isu2

26
Saturday, 1 September 2012 ISU PENYALAHGUNAAN MASA DI KALANGAN GURU Nama : Tan Ying Guan Pada era globalisasi ini, terdapat pelbagai perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek telah berlaku di sekeliling kita sama ada kita sedar atau tidak. Perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan professional. Antara bidang professional yang terlibat adalah keguruan, perubatan,kejuruteraan, perundangan dan lain- lain lagi. Apa yang dimaksudkan dengan professional? Menurut Ornstein dan Levine ( 1993 ), konsep professional merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli. Jadi, guru merupakan seseorang yang professional. Ini juga bermakna guru adalah segolongan yang telah mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta mempunyai kod etika yang tersendiri. Namun, terdapat pelbagai isu yang timbul dan melanggar etika profesion perguruan. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana terdapat segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru

Upload: wan-nur-iffat-farain

Post on 02-Jan-2016

142 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu 9

TRANSCRIPT

Page 1: Isu2

Saturday, 1 September 2012

ISU PENYALAHGUNAAN MASA DI KALANGAN GURU

            Nama : Tan Ying Guan

Pada era globalisasi ini, terdapat pelbagai perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek telah berlaku di sekeliling kita sama ada kita sedar atau tidak. Perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan professional. Antara bidang professional yang terlibat adalah keguruan, perubatan,kejuruteraan, perundangan dan lain-lain lagi. 

            Apa yang dimaksudkan dengan professional? Menurut Ornstein dan Levine ( 1993 ), konsep professional merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli. Jadi, guru merupakan seseorang yang professional. Ini juga bermakna guru adalah segolongan yang telah mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta mempunyai kod etika yang tersendiri.

Namun, terdapat pelbagai isu yang timbul dan melanggar etika profesion perguruan. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana terdapat segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet ataupun

Page 2: Isu2

dada-dada akhbar. Ini sudah tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia dan suci.

        Di sini, saya memilih untuk membincangkan “Masalah Penyalahgunaan Masa” sebagai isu yang melanggar etika profesion perguruan kerana masalah ini kerap terjadi di kalangan guru. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid-murid dan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripada terus menular.  

Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook, ber”chatting”, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan di malam hari ( misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam, mengajar “dance”, membuat persembahan tarian) hingga menjejaskan produktivitinya dalam

Page 3: Isu2

menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi. Walaupun saya tidak menjalankan kajian penyelidikan tentang masalah ini tetapi melalui pengamatan saya, adalah wajar masalah ini diberi perhatian.  Masalah penyalahgunaan masa mugkin tidak terlalu serius tetapi jika dibiarkan berlanjutan, masalah ini dapat menjejaskan kredibiliti para guru dan merugikan murid. Ramai guru masih tidak menyedari hakikat ini. Jadi, saya berharap agar saya dapat menangani isu ini dalam diri saya agar tugas saya sebagai bakal guru boleh menyumbang satu kebaikan kepada murid-murid saya.  

Sebelum saya menyentuh isu penyalahgunaan masa di kalangan guru dalam tempoh bertugas, saya ingin merujuk kepada  peraturan-peraturan yang perlu di patuhi guru ketika berada dalam perkhidmatan. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Surat ini juga memberi penekanan terhadap tanggungjawab guru untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan semasa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah seperti kegiatan kokurikulum. Maksud ketepatan masa juga merangkumi keperluan guru untuk mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelas ataupun kawasan sekolah semasa tempoh persekolahan.

Di samping itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru berkaitan pematuhan

Page 4: Isu2

waktu dan masa. Semua guru dikehendaki menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan tandatangan. Pada zaman yang teknologi kini, ada sekolah yang menggunakan ‘punch card’ atau menggunakan perisian komputer yang menggunakan pengesanan corak ibu jari sebagai bukti kehadiran. Guru Besar pula diberi kuasa mengizinkan guru meninggalkan kawasan sekolah sekiranya ada hal-hal tertentu dan mereka perlu mengisi buku catatan meninggalkan sekolah. Begitu juga jika terdapat hal yang memerlukan guru meninggalkan bilik darjah, kegiatan dan upacara rasmi sekolah dan aktiviti kokurikulum, guru perlu mendapat kebenaran dari Guru Besar.

Selain itu,  pada masa senggang iaitu ketika guru tidak menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu melaksanakan beberapa perkara seperti memeriksa buku latihan dan kerja rumah murid dengan teliti, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alatan dan bahan bantu mengajar, menguruskan hal ehwal kelas, menguruskan yuran murid, hal-hal kokurikulum dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru pada waktu ini mestilah aktiviti yang memberikan faedah kepada murid-murid. Selain itu, guru juga diberi tanggungjawab untuk menggantikan guru lain untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Di bawah ini, saya akan menyatakan perkara yang membawa kepada penyalahgunaan masa yang sering dilakukan oleh guru sama ada secara disedari atau tidak disedari.  Yang paling utama adalah guru lewat masuk ke dalam kelas. Guru yang mematuhi ketetapan masa

Page 5: Isu2

tidak menunggu loceng berbunyi untuk berjalan dari sesuatu tempat untuk ke kelas mereka. Mereka akan bergerak awal ke kelas dan kadangkala sanggup pula menunggu waktu guru lain habis di luar kelas. Sekiranya waktu pengajaran adalah berturutan, guru ini tergesa-gesa pergi bergerak dari satu kelas ke kelas berikutnya dengan penuh semangat. Maka, fenomena guru yang lewat masuk ke kelas akan menimbulkan isu penyalahgunaan masa. Bukan itu sahaja, sekiranya berlaku sebarang kemalangan di dalam kelas, guru tersebut harus dipersalahkan. ‘Mencuri masa’ adalah perbuatan yang tidak wajar bagi seorang guru.

