jadikan deepavali masjid negeri cipta kasut 'rare' buka ... · teks ucapan penuh belanja-...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 31 Oktober - 6 November 2019, 3 - 9 Rabiulawal 1441 Apa dilema kempen utamakan produk Muslim? Masjid Negeri cipta sejarah, lantik bilal OKU MUKA 17 MUKA 4 Kasut 'rare' buka laluan temu bintang bola Jadikan Deepavali pemangkin perpaduan MUKA 15 MUKA 3 Kehadiran Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menceriakan mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Kuala Selangor pada 28 Oktober lalu. Berita lanjut di halaman 2. Foto Asri Sapfie OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Dato’ Menteri Be- sar menyifatkan Belanjawan Se- langor 2020 yang bakal diben- tangkan pada Jumaat ini sebagai pembukaan ke arah Wawasan Ke- makmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang akan memandu hala tuju dan masa depan negeri itu. Amirudin Shari berkata, be- lanjawan paling dinantikan se- luruh rakyat Selangor itu juga adalah penanda aras baharu untuk Rancangan Malaysia Ke- 12 (RMK12), sekali gus menjadi garis penamat kepada Wawasan 2020. #Selangor2020 dibentang Jumaat ini di sini pada 29 Oktober lalu. Hadir sama, Ketua Pegawai Ek- sekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) merangkap Pengeru- si Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), Raja Shahreen Raja Oth- man dan Pengarah Urusan LLSB, Syaiful Azmen Nordin. Menjawab pertanyaan sama ada belanjawan itu mampu me- menuhi segala harapan rakyat, Amirudin berkata, beliau akan melihat kepada keutamaan dan kepentingan suara rakyat me- mandangkan kependudukan di negeri itu sudah mencecah 6.4 juta setakat ini. “Tidak kurang daripada 12 sesi ‘townhall’ diatur sebelum kita melahirkan belanjawan ini dan sudah pasti kita melihat daripa- da pelbagai aspek serta bidang. “Sebagai Kerajaan Negeri, kita juga mempunyai misi dan visi. Disebabkan itu semua polisi penting sebagai latar belakang untuk belanjawan 2020,” ka- tanya. Orang ramai boleh mengiku- ti laporan Belanjawan Selangor 2020 yang akan dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) bermula jam 4 petang, 1 Novem- ber menerusi laman sesawang amirudinshari.com . Bagi pengamal media pula, mereka boleh memuat turun logo Belanjawan Selangor 2020 di laman sesawang sama. Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber- mula jam 5 petang pada hari pembentangan. Selain itu, orang ramai juga boleh melayari pembentangan belanjawan menerusi www.sela ngortv.my atau laporan berita melalui portal www.selangor kini.my. Berita dan perbincangan di internet mengenai peruntukan tahunan itu boleh dilakukan de- ngan menggunakan tanda pagar #Selangor2020. SelangorKini akan mengelu- arkan akhbar edisi khas Belan- jawan Selangor 2020 setebal 16 halaman pada Sabtu (2 Novem- ber). “Malah, saya percaya belan- jawan ini akan menjadi penilaian separuh penggal atau separa da- ripada Selangor sebagai negeri pintar menjelang 2025. “Tahun hadapan, maka kita ada kira-kira lima tahun lagi. Jadi, titik penting ini membabitkan banyak perkara yang akan diberi keutamaan, khususnya untuk mencapai dan memulakan se- suatu yang baharu,” katanya. Beliau berkata demikian kepa- da pemberita pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Sela- ngor Maritime Gateaway (SMG) To A Better Tomorrow di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC),

Upload: others

Post on 01-Nov-2019

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 31 Oktober - 6 November 2019, 3 - 9 Rabiulawal 1441

Apa dilema kempen utamakan produk Muslim?

Masjid Negeri cipta sejarah, lantik bilal OKU

MUKA 17MUKA 4

Kasut 'rare' buka laluan temu bintang bola

Jadikan Deepavali pemangkin perpaduan

MUKA 15MUKA 3

Kehadiran Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menceriakan mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Kuala Selangor pada 28 Oktober lalu. Berita lanjut di halaman 2. Foto Asri Sapfie

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Be-sar menyifatkan Belanjawan Se-langor 2020 yang bakal diben-tangkan pada Jumaat ini sebagai pembukaan ke arah Wawasan Ke-makmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang akan memandu hala tuju dan masa depan negeri itu.

Amirudin Shari berkata, be-lanjawan paling dinantikan se-luruh rakyat Selangor itu juga adalah penanda aras baharu untuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), sekali gus menjadi garis penamat kepada Wawasan 2020.

#Selangor2020dibentang Jumaat ini

di sini pada 29 Oktober lalu.Hadir sama, Ketua Pegawai Ek-

sekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) merangkap Pengeru-si Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), Raja Shahreen Raja Oth-man dan Pengarah Urusan LLSB, Syaiful Azmen Nordin.

Menjawab pertanyaan sama ada belanjawan itu mampu me-menuhi segala harapan rakyat, Amirudin berkata, beliau akan melihat kepada keutamaan dan kepentingan suara rakyat me-mandangkan kependudukan di

negeri itu sudah mencecah 6.4 juta setakat ini.

“Tidak kurang daripada 12 sesi ‘townhall’ diatur sebelum kita melahirkan belanjawan ini dan sudah pasti kita melihat daripa-da pelbagai aspek serta bidang.

“Sebagai Kerajaan Negeri, kita juga mempunyai misi dan visi. Disebabkan itu semua polisi penting sebagai latar belakang untuk belanjawan 2020,” ka- tanya.

Orang ramai boleh mengiku-ti laporan Belanjawan Selangor

2020 yang akan dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) bermula jam 4 petang, 1 Novem-ber menerusi laman sesawang amirudinshari.com .

Bagi pengamal media pula, mereka boleh memuat turun logo Belanjawan Selangor 2020 di laman sesawang sama.

Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari pembentangan.

Selain itu, orang ramai juga

boleh melayari pembentangan belanjawan menerusi www.sela ngortv.my atau laporan berita melalui portal www.selangor kini.my.

Berita dan perbincangan di internet mengenai peruntukan tahunan itu boleh dilakukan de-ngan menggunakan tanda pagar #Selangor2020.

SelangorKini akan mengelu-arkan akhbar edisi khas Belan-jawan Selangor 2020 setebal 16 halaman pada Sabtu (2 Novem-ber).

“Malah, saya percaya belan-jawan ini akan menjadi penilaian separuh penggal atau separa da- ripada Selangor sebagai negeri pintar menjelang 2025.

“Tahun hadapan, maka kita ada kira-kira lima tahun lagi. Jadi, titik penting ini membabitkan banyak perkara yang akan diberi keutamaan, khususnya untuk mencapai dan memulakan se- suatu yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa-da pemberita pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Sela- ngor Maritime Gateaway (SMG) To A Better Tomorrow di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC),

Page 2: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

2Utama

SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

Serahkan borang di kaunter pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

SKIM AIR DARUL EHSAN Warganegara Malaysia menetap di Selangor Pendapatan bulanan suami dan isteri RM4,000 dan ke bawah Kediaman bermeter air individu Pangsapuri kos rendah bermeter pukal perlu pengesahan Badan Pengurusan Bersama (JMB)

atau Perbadanan Pengurusan (MC) Layak memohon untuk satu akaun atau kediaman sahaja

Siapa layak dapat air percuma?

Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui www.ssipr.selangor.gov.my dapatkan borang di www.airselangor.com borang juga disediakan di pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Di mana hantar borang?Hantar melalui emel [email protected]

Belum jelas? Layari www.airselangor.com atau hubungi talian 15300

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA SELANGOR - Pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Buloh yang sedang dilaku-kan dijangka mampu mengurang-kan risiko banjir di Daerah Kuala Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, rancangan itu meru-pakan pelan jangka panjang yang dibangunkan Kerajaan Negeri di samping mencari lokasi sesuai un-tuk dijadikan kolam takungan air sebagai pelan jangka pendek ke-tika menghadapi banjir.

Katanya, terdapat tiga faktor utama menjadi punca banjir se-jak 25 Oktober lalu yang menje-jaskan beberapa kawasan di sini.

“Tiga faktor menjadi punca banjir iaitu pertukaran monsun yang bermula Oktober, fenome-na air pasang menyebabkan paras sungai tinggi dan pelepasan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor yang sedikit sebanyak memberi-kan nilai tambah peningkatan pa-ras air di lembangan Sungai Buloh.

“Rancangan Tebatan Banjir Sun-gai Buloh telah diluluskan tetapi

projek ini dinilai semula dari segi reka bentuk dan beberapa perka-ra lain.

“Bagi tempoh jangka pendek, kita akan melihat pembinaan kolam takungan dan jajaran ba-haru pelepasan air dari LRA Sun-gai Selangor.

“Proses itu akan mengambil sedikit masa kerana membabitkan soal pengambilan tanah tetapi jika melibatkan tanah Kerajaan Ne-geri ia dijangka dapat diselesai-kan dengan lebih cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Se-kolah Kebangsaan Parit Mahang, pada 28 Oktober lalu.

Amirudin sebelum itu meluang-kan masa hampir dua jam menin-jau perkembangan mangsa di sini dan mendengar taklimat yang di- sampaikan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Faizal Abdul Raji.

Katanya, empat pusat peminda-han sementara mangsa banjir di- buka iaitu di Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Sekolah Kebang-saan Jaya Setia, Sekolah Kebang-saan Ijok dan Sekolah Kebangsaan Pasangan.

Hanya pusat pemindahan se-mentara di Dewan Majlis Dae-rah Kuala Selangor Desa Coalfield sudah ditutup namun ia boleh dibuka semula bila-bila masa ber-gantung kepada keadaan hujan.

Pelan jangka panjang

RTB atasi banjir di Kuala Selangor

KUALA SELANGOR - Unit Pengu-rusan Bencana Negeri Selangor akan mengatur tindakan sewa-jarnya bagi memastikan mangsa banjir yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malay-sia (SPM) dapat mendudukinya bermula 5 November ini.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, semua calon akan dikenal pasti terlebih dahu-lu sebelum tindakan selanjutnya diputuskan.

“Bagi calon-calon SPM, yang akan bermula 5 November hada-pan, kita akan kenal pasti dan ka-lau ada keperluan kita sedang mengatur tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada

sidang media di Bilik Gerakan Se-kolah Kebangsaan Parit Mahang, pada 28 Oktober lalu.

Dalam sidang media sama, Amirudin turut menasihatkan semua penduduk yang berhada-pan banjir supaya berpindah demi memastikan keselamatan semua.

“Saya menasihatkan penduduk kalau dapat arahan untuk berpin-dah, sila berpindah kerana kita tidak dapat memberikan jaminan keselamatan,” katanya.

Di samping itu, beliau turut memaklumkan badan bukan ke- rajaan (NGO) yang ingin terli-bat untuk persiapan pasca banjir boleh menghubungi Unit Bencana Negeri supaya proses pemberian bantuan dapat diselaraskan.

Calon mangsa bah dipastikan ambil SPM

Tiga faktor menjadi punca banjir iaitu pertukaran monsun yang bermula Oktober, fenomena air pasang menyebabkan paras sungai tinggi dan pelepasan air di LRA Sungai Selangor yang sedikit sebanyak memberikan nilai tambah peningkatan paras air di lembangan Sungai BulohAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Page 3: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan mengumumkan beberapa usaha baharu yang dapat mem-bawa kebaikan kepada rakyat, termasuk masyarakat India sem-pena Belanjawan 2020 yang bakal dibentangkan pada 1 November ini, kata Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata, sejak dari awal pentad-biran Pakatan Harapan (PAKATAN), penduduk di S e l a n g o r sebelum ini menikma-ti manfaat usaha dan inisiatif yang memartabatkan pelbagai aspek.

Katanya, aspek berkenaan termasuk pendidikan, keusaha-wanan, kesihatan dan taraf sosial rakyat di negeri itu.

“Dasar PAKATAN yang bersifat jangka panjang ini bertujuan men-jaga kemaslahatan rakyat dan ke-mampanan fiskal ekonomi negeri serta negara. Perubahan ini han-ya dapat disaksikan kejayaannya setelah beberapa tempoh masa berlalu.

“Matlamat pentadbiran ini ada-lah untuk menaikkan taraf hidup rakyat, sama ada yang berpendap-atan rendah mahupun tinggi, ter-masuk golongan miskin desa juga kota supaya dapat diberi pengu-payaan sewajarnya,” katanya da-

lam kenyataan media sempena sambutan Hari Deepavali, pada 27 Oktober lalu.

Amirudin berkata, pengorba-nan dan keberanian masyarakat India pada 2007 memberikan nafas baharu pada perjuangan rakyat.

Malah, katanya, usaha bersama masyarakat Melayu, Cina dan

anak semua bangsa selama 11 tahun kebelakangan ini

membuka lem-baran baharu dalam politik Malaysia.

“Sejarah ini wajar kita har-

gai supaya matla-mat asal perjuangan

seluruh warga Malaysia, yak-ni kepentingan rakyat akan sen-tiasa diutamakan dalam apa jua keadaan.

“Apabila kebajikan rakyat ter-bela, akan hadirlah keamanan dan perpaduan yang kemudian-nya akan membawa pula kepada kemakmuran buat semua. Inilah yang kita dapat amati dan nikma-ti di Selangor sejak 2008,” katanya.

Pada masa sama, beliau ber-harap perayaan Deepavali disam-but masyarakat beragama Hindu dan Sikh dapat mengeratkan sila- turahim antara rakan taulan serta sanak keluarga.

Belanjawan umum beberapa usaha baharu

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG - Semua rakyat Malaysia disaran menjadikan semangat Deepavali sebagai pemangkin mengukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian antara kaum dengan menolak politik per-kauman.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, hal ini kerana poli-tik perkauman akan membawa rakyat kembali ke era penjaja-han British yang mengamalkan dasar pecah dan perintah.

“Orang Melayu memang orang asal tempat ini tetapi apabila orang India dan Tion-ghua datang dari luar dan kita asyik lihat perbezaan ini sampai bila-bila kita akan terpisah, ter-pecah seperti diamalkan dasar British ketika menjajah dan menguasai Malaya suatu keti-

ka dahulu,” katanya.Beliau berkata demikian da-

lam ucapannya pada Majlis Mesra Deepavali Anjuran Ma-jlis Perbandaran Klang 2019 di Jalan Tengku Kelana, di sini pada 24 Oktober lalu.

Amirudin berkata, sejak kebelakangan ini politik per-kauman semakin kuat ditiup golongan tidak bertanggu-ngjawab yang cuba menyem-bunyikan perbuatan rasuah dilakukan mereka.

Katanya, perbuatan rasuah membabitkan berpuluh kes di bawa ke mahkamah itu juga menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit begitu sahaja.

“Untuk memulihkannya, pe-runtukan untuk rakyat terpaksa dikurangkan dan jatuh ke tan-gan mereka yang tidak ber-tanggungjawab,” katanya.

Amirudin Shari bersalaman dengan orang ramai ketika Majlis Mesra Deepavali anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Little India, Klang pada 24 Oktober lalu

Tolak politik perkauman

Jadikan semangat Deepavali pemangkin perpaduan

SHAH ALAM - Lapan projek awal yang dikenal pasti di bawah fasa pertama pelan induk Gerbang Maritim Selangor (GMS) sedang giat dilaksanakan bagi mening-katkan daya tarikan dan kein-dahan Sungai Klang, kata Dato’ Menteri Besar.

Amirudin Shari berkata, pro-jek diterajui anak syarikat milik penuh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Landasan Luma-yan Sdn Bhd (LLSB) itu meliputi pembersihan dan pemuliharaan Sungai Klang serta pembangu-nan semula kawasan bandar di sepanjang tebing sungai ber- kenaan.

Katanya, kawasan terbabit dikhususkan sebagai lokasi ak-tiviti komuniti dan eko-pelan-congan sejajar dengan wawasan Kerajaan Negeri untuk mewujud-kan kawasan tarikan lestari.

“Kerja menaik taraf keseluru-han Taman Awam Pangkalan Batu sebagai destinasi tumpuan dan taman permainan interaktif akan dibuka kepada orang ramai secara berperingkat mulai 2020.

“Ia termasuk Taman Rekreasi Mangrove Point sebagai hutan bakau pertama di Malaysia yang akan mempromosikan perseki-taran biofilik dan kewujudan sis-tem teksi sungai secara serentak yang pada awalnya akan mudik sejauh 15 kilometer di sepanjang

Sungai Klang, sekali gus meng-hubungkan dua lokasi berke-naan.

“Manakala, bagi projek pem-bangunan sistem teksi sungai, perkampungan budaya dan ba-zar besar akan bermula tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa-da pemberita pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Selan-gor Maritime Gateaway (SMG) To A Better Tomorrow di Pusat Kon-vensyen Shah Alam, di sini pada 29 Oktober lalu.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, pihaknya menerusi MBI memperuntukkan dana berjum-lah RM45 juta untuk menjalankan kerja pembersihan awal kawa-san sungai termasuk projek pe-mangkin Fasa 1 SMG (2018-2022).

Katanya, ia bertepatan dengan matlamat jangka panjang untuk mengembalikan status Sungai Klang sebagai hab pengangkutan dan membuka ekonomi maritim bagi mengukuhkan kedudukan fiskal Selangor serta meningkat-kan kualiti hidup rakyat.

“Pelancaran ini adalah petan-da baik terhadap usaha pemu-liharaan Sungai Klang kerana selepas menjalani kerja pem-bersihan selama empat tahun untuk memulihara keseimban-gan ekologinya, kini ia masa yang sesuai untuk langkah seterusnya

Lapan projek Gerbang Maritim Selangor giat dilaksana

dengan mewujudkan ekosistem sungai yang dapat menggalak-kan inklusiviti dan kelestarian.

“Kita juga masih dalam ba-jet dan mengikut jadual ke arah mencapai matlamat SMG yang menjadi komponen utama da-lam merealisasikan pelan induk Smart Central Economic Region,” katanya.

Difahamkan, Projek SMG bakal menyaksikan Kerajaan Negeri mempelbagaikan sumber pen-dapatan dan memaksimumkan lokasi utama di Selangor, men-gunjur hingga ke Kuala Lumpur bagi memacu ekonomi maritim serta pembangunan baharu.

Kerja menaik taraf keseluruhan Taman Awam Pangkalan Batu sebagai destinasi tumpuan dan taman permainan interaktif akan dibuka kepada orang ramai secara berperingkat mulai 2020AMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Page 4: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

4Utama

SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

SIDANG PENGARANG

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Masjid Sultan Sa-lahuddin Abdul Aziz Shah di sini mencipta sejarah apabila melan-tik individu kurang upaya peng-lihatan sebagai bilal, sekali gus dianggap mengangkat martabat golongan berkenaan.

Mohammad Syafiizwan Mohd Suhaini yang berasal dari Kam-pung Bukit Kerayong, Klang itu dilantik jawatan berkenaan pada 1 Ogos lalu selepas berjaya me-lalui pemilihan Akademi Muazzin.

Katanya, dia sendiri tidak per-nah mengimpikan untuk sampai ke tahap itu berikutan tugas be-ratnya adalah mewakili masjid utama di Selangor.

