jabatan hal ehwal agama islam negeri sembilan …ekhutbah.ns.gov.my/upload/5772-20140103 khutbah...

12
1 ڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو بها جابتن حال إ حمم اسڬا ول ا سمبيلن دار نڬري الوص خصJABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAJUK : SEMPURNAKAN SOLAT KAMU3 JANUARI 2014M / 1 RABI’UL AWWAL 1435H ن أ د ه ش أ دا م ح م نا د ي س ن أ د ه ش أ ، و ه ل ك ي ر ش ه د ح و ا إ ه ـ ل إ ء ى ل ع و د م ح م نا د ي س ى ل ع م ل س و ل ص م ه ل . ال ه ول س ر و ه د ب ع ه ب حا ص أ و ه ل م و يـ ى ل إ ن سا ح إ ب م ه ع ب ت ن م و. ن ي الد م نت أ و إ ن ت و م ت ، و ه ت قا ت ق ح ا وا ق تـ ، إ ا د با ع يا ، ف د ع بـ ما أ ن و م ل س م.

Upload: dokhanh

Post on 15-Mar-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/5772-20140103 KHUTBAH TAJUK - SEMPURNAKAN... · Mimbar pada hari ini akan ... kepada makna perintah mengerjakan

1

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TAJUK : “SEMPURNAKAN SOLAT KAMU”

3 JANUARI 2014M / 1 RABI’UL AWWAL 1435H

إلـه إال اهلل وحده ال شريك له ، وأشهد أن سيدنا محمدا آل أشهد أنله وأصحابه آعبده ورسوله . اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ء

ين . ومن تبعهم بإحسان إلى يـوم الد

أما بـعد ، فيا عباد اهلل ، إتـقوا اهلل حق تقاته ، وال تموتن إال وأنتم .مسلمون

Page 2: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/5772-20140103 KHUTBAH TAJUK - SEMPURNAKAN... · Mimbar pada hari ini akan ... kepada makna perintah mengerjakan

2

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Khatib memperingatkan diri ini dan sidang jemaah yang dimuliakan

sekalian, marilah kita bersama-sama bertaqwa kepada Allah S.W.T dengan

sebenar-benar taqwa, agar kita dapat melaksanakan segala perintah-Nya

dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah bersama kita berpegang

kepada tali Allah S.W.T yakni dengan menjaga hubungan kita sebagai

hamba-Nya dan juga hubungan sesama insan, agar penyatuan ummah

dapat direalisasikan bermula di dalam rumah Allah S.W.T yang penuh

barakah ini. Nikmat Islam yang dikecapi dan hamparan luas keamanan

yang kita nikmati selama ini, seharusnya kita syukuri dengan

meningkatkan amal ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita

dengan Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa serta menjalin eratkan

hubungan kita sesama manusia. Semoga, hidup kita sentiasa dicucuri

rahmat serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah S.W.T di

dalam surah Ali-Imran ayat 103:

Maksudnya : “Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah,

dan janganlah berpecah belah”.

Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk

“SEMPURNAKAN SOLAT KAMU”.

Page 3: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/5772-20140103 KHUTBAH TAJUK - SEMPURNAKAN... · Mimbar pada hari ini akan ... kepada makna perintah mengerjakan

3

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Marilah kita sama-sama bayangkan, jika sesebuah rumah itu tidak

mempunyai tiang, bagaimanakah agaknya kedudukan atap, dinding dan

lantai?. Sudah tentu semuanya terletak di atas tanah dalam keadaan

berasingan dan sudah tentu juga ia tidak akan dinamakan sebuah rumah.

Demikianlah solat itu diibaratkan oleh Rasulullah SAW sebagai tiang

agama. Sekiranya solat tidak ditunaikan, maka tiadalah agama bagi

seseorang itu dan semua ibadah lain tidak akan berguna kerana perkara

yang membezakan antara orang Islam dengan bukan Islam ialah solat.

Setiap dari kita pasti mengetahui kedudukan solat dalam agama dan

syariat Allah SWT. Solat merupakan rukun kedua yang menjadi asas

terbinanya Islam dan amal pertama yang akan dihitung pada hari qiamat

kelak. Oleh kerana itu atas dasar kasih sayang yang tidak berbelah bahagi

Rasulullah SAW kepada ummatnya, Baginda berwasiat untuk kali terakhir

berulangkali supaya kita mengerjakan solat.

Dalam al-Quran terdapat lebih daripada 25 tempat ayat اقام yang merujuk

kepada makna perintah mengerjakan atau mendirikan solat dan terdapat

lebih daripada 70 kali perkataan الصالة yang diulangsebut dalam al-Quran.

Ini menunjukkan betapa penting dan besarnya kewajipan menunaikan solat

kerana ia adalah salah satu rukun Islam yang lima. Allah berfirman dalam

surah an-Nisaa’ ayat 103 :

Page 4: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/5772-20140103 KHUTBAH TAJUK - SEMPURNAKAN... · Mimbar pada hari ini akan ... kepada makna perintah mengerjakan

4

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Yang bermaksud : “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan

solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa

kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila

kamu telah berasa tenteram maka dirikanlah solat. Sesungguhnya solat

itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang

tertentu waktunya.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Dalam al-Quran ada menceritakan peristiwa yang berlaku kepada

keturunan Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Ishak dan Nabi

Yaakob, apabila keturunan mereka menjadi leka dan lalai kepada perintah

Allah SWT. Bermula dengan meninggalkan solat, kemudian dengan

mengikut hawa nafsu dan ajaran sesat, akhirnya atas perbuatan itu telah

menghumban diri mereka ke dalam neraka. Para ulama berpendapat, ia

Page 5: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/5772-20140103 KHUTBAH TAJUK - SEMPURNAKAN... · Mimbar pada hari ini akan ... kepada makna perintah mengerjakan

5

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

juga ada kaitannya dengan umat Nabi Muhammad SAW. Setelah sekian

lama masa berlalu, masih ada yang alpa dan leka dalam menunaikan

ibadah solat. Mereka ini juga akan menerima nasib yang sama kecuali

mereka segera bertaubat dan beramal soleh, InsyaAllah mereka akan

diselamatkan oleh Allah SWT.

Meninggalkan solat ibarat meruntuhkan agama dan memutuskan

hubungan keluarga sesama masyarakat Islam. Kita akan mendapat

kemurkaan Allah SWT dan kebencian makhluk yang lain. Kedudukan solat

dalam Islam sangat penting dan tidak bisa ditandingi oleh ibadah yang

lain. Keistimewaannya digambarkan dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj, di

mana Rasulullah SAW menerima perintah Allah SWT untuk melaksanakan

ibadah solat. Perintah yang diberi secara langsung kepada Rasulullah di

Sidratul Muntaha menunjukkan bahawa kedudukan ibadah ini terlalu agung

di sisi Allah SWT. Atas kedudukan inilah, Rasulullah SAW bersabda yang

bermaksud : "Pokok agama adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan

puncaknya adalah jihad di jalan Allah SWT." (Hadis riwayat At-Tirmidzi).

Seruan dan perintah mengerjakan solat terlalu banyak diceritakan dalam

al-Quran dan Hadis. Dengan melaksanakan perintah Allah SWT ini, umat

Muhammad SAW dijanjikan dengan balasan yang baik. Firman Allah SWT

dalam surah al-A’raaf ayat 170 :

Page 6: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/5772-20140103 KHUTBAH TAJUK - SEMPURNAKAN... · Mimbar pada hari ini akan ... kepada makna perintah mengerjakan

6

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Maksudnya : “Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan kitab

serta mendirikan solat, sesungguhnya Kami tidak akan mensia-siakan

pahala orang yang berbuat kebajikan.”

Firman Alllah SWT lagi di dalam Surah Ar-Ra’d ayat 22 :

Yang bermaksud : “Dan orang-orang yang sabar kerana mencari

keredhaan Tuhan mereka, dan mendirikan solat, serta menafkahkan apa

yang Kami berikan mereka, secara bersembunyi atau terang-terang; dan

mereka menolak kejahatan dengan cara yang baik; bagi mereka itulah

disediakan balasan yang baik.”

