jemaah nazir

4
http://www.moe.gov.my/v/profil-jabatan?div=16 PORTAL RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sejarah dan Latar Belakang Jemaah Nazir Sekolah (JNS) iaitu nama asal Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK) ada sebuah badan ikhtisas yang telah ditubuhkan dalam bulan Oktober 1956 atas perakuan Penya Razak 1956 dan seterusnya diberi pengesahan di bawah Ordinan Pelajaran 1957. Penubuhan s badan pengawalan dalam pendidikan seperti JNS telah disarankan semenjak tahun 1938 oleh Suruhanjaya Khas berkenaan dengan Dasar Pelajaran Tahun 1952 dan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak) yang menyokong penubuhan sistem pengawalan khas bagi selu negara. Pada peringkat awal penubuhannya pada tahun 1956, JNJK merupakan sebuah organi tertutup yang dikenali sebagai Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (JNSP). JNSP kemudiannya dikenali sebagai Jemaah Nazir Sekolah (JNS) pada tahun 1996. Pada tahun 2008 apabila penstrukturan Kementerian Pelajaran dibuat, nama JNS ditukar kepada Jemaah Nazir Dan Jam Kualiti (JNJK), satu nama yang mencerminkan tugas utama JNJK sebagai pengawal kualiti pendidikan. Dalam penstrukturan semula JNJK pada 1 Mei 2005, Jabatan Perkhidmatan AwamMAL telah meluluskan pertambahan 114 jawatan Nazir Sekolah dan 70 jawatan staf sokongan. Sehingga tahun 2011, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah diterajui oleh 20 Ketua Nazir. Antara tugas utama nazir ialah: 1. Pemeriksaan Institusi Pendidikan Memeriksa institusi pendidikan pada tempoh yang difikirkan sesuai: : Apabila diarahkan supaya berbuat sedemikian oleh menteri, memeriksa institusi pendidikan : Menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubung dengan pemeriksaan institusi pendidikan 2. Nasihat dan Bimbingan Ketua Nazir atau nazir sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola atau mana- mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan d kepada guru-guru berhubung dengan pengajaran dan kaedah pengajaran. 3. Penyediaan Laporan Ketua Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang institusi pendi yang diperiksanya, dan jika laporan itu dibuat oleh nazir sekolah beliau hendaklah mengesyorkan apa-apa ulasan yang disifatkannya sesuai pada laporan. Visi Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti institusi pemastianSTANDARD kualiti pendidikan berwibawa.

Upload: kuan-tee

Post on 13-Sep-2015

840 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

62

TRANSCRIPT

http://www.moe.gov.my/v/profil-jabatan?div=16PORTAL RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIASejarah dan Latar Belakang

Jemaah Nazir Sekolah (JNS) iaitu nama asal Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK) adalah sebuah badan ikhtisas yang telah ditubuhkan dalam bulan Oktober 1956 atas perakuan Penyata Razak 1956 dan seterusnya diberi pengesahan di bawah Ordinan Pelajaran 1957.Penubuhan sebuah badan pengawalan dalam pendidikan seperti JNS telah disarankan semenjak tahun 1938 oleh sebuah Suruhanjaya Khas berkenaan dengan Dasar Pelajaran Tahun 1952 dan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak) yang menyokong penubuhan sistem pengawalan khas bagi seluruh negara. Pada peringkat awal penubuhannya pada tahun 1956, JNJK merupakan sebuah organisasi tertutup yang dikenali sebagai Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (JNSP). JNSP kemudiannya dikenali sebagai Jemaah Nazir Sekolah (JNS) pada tahun 1996.Pada tahun 2008 apabila penstrukturan Kementerian Pelajaran dibuat, nama JNS ditukar kepada Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK), satu nama yang mencerminkan tugas utama JNJK sebagai pengawal kualiti pendidikan.Dalam penstrukturan semula JNJK pada 1 Mei 2005, Jabatan Perkhidmatan AwamMALAYSIAtelah meluluskan pertambahan 114 jawatan Nazir Sekolah dan 70 jawatan staf sokongan.Sehingga tahun 2011, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah diterajui oleh 20 orang Ketua Nazir. Antara tugas utama nazir ialah: 1. Pemeriksaan Institusi Pendidikan Memeriksa institusi pendidikan pada tempoh yang difikirkan sesuai: : Apabila diarahkan supaya berbuat sedemikian oleh menteri, memeriksa institusi pendidikan :Menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubung dengan pemeriksaan institusi pendidikan 2. Nasihat dan Bimbingan Ketua Nazir atau nazir sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola ataumana-manaorang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusipendidikan dan kepada guru-guru berhubung dengan pengajaran dan kaedahpengajaran. 3. Penyediaan Laporan Ketua Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang institusi pendidikan yang diperiksanya, dan jika laporan itu dibuat oleh nazir sekolah beliau hendaklah mengesyorkan apa-apa ulasan yang disifatkannya sesuai pada laporan.

