johor riau

20
1.0 PENGENALAN Kerajaan Johor adalah merupakan sebuah kerajaan kesinambungan daripada Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan juga kerajaan Srivijaya. Kerajaan Johor adalah antara kerajaan yang tertua dalam sejarah kerajaan Melayu. Pada sekitar abad ke 16 dan 17 munculnya kerajaan Johor dan kemunculan kerajaan Johor adalah setelah karajaan Melaka mengalami keruntuhan akibat daripada kekalahan Melaka terhadap Portugis yang menawan Melaka pada tahun 1915.Pada permulaanya kerajaan johor muncul sebagai kerajaan Johor, Pahang, Riau dan Lingga. Keruntuhan yang berlaku terhadap kerajaan Melaka telah mendorong kepada pembukaan kerajaan Johor dan pada ketika itu Sultan pertama yang menaiki takhta kerajaan Johor ialah Sultan Alaudin Riayat Shah II. Kerajaan Johor merupakan sebuah kerajaan yang terletak di bahagian Semenanjung Tanah Melayu iaitu di tengah – tengah jalan perdagangan antara Timur dan Barat. Kerajaan Johor turut memperkukuhkan kedaulatannya menerusi pengeksploitasian kedudukannya yang strategik. Oleh yang demikian kerajaan Johor berteraskan kepada aktiviti perdagangan dan maritim yang bersesuaian dengan kedudukan geografinya yang berada di Selat Melaka. Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti yang telah menyumbang kepada kerajaan Johor. Antara salah satu faktornya adalah kepesatan yang berlaku dalam aktiviti perdagangan di Johor. Kedudukan kerajaan Johor adalah di 1

Upload: nabilahnizar

Post on 02-Feb-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

Page 1: Johor Riau

1.0 PENGENALAN

Kerajaan Johor adalah merupakan sebuah kerajaan kesinambungan daripada

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan juga kerajaan Srivijaya. Kerajaan Johor adalah

antara kerajaan yang tertua dalam sejarah kerajaan Melayu. Pada sekitar abad ke 16 dan

17 munculnya kerajaan Johor dan kemunculan kerajaan Johor adalah setelah karajaan

Melaka mengalami keruntuhan akibat daripada kekalahan Melaka terhadap Portugis yang

menawan Melaka pada tahun 1915.Pada permulaanya kerajaan johor muncul sebagai

kerajaan Johor, Pahang, Riau dan Lingga. Keruntuhan yang berlaku terhadap kerajaan

Melaka telah mendorong kepada pembukaan kerajaan Johor dan pada ketika itu Sultan

pertama yang menaiki takhta kerajaan Johor ialah Sultan Alaudin Riayat Shah II.

Kerajaan Johor merupakan sebuah kerajaan yang terletak di bahagian Semenanjung

Tanah Melayu iaitu di tengah – tengah jalan perdagangan antara Timur dan Barat.

Kerajaan Johor turut memperkukuhkan kedaulatannya menerusi pengeksploitasian

kedudukannya yang strategik. Oleh yang demikian kerajaan Johor berteraskan kepada

aktiviti perdagangan dan maritim yang bersesuaian dengan kedudukan geografinya yang

berada di Selat Melaka.

Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti yang telah menyumbang kepada

kerajaan Johor. Antara salah satu faktornya adalah kepesatan yang berlaku dalam aktiviti

perdagangan di Johor. Kedudukan kerajaan Johor adalah di tengah - tengah laluan

perdagangan dan terdapat banyak kapal – kapal yang singgah di pelabuhan yang terdapat

di wilayah kerjaan Johor. Seterusnya, dari segi ekonomi pula wujud aktiviti perkapalan

dan maritim ekoran daripada perkembangan yang berlaku dalam aktiviti perdagangan.

Demikian itu, perbincangan ini akan mengemukakan mengenai evolusi, transformasi dan

metamorphosis yang berlaku dalam kerajaan Johor sehingga menyebabkan berlaku

perubahan dari segi wilayah dan jajahan takluknya, kerajaan yang memerintah, dan

pentadbiran serta kuasa yang memerintah dari sejarah politik, ekonomi dan sosial.

Evolusi dan transformasi yang berlaku adalah bermula mengikut fasa – fasa yang tertentu.

Fasa yang pertama adalah mengenai sejarah awal Johor pra 1530, dan fasa kedua adalah

perkembangan sejarah Johor yang bermula dari tahun 1530 sehingga 1640, fasa ketiga

pula bermula dari tahun 1641 sehingga 1699 dan fasa yang keempat iaitu tahun 1700

hingga 1720, dan fasa terakhir iaitu fasa yang kelima dari tahun 1720 sehingga tahun

1784.

1

Page 2: Johor Riau

2.1 PERKEMBANGAN SEJARAH KERAJAAN JOHOR

2.1 FASA PERTAMA PRA 1530

Pada mulanya, Johor adalah dikenali dengan Klang - Kio atau Genggayu. Ini adalah

mengikut pandangan yang dikemukakan oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612 dalam buku

beliau iaitu Sejarah Melayu. Menurut cerita, setelah kerajaan “‘Gangga Negar” atau Perak

telah berjaya ditewaskan oleh Raja Suran maka beliau telah lari ke India untuk meneruskan

misi serangan ke atas sebuah jajahan taklukan Siam di hulu Sungai Johor yang dikenali

sebagai “Klang - Kio” atau “Ganggayu”.1 Raja Suran yang dimaksudkan tadi ialah Raja

Chola yang bernama Rajendran Chola I dan kenyataan ini adalah menurut pandangan sarjana

serawan pada masa kini. Pada kurun ke – 11 Masihi Raja Suran telah datang ke Nusantara

dan kedatangan beliau adalah untuk melakukan serangan dan menawan kerajaan – kerajaan

yang berada di bawah taklukan kerajaan Srivijaya atau dikenali juga sebagai Palembang Tua.

Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian sarjana yang mengemukakan pangdangan yang

berbeza mengenai Klang – Kio iaitu mereka menyatakan bahawa kerajaaan ini adalah

kerajaan – kerajaan Siam asli yang dikenali sebagai “ Mon – Khmer” iaitu di Pahang dan

bukan kerajaan yang terletak di hulu sungai Johor. Sebenarnya, orang – orang Siam yang

dimaksudkan adalah merujuk kepada kota Gelanggi iaitu letaknya tidak jauh dari Pulau

Tawar di Pahang. Dengan kenyataan – kenyataan yang dikemukakan jelas menunjukkan

bahawa Klang – Kio atau Ganggayu yang terletak di hulu sungai Johor ini adalah dinafikan

sama sekali.

Selain itu, “Wurawari” juga merupakan salah satu nama yang dikenali dalam sejarah

kerajaan Johor. Dalam bahasa Jawa lama Wurawari ini membawa maksud “ air yang jernih”.

Sebenarnya Wurawari dan Melaka dikatakan terletak di bawah taklukan dan juga pengaruh

orang – orang Siam Thai. Penaklukan ini berlaku selepas mereka berjaya menewaskan orang

– orang Siam – Asli pada tahun 1280. Kenyataan ini adalah ditinjau dari sudut sejarah iaitu

berdasarkan sumber sebuah buku perundangan Siam iaitu Mont’ien Ban bertarikh 1358.

Namun demikian, satu kajian telah dijalankan pada kurun ke 14 dan telah disahkan bahawa

penyataan tersebut adalah tidak tepat. Penyiasatan telah membuktikan bahawa pengaruh

Majapahit lebih kukuh sekiranya dibandingkan dengan orang – orang Siam yang berada di

Semenanajung Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat sebuah syair Jawa yang

1 Buyung Adil. 1971. Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 1

2

Page 3: Johor Riau

menyokong kuat terhadap penyataan ini iaitu hasil karangan Prapancha yang berjudul

Nagarakertagama pada tahun 1369. Syair yang dihasilkan ini banyak menceritakan tentang

kebesaran dan juga kejayaan yang dicapai oleh Raja – Raja Wuruk dan Pateh Aria Gajah

Mada yang telah berjaya menakluki beberapa buah kawasan. Antara kawasan yang berjaya

ditaklukinya adalah Ujong Medini, Kedah, Langkasuka, Temasik dan sebagainya. Tercatat

dalam Nagarakertagama bahawa Ujong Medini adalah sebuah daerah yang pada masa kini

terletak di Johor.

