· pdf file0 # ˜/ "˘˛˘, ˛ˆ ˜˘ ... sesungguhnya ilmu dan tunjuk ajar...
TRANSCRIPT
������������ ��������
���������� �������������������������������������������������
��������������������������� ����� �� � �������!�������"����� ����� ��������#������ � ����� ��������������������������������������������� ��������������������������������������������� ���������$� ���$�������������� ���������%� �$�������������������������$�������� ��������������������������%��$&��'�� (� ������)��*�������#�&����(��+���,���������*���������(�����������'����
�� #�����������������-��-���,����)��*�������#�&����(��+���,�����.� #���/�"���,����)��*�������#�&����(��+���,��������������(��������&��$�-������������-��-����
���������$�����,��0� #���/�"���,�����������(��������&��$�-�����������������������$� ���$��1$���(�����
��������2������� �",���
�
������������������������� ������������� � � � ���������� ����������������� ����������
����������������������� � ����� ����������
��!��������� � � � � � !������
����� ��� 3� %����������������2456%!75#�/����87�#8%2#7!9�-����������$��'���������������������������(���:������'����-���� ��� �������������$���� ��������,����������$������
�����������������������
�� �������� 2�������� $���� ������� ������������ �� ��� ���� 4���$���� ��$�����$�����.�3� � ��
���������� � 2��������������$�� �����������������-�$���� �",��������(���:������'�����������$��'��� ����3�
����������� %��(����������,�����������"��-�"����� ������������-����$$�����������1���
03 APRIL 1977
ARIFFIN BIN BASSERANY
ANALISIS PROFIL PENGAMBILAN PELAJAR DANKEBOLEHPASARAN GRADUAN PROGRAM SARJANAMUDA KEJURUTERAAN (MEKANIKAL-INDUSTRI) DI UTM
2012/2013-II
X
770403-01-6623 DR. KHADIJAH BT DAUD
25 JUN 2013 25 JUN 2013
i
ANALISIS PROFIL PENGAMBILAN PELAJAR DAN
KEBOLEHPASARAN GRADUAN
PROGRAM SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (MEKANIKAL-INDUSTRI)
DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ARIFFIN BIN BASSERANY
Laporan Kajian Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan Ijazah
Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JUN 2013
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………
Nama Penulis : Ariffin Bin Basserany
Tarikh : 25 Jun 2013
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang
Tesis ini saya dedikasikan kepada:
Isteri tersayang, Norad’ha binti Awang
Anak-anakku yang dikasihi Siti Nurafiqah binti Ariffin dan
Muhammad Izz Wafiq bin Ariffin
Ayahanda Basserany bin Mohd. Salleh dan bonda Esah binti Suno
Adik beradikku kakak, ujang, is dan mamat dan tidak lupa keluarga mertuaku
Kawan-kawan yang sentiasa membantu
Terima kasih ku ucapkan padamu atas sokongan yang diberi padaku..
Terima kasih sentiasa di sisi ketika diperlukan..
Semoga segala sokongan, dorongan dan doa kalian terus menjadi semangat untukku
terus berjaya pada masa-masa akan datang..AMIN..
iv
PENGHARGAAN
Syukur padaMu Ya ALLAH kerana dengan izin dan ketentuanMu dapat saya
menyelesaikan kajian ini sebagai memenuhi penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan). Dengan ikhlasnya, penghargaan tidak
terhingga buat penyelia saya Prof. Dr. Mohd. Salleh bin Abu dan Dr. Khadijah bt Daud
yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang tempoh pelasanaan kajian
ini. Nasihat dan teguran yang diberikan amat dihargai dan memotivasikan saya untuk
terus berusaha sehingga menyelesaikan kajian ini.
Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada semua pensyarah Fakuti
Pendidikan terutamanya program MPA yang telah mencurahkan ilmu dan bimbingan
yang tidak ternilai. Sesungguhnya ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan akan saya jadikan
panduan dalam kerjaya dan kehidupan saya pada masa-masa akan datang.
Terima kasih juga ditujukan kepada pihak pengurusan UTM terutamanya Pejabat
Pendaftar yang memberikan kebenaran dan kesempatan untuk saya melanjutkan
pelajaran. Penghargaan khas ditujukan kepada Hjh Najmah bt Shamsuddin kerana sudi
memberikan saya peluang menikmati ‘udara’ bergelar mahasiswa dan menimba ilmu
baru. Terima kasih kepada rakan-rakan di BPA, CICT, PSZ dan seluruh warga UTM
serta rakan persekuliahan di atas bantuan yang diberikan sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam pelaksanaan kajian ini. Semoga Allah sahaja yang dapat
membalasnya. Amin Ya Rabbal A’lamin..