Visi

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti institusi pemastianSTANDARDkualiti pendidikan berwibawa.

Misi

Menaziri dan mempertingkat kualiti pendidikan di institusi pendidikan secara profesional,berkualiti dan beretika.

Objektif

1.Meningkatkan keupayaan JNJK mengesan tahap kualiti pengajaran dan pembelajarandi institusi pendidikan dengan melakukan pelbagai aktiviti penaziran;2.Meningkatkan keupayaan pengurusan institusi pendidikan supaya menjadi efektif dan cekap;3.Mewujud dan menggalakkan kerjasama dalam kalangan semua pihak dalam bidang pendidikan;4.Menyalurkan maklumat penaziran melalui sistem rangkaian maklumat yang cekap dan berkesan;5.MenggiatkanPROGRAMpeningkatan kecekapan nazir sekolah secara berterusan dalam bidang penaziran; dan 6.Menjalinkan hubunganKERJAyang erat dengan jabatan pelajaran negeri dan pejabat pelajaran bahagian/daerah bagi memastikan nasihat dan syor-syor JNJK kepada institusi pendidikan diberi perhatian.

Kod Etika Penaziran

Kod Etika Penaziran menjadi panduan kepada semua Nazir untuk mengguna danmengamalkannya semasa menjalankan aktiviti penaziran.

Terdapat lima kod etika penaziran iaitu:i.Tanggungjawab Terhadap Tugasii.Tanggungjawab Terhadap Diri Sendiriiii.Tanggungjawab Kepada Rakan Sejawativ.Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara, danv.Tanggungjawab Terhadap Profesion

Fungsi

1. Merancang dasar dan operasi Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti bagi memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan. 2. Bertanggungjawab, dengan kerjasama mana-mana pihak berkuasa yang dilantik oleh Menteri Pelajaran, bagi memastikan bahawa taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.3. Memeriksa institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan diperiksa oleh Nazir Sekolah pada lat tempoh yang sesuai. 4. Menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubungan dengan pemeriksaan institusi pendidikan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Pelajaran atau sebagaimana yang ditetapkan. 5. Memberikan nasihat kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan pengajaran atau pengurusan yang dijalankan di institusi pendidikan itu. 6.Mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang tiap-tiap institusi pendidikan yang diperiksa oleh Nazir Sekolah. 7.MembinaSTANDARDkualiti pendidikan kebangsaan yang boleh dijadikan penandaarasan untuk mencapai kualiti. 8. Memastikan dasar pendidikan dipatuhi oleh institusi pendidikan melalui pemeriksaan institusi pendidikan. 9. Memastikan pengurusan penyampaian perkhidmatan pendidikan di institusi pendidikanbebas daripada pelanggaran, kecuaian dan ketidakcekapan.

Piagam Pelanggan

Kami, warga Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) dengan penuh tekad dan iltizam dalammelaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996,dengan ini berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:1.Melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahunbagi sekurang-kurangnya 70% sekolah.2.Memberi nasihat kepada setiap institusi pendidikan yang diperiksa kecuali pemeriksaan yang berbentuk penilaian semasa perjumpaan penutup pada hari terakhir setiap pemeriksaan bagi membolehkan institusi mengambil tindakan penambahbaikan.3.Menghantar dapatan pemeriksaan secara bertulis kepada intitusi pendidikan yang diperiksa dalam tempoh 10 hari bekerja bagi Pemeriksaan Biasa, Pemeriksaan Penuh, Pemeriksaan Tindak Ikut dan Pemeriksaan Bertema.4.Mengemukakan kepada YB Menteri Pendidikan :A.Laporan peringkat kebangsaan: i.Pemeriksaan Biasa sebelum 31 Disember setiap tahun ii.Pemeriksaan Bertema dalam tempoh 40 hari bekerja selepaspemeriksaan; dan iii.Pemeriksaan Penuh dalam tempoh45 hari bekerja selepas tamat pemeriksaan. iv. Pemeriksaan Khas - dalam tempoh 60 hari bekerja selepas tamat pemeriksaan.b.Laporan siasatan aduan: i.Laporan awal dalam tempoh 24 jam selepas siasatan; dan ii.Laporan penuh dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas siasatan10 Nov 2014