“Saya anggap pelantikan se-

bagai bilal ini juga kejayaan serta dorongan buat golongan sena-sib, sekiranya kita bersemangat dan mahu keluar dari kepom-pong sedia ada sudah tentu Al-lah bersedia untuk menunjukkan jalanNya.

“Kejayaan ini juga sudah ten-tunya atas sokongan keluarga terutamanya ayah saya yang sejak awal menemani ketika menyertai Akademi Muazzin,” katanya ketika ditemui Selan-gorKini pada 28 Oktober lalu.

Bilal yang baru sahaja berusia 19 tahun ini turut menarik per-hatian petugas-petugas di Mas-jid Sultan Salahudin Abdul Aziz termasuk Mohd Halim Mashor yang juga siak di masjid sama.

“Kehadiran Mohammad

Syafi iz wan telah menjadi buah mulut imam sejak beliau menyertai Akademi Muazzin, katanya lelaki itu ‘tidak macam kita’, imam itu tidak bercerita lebih lanjut kepada saya, tetapi diminta supaya saya pergi me-lihatnya sendiri.

“Setelah melihat insan istime-wa ini di depan mata serta ber-peluang melihat bakat yang ada padanya, betapa dirasakan Allah itu Maha Berkuasa.

“Beliau tidak nampak sama seperti manusia normal tetapi cukup hebat bertaranum, qa-sidah dan sebagainya. Insan sebegini kita patut sanjungi kera-na dia juga berupaya mengubah nasib individu yang senasib den-gannya satu hari nanti,” katanya.

Masjid Negeri lantik bilal OKU

Bakar semangat golongan senasib

PHNOM PENH - Kerajaan Kembo-ja yakin proses pembelajaran pen-didikan agama di Kemboja lebih sistematik apabila modul pendidi-kan Islam Selangor diterapkan di semua sekolah aliran di negara terbabit.

Menteri Kanan Tugas Khas-Per-hubungan Islam Kerajaan Diraja Kemboja, Oknha Datuk Dr Oth-sman Hassan berkata, Kerajaan Kemboja mengucapkan seting-gi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Selangor yang berusaha meletakkan asas kukuh pemban-gunan institusi pendidikan Islam di negara ini.

“Program ini menunjukkan perkembangan Islam di Kemboja mendapat sokongan masyarakat Islam di Malaysia khasnya Sela- ngor melalui Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Se-langor, Lembaga Zakat Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Se-langor dan banyak lagi pihak lain yang turut membantu.

“Ini satu bantuan yang sangat baik kerana dahulu kita tidak per-nah mempunyai peluang men-yusun sistem pendidikan Islam untuk anak-anak kita tetapi de-ngan modul pendidikan Islam Selangor ini kita dapat gunakan secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa-da Media Selangor pada Majlis Pengisytiharan Keputusan Pepe-

riksaan Sekolah Rendah Agama Kemboja (PSRAK) 2019 dan Pelan-caran Buku Teks Sirah Sumbangan PKNS di Masjid Ammar bin Yasir, KM9, Crang Comreh, di sini pada 27 Oktober lalu.

Othsman berkata, walaupun komuniti Islam di negara ini ha-nya lima peratus daripada 16 juta populasi penduduk Kembo-ja, namun program ini mendapat sokongan penuh kerajaan negara ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Hun Sen.

“Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan memperuntukan gaji bulanan RM1,380 untuk 1,500 gu-ru-guru agama Islam, guru kontrak pula RM1,104 dan kerajaan turut membantu membangunkan Se-kolah Agama Islam,” katanya.

Terdahulu, pada majlis sama Othsman menyerahkan sijil dan hadiah kepada pelajar yang mem-perolehi keputusan cemerlang da-lam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama Kemboja.

Peperiksaan yang setara de-ngan Penilaian Sekolah Rendah Agama di Selangor ini kali pertama diadakan selepas modul pendidi-kan Islam Selangor diguna pakai di 12 buah sekolah agama di negara ini dengan membabitkan seramai 268 calon.

Modul sama akan diperluaskan ke seluruh 608 sekolah agama Is-lam di Kemboja.

Modul pendidikan Islam diterap ke Kemboja

PHNOM PENH – Sejumlah RM476,280 dibelanjakan bagi mem-biayai kos penterjemahan dan pe-nerbitan tujuh buku teks Sekolah Agama Islam Selangor kepada Ba-hasa Cham dan Khmer.

Timbalan Pengarah (Opera-si) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Salwana Ahmad Dahlan ber-kata, penerbitan 84,000 naskhah buku itu adalah sebahagian proses memindahkan sistem pendidikan Islam Selangor untuk diguna pakai di sekolah agama Kemboja.

“JAIS bersetuju memindahkan secara berperingkat sistem pen-didikan Islam ke Kemboja dengan fasa pertama pelaksanaan projek melalui Pelan Strategik Projek Pem-

bangunan Sistem Pendidikan Islam Kemboja 2013-2017 dan fasa kedua melalui pengukuhan Pelan Strategik 2018-2022.

“Dalam tempoh tujuh tahun pel-bagai inisiatif dilaksanakan antaran-ya menghasilkan tujuh buku teks yang dialih bahasa ke Bahasa Cham dan Khmer, program latihan guru, membekal kemudahan peralatan sekolah dan panduan pengurusan pendidikan di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah Aga-ma Kemboja 2019 dan Pelancaran Buku Teks Sirah Sumbangan PKNS di Masjid Ammar bin Yasir, KM9, Crang Comreh di sini pada 27 Oktober lalu.

Salwana berkata, kos penerbitan buku teks itu diperolehi daripada sumbangan syarikat berkaitan Ke- rajaan Negeri, syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan.

Katanya, JAIS turut membantu pelaksanaan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama Kemboja buat kali pertama membabitkan 268 murid dari 12 sekolah rendah agama.

Salwana berkata, peperiksaan kali ini membabitkan Akhlak, Ba-hasa Arab, Tauhid, Tajwid, Tilawah dan Hafazan.

Katanya, seramai enam pegawai JAIS bersama 25 guru Kemboja ter-libat menyediakan soalan dan pe-meriksaan kertas jawapan.

Tujuh buku ke bahasa Cham dan Khmer

Page 5: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan supaya syarikat korpo-rat yang wajib membayar zakat di negeri ini berbuat demikian kepada Lembaga Zakat Selan-gor (LZS).

Baginda bertitah rukun Islam keempat itu bertujuan memban-tu individu miskin di negeri ini

dengan pendapatan RM2,000 ke bawah.

“Aktiviti kutipan zakat yang dibuat oleh pihak tidak ber-tauliah adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dikenakan denda serta penjara.

“Oleh itu, adalah wajib bagi in-dividu muslim dan syarikat kor- porat yang beroperasi di Sela- ngor mengeluarkan zakat kepada LZS dan bukan kepada institusi lain yang tidak diberi kuasa un-

tuk mengutip serta mengagihkan zakat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Round Table Khas Syarikat Korporat Bersama DYMM Sultan Selangor anjuran LZS yang ber-langsung secara tertutup di Ho-tel Concorde pada 23 Oktober lalu.

Sultan Sharafuddin turut me-nasihatkan LZS supaya menjalan-kan fungsinya dengan baik, telus dan berdedikasi supaya keper-

cayaan rakyat akan bertambah.“Alhamdulillah, jumlah kuti-

pan zakat di Selangor bertambah setiap tahun. Oleh yang demiki-an, beta berkenan supaya LZS sentiasa telus dalam memberita-hu kepada masyarakat berhubu-ng jumlah kutipan dan agihan zakat yang dilakukan.

“Beta sentiasa mengikuti perkembangan LZS dan agihan zakat kepada mereka yang ber-hak,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin titah syarikat korporat tunai zakat

Bantu individu berpendapatan bawah RM2,000

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) supaya mencari kaedah bagi membantu asnaf atau penerima zakat untuk beru-saha menambah pendapatan dan keluar daripada garis kemiskinan.

Baginda bertitah, LZS perlu membantu golongan asnaf se-hingga berjaya menaikkan taraf ekonomi sendiri sebagai seorang usahawan yang mampu menge- luarkan zakat perniagaan.

“Mengikut kajian Universiti Te-knologi MARA, keperluan bantuan zakat kepada golongan asnaf di Se-langor pada 2017 dan akan datang terus bertambah kerana penamba-han penduduk serta keluarga yang kurang berkemampuan.

“Fenomena ini berikutan dari-pada perpindahan penduduk ke Selangor kerana mencari kerja atau bekerja di sektor yang mem-punyai upah rendah.

“Krisis ekonomi dan penam-bahan kadar pengangguran ser-ta kenaikan harga barang akan

menyumbang kepada peningka-tan hutang isi rumah yang boleh menyebabkan bertambahnya jumlah asnaf atau orang miskin di Selangor,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Round Table Khas Syarikat Korporat Bersama DYMM Sultan Selangor anjuran LZS yang ber-langsung secara tertutup di Ho-tel Concorde pada 23 Oktober lalu.

Sultan Sharafuddin bertitah dengan adanya pembayaran zakat dari syarikat korporat di Selangor, ia boleh menambah kutipan dan agihan zakat kepada mereka yang layak.

Baginda turut mengingatkan agensi atau individu yang beru-rusan dengan LZS supaya tidak menyalahgunakan wang zakat dan sentiasa jujur dalam setiap urusan.

“Perlu diketahui mereka yang menyelewengkan wang zakat ini adalah berdosa besar. Mereka yang tidak amanah dalam mengu-ruskan zakat ini hendaklah dikena-kan tindakan dan diberi hukuman sewajarnya,” titah baginda.

LZS disaran perluas kaedah bela asnaf

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri No-rashikin berkenan berangkat me- rasmikan Program Jelajah Jualan Terus Dari Ladang Peringkat Ne-geri Selangor 2019.

Keberangkatan tiba baginda di AEON Mall Shah Alam diraikan dengan persembahan muzikal tari yang memaparkan kehidu-

pan golongan petani.Baginda yang diiringi Menteri Per-

tanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut meluang-kan masa melawat tapak jualan.

Sementara itu, program jelajah di bawah Program Ladang Kontrak yang diperkenalkan FAMA ini ber-tujuan mempelbagaikan medium pasaran bagi peserta terbabit.

Terdapat 20 gerai jualan dibuka

oleh pengeluar pelbagai jenis pro-duk pertanian dengan harga yang ditawarkan berpatutan.

Menerusi program ini produk pertanian yang dijual di sini lebih murah antara lima hingga 20 pe- ratus berbanding produk sama di pasaran biasa.

Antara buah-buahan yang di-jual pada program ini seperti na- nas, dokong, keranji dan belimbing.

Tengku Permaisuri Norashikin rasmi program jualan produk pertanian

Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyediakan rojak buah pada program Jelajah Jualan Terus Dari Ladang Peringkat Selangor 2019 di AEON Mall Shah Alam pada 24 Oktober lalu

SETIA ALAM - Sebanyak 15 ru-mah kebajikan anak yatim men-erima dana berjumlah RM561,000 daripada Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Teng-ku Amir Shah.

Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Bakhtiar Hussin ber-kata, dana terbabit diberikan ke-pada anak yatim yang berdaftar di bawah YIDE melalui peruntukan Asnaf Fisabilillah Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Peruntukan yang diterima oleh rumah kebajikan ini akan diguna-kan bagi menampung kos operasi

dan pentadbiran selain program yang akan dijalankan.

“Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) juga memperuntuk-kan sumbangan persekolahan sebanyak RM120,000 melibatkan 200 anak yatim berbentuk kasut, stokin, pakaian sekolah dan alat tulis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program ‘Back To School 2020’ dan Penyerahan Sumbangan Dana Ke-pada Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim bertempat di Pusat Konven-syen Setia City (SCCC), di sini pada 26 Oktober lalu.

Program dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) bersama YIDE ini mem-bekalkan keperluan seperti pa-kaian sekolah yang dijahit sendiri oleh golongan asnaf LZS yang diberikan latihan oleh TERAS.

Terdahulu, DYTM Raja Muda Selangor turut memperkenan Replika Kenderaan Isuzu D-Max 4×4 diserahkan kepada Penga-rah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif CSR, Hishammudin Hasan berjumlah RM134,689 bagi memudahkan aktiviti kebajikan YIDE.

RMS serah dana bantu 15 rumah anak yatim

Tengku Amir Shah berkenan menyerahkan sumbangan beg se-kolah kepada anak yatim dalam Program Kembali ke Sekolah an-juran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) di Setia Alam, Shah Alam pada 26 Oktober lalu

Page 6: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

6Utama

SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selan-gor (SIBS) 2019 berjaya merekod-kan transaksi berjumlah RM447.3 juta sepanjang empat hari ber-langsung bermula 10 Oktober sehingga 13 Oktober di Pusat Pameran dan Perdagangan An-tarabangsa Malaysia (MITEC).

EXCO Pelaburan, Perindustri-an dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Kim berkata, jumlah itu meningkat daripada nilai di-rekodkan pada 2018 berjumlah

RM194.6 juta.“Daripada jumlah RM447.3

juta, sejumlah RM247.3 juta di-rekodkan menerusi Expo An-tarabangsa Selangor (SIE), Persidangan Selangor Smart City dan Ekonomi Digital (SCDE) ser-ta Pameran R&D dan Inovasi Se-langor.

“Persidangan Usahawan Malaysia-China ke-9 (MCEC) pula berjaya merekodkan nilai transaksi berjumlah RM200 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Bangunan Sultan Salahuddin Ab-

dul Aziz Shah pada 23 Oktober lalu.Katanya, sidang kemuncak

yang dianjurkan buat kali keti-ga ini juga berjaya merekodkan jumlah kehadiran tertinggi se-banyak 34,638 orang berban- ding 23,737 orang pada 2018 serta penyertaan 702 pempa- mer dari 22 negara.

Chang Kim berkata, pihak- nya berhasrat meletakkan sasaran nilai transaksi lebih tinggi sekitar RM250 juta kerana Persidangan Usahawan Malaysia-China bakal dilangsung di China di samping meningkatkan jumlah kehadiran peserta tahun hadapan.

Sidang kemuncak perniagaan antarabangsa

Empat hari jana RM447.3 juta

KUALA LUMPUR - Gaji minimum RM1,200 sebulan bagi individu dewasa yang tinggal di Lembah Klang masih di bawah anggaran gaji kehidupan wajar, menurut se-orang ahli ekonomi.

Profesor ekonomi Sunway Uni-versity Business School, Dr Yeah Kim Leng berkata, dengan gaji minimum terbabit, kemungkinan individu berkenaan perlu mempu-nyai sumber pendapatan tamba-han untuk hidup di kawasan itu, sama ada melakukan dua peker-jaan, atau perniagaan sampingan.

“Menurut kaji selidik Jabat-an Perangkaan Malaysia menge-nai pendapatan isi rumah pada 2016, median pendapatan bula-nan isi rumah berpendapatan ren-dah (B40) di Kuala Lumpur adalah RM5,344.

“Terdapat dua peratus atau 55,600 isi rumah di Kuala Lumpur daripada sejumlah 2.8 juta isi ru-mah kumpulan B40 di negara ini. Tanpa pecahan lanjut mengenai profil pendapatan kumpulan B40, sukar untuk menentukan kadar kemiskinan mutlak dan relatif di ibu negara, ” katanya.

Beliau berkata, seperti yang di-laporkan dalam kajian Bank Ne-gara Malaysia pada 2018, gaji kehidupan wajar bagi seorang dewasa di Kuala Lumpur adalah RM2,700 sebulan, untuk pasa- ngan tanpa anak (RM4,500 seb-ulan) dan pasangan dengan dua anak (RM6,500 sebulan).

“Bagi isi rumah B40 yang mem-punyai median pendapatan bu-lanan sebanyak RM5,344 (pada 2016) di Kuala Lumpur, adalah mencabar bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada gaji kehidupan wajar untuk mem-beli rumah, kereta dan barangan lain,” katanya.

Gaji kehidupan wajar atau ‘living wage’ ditakrifkan sebagai pendapatan minimum yang diperlukan untuk pekerja me-menuhi keperluan asas mereka termasuk makanan, perumahan dan keperluan penting lain.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Be-lanjawan 2020 pada 11 Oktober

lalu berkata, kerajaan menca-dangkan gaji minimum dinaik-kan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama berkuat kuasa ta-hun hadapan.

Selain di Kuala Lumpur, isu kos sara hidup yang tinggi di bandar besar turut berlaku di negeri-ne-geri dan yang paling ketara adalah di Selangor, dengan pendudukn-ya berhadapan dengan kos sara hidup yang lebih tinggi berban- ding negeri lain, walaupun secara purata pendapatan mereka le- bih tinggi.

Penganalisis ekonomi Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Raz-man Abdul Latiff berkata, walau-pun pendapatan di Selangor lebih tinggi berbanding di negeri lain, penduduk di Selangor berhada-pan dengan komitmen hutang rumah dan harga barangan yang lebih tinggi.

Beliau berkata, secara purata isi rumah di Selangor membelan-jakan 26 peratus pendapatan un-tuk perumahan, air, elektrik dan gas, manakala 14.8 peratus pula untuk makanan dan minuman bu-kan alkohol.

“Perbelanjaan ketiga tertinggi adalah untuk restoran dan hotel (14.6 peratus) dan keempat tert-inggi merupakan pengangkutan (13.7 peratus).

“Kerajaan harus memantau isu isi rumah ini terutamanya dalam kategori B40 supaya mereka tidak tercicir dalam menikmati arus pembangunan di Selangor.

“Pada 2018, Selangor adalah satu daripada enam negeri yang menyumbang 72.1 peratus kepa-da KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) nasional dan pertumbuhan KDNK Selangor adalah 6.8 peratus, iaitu melebihi paras nasional.

Disebabkan itu, rakyat Selan-gor memperolehi purata pendapa-tan lebih tinggi berbanding negeri lain,” katanya.

Ahmed Razman berkata, purata pendapatan kasar isi rumah setiap bulan di negeri ini ialah RM4,307 bagi B40, RM8,790 (M40), manaka-la RM21,125 bagi pendapatan T20. – BERNAMA

Gaji minimum RM1,200 tidak cukup di bandar

KLANG - Insiden jejantas runtuh di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun, Klang pada 24 Oktober lalu boleh dielakkan jika pembangunan infra-struktur dijalankan mengikut garis panduan keselamatan.

Ahli Dewan Negeri Sungai Kan-dis, Mohd Zawawi Ahmad Mugh-ni berkata, sikap mengutamakan keselamatan perlu menjadi ama-lan dan budaya masyarakat di ne-gara ini.

“Saya merasa sedih dengan ke-jadian yang berlaku ini dan hampir membabitkan nyawa.

“Pemandu yang terhempap je-jantas terpaksa bertarung nyawa hampir enam jam sebelum pihak bomba dan kontraktor dapat mele-paskannya dari tersepit di ruangan kokpit yang remuk,” katanya dalam

kenyataan pada 25 Oktober lalu.Dalam pada itu, Zawawi berka-

ta, nilai kerugian berikutan kejadian yang dipercayai akibat dirempuh sebuah lori itu dianggarkan lebih RM500,000.

“Jejantas yang baharu siap dibi-na ini masih belum dibuka dan di-jangka digunakan menjelang awal tahun hadapan.

“Ia amat penting untuk kegu-naan pelajar sekolah melintas jalan dengan selamat,” katanya.