Menurut laporan artikel yang saya membaca, guru yang suka lewat masuk kelas biasanya akan memberikan pelbagai alasan seperti terlupa jadual waktu atau tidak ingat.  Ada di kalangan guru yang memberikan alasan terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan. Malahan kadangkala memberikan alasan kononnya dipanggil guru besar atau pengetua. Awal-awal tahun, ada guru buat-buat sibuk menyiapkan pelbagai borang dan data sehingga meninggalkan kelas. Sekiranya mereka terpaksa menyiapkan tugasan yang amat penting, ini bolehlah dimaafkan. Murid-murid yang datang ke sekolah saban hari mengharapkan ilmu pengetahuan daripada guru.Sejak awal pagi mereka telah bangun meredah kesejukan pagi dengan satu niat yang maha suci untuk belajar. Tetapi apalah malangnya nasib mereka apabila ada segelintir guru yang mengabaikan tugas untuk mencurahkan ilmu. Sebenarnya pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku apabila ketiadaan guru di dalam kelas. Pelbagai gejala negatif akan timbul jika tiada kawalan guru.Secara peribadi, penulis laporan artikel ini

Page 6: Isu2

berpendapat seharusnya gejala lewat masuk kelas dan langsung tidak masuk kelas kerana alasan-alasan yang remeh-temeh sudah tidak boleh diterima lagi.

            Mengikut pemerhatian saya semasa praktikal dan internship di sekolah, saya juga ternampak fenomena negatif yang sama berlaku dengan apa yang ditulis dalam laporan artikel tersebut. Pada permulaannya, saya tidak berapa mengambil berat tentang masalah ini. Namun ada satu kali murid-murid kelas saya memberitahu bahawa guru kelas mereka setiap kali akan lewat masuk ke kelas. Setiap kali loceng sudah berbunyi dan saya hendak keluar ke kelas, mereka akan meminta saya jangan keluar dulu dan meneruskan pengajaran dan pembelajaran saya lagi. Saya berasa amat aneh, dan tidak berapa percaya dengan apa yang mereka kata. Mereka panggil saya membuat satu eksperimen, tengok berapa lama guru kelas itu masuk ke kelas. Memang, guru itu telah pun datang selepas 20minit kemudian dengan langkah perlahan-lahan. Apabila dia nampak saya masih dalam kelas, dia  berterima kasih kepada saya kerana membantunya mengawal kelas. Ada satu kali lagi, dia memesan saya mencari dia di kelas pada waktu akhir untuk mengambil barang dengannya di bilik seni.  Saya sudah lewat 10minit pergi mencari dia di kelas itu, tetapi apabila saya sampai sana, kelas itu tiada guru, murid-murid membuat bising, jalan sana sini. Selepas itu, rakan sejawat saya memberitahu saya bahawa guru ini ada di kantin. Saya pun mencari dia di kantin. Apabila saya nampak dia, dia sedang melengan-lengan serta berbual-bual dengan penolong pengetua sambil memilih lauk pauk di sana.  Saya kemudian menanyakannya “kenapa puan tidak ada di kelas, bukannya puan pesan

Page 7: Isu2

saya cari puan?” Dia hanya senyum sahaja dan kemudian kami berdua mencari bahan hiasan di bilik seni. Dia pun mencari bersama-sama dengan saya sehingga loceng berbunyi dan waktunya pun sudah habis. Akhirnya, dia tidak masuk ke kelas. Ini sudah bukan lewat ke kelas, ini panggil tidak masuk ke kelas kerana perkara yang remeh temeh. Selain itu,  Penolong kanan pengetua, ketua kurikulum  ataupun  guru akan sering memesan kami untuk menggantikan kelas mereka . Kadang-kala alasan mereka adalah bagi kami membuat “kajian tindakan” dan sebenarnya kami juga perlu waktu yang extra bagi membuat “kajian tindakan” dengan murid-murid. Jadi, ini merupakan satu situasi dipanggil “win win”. Bukan ini sahaja, guru yang tidak masuk kelas kerana terdapat pelbagai kertas kerja kena buat, bermesyuarat, berkhusus, pergi hospital memeriksa badan kerana ada “appointment” dengan doctor dan sebagainya.  Masalah ini perlu dititikberatkan sebelum ia menjadi parah. 

Kegagalan guru mematuhi ketetapan masa akan menimbulkan beberapa kesan. Perkara yang ingin dibincangkan di sini ialah bukan hanya melihat kesan kepada guru tetapi juga kesan kepada murid itu sendiri memandangkan isu penyalahgunaan masa ini sebenarnya lebih banyak merugikan mereka. Beberapa kesan yang dapat dilihat ialah:

a)      Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tidak maksimum akibat kurangnya kualiti dan produktiviti.

