTRACT

The purpose of this action research was to develop multimedia software for

learning activity and then evaluate in small scale. This research also determines the

level of their understanding of Problem Based Learning (PBL). Other than that, the

researcher also applied to computer aided learning topics with subtopics Basic Arc

Welding Types Joints. The researchers assess the multimedia software developed

from the four elements of the suitability of T&L, user friendly, the effectiveness of

multimedia features and elements of the display and interface design. ADDIE model

was used to establish a solid process to the development of multimedia software is

based on the PBL. Process in the formative and summative assessment of qualitative

and quantitative data collection was done to ensure that the prescribed objectives will

be achieved. The results of analysis of the four elements that have assessed the

suitability of the elements of T&L and the user-friendliness received the highest

mean score (mean = 4.2) followed by elements of the effectiveness of multimedia

features and elements of display and interface, respectively (mean = 4.1).

Page 9: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

ISI KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

Page 10: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

x

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Projek 5

1.5 Skop Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Penutup 7

BAB 2 : SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 8

2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 9

2.3 Penggunaan Animasi di dalam Multimedia 9

2.4 Kelebihan Penggunaan Multimedia Dalam P&P 10

2.5 Teori Pembelajaran Berasaskan Masalah 11

2.5.1 Sejarah Pembelajaran Berasaskan Masalah 11

2.5.2 Teori Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) 12

2.6 Prinsip dan Model Pembelajaran Berasaskan Masalah 13

2.7 Model Rekabentuk 18

2.8 Penutup 19

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 20

3.2 Rekabentuk Kajian 21

3.3 Konseptual Kajian 23

3.4 Lokasi Kajian 25

Page 11: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

xi

3.5 Populasi Kajian 26

3.6 Instrumen Kajian 26

3.7 Kaedah Pengumpulan Data 27

3.8 Kajian Rintis 28

3.9 Analisis Data 28

3.10 Penutup 29

BAB 4 ANALISIS PERISIAN MULTIMEDIA

4.1 Pengenalan 30

4.2 Hasil Rekabentuk dan Pembangunan Perisian Multimedia 30

4.2.1 Kandungan Perisian Multimedia 30

4.2.2 Tajuk dan Subtajuk Perisian Multimedia 31

4.2.3 Model Perisian Multimedia 31

4.2.3.1 Perisian Adobe Flash CS5 Professional 32

4.2.3.2 Perisian Adobe Photoshop CS5 32

4.2.3.3 Perisian Adobe Illustrator 32

4.2.4 Pendekatan dan Rekabentuk Perisian Multimedia 33

4.2.4.1 Bahagian Objektif 34

4.2.4.2 Bahagian Pengenalan 35

4.2.4.3 Bahagian Sambungan 36

4.2.4.4 Bahagian Video 38

4.2.4.5 Bahagian Aktiviti 39

4.3 Hasil Penilaian Perisian Multimedia 40

4.3.1 Analisis Data Bahagian A : Rekabentuk Perisian

Multimedia dalam P & P 41

4.3.1.1 Elemen Kesesuaian P & P 41

4.3.1.2 Elemen Mesra Pengguna 43

4.3.1.3 Ciri-Ciri Keberkesanan Multimedia 44

4.3.1.4 Elemen Paparan serta Rekabentuk

Antaramuka 46

4.3.2 Analisis Bahagian B: Cadangan dan Komen 47

4.4 Penutup 50

Page 12: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

xii

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Elemen-Elemen Penilaian 51

5.2.1 Elemen Kesesuaian dalam P & P 52

5.2.2 Elemen Mesra Pengguna 53

5.2.3 Elemen Ciri-Ciri Keberkesanan Multimedia 55

5.2.4 Elemen Paparan serta Rekabentuk Antaramuka 56

5.3 Cadangan dan Komen Pengguna 57

5.3.1 Komen mengenai Kesesuaian P & P 57

5.3.2 Komen Mengenai Mesra Pengguna 58

5.3.3 Komen mengenai keberkesanan Multimedia 58

5.3.4 Komen mengenai Paparan serta Rekabentuk

Antaramuka 59

5.4 Kesimpulan 59

5.5 Cadangan dan Penambahbaikan Lanjutan 60

5.6 Penutup 60

BIBLIOGRAFI 62

LAMPIRAN 66

Page 13: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Contoh Model-Model Proses Pembelajaran

Berasaskan Masalah 13

3.1 Huraian Terhadap Gelung Kedua 24

4.1 Pentafsiran Skor Min 41

4.2 Analisis Data bagi Kesesuaian P & P 42

4.3 Analisis Data bagi Elemen Mesra Pengguna 43

4.4 Analisis Data bagi Ciri-Ciri Keberkesanan

Multimedia 45

4.5 Analisis Data bagi Elemen Paparan dan

Rekabentuk Antaramuka. 46

4.6 Cadangan dan Komen 49

4.7 Cadangan dan Komen Pakar 50

Page 14: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kerangka Teori PBM 19

