jawapan kuiz bahagian a

12
AIZAM SIZA BT ZINADIN 761220-14-5428 KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013 Berdasarkan artikel jurnal “Lesson on Leadership: A Study of Distributed Leadership in Washington State”; a) Huraikan aspek-aspek yang penting dalam “Kepimpinan Distributif”. Difinisi Kepimpinan Distributif Harris, (2008) mendefinisi kepimpinan distributif sebagai satu budaya kerja yang wujud hasil daripada bimbingan dan kepimpinan daripada pelbagai punca kepakaran yang berbeza dalam sesuatu organisasi. (Distributed leadership as multiple sources of guidance and direction, following the countours of expertise in an organization made coherent through a common culture). Hopkins and Jackson (2002) pula mendefinisi kepimpinan distributif sebagai kepimpinan yang terpendam dalam diri seseorang individu dan dapat dimanfaatkan oleh sesebuah organisasi apabila ia diserlahkan (as leadership that resides in the human 1

Upload: azinadin

Post on 21-Jun-2015

89 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jawapan Kuiz BAHAGIAN A

AIZAM SIZA BT ZINADIN 761220-14-5428

KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

Berdasarkan artikel jurnal “Lesson on Leadership: A Study of Distributed Leadership in Washington State”;

a) Huraikan aspek-aspek yang penting dalam “Kepimpinan Distributif”.

Difinisi Kepimpinan Distributif

Harris, (2008) mendefinisi kepimpinan distributif sebagai satu budaya kerja yang wujud

hasil daripada bimbingan dan kepimpinan daripada pelbagai punca kepakaran yang berbeza

dalam sesuatu organisasi. (Distributed leadership as multiple sources of guidance and

direction, following the countours of expertise in an organization made coherent through a

common culture). Hopkins and Jackson (2002) pula mendefinisi kepimpinan distributif

sebagai kepimpinan yang terpendam dalam diri seseorang individu dan dapat dimanfaatkan

oleh sesebuah organisasi apabila ia diserlahkan (as leadership that resides in the human

potential available to be released within an organisation). Gronn (2000) and Bennet et. al.,

(2003:3) memberi definisi kepimpinan distributif sebagai kemunculan satu kumpulan atau

jaringan individu yang kepakaran mereka dikumpulkan oleh salah seorang ahli kumpulan

mereka sendiri (emergent property of a group or network of individuals in which a group

member pool their expertise).

Akhir sekali, Spillane et. al., (2001:13) pula mendefinisi kepimpinan distributif sebagai

aktiviti yang dimainkan oleh sekumpulan individu dalam berbagai peringkat untuk

memimpin dan menggerakkan staf yang lain dalam proses perubahan instruksional. Beliau

juga menambah,

” ... distributed leadership implies a social distribution of leadership

where leadership function is stretch over the work of a number individual

where the leadership task is accomplished through the interaction of

1

Page 2: Jawapan Kuiz BAHAGIAN A

AIZAM SIZA BT ZINADIN 761220-14-5428

KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

multiple leader. It also implies interdependency embracing how leader

share responsibility.

Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan pengetua atau guru besar sebagai

peneraju utama di sekolah-sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati bahawa

perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam aspek-aspek tertentu seperti

kepimpinan, tuntutan kerja, orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber manusia,

membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan perancangan. Dapatan tersebut menunjukkan

bahawa guru besar kini bekerja di dunia yang lebih kompleks. Peranan pengetua atau guru besar

merupakan antara faktor utama yang akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah

sekolah. Guru besar yang berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi

cemerlang. Kata pengantar buku Rancangan Aktiviti 1998 Jabatan Pelajaran Kedah Darul

Aman telah memetik kata-kata Pred M. Hechinger, Presiden The New York Times yang

mengungkapkan bahawa:

Over the years as a reporter, I have never seen a good school with a poor

principal or a poor school with a good principal. I have seen unsuccessful

schools turned around into successful ones, and regrettably, outstanding schools

slide rapidly into decline. In this rise the vise or fall could readily be traced to the

quality of the principal. (hal. 54)

Peranan kepemimpinan diperingkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader yang

memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk melaksanakan

sesuatu progam pendidikan. Kepimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagai

2

Page 3: Jawapan Kuiz BAHAGIAN A

AIZAM SIZA BT ZINADIN 761220-14-5428

KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

transformational leader iaitu sebagai agen transformasi perubahan. Pemimpin sekolah yang

proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal

berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu

dan berupaya membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan.

Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepimpinan yang bukan sekadar mampu

bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus

mampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar atau pengetua

merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap sesuatu

perubahan. Dalam memainkan peranan tersebut, guru besar atau pengetua seharusnya tidak

bertindak sekadar sebagai gate-keeper semata-mata.

Oleh yang demikian, pemimpin di peringkat sekolah menurut Matnor Daim (1996), perlulah

terus menerus berusaha melakukan perubahan-perubahan yang positif untuk melayakkan

kedudukan pengurusan sekolah berada di tahap kecemerlangan bertaraf dunia. Kepimpinan yang

berkualiti ialah kepimpinan yang berupaya menjadi penunjuk jalan ke suatu arah yang betul di

samping menjadi model ke arah memastikan kejayaan sesuatu usaha yang hendak dilaksanakan.

Berdasarkan artikel jurnal yang dibuat oleh Washington School Research Centre dalam

kompleksiti sistem pendidikan, pemimpin sekolah perlu membentuk satu sinergi yang mantap ke

arah penambahbaikan sekolah. Pakar dalam bidang kepimpinan pendidikan mengatakan bahawa

pencarian pemimpin yang berkarismatik bukan lagi jawapan kepada kepimpinan berkesan kerana

bilangan pemimpin berbentuk sedemikian amat sedikit dan kesan kejayaan yang dihasilkan tidak

kekal jika tiada usaha menyemai generasi pemimpin pelapis yang layak bagi setiap peringkat

dalam sistem pendidikan kita.