Pada masa sama, beliau ber-harap kejadian seumpama itu menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mengam-bil enteng dalam soal keselamatan awam membabitkan kerosakan harta benda serta nyawa manusia.

“Jutaan terima kasih kepada

semua pihak yang terbabit da-lam operasi menyelamat teruta-ma anggota bomba, kontraktor, polis, ambulans dan orang awam yang datang mendoakan supaya misi berjaya,” katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira 8.45 malam itu, pemandu lori berkenaan terlupa menurunkan ‘bucket’ atau bahagian belakang untuk meletakkan muatan lori itu sehingga merempuh jejantas berkenaan.

Pemandu lori berusia 24 tahun itu dilaporkan tersepit di tempat duduk kenderaan dan runtuhan jejantas berkenaan sehingga ce- dera parah di kedua bahagian tan-gan serta kaki.

Bagaimanapun, pemandu ter-babit berjaya dikeluarkan pada jam 2.30 pagi.

Insiden jejantas: Sikap utamakan keselamatan perlu jadi budaya

Page 7: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

InformasiTerkinidi jari anda

Ekonomi7SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

TURKMENISTAN - Kerajaan Turkmen-istan berhasrat melanjutkan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) selama 10 tahun lagi kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk beroperasi di negara itu sehingga 2038, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, hasrat itu di- sampaikan Presiden Turkmenistan, Gur-banguly Berdimuhamedov ketika beliau mengadakan pertemuan dengan pem-impin berkenaan pada 27 Oktober lalu.

“Saya ada berbincang dengan Presid-en (Turkmenistan) dan dia mengalu-alu-kan peranan Petronas di Turkmenistan. Dia menyatakan hasratnya supaya Petro-nas terus aktif di sini, dan dia cakap exten-

sion (lanjut) (PSC) selama 10 tahun lagi,” katanya sebelum mengakhiri lawatan ras-mi dua hari beliau ke Turkmenistan.

Pada 1996, Petronas diberikan PSC se-lama 32 tahun yang berakhir pada 2028 untuk mengeluarkan gas asli di kawasan Blok 1 di Laut Caspian.

Ketika ini Turkmenistan berada di kedudukan keempat teratas di dun-ia yang mempunyai simpanan gas asli bawah tanah, selepas Russia, Iran dan Qatar.

Simpanan gas asli yang ada sekarang ialah sebanyak 20 trilion meter padu, na-mun jumlah itu mungkin lebih tinggi ker-ana masih banyak kawasan di negara itu yang masih belum diteroka.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, pelanjutan PSC itu menunjukkan kerajaan Turkmenistan berpuas hati dengan per-anan yang dilakukan Petronas, dan beliau yakin negara tersebut akan mempertim-bangkan konsesi lain kepada syarikat pe-troleum nasional itu.

Beliau berkata, di Turkmenistan, Pet-ronas terlibat 100 peratus dalam aktiviti mengeluarkan minyak dan gas di nega-ra berkenaan, berbanding 15 peratus di Azerbaijan.

Sebelum melakukan lawatan rasmi dua hari ke Turkmenistan, Dr Mahathir berada di Azerbaijan bagi menghadiri Si-dang Kemuncak Pergerakan Negara-Ne-gara Berkecuali (NAM) ke-18. – BERNAMA

Beroperasi sehingga 2038

Kontrak Petronas dilanjut 10 tahun

TURKMENISTAN - Pelaburan besar Petronas di Turkmenistan mencerminkan keyakinannya bagi kerjasama jangka panjang dengan negara itu, kata Menteri Hal Eh- wal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin berkata, Pet-ronas telah beroperasi di Turkmen-istan selama 23 tahun sejak Julai 1996 dengan jumlah pelaburan bernilai AS$10 bilion.

“Saya bangga dengan keu-payaan rakyat Malaysia yang men-guruskan operasi Petronas Carigali di Turkmenistan.

“Pagi tadi saya diberikan tak-limat oleh Ketua Pegawai Opera-si Petronas Carigali Turkmenistan, Ruslan Abdul Ghani di pejabat Pe-tronas Ashgabat bersama pengu-rusan tertinggi Petronas Carigali,” katanya dalam catatan di laman

Twitter rasminya 26 Oktober lalu.Mohamed Azmin berkata Pet-

ronas beroperasi di Blok 1, yang terletak kira-kira 80 kilometer barat daya Turkmenbashy – kon-trak perkongsian pengeluaran (PSC) yang diberikan oleh kera-jaan Turkmenistan.

Beliau berkata, Turkmenistan mencatat pertumbuhan Keluar-an Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.2 peratus pada 2018 dengan nilai US$40.4 bilion.

Katanya, Ashgabat adalah ibu negara Turkmenistan, sebuah ne-gara pengeluar minyak dan gas dengan penduduk seramai 5.8 juta orang, dengan 89 peratus adalah masyarakat Muslim.

Pada masa ini, Turkmenistan berada di kedudukan keempat ter-atas yang mempunyai simpanan gas asli di bawah tanah selepas Ru-

Pelaburan di Turkmenistan bukti keyakinan syarikat Malaysia

sia, Iran dan Qatar.Simpanan gas asli yang terbuk-

ti adalah sebanyak 20 trilion meter padu, namun, jumlah itu mungkin lebih tinggi kerana masih banyak kawasan di negara ini masih belum diterokai. – BERNAMA

KUALA LUMPUR - Khazanah Na-sional Bhd kekal berpengaruh dan menjadi pemegang saham pen-ting dalam struktur baharu syari-kat penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB), kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali.

Beliau menjelaskan, kerajaan melalui Khazanah dan Malaysia Aviation Group Bhd (MAGB) kini se-dang meneliti empat pelabur strate-gik untuk membentuk sinergi, demi kelangsungan operasi syarikat pe-nerbangan negara itu bagi jangka masa panjang.

“Penekanan diberi kepada ca-dangan (pelabur) yang mengam-bil kira ‘kehematan’ kewangan dan sinergi kepada operasi Malaysia Air-lines.

“Bagaimanapun, di bawah per-janjian Non-Disclosure Agreement (perjanjian tanpa pendedahan), kerajaan tidak dapat memberikan dan mendedahkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan pela-bur-pelabur strategik yang sedang melalui proses ini,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rak-yat pada 22 Oktober lalu.

Beliau berkata demikian sema-sa menjawab pertanyaan daripa-da Datuk Alexander Nanta Linggi (GPS-Kapit) yang meminta penjela-san berhubung desas-desus baha-wa Jepun berhasrat mengambil alih syarikat penerbangan itu.

Mohamed Azmin berkata, kepu-tusan tentang rakan strategik (pela-bur) bagi mengukuhkan kedudukan

MAB itu akan dibuat pada hujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan.

Menurutnya semua maklum ba-las, cadangan dan penelitian pada bulan hadapan akan dibentang da-lam mesyuarat lembaga pengarah Khazanah, selaku pemegang saham tunggal Malaysia Airlines.

Jelasnya Ogos lalu, Khazanah dan MAGB telah mempelawa 20 pela-bur berpotensi untuk memberikan cadangan dan tawaran bagi MAB.

Langkah ini adalah sebahagi-an daripada inisiatif penstrukturan semula Malaysia Airlines termasuk Pelan Pemulihan MAS (PPM) 2014 – 2019 untuk memulihkan kedudu-kan dan prestasi kewangan dan operasi syarikat berkenaan. – BER-NAMA

Khazanah Nasional kekal pemegang saham utama Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR - Syarikat-syari-kat Malaysia digesa memanfaat-kan peluang pelaburan dalam pelbagai industri di Mesir yang pada masa ini memulakan rancan-gan pembaharuan ekonomi dan projek-projek pelaburan besar.

Duta Malaysia ke Mesir, Mohd Haniff Abd Rahman ketika mem-buat saranan itu berkata, industri tersebut termasuk gas, minyak, pembinaan,tenaga dan tenaga boleh diperbaharui, automotif, makanan serta industri kecil, me-dium dan mikro.

Beliau turut menyambut baik pelaksanaan Misi Peningkatan Eksport (EAM) ke Mesir oleh Per-badanan Pembangunan Perda-gangan Luar Malaysia (MATRADE) mulai 21 hingga 25 Oktober lepas.

Misi itu bertujuan mempromo-si eksport produk dan perkhid-matan Malaysia dan mengeratkan hubungan strategik perniagaan antara syarikat Malaysia dan ko-muniti perniagaan di Mesir, kata Pesuruhjaya Perdagangan MAT-RADE di Jeddah, Yusram Yusup yang mengetuai misi itu.

Yusram berkata, turut diada-kan dalam misi itu adalah mesyu-arat perniagaan satu dengan satu yang diatur terlebih dahulu, di-sokong oleh pelbagai organis-asi di Mesir untuk pengeksport Malaysia bertemu pembeli dari negara itu.

“Syarikat-syarikat Malaysia turut meneroka pelaburan dan projek-projek berpotensi tinggi di Mesir, khususnya di Terusan Suez dan bandar pentadbiran ba-haru,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama pada 29 Okto-ber lalu.

Sebanyak 12 syarikat Malay-sia daripada pelbagai sektor ter-masuk makanan dan minuman, pembinaan dan produk berkaitan pembinaan, produk kimia dan

Manfaat pembaharuan ekonomi Mesir

Syarikat-syarikat Malaysia turut meneroka pelaburan dan projek-projek berpotensi tinggi di Mesir, khususnya di Terusan Suez dan bandar pentadbiran baharuYUSRAM YUSUPPesuruhjaya Perdagangan MATRADE di Jeddah

bahan kimia dan tenaga boleh diperbaharui menyertai EAM.

MATRADE turut mengambil peluang mempromosikan aca-ra Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2020 yang di-jadualkan pada 1-4 April, 2020.

Perdagangan Malaysia den-gan Mesir pada 2018 berjumlah AS$545.9 juta, menyusut 10.9 peratus berbanding 2017 den-gan eksport berjumlah AS$409.8 juta dan import AS$136.1 juta.

Dalam tempoh itu, eksport utama Malaysia ke Mesir meli-batkan produk minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit yang menyumbang 20.4 peratus daripada jumlah ek-sport; jentera, peralatan dan ba-hagian (13.3 peratus), produk pembuatan berasaskan minyak sawit (11.9 peratus), produk ele-ktrik dan elektronik (7.0 peratus) dan produk bahan kimia dan pro-duk kimia (6.9 peratus).

Menurut kenyataan itu, import Malaysia dari Mesir bagi tahun yang sama didominasi oleh pro-duk pertanian lain, mewakili 30.8 peratus daripada eksport Mesir ke Malaysia, diikuti produk pe-troleum sebanyak 27.1 peratus. – BERNAMA

Page 8: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

8Nasional

SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

Babit semua premis perniagaan

Caj plastik diperluas mulai 2022

Dr Wan Azizah menunjukkan produk keluaran Ecobio Pack Sdn Bhd pada majlis pelancaran program Kempen Cintai Alam Sekitar di Subang Jaya pada 26 Oktober lalu. Foto BERNAMA

SUBANG JAYA - Pengenaan caj ke atas beg plastik, yang ketika ini telah dilaksanakan di premis perniagaan tetap, akan diperluas ke semua jenis premis perniagaan mulai 2022, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Sebelum berakhirnya 2021, pengenaan caj ke atas beg plas-tik akan dilaksanakan di semua premis perniagaan tetap dan (kemudian) ia akan (dilaksana-kan) kepada semua premis per-niagaan bermula pada tahun 2022,” katanya selepas melancar-kan Kempen Cintai Alam Sekitar anjuran Ecobio Pack Sdn Bhd dan NGO Pawana di sini pada 26 Ok-tober lalu.

Dr Wan Azizah berkata, langkah itu adalah antara inisiatif utama di bawah Pelan Hala Tuju Sifar Plas-tik Sekali Guna 2018-2030 yang termasuk amalan tiada penggu-

naan penyedut minuman (straw) yang menggalakkan pengguna untuk minum terus dari cawan atau gelas.

“Pengenaan caj ke atas beg plastik dan tiada penggunaan straw adalah inisiatif kerajaan dalam mencegah pengguna daripada menggunakan plastik sekali guna dan sekali gus da- pat mendorong pengguna untuk membuat keputusan yang lebih mesra alam dengan membawa beg yang boleh diguna semula semasa membeli-belah dan ama-lan meminum tanpa mengguna-kan penyedut minuman,” katanya.

Beliau turut memuji usaha yang dilakukan kerajaan Pu-lau Pinang yang mengguna-kan hasil caj penggunaan beg plastik untuk tujuan program pemuliharaan alam sekitar ser-ta menyeru negeri-negeri lain supaya menjadikannya contoh

Terengganu, Kelantan dan Sa-rawak telah mula mengambil langkah yang sama.

Di Wilayah Persekutuan pula, peruncit hanya dibenarkan untuk menyediakan beg plastik dari ka- tegori biodegradasi dan com-postable. Bermula Mac lalu pe-runcit mengenakan caj 20 sen untuk sehelai beg daripada jenis itu kepada pelanggan.

Selain itu, beberapa negeri telah memulakan kempen pem-berian straw atas permintaan, iaitu di Wilayah Persekutuan (bermula Januari 2019), Kedah dan Pulau Pinang (bermula April 2019) dan Selangor (bermula 1 Ju-lai 2019).

Wilayah Persekutuan turut mengenakan larangan peng-gunaan straw plastik, dengan penguatkuasaannya akan mula dilaksanakan pada Januari 2020. – BERNAMA

untuk dilaksanakan di negeri masing-masing.

Kerajaan memperkenalkan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik se-

jak 1 Januari 2011 pada setiap hari Sabtu. Susulan itu, beberapa ne- geri seperti Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Perak,

PONTIAN - Kementerian Per-tanian dan Industri Asas Tani (MOA) menyasarkan 1,000 pe-serta bagi tempoh dua tahun menerusi Program Rezeki Tani bagi golongan petani dan ne-layan di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Sala-huddin Ayub berkata, menerusi program berkenaan golongan sasar akan dibantu meneru-si bantuan dalam bentuk ba-rangan bernilai RM10,000.

“Jadi bagi dua tahun ini, kita menyasarkan 1,000 peserta di mana istimewanya, kita sendiri mencari golongan yang perlu kita bantu bukannya orang da-tang pada kita mengaku mereka miskin tetapi kita yang men-cari golongan sasar yang telah membuktikan dengan segala kesusahan, mereka telah mula-kan projek kecil dan kita akan bantu dalam bentuk barangan bernilai RM10,000.

“Sekiranya saya nampak pro-gram ini berkesan, saya tidak akan melengahkan untuk me-minta ditambah peruntukan untuk bantu golongan ini pada masa akan datang,” katanya ke-pada pemberita selepas meras-mikan Hari Perikanan: Road To HPPNK 2019 di Pusat Perdaga- ngan Pontian di sini pada 27 Ok-tober lalu.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Munir Mohd Nawi.

Dalam majlis sama, Salahud-din berkata, MOA sedang me-

1,000 disasar terima manfaat Rezeki Tani

SHAH ALAM - Kementerian Perta-hanan memperuntukkan kira-kira RM150 juta bagi membaik pulih 6,000 unit Rumah Keluarga Ang-katan Tentera (RKAT), menjelang 2020. Menterinya, Mohamad Sabu berkata, ia bagi memastikan RKAT sedia ada dapat didiami dengan selesa oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, fokus kepada penye-lenggaraan dan pemulihan RKAT juga jelas diperlukan berdasarkan penemuan Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1.

“Pelbagai jenis kelemahan da-lam perancangan pengurusan pe-

RM150 juta baik pulih 6,000 rumah keluarga tentera

nyelenggaraan RKAT ekoran kega-galan pentadbiran terdahulu un-tuk mematuhi peraturan sehingga menyebabkan banyak unit rosak serta terbiar.

“Daripada 54,497 unit RKAT, didapati bahawa 12,261 unit tidak selamat untuk diduduki kerana ter-lalu uzur akibat kecuaian pentad-biran sebelum ini yang tidak peka terhadap keperluan sebenar ATM,” katanya dalam kenyataan pada 23 Oktober lalu.

Mohamad Sabu berkata, kedi-aman RKAT lebih selesa akan me- ningkatkan semangat anggota ATM yang banyak berkorban ke-

tika menyertai operasi sepanjang tahun.

“Maka anggota ATM tidak per-lu bimbangkan keadaan keluarga mereka ketika bertugas.

“Keselesaan dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat hanya tercapai melalui titik peluh dan da-rah anggota ATM. Oleh itu, sewa-jarnya anggota ATM dan keluarga mereka turut dapat menikmati ke-selesaan ini.

“Kementerian Pertahanan sen-tiasa bersedia untuk memastikan setiap anggota ATM yang berke- luarga menduduki unit RKAT yang terbaik,” katanya.

KLANG - Kerajaan Selangor men-dukung penuh kepimpinan Per-dana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PAKATAN).

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sokongan sama turut diberikan kepada pemimpin PAKATAN yang dipilih bagi meng-gantikan Dr Mahathir apabila tiba masanya.

“Pada ketika ini saya menyokong penuh Perdana Menteri Malaysia di bawah PAKATAN dan Perdana Men-teri Malaysia PAKATAN pada masa akan datang.

“Tugas saya sebagai Menteri Be-sar memberikan sokongan penuh kepada Perdana Menteri di atas perancangan yang sudah dirangka.

“Tentang sepenggal penuh

atau setengah peng-gal biarkanlah kepimpinan pu-sat putuskan untuk menen-tukan masa depan yang terbaik,” kata- nya.

Beliau berka-ta demikian kepada media selepas menghadi-ri Majlis Mesra Deepavali anjuran Majlis Perbandaran Klang 2019 di Jalan Tengku Kelana, di sini pada 24 Oktober lalu.

Amirudin berkata, pada masa ini kerajaan lebih memerlukan kesta-bilan dan semua pihak harus fokus terhadap agenda perubahan yang digariskan.

Ketika menyentuh kriti-kan terbuka dilontarkan

seorang Ahli Dewan Ne- geri dari DAP, Amiru-din berkata, kritikan itu tidak menjejaskan kerjasama antara parti komponen PAKATAN.

“Saya kira satu, dua pandangan berbeza itu

tidak patut dianggap semangat keseluruhan PAKATAN. Kita masih kukuh, banyak tugas dan kerja perlu dilaksanakan.

“Saya percaya mungkin ada pandangannya atau kata-kata ter- tentu yang dianggap menyalahi se-mangat PAKATAN dan saya harap perkara itu dapat diselesaikan di meja rundingan berbanding ke-nyataan media,” katanya.

Sokong PM kini dan akan datang

rangka pelan tindakan atau “Blue Print” bagi membantu golongan nelayan pantai dan pesawah untuk keluar dari golongan B40.

Katanya, pelan tindakan berkenaan dijangka dapat dikemukakan awal tahun depan.

“Kita juga telah merangka beberapa polisi baru, menge-maskini peraturan yang perlu diperkemaskan dan mana yang baik, kita berdayakan supaya kita dapat menampilkan satu pendekatan baru yang segar.

