jangkitan saluran pernafasan

6
Jangkitan Saluran Pernafasan - Penyakit yang sering menyerang anak-anak SISTEM pernafasan boleh dibahagikan kepada 2. 1. Saluran pernafasan bahagian atas biasanya sering dijangkiti bronchitis, sakit kerongkong. 2. Sistem pernafasan bahagian bawah pula sering dijangkit jangkitan paru-paru ataupun pneumonia. Jangkitan bronchitis, kerongkong dan sistem pernafasan Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit pernafasan: I. Batuk ialah tanda yang paling biasa menunjukkan tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan. Ada berbagai-bagai jenis batuk: a. Batuk kering yang menunjukkan penyakit kerongkong ataupun TB. b. Batuk berkahak, seperti di dalam chronic bronchitis, lelah dan juga bronkiektasis atau batuk kokol atau lelah. c.Kahak � a. Kahak bernanah yang menunjukan wujudnya jangkitan sistem Peenafasan atau bakteria pneumonia, bronkiektasis ataupun paru-paru bernanah. b. Kahak berlendir mungkin menandakan kanak-kanak diserang chronic bronchitis atau lelah. Dalam jangkitan TB biasanya kahak pada mulanya berlendir kemudian lama- kelamaan ianya menjadi bernanah. III. Batuk berdarah �

Upload: h

Post on 11-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jangkitan Saluran Pernafasan

Jangkitan Saluran Pernafasan - Penyakit yang sering menyerang anak-anak

SISTEM pernafasan boleh dibahagikan kepada 2.

1. Saluran pernafasan bahagian atas biasanya sering dijangkiti bronchitis, sakit

kerongkong.

2. Sistem pernafasan bahagian bawah pula sering dijangkit jangkitan paru-paru

ataupun pneumonia. Jangkitan bronchitis, kerongkong dan sistem pernafasan

Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit pernafasan:

I. Batuk ialah tanda yang paling biasa menunjukkan tanda-tanda jangkitan saluran

pernafasan.

Ada berbagai-bagai jenis batuk:

a. Batuk kering yang menunjukkan penyakit kerongkong ataupun TB.

b. Batuk berkahak, seperti di dalam chronic bronchitis, lelah dan juga

bronkiektasis atau batuk kokol atau lelah.

c.Kahak �

a. Kahak bernanah yang menunjukan wujudnya jangkitan sistem Peenafasan atau

bakteria pneumonia, bronkiektasis ataupun paru-paru bernanah.

b. Kahak berlendir mungkin menandakan kanak-kanak diserang chronic

bronchitis atau lelah. Dalam jangkitan TB biasanya kahak pada mulanya berlendir

kemudian lama-kelamaan ianya menjadi bernanah.

III. Batuk berdarah �

Juga ada berbagai jenis. Kadangkala sedikit sahaja darah yang keluar bersama-

sama kahak. Ini biasanya menunjukkan tanda-tanda penyakit bronchitis. Atau

kadangkala keluar darah hidup. Batuk darah hidup ialah satu tanda yang amat

serius dan menunjukkan tanda-tanda barah paru-paru, TB atau sakit jantung.

IV. Sakit Dada �

Sakit di bahagian tengah dada yang bertambah teruk apabila batuk adalah tanda

adanya sakit di saluran pernafasan yakni di tengkorok.

Sakit di bahagian rusuk yang kadangkala menular di belakang yang bertambah

teruk semasa batuk atau bernafas biasanya menunjukkan wujudnya jangkitan di

lapisan paru-paru.

Page 2: Jangkitan Saluran Pernafasan

Jenis sakit ini ialah tanda-tanda biasa dalam penyakit pernafasan dan perlu

dirawati.

V. Dystnoea atau sesak nafas dan susah bernafas �

Keadaan ini sungguhpun biasa didapati dalam penyakit saluran pernafasan boleh

juga menjadi tanda bagi penyakit-penyakit lain seperti sakit jantung, kurang darah

dan bengok.

VI- Cyanosis �

laitu keadaan kebiruan yang didapati di kuku atau lidah ataupun lapisan mulut. Ini

menunjukkan kurang oksigen yang masuk melalui saluran pernafasan kepada

darah.

VII. Clubbing�

Ini ialah keadaan di mana jari-jari tangan dan kaki serta tangan menjadi besar dan

sembab. Ini ialah tanda-tanda yang menunjukkan pesakit mengalami jangkitan

saluran pernafasan, jenis chronic atau berpanjangan seperti barah paru-paru,

bronkiektasis, paru-paru bernanah.

Apabila seseorang itu mengalami tanda-tanda yang disebutkan, batuk berkahak,

batuk darah, sakit dada, sesak nafas dan nafas berbunyi dan berhingus, pesakit itu

perlulah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana kalau tidak dirawat

segera ianya akan menimbulkan komplikasi yang berat yang boleh membawa

maut.

Tanda-tanda yang biasa dialami oleh kanak-kanak

Bagi kanak-kanak kecil tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan sukar dikesan.

Oleh itu ibu-ibu haruslah selalu mengawasi kesihatan anak-anak.

Tanda-tanda yang boleh menunjukkan kemungkinan wujudnya jangkitan saluran

pernafasan di kalangan kanak-kanak adalah seperti berikut:

1. Hidung tersumbat atau berhingus.

2. Demam, batuk, tiada selera makan atau tidak boleh makan, meragam, tidur tak

lena dan susah bernafas.

Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda ini hendaklah dibawa ke hospital atau

klinik pada peringkat awal untuk mengelakkan kesesakan nafas dan

Page 3: Jangkitan Saluran Pernafasan

komplikasinya kerana penyakit ini cepat sekali menjadi tenat dan boleh membawa

maut.

Apabila seseorang kanak-kanak itu diserang tanda-tanda berikut ianya perlulah

dirujuk ke hospital dengan segera:

Tidak mahu makan atau minum selama 12 jam, meragam sentiasa menangis,

demam, nafas berbunyi atau kadar pernafasan terlalu cepat.

Kanak-kanak di bawah umur enam bulan yang mengalami tanda-tanda di atas

hendaklah segera dibawa ke hospital atau klinik untuk rawatan.

Rawatan di rumah

Sementara dibawa ke klinik/hospital iaitu sebelum kanak-kanak itu dibawa ke

hospital ibu-ibu dinasihatkan menjaga keselesaan bayi misalnya dengan

membersihkan hidung kalau berhingus, mendukung dan mendudukkan anak

sekiranya ia susah bernafas. Bagi dia minum secukupnya. Lemah badan anak dan

bawa ke klinik segera.

Peringatan: Jangan beri sebarang ubat-ubat yang dibeli di kedai tanpa nasihat

doktor.

Elakkan pakaian tebal dan jenis kain tiruan. Gunakan pakaian dari jenis kapas.

Kalau anak-anak sakit lebih dari dua hari bawa ke hospital atau klinik.

Ahli keluarga harus tahu tentang berbagai aspek-aspek tentang penyakit ini.

Ibu-ibu haruslah memperbaiki pemakanan bayi dan anak-anak mereka dengan

memberi makanan yang seimbang. Cara ini boleh mengurangkan serangan

penyakit sebelum ianya menjadi teruk.

Rawatan

Rawatan akan diberi selepas penyiasatan dijalankan ke atas pesakit seperti

pemeriksaan hidung dan kerongkong, pemeriksaan darah, X-ray dadah dan

pemeriksaan kahak.

Sekiranya kanak-kanak itu didapati batuk dan demam ubat-ubat untuk

mengurangkan keadaan ini akan diberikan.

Jika didapati jangkitan ini disebabkan oleh bakteria, ubat jenis antibiotik akan

diberikan. Jika disebabkan oleh virus tiada rawatan khas yang tertentu.

Page 4: Jangkitan Saluran Pernafasan

Sungguhpun antibiotik akan diberikan untuk mengelakkan komplikasi jangkitan

bakteria.

Jika didapati jangkitan disebabkan oleh kulat atau fungus rawatan tertentu juga

akan diberikan.

Sekiranya pesakit susah bernafas, oksigen akan diberikan untuk memudahkan

bernafas dan untuk mengelakkan komplikasi seperti cyanosis, kebiruan dan

kejutan.

Perlu juga diingat bahawa saluran pernafasan seperti hidung dan kerongkong

selalu dalam keadaan sihat dan tidak tersumbat seperti hidung tersumbat oleh

hingus dan tersumbat tekak oleh kahak.

Kadangkala jangkitan tekak boleh juga melarat ke bahagian tonsil dan keadaan

seperti ini boleh menyekat saluran pernafasan apabila tonsil bengkak.

Keadaan ini perlu dirawat dan jika didapati chronik berpanjangan tonsil terpaksa

dibuang/bedah.