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Perbuatan meninggalkan solat semakin kritikal dalam kehidupan

masyarakat kita hari ini. Manusia semakin terjebak dan leka dengan

timbunan kesibukan perkara dunia dan pelbagai urusan hidup seharian.

Anak-anak muda semakin sibuk dengan kegiatan yang tidak membawa

Page 7: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/5772-20140103 KHUTBAH TAJUK - SEMPURNAKAN... · Mimbar pada hari ini akan ... kepada makna perintah mengerjakan

7

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

faedah, malah amat menyedihkan kerana ibu bapa sendiri seakan-akan

tidak ambil kisah tentang perkara ini. Kesulitan yang dihadapi, bebanan

penderitaan yang ingin dilepaskan dan kegelisahan serta keresahan jiwa

raga diselesaikan dengan cara yang salah dan tidak bermoral. Sebagai

ummat Islam, kita harus tahu bahawa segala perkara yang berlaku kepada

diri kita adalah kerana kehendak Allah SWT tanda peringatan kepada kita

supaya tidak melupakanNya. Kesalahan meninggalkan solat tidak

langsung dipandang serius.

Tuntutan solat ini bukan hanya diwajibkan untuk diri sendiri tetapi Allah

SWT turut memerintahkan semua ahli keluarga kita menunaikan kewajipan

ini. Malah ia menjadi tanggungjawab ibu bapa atau ketua keluarga untuk

mengajar dan mengajak ahli keluarganya mendirikan solat sebagaimana

firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 132:

Yang bermaksud: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu

mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.

Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kami-lah yang memberi

rezeki kepadamu, dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-

orang yang bertakwa.”

Page 8: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/5772-20140103 KHUTBAH TAJUK - SEMPURNAKAN... · Mimbar pada hari ini akan ... kepada makna perintah mengerjakan

8

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Daripada Amru bin Syuib daripada

ayahnya, daripada datuknya, Rasulullah SAW telah bersabda

"Perintahkanlah anak-anak kamu supaya bersolat ketika mereka

berumur tujuh tahun, pukullah mereka apabila mereka berumur

sepuloh tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka." (Hadis Riwayat

Abu Daud).

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Menunaikan solat menuntut perlakuan yang ikhlas, khusyu’ dan tawaddu’

kepada Allah SWT. Ia bukanlah satu perbuatan seperti ibarat 'melepaskan

batuk di tangga'. Asal sudah melaksanakannya kita anggap kita telah pun

menunaikan perintah Allah SWT dan terlepas daripada tanggungjawab

sebagai seorang Islam. Pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri,

sama ada Allah menerima solat kita atau tidak?. Sempurnakah solat aku?.

Berkualitikah ibadah solatku di mata Allah SWT?. Adakah kita sudah temui

ketenangan dengan menunaikan solat? Dan adakah kita selalu selesaikan

solat kita dengan pantas seperti ingin melepaskan 'beban' yang terpaksa

ditanggung?.

Sebagai ummat Islam, kita harus mencontohi tatacara solat yang dilakukan

oleh Rasulullah SAW. Pada hari ini mimbar bukan ingin mengajar sidang

jumaat cara bersolat kerana yakin semua sudah tahu bagaimana untuk

mengerjakan solat, tetapi marilah kita sama-sama bermuhasabah untuk

Page 9: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/5772-20140103 KHUTBAH TAJUK - SEMPURNAKAN... · Mimbar pada hari ini akan ... kepada makna perintah mengerjakan

9

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

memperbetulkan solat kita supaya ia menjadi sempurna lagi berkualiti.

Beberapa perkara perlu dititikberatkan agar kita mencapai prestasi yang

tinggi dalam ibadah solat kita. Antaranya :

Pertama : Solat dengan ilmu. Jangan hanya mengerjakan solat

mengikut cara orang lain tanpa belajar selok beloknya. Banyak ilmu

berkaitan solat boleh kita pelajari dan tambahbaik pengetahuan tersebut.

Kedua : Jaga waktu solat kita. Bersegera dalam melakukan

solat amat dituntut. Jangan terlalu leka sehingga kita mendapat kualiti

solat dihujung waktu.

Ketiga : Jaga kesempurnaan wudhu’. Solat tidak sah jika

wudhu’ juga tidak sempurna. Ia syarat sah untuk menunaikan solat.