“Ada dua blueprint untuk pesawah dan nelayan sedang dibincangkan. Insya Allah, kita sedang merangka polisi baru ini dan kita akan kemukakan dalam tempoh waktu yang kita rasa-kan boleh mulakan awal tahun hadapan,” katanya lagi. – BER-NAMA

Salahuddin Ayub

Page 9: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

9SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

Page 10: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

10Global

SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

AZERBAIJAN - Meskipun anca-man perang masih menghantui, walaupun Perang Dingin telahpun berakhir, pertikaian perdagangan yang kian pantas menjadi perang perdagangan telah mengkucar-ka-cirkan ekonomi dunia, kata Per-dana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, ketidakpas-tian yang berpunca daripadanya telah menyebabkan negara-ne-gara tidak dapat merancang dan membangunkan negara mereka, memiskinkan rakyat mereka dan menyebabkan kecelaruan sosial yang berpotensi mencetuskan bantahan awam, pemberontakan dan konflik.

“Perang perdagangan terbuk-ti mampu membawa kerosakan dan kemusnahan dan menggu-nakan perdagangan sebagai sen-jata pada hari ini adalah satu cara berbahaya yang boleh memus-nahkan negara,” katanya semasa berucap pada Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan Pergerakan Negara-Negara Berke-

BAKU - Presiden Azerbaijan, Il-ham Aliyev memuji ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Si-dang Kemuncak Pergerakan Ne-gara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18 di sini, pada 25 Oktober lalu.

“Ucaptama anda semalam adalah sangat hebat, ia ada-lah visi yang berpandangan ke hadapan, pendekatan ter-buka terhadap isu-isu penting dan anda sentiasa memperta-hankan keadilan,” kata presiden itu kepada Dr Mahathir sema-sa pertemuan mereka di Istana Presiden, di sini, pada 26 Okto-ber lalu.

Dalam kunjungan hormat Dr Mahathir ke atas presiden itu, Il-ham berkata, perdana menteri berusia 94 tahun itu adalah di se-balik transformasi Malaysia yang mengagumkan dan Azerbaijan berharap dapat berkongsi pen-galaman Dr Mahathir.

Kedua-dua pemimpin terse-but turut membincangkan hubungan dua hala Malay-sia-Azerbaijan dengan bersetu-ju memperkukuhkan kerjasama khusus dalam sektor tenaga dan pelancongan?.

Selepas pertemuan selama 20 minit itu, Dr Mahathir mem-beritahu media Malaysia, baha-wa beliau berharap Azerbaijan, selaku pengerusi baharu NAM,

KUALA LUMPUR - Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali men-yambut baik pengu-muman Malaysia akan membuka kedutaan di Jordan untuk Pa- lestin bagi memboleh-kannya memberi bantuan kepada rakyat Palestin dengan lebih mudah.

Duta itu berkata pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berke-cuali (NAM) ke-18 di Baku, Azer-baijan bukanlah sesuatu yang menghairankan jika melihat ke-pada perpaduan berterusan Ma-laysia dengan Palestin.

“Malaysia sentiasa meletakkan Palestin sebagai keutamaan dalam agendanya. Bagi pihak kepemim- pinan dan semua rakyat Palestin, kami amat menghargai sokongan padu yang diberikan kepada Pal-estin,” katanya.

Walid berkata, langkah Malaysia itu akan menggalakkan lebih ban-yak negara Islam lain melakukan perkara sama, terutama yang tidak mempunyai hubungan diploma-tik dengan Israel, sebagai tanda sokongan dan perpaduan kepada negara dan rakyat Palestin.

“Daripada perspektif kami, an-

Ucapan Perdana Menteri di sidang NAM

Perang dagang Amerika-China buat ekonomi huru-hara

cuali Ke-18 (NAM), di sini, pada 25 Oktober lalu.

Dr Mahathir, yang kali terakh-ir berucap di Sidang Kemuncak NAM, 16 tahun lepas semasa Ma-laysia menjadi tuan rumah di Kuala Lumpur berkata, pertikaian perda-gangan yang semakin merosakkan dan berlarutan ini telah menye-babkan Malaysia dan negara-ne-gara lain tertanya-tanya bilakah ia akan berakhir dan apakah kesan kebinasaannya.

Perang perdagangan antara ekonomi-ekonomi terbesar dun-ia, katanya, boleh menyebabkan perpecahan dalam sistem dagan-gan dunia.

“Perniagaan perlu merancang dengan lancar dan mengelakkan sebarang gangguan. Tetapi tarif, serang balas tarif dan halangan lain kepada perdagangan bebas mungkin kini menjadi satu perkara ‘normal baharu,” katanya.

Merujuk kepada perang per-dagangan Amerika Syarikat (AS)-China, Dr Mahathir berkata, ia mungkin gejala sesuatu yang

jauh lebih buruk-persaingan yang semakin meningkat antara dua kuasa terbesar dunia, yang ber-panjangan selama-lamanya.

Malangnya, bagi Malaysia, kita terperangkap di tengah-tengah kerana ekonomi negara berkait dengan kedua-dua pasaran itu, dan secara fizikalnya, kita juga tersepit antara kedua-duanya dise-babkan lokasi geografi, kata Perda-na Menteri.

Dalam ucapannya yang ber-tajuk “Upholding the Bandung Principles to Ensure Concerted and Adequate Response to the Challenges of the Contempo-rary World” (Mendukung Prinsip Bandung bagi Memastikan Tin-dak Balas Padu dan Mencuku-pi Dalam Menghadapi Cabaran Dunia Semasa), Dr Mahathir berkata, memulakan perang bu-kan satu-satunya jalan penye-lesaian untuk menyelesaikan pertikaian.

“Pada 2003, saya pernah berka-ta “The world lives in fear” (Dun-ia hidup dalam ketakutan). Saya

menyebut perkataan itu semasa kenyataan “you’re either with us or against us” (anda kena sama ada menyokong kami atau menentang kami) menjadi frasa pemikat un-tuk membuli negara-negara ke- cil yang aman untuk menyokong dan mewajarkan tindakan keten-teraan terhadap negara lain den-gan mendakwa ia adalah ancaman kepada dunia. Perkataan itu dise-but hanya beberapa minggu sebe-lum Iraq ditakluk,” katanya.

Malahan, pemimpin tertua di dunia itu berkata, pihak-pi-hak yang terlibat dalam pertika-ian boleh mengambil jalan keluar dengan mengadakan rundingan atau mengemukakan kepada tim-bang tara oleh pihak-pihak keti-ga, seperti Mahkamah Dunia dan Mahkamah Keadilan Antarabang-sa.

“Dan kita mengatakan ini kera-na Malaysia bukan hanya sekadar bercakap semata-mata. Kita me- lakukannya. Kita menyelesaikan pertikaian dengan negara-nega-ra jiran kita menerusi rundingan

dan menerusi Mahkamah Dunia. Ada yang kita menang dan ada yang kita kalah. Tetapi tiada siapa yang terbunuh,” katanya.

Dr Mahathir juga memberitahu Sidang Kemuncak tersebut baha-wa beliau menyedari Pergerakan dianggotai 120 negara yang men-cakupi 55 peratus daripada po- pulasi dunia itu telah berubah dan tidak begitu bersatu seperti sebe-lum ini.

Beliau yang menggesa ang-gota-anggota agar terus bersatu padu berkata, NAM tidak seharus-nya tunduk kepada negara-negara berkuasa dan memberi kepuasan kepada mereka melihat ia berpe- cah belah.

“Dalam dunia berbahaya yang kita hidup ketika ini, kita perlu mempertahankan dan memper-juangkan 10 prinsip Persidangan Bandung 1955. Tetapi kita perlu melakukannya bersama-sama. Barulah nanti kita boleh terus memulihkan Pergerakan ke arah mencapai objektifnya,” katanya. – BERNAMA

Presiden Azerbaijan puji Dr Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berbincang dengan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev ketika kunjungan hormatnya di Istana Presiden pada 26 Oktober lalu. Foto BERNAMA

dapat melaksanakan tanggung-jawab dengan baik dan memasti-kan badan itu bersatu dan relevan dalam era Perang Dingin.

Beliau berkata, Malaysia sentia-sa mengekalkan dasar mesra ter- hadap setiap negara.

Mengenai hubungan dua hala dengan Azerbaijan, Perdana Men-teri berkata, Malaysia berharap dapat mengembangkan kerjasa-ma dan sektor perdagangan dan pelancongan dengan negara tersebut.

“Tidak banyak rakyat Malaysia yang tahu tentang Azerbaijan wa-laupun ada sebilangan yang tahu Baku kerana tapak-tapak sejarah-

nya. Ada beberapa rakyat Ma-laysia yang tinggal di sini dan sudah tentu kita ada Petronas di sini,” katanya.

Selepas kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplo-matik pada 5 April, 1993, Azer-baijan membuka kedutaannya di Kuala Lumpur pada Jun 2007 manakala Kedutaan Malaysia di Baku dibuka pada 1 April, 2014.

S u s u l a n p e m b u k a a n Kedutaan Malaysia di sini, Pe-tronas memulakan operasi di sini pada 2015 dan sehingga kini pelaburannya di negara itu dianggarkan bernilai AS$5 bil-ion (RM20.93 bilion). - BERNAMA

Malaysia mahu buka kedutaan Palestin

dai Jordan gembira dan Malaysia gembira…

kami amat mengalu-kannya kerana Ma-laysia tidak boleh mempunyai kedutaan

di Palestin. Jordan ada-lah jiran yang paling

dekat dengan Palestin,” ka-tanya.

Ketika ini, Palestin mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur yang mana Duta Besar Malaysia ke Mesir ditauliahkan serentak ke Palestin.

Palestin telah berada di Malay-sia sejak beberapa dekad, katanya.

Sebelum ini, ia diwakili oleh pejabat perwakilan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebe-lum dinaik taraf sebagai kedutaan pada 1988, berikutan mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Al-geria pada tahun yang sama.

Malaysia adalah antara negara pertama yang menaik taraf wakil Palestin di negara ini sebagai per-wakilan penuh – kedutaan.

Selain mengetengahkan isu Pa- lestin, Dr Mahathir ketika menyam-paikan ucapan kepada pemimpin dan wakil dari 120 negara, meng-gesa anggota NAM yang telah memindahkan kedutaannya ke Bai-tulmuqaddis atau merancang ber-pindah ke sana, supaya mengkaji semula keputusan itu. – BERNAMA

Page 11: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

InformasiTerkinidi jari anda

DARI KACA MATA MB11SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana berkat izin dan limpah kur-nia-Nya dapat kita hadir ke Majlis Perasmian Selangor

Maritime Gateway (SMG) 2019. Terlebih dahulu, saya ucapkan syabas dan

tahniah kepada Landasan Lumayan atas usa-ha mereka menjayakan majlis ini dan menge- tuai pelan SMG sejak tahun lalu bertujuan memberi nafas baharu kepada Sungai Klang.

Sebelum saya memasuki dewan ini, saya sempat singgah di pameran foto yang mengimbas kembali sejarah Sungai Klang yang menjadi kebanggaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Namun, sungai kebanggaan kita ini menja-di suatu yang memalukan angkara globalisasi dan aktiviti ekonomi kurang bertanggunjawab yang pesat, sekali gus menjadikan Sungai Klang sebagai pusat pembuangan sampah.

Perubahan alam sekitar telah memberi im-pak yang drastik kepada situasi ekologi ser-ta komuniti yang bergantung kepada Sungai Klang.

Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan dari awal lagi komited memberi nafas baharu kepada sungai yang merupakan jantung hati dan pintu masuk Se-langor.

Menteri-menteri Besar yang sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali telah meletakkan Sun-gai Klang sebagai salah satu agenda pem-bangunan negeri untuk diselamatkan bagi menjaga kepentingan sejarah serta suatu war-isan buat generasi kini dan yang akan datang.

Pelan SMG mempunyai tiga fasa; pem-bersihan, pemeliharaan dan pemuliharaan yang sudah pasti akan membawa impak posi-tif yang menyumbang kepada sosioekonomi

serta eko-pelancongan. SMG amat penting bagi mengharumkan

nama Selangor sebagai negeri contoh di Asia Tenggara yang peduli alam sekitar dan ber-orientasikan kelestarian.

Faktor itu mendorong Kerajaan Negeri un-tuk memulakan usaha pembersihan Sungai Klang pada 2016; sehingga kini, sebanyak 50,000 tan metrik sisa pembuangan telah dib-ersihkan dari Sungai Klang.

Semua ini tidak akan berlaku kalau bu-kan kerana usaha Landasan Lumayan yang didirikan oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) untuk mengadakan sesi libat urus ber-sama komuniti-komuniti di sepanjang aliran 56 kilometer Sungai Klang.

Pada mulanya, RM45 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi aktiviti pember- sihan serta dua projek perintis: Taman Peng-kalan Batu dan Mangrove Point.

Matlamat utama kita adalah untuk mem-bangun Sungai Klang sebagai antara hab ekonomi dan pengangkutan dalam masa yang sama menjadi model ekologi dengan mengembalikan habitat asal yang lenyap dise-babkan aktiviti ekonomi beberapa dekad yang lalu.

Hari ini, saya bersyukur kerana kita berada dalam landasan yang tepat dalam merealisasi-kan visi SMG. Matlamat SMG adalah untuk menjadi suatu projek inklusif yang terbuka dan melibatkan seberapa banyak pihak dalam perancangan pembangunan Sungai Klang.

Misalnya, antara komuniti yang terlibat da-lam sesi libat urus dari awal lagi adalah Per-satuan Nelayan Pelabuhan Kelang. Mereka dilibatkan agar taraf hidup dan status ekonomi nelayan dapat dipertingkatkan dengan me-neliti aktiviti yang dapat memberi nilai tam-bah ekonomi, contohnya ‘River Taxi’ yang dapat mencekapkan lagi sistem pengang-

kutan awam. Namun, bagi merealisasikan potensi sebe-

nar Sungai Klang, kita memerlukan kerjasa-ma sektor awam dan swasta yang dapat mengumpul teknologi serta kepakaran ba-haru untuk memberi nafas baharu kepada jan-tung hati Selangor ini.

Antara idea yang saya ingin utarakan se-lain aspek pengangkutan adalah pembinaan ‘water valley’ yang dapat menambah sum-ber air negeri.

Pengurusan risiko secara pintar dalam menangani banjir di lembangan sungai juga merupakan antara buah fikiran yang akan menyumbang kepada fasa-fasa seterusnya buat SMG.

Salah satu kejayaan kerjasama sek-tor awam-swasta adalah dengan syarikat non-profit ‘The Ocean Cleanup’, sebuah syarikat yang bertempat di Belanda.

Kerjasama yang bermula pada April 2019 ini telah menunjukkan penggunaan produk bernama ‘INTERCEPTOR’ yang telahpun digunakan sejak Ogos 2019.

Setakat ini, ada dua sahaja unit INTER-CEPTOR; satu di Jakarta, Indonesia dan satu lagi di Sungai Klang, Selangor.

Saya mengalu-alukan kerjasama The Ocean Cleanup bersama Landasan Lumayan dan berharap usaha ini berjaya dan membu-ka pintu kepada jalinan kerjasama yang lain.

Saya ingin mengambil kesempatan ini un-tuk menjemput syarikat-syarikat kecil dan sederhana mahupun syarikat multinasional untuk melibatkan diri dalam pembangunan Sungai Klang dan merancang bandar-bandar kita dengan mengambil kira Sungai Klang.

SMG bukan sahaja inisiatif kerajaan seba-liknya ia adalah usaha bersama antara kera-jaan, rakyat dan syarikat-syarikat perniagaan dalam menentukan masa depan generasi akan

datang. SMG bertujuan mencipta peluang baharu bagi semua.

Pembukaan penarikan baharu seper-ti Pengkalan Batu, Mangrove Point, Grand Bazaar dan Cultural Village, bersama pem-bangunan sedia ada di Bandar Diraja Klang, berada di posisi yang tepat untuk menambah nilai kepada pembangunan ekonomi.

Tahun Melawat Malaysia 2020 juga mer-upakan peluang penting yang dapat mening-katkan aspek pelancongan kepada SMG.

Saya seringkali berkongsi di mana saha-ja bahawa Selangor adalah Golden State of Malaysia. Dengan adanya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 dan 2, Lapa-ngan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah serta Pelabuhan Klang, pelabuhan yang kedua-be-las tersibuk di dunia, infrastruktur Selangor mantap dan menjadi aspek tarikan ekonomi penting.

Kini, masanya untuk Sungai Klang turut serta dalam infrastruktur bertaraf dunia yang akan menarik lebih banyak aktiviti ekonomi serta pelancong.

Akhir kata, saya berterima kasih kepada seluruh jentera Kerajaan Negeri serta agen-si-agensi berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran Se-langor, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Selangor, Lembaga Urus Air Selangor, Ma-jlis Perbandaran Klang, Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri atas usaha mereka dalam merea- lisasikan SMG.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya mengisytiharkan bahawa fasa pertama SMG dilancarkan dengan rasminya.

Ucapan di Majlis Perasmian Utama Selangor Maritime Gateway pada 29 Oktober 2019

SMG hidupkan semula jantung hati Selangor

Page 12: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

Album Klik!13SelangorKini 31 Oktober - 6 November 201912 SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

KIRIPenari mempersembahkan tarian tradisi Selangor sempena Perasmian Karnival Kuala Selangor di Dataran Melawati, Kuala Selangorl REMY ARIFIN

KANANSkuad PANTAS membuat pemantauan di pusat kawalan bagi persiapan menghadapi musim banjir di Ibu Pejabat MPSJ, Subang Jaya l HAFIZ OTHMAN

KIRIPengujung bermain catur gergasi di pekarangan Perpustakaan Anggerik Aranda MBSA di Seksyen 19, Shah Alaml REMY ARIFIN

KANANPersembahan tarian tradisi masyarakat India sempena Majlis Mesra Deepavali anjuran Majlis Perbandaran Klang di Little India, Klang l HAFIZ OTHMAN

KIRIPenghuni Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni mempersembahkan dikir barat di Setia Alam, Shah Alam l ASRI SAPFIE

KANANKejohanan Tinju Tertutup Super 8 Kuala Langat kategori 42kg di Padang Awam Kampung Seri Jugra, Banting I FIKRI YUSOF

KIRIKayuhan Raja Bukit Gen-S 2019 sejauh 40 kilometer di Pekan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor l ASRI SAPFIE

KANANPeserta bersaing dalam permainan PUBG pada Selangor Cyber Games 2019 di Central i-City, Shah Alam I FIKRI YUSOF

Menyampaikan sumbangan kepada penduduk Blok C Flat Prima Selayang, Selayang

ADN TAMAN TEMPLERMohd Sany Hamzan

Memulakan acara tarik tali pada sukan Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi, Hulu Langat

ADN DUSUN TUAEdry Faizal Eddy Yusof

Menyantuni 40 keluarga yang menerima bantuandi Taman Sentosa, KlangADN SENTOSA

Gunarajah R George

Menyerahkan sumbangan Deepavali di sebuah kuil Ladang Mary, Bestari Jaya

ADN PERMATANGRozana Zainal Abidin

Melawat projek tanaman pokok tin yang diusahakan penduduk Parit 11, Sekinchan

ADN SUNGAI PANJANGMohd Imran Tamrin

Bersama penerima Jom Shopping SMUE sempena Deepavali di Econsave, Sepang

ADN DENGKILAdhif Syan Abdullah

Page 13: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

14ADN

SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL BESTARI JAYA - Universiti Sel-angor (UNISEL) menerima kun-jungan hormat beberapa Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor di kampus Bestari Jaya, di sini pada 24 Oktober lalu.

