jadikan kerja sebagai ibadah – shaiful · jadikan kerja sebagai ibadah – shaiful 28 nov...

3
KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 November 2016 – “Saya mengharapkan semua staf bekerja secara berpasukan dan ikhlaskan diri mereka serta jadikan setiap amanah yang digalas ini sebagai ibadah agar Allah SWT permudahkan urusan kerja harian kita,” demikian kata Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) yang baharu, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail. Shaiful yang diberi mandat menerajui PPSP bermula 15 November lalu mengharapkan kerjasama semua pihak dalam memastikan PPSP mencapai objektif yang ditetapkan oleh pihak pengurusan tertinggi USM selaras dengan kehendak universiti. “Pelantikan yang saya terima ini merupakan satu cabaran besar dalam mengekalkan momentum kecemerlangan pengurusan terdahulu di samping membuat perubahan untuk memastikan kecemerlangan itu terus ke hadapan dalam melahirkan graduan yang berkualiti. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... IKHLASKAN DIRI, KERJA SECARA BERPASUKAN DAN JADIKAN KERJA SEBAGAI IBADAH – SHAIFUL 28 NOV

Upload: others

Post on 10-Feb-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 November 2016 – “Saya mengharapkan semua staf bekerja secaraberpasukan dan ikhlaskan diri mereka serta jadikan setiap amanah yang digalas ini sebagai ibadahagar Allah SWT permudahkan urusan kerja harian kita,” demikian kata Dekan Pusat Pengajian SainsPerubatan (PPSP) yang baharu, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail.

    Shaiful yang diberi mandat menerajui PPSP bermula 15 November lalu mengharapkan kerjasamasemua pihak dalam memastikan PPSP mencapai objektif yang ditetapkan oleh pihak pengurusantertinggi USM selaras dengan kehendak universiti.

    “Pelantikan yang saya terima ini merupakan satu cabaran besar dalam mengekalkan momentumkecemerlangan pengurusan terdahulu di samping membuat perubahan untuk memastikankecemerlangan itu terus ke hadapan dalam melahirkan graduan yang berkualiti.

    (https://news.usm.my)

    Berita Mutakhir

    search...

    IKHLASKAN DIRI, KERJA SECARA BERPASUKAN DANJADIKAN KERJA SEBAGAI IBADAH – SHAIFUL28NOV

    https://news.usm.my/

  • “Matlamat saya adalah untuk melahirkan lebih ramai doktor dan pakar yang berkualiti berbandinguniversiti-universiti lain selaras dengan kehendak Naib Canselor USM yang mahukan 3R ‘Relevant,Referred & Respected’ pada peringkat global,” katanya dalam satu sesi temubual semalam.

    Menurut Shaiful, beliau berterima kasih kepada universiti kerana memberi kepercayaan kepadanyauntuk menerajui PPSP dan amanah itu bukan hanya dari USM tetapi dari Allah SWT untuk beliau galassebaik mungkin.

    “Saya berjanji akan memastikan staf akademik dan bukan akademik di bawah seliaan saya bekerjadalam suasana yang kondusif.

    “Saya juga percaya saya mempunyai pasukan kerja yang sangat baik terdiri daripada timbalan-timbalan dekan yang berwibawa dalam bidang masing-masing dan peranan mereka ini sangat pentingdalam membantu saya mengemudi serta memastikan perjalanan PPSP lancar,” jelasnya lagi.

    Tambah Shaiful, walaupun universiti berdepan dengan kekangan perbelanjaan dari aspek kewangan,beliau percaya PPSP masih mampu melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dan meneruskankecemerlangan universiti.

    “Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - Pendidikan Tinggi (PPPM-PT) yang diperkenalkan olehkementerian telah menggariskan agar universiti lebih berdaya saing terutama dari segi penjanaankewangan, jadi kita haruslah lebih kreatif dan inovatif untuk menjana pendapatan sendiri bagimemastikan program-program yang dirancang berjalan dengan lancar.

    “Selain itu, saya juga yakin bahawa PPSP mampu menghasilkan lebih ramai graduan yang akanmemberikan impak positif dan mewarnai masyarakat setempat di peringkat nasional dan global.

  • Shaiful turut mengharapkan agar semua staf bekerjasama antara satu sama lain membentuk satupasukan yang mantap dan semoga segala ibadah tersebut mendapat balasan setimpal serta diberkatioleh Allah SWT.

    Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel/ Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood.

    Share This

    Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

    Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

    Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

    Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

    Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

    http://del.icio.us/post?v=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaiful&title=USM%20News%20Portal%20-%20IKHLASKAN%20DIRI%2C%20KERJA%20SECARA%20BERPASUKAN%20DAN%20JADIKAN%20KERJA%20SEBAGAI%20IBADAH%20%E2%80%93%20SHAIFULhttps://digg.com/submit?phase=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaiful&title=USM%20News%20Portal%20-%20IKHLASKAN%20DIRI%2C%20KERJA%20SECARA%20BERPASUKAN%20DAN%20JADIKAN%20KERJA%20SEBAGAI%20IBADAH%20%E2%80%93%20SHAIFULhttps://www.facebook.com/dialog/share?app_id=925945534114813&display=popup&href=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaiful&redirect_uri=https://news.usm.my/media/coalaweb/modules/generic/html/popup-close.htmlhttps://plus.google.com/share?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaiful&title=USM%20News%20Portal%20-%20IKHLASKAN%20DIRI%2C%20KERJA%20SECARA%20BERPASUKAN%20DAN%20JADIKAN%20KERJA%20SEBAGAI%20IBADAH%20%E2%80%93%20SHAIFULhttps://www.stumbleupon.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaiful&title=USM%20News%20Portal%20-%20IKHLASKAN%20DIRI%2C%20KERJA%20SECARA%20BERPASUKAN%20DAN%20JADIKAN%20KERJA%20SEBAGAI%20IBADAH%20%E2%80%93%20SHAIFULhttps://twitter.com/intent/tweet?text=USM%20News%20Portal%20-%20IKHLASKAN%20DIRI%2C%20KERJA%20SECARA%20BERPASUKAN%20DAN%20JADIKAN%20KERJA%20SEBAGAI%20IBADAH%20%E2%80%93%20SHAIFUL&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaifulhttps://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaiful&title=USM%20News%20Portal%20-%20IKHLASKAN%20DIRI%2C%20KERJA%20SECARA%20BERPASUKAN%20DAN%20JADIKAN%20KERJA%20SEBAGAI%20IBADAH%20%E2%80%93%20SHAIFULhttp://reddit.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaiful&title=USM%20News%20Portal%20-%20IKHLASKAN%20DIRI%2C%20KERJA%20SECARA%20BERPASUKAN%20DAN%20JADIKAN%20KERJA%20SEBAGAI%20IBADAH%20%E2%80%93%20SHAIFULhttps://www.newsvine.com/_tools/seed?popoff=0&u=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaiful&title=USM%20News%20Portal%20-%20IKHLASKAN%20DIRI%2C%20KERJA%20SECARA%20BERPASUKAN%20DAN%20JADIKAN%20KERJA%20SEBAGAI%20IBADAH%20%E2%80%93%20SHAIFULmailto:?subject=USM%20News%20Portal%20-%20IKHLASKAN%20DIRI%2C%20KERJA%20SECARA%20BERPASUKAN%20DAN%20JADIKAN%20KERJA%20SEBAGAI%20IBADAH%20%E2%80%93%20SHAIFUL&body=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4502-ikhlaskan-diri-kerja-secara-berpasukan-dan-jadikan-kerja-sebagai-ibadah-shaifulmailto:[email protected]://www.usm.my/http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp