jabatan pelajaran negeri sembilan darul · web viewii sejak dari kecil lagi, tina telah...

20
SULIT 021/031 JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS CANANG 2 BAHASA MALAYSIA SJK – PEMAHAMAN 021/031 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. 021/031 (C) 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

Upload: lammien

Post on 10-Mar-2018

228 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL · Web viewII Sejak dari kecil lagi, Tina telah dilatih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. III Sesiapa pun tidak terkecuali daripada tindakan

SULIT 021/031

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

CANANG 2

BAHASA MALAYSIA SJK – PEMAHAMAN 021/031 50 minit Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap

soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

_________________________________________________________________________Kertas soalan ini mengandungi 18 halaman bercetak.

021/031 (C) 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelahSULIT

Page 2: JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL · Web viewII Sejak dari kecil lagi, Tina telah dilatih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. III Sesiapa pun tidak terkecuali daripada tindakan

SULIT 021/031

Soalan 1 hingga Soalan 19

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 Julia membantu Nek Mah _________________ pucuk ubi kayu yang tumbuh di belakang rumahnya.

A mengait

B mengerat

C memetik

D mencabut

2 Choo Lin ingin melancong ke luar negara __________________ dia tidak mempunyai wang yang cukup.

A maka

B tetapi

C apabila

D kecuali

021/031(C) 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

2

Page 3: JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL · Web viewII Sejak dari kecil lagi, Tina telah dilatih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. III Sesiapa pun tidak terkecuali daripada tindakan

SULIT 021/031

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Tukang kebun itu sedang menanam pokok hiasan _________________ di halaman rumah banglo itu.

A renek

B ketot

C halus

D kerdil

4 “__________________ dikehendaki memakai pakaian kebangsaan pada majlis makan malam itu nanti,” kata Guru Besar kepada murid-muridnya.

A Kami

B Kalian

C Beliau

D Mereka

021/031(C) 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

3

Page 4: JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL · Web viewII Sejak dari kecil lagi, Tina telah dilatih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. III Sesiapa pun tidak terkecuali daripada tindakan

SULIT 021/031

5 Para ____________________ yang menyertai pertandingan ratu cantik itu ditempatkan di sebuah hotel mewah.

A jelitawan

B biduanita

C pramugari

D olahragawati

6 Air mata Syafik ___________________ apabila mendapat berita tentang kematian datuknya di kampung.

A beraliran

B berlebatan

C bercucuran

D berguguran

021/031(C) 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

4

Page 5: JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL · Web viewII Sejak dari kecil lagi, Tina telah dilatih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. III Sesiapa pun tidak terkecuali daripada tindakan

SULIT 021/031

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 ____________________ yang dibuat oleh kakak tidak sedap dan sangat keras.

A Agar-agar

B Otak-otak

C Onde-onde

D Jemput-jemput

8 Sultan Ahmad Shah seorang pemerintah yang adil dan bijaksana. ____________________ amat disayangi oleh rakyat jelata.

A Beta

B Hamba

C Baginda

D Tuanku

9 Satu pertiga __________________ murid-murid Tahun Enam Cempaka berbangsa Melayu.

021/031(C) 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

5

Page 6: JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL · Web viewII Sejak dari kecil lagi, Tina telah dilatih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. III Sesiapa pun tidak terkecuali daripada tindakan

SULIT 021/031

A di

B dari

C pada

D daripada

10 Puan Aminah kelihatan _________________ kerana menanti suaminya yang belum pulang lagi.

A kusut-masai

B resah-gelisah

C lemah-longlai

D haru-biru

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Budak lelaki itu _________________ ketakutan apabila terserempak dengan anjing yang garang itu.

A menggeliat

B menggigit

C menangis

D menggigil

12 Pengembara itu minum _________________ air untuk menghilangkan dahaga.

021/031(C) 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

6

Page 7: JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL · Web viewII Sejak dari kecil lagi, Tina telah dilatih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. III Sesiapa pun tidak terkecuali daripada tindakan

SULIT 021/031

A setitik

B seteguk

C sebaldi

D setompok

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Puan Aishah menyimpan makanan __________________ ke dalam peti sejuk supaya tidak berlaku pembaziran.

A terlebih

B berlebih

C berlebihan

D melebihkan

14 Hujan yang turun ____________________ sejak tiga hari yang lalu telah menyebabkan Kampung Sentosa dilanda bah.

021/031(C) 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

7

Page 8: JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL · Web viewII Sejak dari kecil lagi, Tina telah dilatih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. III Sesiapa pun tidak terkecuali daripada tindakan

SULIT 021/031

A memancut-mancut

B membuak-buak

C mencurah-curah

D menderu-deru

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15 Wanita itu membawa sebuah bakul semasa ke pasar sambil _________________ anaknya di belakang.

A mendukung

B membimbit

C menjinjing

D menggalas

16 Penglihatan Kok Keong menjadi ___________________ semenjak dia diserang demam panas.

021/031(C) 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

8

Page 9: JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL · Web viewII Sejak dari kecil lagi, Tina telah dilatih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. III Sesiapa pun tidak terkecuali daripada tindakan

SULIT 021/031

A kabur

B suram

C kelam

D malap

17 Nancy __________________ apabila melihat kain-kain yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka.

A mata air

B silap mata

C mata keranjang

D rambang mata

18 Ravindran mengeluarkan _________________ daripada wang simpanannya untuk membeli peralatan sekolah.

A sebahagian

B beberapa

C ribuan

D setiap

19 Pihak polis melepaskan beberapa _________________ tembakan ke arah perompak-perompak itu.

A butir

B das

C biji

D pucuk

20 Pada abad ke-15, banyak saudagar datang ke Melaka untuk berniaga.

021/031(C) 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

9

Page 10: JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL · Web viewII Sejak dari kecil lagi, Tina telah dilatih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. III Sesiapa pun tidak terkecuali daripada tindakan

SULIT 021/031

Perkataan seerti bagi saudagar ialah

A pengembara

B pelancong

C pedagang

D pekerja

21 Hubungan antara Linda dengan Shahirah menjadi rapat semenjak mereka tinggal berjiran.

Perkataan berlawanan bagi rapat ialah

A akrab

B jarang

C tegang

D renggang

22 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat di bawah.

Apakah pandangan kamu terhadap penyakit AIDS?

A Penyakit AIDS sungguh berbahaya kerana boleh membawa maut.

B Sekolah saya telah mengadakan ceramah tentang penyakit AIDS.

C Penagih dadah itu disyaki menghidap penyakit AIDS.

D Banyak orang telah menghidap penyakit AIDS.

23 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

021/031(C) 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

10

Page 11: JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL · Web viewII Sejak dari kecil lagi, Tina telah dilatih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. III Sesiapa pun tidak terkecuali daripada tindakan

SULIT 021/031

Saya ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.

A Di manakah kamu belajar sekarang?

B Apakah rancangan kamu setelah tamat sekolah?

C Bilakah kamu akan melanjutkan pelajaran ke luar negara?

D Bagaimanakah kamu hendak melanjutkan pelajaran ke luar negara?

Soalan 24 hingga Soalan 25

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

24 Pameran lukisan yang menarik itu patut dilawati oleh semua murid.

A Semua murid patut melawati pameran lukisan yang menarik itu.

B Semua murid melihat pameran lukisan yang menarik itu.

C Lukisan dipamerkan itu menarik dan patut dilawati oleh semua murid.

D Lukisan yang menarik dipamerkan ini patut dilawat oleh semua murid.

25 Anjing-anjing yang berkeliaran di pasar itu telah ditembak mati oleh pegawai-pegawai Majlis Daerah Sepang.

A Anjing yang berkeliaran itu telah mati ditembak oleh pegawai-pegawai Majlis Daerah Sepang.

B Pegawai-pegawai Majlis Daerah Sepang telah menembak mati anjing-anjing yang berkeliaran di pasar itu.

C Pegawai di pasar Majlis Daerah Sepang telah menembak mati anjing-anjing yang berkeliaran.

D Pegawai Majlis Daerah Sepang telah ditembak mati oleh anjing-anjing yang berkeliaran di pasar itu.