Seterusnya, beberapa buah pulau juga turut terletak di kawasan taklukan Majapahit iaitu

pulau yang terletak di Pantai Timur Johor seperti Pulau Tinggi, Pulau Pemanggil, dan Pulau

Laut. Pulau – pulau yang dinyatakan ada disebut di dalam sebuah hikayat iaitu Hikayat Raja

– Raja Pasai. Disamping itu juga, Sayong turut menjadi salah satu nama yang dikenali dalam

kerajaan Johor pada dahulunya. Sayong merupakan sebuah tempat yang terletak di tepi

Sungai Johor. Pada zaman pemerintahan Raja Seri Rana Wira Kerma yang memerintah

Singapura telah dikaitkan dengan beberapa peristiwa yang pernah menyebut tentang sebuah

tempat yang bernama Sayong.2 Buku Sejarah Melayu ada menceritakan bahawa pada asalnya

ketua tentera raja Singapuara adalah berasal dari Sayong. Beliau hanya menjadi seorang

penebang di sebuah kawasan hutan sebelum beliau menjadi seorang ketua tentera. Majikan

tempat beliau bekerja adalah bernama Seluang dan kini dikenali sebagai Kota Tinggi. Oleh

yang demikian sebenarnya Sayong yang dikatakan ini adalah merujuk kepada Sayong Pinang

yang merupakan berada lebih kurang 26 kilometer daripada Bandar Kota Tinggi. Pada kurun

ke – 16 ia dikatakan pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Johor.

Oleh yang demikian, dalam catatan buku Sejarah Melayu terdapat juga yang menyebut

tentang Batu Pahat yang dipercayai merujuk kepada daerah Batu Pahat yang pada ketika ini

di Johor. Hal ini telah dihubungkaitkan dengan zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah

pada tahun 1445 hinggalah 1458, iaitu menceritakan peristiwa serangan orang-orang Siam

terhadap Melaka. Ia juga turut menyebut nama “Batu Pahat” yang kini merupakan daerah di

dalam negeri Johor.3

2 Ibid. Hlm. 23 Ibid. Hlm. 3

3

Page 4: Johor Riau

Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa sejarah awal kerajaan Johor banyak

tertumpu di bahagian Timur Johor iaitu di sekitar lembangan Sungai Johor. Hal ini dapat

dibuktikan melalui Klang - Kio atau Genggayu yang terletak berhampiran dengan Hulu

Sungai Johor. Manakala bukti yang kedua pula ialah Sayong iaitu merupakan sebuah tempat

yang terletak berhampiran juga dengan Sungai Johor. Di samping itu, dapat juga dilihat

bagaimana berlaku evolusi sebelum abad ke-16 Masihi. Hal ini berlaku apabila pada mulanya

daerah seperti Ujong Medini dan Wurawari Johor yang terletak di bawah naungan kerajaan

Siam akhirnya goyah kerana pengaruh oleh Siam yang semakin lama semakin lemah. Namun,

pengaruh Kerajaan Majapahit pula semakin tersebar dengan meluas di Nusantara. Selain itu,

sebelum abad ke 16, nama-nama tempat seperti Sayong, Muar, Batu Pahat, Pulau Tinggi dan

sebagainya telah didiami oleh orang Melayu. Semasa abad ke-15 pula, kawasan – kawasan di

dalam negeri ini adalah terletak di bawah naungan Sultan Melayu sendiri. Disebabakan

itulah, kenyataan-kenyataan yang dibincangkan ini merupakan kronologi sejarah awal

kerajaan Johor Pra 1530. Walaupun demikian, evolusi perkembangan sejarah awal Johor

masih belum ada kepastian dan persoalan demi persoalan yang timbul, Setiap persoalan ini

masih lagi belum terjawab. Keadaan ini banyak menimbulkan kemusykilan dan semuanya

bergantung kepada kajian lanjutan yang akan dijalankan.