Apakah yang dimaksudkan oleh kualiti dan produktiviti? MS ISO 9000 mendefinisikan kualiti sebagai keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti iaitu produk dan

Page 8: Isu2

perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan tersirat. Dalam perkhidmatan pendidikan, guru hendaklah menyediakan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan iaitu murid dan ibu bapa. MS ISO 9000 mula digunapakai seperti yang tercatat di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 : Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam. Selain itu, kakitangan awam juga boleh merujuk kepada Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Bil 2/2002 : Garis Panduan bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam. Kualiti menyentuh tentang kefahaman kehendak dan pengharapan pelanggan. Ini menghendaki guru menunjukkan kemampuan mereka dalam merekabentuk perkhidmatan seperti yang diperlukan dan diharapkan murid dan ibu bapa.

Apakah pula yang dimaksudkan oleh produktiviti? Merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 6 Tahun 1991 : Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti dalam Perkhidmatan Awam, produktiviti boleh didefinisikan sebagai nilai atau kuantiti output yang dapat dihasilkan oleh satu unit input. Maka, output merujuk kepada keluaran atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi. Dalam konteks sekolah sebagai organisasi, input perujuk kepada ilmu dan kemahiran yang diberikan kepada murid manakala output merujuk kepada tingkahlaku dan pengadaptasian ilmu dan kemahiran oleh murid itu sendiri. Mengapa pula kualiti dan produktiviti adalah berkaitan dengan penyalahgunaan masa? Jika kita merujuk kepada Pekeliling tadi, Kerajaan Malaysia ada menggariskan beberapa panduan untuk meningkatkan

Page 9: Isu2

produktiviti. Salah satu cara untuk meningkatkan kualiti ialah pihak pentadbiran sekolah mengambil langkah-langkah bagi mengukuhkan faktor-faktor yang mempengaruhi produktiviti. Faktor-faktor tersebut ialah:

i.                  Tenaga manusia (guru-guru)ii.                  Sistem dan proseduriii.                Struktur organisasiv.                Gaya pengurusanv.                 Persekitaran kerjavi.                Teknologivii.              Bahan-bahanviii.             Kelengkapan modal

Kesemua faktor di atas menyumbang kepada produktiviti Negara. Maka tidak syak lagi jika penyalahgunaan masa guru akan menyebabkan kurangnya produktiviti kerana guru tidak bersikap positif, berada dalam persekitaran yang kurang kondusif, tidak menyediakan atau menggunakan teknologi dalam pengajaran, tidak menyediakan bahan dan alatan yang bersesuaian dan tidak melakukan refleksi pengajaran untukmengenalpasti dan menyelesaikan masalah murid. Penyalahgunaan masa menyebabkan guru tidak membuat persediaan rapi dalam menentukan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

b)  Kepimpinan Melalui Teladan tidak diaplikasikan.

Guru adalah ‘role model’ murid. Maka, guru perlu menghayati slogan kepimpinan melalui teladan. Ini disebabkan oleh murid suka meniru perlakuan, memek muka, pakaian malah personaliti guru tersebut.  ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ merupakan slogan yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir bin

Page 10: Isu2

Mohamad pada 19 Mac 1983. Slogan ini diwujudkan bagi menanam dan memupuk sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Selain itu, ia juga dapat menerap nilai kebertanggungjawab dan etika murni di kalangan kakitangan awam. Guru merupakan antara orang yang paling kerap mendampingi murid selain ibu, bapa dan ahli keluarga mereka. Malah, kebanyakan murid sering mendengar kata guru berbanding dengan ibu dan bapa mereka sendiri. Malah, mereka juga kerap bercerita kepada ibu bapa tentang kehebatan guru. Tetapi sekiranya guru mereka sering menghabiskan waktunya dengan perkara yang tidak berfaedah, apakah pula pandangan dan cerita yang akan didengari oleh ibu bapa mereka? Tentunya ini akan menimbulkan pandangan yang negatif dari pihak ibu bapa dan mengundang tanggapan yang negatif dari murid-murid juga.

c)      Penambahbaikan dalam kaedah dan strategi pengajaran tidak berlaku.

Sekiranya guru tidak menggunakan masa terluang kita untuk membuat kajian tindakan, guru tidak dapat membuat penambahbaikan terhadap teknik pengajaran mereka. Kajian tindakan ialah kajian yang dibuat berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasi dalam konteks itu. Ada baiknya jika guru terus menulis refleksi pengajaran selepas sesi pembelajaran dilaksanakan atau selepas sesuatu tajuk diajar. Selepas itu, guru tersebut hendaklah membuat kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Guru boleh menggunakan masa senggang di antara waktu

Page 11: Isu2

pengajaran atau sewaktu sesi persekolahan untuk mencari jalan penyelesaian. Guru boleh merujuk artikel akademik seperti jurnal pendidikan, bertanya kepada guru lain, merujuk kepada guru cemerlang dan jurulatih utama ataupun merujuk kepada kajian penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini.

    Menurut Stenhouse (1975), penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain. Maka, jika penyelidikan tindakan dijalankan, guru boleh berkongsi maklumat dengan guru lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Semua perkara ini boleh dilakukan pada waktu persekolahan sekiranya guru tidak berhasrat untuk menyalahgunakan masa.

d)     Tidak maju akibat tidak positif dan tiada matlamat hidup.