Pengarah Komunikasi Kor- poratnya, Hasril Abu Hassan berkata, ADN terbabit dalam lawatan itu adalah ADN Per-matang, Rozana Zainal Abidin; ADN Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan ADN Kota Anggerik, Mohd Najwan Ha- limi.

Katanya, lawatan berke-naan turut disertai ADN Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni; ADN Taman Medan, Syamsul Firdaus Mohamed Su-

pri termasuk wakil ADN Bukit Melawati, Dr Hafiz.

“Kunjungan ini ialah salah satu lawatan kerja bagi mem-bincangkan kerjasama strate-gik di antara kedua-dua pihak, sekali gus membuka ruang per-tukaran idea dan pandangan daripada aspek transformasi UNISEL secara menyeluruh,” katanya menerusi hantaran di Facebook UNISEL.

Hasril berkata, sepanjang pertemuan itu, Presiden dan Naib Canselornya, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkesempatan menerangkan beberapa pelaksanaan terki-ni, selain berkongsi kejayaan dikecapi UNISEL sepanjang tiga tahun di bawah pentadbiran beliau.

PERMATANG - Petani dinasi-hat bermuafakat dalam usaha menghapuskan ulat pengorek batang yang dikesan menyerang sawah padi di Kampung Kunci Air Buang, Tanjung Karang sejak kebelakangan ini.

Ahli Dewan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin berkata, serangan ulat tersebut semakin berleluasa sejak memasuki fasa penuaian pertengahan bulan ini.

Katanya, walaupun pelbagai langkah dilakukan petani untuk mengawal dan menghapuskan serangan ulat itu, namun ia be-lum membuahkan hasil.

“Jabatan Pertanian memak-lumkan kepada saya bahawa an-

Bincang kerjasama strategik

ADN Selangor kunjungi UNISEL

Petani disaran berpakathapus ulat perosak padi

tara kemungkinan serangan ulat perosak ini adalah disebabkan populasinya yang tidak dihapus-kan sepenuhnya pada musim menuai padi yang lepas.

“Malah, pengurusan jerami dan penyediaan sawah yang kurang sempurna juga boleh menjadi salah satu faktor po- pulasi ulat ini terus membiak dan menyerang sawah pada musim ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Justeru, Rozana berkata, petani perlu membuat pengurusan sawah secara seragam seperti pe-nanaman padi mengikut jadual yang sepatutnya tanpa ada ma-na-mana lot tertinggal dan pen-

gawalan menghapuskan ulat itu secara serentak.

“Saya difahamkan Kawasan Pembangunan Pertanian Berse-padu (IADA) Barat Laut Selan-gor dan Jabatan Pertanian turut membincangkan isu serangan ulat ini dan mereka sedang me- rangka gerak kerja yang perlu di-ambil terutamanya persediaan untuk musim penanaman yang seterusnya,” katanya.

Terdahulu, Rozana turut me- rasmikan Hari Ladang Sawah Sempadan 2019 yang ber-langsung dua hari bermula 14 Oktober bertempat di Dewan Komuniti Kunci Air Buang Sawah Sempadan, baru-baru ini.

YB KitaAhli Dewan Negeri N12 JERAMnNama:

Mohd Shaid Rosli

nTarikh lahir: 15 Julai 1982

nNegeri kelahiran: Perak nStatus perkahwinan Berkahwin

nBilangan anak: 3 orang

nMasakan kegemaran: Masakan Thai

nPendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan UiTM

nAktiviti masa lapang: Menonton wayang

nFalsafah hidup: Tiada yang mustahil

nPekerjaan sebelum menjadi ADN: Ahli perniagaan

nAlamat pejabat ADN: Pusat Khidmat Masyarakat ADN Jeram, No. 20A Jalan Niaga Bestari 8, Puncak Bestari, 42300 Bandar Puncak Alam

nNo. Telefon: 03-33960036

nE-mel:[email protected]

nFacebook: Shaid4Jeram

N12 JERAM

Rozana berpeluang menaiki mesin menuai FM World Star sewaktu merasmikan Hari Ladang Sawah Sempadan, Tanjong Karang pada 14 Oktober lalu

Page 14: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

15SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

Petunjuk untuk mereka mendap-atkan pelanggan terutama da-lam kalangan pemain profesional juga bertambah kerana RareBoot-s4U kini sudah menjadi pembekal utama kepada bintang bola sepak dunia seperti Karim Benzema, Pierre-Emerick Aubameyang, Xavi, Ivan Rakitic dan Joao Felix .

Cameron menjelaskan, sebahagi-an daripada kasut bola sukar untuk ditemui malah harga semasa turut melonjak berdasarkan kualiti.

Pemain Tottenham Hotspur, Serge Aurier baru-baru ini mem-bayar lebih £500 (RM2,693) untuk sepasang kasut yang sukar untuk ditemui semula masa kini.

“Saya tidak percaya kedudukan kami sekarang berbanding dahulu. Kami berdepan cabaran untuk me- luaskan perniagaan luar South Dev-on dengan pembekal utama kasut bola berskala besar,” katanya.

Bagi Jake, beliau percaya per-mintaan terhadap kasut bola lama

sememangnya tinggi kerana pem-inat sentiasa mencarinya di eBay malah sehingga kini beliau tidak percaya beberapa pemain terkemu-ka dunia menghantar pesanan mesej untuk membelinya.

“Kami mengambil gambar den-gan latar belakang dinding kasut

bola beserta kotak dan memuat naiknya di Instagram bersama saiz, keadaan serta harga.

“Itu model perniagaan kami. Kami juga lihat ramai orang berkongsi mengenai kami (Rare-Boots4U) di Facebook dan Twit-ter,” katanya.

Katanya, strategi perniagaan mereka mudah dengan meminta pembeli untuk mempromosikan produk di laman sosial, sekali gus menarik lebih banyak pengikut.

Strategi itu dilihat berha- sil apabila berjaya mendekati pe-main Chelsea, Ethan Ampadu dan menawarkan sepasang kasut bola dengan syarat Ampadu mempro-mosikan perniagaan mereka di la-man sosial. Malah tindakan itu turut menjadikan pemain Arsenal, David Luiz dan penyerang Atletico Ma-drid, Alvaro Morata sebagai pelang-

gan utama. Cameron memberitahu, Alvaro Morata telah membantu mereka berhubung dengan ramai lagi pemain.

“Pernah satu ketika selepas ban-gun pagi saya mendapat mesej dari-pada Ivan Rakitic. Kami membawa beberapa pasang kasut ke rumah be-liau dan kami dibawa ke Nou Camp untuk menyaksikan perlawanan Barcelona.

“Kami sentiasa mendapat pang-gilan daripada pemain lain kerana kasut yang mereka cari tak dapat lagi berada di pasaran. Nike dan Adidas tak boleh bekalkan (kasut bola lama) kepada pemain mere-ka sendiri, jadi mereka datang ke-pada kami.

“Bermula dengan ‘garage sale’ sekarang telah menjadi satu fenom-ena,” katanya.

Jake dan Cameron enggan mend-edahkan sumber mendapatkan kasut bola tetapi pemain memilih untuk membayar untuk sepasang kasut lama daripada memakai model kasut baru kerana bahan diguna-kan bagi kasut bola moden adalah seakan plastik dan juga oleh kerana memori yang terdapat pada kasut bola lama tersebut.

Katanya, nostalgia yang terdapat pada kasut tersebut membuatkan be-berapa pemain seperti Karim Ben-zema tidak mengendahkan kontrak sedia ada bersama jenama terkemu-ka seperti Adidas.

“Apabila mereka melihat se-pasang kasut bola yang mereka pernah pakai ketika mereka kecil, mereka tidak dapat menolak. Dari situ kami tahu apa yang kami dapat capai, tetapi kami tidak menyangka usaha ini akan menjadi besar.

“Benzema boleh disaman oleh Adidas jika beliau tidak memakai model but yang terkini, tetapi dia tetap memakai model F50 klasik pada musim lepas.

“Ada pemain yang akan me-makai semasa latihan sahaja dan ketika kami pergi ke Madrid untuk berurusan dengan ejen pemasaran Xavi, kami diberitahu bahawa Adi-das tidak gemar dengan perniagaan mereka (RareBoots4U),” katanya,

Menyimpan impian untuk ber-pindah ke London dan membuka sebuah gudang yang akan menja-na pendapatan yang konsisten, Jake dan Cameron percaya mereka tidak berdepan masalah mendapatkan pemain sasaran seperti Messi dan Cristiano Ronaldo walaupun tahu perkara itu tidak mudah dicapai.

Rencana ini diolah daripada laporan Daily Mail Online (15 Oktober 2019)

Kasut ‘rare’buka laluan temu bintang bola

Jake Self Cameron Sangster

OLEH AFIX REDZUAN

S iapa sangka perniagaan membekalkan kasut bola lama yang boleh dianggap sebagai item ‘rare’ buat penggemar

sukan bola sepak mampu menjana keuntungan lumayan.

Perkara itu dibuktikan oleh dua anak muda berusia 19 tahun dari England, Jake Self dan Cameron Sangster, apabila idea perniagaan mereka yang mengumpulkan kasut bola keluaran lalu dari pelbagai jenama mendapat sambutan sehing-ga menarik perhatian pemain bola sepak terkemuka dunia.

Bermula dengan pembelian kasut bola terpakai sekitar £40 (RM215), proses baik pulih (re-store) yang dilakukan memboleh- kan ia dijual semula pada harga hampir £400 (RM2,154) menerusi laman sesawang rareboots4u.com.

Cameron berkata, segalanya ber-mula ketika beliau berusia sepuluh tahun dan menyimpan impian un-tuk bertemu pemain bola sepak terkemuka dunia, Jack Wilshare apabila menginjak dewasa.

“Disember lalu, saya dan Jake menaiki keretapi dan saya terli-hat paparan di memori Facebook 10 tahun lalu yang saya tulis tidak sabar untuk melihat Jack Wilshare beraksi.

“Pada hari itu sebenarnya, saya dalam perjalanan ke rumahn-ya (Wilshare) untuk bertemu dan menghantar sepasang kasut bola,” katanya.

Dari seorang idola, pemain ten-gah West Ham United itu kini men-jadi antara pelanggan tetap mereka hasil bantuan seorang rakan sepasu-kan Wilshare, Arthur Masuaku.

Aktivti mereka sejak tiga tahun lalu hanya disedari posmen dan kini jumlah kotak kasut yang disimpan semakin tinggi.

Page 15: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

OLEH ZAHID M. NASER

Kerja menceritakan apakah hakikat puisi akan terus berlaku sampai bila-bila. Kerana puisi seperti wa-

hyu. Memerlukan syarah dan tafsir, agar kekal relevan. Jika tidak, ia hanya jadi materi semu dan sukar pula dihargai.

Justeru, hakikat atau takrif pui-si harus terus meriah menjadi wa-cana; biarpun takrifnya tak akan pernah kukuh. Hal ini, dalam man-tik disebut “laisa bijami’ wa mani”. Perbincangan mengenai hakikat puisi akan sentiasa berbaloi kerana hakikat puisi seperti yang disifat-kan Arena Wati, “belum ditemui tak bermakna ia tidak wujud”.

***Secara peribadi, saya mengang-

gap puisi seperti ritual; harus memi-liki syarat atau tonggaknya. Hilang satu, tak sempurnalah ritual. Ada empat tonggak dalam puisi. Ke-empat-empatnya molek sekali kita gelar sebagai “empattunggal “ – sekadar meminjam istilah ‘tri-tunggal’ dalam ajaran akidah.

Empattunggal puisi adalah suara, bunyi, imej dan masa; ke-semuanya saling bergabung menjadi satu; satu dalam empat – empat dalam satu. Bunyi di luar kepala, lagunya ditutur dengan in-tim dan bergelombang sementara di dalam kepala pula adalah imej, melayarkan gambar yang jelas dan kabur. Sedang suara; adalah akal jujur yang dimiliki si penyair. Masa pula adalah tuhan, malaikat, bidadari dan hal-hal yang ghaib.

Tonggak utama – atau bapa – daripada empattunggal , adalah imej – kerana imej puisi memberi makna keseluruhan bagi sebuah karya. Imej adalah pergulatan pe-nyair. Ia pergulatan intim dalam gelanggang estetika, dramatik dan barangkali historik. Seakan-akan perkelahian Jalut dan Daud. Ia juga barangkali perasaan Adam dan Hawa ketika di syurga; godaan licik Azazil dan tarikan khuldi yang menelanjangkan mereka berdua.

Menulis berpikul-pikul tulisan jika tidak ada pergulatan untuk menzahirkan imej adalah kerja yang tidak begitu bermakna. Mela-hirkan imej yang baik dalam pui-si memerlukan kecerdikan bakat yang diasah berkali-kali, kritik diri sendiri yang jujur dan teman-te-man serta tentulah daripada pen-galaman signifikan dan difikir mendalam oleh si penyair.

Sebagai penyair, akalnya adalah akal pelukis, ia harus kukuh de- ngan kebebasan dan kemerdekaan. Dalam akalnya, kanvas itu harus di-warna dan ditatang dengan keil-muan daripada pengalamannya tadi. Serupa tapi tak sama dengan pelukis catan yang menyeret dan melorek berus bagi menghasilkan visual.

Anaknya pula adalah suara, adalah voice, saut – perkataan su-ara yang neutral memerlukan si-

fat sandaran atau adjektif untuk memperluas dan mengukuhkan-nya. Sering perkataan suara dis-andarkan dengan kata-kata lain untuk memberi kekuatan ke-padanya, misalnya; Suara Dari Pu-sara judul puisi Usman Awang, dan rafa’tu lahum saut el munadi faab-saru puisi karangan Al-Farazdaq; jika judul puisi Usman Awang han-ya “Suara...” tanpa “Dari Pusara”, ia tidak begitu memberi kekuatan, kerana kita ditinggalkan dengan pertanyaan, suara apa? Siapa? Yang bagaimana? Namun, bukan sepenuhnya bermaksud suara itu wajib kukuh seperti contoh tadi.

Suara puisi yang dimaksudkan adalah sisi pandang yang menun-jukkan kecerdikan penyair. Sisi pandang yang sukar diramalkan mampu membuat sesebuah puisi berkesan, bahkan ia mampu mem-beri pukulan bertalu-talu kepada penikmatnya.

Sisi pandang juga boleh jadi si-kap penyair – di sini, penyair harus berhati-hati – yang cerdik, mereka akan mencipta suara yang jujur, kejujuran itu tidak wajib diung-kap secara harfiah tetapi ia harus dirasai. Dan yang hebat, suaran-ya akan dirasai, dinikmati bah-kan dikagumi segala jenis orang dari segenap lapis golongan baik yang kiri, tengah mahupun kan-an, yang sasterawan dan tidak, dan yang miskin mahupun yang kaya. Seperti Al-Farazdaq yang memilih menjadi pengangkat suara orang lain dalam puisinya seakan-akan ia adalah suaranya sendiri.

Sementara yang ketiga iaitu se-mangatnya; adalah bunyi. Legen-da mengatakan, panggilan “orang bunian” berasal daripada perkata-an bunyi, kaum bunian dikenal dengan bunyi-bunyi mendayu tetapi tidak tersingkap di mata

orang ketika dijejaki. Cukup kita fahami bahawa tu-

tur ungkapan puisi harus ada bu-nyi tersendiri. Bunyi tak mesti rima dan ritma, tak mesti bahar mahu-pun imbuhan vokal. Bunyi barang-kali ngaum singa, desiran ular, dan bahkan barangkali hujan gerimis yang kedengaran jatuh ke bahu, ia boleh jadi rayuan kekasih; derap kuda lumba dan pujukan ibu, kadang-kadang ia semacam dini-hari dan terik siang.

Pendek kata semua hal memiliki bunyi. Sungguh, bunyi yang sep-erti itu harus ada dalam kepala pe-nyair, barangkali seorang penyair ada seruling mendayu dalam ke-palanya, atau boleh jadi biola yang digesek mahupun kecapi yang di-petik. Bunyi akan muncul apabila imej dan suara telah kukuh. Mem-baca bait-bait penyair yang memi-liki bunyi akan membawa fikiran dan perasaan hanyut ke dalam ka-ta-kata dengan berkesan.

Mendengar atau menangkap bunyi boleh dilatih dengan meneli-ti pantun-pantun yang bagus. Saya sering membayangkan dalam ke-pala pemantun ada pemain konga atau kompang atau apa-apa bunyi dari ketukan tangan. Kompang be-gitu humoris, mencucuk dengan satiranya. Jarang kita membayang-kan kompang dengan kesedihan – ia sinonim dengan kegembiraan dan gelak tawa, usik mengusik dan bercanda; namun kompang juga patriotik dengan kibaran bendera peperangan mengiring tentera. Menimbulkan bunyi sep-erti itu lebih utama dari rima dan saja’. Lebih utama daripada a-b-a-b, atau gang-gong-gang-gong.

Yang akhir, adalah masa. Kata tuhan; “Aku adalah masa.” Mengi-mani masa begitu penting kepa-da penyair sehingga ia terkadang

Empattunggal dalam puisi

menjadi lebih utama dari ketiga-tiga tonggak tadi. Seperti petani atau orang yang berkebun. Me-nyemai, menatang, menyiram, membaja dan mencantas. Semua itu dilakukan dengan sabar. Hasil yang ranum dan segar dapat di-tentukan dengan kesabaran pe-nyair menjalin kerja dan masanya.

Masa tidak boleh dicabul. Ia ha-rus diharung dengan keghairahan, dengan 1001 rasa. Kepedihan, ke-sakitan, khianat, kehilangan, gem-bira, mabuk, ciuman dan gaduh. Semua itu adalah sebahagian ke-cil masa. Ia juga seakan-akan bi-dadari, jangan dicumbu paksa si bidadari. Kerana penyair yang begitu hanya menjengkelkan bi-dadari yang sedia setia. Dari masa yang dijalin sabar, datanglah terbi-tan rasa yang berbaloi diungkap.

Barangkali itulah yang di-katakan wahyu. Mungkin benar penyair harus menjadi nabi, bak kata ‘Sang Nabi’ Pushkin; Seorang malaikat dengan tiga pasang say-ap/Hadir di persimpangan tanah ini/Dengan jari ringan dan kurus-nya/Dia sentuh mataku dalam mimpi:/Justeru mata kenabianku terbuka/Seperti mata burung hel-ang yang terjaga.

***Bagaimanapun, empattunggal

bukanlah akidah yang wajib di-imani. Ia sekadar cuplikan pemer-hatian peribadi terhadap puisi dan kepenyairan. Kerana akhirnya, puisi itu tetaplah menjadi seni – walaupun penuh teknik dan tak-tik – ia tetap wajib mengganggu akal budi penikmatnya, mener-bitkan percikan rasa dan paling tidak atau sekurang-kurangnya datang daripada kemurnian dan keaslian yang unggul. Seperti mukjizat para nabi, seperti bisi-kan iblis dan malaikat.

(i)syarat

Kerana cinta tak menuntut syarat;ia menjelmakan isyarat-isyarat.