v
ABSTRAK
Dalam ekonomi pesat membangun seperti Malaysia, keperluan tenaga kerja
terutamanya dalam bidang sains dan teknologi perlu ditingkatkan bagi mengekalkan
ekonomi dan mampu bersaing di peringkat global. Menyedari hakikat itu, kerajaan
melalui intitusi pengajian tinggi awam terus berusaha untuk meningkatkan bilangan
enrolmen pelajar bagi memenuhi keperluan tersebut. Namun, kebelakangan ini terdapat
institusi pengajian tinggi awam yang bertindak untuk mengawal enrolmen pelajar
prasiswazah melalui langkah rasionalisasi dengan alasan memenuhi tuntutan sebuah
universiti bertaraf penyelidikan. Program yang dilihat tidak berdaya maju dan memenuhi
kriteria ‘marketable’ akan dimansuhkan penawarannya. Adakah pelaksanaan
rasionalisasi program ini teruatamanya langkah pengurangan pengambilan pelajar
prasiswazah telah dilaksanakan dengan berkesan dan tepat? Trend ini mendapat reaksi
berbeza daripada pelbagai pihak dan ini sangat merisaukan kerana ia dijangka boleh
menjejaskan pengeluaran graduan dalam bidang sains dan teknologi. Jika ia berlaku,
perkara ini dikhuatiri akan menjejaskan pengeluaran tenaga kerja mahir dalam sektor
berkenaan lalu memberi impak negatif kepada pelabur asing. Bertitik tolak dari
permasalahan inilah, kajian dibuat bertujuan untuk menganalisis secara kuantitatif
kualiti pengambilan dan pencapaian pelajar serta kebolehpasaran graduan yang
berkemungkinan sebagai faktor penyumbang kepada penutupan sesuatu program.
Analisis dijalankan terhadap data pelajar dan graduan program Sarjana Muda
Kejuruteraan Mekanikal (Industri) untuk tiga kohort iaitu dari sesi 20062007 hingga
20082009. Keputusan menunjukkan min PNGK masuk semakin merosot setiap tahun
bergitu juga dengan kualiti permohonan pelajar semasa membuat pemilihan program.
Namun begitu, kualiti pencapaian graduan dalam Kajian Pengesanan Graduan
mendapati 64.10% telah bekerja dan 87% telah mendapat pekerjaan dalam tempoh tiga
bulan setelah menamatkan pengajian.
vi
ABSTRACT
Rapid economic growth enjoyed by Malaysia has increased the demand for
expert in science and technology to sustain and maintain competitiveness globally.
Knowing the important to address the issue, the government continuously put on effort
to increase the student enrollment to fulfill the demand. On the other hand, there are
some institution of higher learning begin to rationalises the number of undergraduate
student enrollment in order to fulfill the Research University requirement. The
uncompetitive programs and not marketable is close from the program. The question
raise up is whether the rationalize step is implemented effectively? There are mix
reactions from various stakeholders on this current trend. It is worried the number of
graduates in science and technology will decrease. From this point of view this study is
to analyze quantitatively quality of student intake, achivement and marketablity that
contribute significantly to close from the program. The data analyzed from three cohort
intake with the period of 20062007 session until 20082009 from The Bachelor degree of
Mechanical Engineering (Industry). The result shows that the mean of CGPA
depreciated yearly and it is correlated with the quality of student intake. Nevertheless,
the quality achievement of the graduans in the Tracer Study profoundly that 64.10%
employed and 87% employed within three months upon graduation.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
KANDUNGAN vii-xii
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 9
1.4 Persoalan Kajian 10
1.5 Kepentingan dan Rasional Kajian 11
1.6 Skop dan Batasan Kajian 13
1.7 Definisi Istilah 14
1.7.1 Pencapaian akademik 15
viii
1.7.2 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 15
1.7.3 Program Prasiswazah 15
1.7.4 Program Pasca Siswazah 15
1.7.5 Pengambilan Pelajar 15
1.7.6 Program 15
1.7.7 Sesi akademik 15
1.7.8 Kursus 15
1.8 Kesimpulan 16
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Konsep Institusi Pengajian Tinggi Melahirkan
Modal Insan 18
2.3 Konsep dan Kepentingan Pengambilan
Pelajar Berkualiti 19
2.4 Konsep dan Kepentingan Kebolehpasaran Graduan 22
2.5 Kepentingan Graduan Kejuruteraan kepada Sektor
Pembuatan Negara 24
2.6 Kajian Berkaitan Konflik Program Prasiswazah
(Rasionalisasi Program) 25
2.7 Kajian-kajian Lepas 26
2.7.1 Kajian Dalam Negara 27
2.7.2 Kajian Luar Negara 29
2.8 Kesimpulan 29
ix
BAB III METADOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Populasi dan Sample Kajian 31
3.4 Instrumen Kajian 33
3.4.1 Kaedah Pengumpulan Data 32
3.4.2 Prosedur Kajian 38
3.4.3 Variabel Kajian 40
3.4.4 Analisa Data 44
3.5 Penutup
BAB IV ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan 45
4.2 Latar Belakang/Profil Pelajar 47
4.3 Analisis Dapatan Kajian 50
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1(a) 51
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 1(b) 54
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 1(c) 55
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 1 (d) 58
4.3.5 Dapatan Persoalan Kajian 2 (a) 64
4.3.6 Dapatan Persoalan Kajian 2 (b) 67
4.3.7 Dapatan Persoalan Kajian 2 (c) 73
4.3.8 Dapatan Persoalan Kajian 2 (d) 76
4.3.9 Dapatan Persoalan Kajian 2 (e) 79
4.3.10 Dapatan Persoalan Kajian 2 (f) 82
4.4 Penutup 85
x
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 86
5.2 Rumusan Kajian 87
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 89
5.3.1 Taburan Pelajar Mengikut Kohort Kemasukan 90
5.3.2 Profil kualiti pengambilan pelajar baru mengikut
program Kejuruteraan Mekanikal (Industri)
dari perspektif pilihan program mengikut
keutamaan pilihan semasa
permohonan kemasukan 91
5.3.3 Profil kualiti pengambilan pelajar baru mengikut
program Kejuruteraan Mekanikal (Industri) dari
perspektif Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
Masuk dari segi Min, PNGK Masuk Minimum
dan Maksimum 92
5.3.4 Profil kualiti pengambilan pelajar baru mengikut
program Kejuruteraan Mekanikal (Industri) dari
perspektif pencapaian akademik pelajar berasaskan
range Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
semasa kemasukan mengikut kohort kemasukan 93
5.3.5 Profil kualiti pengambilan pelajar baru mengikut
program Kejuruteraan Mekanikal (Industri) dari
perspektif pencapaian akademik pelajar antara
Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Masuk dan
xi
Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akhir 94
5.3.6 Profil kualiti graduan yang mengikuti program
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri)
dari segi status pekerjaan graduan 95
5.3.7 Profil kualiti graduan yang mengikuti program
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri)
mengikut skor range Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) Akhir dan status pekerjaan graduan 96
5.3.8 Profil kualiti graduan yang mengikuti program
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri)
dari perspektif tempoh lama graduan menunggu
untuk mendapatkan pekerjaan pertama
selepas menamatkan pengajian mengikut
kohort kemasukan 97
5.3.9 Profil kualiti graduan yang mengikuti program
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri)
dari perspektif tempoh lama menunggu untuk
mendapatkan pekerjaan pertama bagi graduan
yang bekerja mengikut skor range Purata
Nilai Gred Kumulatif (PNGK) akhir 98
5.3.10 Profil kualiti graduan yang mengikuti program
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri)
dari perspektif skor range Purata Nilai Gred
Kumulatif (PNGK) dan skala gaji yang
diterima bagi graduan yang telah bekerja 99
xii
5.3.11 Profil kualiti graduan yang mengikuti program
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri)
dari perspektif skor range Purata Nilai Gred
Kumulatif (PNGK) Akhir dan Kesesuaian
Bidang Kerja 100
5.4 Implikasi Dapatan Kajian 100
5.5 Cadangan 102
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 103
5.7 Penutup 104
BIBLIOGRAFI 105
LAMPIRAN 110
xiii
SENARAI RAJAH
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Rajah 4.1 Taburan Pelajar Mengikut Kohort 50
Kemasukan dan Jantina
Rajah 4.2 Taburan Responden Mengikut Kohort
Kemasukan dan Pilihan Permohonan Pelajar 53
Rajah 4.3 Taburan Responden Mengikut Kohort
Kemasukan dan Klasifikasi Range
PNGK Masuk 57
Rajah 4.4 Scatter Plot PNGK Masuk dan PNGK Akhir 60
Rajah 4.5 Status pekerjaan graduan mengikut kohort
Kemasukan 66
Rajah 4.6 Status pekerjaan graduan mengikut range
PNGK Akhir. 69
xiv
Rajah 4.7 Taburan status pekerjaan apabila tamat
pengajian mengikut range PNGK akhir 70
Rajah 4.8 Bilangan Taburan Mengikut Tempoh Lama
Menunggu untuk Mendapatkan Pekerjaan
Pertama bagi Graduan yang Bekerja
Mengikut Kohort Kemasukan 75
Rajah 4.9 Bilangan Taburan Mengikut Tempoh Lama
Menunggu Untuk Mendapatkan Pekerjaan
Pertama Bagi Graduan Yang Bekerja
Mengikut PNGK Akhir 78
Rajah 4.10 Bilangan Taburan Mengikut Pandapatan
Bulanan Graduan Mengikut Range
PNGK Akhir 81
Rajah 4.11 Taburan Sejauhmanakah Bidang Pengajian
Membantu Dalam Dunia Pekerjaan Semasa
Mengikuti Pengajian berbanding Range
PNGK Akhir 84
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 3.1 Bilangan Populasi Mengikut Kohort
Kemasukan 33
Jadual 3.2 Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) bagi
STPM dan Matrikulasi 35
Jadual 3.3 Hubungan Markah, Gred dan Nilai 37
Jadual 3.4 Statistik Deskriptif yang digunakan
bagi Analisis Kajian. 43
Jadual 4.1 Taburan Pelajar Mengikut Kohort Kemasukan 48
Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Kohort
Kemasukan dan Jantina 49
xvi
Jadual 4.3 Kualiti pengambilan pelajar baru mengikut
Program Sarjana Muda Kejuruteraan
Mekanikal (Industri) dari perspektif pilihan
program mengikut keutamaan pilihan
semasa permohonan kemasukan 52
Jadual 4.4 Min, PNGK Masuk Minimum dan Maksimum 54
Jadual 4.5 Klasifikasi Range PNGK Masuk mengikut
Kohort Kemasukan 56
Jadual 4.6 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Masuk
dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
Akhir Keseluruhan. 58
Jadual 4.7 Kekuatan Nilai Pekali Korelasi 59
Jadual 4.8 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Masuk
dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
Akhir bagi Kohort Kemasukan 200620071 61
Jadual 4.9 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Masuk
dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
Akhir bagi Kohort Kemasukan 200720081 62
Jadual 4.10 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
Masuk dan Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) Akhir bagi Kohort Kemasukan
200820091 63
xvii
Jadual 4.11 Peratus dan Bilangan Taburan Mengikut
Status Pekerjaan Graduan bagi Kohort
Kemasukan 200720071, 200720081
dan 200820091 65
Jadual 4.12 Peratus dan Bilangan Taburan Mengikut
Status Pekerjaan Graduan bagi Kohort
Kemasukan 200720071, 200720081
dan 200820091 68
Jadual 4.13 Peratus dan Bilangan Taburan Mengikut
Tempoh Lama Menunggu untuk Mendapatkan
Pekerjaan Pertama bagi Graduan yang Bekerja
Mengikut Kohort Kemasukan 74
Jadual 4.14 Peratus dan Bilangan Taburan Mengikut
Tempoh Lama Menunggu untuk Mendapatkan
Pekerjaan Pertama bagi Graduan yang Bekerja
Mengikut skor range Purata Nilai Gred
Kumulatif (PNGK) Akhir 77
Jadual 4.15 Peratus dan Taburan Mengikut Pendapatan
Bulanan Graduan Mengikut range PNGK Akhir 80
Jadual 4.16 Peratus dan Taburan Sejauh manakah Bidang
Pengajian Membantu dalam Dunia Pekerjaan
Semasa mengikut range PNGK Akhir 83
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Kebenaran Mendapatkan Data 110
xix
SENARAI SINGKATAN
KPT - Kementerian Pengajian Tinggi
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPT - Institusi Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan
RU - Research University (Universiti Penyelidikan)
PSPTN - Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah sebuah Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia yang berjaya melahirkan ramai graduan
dalam bidang sains dan teknologi. Ini sejajar dengan falsafah UTM iaitu hukum Allah
adalah dasar kepada sains dan teknologi. Maka UTM berusaha secara menyeluruh dan
bersepadu memperkembangkan kecemerlangan sains dan teknologi untuk kesejahteraan
dan kemakmuran sejagat sesuai dengan kehendakNya.
2
Sejarah perkembangan UTM yang unik bermula dari sebuah sekolah teknik
pada tahun 1904 yang dikenali sebagai Sekolah Teknik Trecher yang bertujuan untuk
melahirkan tenaga kerja yang mempunyai pengetahuan dalam bidang teknikal bagi
pembangunan ekonomi tanah Melayu.
Seterusnya UTM dinaiktaraf menjadi Maktab Teknik pada 1942 dan selepas
merdeka kerajaan telah menjadikan Maktab Teknik sebagai institusi pendidikan dan
latihan profesional dalam bidang kejuruteraan awam, mekanikal, elektrik dan radio,
ukur, seni bina bangunan, ukur bahan dan kursus khas kejuruteraan automobil. Pada
tahun 14 Mac 1972, kerajaan telah mengistiharkan penubuhan Institusi Teknologi
Kebangsaan (ITK) dan terus berkembang pesat dan namanya ditukar kepada Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) pada 1 April 1975. Selari dengan perkembangan
penubuhannya, UTM telah merencana pelbagai strategi untuk menjadi salah sebuah
universiti tempatan terbaik.
Tanggal 10 Jun 2010, UTM telah diumumkan sebagai Universiti Penyelidikan
ketika pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Kini peranan UTM
tidak hanya melahirkan graduan dalam bidang sains dan kejuruteraan tetapi turut
membantu menyediakan ekosistem intelektual yang boleh memperkayakan kreativiti dan
inovasi melalui aktiviti penyelidikan. Salah satu langkah yang perlu diambil seperti yang
tertakluk dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) adalah UTM perlu
mengurangkan pengambilan pelajar prasiswazah dengan nisbah terbaik bagi
menggiatkan penyelidikan pascasiswazah dan pasca kedoktoran.
Perkara ini juga telah dinyatakan dalam ucapan Amanat Tahun Baharu 2012
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin bertajuk
“Berfikiran Global Bertindak Lokal” iaitu
“Dalam konteks yang lebih luas, program pra-siswazah khususnya untuk
semua IPTA perlu dijajarkan semula dengan matlamat dan peranan penubuhannya.
3
Untuk Universiti Penyelidikan (RU) umpamanya, perlu ada usaha yang berterusan
untuk mengurangkan jumlah program dan pelajar yang mengikutinya. Ini perlu
dilakukan dengan memberi pertimbangan kepada nisbah terbaik pelajar pra-siswazah
dan siswazah, memikirkan program yang releven dan menjadi pembekal (feeder) kepada
program pasca-siswazah yang mendokong tujuhan penyelidikan. Dalam konteks ini
Universiti Penyelidikan perlu menentukan starategi bagaimana untuk menarik minat
pelajarnya untuk terus menyambung pengajian ke peringkat pascasiswazah dan berhenti
di tahap ijazah pertama sahaja.” ("Teks Penuh Amanat Tahun Baru 2012," 2012)
Hal ini menyebabkan UTM telah mengkaji keberkesanan program sarjana
muda sebagai langkah pengurangan pengambilan pelajar prasiswazah dan
memperhebatkan pengambilan pelajar pascasiswazah. Naib Canselor UTM melalui
Buku Perutusan Tahun Baru 2012 menyatakan “sekurang-kurangnya lima aspek perlu
dikurangkan untuk menjayakan Blue Ocean Strategy, iaitu mengurangkan enrolmen
mahasiswa Sarjana Muda daripada 12,955 orang pada tahun 2011 kepada 8,000 orang
pada tahun 2020..” Menurut beliau lagi, “UTM akan mengurangkan jumlah
pengambilan penuntut ijazah pertama, menggabungkan kursus dan menumpukan
kepada penghasilan penuntut terbaik” (Zaini Ujang, 2012). UTM juga mensasarkan
penambahan penuntut pasca siswazah sehingga 70 peratus dan mereka akan
menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi. Pengurangan pengambilan penuntut itu
akan dijalankan secara berperingkat dengan jumlah akhir keseluruhan mereka pada
tahun 2020 adalah sebanyak 2,000 orang”.
Perkara ini juga turut berlaku hampir di semua Universiti Penyelidikan dalam
memenuhi tuntutan menyemarakkan aktiviti penyelidikan. Menurut Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), “UKM akan meningkatkan pengambilan
pelajar siswazah berbanding prasiswazah untuk ijazah pertama kepada nisbah 50:50
menjelang tahun 2015. Ini sejajar dengan kedudukan UKM sebagai Universiti
Penyelidikan. Menurut beliau lagi, “Dalam usahanya memenuhi hasrat itu,
pengambilan prasiswazah tahun ini akan dikurangkan 10 peratus iaitu seramai 3635
4
pelajar berbanding tahun lalu” (Shahfizal Musa, 2010). Ianya juga berlaku di Universiti
Malaya sebagai sebuah universiti tertua di Malaysia di mana Pendaftar Universiti
Malaya melalui akhbar Utusan menyatakan “UM telah mengambil inisiatif untuk
mengurangkan kemasukan pelajar ijazah dasar (sarjana muda) dan menambah
bilangan pelajar ijazah tinggi secara berperingkat mulai sesi 2007/2008” (Norilah
Salam, 2011).
Apabila isu pengurangan pengambilan pelajar diketengahkan, ini bermakna
Universiti Penyelidikan perlu mengambil langkah merasionalisasikan program pra
siswazah sedia ada supaya bersesuaian dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi
yang digariskan supaya memberi penekanan kepada aktiviti penyelidikan. Universiti
penyelidikan juga perlu melihat keberkesanan program prasiswazah yang releven untuk
menjadi pembekal (feeder) kepada program pascasiswazah. Bertitik tolak daripada itu,
UTM perlu menyediakan pelajar prasiswazah yang berkualiti bukan sahaja dapat
meneruskan pengajian mereka ke peringkat pascasiswazah tetapi juga sebagai pembekal
tenaga kerja produktif untuk memenuhi tuntutan sektor pekerjaan dan pembangunan
negara.
Tambahan lagi, bagi memastikan keberkesanan sesuatu program, kajian
mengenainya perlu dilakukan. Kajian dari segi kesesuaian kriteria pengambilan dan
pemilihan pelajar, kandungan kursus, kebolehpasaran graduan dan keperluan tenga kerja
negara perlu dibuat dari semasa kesemasa dengan tujuan memantapkan penghasilan
graduan seiring dengan tuntutan semasa.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Kerajaan juga telah melancarkan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang
berperanan membantu para siswazah mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan
kelayakan. Skim ini di mana siswazah tidak mendapat kerja dalam tempoh enam bulan
selepas tamat pengajian berpeluang menerima latihan dengan syarikat-syarikat milik
kerajaan (GLC) selama setahun. Selain didedahkan dengan kemahiran seperti soft skills,
siswazah berkenaan juga turut menerima latihan dalam kerja dan dibantu untuk mencari
kerja tetap selepas tamat latihan (Utusan Malaysia, 2011). Adakah graduan yang
dihasilkan tidak berkualiti dari segi pencapaian akademik dan kekurangan ‘soft skills’
dalam memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan? Bagi melahirkan output (graduan) yang
berkualiti secara asasnya memerlukan input yang terbaik iaitu dari sudut pengambilan
dan pemilihan pelajar.
Kajian yang dibuat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (2011)
berkenaan persepsi dan minat pelajar matrikulasi terhadap program pengajian
kejuruteraan di UKM mendapati hanya 34.27 peratus pelajar matrikulasi yang ingin
mengikuti program pengajian kejuruteraan (Norbahihah Misran, et al., 2011). Kajian ini
dibuat bertujuan untuk melihat kesan pengambilan pelajar yang rendah boleh
mempengaruhi prestasi akademik pelajar kerana pelajar terpaksa mengikuti program
pengajian yang ditawarkan. Perkara ini wujud kerana pelajar yang terpilih dan
ditawarkan tidak benar-benar meletakkan program tersebut dalam pilihan utama mereka.
Tambahan lagi, kajian oleh Hafizah Husain, Norbahiah Misran, Norhana
Arshad, wan Mimi Diyana Wan Zaki, & Sarifah Nurhanum Syed Sahuri (2011) bertajuk
“Analisis Kuantitatif Pencapaian Akademik Pelajar JKEES” mendapati pencapaian
pelajar JKEES merosot walaupun tidak ada kolerasi yang signifikan antara PNGK
masuk dan PNGK akhir namun keperluan memiliki pelajar yang terbaik sangat penting
dalam melahirkan graduan yang berkualiti (Hafizah Husain, Norbahiah Misran, Norhana
6
Arshad, wan Mimi Diyana Wan Zaki, & Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, 2011a).
Perkara ini ditekankan oleh Naib Canselor UTM melalui teks ucapannya semasa Majlis
Konvokesyen ke-47, bagi sesi akademik 2011/2012, di mana kemasukan mahasiswa
baru adalah di luar jangkaan dari segi kualiti dan kuantiti ambilan. Menurut beliau,
purata ambilan meningkat kepada PNGK 3.47 pada sesi 2011/2012 berbanding 3.28
(Sesi 2010/2011) dan 3.18 (Sesi 2009/2010) dan 3.11(Sesi 2008/2009). Beliau
menjangkakan menjelang 2010, purata ambilan terus melonjak kepada PNGK 4.00.
Sehubungan itu, kajian melihat dari sudut kualiti pengambilan dan graduan
yang dikeluarkan khususnya bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-
Industri) atau ringkasnya SMI. Kebelakangan ini dilihat wujud kemerosotan dari segi
kualiti pelajar masuk bagi Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Industri)
(SMI) di bawah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Bagi sesi akademik 2010/2011
didapati min PNGK masuk pelajar adalah 3.07 (kategori lepasan STPM/setaraf) dan
terendah dalam kalangan program-program lain kejuruteraan. Kajian juga menunjukkan
penurunan min PNGK masuk berbanding sesi sebelumnya iaitu 3.17 (Sumber data
UTM). Implikasinya, mulai sesi 2011/2012, pihak UTM telah memutuskan untuk tidak
menawarkan pengambilan pelajar bagi program berkenaan.
Penutupan program ini dilihat memberi implikasi secara langsung dan tidak
langsung antaranya kepada peluang lepasan STPM/setaraf melanjutkan pelajaran ke
UTM. Namun begitu, adakah kualiti pengambilan pelajar memainkan peranan penting
dalam menghasilkan graduan yang berkualiti? Selain itu, adakah graduan yang
dihasilkan dapat menepati piawaian atau kehendak pasaran pekerjaan? Kajian melihat
perkaitan antara kualiti pengambilan dengan kualiti graduan yang dihasilkan dan
kemampuannya memenuhi tuntutan kebolehpasaran graduan sepertimana yang
ditetapkan oleh KPT. Tambahan lagi, kajian juga melihat sama ada penutupan program
ini memberi kesan kepada bekalan (feeder) program pasca siswazah dan industri
pembuatan negara amnya. Hal ini menjadi motivasi kepada pengkaji untuk melihat
secara terperinci persoalan berkenaan dan diharapkan dapatan kajian membantu
7
universiti dalam menentukan dasar berkaitan dengan pengambilan pelajar dan
keberkesanan sesuatu program.
Memang tidak dinafikan eleman kebolehpasaaran graduan penting dan ianya
menjadi salah satu agenda kritikal Kementerian Pengajian Tinggi yang perlu dilihat
semua institusi pengajian tinggi. Perkara ini telah digariskan dalam PSPTN yang
meletakkan kebolehpasaran graduan sebagai agenda kritikal yang perlu dilaksanakan
dan mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 75 peratus graduan
memperoleh pekerjaan yang sesuai dengan kelayakannya dalam tempoh 6 bulan setelah
menamatkan pengajian. Kajian melihat kualiti graduan yang dikeluarkan dalam
memenuhi kriteria di atas dan kesinambungan graduan yang dikeluarkan sama ada
menjadi penyumbang kepada program pascasiswazah. Ini juga selaras dengan hasrat
KPT supaya Universiti Penyelidikan memberi penekanan kepada program yang releven
dan menjadi pembekal (feeder) kepada program pascasiswazah. Kepekaan KPT dalam
memberi penekanan terhadap kebolehpasaran graduan ini terserlah melalui kebenaran
kepada IPTA mewujudkan jawatan pegawai kerjaya bagi membantu kesepadanan
graduan dengan pasaran kerja, tinjauan pasaran kerja serta memantau dan menilai kualiti
graduan dan IPT dari segi pasaran (PSPTN).
Oleh itu, keperluan mengekalkan program yang dilihat memberi sumbangan
bukan sahaja kepada pembekal (feeder) kepada program pascasiswazah tetapi keperluan
pekerjaan sektor berkenaan pada masa hadapan perlu diberi perhatian. Perkara ini
dijelaskan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor di mana negara
memerlukan jurutera seramai 82,000 orang untuk menjadi negara maju pada tahun 2020
(Azizan Inche Harun, 2012). Penambahan kemasukan pelajar dalam bidang kritikal ini
selari dengan hasrat kerajaan untuk mencapai ratio antara jurutera dan penduduk
sebanyak 1:100 setaraf dengan negara maju.
Menurut beliau lagi, mahasiswa yang melanjutkan pelajaran dalam bidang
kejuruteraan mempunyai masa depan yang cerah kerana banyak projek besar
8
dilaksanakan oleh kerajaan atau swasta seperti projek petroleum dan gas di Pengerang,
Johor, pembinaan projek MRT dan LRT dan sebagainya.Terdapat beberapa kajian yang
telah dijalankan berkenaan keperluan tenaga buruh dalam sektor pembuatan. Kajian
yang dibuat oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM mendapati guna tenaga yang
diperlukan sektor pembuatan pada tahun 2015 adalah pada kadar pertumbahan 5.8
peratus. Mengikut kajian perbandingan guna tenaga mahir, separa mahir dan kurang
mahir mendapati sub sektor peralatan domestik, pembuatan radio, televisyen dan lain-
lain serta pembuatan tenusu memerlukan guna tenaga mahir yang paling ramai.
Penekanan yang lebih diperlukan kepada sektor pembuatan kerana sektor ini memainkan
peranan penting serta memberikan sumbangan kepada pendapatan negara dan
pertumbuhan ekonomi (Habibah bt Ahmad, Poo bee Tin, & Ishak Yussof, 2012).
Namun, adakah langkah mengurangkan pengambilan pelajar terutamanya
dalam bidang sains dan teknologi akan menyebabkan penawaran graduan bagi
menampung tenaga kerja sektor pembuatan menjadi terhad? Jika ia berlaku, perkara ini
dikhuatiri akan menjejaskan pengeluaran tenaga kerja mahir dalam sektor berkenaan lalu
memberi impak negatif kepada pelabur asing. Bertitik tolak dari permasalahan inilah,
kajian perlu dibuat bagi memastikan pengeluaran graduan tidak terjejas bagi
menampung keperluan tenaga kerja negara di masa hadapan.
9
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah:-
1.3.1 Mengenalpasti profil kualiti pengambilan pelajar baru mengikut
program Kejuruteraan Mekanikal (Industri) dari perspektif:
a. pilihan program mengikut keutamaan pilihan semasa
permohonan kemasukan
b. pencapaian akademik pelajar berasaskan Purata Nilai Gred
Kumulatif (PNGK) semasa kemasukan iaitu min, PNGK
masuk minimum dan maksimum
c. pencapaian akademik pelajar berasaskan range Purata
Nilai Gred Kumulatif (PNGK) semasa kemasukan
d. pencapaian akademik pelajar antara Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) Masuk dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
Akhir
1.3.2 Mengenalpasti profil kualiti graduan yang mengikuti program
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri) dari perspektif:
a. status pekerjaan graduan semasa menamatkan pengajian
b. status pekerjaan graduan berdasarkan pencapaian skor
range Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akhir
10
c. tempoh lama graduan menunggu untuk mendapatkan
pekerjaan pertama selepas menamatkan pengajian
mengikut kohort kemasukan
d. tempoh lama menunggu untuk mendapatkan pekerjaan
pertama bagi graduan yang bekerja mengikut skor range
Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) akhir
e. skala gaji yang diterima bagi graduan yang telah bekerja
mengikut skor range Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
akhir
f. kesesuaian bidang kerja mengikut skor range Purata Nilai
Gred Kumulatif (PNGK) akhir
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini ialah:-
1.4.1 Apakah profil kualiti pengambilan pelajar baru mengikut
program Kejuruteraan Mekanikal (Industri) dari perspektif:
a. pilihan program mengikut keutamaan pilihan semasa
permohonan kemasukan
11
b. pencapaian akademik pelajar berasaskan Purata Nilai Gred
Kumulatif (PNGK) semasa kemasukan iaitu min, PNGK
masuk minimum dan maksimum
c. pencapaian akademik pelajar berasaskan range Purata
Nilai Gred Kumulatif (PNGK) semasa kemasukan
d. pencapaian akademik pelajar antara Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) Masuk dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
Akhir
1.4.2 Apakah profil kualiti graduan yang mengikuti program Sarjana
Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri) dari perspektif:
a. status pekerjaan graduan semasa menamatkan pengajian
b. status pekerjaan graduan berdasarkan pencapaian skor
range Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akhir
c. tempoh lama graduan menunggu untuk mendapatkan
pekerjaan pertama selepas menamatkan pengajian
mengikut kohort kemasukan
d. tempoh lama menunggu untuk mendapatkan pekerjaan
pertama bagi graduan yang bekerja mengikut skor range
Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) akhir
e. skala gaji yang diterima bagi graduan yang telah bekerja
mengikut skor range Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
akhir
12
f. kesesuaian bidang kerja mengikut skor range Purata Nilai
Gred Kumulatif (PNGK) akhir
1.5 Kepentingan dan Rasional Kajian
Kepentingan dan rasional kajian ialah:
a. memberi satu maklum balas kepada pelbagai pihak terutamanya IPT dan
KPT dalam merangka dan menentukan dasar berkaitan dengan
pengambilan pelajar dan keberkesanan sesuatu program
b. menyumbangkan idea-idea mengenai konsep pelaksanaan rasionalisasi
program bagi memenuhi tuntutan sebagai Universiti Penyelidikan dengan
mengambil program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri)
sebagai populasi dan sampel kajian dan seterusnya boleh dikembangkan
kepada program-program lain
c. memberi panduan kepada IPT dalam menilai semula peranannya sebagai
penyedia tenaga kerja bidang sains dan teknologi negara serta
sumbanganya kepada sektor pembuatan
d. kajian ini juga sangat berguna sebagai koleksi bahan bacaan ilmiah yang
boleh dijadikan rujukan kepada pengkaji lain berkaitan dengan kepentingan
kualiti pengambilan dalam melahirkan modal insan (graduan) yang
berkualiti bagi memenuhi kehendak sektor pekerjaan
13
1.6 Skop dan Batasan Kajian
Skop kajian dalam pengkajian ini ialah
i. Kajian ini merupakan satu kajian secara tinjauan yang merupakan
salah satu jenis reka bentuk bukan eksperimen (non-experimental).