Terdapat segelintir guru yang tidak mempunyai matlamat hidup. Mereka tiada fokus tertentu dalam kerjaya mereka. Maka, mereka tidak tahu untuk memenuhi masa di sekolah mereka. Sebagai guru, seharusnya mereka menetapkan satu atau lebih matlamat untuk dicapai. Contohnya, Cikgu Hadi mempunyai matlamat untuk menjadi guru cemerlang Matematik dalam tempoh 2 hingga 3 tahun lagi. Untuk mencapai matlamatnya, Cikgu Hadi merancang untuk mendokumentasikan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya sebelum memohon jawatan tersebut. Oleh itu, Cikgu Hadi akan menggunakan masa senggang di sekolah untuk menyediakan dokumentasi tersebut. Guru juga hendaklah lebih positif dalam menentukan hala tujunya dalam kerjaya. Sebagai guru

Page 12: Isu2

yang positif, mereka sentiasa berfikir untuk memenuhi keperluan murid. Jadi, masa terluang tersebut akan digunakan untuk memikirkan sesuatu yang dapat meningkatkan motivasi intrinsik agar dapat melakukan tugasnya dengan lebih ikhlas dan bersungguh-sungguh. Terdapat beberapa ciri guru yang berfikiran positif iaitu optimis, bersemangat, keberanian, keyakinan, keazaman, kesabaran, ketenangan dan fokus. Sekiranya seorang guru itu mempunyai matlamat kerjaya dan bersikap positif, maka isu penyalahgunaan masa ini dapat dikurangkan.

            Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, individu dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap ini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggalah tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan.

            Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini. Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka guru-guru menjadi lebih berani untuk menyalahgunakan masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka.

Page 13: Isu2

            Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli professional dan murid-murid. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahn ini adalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesion keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak-anak mereka.

            Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahan ini tidak dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahn ini tidak terus menular dan menjari semakin parah dan teruk.

Isu penyalahgunaan masa di kalangan guru-guru dapat diselesaikan menggunakan Teori Pilihan dan Terapi Realiti. Namun, persoalan utama yang perlu dilalui oleh guru ialah adakah mereka mahu mengubah tingkahlaku mereka kepada sikap yang lebih baik?  Teori Pilihan membincangkan bagaimana individu itu bertingkahlaku dan mengapa mereka bertingkahlaku berdasarkan perspektif kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan masa, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan, skala perimbangan, tingkahlaku keseluruhan, sistem tingkahlaku, identiti berjaya dan identiti gagal.

       Merujuk kepada teori ini, guru seharusnya mengkaji semula tingkahlaku mereka bagi mengenalpasti mengapa mereka menyalahgunakan masa mereka berdasarkan kepada faktor-faktor yang dinyatakan tadi. Guru hendaklah menetapkan kehendak kualiti yang ingin

Page 14: Isu2

dicapai. Dalam kes ini, kehendak kualiti tersebut ialah mengisi masa senggang mereka di sekolah bagi mengelakkan masalah penyalahgunaan masa. Bagi memenuhi identiti berjaya pula, mereka akan mengalami rasa cinta terhadap kerjaya mereka, rasa dihargai dan keperluan-keperluan psikologikalnya yang lain. Namun begitu, kadangkala guru perlu melawan identiti gagal mereka seperti personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa. Sebagai seorang guru juga, mereka bertanggungjawab dalam memilih keputusan dalam hidup mereka. Setiap pilihan yang mereka buat adalah berdasarkan kepada keperluan asas mereka. Namun harus diingatkan, bahawa setiap pilihan itu mempunyai beberapa risiko tertentu. Maka guru seharusnya memilih tingkahlaku yang efektif sahaja agar dapat membentuk identiti berjaya.

            Terapi realiti pula adalah bagaimana kita dapat membantu diri kita dan orang lain. Terdapat empat proses dalam melaksanakan Terapi Realiti ini iaitu W(wants), D(directions),E(evaluation) dan P(planning).

            Proses menyelesaikan isu penyalahgunaan masa ini dapat dilakukan seperti di bawah:a)      Wants ( keperluan, kehendak dan persepsi )Dibawah proses ini, guru hendaklah menentukan matlamat mereka dalam kehidupan. Matlamat utama mereka ialah menyelesaikan masalah penyalahgunaan masa. Masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih kecil. Maka guru hendaklah menggariskan beberapa matlamat yang lebih kecil. Matlamat-matlamat tersebut ialah, menentukan aktiviti pada masa senggang, menepati masa apabila masuk ke dalam kelas,

Page 15: Isu2

mendahulukan perkara yang lebih penting dan menentukan kaedah pengajaran terbaik yang perlu dilaksanakan di dalam kelas. Semua matlamat ini hendaklah ditulis dengan jelas di atas satu kertas yang mudah menjadi rujukan guru tersebut.

b)     Directions (  terarah dan lakukan )Dalam proses ini pula, pengalaman masa lampau perlu dilihat untuk membentuk masa hadapan. Beberapa perkara perlu dilihat semasa proses ini berlaku. Dari segi perasaan, guru hendaklah benar-benar cuba untuk memfokuskan diri mereka untuk mencapai matlamat tersebut. Ini bermakna mereka perlu menyediakan diri mereka dari segi emosi agar matlamat tersebut dapat dicapai. Dari segi emosi pula, sokongan keluarga tidak kurang pentingnya. Selain itu, guru juga hendaklah mempunyai pemikiran yang positif dan sentiasa yakin bahawa matlamat mereka akan tercapai.

c)      Evaluation ( penilaian )Guru hendaklah memikirkan bahawa adakah matlamat mereka akan tercapai ataupun tidak tercapai. Oleh sebab itu, guru hendaklah memikirkan beberapa halangan yang akan dihadapi oleh mereka untuk mencapai matlamat yang diingini. Halangan yang paling besar adalah datangnya dari diri mereka sendiri. Dalam kes ini, motivasi intrinsik memainkan peranan yang paling penting untuk menyelesaikan masalah mereka. Maka guru perlu memikirkan langkah yang terbaik untuk meningkatkan motivasi intrinsik mereka. Halangan yang seterusnya datang dari keluarga guru itu sendiri. Perkara yang baik perlu mendapat sokongan dari keluarga sama ada pasangan, anak-anak mahupun ibu bapa. Sokongan

Page 16: Isu2

dari pentadbir dan rakan sejawat tidak kurang pentingnya.

d)     Plan (perancangan)Setelah membuat penilaian dan menyenaraikan matlamat, guru perlulah membuat perancangan tindakan yang ingin dilakukan. Senarai yang dibuat perlulah mendahulukan perkara yang lebih penting dulu. Pada masa yang sama, guru perlulah sentiasa menanamkan azam yang kuat untuk melakukan aktiviti tersebut demi mengatasi masalah penyalahgunaan masa. Guru hendaklah melakukan muhasabah diri agar dapat memikirkan perkara yang dilakukan adalah adalah kea rah kebaikan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah:a.       Masuk ke kelas awal dan keluar tepat pada masanya.b.      Melakukan reflesi pengajaran dan pembelajaran.c.       Berbincang dengan Ketua Panitia dan rakan-rakan sejawat mengenai hal-hal pengajaran dan pembelajaran.d.      Meneroka maklumat baru dari internet atau jurnal-jurnal pendidikan.e.       Menjalankan penyelidikan tindakan.f.       Memberikan latihan yang mencukupi dan memenuhi standard kecukupan.

            Selain itu, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adalah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha mengenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah. Jika

Page 17: Isu2

pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mengenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru-guru akan sedar kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi. 

            Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam menangani masalah ini. Rakan sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan-rakan yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya. Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat-sifat yang ideal sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.

Masa adalah sangat berharga kepada manusia. Di dalam al-Qur’an, Surah Al-‘Asr, Allah menerangkan kepada manusia tentang kepentingan masa. “Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka menyeru

Page 18: Isu2

kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran.” Maka, di dalam Islam itu sendiri telah menyatakan bahawa manusia yang tidak menggunakan masa dengan betul adalah orang-orang yang kerugian. Tugas guru adalah sebagai penyampai ilmu pengetahuan. Sekiranya kita tidak cuba menerapkan kepentingan masa kepada murid, maka, kita sebagai guru boleh dikatakan tidak berjaya memberi satu ilmu yang amat berguna. Pepatah Arab ada menyebut bahawa masa adalah ibarat pedang. Jika kita tidak menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita. Pepatah Cina pula menyebut bahawa semua bunga yang bakal berkembang pada hari esok adalah benih pada hari ini. Sebagai guru, kita hendaklah menghargai masa yang diberikan kepada kita terutamanya dalam waktu persekolahan. Ada juga yang mengatakan bahawa bertangguh itu pencuri masa. Orang yang tidak tahu menggunakan masa pula dikatakan orang yang mati. Kesemua kata-kata hikmat di atas menunjukkan kepentingan masa yang perlu dihayati insan bernama guru.

Secara keseluruhannya, guru perlu memahami bahawa penyalahgunaan masa adalah melanggar etika profession perguruan. Bukan itu sahaja, penyalahgunaan masa juga melibatkan hokum agama yang mengundang kepada rezeki yang halal. Sebagai guru, seharusnya kita menggunakan masa yang diperuntukkan kepada kita dengan perkara-perkara yang dapat member faedah yang berguna untuk pelajar-pelajar kita. Sebagai guru, kesedaran terhadap penyalahgunaan masa sangat penting dan perlu diberi perhatian. Justeru seluruh warga pendidik perlu memberikan komitmen yang tinggi untuk membentuk

Page 19: Isu2

murid-murid ini menjadi warganegara yang berguna, berilmu, berdisiplin dan berketrampilan

Page 20: Isu2

Isu Guru—Pendidik mesti bijak kawal emosi

Nama: Geraldine Sia Sing Ee

Isu Guru—Pendidik mesti bijak kawal emosi 

Tekanan boleh berlaku kepada sesiapapun tanpa mengira masa dan di mana-mana sahaja hatta di bandar mahupun di desa. Namun jika dilihat, tekanan sebenarnya lebih banyak berlaku di kawasan perbandaran terutamanya bandar-bandar besar  yang secara kebiasaannya melibatkan penduduk-penduduk yang bekerja, belajar mahupun yang menetap di kawasan tersebut.  Walaupun penduduk yang mendiami kawasan perkampungan ataupun desa sekalipun tidak dapat lari daripada tekanan, tetapi punca dan kesan tekanan di kampung tidaklah sehebat seperti mana mereka yang menetap di kawasan bandar.  Perkara ini dapat dibuktikan oleh laporan akhbar (Utusan Malaysia, 2007), di mana tekanan hidup di bandar merupakan punca utama yang menyumbang kepada penyakit mental. Perkara ini boleh difahami kerana persekitaran kehidupan di bandar yang serba-serbinya sukar seperti kos hidup yang terlampau tinggi, kesukaran mendapat pekerjaan, kesesakan jalanraya, kadar jenayah yang tinggi, kepadatan penduduk yang tinggi, kawasan penempatan yang terhad, pencemaran alam, tahap hubungan ataupun komunikasi di dalam masyarakat yang rendah, masalah sosial yang kronik dan sebagainya.