FASA KEDUA 1530 – 1640

Fasa kedua akan memperihalkan dan memperlihatkan tentang proses penubuhan dan

pemerkasaan selama 110 tahun. Secara amnya, tarikh 1530 telah dijadikan rujukan sebagai

tahun pengasasan kerajaan Johor. Banyak faktor yang mempengaruhi keadaan ini. Antaranya

ialah sperti kekaburan dan ketidakpastian sejarah awal Johor yang masih belum dikaji secara

sempurna dan mendalam. Oleh yang demikian , para sarjana sejarah telah bersepakat bahawa

tahun penubuhan Johor adalah pada 1530. Menurut catatan sejarah, Kerajaan Johor telah

diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II. Pengasaan ini dilakukan setelah empayar

kerajaan Melayu Melaka berjaya ditawan oleh tentera Portugis pada tahun 1511. Kejatuhan

empayar melaka ini telah memberi impak yang besar kepada pengaruh orang-orang Melayu

dalam pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Melayu. Sekiranya ditinjau dari sudut politik

pentadbiran, pada mulanya pusat pentadbiran telah di bina di Kota Kara. Walau

bagaimanapun, pusat pentadbiran ini dipindahkan ke Kota Tinggi sebagai strategi

pengukuhan kerajaan.

4

Page 5: Johor Riau

Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi dalam tempoh proses pengukuhan kerajaan.

Antara cabaran yang dihadapi adalah merujuk kepada Portugis yang sejak dahulu lagi

menjadi musuh tradisi kejatuhan kerajaan Melaka. Ancaman daripada Acheh juga turut

menjadi cabaran terhadap kerajaan Johor. Johor telah diserang oleh Acheh pada tahun 1540

di Muara Sungai Pana.4 Johor dikatakan diserang pada bulan Jun tahun 1535 dan seramai

400 angkatan tentera di bawah pimpinan Estavao Da Gama telah menyerang Johor.5

Peperangan yang tercetus ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor dan antara salah satu

faktornya adalah disebabkan oleh cubaan Acheh yang ingin menakluki kerajaan Aru yang

pada ketika itu mahu menjadi taklukan Johor. Tercetus satu peperangan pada ketika itu

diantara Sultan Alauddin. Beliau mendapat bantuan daripada pelbagai pihak seperti Kampar,

Inderagiri dan Siak dengan Acheh. Dengan bantuan daripada pihak tersebut akhirnya

kemenangan telah memihak kepada Johor. Walaupun demikian, inilah satu-satunya peristiwa

pada kurun ke-16 yang benar-benar menampakkan Johor menentang Acheh sehingga berjaya

mengalahkannya.

Telah berlaku satu cetusan yang baru dalam pentadbiran kerajaan dimana peranan yang

sepatutnya dimainkan oleh bendahara terpaksa diketepikan tetapi Laksamana Paduka Raja

diberikan keutamaan untuk mempertahankan dan memperkukuhkan pentadbiran dalam

kerajaan. Disebabkan itulah peranan yang dimainkan oleh Laksamana Paduka Raja adalah

besar dalam mempertahankan Johor. Selain itu, beliau juga memainkan peranan dalam

mengembalikan ekonomi dalam kerajaan Johor dalam mempertingkatkan semula

perdagangan yang menjadi nadi terhadap kerajaan Johor. Faktor keadaan semasa telah

menyebabkan keadaan ini berlaku dan ia memerlukan pertahanan dan ketenteraan yang kuat

sebagai tunjang dalam mempertahankan kadaulatan kerajaan. Justeru itu, kerajaan Johor

dapat mematahkan serangan dan ancaman daripada musuh dengan berbekalkan kekuatan dan

daya saing yang tinggi iaitu dimilki oleh pemerintah. Pada sepanjang tahun inilah terukir

pelbagai peristiwa yang menggambarkan semangat serta usaha keras para pemimpin Johor

demi mempertahankan maruah dan kedaulatan kerajaan daripada di hancurkan oleh pihak

musuh iaitu Portugis dan juga Acheh.

4 Leonard Y Andaya. 1977. Kerajaan Johor (1641-1728) : Pembangunan Ekonomi Dan Politik. (Shamsuddin Jaafar, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 30.