Populasi kajian diambil dari data permohonan pengambilan pelajar,
keputusan peperiksaan dan kajian pengesanan graduan yang mengikuti
program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri), Fakuti
Kejuruteraan Mekanikal, UTM bagi kohort sesi 2006/2007 sehingga
2008/2009 (3 kohort pengambilan). Oleh itu, kajian ini hanya sesuai
digunapakai kepada pelajar-pelajar berkenaan dan boleh
dikembangkan kepada program-program lain.
ii. Pengambilan pelajar
Kajian menfokuskan kepada calon kategori STPM/setaraf (Lepasan
STPM, Matrikulasi & Asasi)
iii. Kualiti pengambilan
Markah akademik yang diambil kira adalah berdasarkan kriteria yang
ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia iaitu
Markah = (PNGK*90)/4.00 Akademik
iv. Kualiti graduan
Kualiti graduan yang diambil kira adalah berdasarkan PNGK akhir
semasa menamatkan pengajian.
14
v. Kebolehpasaran (Employability)
Kebolehpasaran graduan merujuk KPT adalah kebolehdapatan
pekerjaan graduan yang dikeluarkan oleh IPT dengan sasaran yang
ditetapkan adalah sekurang-kurangnya 75 peratus graduan memperoleh
pekerjaan yang sesuai dengan kelayakannya dalam tempoh 6 bulan
setelah menamatkan pengajian.
vi. Sumber Data
Kajian ini menggunakan data skunder yang diperolehi dari Unit
Kemasukan dan Rekod, Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat
Pendaftar, UTM.
1.7 Definisi Istilah
Dalam kajian ini terdapat pelbagai istilah yang digunakan. Beberapa istilah
penting yang dibincangkan dalam pengkajian ini iaitu:
1.7.1 Pencapaian akademik
Pencapaian akademik bermaksud pencapaian dalam kursus (mata
pelajaran) yang diambil semasa mengikuti program Sarjana Muda
Kejuruteraan (Mekanikal-Industri) di UTM. Tahap pencapaian ini
berdasarkan kepada Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)
setiap pelajar.
15
1.7.2 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
Purata mata nilai gred yang diperolehi oleh pelajar bagi semua
semester yang telah diikuti.
1.7.3 Program Prasiswazah
Program pengajian peringkat diploma dan sarjana muda
1.7.4 Program Pascasiswazah
Program pengajian peringkat sarjana dan ijazah doktor falsafah
1.7.5 Pengambilan Pelajar
Pengambilan pelajar ke IPTA diuruskan oleh Bahagian
Pengurusan Kemasukan Pelajar, JPT (BPKP, JPT) bagi
kemasukan ke semua IPTA di Malaysia. Bahagian ini dikenali
sebagai Unit Pusat Universiti pada awal 1970an hingga 10
Oktober 1995 sebelum dinaik taraf kepada BPKP, JPT. Badan ini
bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras kemasukan
pelajar ke IPTA.
1.7.6 Program
Bidang pengajian yang diluluskan oleh universiti sebagai program
akademik untuk tujuan penganugerahan
1.7.7 Sesi Akademik
Sesi Akademik Universiti mengandungi dua semester lazim dan
cuti akhir semester
1.7.8 Kursus
Komponen kurikulum program yang mempunyai kod tersendiri
16
1.8 Kesimpulan
Oleh itu, dapatlah dirumuskan di sini bahawa penekanan berkenaan keperluan
pendidikan terutamanya dalam pengajian tinggi penting dalam melahirkan modal insan
dan akhirnya memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi negara. Justeru,
pengajian tinggi kini perlu fokus dalam mengoptimumkan bakat dan kebolehan pelajar
supaya dapat melahirkan graduan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan tenaga kerja
profesional dan mahir negara selaras dengan pelan di bawah Bidang Ekonomi Utama
Negara (NKRA).