Kamus Dewan(1999) mendefinisikan tekanan sebagai satu desakan atau paksaan yang diterima oleh seseorang.  Ini bermaksud tekanan adalah suatu keadaan di mana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji melampau keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi.  Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang baru mengenai tekanan dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang.  Beliau menunjukkan bahawa tekanan boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada tekanan yang berlebihan boleh membawa maut. Situasi yang sama boleh berlaku ke atas manusia.  Schafer (1992) pula mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbals kepada permintaan terhadap dirinya.  Fontana (1989) juga memberi definisi tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangani permintaan itu, maka tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif.  Sebenarnya tekanan adalah sebahagian daripada kehidupan setiap insan, setiap gologan masyarakat tidak mengira usia akan berisiko untuk mengalami tekanan, cuma yang membezakannya adalah mengetahui kehadirannya atau tidak dan cara mengendalikan tekanan di dalam kehidupan seharian seseorang itu.  Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Institut Of Stress di New York, Amerika, didapati bahawa 90 peratus daripada lelaki dewasa mengalami stres yang amat tinggi sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25 peratus mengalami stres setiap hari.  Perangkaan ini menunjukkan bahawa stres dalam kehidupan seseorang individu yang semakin menjadi trend semasa.

Profesion perguruan merupakan satu profesion yang amat penting dalam masyarakat.  Profesion ini juga merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang

Page 21: Isu2

sangat mencabar.  Ini kerana guru dianggap pemberi kesan yang besar terhadap perkembangan kognitif (mental), afektif (sikap), kebolehan serta kemahiran fizikal dan sosial para pelajarnya.  Oleh yang demikian, seseorang individu yang berhasrat untuk menjadi guru hendaklah bersedia dari segi mental dan fizikal serta terdiri dari mereka yang terbaik dalam masyarakat.  Selain itu, individu tersebut juga hendaklah berusaha menjadi seorang pendidik dan pembimbing kepada para pelajarnya supaya mereka berupaya menghasilkan masyarakat yang seimbang seperti mana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN).  Bertitik tolak daripada FPN ini juga, adalah menjadi harapan bahawa individu yang terhasil dari sistem pendidikan negara ini nanti berupaya meneruskan warisan dan usaha masyarakat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nanti.  Mereka juga diharap agar mampu bersaing mengikut peredaran zaman seperti bak kata pepatah 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' jika dibandingkari dengan masyarakat luar.

Sesuai dengan peredaran zaman, tugas dan tanggungjawab seorang guru juga semakin bertambah, kalau dulu tugas seorang guru hanya terhad kepada mengajar, mendidik dan membimbing sahaja, kini selain daripada tugas tersebut, para guru juga mempunyai peranan yang paling besar iaitu terlibat dalam mengawal keseimbangan moral pelajar-pelajar.  Mereka juga terlibat dalam mengawasi disiplin pelajar agar pelajar tidak leka dan hanyut dalam arus pemodenan dan pembangunan.  Guru pada hari ini juga turut berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar dan selain itu terpaksa melaksanakan tugasan lain yang sudah menjadi rutin pekerjaan mereka.  Contohnya para guru terpaksa membuat persediaan mengajar, menyemak kerja bertulis pelajar, membuat kerja-kerja klerikal, menaip soalan ujian dan peperiksaan, menyelia aktiviti kurikulum dan kokurikulum, menghadiri mesyuarat, kursus, seminar atau bengkel, menyelesaikan masalah disiplin pelajar, mengurus hal-ehwal kebajikan pelajar dan pelbagai lagi tugasan yang lain. Berdasarkan kepada pernyataan di atas, jelaslah kepada kita bahawa guru mempunyai tugas harian, mingguan dan tahunan yang penuh mencabar dan profesion perguruan ini sebenarnya adalah sukar dan meletihkan. 

Terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan kerjaya guru dewasa ini.  Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa kerja, beban dan tugas guru sekarang tidak mewujudkan kerjaya guru yang menarik.  Malah tidak dapat dinafikan ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan adakalanya tugas ini bukan sesuatu yang dirancang tetapi muncul secara situasi yang tidak diduga (Abdul Shukor, 1996).  Jika keadaan demikian dibiarkan berterusan sudah pasti suasana pengajaran dan pembeiajaran di sekolah kini akan menuju ke arah satu keadaan yang tidak terurus dan menghadapi kegagalan untuk mencapai matlamat yang diidamkan.  Individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan jika ia berada dalam keadaan tertekan.  Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan.  Hal-hal ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat positifnya, apalagi sifat kasih sayang.  Tanda-tanda stres seperti sikap berang, murung, mengambil keputusan atau memikirkan untuk berhenti atau bersara sebelum tempoh persaraan mereka akan muncul apabila seseorang mengalami perasaan tertekan.