5 Buyung Adil. 1971. Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 18.

5

Page 6: Johor Riau

FASA KETIGA 1642 – 1699

Fasa ketiga ini menjadi titik tolak kepada perkembangan kerajaan Johor dalam menjadi

sebuah kerajaan yang berdaulat. Kedatangan kuasa Belanda dan penubuhan Syarikat Hindia

Timur atau V.O.C. telah mempengaruhi perkembangan kerajaan Johor. Disamping itu juga

kelemahan kerajaan Acheh telah menjadi pemangkin terhadap pembangunan dan kejyaan

kerajaan Johor. Pada tahun 1641 kerajaan Johor hanyalah terdiri daripada beberapa batang

sungai dan juga pulau seperti Sungai Kelang, Sungai Penagi ( Kuala Linggi ), Sungai Siak,

Sungai Kampar, Bengkalis, Ungaran, Pulau – Pulau Karimun, Bulang, Bentan, Lingga, dan

pulau – pulau di sekelilingnya iaitu Pulau Singapura, Rio Formosa ( Sungai Batu Pahat ) dan

Muar.6 Pada ketika itu, Portugis terpaksa berhadapan dengan cabaran baru dimana

kedatangan kuasa Eropah yang lain dengan munculnya kekuatan Belanda untuk menubuhkan

Syarikat Hindia Timur iaitu pada awal abad ke – 17. Dalam pada masa ini Johor telah proses

perkembangan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Pelabuhan Johor sentiasa sibuk dengan

kedatangan para pedagang asing disebabkan tarikan mereka dengan kemampuan Johor dalam

menyediakan peluang dan pasaran yang baik disamping barang – barang untuk menjalankan

kemudahan dengan cekap meskipun Johor tidak mengasilkan sebarang perkara.7

Selain itu juga, Johor bukan sahaja terikat dengan sejarah dunia melayu malah

berhubung kait dengan sejarah global selain merupakan sebuah yang unik. Terutamanya

dengan dunia di sebelah Timur dan Barat. Justeru itu juga kedudukan geografinya yang

strategik telah meyebabkan dieksploitasi sepenuhnya oleh orang Melayu yang tinggal di

Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Sumatera yang berteraskan kepada dunia maritim.

Oleh yang demikian Johor telah menandatangani perjanjian dengan kuasa barat yang baru

iaitu Belanda sehingga mewujudkan suasana baru di Selat Melaka. Kedatangan Admiral

Jacob Heemker ke istana Johor di Batu Jawa pada tahun 1602 telah menyebabkan

termeterainya satu hubungan diplomasi yang bermatlamatkan untuk mengusir Portugis dari

Melaka. Selain itu hubungan diplomasi ini juga dapat menghalang Portugis daripada

memonopoli perlombongan bijih timah dan perdagangan kain kapas India. Penubuhan V.O.C

juga telah menjadi pemangkin yang positif kepada transformasi Johor kerana V.O.C telah

membantu meningkatkan ekonomi Johor melalui saluran dermawan daripada karyawan

6 Ibid. hlmn 49.7 Ibid. hlmn 50.

6

Page 7: Johor Riau

Belanda dari bandar yang terkenal. Di samping itu, kekayaan yang diperolehi daripada

perdagangan antarabangsa telah meningkatkan lagi kewibawaan pemimpin dalam

memperkukuhkan unsur – unsur politik yang menjamin kedudukan raja di Johor.8

Seterusnya, perkembangan Johor juga turut dipengaruhi oleh perkahwinan iaitu

perkahwinan yang wujud antara dua kuasa di Alam Melayu. Hal ini dapat dilihat pada tahun

1644 iaitu semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III apabila permaisuri negeri Patani

dikahwinkan dengan adik bongsu Sultan Abdul Jalil Shah. Melalui hubungan perkahwinan

tersebut ia telah merapatkan lagi hubungan antara kedua – dua buah negeri tersebut.9 Namun

perkahwinan antara Yamtuan Raja Bajau iaitu bakal Sultan Johor dengan anak Raja Jambi

tidak dipersetujui akibat perselisihan faham dan berlakunya perang pada tahun 1970. Namun

pada tahun 1681 peperangan tersebut berjaya ditamatkan dengan bantuan daripada Johor iaitu

Paduka Raja Tun Abdul Jamil bersama anaknya iaitu Laksaman Johor membawa angkatan

perang Johor menyerang Palembang dengan dibantu oleh Daing Mengika.10

Sebenarnya, hubungan yang terjalin antara Johor dan Belanda banyak memberikan

keuntungan kepada Johor . Hal ini dapat dilihat terutamanya dalam kemajuan pelabuhan

Riau yang telah menjadi pusat perdagangan yang utama di Asia Tenggara. Keadaan ini telah

memberikan cabaran yang hebat kepada Melaka dan Batavia. Hal ini juga telah

membolehkan para pegawai dan Orang Kaya berdagang dengan bebas tanpa mendapat

sekatan daripada Belanda di Selat Melaka. Secara tidak langsung ia telah membantu

melonjakkan lagi ekonomi kerajaan Johor manakala pelabuhan Riau bertambah pesat dengan

singgahan para pedagang dari Eropah, India, China dan juga Dunia Melayu.