Seperti angin yang memeluk tubuhmutika kau kepanasan mencari dingin hawa.Seperti tanah yang mencium telapak kakimusaat kau mendongak, lebih mempersonakan senja.Seperti tempias hujan membisik ke rambutmuwaktu kau mencari alas, menutup kepala.

Ia cinta yang terabaikan. Kerana kau lebih memilih cintamuyang mengisyaratkan kau menjelma.

Api Husien

Page 16: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

17SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

Pemimpin bukan Islam dan menteri tidak selesa den-gan kempen ini, Utamakan Produk Muslim (BMF), yang

dilancarkan beberapa bulan lalu.Pertengahan September lalu,

hasil kempen berkenaan, Persatu-an Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa beberapa pasar raya milik Muslim sekitar Lembah Klang men-ingkat jualan tiga kali ganda kepada RM150,000 sehari.

Kempen yang riuh ini, khususnya di media sosial, menarik orang ramai menyertai laman Facebook Persatuan Ekonomi Muslim Malaysia sehingga ia berjaya mengumpul sejuta ahli dalam masa tidak sampai sebulan.

Bagaimanapun, dalam gambaran lebih besar, kempen “utamakan pro-duk Muslim” atau “boikot produk bu-kan Islam” menimbulkan beberapa kemelut dalam kalangan pengikut-nya yang bersemangat mahu ia di-jayakan.

Hakikatnya pengeluar kecil, usaha-wan peringkat pertengahan dan sau-dagar besar selama ini menghasilkan barangan keperluan Muslim. Malah, merekalah yang banyak menghasil-kan produk halal dunia!

Dalam rantaian pengeluaran, mereka berada di setiap peringkat: Daripada input pertanian seperti baja dan racun kepada pengangkutan un-tuk ke pasar. Bahkan, makanan proses untuk anak-anak kita sebahagian be-sarnya dibekal oleh mereka.

Di negara kita, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), lebih 60 peratus sijil halal dimohon oleh syarikat yang dikuasai bukan Muslim.

Menggiurkan pengguna Muslim

Di Asia Tenggara, bukan hanya ekonomi Malaysia dipacu oleh pe-niaga bukan Melayu. Ekonomi Indo-nesia, Thailand dan Filipina juga sudah puluhan tahun dikuasai etnik “Cina seberang laut” walau jumlah mereka minoriti sahaja.

Sterling Seagrave da-lam karyanya 25 tahun lalu, “Lords of the Rim: The Invisible Empire of the Overseas Chinese” (terjemahan: Cina: Penak-luk Bisnes Lautan Pasifik) menjelaskan perihal itu se-jelas-jelasnya.

Bagaimanakah penduduk peribumi, termasuk orang Islam, mampu memecah-kan penguasaan ini jika mereka tidak mampu berdiri sendiri? Misaln-ya, permainan harga dan kemudahan kredit, apa-kah risikonya kepada usa-hawan Islam?

Ambil contoh lambakan barangan murah yang dibe-kalkan dari China. Ia bukan hanya menggiurkan penggu-na Muslim di Malaysia, malah syarikat-syarikat besar dunia juga mencari keuntungan de-

kempen utamakan produk Muslim

ngan bergantung pada pengeluaran usahawan republik berkenaan.

Usahawan China dapat menghasil-kan barangan dengan murah, ada waktunya tidak menjejaskan kualiti, yang dapat dieksport dengan harga rendah pula. Kenapa usahawan Mus-lim di serata dunia gagal memainkan peranan ini?

Mampukah kempen kecil-kecilan ala Utamakan Produk Muslim (BMF) ini menggerakkan strategi pem-binaan rantaian pengeluaran ini, khususnya dalam bidang makanan halal? Bolehkah kita menyediakan keluaran itu dengan banyak, bermu-tu dan murah?

Muslim atau bukan, hakikatnya kegiatan ekonomi ini saling ber-kaitan dan berangkaian. No man is an island, kata orang. Pengguna akan mencari produk yang memuaskan seleranya dan juga memenuhi ke-hendak poketnya walau dari mana sumbernya.

Mungkin ada sejumlah penggu-na yang digerakkan oleh sentimen agama atau pertimbangan politik. Namun, umumnya, rata-rata penggu-na memilih berdasarkan keupayaan pendapatan masing-masing. Muslim atau bukan, yang penting, alah mem-beli menang memakai.

Margin untung kecil

Kemelut ini dilema paling utama bagi usahawan Muslim dan juga pen-dukung BMF. Apakah ia hanya kem-pen bermusim yang digerakkan oleh sentimen sementara, sekadar hangat-hangat tahi ayam? Atau, ia bakal men-jadi garis permulaan sebuah gerakan menyusun ekonomi ummah?

Jika peniaga Muslim menyedia-kan makanan halal kepada penggu-na seagama dengannya, apakah ini dinamakan kempen BMF itu? Penia-

ga itu pula, sebagai pengguna yang membeli daripada pembekal, apakah tidak perlu berpegang pada BMF?

Dilema ini sangat mendesak di-fikirkan oleh pendukung BMF. Yak- ni, siapakah yang perlu mengamal-kan BMF: pembeli akhir yang per-lu mengamalkannya atau semua peringkat rantaian perniagaan ini perlu mengamalkannya?

Namun, seperti dihujahkan tadi, rantaian pengeluaran ini tidak dikua-sai sepenuhnya oleh peniaga Muslim.

Di peringkat pemborong, seba-hagian besarnya dikuasai bukan Muslim atas beberapa faktor, misal-nya kekuatan modal mereka, kemu-dahan kredit di antara mereka dan juga “kepercayaan” dalam kelompok- kelompok “guanxi” mereka (me- minjam analisis Seagrave).

Industri logistik dan jaringan pe-masaran juga sudah sekian lama di-kuasai oleh bukan Muslim. Peniaga Islam selalunya berada di bahagian hujung rantaian ini, sekadar peruncit yang mendapat margin untung yang paling kecil.

Apakah margin yang kecil mam-pu menguatkan ekonomi ummah seperti dihasratkan dalam kempen BMF? Katakan, akibat kempen terse-but, lebih ramai pengguna Muslim bergantung pada peruncit seagama dengannya, apakah cukup jumlah mereka ini mengayakan peniaga?

Dilema ini akan berpanjangan se-lagi rantaian pengeluaran ini tidak diatasi. Selagi peniaga Muslim hanya memasak nasi goreng di dapur tetapi kuali, bawang, senduk, sayur, bahan perisa, pinggan mangkuk dan kerusi meja dikuasai orang lain.

Menguasai semua bidang

Namun, bagaimana mungkin ran-taian ini dapat dihasilkan jika kempen

seumpama tidak mampu menumpu-kan perhatian pada soal-soal yang lebih utama dan asasi: dana, teknolo-gi, keusahawanan, kemahiran dan pembiayaan.

Mungkin, kita boleh kaitkan dile-ma-dilema utama kempen BMF ini dengan ucapan tajam Perdana Men-teri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kongres Maruah Melayu pada awal bulan ini.

“Saya percaya orang Melayu tidak kurang kebolehannya, mereka boleh buat segala-galanya dengan baik. Tetapi antara boleh buat dan hen-dak buat, terdapat perbezaan yang amat ketara.

“Mereka boleh buat, tetapi mere-ka tidak mahu buat, maka tidak ber-lakulah kerja itu. Sebab itu yang paling utama ialah kesanggu-pan kita, bertungkus lumus untuk memulihkan semula maruah kita menerusi pencapaian dalam semua bidang,” katanya.

Menguasai semua bidang agar tidak bergantung pada orang lain, pesan perdana menteri, asas men-jaga maruah bangsa. “... Sumpah itu hendaklah disusuli dengan kesang- gupan bekerja, mengambil balik kerja yang diberikan kepada orang lain,” pesan Dr Mahathir.

Jika BMF sekadar menggalak-kan pengguna akhir “berkorban” duit poket mereka, walau ada kala-nya lebih mahal, kempen ini hanya mengayakan usahawan-usahawan kecil Muslim. Sementara saudagar besar senang-lenang terus berniaga seperti biasa.

Suka atau tidak, dilema kempen ini menguji semua pendukungnya: Apakah Muslim ini bertindak bera- saskan keperluan strategik dengan rasional? Atau mereka hanya me-latah, terbakar sentimen dek kese- rabutan isu politik negara saat ini.

Gam

bar h

iasa

n

Di Asia Tenggara, bukan hanya ekonomi Malaysia dipacu oleh peniaga bukan Melayu. Ekonomi Indonesia, Thailand dan Filipina juga sudah puluhan tahun dikuasai etnik ‘Cinaseberang laut’

Page 17: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

18PBT

SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

KDEBWM urus sisa pepejal MBSA tahun depanOLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - KDEB Waste Management (KDEBWM) bakal mengambil alih perkhidmatan pengurusan sampah dan sisa pepe-jal di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), ber-mula 1 Januari tahun depan.

Ia selaras arahan Kerajaan Negeri supaya KDEBWM yang juga syarikat melalui pegangan saham Kumpu-lan Darul Ehsan itu mengambil alih pengurusan sisa pepejal di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT), termasuk MBSA.

Pengarah Urusannya, Ram-li Mohd Tahir berkata, proses pengambil alihan perkhidmatan pengurusan sampah itu akan dimuktamadkan menerusi per-

temuan yang bakal diadakan bersama pimpinan tertinggi PBT terbabit.

“Kita sudah membuat perse-diaan untuk pengambil alihan di PBT terakhir di Selangor yang ter-tangguh hampir setahun beriku-tan beberapa isu teknikal, namun kita kena terima hakikat Kerajaan Negeri memutuskan prosesnya di-jangka pada 1 Januari tahun hada-pan.

“Bagaimanapun, dengan pe- ngalaman kita di 11 PBT sebelum ini, kita akan menggunakan sebaik- nya dan membuat persiapan se-baiknya.

“Malah, kita juga sudah memi-liki data MBSA untuk olahan se-lain kelulusan pembelian lori baharu daripada agensi kera-

jaan termasuk pasukan KDEBWM ditempatkan ke MBSA,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka ditemui pemberita pada Kejo-hanan Bola Sepak Piala Pengarah Urusan KDEBWM 2019, di Stadi-um Rhino KV Arena, di sini pada 27 Oktober lalu.

Ditanya fokus pihaknya selepas proses pengambil alihan selesai di kesemua 12 PBT, Ramli berkata, pihaknya bercadang memperlu-askan program kitar semula ter-masuk menambah baik sistem sedia ada.

Katanya, KDEBWM bukan sa-haja mahu menerajui syarikat pengurusan sampah domestik di Selangor, bahkan berhasrat men-jadi syarikat terbesar dalam pe- ngurusan barang kitar semula.

“Ini kerana sampah di negeri ini untuk sehari adalah 7,000 tan (domestik) dan 3,000 tan (pukal), jadi sampah dikutip dalam tem-poh sehari sebanyak 10,000 tan. Jika dilupuskan di pusat pelupu-san, maka tiada nilai tambah yang akan diperolehi daripada sampah terbabit.

“Konsepnya ‘sampah ialah duit’ dan ‘sampah tidak kotor’, kalau boleh buat kitar semula sebagai sumber, saya percaya kita mampu mengumpul lima peratus bagi tu-juan kitar semula, seterusnya ber-jaya mengurangkan sisa sampah di Selangor,” katanya.

Ramli berkata, KDEBWM turut berhasrat membangunkan mo-del sistem bagi pengumpulan re-kod kutipan sampah kitar semula

di setiap PBT.“Setakat ini tiada PBT yang

mempunyai rekod kutipan ki-tar semula dan jika boleh guna-kan model berkenaan, kita mahu mulakan daripada kosong untuk mendapatkan jumlah kutipan.

“Jika Kerajaan Negeri beri ara-han dan peluang, kita akan beri usahasama kerana sampah di Se-langor tinggi dan tidak boleh dise-lesaikan dalam masa sehari atau kaedah pelupusan sistem lama.

“Pelbagai teknologi yang ada dengan melihat sistem dan teknik pelupusan sampah di negara luar seperti penghasilan diesel dari plastik serta tenaga dari sampah, malahan kita ingin lihat lebih dari itu untuk bantu Kerajaan Negeri,” katanya.

SHAH ALAM - Perpustakaan Anggerik Aranda Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini dibuka kepada orang awam secara rasminya pada 22 Oktober lalu.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim berkata, majlis perasmian itu diada-kan bersempena sambutan Hari Bandar Raya Shah Alam ke-19.

“Penubuhan perpustakaan ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada penduduk khususnya golongan pelajar dan kanak-kanak.

“Melalui inisiatif kerajaan negeri ini, kita dapat menggalakkan (mereka) untuk men-jadikan aktiviti membaca sebagai satu bu-daya dan memanfaatkan perpustakaan ini untuk memenuhi masa lapang,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Perasmian Perpustakaan Anggerik Aranda MBSA Seksyen 19, di sini.

Perpustakaan ini menyediakan per- khidmatan seperti sumber ilmu dan bahan bacaan, sudut komputer, wifi dan surau.

Antara pengisian aktiviti pada maj-lis perasmian adalah demonstrasi mena- nam pokok, pertandingan mewarna dan pertandingan menyusun LEGO.

Haris berkata, sebanyak 6,000 buku tempatan dan luar negara disediakan se-bagai bahan bacaan dan rujukan untuk pelbagai peringkat umur kepada pengun-jung perpustakaan.

“Bagi pengunjung yang berminat un-tuk mendapatkan keahlian perpustakaan, kadar yuran yang dikenakan untuk orang awam kategori dewasa (RM15), remaja (RM10), kanak-kanak (RM5) dan tiada yu-ran dikenakan kepada Golongan Kelainan Upaya (OKU).

“MBSA turut memberikan keahlian per-cuma kepada orang ramai sepanjang Ok-tober ini,” katanya.

Terdahulu, hadir sama, EXCO Pemba- ngunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rod-ziah Ismail.

Perpustakaan Anggerik Aranda Seksyen 19 kini dibuka

Dato’ Haris Kasim bergambar di ruang Perpustakaan Anggerik Aranda MBSA

SHAH ALAM - Seorang pemancing yang berjaya menaikkan ikan pacu seberat 13.54 kilogram diisytiharkan sebagai pemenang utama Pertandingan Memancing anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di Tasik Barat, Taman Tasik Shah Alam, di sini pada 19 Oktober lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubu- ngan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berka-ta, selaku pemenang utama, Ismail Muham-mad membawa pulang kereta model Axia bernilai RM34,000 termasuk wang tunai se-banyak RM2,000.

“Tempat kedua dimenangi Rosli Rosmin

dengan membawa pulang sebuah moto-sikal Honda RS150cc berserta wang tunai bernilai RM1,500, manakala Khairul Naem pula berjaya memenangi tempat ketiga, sekali gus membawa pulang sebuah Hon-da EX5 2019 berserta wang tunai RM1,000.

“Tempat ketiga sehingga ke-15 pula me-nerima wang tunai sebanyak RM200 setiap seorang,” katanya dalan kenyataan.

Kesemua hadiah disampaikan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Par-limen Shah Alam, Khalid Abdul Samad di- iringi Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim.

Tuah ikan pacu 13.54kg, pemancing bawa pulang Axia

Berpengalaman di 11 PBT

Page 18: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

19SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

PBTInformasiTerkinidi jari anda

Kedai makan, tandas bawah MBPJ bersihOLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA - Kira-kira 88 pemilik premis di sini menerima pengiktirafan Anugerah Premis Makanan dan Tandas Bersih 2019 daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Datuk Bandarnya, Mohd Sayuthi Bakar berkata, penganjuran anuge-rah itu diadakan sebagai insentif atas usaha yang dilakukan oleh pengusa-ha premis makanan dan penjagaan tandas awam.

Katanya, ia sebagai perangsang ke-pada setiap pengusaha lain mening-katkan tahap kebersihan di premis masing-masing.

“Dalam pada itu, penganjuran anugerah ini dapat meningkatkan jumlah premis makanan dan tandas bersih di kawasan pentadbiran MBPJ.

“Matlamat utama penganjuran anugerah ini adalah bertujuan un-

tuk mengiktiraf premis makanan dan tandas bersih yang mencapai krite-ria markah ‘A’ seperti yang ditetapkan oleh MBPJ,” katanya.

Sayuthi berkata, tahun ini, 70 da- ripada 1,098 premis makanan terpi-lih sebagai bersih manakala jumlah tandas awam yang terpilih adalah se-banyak 18 daripada 800 tandas awam.

“Dengan adanya program seperti ini, risiko kejadian kes keracunan makanan dan penyakit bawaan makanan dan mi-numan dapat dikurangkan.

“Laporan data daripada Kemente-rian Kesihatan Malaysia sehingga Mei 2019, kes keracunan makanan menun-jukkan peningkatan sebanyak 23.69 peratus iaitu 401 kes kepada 496 ber-banding tempoh sama pada tahun 2018.

“Perkara ini harus diberi perhatian serius semua pihak terlibat supaya mengambil langkah sepatutnya bagi

mengelakkan kes keracunan makanan ini daripada terus menjadi ancaman kepada kesihatan masyarakat,” kata- nya.

Anugerah premis makanan dan tandas bersih terbahagi kepada be-berapa kategori seperti kategori premis makanan kategori tandas, ka- tegori restoran berhawa dingin, ka- tegori restoran tidak berhawa dingin dan restoran 24 jam.

“Selain itu, kategori tandas Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Stesen Pengangkutan Awam dan Stesen Mi-nyak,” katanya.

Antara pemenang bagi kategori premis bersih seperti Nasi Kandar Original Penang, Nasi Kandar Nur Alif dan Nasi Ayam Alif.

Manakala, bagi kategori tandas bersih ialah Tandas Awam SS2, Taman Jaya dan Astaka serta Sekolah Mene-ngah (P) Sri Aman.

Enggan dapat permit, tiga pusat cuci kereta dirobohBATU CAVES - Keengganan pemilik mendapatkan permit sah akhirnya mema-kan diri apabila tiga buah pusat cuci kere-ta diroboh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam operasi khas bersepadu se-cara besar-besaran, di Kampung Melayu, di sini pada 24 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mo-hamad Zin Masoad berkata, aktiviti pe- robohan bermula pada 9.30 pagi itu dilaku-kan berikutan pihaknya mengesan terda- pat struktur pusat cuci kereta yang didiri-kan dan beroperasi tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Katanya, sebanyak enam notis dike-luarkan bagi tindakan penyitaan dan perobohan pusat cuci kereta mengikut Undang-Undang Kecil 3, Seksyen 46(1)(a).

“Operasi perniagaan yang dijalankan ia-lah di atas jalan awam di hadapan Tadika

Kemas tanpa mendapatkan kelulusan MPS.“Selain itu, kita menyita dan me-

robohkan pusat cuci kereta yang berope- rasi di bawah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan di hadapan rumah pam Bendahara termasuk di bawah pencawang TNB di tepi jalan utama Jalan Sungai Tua Batu 9,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad Zin berkata, dalam opera-si membabitkan seramai 20 anggota pe-nguat kuasa dan lima anggota daripada jabatan dalam MPS, pihaknya turut menyi-ta seunit tong kitar semula mengikut Sek-syen 46(1)d.

“Sitaan ini dilakukan mengikut kesala-han meletakkan tong kitar semula di bahu jalan di Jalan Selayang Mutiara yang dijadi-kan sebagai tempat membuang sampah.