Page 22: Isu2

Memandangkan isu-isu keguruan ataupun isu guru yang sering dipapar melalui surat akhbar, memang tidak dapat dinafikan ramai guru pada masa kini mengalami tekanan yang lebih serius jika dibandingkan dengan rakan-rakan mereka yang terdahulu.  Malahan mengajar itu sendiri disifatkan sebagai pekerjaan yang sering terdedah kepada tahap tekanan yang tinggi dan tekanan berhubung dengan kerja dilaporkan sebagai merangkumi lebih dari separuh daripada pelbagai tekanan yang dihadapi oleh guru.  Tambahan pula, guru sering melaporkan tahap tekanan yang mereka alami lebih tinggi jika dibandingkan dengan rakan-rakan mereka di dalam profesion yang lain.  Oleh kerana beban kerja yang banyak, telah menyebabkan sesetengah guru adakalanya kecewa dan bertindak di luar kawal secara spontan. 

Seterusnya saya akan membincangkan secara mendalam tentang isu guru yang mengenai gangguan tekanan emosi guru masa kini dengan seseuatu contoh daripada artikel Utusan Malaysia.  Isu dalam artikel Utusan Malaysia tersebut telah melaporkan bahawa seorang warden asrama mengarahkan ramai pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawang Assan berendam di dalam kolam ikan kerana kesalahan seorang daripada mereka membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan.  Perbuatan di atas menunjukkan guru tersebut sedang mengalami gangguan tekanan emosi dan juga tidak bijak mengawal emosinya dan hal ini telah membawanya kepada berlakunya perkara di atas.

Punca-punca StresMasalah disiplin pelajarPunca-punca tekanan emosi bermaksud sebab yang menjadi asas, asal mula, pokok pangkal terjadinya keadaan menekan. Antara faktor yang menjadi punca tekanan terhadap guru dalam isu di atas adalah masalah disiplin pelajar.  Saya amat bersetuju dengan punca yang dikatakan oleh Saporan Sipon dalam isu ini bahawa masalah disiplin sememangnya boleh menggugat emosi seseorang guru.  Masalah disiplin pelajar di sekolah pada hari ini berada pada paras yang agak serius walaupun kadangkala kenyataan ini telah ditolak olep pihak-pihak tertentu.  Guru kerapkali berhadapan dengan situasi sebegini dan adalah menyedihkan apabila maslah ini masih lagi belum mampu diselesaikan sepenuhnya.  Disiplin bermaksud kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada pihak yang berkuasa serta cara untuk menetapkan hukuman ataupun peraturan.  Oleh kerana itu apabila terdapat kalangan pelajar yang menghadapi masalah disiplin, ini bermakna mereka tidak lagi mampu untuk mengawal diri apatah lagi patuh kepada peraturan dan pihak yang berkuasa lalu mereka sepatutnya dikenakan hukuman atas segala kesalahan yang mereka lakukan.  Perlanggaran disiplin oleh pelajar menunjukkan mereka sedang menghadapi sesuatu masalah dan mereka perlu melakukan sesuatu secara kekerasan untuk menenangkan kembali jiwa mereka.  Perkara ini dapat dibuktikan melalui Tattum (1986), apabila terdapat para pelajar yang sengaja melakukan perkara yang tidak baik (devian) sebagai satu bentuk menyemulajadikan semula interaksi mereka. Apa yang cuba diperkatakan oleh Tattum ialah hanya dengan melakukan kesalahan sahaja sebagai satu-satunya alternatif bagi membolehkan pelajar-pelajar ini melepaskan segala perasaan yang terpendam di jiwa. Antara perkara-perkara negatif yang dilakukan mereka termasuklah apa yang telah dilakukan oleh pelajar perempuan SMK Bawang Assan yang membuang tuala wanita