FASA KEEMPAT 1700 – 1720

Pada permulaan kurun yang ke – 18, Johor sekali lagi menghadapi cabaran dimana

telah berlaku perubahan yang menarik dalam sejarah Johor. Tarikan dan penggalak yang

utama bagi V.O.C untuk menjalankan perdagangannya adalah rempah ratus di Asia dan hasil

keuntungannya terus menjadi sumber yang tetap dan penting. Namun begitu, dinasti

8 Ibid. hlmn 53.9 Ibid. hlmn 72.10 Ibid. hlmn 80.

7

Page 8: Johor Riau

Bendahara Johor tidak berdaya untuk menguasai Orang Laut serta tidak dapat bergantung

harap untuk mendapatkan kesetiaan daripada kuasa di Raja tradisional itu.11 Apabila

memasuki abad ke – 18, kerajaan Johor sekali lagi terpaksa berhadapan dengan era cabaran

dalam sejarah perkembangannya yang tragis. Hal ini demikian kerana pada tahun 1699 ia

telah dipengaruhi oleh peristiwa pembunuhan Sultan terakhir dari keturunan Melaka oleh

Megat Seri Rama. Bagi menandakan berakhirnya nasab dan salasilah keturunan Sultan dari

Kesultanan Melayu Melaka adalah dengan kemangkatan Almarhum Kampar. Dengan

kemangkatan beliau keadaan menjadi lebih sulit karana tiada seorang pun waris yang

ditinggalkan. Kesannya, Sultan Abdul Jalil telah ditabalkan menjadi sebagai Sultan Johor

yang diberi gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Maka dengan itu bermulalah

penerusan tradisi pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dengan keluarga baru di Johor.

Pada awal abad ke – 18 di Johor memperlihatkan keadaan yang tidak tenteram. Hal ini

adalah kesan daripada pertikaian yang berlaku terhadap Tun Abdul Jalil ( Marhum Kuala

Pahang ) sebagai Sultan. Perlantikan tersebut adalah merupakan hasil komplot daripada

golongan elit istana Johor. Beliau merupakan anak kepada Bendahara Tun Habib Abdul

Majid, namun perlantikan beliau tidak mendapat penerimaan daripada rakyat kerana

mayarakat Melayu menganggap mustahil bagi seorang yang “berdarah merah” untuk menjadi

seorang Sultan sedangkan semua keturunan Di Raja adalah “berdarah putih”. Kelemahan

Bendahara dalam hal ehwal pentadbiran sebenarnya merupakan antara faktor yang

menyumbang kepada keadaan ini dimana beliau banyak bergantung kepada adindanya iaitu

Bendahara Mas Anum dan juga Raja Muda Tun Mahmud untuk mentadbir kerajaan. Keadaan

yang berbelah bagi juga wujud dalam keluarga Bendahara disamping wujud ancaman

daripada Orang Laut dan kerajaan – kerajaan Melayu yang berjiran.12 Peristiwa yang berlaku

dalam kerajaan Johor telah banyak memberikan implikasi yang negatif terhadap

perkembangan di Johor terutamanya dari segi ekonomi dimana ia telah menghalang aktiviti

perdagangan yang keluar masuk di pelabuhan – pelabuhan Johor pada tahun pertama selepas

berlakunya rampasan kuasa pada tahun 1699. Dari segi aktiviti perlombongan bijih timah

pula adalah kebanyakkannya hasil bijih timah dari Selangor, Kelang dan Rembau tidak lagi

dibawa masuk ke Johor tetapi dibawa masuk ke Melaka. 13 Oleh yang demikian, disebabkan

11 Leonard Y. Andaya. 1977. Kerajaan Johor (1641-1728) : Pembangunan Ekonomi Dan Politik. (Shamsuddin Jaafar Terjemah). Hlm.12 Kristof Glamann. 1958. Dutch-Asiatic Trade, 1620-1740. Copenhagen. Hlm. 14-15 ,184.13 KA,1530, OB 1701 , Arahan- arahan daripada Gab. Govert van Hoorn Melaka kepada Penggantinya Bernard Phoonsen Melaka ke Betawi 19 Januari 1701, fol. 15,

8

Page 9: Johor Riau

oleh keadaan di Johor yang huru – hara dengan pelbagai masalah, telah menyebabkan Sultan

Abdul Jalil Riayat Shah IV tidak sempat untuk mengumumkan pertabalan beliau menjadi

Sultan pada 13 Disember 1700 kepada pihak Belanda.

FASA KELIMA 1720 – 1784

Era kembalinya perkembangan kegemilangan Johor adalah pada fasa kelima ini

dimana dalam fasa ini akan memperihalkan berkaitan dengan kemasukan pengaruh luar

seperti Siak dan Bugis. Kemasukan mereka telah memberikan kesan dimana pemangkin

kepada transformasi perkembangan kerajaan Johor. Pada awal abad ke – 18 satu kemelut

telah berlaku di Selat Melaka termasuklah dengan kemasukan Siak iaitu Minangkabau dan

Bugis. Keadaan ini berlaku selepas kemangkatan Sultan Mahmud II yang telah menandakan

berakhirnya salasilah keturunan Sultan dari Kesultanan Melaka. Oleh yang demikian Johor

tidak mempunyai Sultan selepas kemangkatan Sultan Mahmud II dan Bendahara Tun Abdul

Jalil telah menggantikannya dengan mendapat gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.

Beliau telah diangkat menjadi Yamtuan Muda ( Raja Muda ) dan merupakan Sultan atau Raja

Johor yang ke – 11. Selain itu, seorang Raja dari Siak iaitu dikenali sebagai Raja Kecil telah

muncul di Johor pada tahun 1717 dan mendakwa bahawa beliau adalah putera Sultan

Mahmud yang dibunuh pada tahun 1699.14 Baginda telah menyerang Johor dengan bertemu

dahulu dengan upu – upu Bugis di Bengkalis bertujuan untuk meminta bantuan. 15Walaupun

demikian, pada tahun 1718 Raja Kecil tetap melancarkan serangan meskipun tidak mendapat

bentuan daripada upu – upu Bugis. Serangan yang dilakukan telah berjaya menumpaskan

Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Raja Kecil telah berjaya menaiki takhta dengan mendapat

gelaran Sultan Abdul Rahmat Riayat Shah kesan daripada kemenangan yang di perolehinya. 16 Kejayaan tersebut telah menaikkan kemarahan Raja Sulaiman dan Tengku Tengah lebih –

lebih lagi Raja Kecil telah menungkiri janjinya untuk menikahi Tengku Tengah serta menjadi

dalang atas pembunuhan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Ekoran daripada peristiwa

tersebut, Bugis dan Raja Sulaiman telah menyerang semula Raja Kecil dan menghalaunya

semula balik Siak pada tahun 1721. 17

14 Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya, 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhd. Hlm 4.15 Tengku Said. 1992. Hikayat Siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 12416 Fadzli Mat Rawi. 2006. Pahlawan Johor. Selangor: Pustaka Cahaya Intelek. Hlm 8.17 Joginder Singh Jessy. 1979. Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 9.

9

Page 10: Johor Riau

Sememangnya terdapat banyak peristiwa yang berlaku di Johor akibat daripada

pengaruh Bugis dari aspek politik. Peristiwa yang berlaku juga banyak memberikan kesan

yang begitu ketara sekali dimana kedatangan Bugis telah mewujudkan dua kuasa di Johor

iaitu kuasa Melayu dan kuasa Bugis dalam pentadbiran Johor. Malah satu jawatan baru turut

diperkenalkan iaitu Jawatan Yamtuan Muda dan kuasanya adalah melebihi kuasa Sultan.