3.1 Kerangka Konseptual Kajian 23

4.1 Paparan Laman Hadapan Pada Permulaan

Perisian Multimedia 33

4.2 Butang Objektif dan Paparan Laman Objektif. 34

4.3 Butang Pengenalan dan Paparan Laman

Pengenalan 35

4.4 Butang Sambungan dan Paparan Laman

Sambungan 36

4.5 Paparan Laman Utama Jenis-Jenis Sambungan 36

4.6 Paparan Laman Sambungan Temu 37

4.7 Paparan Laman Sambungan Temu Segi 38

4.8 Paparan Laman Video 39

4.9 Paparan Laman Aktiviti 40

Page 15: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

xv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

P&P - Pengajaran & Pembelajaran

T&L - Teaching & Learning

ADDIE - Analyze, Design, Development, Implementation, Evaluation

PBM - Pembelajaran Berasaskan Masalah

PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional

MSC - Multimedia Super Corridor

IPT - Institut Pengajian Tinggi

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A MODUL TEKNOLOGI WOKSYOP

(J2003) UNIT 13 ASAS KIMPALAN

ARKA 66

B BORANG SOAL SELIDIK UNTUK PELAJAR 79

C BORANG SOAL SELIDIK UNTUK PAKAR 84

Page 17: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia dewasa ini telah banyak

berubah semenjak dari zaman kemerdekaan lagi. Pada awalnya sebelum

kemerdekaan, matlamat asal pendidikan teknik dan vokasional adalah untuk

memastikan bahawa bangsa melayu akan terus menerus hidup di kampung menjadi

nelayan dan petani. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memisahkan mereka daripada

perkembangan industri dan perbandaran.

Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk

mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

pengajaran dan pembelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga. Ini

menunjukkan bahawa PTV semakin berkembang seiring dengan kemajuan zaman.

Selepas Negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,

pendidikan berteraskan teknik dan vokasional makin ditekankan dengan penubuhan

Sekolah Rural Trade School yang memfokuskan terhadap bidang kimpalan dan

bidang membaiki motor. Bidang kimpalan terbahagi kepada dua iaitu kimpalan arka

dan kimpalan gas.

Page 18: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

2

Seterusnya, daripada Sekolah Rural Trade School dinaik tarafkan kepada Sekolah

Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional.

Corak pendidikan zaman kini, sudah banyak berubah jika dibandingkan

dengan sepuluh tahun yang lampau. Perkembangan teknologi maklumat memberi

impak yang besar terutamanya dalam bidang pendidikan. Konsep-konsep pengajaran

dan pembelajaran yang cenderung kepada penggunaan teknologi semakin mendapat

perhatian institusi-institusi pendidikan di Malaysia terutamanya selepas tahun 1993

apabila Kementerian Pendidikan dan MIMOS bekerjasama memperkenalkan satu

perisian yang dinamakan ComIL.

Siti Fatimah (2001) mendefinisikan Pengajaran Berbantukan Komputer atau

PBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan

bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan

multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar

sesuatu objek. Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PBK dengan penggunaan

komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Allahyarham Datuk Razali

Ismail semasa merasmikan Konvokesyen Guru-guru Vokasional dan teknik 2008 di

Port Dickson Negeri Sembilan menyatakan kurikulum PTV haruslah

menghubungjalinkan elemen ICT, inovasi dan kreativiti dimana elemen ini dapat

memastikan pelajar berdaya saing dan secara tidak langsung dapat menaikkan nama

bidang kemahiran yang hanya tidak tertumpu kepada kemahiran tetapi juga ICT.

Di Universiti Teknologi Malaysia, Baharuddin (1999) telah berusaha

membangunkan perisian multimedia untuk pelajar yang mengambil jurusan

pendidikan. Pakej CERDIK IT, akronim untuk Computer Based Education Resource

dan Development In Information Technology, dihasilkan dan melalui penilaian

formatif dan sumatif (Alderman, Appel dan Murphy, 1978) untuk mengkaji

kesannya. Dalam penilaian sumatif pakej ini, terdapat peningkatan dari segi

pengetahuan pelajar mengenai komputer dan teknologi maklumat serta aplikasinya

Page 19: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

3

dalam pendidikan selepas mereka menggunakan pakej tersebut. Antara lain, terdapat

sikap yang positif terhadap penggunaan pakej sebagai bahan bantuan pembelajaran

kendiri.

Walaupun terdapat banyak respon yang positif tentang penggunaan PBK, ada

juga guru yang masih merasa tergugat dengan kehadiran komputer di dalam kelas

mereka. Ini berpunca daripada salah faham, kurangnya kefahaman mengenai peranan

komputer dan PBK dan kurangnya kemahiran teknikal tentang penggunaan komputer

(Hertz, 1987; Gunter & Murphy, 2001).

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran vokasional kimpalan arka khususnya mempunyai teori dan

latihan amali sekiranya pelajar ingin menguasai sepenuhnya bidang ini. Kebanyakan

pelajar yang menceburi bidang kimpalan arka ini tidak mempunyai masalah apabila

melakukan latihan amali tetapi seringkali mengalami masalah dalam pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas teori.

Kelas teori kerja-kerja kimpalan asas arka yang hanya menggunakan modul

Teknologi Woksyop 2 (J2003) sebagai panduan kepada guru dan pelajar didapati

agak tidak berkesan dalam menarik minat pelajar dan pemahaman mereka. Seringkali

pelajar yang mengikuti topik teori kimpalan arka mudah bosan dan sukar memahami

apa yang ingin disampaikan oleh guru kerana tidak dapat menggambarkan

keseluruhan pengajaran.

Jika dilihat kurikulum modul Teknologi Woksyop 2 (J2003) bagi topik kerja-

kerja asas kimpalan arka, terdapat banyak prosedur atau langkah kerja yang banyak

menggunakan penulisan daripada gambaran sebenar. Gambaran sebenar adalah

penting untuk pemahaman dan sebagai daya tarikan pembelajaran.

Page 20: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

4

Menurut kajian Menn (1993) hanya 30% sahaja ilmu yang diperolehi oleh

pelajar daripada kuliah yang di sampaikan oleh pengajar di dalam kuliah. Salah satu

alat yang boleh membantu proses kognitif dan penerimaan ilmu yang disampaikan

oleh pengajar ialah simulasi komputer.

Terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa bahan multimedia

interaktif mampu mempertingkatkan kadar penerimaan pelajar mengenai sesuatu

bahan yang diajar sebanyak 30% lebih daripada pelajar yang menggunakan kaedah

pengajaran tradisional (Crowe dan Palmera-Leynes, 1995).

Menurut Jonassen (1996) para pelajar yang mendapat bahan pengajaran

melalui komputer mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar. Ini bermakna,

penggunaan teknologi multimedia yang boleh lagi dianggap sebagai baru dalam

dunia pendidikan di Malaysia mampu merangsangkan minat dan motivasi pelajar

untuk belajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) menawarkan pelbagai kemahiran

separa mahir kepada pelajar di dalam aliran vokasional khususnya. Antaranya adalah

kerja-kerja asas kimpalan arka selain daripada kimpalan arka. Pendidikan ini

melibatkan pembelajaran secara teori dan praktikal. Dimana pembelajaran teori bagi

kerja-kerja asas kimpalan arka adalah 40% daripada sukatan pelajaran dan

selebihnya iaitu 60% adalah secara praktikal. Pelajar mampu memperolehi

pengalaman dan kemahiran bagi asas kimpalan arka melalui kelas amali atau

praktikal. Tetapi para pelajar sukar memperolehi pengetahuan yang sepatutnya

melalui kelas teori.

Pembelajaran secara teori kepada para pelajar PTV yang mempunyai

latarbelakang pendidikan akademik yang tidak begitu memberangsangkan

menyebabkan mereka sukar menumpukan perhatian di dalam kelas teori. Secara

Page 21: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

5

tidak langsung menyebabkan mereka mudah kebosanan dan cenderung untuk kurang

meminati kelas teori.

Bagi guru atau pengajar dalam proses pengajaran pula kemungkinan

menghadapi kesukaran dalam proses untuk menyampaikan isi pengajaran daripada

buku teks atau modul semata-mata kepada para pelajar. Faktor ini kerana,

penyampaian hanya melalui buku teks atau modul dan papan tulis mengakibatkan

guru atau pengajar sukar menterjemahkan isi pengajaran kerja-kerja mengimpal

kimpalan arka kepada pelajar-pelajar.

Penggunaan buku teks atau modul sahaja menyebabkan proses pengajaran

dan pembelajaran (P&P) tidak begitu berkesan kepada pelajar-pelajar PTV dan

pelajar kimpalan arka khususnya. Isi pengajaran yang lebih kepada perkataan dalam

buku teks atau modul tidak menimbulkan minat dan semangat untuk pelajar-pelajar

kimpalan arka supaya lebih teruja meneroka sesuatu yang baru sewaktu kelas teori.