“Operasi bersepadu ini akan dijalankan dari masa ke semasa,” katanya.

PeBT MPAJ juara sulung boling

Mohd Sayuthi Bakar menyampaikan anugerah tandas bersih kepada SMK (P) Sri Aman pada 22 Oktober lalu

Gam

bar o

leh

MBP

J

Muhamad Taufeq Shah Rawi menyampaikan hadiah kepada juara dalam Kejohanan Boling PeBT Sempe-na Hari Bandaraya Shah Alam pada 27 Oktober lalu

Sebuah daripada tiga pusat cuci kereta haram dirobohkan MPS pada 24 Oktober lalu

Foto oleh MPS

Fokus kurangkan kes keracunan makanan

SHAH ALAM - Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) muncul juara Kejo-hanan Boling PeBT Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sempena Hari Bandaraya Shah Alam Bersama PeBT Sel-angor yang berlangsung di Alam Lanes, AEON Mall Shah Alam pada 27 Oktober lalu.

Mengumpul 1,673 pin, mereka menewaskan pasukan Pegawai Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor di tempat kedua dengan 1,583 pin sementara tempat ketiga di-menangi pasukan Penyelaras PeBT MSN Selangor yang mengutip 1,492 pin.

Selaku juara, PeBT MPAJ membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 beserta piala manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM800 dan RM500 serta piala.

Hadiah disampaikan Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan dan Kewangan MSN Selangor, Muhamad Taufeq Shah Rawi sambil diiringi Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA, Khairol Shazwan Shamsaimon.

Secara keseluruhan, sebanyak 24 pasukan bertanding dalam kejohanan yang turut mendapat kerjasama MBSA dan MSN Selangor sempena ulangtahun Bandaraya Shah Alam ke-19.

Dalam pertandingan sama, CL Kent dari MBSA di- umumkan sebagai pemain lelaki terbaik dengan kutipan 461 pin manakala Manzumi Mohamad dari MSN Sela- ngor mengungguli kategori pemain wanita terbaik de-ngan mengumpul 449 pin.

Kedua-dua pemenang menerima hadiah berbentuk trofi dan wang tunai RM150.

Page 19: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

20Pendidikan

SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

SHAH ALAM - Program Food Bank Siswa akan diperluaskan ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mulai tahun depan ker-ana terdapat permintaan tinggi.

Ia susulan kejayaan program terbabit membantu pelajar dari keluarga berpenda- patan rendah di hampir 20 universiti awam (UA), kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Is-mail.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata, pihaknya menyasarkan program berkenaan akan di-wujudkan di 123 IPTS termasuk politeknik dan institut latihan guru di seluruh negara.

“Susulan kepada kejayaan Food Bank Sis-wa yang kami wujudkan sejak Ogos tahun lalu, saya ada terima banyak panggilan dari- pada IPTS yang mahu program ini diwujud-kan juga di institusi mereka bagi memban-tu pelajar.

“Malah kesudian Kementerian Kewangan menyalurkan peruntukan RM25 juta (pada pembentangan Belanjawan 2020) untuk pro-gram ini juga dilihat dapat membantu kami memperluaskan lagi sasaran penerima mu-lai tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pem- berita selepas melancarkan Food Bank Siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini pada 21 Oktober lalu.

Saifuddin Nasution berkata kementeri- annya akan menambah baik keperluan logis-tik bagi program berkenaan selain memba- ngunkan sistem servis supaya penyaluran bantuan makanan dapat direkod dan diselia dengan baik sejajar pertambahan jumlah IPT pada masa depan.

Katanya, UiTM adalah institusi pengajian tinggi ke-19 melancarkan Food Bank Siswa dan 1,000 pelajarnya akan menerima man-

faat itu menjadikan jumlah keseluruhan pela-jar UA yang menerima bantuan itu di seluruh negara setakat ini adalah 7,500 orang.

Mengulas laporan media bahawa terda- pat lambakan produk import memaparkan status halal meragukan, Saifuddin Nasution berkata bahagian penguatkuasaan kemen-teriannya akan meneliti terlebih dahulu me-mandangkan pihaknya menerima purata 2,500 aduan sebulan.

“Memang aspek penguatkuasaan bawah perihal dagangan dikawal selia oleh kemen-terian ini, namun kami ada sembilan saluran aduan. Kami akan teliti dulu daripada 2,500 aduan itu, adakah ia bersabit dengan status halal sesuatu produk.

“Selepas itu, kami akan bekerjasama de-ngan agensi lain yang turut terlibat dalam pengeluaran logo halal ini untuk tindakan selanjutnya,” katanya. - BERNAMA

Babit 123 institusi

Bank Makanan Siswa ke IPTS tahun depan

SHAH ALAM - Pasukan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membangunkan loji rintis industri sawit berkonsep sifar sisa bagi memastikan tidak berlakunya pencemaran air, tanah dan udara.

Ketua kumpulan penyelidik, Prof Ir Dr Mohd Sobri Takiff ber-kata, pihaknya yakin sisa kelapa sawit mempunyai potensi besar untuk menjadi sumber tenaga ba-haru khususnya dalam sektor per-tanian.

Katanya, impak inovasi itu dipercayai dapat meningkatkan hasil produktiviti minyak sawit ne-gara serta menjamin kemampanan masa depan industri berkenaan.

“Saya harap penyelidikan ini akan menjadi panduan kepada kilang-kilang kelapa sawit sedia

ada supaya mereka membuat pe-rubahan ke arah teknologi hijau yang neutral dan bebas sisa.

“Pada masa sama, kami turut berbangga kerana dapat berkong-si hasil penyelidikan ini yang di-lihat merupakan antara model terbaik dalam tadbir urus sisa pemprosesan minyak kelapa sa-wit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan ke Kompleks Loji Yayasan Sime Darby (YSD), Bestari Jaya.

Penyelidikan yang mendapat kerjasama YSD itu turut dibantu Prof Dr Jamaliah Md Jahim, Prof Madya Dr Mohd Shahbudin Mas-tar, Prof. Madya Dr Sahilah Abdul Mutalib dan Ir Dr Shuhaida Harun.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Penyelidikan

dan Inovasi, Prof Dato’ Ir Dr Ab-dul Wahab Mohammad berkata, penyelidikan yang dijalankan itu turut memfokuskan kepada peng-hasilan tenaga boleh diperbaharui dan pemerangkapan gas karbon dioksida.

Katanya, ia juga mampu meng-hasilkan baja organik dan kitar semula penggunaan air dari air kumbahan dan sisa pepejal yang terhasil dalam pemprosesan mi-nyak sawit.

“Kejayaan penyelidik UKM ini wajar diberikan penghormatan kerana bukan semua pihak mam-pu memikirkan penyelesaian yang paling bernas dalam menyelesai-kan masalah sisa buangan indus-tri sawit hingga menjejaskan alam sekitar,” katanya.

KUALA LUMPUR - Keberhasilan Pen-didikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bukan hanya terletak pada aspek sistem, malah memerlukan perubahan mentaliti dan kerjasama erat dengan in-dustri, kata Menteri Pendidikan, Dr Masz-lee Malik.

Beliau berkata, reformasi sistem pendidikan TVET di negara ini harus mencontohi dan meneroka sistem pendidikan sama di Jerman, kerana menurutnya gelombang revolusi perin-dustrian 4.0 (IR4.0) menuntut pembaha-ruan dalam perspektif serta cara berfikir, dan masyarakat Jerman dalam aspek ini pula adalah ’perfectionist’.

“Industri Jerman mahukan produk yang terbaik sahaja dan untuk memung-kinkan perkara ini, industrilah yang turun (bantu) ke institusi dan merangka sistem pendidikan TVET yang diperlukan. Kita sedang gigih menggerakkan segalanya, ke arah TVET berasaskan industri.

“…urus tadbir, sistem, keterlibatan in-dustri, kualiti dan penjenamaan, semua-nya sedang digerakkan,” katanya dalam ucaptama pada majlis Menandatangani Perjanjian Sekunder Program Kolabora-si Industri (ICP) di Bangsar South, di sini.

Di bawah program ICP, pemain in-dustri akan bekerjasama dengan bi-dang akademik untuk meningkatkan keupayaan penyelidikan dan teknolo-gi (R&T) serta pemindahan ilmu dari in-dustri ke IPT.

Pada majlis itu, enam Institut Pe- ngajian Tinggi (IPT) menerima geran penyelidikan dan geran biasiswa pasca siswazah dengan jumlah keseluruhan RM4 juta daripada beberapa pemain industri.

IPT berkenaan ialah Universiti Kua-la Lumpur (UniKL), Universiti Teknolo-gi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malay-sia (UPM), UniKL Malaysian of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET) dan Universiti Tuanku Abdul Rah-man (UTAR). – BERNAMA

Ubah mentaliti tingkat TVET

Penyelidik UKM bantu industri sawit sifar sisa

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

(dua, kanan) melancarkan

Food Bank Siswa Universiti Teknologi

Mara (UiTM) pada 21 Oktober lalu.

Foto BERNAMA

Page 20: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

21SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

31 Khamis 5:33 5:43 6:57 1:02 4:22 7:01 8:12 01 Jumaat 5:33 5:43 6:57 1:02 4:22 7:01 8:12 02 Sabtu 5:33 5:43 6:57 1:02 4:22 7:01 8:12 03 Ahad 5:33 5:43 6:57 1:02 4:23 7:00 8:12 04 Isnin 5:33 5:43 6:57 1:02 4:23 7:00 8:12 05 Selasa 5:33 5:43 6:57 1:02 4:23 7:00 8:12 06 Rabu 5:33 5:43 6:57 1:02 4:23 7:00 8:12

31 Khamis 5:30 5:40 6:55 1:00 4:19 6:58 8:09 01 Jumaat 5:30 5:40 6:55 1:00 4:20 6:58 8:09 02 Sabtu 5:30 5:40 6:55 1:00 4:20 6:58 8:09 03 Ahad 5:30 5:40 6:55 1:00 4:20 6:58 8:09 04 Isnin 5:30 5:40 6:55 1:00 4:20 6:58 8:09 05 Selasa 5:30 5:40 6:55 1:00 4:20 6:58 8:09 06 Rabu 5:30 5:40 6:55 1:00 4:20 6:58 8:09

31 Khamis 5:30 5:40 6:56 1:00 4:20 7:00 8:10 01 Jumaat 5:30 5:40 6:56 1:00 4:20 6:59 8:10 02 Sabtu 5:30 5:40 6:56 1:00 4:20 6:59 8:10 03 Ahad 5:30 5:40 6:56 1:00 4:20 6:59 8:10 04 Isnin 5:30 5:40 6:56 1:00 4:20 6:59 8:10 05 Selasa 5:30 5:40 6:56 1:00 4:21 6:59 8:10 06 Rabu 5:30 5:40 6:56 1:00 4:21 6:59 8:11

31 OKT - 6 NOV 20193 - 9 RABIULAWAL1441

PARIT BUNTAR - Pelaksanaan sepenuhnya dasar Rahmatan lil Alamin dalam pentadbiran kera-jaan dijangka dapatkan dilakukan pada tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata semua proses untuk melaksanakan dasar terba- bit telah diambil termasuk men- dapatkan persetujuan serta per- kenan daripada Mesyuarat Maj-lis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam pada 14 Mac lalu serta Me- syuarat Majlis Raja-Raja, Jun lalu.

“Semua kementerian juga telah setuju, ia telah dibahaskan dan semua memberikan maklum ba-las positif, jadi ini bermakna dasar ini akan dipakai, saya ada ruang untuk sampaikan dasar ini untuk mengisi pentadbiran Islam dalam negara.

“Kita ada peruntukan RM10 juta untuk melaksanakan promosi dan taklimat serta pembudayaan

Maqasid Syariah dan Rahmatan lil Alamin,” katanya kepada pembe- rita selepas merasmikan sambu-tan 100 tahun Sekolah Kebang-saan Tebing Tinggi, Selama, pada 26 Oktober lalu.

Pada 25 Oktober lalu, Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Bun-tar berkata, kertas pelaksanaan dasar pentadbiran Islam baharu melalui pendekatan Rahmah su-dah dipersetujui dan mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Men-teri. - BERNAMA

Dasar Rahmatan lil Alamin

Dapat lampu hijau

KUANTAN - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa mengambil berat dakwaan ber-lakunya salah laku oleh pega- wainya dalam proses pemberian pensijilan halal, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Men-teri, Fuziah Salleh.

Katanya, permintaannya sebe-lum ini supaya pihak yang mem-buat dakwaan berkenaan supaya menyertakan bukti tidak bermak-na tiada sebarang siasatan dibuat berkenaan perkara itu.

“Dalam JAKIM, kita sedang lak-sanakan siasatan dan kita tidak akan berkompromi sekiranya ada berlaku salah laku dari segi proses pensijilan itu

“Sesiapa saja boleh datang memberi maklumat dan kita akan melindungi identiti ‘whistle blower’ itu kerana kita amat ambil berat integriti JAKIM,” katanya ke-pada kepada pemberita pada si-dang media selepas merasmikan Ekspo Rahmah 3R, di sini pada 26 Oktober lalu.

Beliau mengulas artikel terbaru oleh oleh Murray Hunter di laman web Asia Sentinel pada 25 Okto-

ber lalu bertajuk ‘Jakim’s Halal Cri-sis Deepens’ yang menurutnya mendakwa JAKIM tidak bersung-guh-sungguh menyiasat salah laku itu dan pemberi maklumat (whistle blower) tidak berani un-tuk memberi maklumat berkaitan perkara berkenaan.

Pada 13 Oktober lalu, Ahli Par-limen Kuantan itu dilaporkan mengingatkan pihak yang mem-buat dakwaan itu untuk segera mengemukakan bukti kepada JAKIM yang telah bersedia untuk

mengambil tindakan undang- undang, sekiranya perlu.

Beliau turut mempersoalkan integriti laman web yang mener-bitkan artikel itu kerana menurut-nya, pejabat Asia Sentinel di Kanada dan Hong Kong telah di-tutup.

Mengenai penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP), beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PAKATAN) Pahang ber-kata, 542 MPKKP dengan 7,046 ahli akan menjalankan tugas ber-mula 1 Januari 2020 di negeri ini.

Beliau berkata, dengan pe-nubuhan MPKKP ini, Majlis Pe- ngurusan Komuniti Kampung (MPKK) negeri tidak lagi akan di-biayai Kerajaan Persekutuan dan terserah kepada kepada Kerajaan Negeri untuk meneruskan akti- vitinya.

Katanya, PAKATAN pada asas-nya tidak mahu menubuhkan MPKKP kerana ia boleh meme- cahbelahkan masyarakat di akar umbi tetapi tidak dapat menge-lakkanya kerana MPKK negeri ter-libat dalam politik. - BERNAMA

SHAH ALAM - Kejohanan Golf Amal YIDE 2019 edisi ketiga bagi mengum-pul dana untuk disumbangkan kepa-da golongan memerlukan berjaya memperoleh RM400,000.

Kejohanan berlangsung pada 19 Oktober lalu di Bukit Kemuning Golf & Country Resort itu bertepatan de-ngan fokus utama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang berperanan sebagai agensi khidmat bantuan kebajikan masyarakt Islam di Selangor.

Pengerusinya, Dato’ Bakhtiar Huss-in berkata, sumbangan dana itu mem-babitkan Central Sugar Refinery Sdn Bhd (RM140,000) dan Perbadanan Ke-majuan Negeri Selangor (PKNS) yang

menyumbang RM50,000.Katanya, ia diikuti Sipro Plastic In-

dustries Sdn Bhd (RM30,000) dan Pe-merbadanan Menteri Besar Selangor berjumlah RM20,000.

“YIDE turut menerima sumbangan RM10,000 daripada 10 syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan dan ber-harap ia dapat dianjurkan setiap tahun.

“Kutipan dana ini akan digunakan untuk membantu yayasan melaksa- nakan aktiviti kebajikan yang sudah dirancang terutama bagi memban-tu mangsa ditimpa musibah seperti kebakaran dan banjir,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Bakhtiar berharap

orang ramai boleh menyumbang un-tuk meningkatkan dana, khususnya bagi pembinaan rumah anak yatim di Pulau Indah yang dijangka bermu-la tahun hadapan.

“Setiap anak syarikat Kerajaan Negeri dan swasta ada peruntukan tanggung-jawab sosial korporat. Jadi, amat diha- rapkan ia boleh disumbang kepada YIDE yang diberi kuasa untuk memban-tu mereka yang memerlukan,” katanya.

Kejohanan itu disertai seramai 128 pemain golf terdiri daripada kakita- ngan dan pengurusan anak syarikat Kerajaan Negeri, syarikat swasta, pema-ju hartanah, anak syarikat Majlis Aga-ma Islam Selangor serta orang awam.

Golf Amal YIDE kumpul RM400,000

JAKIM siasat aduan salah laku pemberian sijil halal

Dr Mujahid Yusof Fuziah Salleh

Page 21: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

OLEH ALIFF HAIKAL

SHAH ALAM - Kerajaan Nege-ri memperuntukkan dana lebih RM1 juta untuk bantuan pendidi-kan dan penjagaan anak-anak is-timewa atau orang kelainan upaya (OKU) di Selangor.

EXCO Tetap Kesihatan, Kebaji-kan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Mariah Mahmud ber-kata, program ini adalah inisiatif kerajaan negeri untuk memban-tu keluarga atau penjaga kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.

Menurutnya, penerima bantu-an itu bagaimanapun hanya mem-babitkan anak-anak istimewa yang

berdaftar dengan Jabatan Kebaji-kan Masyarakat (JKM).

“Menerusi Program Penajaan Yuran Pendidikan Anak Istimewa Selangor (Didik AnIS), Kerajaan Negeri memperuntukkan bantu-an kewangan RM540,000.

“Setiap orang anak istimewa ini menerima bantuan untuk pen-didikan RM200 sebulan atau ber-samaan dengan RM2,400 untuk setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis serahan bantuan Didik Anis dan Bantuan Khas Anis di Foyer SUK, Bangunan Sultan Salahud-din Abdul Aziz Shah (SSAAS), di sini pada 24 Oktober lalu.

Turut hadir Ahli Dewan Negeri

(ADN) Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADN Dusun Tua, Faizal Yusof.

Pada majlis sama, katanya, se-banyak 14 Pusat Intervensi Awal yang menjaga kanak-kanak OKU turut menerima bantuan yang diperuntukkan Kerajaan Negeri RM500,000.

“Menerusi Bantuan Khas AnIS ini, setiap OKU yang dihantar ke Pusat Intervensi Awal akan mene- rima bantuan RM5,000 setahun.

“Penerima bantuan ini juga mesti dalam kalangan mereka yang mempunyai kad OKU yang dikeluarkan JKM,” katanya.

Terdahulu, seramai 36 golo- ngan OKU menerima Bantuan Khas AnIS.

Dr Siti Mariah Mahmud bergambar pada majlis serahan Didik AnIS dan Bantuan Khas AnIS di Foyer SUK, Bangunan SSAAS, Shah Alam pada 24 Oktober lalu

Penajaan Yuran Pendidikan Anak Istimewa Selangor

Kurangkan beban keluarga OKU

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menjalankan kajian lanjut berhubung tahap dan indeks ke-berkesanan Program Mikrokre-dit terhadap pemberdayaan ibu tunggal di Selangor.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Ke- luarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, pendekatan itu diam-bil sebagai penyelesaian kepada kekurangan program berkenaan.