Jawatan ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk memperkukuhkan lagi kuasa Bugis di

Johor dalam pentadbiran kerajaan. Selain itu, adat tiga hujung turut diperkenalkan dan Bugis

juga telah menerapkan budaya – budaya kepada masyarakat Melayu serta dalam istana Di

Raja Johor. Dari segi ekonomi pula, Bugis telah berjaya mengukuhkan kedudukannya

melalui aktiviti perdagangan di pelabuhan Johor – Riau. Kestabilan politik di Johor juga telah

menarik minat para pedagang untuk berkunjung lebih – lebih lagi selepas peperangan dan

secara langsung keadaan ini telah membantu untuk mengembangkan lagi ekonomi di Johor.

Para pedagang yang singgah di pelabuhan Johor kebanyakkannya adalah dari China, Jawa,

Benggala, Siam dan sebagainya dengan membawa hasil dagangan masing – masing seperti

candu, beras, kain dan juga alatan senjata.

Seterusnya, kemakmuran dan perkembangan yang berlaku dalam kerajaan Johor turut

menarik minat pedagang – padagang dari luar untuk datang berniaga di Johor. Malah turut

membantu menambahkan lagi hasil kutipan cukai di pelabuhan untuk kegiatan eksport dan

import. Perkembangan yang berlaku dalam aspek ekonomi ini telah membantu Sultan

Sulaiman untuk menambahkan lagi kelengkapan pertahanan Johor bagi mempertahankan

Johor daripada di serang oleh musuh tidak kira dari dalam mahupun luar Johor. Riau juga

berjaya memonopoli kekuatan geopolitik dan kedudukan yang strategik Johor sehingga Johor

menjadi pusat kegiatan dagangan yang utama di dunia Melayu. Kesannya, kehadiran

padagang Bugis dari Pulau Sulawesi dan juga Selat Melaka telah bertambah sejak permulaan

abad ke – 17. Faktor yang mendorong mereka berjaya sampai ke pelabuhan Johor adalah

dipengaruhi oleh kepandaian mereka dalam menyelusuri perairan Laut Sulu, Laut China

Selatan, Laut Jawa dan juga Selat Melaka. Dengan penglibatan Bugis dalam aspek politik di

Johor maka dalam fasa kelima ini Johor telah berjaya menjadi pelabuhan yang terkenal yang

setanding dengan pelabuhan lain di Alam Melayu.

KESIMPULAN

10

Page 11: Johor Riau

Secara kesimpulannya, Johor telah melalui proses perkembangan yang sangat panjang

dan rumit dalam fasa pra 1530 hinggalah fasa yang kelima. Walau bagaimanapun Johor tetap

mencapai perkembangan sehinggalah pada awal abad ke – 18 yang merupakan zaman

kegemilangan Johor. Keadaan ini berlaku setelah kedatangan Bugis ke Johor yang mula

bertapak dengan kukuh. Secara keseluruhannya, transformasi yang berlaku telah membawa

anjakan perubahan perkembangan politik, ekonomi dan sosial kerajaan Johor. Namun, corak

transformasi yang berlaku adalah bersifat pelbagai kerana ada turun dan naiknya dan keadaan

ini dapat dilihat dalam setiap fasa. Justeru itu, kerajaan Johor telah melalui transformasi yang

amat getir dan hanya dapat diselamatkan dengan adanya kekuatan dalaman dan perubahan –

perubahan yang berlaku di Eropah dan Asia serta perimbangan kuasa baru di dunia Melayu.

RUJUKAN

11

Page 12: Johor Riau

Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur:

Macmillan Publisher ( M ) Sdn. Bhd.

Buyung Adil. 1971. Sejarah Johor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fadzli Mat Rawi. 2006. Pahlawan Johor. Selangor: Pustaka Cahaya Intelek.

Joginder Singh Jessy. 1979. Sejarah Tanah Melayu ( 1400-1959 ). Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

KA 1530, OB 1701, Arahan-arahan daripada Gab. Govert van Hoorn Melaka kepada

Penggantinya Bernard Phoonsen Melaka ke Betawi 19 Januari 1701, fol 15.

Leonard Y. Andaya. 1977. Kerajaan Johor ( 1641-1728 ) : Pembangunan Ekonomi dan

Politik ( Shamsuddin Jaafar Terjemah ). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji. 1982. Tuhfat Al-Nafis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

Tengku Said. 1992. Hikayat Siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wheatley, Paul. 2010. The Golden Khersonese. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Winstedt, R.O. 1979. A History of Johor. Kuala Lumpur: MBRAS.

12