Soalan 26 hingga Soalan 27

021/031(C) 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

11

Page 12: JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL · Web viewII Sejak dari kecil lagi, Tina telah dilatih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. III Sesiapa pun tidak terkecuali daripada tindakan

SULIT 021/031

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26 A Saya tidak suka membaca novel yang luas itu.

B Adik suka memakai pakaian yang luas pemberian datuk.

C Dia mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang komputer.

D Kain yang berwarna merah jambu itu luas tetapi tidak panjang.

27 I Fatimah mengambil majalah langsung membacanya.

II Bapanya bekerja langsung dari pagi hingga malam.

III Murid yang nakal itu langsung tidak menghiraukan nasihat gurunya.

IV Mereka sedang menonton siaran langsung perlawanan bola sepak yang

disiarkan di televisyen.

A I dan IV sahaja

B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D I, III dan IV sahaja

Soalan 28

Pilih ayat yang betul.

28 A Projek itu telah disiapkan oleh saya.

B Dia yang mengotorkan akan kawasan ini.

C Pasukan badminton itu dikalahkan oleh kami.

D Mereka telah mendapat ‘7A’ dalam peperiksaan UPSR.

Soalan 29 hingga Soalan 30

021/031(C) 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

12

Page 13: JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL · Web viewII Sejak dari kecil lagi, Tina telah dilatih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. III Sesiapa pun tidak terkecuali daripada tindakan

SULIT 021/031

Pilih ayat-ayat yang betul.

29 I Adik menggigil kesejukan apabila angin bertiup dengan kencang.

II Sejak dari kecil lagi, Tina telah dilatih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.

III Sesiapa pun tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang sekiranya

didapati bersalah.

IV Puan Zalia ialah guru bahasa Jepun di Pusat Bahasa Wilkinson.

A I dan II sahaja

B II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

30 I Pihak polis menegur sesetengah ibu bapa yang mengambil ringan sikap anak-

anak mereka.

II Jika sekiranya ada masa lapang singgahlah di rumah saya.

III Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak bank adalah benar.

IV Kesemua anak-anaknya adalah lepasan universiti tempatan.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35

021/031(C) 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

13

Page 14: JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL · Web viewII Sejak dari kecil lagi, Tina telah dilatih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. III Sesiapa pun tidak terkecuali daripada tindakan

SULIT 021/031

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Mendayung perahu dari kuala, Sambil memancing udang dan ikan; Bantu-membantu amalan mulia, Segala yang buruk segera tinggalkan.

Setalam kuih semangkuk bubur, Untuk santapan berbuka puasa; Jangan bersikap angkuh dan takbur, Akhirnya badan rosak binasa.

Membeli belah di Kota Singa, Bertemu pula dengan Si Nyonya; Berhati-hatilah jika berkata, Jika terlanjur buruk padahnya. Hati duka terasa berdebar, Menunggu datuk dari desa; Hidup ini perlulah bersabar, Usah mudah berputus asa.

Buah betik buah delima, Ada dijual di pasar minggu; Berbuatlah baik sesama manusia, Kelak diri sejahtera selalu.

31 Apakah jenis puisi di atas?

A Syair

B Sajak

C Seloka

D Pantun

32 Apakah sikap yang perlu kita elakkan?

021/031(C) 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

14

Page 15: JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL · Web viewII Sejak dari kecil lagi, Tina telah dilatih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. III Sesiapa pun tidak terkecuali daripada tindakan

SULIT 021/031

A Tolong-menolong

B Hidung tinggi

C Berwaspada

D Bersabar

33 Mengapakah kita mesti menjaga tutur kata kita?

A Untuk menghadapi segala dugaan.

B Kerana boleh mendatangkan kesan yang buruk.

C Supaya disukai oleh kawan-kawan sepermainan.

D Tidak peduli akan masalah yang dihadapi oleh orang lain.

34 Apakah maksud ‘Akhirnya badan rosak binasa’ yang terdapat dalam rangkap kedua puisi tersebut?

A Badan yang rosak adalah tidak baik untuk kesihatan.

B Sifat yang buruk boleh merosakkan diri sendiri.