“Inisiatif program mikrokre-dit dalam membasmi kemiskinan adalah amat dikenali dunia sele-pas diasaskan Prof Muhammad Yunus menerusi model Bank Grameen bagi mengatasi masa-lah kemiskinan.

“Banyak cadangan dan sara- nan untuk ditambahbaik mel-alui program terbabit, mala-han kita bersetuju bahawa ini bukanlah kajian pertama dan kita akan memanjang-kan kajian berhubung keper- luan ibu tunggal.

“Kita juga akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah mereka secara menyeluruh da-lam mengeluarkan mereka dari-pada kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-pada pemberita pada Pemben-tangan Hasil Penyelidikan dan Perbincangan Meja Bulat Pro-gram Mikrokredit, di Bilik Mesyu-arat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di sini, pada 25 Oktober lalu.

Pembentangan di bawah kelo-laan Institut Wanita Berdaya (IWB) bersama Pusat Penguru-san Penyelidikan (RMC) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) itu turut diser-tai Ketua Pegawai Eksekutif IWB, Siti Kamariah Ahmad Subki dan Pengerusi IWB merangkap Ahli

Dewan Negeri (ADN) Bukit Mela- wati, Juwairiya Zulkifli.

Terdahulu, hasil dapatan uta-ma melalui kajian itu menun-jukkan majoriti ibu tunggal iaitu kira-kira 69.9 peratus yang mempunyai bilangan isi rumah satu hingga empat orang berjaya meningkatkan purata pendapa-tan mereka sebanyak 19 peratus selepas menyertai skim terbabit.

Malah, majoriti ibu tunggal menunjukkan kesedaran tinggi untuk memberi pendidikan kepa-da anak-anak seawal enam tahun.

Siti Mariah berkata, Kerajaan Negeri memperkenalkan skim mikrokredit Hijrah Selangor pada 2010 di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang antara lain bertujuan meningkatkan dan memperkasa ekonomi golongan pertengahan.

Katanya, hampir 70 peratus penerima skim berkenaan terdi-ri daripada golongan wanita dan ibu tunggal.

“Kita perlu mengumpul data serta maklumat yang ada dan dari situ kita akan merangka langkah seterusnya. Jadi, saya bercadang untuk mengadakan satu program ‘townhall’ bersama ibu tunggal dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Mariah yang juga ADN Seri Serdang berkata, pihaknya juga akan menubuhkan sistem ‘mentor-ing’ dan program jaringan bagi peminjam mikrokredit, khusus-nya golongan ibu tunggal.

“Sistem ini sangat diperlu-kan memandangkan pemberian dana sahaja tidak cukup untuk mengeluarkan mereka daripada kemiskinan dan kita perlu mem-perluaskan lagi pembabitan Ker-ajaan Negeri dalam membantu ibu tunggal ini,” katanya.

PUCHONG - Kerusi roda bermo-tor yang diterima menjadi hadiah paling bermakna bagi penghidap penyakit “hydrocephalus” atau kepala besar, Muhammad Helmi Firdaus Abdul Halid, 22, selepas berdepan kesukaran berdiri dan berjalan ekoran penyakit kronik itu sejak kecil.

Kerusi roda berkenaan disum-bangkan Pemerbadanan Mente-ri Besar (MBI) Selangor menerusi Bisnes Amal MBI di rumahnya di Pangsapuri Enggang, Bandar Kin-rara 6 di sini pada 22 Oktober lalu.

Ketua Pegawai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali berkata, kerusi roda elektrik yang dilengkapi in-dikator tahap kelajuan dan bateri disumbangkan bagi memudahkan pergerakan anak bongsu daripa-da tiga beradik itu menjalani rutin

Penghidap ‘hydrocephalus’ terima kerusi roda bermotor

Skim mikrokredit bantu ibu tunggal

harian.“Ini antara salah satu pendeka-

tan CSR MBI dalam menyantuni golongan memerlukan. Kepu-tusan membekalkan kerusi roda elektrik kerana ia lebih efisien dan

sesuai untuk kegunaan hariannya.“Dia (Helmi) bukan sahaja duduk

di rumah, tetapi sebenarnya per-lu berulang alik ke tempat kerja di Puchong Perdana.

“Walaupun Orang Kelainan

Upaya (OKU), tetapi dia tidak per-nah berputus asa dengan ujian ini, sebaliknya terus bekerja keras demi menyara kehidupan kakak dan ibunya,” katanya.

Sumbangan diserahkan Ahli De-wan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dan turut dihadiri Pegawai Kordinator Program Yayasan Hydro-cephalus Negara, Nur Iman Rusdi.

Pada masa sama, MBI turut menghulurkan sumbangan wang tunai berjumlah RM3,000 kepada ibu pemuda terbabit, Hasazila Mohamed Hashim, 46, yang men-derita penyakit buah pinggang dan jantung.

Sementara itu, Helmi yang mesra disapa sebagai Amy me- ngakui terharu atas keprihatinan MBI menyumbangkan kerusi roda berkenaan memandangkan dia sudah lama menantikan bantuan

seumpama itu.“Saya tidak tahu untuk balas

macam mana, sebaliknya hanya mampu berdoa semoga Allah SWT murahkan rezeki penyumbang,” katanya yang sebelum ini pernah bergerak menggunakan papan luncur.

Bagaimanapun, Amy yang kini bekerja secara kontrak sebagai pen-jaga dan pencuci tandas awam se-jak empat tahun lalu berkata, dia tidak pernah menganggap status OKU sebagai halangan untuk beker-ja demi menyara kehidupan meng-gunakan wang hasil titik peluh.

Pembaca yang ingin menyum-bang boleh menghubungi Hasazi-la Mohamed Hashim di talian 011 6194 7550 atau melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1013129000075371 Muhammad Helmi Firdaus.

Muhammad Helmi Firdaus mencuba kerusi roda bermotor sum-bangan MBI di Pangsapuri Enggang, Puchong pada 22 Oktober lalu

Page 22: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

23SelangorKini 31 Oktober - 6 November 2019

SukanInformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA KUBU BHARU - Kayuhan King Of Mountain Gen-S Hulu Selangor kem-bali dianjurkan tahun ini selepas kali terakhir dilangsungkan 2017.

Disertai hampir 250 peserta, kayuhan sejauh 40 kilometer ini bermula di pe-kan Kuala Kubu Bharu ke Menara Jam Bukit Fraser.

Sebanyak sembilan kategori diper- tandingkan membabitkan Road Bike dan Mountain Bike serta tiga stesen air.

EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal In-san, Mohd Khairuddin Othman berkata, Kerajaan Negeri memberikan sokongan kepada semua penganjuran sukan ber-basikal dalam usaha memupuk budaya hidup sihat khususnya sempena pro-gram Bulan Sukan Negara.

“Kerajaan Negeri menyokong penuh penganjuran sukan berbasikal tamba-han kita akan menganjurkan Tour de Selangor 2019 bermula Disember ini.

“Saya amat berbangga melihat kesungguhan dan semangat peserta pada pagi ini,” katanya di sini pada 26 Oktober lalu.

Mohd Khairuddin berkata, per- tandingan ini juga turut mempromosi-kan daerah Hulu Selangor sebagai hab

King Of Mountain Gen-S Hulu Selangor kembali

250 peserta tawan Bukit Fraser

sukan lasak dan pelancongan sempena Ta-hun Melawat Malaysia 2020.

Kayuhan anjuran Penggerak Belia Tem-patan (PeBT) Hulu Selangor dan Majlis Dae-rah Hulu Selangor (MDHS) ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM16,500.

Pada 2017, Kayuhan King Of Moun-

tain Gen-S Hulu Selangor men-catatkan penyertaan terting-gi seramai 1,500 peserta membabitkan peserta tempatan dan antara-bangsa.

Mohd Khairuddin Othman menyempurnakan pelepasan kayuhan King of Mountain Gen-S Majlis Daerah Hulu Selangor 2019 pada 26 Oktober lalu

SHAH ALAM - Cekap menga- daptasi setiap situasi dalam masa singkat membantu pasukan Yoo-do Gank menjuarai PlayerUn-known’s Battlegrounds (PUBG) Mobile pada Kejohanan Selangor Cyber Games (SCG) edisi keenam yang melabuhkan tirai pada 25 Oktober lalu.

Beraksi cemerlang di hadapan ribuan penonton menerusi pan-caran skrin layar di tengah-te- ngah pusat beli-belah Central I-City di sini, Yoodo Gank men- catatkan secara keseluruhan sebanyak 203 mata dengan 68 mata bunuh dan dua kali Menang Menang Ayam Makan Malam (WWCD).

Ia sekali gus mengenepikan pencabar terdekat, Last Sur-vived R2K yang sekadar meraih 191 mata, 67 pembunuhan dan sekali WWCD pada pusingan ke-16 yang bermain secara perspek-tif orang ketiga (TPP) itu.

Kemenangan terbabit me- layakkan Yoodo Gank yang di-anggotai Aiman Amirul Mohd Sahid, Mohd Zulfadli Abdul Rahman, Abdul Azim Ikram dan Mohd Hafizuddin Baharudin un-tuk membawa pulang ‘habuan’ wang tunai RM40,000 berserta

PUTRAJAYA - Kejayaan Azizulhasni Awang merangkul emas acara pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Korea Selatan pada 21 Oktober lalu memberi gambaran ba-hawa tidak mustahil untuk beliau merealisasikan impian pingat emas pertama Malaysia di pentas Olimpik Tokyo 2020.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, me- nyifatkan jaguh trek negara berusia 31 tahun itu sebagai seorang berji-wa kental dan mempunyai semangat juang tinggi.

Beliau berkata atlet kelahiran Dun-gun, Terengganu itu memang ada-lah antara prospek pingat di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas merangkul gangsa pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

“Azizul ini seorang yang sangat fokus, saya rasa dia mampu mel-akukan sesuatu di Olimpik tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Persatuan Bad-minton Masters Malaysia (MMBA)

di sini.Pelumba yang terkenal

dengan gelaran ‘The Po- cket Rocketman’ itu me-

newaskan pelumba Jepun, Yuta Waki-moto 2-1 pada fi-

nal Velodrom Pusat Latihan Kebangsaan

Jingcheon. - BER-NAMA

piala pusingan.Selaku Naib Juara, Last Sur-

vived R2K pula menerima hadiah wang tunai RM20,000, manaka-la NED Brotherhood (ketiga) dan Aka ESports Alpha (keempat) masing-masing memperoleh se-banyak RM10,000 dan RM8,000.

Hadiah kemenangan disam-paikan Ahli Parlimen Shah Alam merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Sa-mad dan Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Gene-

rasi Muda Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Jestin Raj.

Dikerumuni wartawan sebaik perlawanan itu, Aiman Amirul berkata, selaku ketua kepada pasukan yang baharu ditubuhkan awal tahun ini, beliau berbangga kerana sekali lagi berjaya menem-pa kejayaan dalam kategori per-mainan sama di negara ini.

Katanya, kemenangan itu menjadi pembakar semangat kepada pasukannya untuk menampilkan aksi lebih cekap

Pasukan Yoodo Gank meraikan kemenangan selepas diumum-kan juara keseluruhan pertandingan PUBG Mobile dalam Selangor Cyber Games 2019 di Central i-City pada 27 Oktober lalu

Prospek emas Azizulhasni

banyak tiga kali sebelum ini. Atas faktor ini juga kami dapat men-juarai kejohanan ini,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 16 skuad terdiri daripada empat peserta bagi setiap pasukan berentap dalam permainan itu dengan menggunakan dua peta iaitu Erangel dan Miramar.

Sebelum ini, Yoodo Gank dikenali sebagai pasukan Gank FTY, namun selepas kejayaan mengungguli PMNC di Vanity Atrium, Sunway Velocity Mall tahun lalu, pasukan terbabit mendapat langganan percuma plan Yoodo selama setahun.

SCG 2019 berlangsung selama dua hari mulai 26 hingga 27 Ok-tober yang menyaksikan pemain e-sukan dari seluruh Malaysia ber- aksi bagi merebut hadiah wang tunai terkumpul RM215,000 me-nerusi empat kategori permainan iaitu PUBG Mobile, Dota 2, FIFA 20 dan Tekken 7.

Acara tahunan ini mendapat kerjasama hebat, MSNS, Majlis Bandaraya Shah Alam, Persatu-an E-Sukan Selangor, Pengge- rak Belia Tempatan, Mineski Event Team Malaysia, Big Machi-nez, TM Unifi dan Tencent selaku penerbit permainan.

dan tersusun di Grand Final PUBG Mobile National Championship (PMNC) Bangkok, Thailand, pada 2 hingga 3 November ini.

“Kami akan berangkat ke Bangkok, Thailand dalam mem-persiapkan diri menghadapi saingan di kejohanan itu dan ber-harap dapat lakukan yang terbaik bagi kategori yang sama (PUBG Mobile).

“Mungkin kami ada banyak pengalaman kerana sudah ber-main untuk mewakili Malaysia se-

Yoodo Gank muncul wira PUBG Mobile

Page 23: Jadikan Deepavali Masjid Negeri cipta Kasut 'rare' buka ... · Teks ucapan penuh Belanja- wan Selangor 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang itu ber-mula jam 5 petang pada hari

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Pendekatan awal diambil Kerajaan Negeri bagi menyemarakkan industri sukan elektronik (e-sukan) berbaloi apabila sukan berkenaan diikti-raf sebagai acara yang bakal dipertandingkan pada temasya Sukan SEA 2019 Filipina dan Su-kan Malaysia (SUKMA) Johor 2020.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, perkara itu dibukti- kan menerusi penganjuran Sela- ngor Cyber Games (SCG) bermula sejak 2014 dan menjadi jenama disegani dalam kalangan peng-giat e-sukan di negara ini.

Katanya, saban tahun industri e-sukan semakin berkembang bu-kan sahaja daripada segi pemain, tetapi pelaburan dan peluang ker-jaya sepenuh masa untuk anak muda, khasnya di Selangor.

“Kita bangga dengan pelabu-ran yang mula dibuat pada 2014, malahan kini e-sukan berkem-bang sangat besar dan sebaha-gian daripada bakat yang dike-san atau memenangi SCG sudah mewakili serta mengharumkan nama negara.

“Ini adalah satu imej kepada kita memandangkan Selangor yang sebenarnya memulakan bi-dang e-sukan dan ini (e-sukan) masa hadapan yang sangat cerah untuk generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka ditemui Media Selangor pada Majlis Perasmian SCG 2019, di pu-sat beli-belah Central i-City, pada 26 Oktober lalu.

Turut hadir, EXCO Generasi Muda & Sukan dan Pembangu-nan Modal Insan, Mohd Khairud-din Othman; Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi dan Pengarah Ekseku-tif Majlis Sukan Negeri Selangor

SHAH ALAM - Edisi kedua Tour de Selangor 2019 (TDS 2019) me-nerima tajaan berjumlah RM1.5 juta dengan penyertaan hampir 120 peserta daripada 20 pasu-kan terkemuka di rantau Asia dan tempatan.

Majlis Penyerahan Tajaan TDS 2019 yang berlangsung di Hotel Concorde di sini disem-purnakan EXCO Pembangu-nan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman.

Mohd Khairuddin dalam uca-pannya berkata, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penganju-

ran itu demi pembangunan sukan berbasikal di Selangor dan ber-harap kerjasama serta komit-men semua pihak dapat dikekalkan pada masa akan datang.

“Penganjuran TDS 2019 adalah menifestasi usaha Kerajaan Negeri demi meningkatkan prestasi kece-

merlangan atlet berbasikal, se-kali gus melahirkan lebih ramai

bakat baharu yang akan mengharum-

kan nama Se- langor dan Ma-laysia amnya ke peringkat lebih tinggi.

“Saya yakin kejohanan ini

akan meneruskan momentum sebagai

satu kejohanan yang mampu merancakkan pem-

bangunan sukan berbasikal di samping menjadi landasan ter-

baik kepada atlet muda menguji keupayaan dan prestasi mereka,” katanya.

TDS 2019 akan berlangsung bermula 18 sehingga 22 Disem-ber ini membabitkan sembilan daerah di Selangor termasuk Pulau Indah, Cyberjaya, Subang, Selayang dan Shah Alam de-ngan jarak keseluruhan 716 kilo-meter.

Kesemua pelumba bakal mengharungi lima peringkat perlumbaan demi merebut jer-si kemenangan iaitu Juara Ke- seluruhan, Raja Pecut, Raja Bukit dan Pelumba Muda Terbaik.

Kejohanan dwitahunan itu dianjurkan Majlis Sukan Negeri Selangor dengan objektif per-lumbaan untuk mengundang lebih banyak pasukan profesion-al kompetitif dan terkemuka Ke-satuan Berbasikal Antarabang-sa (UCI) bagi berentap dengan pasukan kebangsaaan, negeri dan kelab.

Selain itu, ia juga akan men-jadi landasan untuk menarik pelaburan dari sektor swasta di Selangor yang akan digunakan bagi membangunkan sukan pelancongan dan kemudahan di negeri ini.

Kini dipertandingkan dalam Sukan SEA

(MSNS), Adi Faizal Ahmad Tarmizi.Hadir sama, Naib Presiden Tel-

ekom Malaysia (TM) Selangor, Dato’ Zuraidah Mohd Said; Ketua Pegawai Eksekutif Mineski Event Team (MET), Kenchi Yap dan Ketua Pegawai Operasi Central i-City, Anthony Dylan.

Amirudin berkata, penganju-ran SCG menjengah edisi keenam itu jelas membuktikan Kerajaan Negeri serius dalam memban-gunkan industri e-sukan, selain mencungkil bakat pemain ber-

potensi yang mampu diketen-gahkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Melihat kepada perkemban-gan itu, katanya, pihaknya ber-sedia menawarkan pertandingan seumpama itu di peringkat an-tarabangsa pada tahun hadapan.

“Penyertaan kali ini sangat baik dengan secara keseluruhan-nya terdapat lebih 3,000 peserta sejak daripada proses saringan pusingan awal yang dianjurkan secara dalam talian.

“Malah, saya gembira dengan perkembangan ini kerana ia da-pat memberi peluang terbaik ke-pada bakat yang sudah berlatih dalam kejohanan kecil mahupun pertandingan sesama mereka (pemain) di pusat siber kafe,” ka-tanya.

Terdahulu, SCG 2019 ber-langsung selama dua hari mulai 26 hingga 27 Oktober dengan menyaksikan pemain e-sukan dari seluruh Malaysia beraksi bagi merebut hadiah wang tunai

terkumpul RM215,000 menerusi empat kategori acara.

Empat acara ditawarkan anta- ranya Dota 2, PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile, Fifa 20 dan Tekken 7.

Acara tahunan ini mendapat kerjasama hebat MSNS, MET, Big Machinez, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Persatuan E-Su-kan Selangor (ESS), Penggerak Belia Tempatan (PeBT), TM Unifi dan Tencent selaku penerbit per-mainan.

120 pelumba basikal berentap di Tour de Selangor

Perasmian Selangor Cyber Games 2019 oleh Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari di Central i-City Shah Alam pada 26 Oktober lalu

Berbaloi angkat e-sukan