jalan sultan salahuddin, 50626 kuala lumpur. tel: 03...

3
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BILANGAN:3 KELUARAN: 1/2011 Jalan Sultan Salahuddin, 50626 Kuala Lumpur. Tel: 03-2698 1711/1791/1642 Fax: 03-2693 2285 http://state.water.gov.my/wp Talian Aduan Awam Majlis Korban JPSWPKL Banjir Kilat Menarik Di Dalam Karnival Sg Penchala Majlis Hari Raya Hari Keluarga Lawatan Ke Rumah Orang Tua Majlis Berbuka Puasa

Upload: hoangbao

Post on 16-Jun-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

BILANGAN:3

KELUARAN:

1/2011

Jalan Sultan Salahuddin, 50626 Kuala Lumpur. Tel: 03-2698 1711/1791/1642 Fax: 03-2693 2285

http://state.water.gov.my/wp

Talian Aduan Awam

Majlis Korban

JPSWPKL

Banjir Kilat

Menarik Di Dalam

Karnival Sg Penchala

Majlis Hari Raya

Hari Keluarga

Lawatan Ke Rumah

Orang Tua

Majlis Berbuka Puasa

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

02

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinnya

JPSWPKL dapat menerbitkan Buletin Wilayah 2011. Tahniah kepada

JK Redaksi yang diterajui oleh Timbalan Pengarah, Dr. Hj. Md Nasir

Bin Md Noh yang berusaha untuk mengumpulkan maklumat

pencapaian JPSWPKL sepanjang tahun dan diterjemahkan dalam

bentuk artikel yang menarik untuk tatapan warga JPS.

River Of Life (ROL) merupakan Projek Permulaan (EPP) yang telah dikenalpasti dalam

Greater Kuala Lumpur di bawah Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) bagi Program

Tranformasi Ekonomi (ETP). Tranformasi ini dibahagikan kepada 3 komponen iaitu komponen

pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan koridor sungai. JPS telah diberi

mandat untuk melaksanakan komponen pembersihan sungai dengan meningkatkan kualiti air

Sungai Klang dari Kelas IV ke Kelas IIB. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta

untuk JPS melaksanakan 14 buah pakej di bawah projek tersebut. Bagi fasa pertama, projek-

projek berkenaan telah dilaksanakan pada suku keempat tahun 2011 dan dijangka siap pada

tahun 2013.

Penglibatan JPSWPKL di dalam Pelan Tindakan Inovasi JPS di bawah Aktiviti 6: KIK telah

menunjukkan pencapaian yang cemerlang. Kumpulan Menara 3 yang diketuai oleh En.

Zaharuddin Bin Din dan Fasilitatornya En. Shahrulnizam telah berjaya mengharumkan nama

Jabatan dengan menjadi Johan KIK Kategori Teknikal Peringkat JPS dan meraih tempat ke 3

pada Konvensyen KIK Peringkat NRE. Tahniah dan syabas di atas usaha dan komitmen yang

tinggi yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan. En. Wahiddin pula telah memenangi pertandingan

Mencipta Tema Hari Inovasi JPS.

Bagi mengukuhkan lagi ikatan ukhwah dikalangan warga, pelbagai aktiviti telah

dilaksanakan oleh Kelab (KEJAPS) antaranya adalah Kejohanan Bowling, Hari Keluarga dan

Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tidak ketinggalan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh JK

Surau iaitu Tazkirah, Majlis Berbuka Puasa, Majlis Korban dan Lawatan Ke Rumah Warga

Emas. Program sebegini diharapkan dapat melahirkan rasa keinsafan dan muhasabah diri

untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan

Negara.

Akhir kata, saya mendoakan agar Warga JPSWPKL sentiasa diberi kesihatan yang baik dan

dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Semoga Allah

merahmati dan memberkati segala usaha yang kita laksanakan.

Sekian, Wassalam.

TN HAJI MAT RAHIM BIN ISMAIL

Pengarah

Jabatan Pengairan dan Saliran

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

“River of Life” yang didefinasikan dengan “Sungai Nadi Kehidupan”, adalah antara Projek

Permulaan (EPP- entry point project) yang telah dikenalpasti oleh kerajaan, di bawah unit

Greater Kuala Lumpur / Klang Valley (KL/KV), seperti yang terkandung di bawah Bidang

Ekonomi Utama Negara (NKEA), Program Transformasi Ekonomi (ETP). Bertujuan untuk

mentransformasikan Sungai Klang menjadi sebuah sungai ikon bagi bandaraya Kuala

Lumpur yang berdaya maju dan membangun pesat, di samping kawasan tepian

sungainya memberi nilai ekonomi yang tinggi kepada Negara. Dalam mencapai hasrat ini,

tiga komponen program transformasi telah dirangka terhadap sungai-sungai ini iaitu;

(i) Pembersihan Sungai (ii) Pengindahan Sungai dan (iii) Pembangunan Hartanah di

kawasan sekitar sungai.

Pembersihan Sungai

Sepanjang 110km lembangan Sungai Klang

telah dikenalpasti untuk dibersihkan.

Lembangan ini melibatkan beberapa majlis

perbandaran iaitu Majlis Perbandaran

Selayang (MPS), Majlis Perbandaran

Ampang Jaya (MPAJ) dan Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengindahan Sungai

Sebagai nilai-tambah untuk berdaya maju, sepanjang 10.7km yang melibatkan koridor Sungai Gombak dan Sungai Klang akan

diindahkan. Antara kawasan-kawasan signifikan yang terlibat dalam kerja-kerja pengindahan ini termasuklah Dataran Merdeka,

Bangunan Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek.

Objektif Skop Kerja pembersihan sungai ini adalah untuk membersihkan dan meningkatkan kualiti air disepanjang 110km lembangan

Sungai Klang yang kini pada Kelas III – V (tidak sesuai untuk sentuhan pada anggota badan), kepada Kelas IIB (sesuai untuk

sentuhan pada anggota badan dan untuk tujuan rekreasi) menjelang tahun 2020.

Skop Kerja Pembersihan Sungai.

Kearah mencapai matlamat ini, sebanyak 24 agensi dan jabatan kerajaan dari empat Kementerian (Kementerian Wilayah

Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), dua Negeri (Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan tiga

Majlis perbandaran (MPS, MPAJ dan DBKL), bekerjasama dalam melaksanakan 12 initiatif utama yang telah dikenalpasti melalui

makmal Greater KL/KV.

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

04

Rumusan

Dengan kejayaan “River of Life” ini diharapkan

keseluruhan aspirasi yang terkandung di bawah

Greater KL/KV untuk menjadi satu-satunya metropolis

di Asia yang menuju seiring kearah pencapaian 20

bandaraya yang paling pesat membangun dari segi

ekonomi serta bandaraya yang paling diminati untuk

didiami menjelang tahun 2020 tercapai.

Dengan pelaksanaan kerja pengindahan tersebut, maka ianya akan memberi

suntikan terhadap pertumbuhan dari segi pelaburan ekonomi di kawasan

sekitar untuk terus berkembang pesat dalam jangka masa yang singkat.

Sebagai pemacu terhadap pertumbuhan pembangunan di lembangan sungai

tersebut, tanah-tanah kerajaan yang berpotensi membangun akan

dikenalpasti untuk dibangunkan oleh sektor swasta menerusi persaingan

tender terbuka.

Pembangunan Tanah

Laporan oleh: Ir. Hj. Tengku Abdul Rahman Bin Tengku Azam