C Jangan merosakkan diri sendiri dengan perkara-perkara yang tidak elok.

D Kita hendaklah berjumpa dengan doktor jika badan kita rosak binasa.

35 Tajuk yang sesuai bagi puisi di atas ialah

A Menghargai Masa

B Pesanan Buat Kekasih

C Jangan Bersikap Sombong

D Budi Bahasa Amalan Hidup Kita

Soalan 36 hingga Soalan 40

021/031(C) 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

15

Page 16: JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL · Web viewII Sejak dari kecil lagi, Tina telah dilatih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. III Sesiapa pun tidak terkecuali daripada tindakan

SULIT 021/031

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Raja Petra Shah

Penasihat : Encik Jamal Bin Kamarul Pengerusi : Puan Aminah Binti Sudin Setiausaha : Puan Jamilah Binti Roslan Bendahari : Cik Noraini Binti Ismail Ahli Jawatankuasa : Tengku Iskandar Shah Bin Tengku Johari Mohd Mokhtar Bin Darus Salmiah Binti Omar

Persatuan Bahasa Melayu telah ditubuhkan 10 tahun yang lalu dengan keahlian seramai 30 orang. Kini, keahlian persatuan sudah bertambah sebanyak dua kali ganda. Keahlian persatuan terbuka kepada murid-murid Tahap 2 sahaja. Mereka menjalankan aktiviti persatuan pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat. Setiap ahli persatuan dikenakan yuran tahunan sebanyak RM2.00 untuk membiayai aktiviti persatuan. Sepanjang tahun ini, persatuan telah berjaya menjalankan semua aktiviti yang telah dirancang. Pada semester pertama, persatuan telah menganjurkan pertandingan bercerita. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid. Dalam pertandingan berbalas pantun, sekolah ini telah menjadi johan peringkat negeri. Dengan ini, secara tidak langsung telah menaikkan nama sekolah. Pada semester kedua pula, persatuan mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR. Bengkel tersebut terbuka kepada semua murid tahun 4, 5 dan 6 yang dikendalikan oleh guru-guru pakar. Pihak persatuan juga telah merancang untuk mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur pada cuti akhir tahun ini. Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini terkenal sebagai persatuan yang paling aktif. Semua aktiviti persatuan mendapat sambutan yang baik daripada ahli-ahli persatuan. Semoga persatuan ini akan terus maju pada masa hadapan.

Laporan disediakan oleh, 25 OKTOBER 2008

JamilahRoslan(JAMILAH BINTI ROSLAN)Setiausaha,Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Raja Petra Shah.

36 Berapa orangkah ahli Persatuan Bahasa Melayu itu sekarang?021/031(C) 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah

SULIT

16

Page 17: JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL · Web viewII Sejak dari kecil lagi, Tina telah dilatih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. III Sesiapa pun tidak terkecuali daripada tindakan

SULIT 021/031

A 60 orang

B 30 orang

C 90 orang

D 120 orang

37 Mengapakah yuran tahunan dikenakan kepada setiap ahli persatuan?

A Untuk mengisi tabung persatuan.

B Untuk membiayai aktiviti persatuan.

C Untuk membeli hadiah kepada ahli persatuan.

D Untuk mengadakan jamuan ulang tahun persatuan.

38 Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR diadakan untuk

A semua murid

B murid pra sekolah

C murid-murid tahap 1

D murid-murid tahap 2

39 Apakah aktiviti yang telah mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Raja Petra Shah?

A Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR

B Kuiz Bahasa Melayu Peringkat Negeri

C Pertandingan Berbalas Pantun

D Pertandingan Bercerita

021/031(C) 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

17

Page 18: JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL · Web viewII Sejak dari kecil lagi, Tina telah dilatih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. III Sesiapa pun tidak terkecuali daripada tindakan

SULIT 021/031

40 Apakah aktiviti yang akan dijalankan oleh persatuan pada akhir tahun?

A Jamuan perpisahan

B Minggu Bahasa Melayu

C Lawatan sambil belajar

D Kelas Tambahan Bahasa Melayu

KERTAS SOALAN TAMAT

021/031(C) 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

18