3

Page 4: Jawapan Kuiz BAHAGIAN A

AIZAM SIZA BT ZINADIN 761220-14-5428

KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

Menurut Harris, (2008) teori kepimpinan distributif mengenalpasti ramai yang berupaya dan

berpotensi menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi. Walaubagaimanapun, beliau

menegaskan kunci utama kejayaan kepimpinan distributif bergantung kepada bagaimana ia

dipermudahkan, digerakkan dan diberi sokongan. Menurut Harris, (2008) kajian oleh Spillane et

all. (2001) merupakan kajian empirkal terkini tentang amalan kepimpinan distributif. Hasil

kajian itu mencadangkan ‘ a practice distributed over leaders, followers and their situation and

incorporate the activities of multiple groups of individuals’. Spillane (2006) telah memberi

gambaran yang kotemporari tentang teori kepimpinan distributif. Sebagai salah seorang

penyokong kepimpinan distributif, kajiannya banyak dipengaruhi oleh distributed cognition dan

activity theory. Hasil kajian beliau menyifatkan pandangan terkini tentang asas aktiviti

kepimpinan distributif adalah hubungan dan interaksi sosial dalam sesebuah organisasi.

Di negara Barat, perubahan kepada decentralization of schools adalah berkaitan dengan prestasi

sekolah dan bagaimana sekolah boleh meningkatkan prestasi mereka.Berdasarkan artikel jurnal

ini, penyelidik telah membuat kajian ke atas 10 buah sekolah dari pelbagai daerah . Penyelidik

telah mendapat maklumbalas dalam mengenalpasti kejayaan sesebuah organisasi khususnya

dalam bidang pendidikan;

a. Komitmen terhadap sekolah dan mencipta perubahan ; setiap pemimpin harus ada komitmen

yang tinggi bagi mencapai kemajuan dan kejayaan sesebuah organisasi yang dipimpinnya.

b. Sifat kepunyaan pelajar ; pemimpin harus menerapkan sifat kepunyaan setiap individu dalam

organisasinya. Ini bertujuan supaya mereka bersama-sama memajukan dan menanam sifat

tanggungjawab dalam organisasi terbabit.

c. Kepimpinan distributif ; model kepimpinan bersama di mana seseorang pemimpin dapat

4

Page 5: Jawapan Kuiz BAHAGIAN A

AIZAM SIZA BT ZINADIN 761220-14-5428

KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

menerima pandangan orang bawahannya dan mengagihkan tugas dalam meningkatkan

pencapaian organisasi.

d. Kerjasama organisasi persekitaran ; kerjasama antara satu sama lain dapat menyumbang atau

membantu dalam menyelesaikan masalah. Perbincangan berterusan antara orang bawahan,

pandangan membantu kemajuan sesebuah organisasi itu.

e. tumpuan pembelajaran; setiap orang dalam sesebuah organisasi memainkan peranan yang

penting .Sokongan daripada mereka amat diperlukan dalam memperoleh kejayaan bersama.

f. kepercayaan dalam hubungan; Elemen penting dalam aspek kepimpinan adalah membina

hubungan dan kepercayaan di antara satu sama lain. Pemimpin harus mendengar pendapat dan

pandangan orang lain dan mengamalkan komunikasi terbuka.

Maklumbalas dan kajian yang diperoleh ini adalah secara konsepnya menyatakan kesediaan

pemimpin untuk berkongsi kepimpinan dengan orang bawahan secara sukarela membangunkan

kapasiti setiap individu di dalam organisasi. Kepimpinan ini merupakan amalan pemimpin yang

bersedia menyebarluaskan dan mengagihkan tugasan, membuat keputusan, tanggungjawab dan

akauntabiliti.

Selain daripada itu penyelidik juga mendapati hubungkait dan persamaannya dalam persepsi

karektor pimpinan seperti komunikasi yang efektif iaitu kemampuan berkomunikasi secara

berkesan, kecenderungan untuk memimpin iaitu ujikaji sebelum digunapakai, memberi kuasa

atau melatih orang lain menjadi pemimpin dan memberi sokongan.

5

Page 6: Jawapan Kuiz BAHAGIAN A

AIZAM SIZA BT ZINADIN 761220-14-5428

KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

Kesimpulan

Pelbagai aspek-aspek yang penting dalam kepimpinan distributif dan hubungannya dengan

keberkesanan pengurusan dan kecemerlangan sekolah. Memang tidak dinafikan bahawa gaya

dan tingkah laku kepimpinan berkesan boleh diperolehi melalui kursus dan sebagainya kerana

hakikatnya leaders are not born, leaders can be trained. Namun demikian, tidak semua orang

boleh dilatih untuk menjadi pemimpin yang baik dan berkesan Kecemerlangan dan gaya

kepimpinan adalah bermula dengan pemimpin yang mempunyai kualiti, tret atau ciri peribadi

yang baik. Individu yang mempunyai kualiti peribadi yang baik akan menunjukkan tingkahlaku

dan gaya kepimpinan yang baik, cemerlang, dan berkesan. Justeru itu, kepimpinan distributif

melibatkan semua pihak membuat kerja yang lebih efisien, bermakna dan berkesan.Ia melibatkan

kerjasama dan kepercayaan dan bukannya persaingan serta membuatkan semua orang merasa

bebas untuk mengembangkan dan berkongsi idea-idea baru.

6

Page 7: Jawapan Kuiz BAHAGIAN A

AIZAM SIZA BT ZINADIN 761220-14-5428

KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

7