jenis jenis ikatan (knots)

22
Kemahiran Simpulan & Ikatan Disediakan oleh: Mohd Amir Wardee Bin Mohd Kamis Luqman Hakim Bin Norbashah Mohd Aidil Bin Othman

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 19-Jun-2015

10.250 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis jenis ikatan (knots)

Kemahiran Simpulan & Ikatan

Disediakan oleh: Mohd Amir Wardee Bin Mohd Kamis

Luqman Hakim Bin NorbashahMohd Aidil Bin Othman

Page 2: Jenis jenis ikatan (knots)

Jenis-jenis Tali dan Penjagaannya

Jenis-jenis Tali

a) Tali fiber asli merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan berunsurkan tumbuhan dan haiwan. Contoh tali fiber asli ialah :

• tali gentian manila

b) • tali sabut• tali sas

c) • tali kapas

Page 3: Jenis jenis ikatan (knots)

b) Tali fiber buatan manusia adalah merupakan tali sintetik yang terdiri daripada bahan-bahan campuran berunsurkan tumbuhan dan kimia. Contoh tali fiber buatan manusia ialah :• tali nylon

• tali hawser-laid

• tali karamental

• tali poltster

• tali wayar

• tali drilena

Page 4: Jenis jenis ikatan (knots)

Penjagaan Tali

Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali-sekala.

Selepas digunakan, tali hendaklah dilingkarkan sebelum disimpan di tempat yang kering dan selamat. kita tidak boleh membasuh tali.

Tali yang basah tidak boleh disimpan. Keadaan ini menyebabkan tali menjadi cepat reput dan tidak boleh digunakan. Kita tidak boleh menjemur tali yang basah di bawah panas matahari atau menggunakan kuasa wap.

Page 5: Jenis jenis ikatan (knots)

Simpulan dan Ikatan

Seorang kadet dikehendaki mempelajari dan mengetahui pelbagai jenis-jenis dan simpulan ikatan. Kadet hendaklah mengetahui cara melakukan ikatan dengan betul serta kegunaannya kerana bagi tujuan perkhemahan dan pengembaraan. Simpulan dan ikatan yang baik dan betul keadaan teguh serta boleh dibuka dengan mudah jika dibuka. Simpulan yang tidak betul akan mudah terurai dan tidak teguh.

Bagi melahirkan diri melakukan ikatan atau simpulan, seseorang kadet mestilah selalu berlatih melakukannya. Ikatan dan simpulan berguna untuk menyambungkan tali, mengangkat barang, mengikat bungkusan dan juga semasa menyelamatkan orang dalam kecemasan atau kemalangan.

Page 6: Jenis jenis ikatan (knots)

BUKU SILA ( Square / Reef Knot )

Untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz

Biasanya untuk menyambung tali khemah/bungkusan hadiah/ikatan anduh. Mudah dibuka

Dikenali juga sebagai 'left over right and right over left'.

Page 7: Jenis jenis ikatan (knots)

BUNGA GETI ( Sheet / Flag / Common Bend )

• Kegunaannya adalah untuk menyambungkan hujung dua tali yang berlainan jenis/berlainan saiz

Page 8: Jenis jenis ikatan (knots)

TINDIH KASIH (Bowline)

• Untuk membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh menjerut benda/binatang dan sebagainya

• Sesuai digunakan untuk menyelamat, mengikat leher binatang dan sebagainya

Page 9: Jenis jenis ikatan (knots)

SIMPUL MANOK (Clove Hitch)

• Simpul manuk biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya.

• Ia mudah diikat/disimpulkan dan mudah ditanggalkan/dibuka.

Page 10: Jenis jenis ikatan (knots)

SIMPUL MANOK (Clove Hitch)

Page 11: Jenis jenis ikatan (knots)

SIMPUL BELIT LUCUT Highwayman's hitch

1. Sesuai digunakan

untuk mengikat bot atau binatang (contoh kuda) supaya boleh dibuka dengan pantas

2. Boleh juga digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali

Page 12: Jenis jenis ikatan (knots)

SIMPULAN PENGAIL / SIMPUL HIMPIT (Fisherman's Knot)

Sesuai digunakan untuk menyambungkan dua tali yang halus /licin seperti tali tangsi

Page 13: Jenis jenis ikatan (knots)

LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT Round turn and two half-hitches

Satu simpulan mudah tetapi kemas untuk mengikat hujung tali pada mata kail, pancang, pokok dan sebagainya

Page 14: Jenis jenis ikatan (knots)

LILIT BALAK (The Timber Hitch)

Ikatan balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya

Page 15: Jenis jenis ikatan (knots)

SLIP (RUNNING) KNOT

Ikatan ini mudah diketatkan atau dilonggarkan

Mudah menggerakkan ikatan ke bahagian lain pada kayu/pancang

Semakin kuat hujung tali itu ditarik semakin ketat simpulan tersebut

Page 16: Jenis jenis ikatan (knots)

IKATAN SILANG GUNTING (Sheer Lashing)

Ikatan ini ialah bagi membuat jambatan, menara, gejet dan menyambung kayu

Mulakan dengan simpulan manok pada sebarang kayu, kemudian belitkan pada kedua-dua batang kayu itu dengan ketat. Akhir sekali belitkan tali di celah kayu itu beberapa kali supaya lebih ketat.

Page 17: Jenis jenis ikatan (knots)

IKATAN SERONG (Diagonal Lashing)

Ikatan ini digunakan untuk membuat jamabatan, menara dan sebagainya.

Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manok.

Page 18: Jenis jenis ikatan (knots)

IKATAN SERONG (Diagonal Lashing)

Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manok.

Page 19: Jenis jenis ikatan (knots)

IKATAN SILANG TUNKU (Tripod Lashing)

Digunakan untuk membuat gejet dan menyambung kayu, khas bagi mengikat tiga batang kayu / buluh yang sama besar dan panjangnya.

Ikatan ini dimulakan dengan menggunakan Lilit Balak atau Simpul Manuk dan bagi mematikan Ikat Silang Tungku, Simpul Manuk digunakan.

Page 20: Jenis jenis ikatan (knots)

IKATAN SILANG TUNKU (Tripod Lashing)

Page 21: Jenis jenis ikatan (knots)

IKATAN SILANG TUNKU (Tripod Lashing)

Digunakan untuk membuat gejet dan menyambung kayu, khas bagi mengikat tiga batang kayu / buluh yang sama besar dan panjangnya.

Ikatan ini dimulakan dengan menggunakan Lilit Balak atau Simpul Manuk dan bagi mematikan Ikat Silang Tungku, Simpul Manuk digunakan.

Page 22: Jenis jenis ikatan (knots)

Sekian

Terima Kasih