Berwudhu’ bukan sekadar membasuh anggota yang perlu tetapi cara

membasuh dan membersih anggota itu lebih diutamakan.

Keempat : Jaga kebersihan dan aurat ketika solat. Bukan itu

sahaja malah kebersihan tempat solat juga perlu diberi perhatian. Kita

ingin mengadap Allah SWT yang Maha Mulia dan suka kepada kebersihan.

Oleh itu tidak salah jika kita membersihkan diri dan menggunakan pakaian

bersih dan cantik serta menutup aurat dengan betul. Memang betul kita

wajib tunaikan solat tidak kira di mana jika waktunya sampai, tetapi

yakinlah dengan kebersihan dan penampilan kita sebelum kita

menunaikannya.

Page 10: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/5772-20140103 KHUTBAH TAJUK - SEMPURNAKAN... · Mimbar pada hari ini akan ... kepada makna perintah mengerjakan

10

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Kelima : Patuhi dan fahami semua rukun solat. Setiap perkara

yang Allah SWT tentukan ada peraturannya. Disiplinkan diri dengan

peraturan tersebut dan contohi tatacara Rasulullah SAW bersolat seperti

sabda Baginda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang

bermaksud : "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihatku solat."

Keenam : Tunaikan solat dengan keadaan tenang. Bukan cepat

nak selesai. Inilah yang selalu menyebabkan rukun solat tertinggal dan

tidak mengikut rukun yang betul. Jika solat berjemaah, ada pula makmum

yang mendahului imam dalam setiap pergerakannya.

Ketujuh : Fahami bacaan dalam solat. Kita boleh belajar untuk

memahami makna setiap bacaan. Sekurang-kurangnya hati kita sentiasa

tenang dan tetap dalam pergerakan kita.

Kelapan : Khusyu’. Janganlah memikirkan perkara dunia ketika

kita melakukan solat. Anggota badan melakukan perkara wajib tetapi

fikiran melayang ke tempat lain. Memahami maksud ayat yang dibaca

dalam solat boleh membantu khusyu’ dalam solat. Allah SWT berfirman

dalam surah al-Mukminun ayat 1 – 2:

Maksudnya: “Sesungguhnya telah berjaya orang-orang yang beriman.

Iaitu mereka yang khusyu’ dalam solatnya.”

Page 11: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/5772-20140103 KHUTBAH TAJUK - SEMPURNAKAN... · Mimbar pada hari ini akan ... kepada makna perintah mengerjakan

11

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Kesembilan : Sudahi solat kita dengan zikir dan doa. Basahi

lidah kita dengan memuji Allah SWT dan memohon kepada-Nya. Allah

suka orang-orang yang meminta kepada-Nya.

Kesepuluh : Tambahbaik ibadah solat. Melaksanakan yang

fardhu dan sulami dengan solat sunat. Ibadah solat sunat juga mempunyai

keistimewaan dan kelebihan pahala yang diberikan Allah SWT. Sekurang-

kurangnya kita boleh mencapai prestasi yang baik dalam amalan kita.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, MIMBAR sekali lagi berpesan

janganlah sekali-kali kita meremehkan soal ibadah solat. Jadilah diri kita

ini dalam golongan yang selalu memelihara solat. Berapa panjang

sekalipun usia kita, pasti akhirnya akan meninggalkan dunia ini dan kita

perlu bekalan untuk perjalanan ke akhirat. Marilah sama-sama kita

manfaatkan usia yang ada dengan melaksanakan segala perintah Allah

SWT supaya segala amalan baik kita akan menjadi bekalan di akhirat.

Allah SWT tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia, tetapi sebaliknya kita

sebagai hamba yang selalu mensia-siakan kehidupan kita.

Page 12: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN …ekhutbah.ns.gov.my/upload/5772-20140103 KHUTBAH TAJUK - SEMPURNAKAN... · Mimbar pada hari ini akan ... kepada makna perintah mengerjakan

12

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Yang bermaksud : “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)

dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu

amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu’. Iaitu mereka yang

percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan

bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.”

(Surah al-Baqarah, ayat 45 – 46)