1.4 Objektif Projek

Terdapat tiga objektif utama bagi membina perisian animasi dan multimedia

bagi asas kimpalan arka berpandukan pembelajaran berbantukan komputer (PBK)

iaitu:

i) Membangunkan perisian multimedia bagi topik asas kimpalan arka berserta

teori Problem Base Learning (PBL).

ii) Menerapkan pembelajaran berbantukan komputer bagi pelajar yang

mengikuti kursus asas kimpalan arka.

iii) Menguji perisian multimedia dan rekabentuk antara muka dari segi

kesesuaian pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Page 22: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

6

1.5 Skop kajian

Skop kajian adalah membina satu perisian animasi dan multimedia

berasaskan komputer bagi pembelajaran teori kerja-kerja asas kimpalan arka

berpandukan pembelajaran berbantu komputer (PBK). Kandungannya merangkumi

jenis-jenis sambungan asas kimpalan arka.

Perisian multimedia ini dibangunkan bagi pelajar pelajar yang mengikuti

subtopik kerja-kerja asas kimpalan arka di dalam modul Teknologi Woksyop 2

(J2003) berpandukan sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian

pengajian Tinggi Malaysia.

Perisian ini juga sesuai digunakan oleh tenaga-tenaga pengajar, pelatih-

pelatih dan pelajar-pelajar sebagai rujukan. Selain itu, perisian ini juga sesuai untuk

sesiapa yang ingin mengetahui apa sebenarnya kimpalan arka.

1.6 Kepentingan Kajian

Perisian animasi dan multimedia ini dibina adalah untuk memberi kemudahan

dan kepentingan kepada semua individu yang mempelajari kimpalan arka dan kepada

pelajar-pelajar yang mengikuti kelas teori kerja-kerja asas kimpalan arka khususnya.

Perisian yang dibina adalah berasaskan komputer bertujuan untuk memudahkan

proses P&P dalam kelas teori kimpalan arka. Kaedah ini yang menggabungkan

animasi dan multimedia mampu menarik minat pelajar dan mengatasi masalah

kebosanan dikalangan pelajar. Secara tidak langsung kaedah ini dapat mencetus

perasaan ingin tahu pelajar dan pelajar-pelajar dapat memperolehi pengetahuan yang

sepatutnya di dalam kelas teori kerja-kerja asas kimpalan arka.

Selain daripada itu, dengan terdapatnya perisian seperti ini penyampaian guru

akan menjadi lebih mudah dan mampu menarik perhatian pelajar terhadap topik yang

diajar. Malah pembangunan perisian ini secara tidak langsung akan membantu

Page 23: JUDUL PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA … · Sebelum kemerdekaan, Laporan Barnes (1951) menyatakan hasrat untuk mewujudkan Sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengkhususkan kepada

7

mengatasi kekurangan alat bantu mengajar dalam proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) bagi kimpalan arka dengan memenuhi sukatan pelajaran asas

kimpalan arka. Tenaga pengajar dapat memberikan penerangan dengan lebih

berkesan dengan adanya unsur-unsur multimedia yang menarik seperti animasi,

video, gambar, teks dan sebagainya. Pengajaran guru juga akan menjadi lebih

seronok dengan adanya interaktiviti antara pelajar.

Dengan tercetusnya perisian ini, ia mampu menterjemahkan isi pengajaran

asas kimpalan arka daripada buku teks atau modul ke dalam bentuk animasi dan

multimedia. Topik-topik yang hendak disampaikan sebaik-baiknya ringkas dan

menarik persembahannya agar memberangsangkan pengguna meneruskan

pembelajarannya. Buku teks atau modul yang menjadi medium perantara

penyampaian teori asas kimpalan arka dapat diadaptasikan ke dalam bentuk perisian

animasi dan multimedia berasakan pembelajaran berbantukan komputer.

1.7 Penutup

Pembangunan perisian multimedia secara umumnya boleh dianggap sebagai

inovasi pengajaran dan pembelajaran (P&P) terhadap P&P konvensional dalam

menerangkan aplikasi yang berkaitan. Ini bermakna, proses P&P pada masa sekarang

masih lagi tidak berubah iaitu menggunakan teori konvensional dan kaedah

pendekatan P&P yang sama. Namun, dengan pembangunan perisian multimedia ini,

proses itu telah dikembangkan dan diberi nafas baru. Selain penggunaan komputer,

terutamanya perisian multimedia, diharapkan ianya dapat meningkatkan kefahaman,

membaja minat pelajar serta mewujudkan suasana yang kondusif kepada pelajar.

Dalam bab yang seterusnya akan menerangkan lagi secara terperinci mengenai teori

dan kaedah pendekatan yang digunakan dalam pembangunan perisian multimedia

ini.