Page 23: Isu2

di dalam mangkuk tandas asrama perempuan, memaki-hamun orang lain termasuk guru mereka dengan kata-kata kesat, menghisap rokok ataupun dadah, membuli pelajar lain, bergaduh, terlibat dalam kongsi gelap dan sebagainya.  Perkara sebegini terjadi mungkin disebabkan oleh percampuran pelbagai jenis pelajar yang berbeza dari segi latar belakang di dalam sebuah sekolah yang sama, di mana ianya akan membawa kepada pertembungan pandangan, pemikiran dan gaya hidup yang ternyata berbeza.  Masalah akan mula timbul apabila pelajar-pelajar ini tidak mampu untuk berhubungan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah ataupun kelas lalu mereka mula hendak melepaskan diri.  Komunikasi yang tidak berkesan akan menimbulkan jurang yang besar di antara manusia.  Jurang ini seterusnya akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam diri pelajar-pelajar ini, lalu mereka akan melakukan sesuatu untuk melampiaskan perasaan tersebut. Apabila guru berhadapan dengan pelajar yang bermasalah disiplin, maka mereka akan sentiasa terbayang-bayangkan sikap dan perlakuan pelajar-pelajar sebegini sampai guru tersebut berasa tertekan dengan keadaan tersebut dan bertindak dengan mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan masalah ini sehingga kadangkala menimbulkan trauma pula kepada guru tersebut seperti apa yang telah berlaku oleh guru dalam isu mengarah pelajarnya berendam di dalam kolam ikan.  Perubahan Selari dengan faktor yang ditunjukkan dalam artikel perenggan ketujuh, perubahan dalam sistem pendidikan juga merupakan salah satu faktor yang menjadikan punca tekanan dalam kalangan guru.  Oleh kerana terdapat perubahan demi perubahan dalam sistem pendidikan, maka ini telah memberi kesukaran kepada sebahagian guru untuk menyesuaikan diri dengan perubahan hingga wujudnya tekanan dalam menjalankan tugas.  Tekanan yang dihadapi itu seterusnya akan memberi kesan kepada emosi, psikomatik dan fizikal guru.  Justeru itu, NUTP telah mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan jawatan pembantu guru di sekolah-sekolah bagi mengambil alih tugas sosial terhadap pelajar yang sebelum ini terpaksa dilaksanakan oleh guru-guru sendiri (Utusan Malaysia, 21 Jun 2009).  Langkah yang diambil ini adalah bertujuan bagi memastikan guru-guru dapat memberi sepenuh komitmen kepada tugas-tugas mengajar.  Sehubungan itu, guru-guru tidak terbeban lagi dengan tugas-tugas luar seperti menguruskan hal-hal sosial pelajar yang merangkumi aktiviti ko-kurikulum, urusan dokumen pelajar dan aspek luar kelas.  Ini sekaligus dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Kepercayaan ibu bapa pelajar terhadap guruKurangnya keyakinan dan kepercayaan ibu bapa pelajar terhadap guru, harapan yang tinggi daripada ibu bapa pelajar dan berurusan dengan ibu bapa pelajar  merupakan satu lagi faktor yang menjadi punca yang mengakibatkan tekanan emosi guru terganggu.  Ibu bapa pelajar sememangnya meletakkan harapan yang tinggi pada guru-guru bagi memastikan kecemerlangan akademik anak-anak mereka. Namun, adakalanya harapan ibu bapa terhadap pelajar adalah tidak realistik hingga menyebabkan guru-guru berada dalam keadaan stres.

Kekangan masakekangan masa turut menyebabkan guru stres. Dipercayai bahawa stres yang dialami oleh guru akan memberi impak negatif terhadap pelajar dan menyebabkan pengajaran menjadi kurang efektif.  Bukan itu sahaja, tugas perkeranian seperti mengambil kedatangan dan merekodkan gred pelajar telah menyukarkan guru

Page 24: Isu2

mengimbangkan dengan tugas mengajar.  Seringkali guru mengalami stres berpunca dari tugasan luar dari pengajaran, penyediaan kertas kerja, menghadiri pelbagai mesyuarat dan tugas berkaitan pengurusan bilik darjah.  Namun, tidak dapat dinafikan tugas utama guru yang perlu dilaksanakan sebagai memenuhi tanggungjawab utama adalah menyediakan rancangan mengajar, mengajar, menyediakan aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran dan menanda buku.

Hubungan interpersonalSeseorang guru yang mempunyai hubungan interpersonal yang tidak baik turut akan mengakibatkan guru tersebut mengalami tekanan emosi semasa berkerja.  Faktor hubungan interpersonal ini kerap berlaku di antara guru-guru biasa dengan pihak pentadbir sekolah seperti ketua-ketua panitia mata pelajaran, ketua-ketua bidang mata pelajaran, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Pentadbiran malah dengan Pengetua sekolah. Hubungan yang kurang baik di antara guru biasa juga berlaku.  Wujudnya jurang komunikasi di antara guru lama dengan guru baru dan kurangnya rasa hormat menghormati di kalangan guru ketika menjalankan tugas. Terdapat juga sebilangan guru yang suka mencampuradukkan urusan peribadi dengan tugas di sekolah yang boleh menjejaskan hubungan di kalangan guru-guru.

Faktor PenghargaanBiasanya pihak pentadbir akan hanya menghargai guru-guru yang prestasi akademiknya meningkat dalam peperiksaan utama. Kemungkinan guru-guru berasa tertekan dan kecewa apabila hasil pengorbanan mereka kurang dihargai oleh pihak pentadbir.  Bagi guru-guru lain, mungkin mereka telah mengajar dengan baik tetapi faktor pelajar dan faktor-faktor lain telah menyebabkan mutu mata pelajaran yang guru itu mengajar merosot.  Maka perkara ini perlulah diambil kira juga oleh pihak pentadbir. Sebenarnya guru-guru tidak mengharapkan sangat pemberian hadiah atau anugerah khidmat cemerlang, namun ucapan terima kasih dan tahniah sudah cukup memadai sebagai tanda penghargaan di atas jasa mereka. Di samping itu, penghargaan oleh pihak pentadbir terhadap staf bawahannya akan dapat menaikkan motivasi dan semangat guru-guru serta secara langsung dapat mengurangkan tekanan kepada mereka.  Faktor kekurangan penghargaan ke atas kerja yang dilakukan oleh guru boleh mempengaruhi tekanan kerja guru.

Kekangan kekurangan sumberKekurangan sumber seperti kekurangan bilik darjah, kekurangan makmal komputer, komputer dan perisiannya merupakan faktor penting kepada guru-guru yang memerlukan peralatan tersebut untuk pengajaran. Tambahan pula mata pelajaran yang diajarnya itu memang berkaitan dengan alat-alat tersebut. Sekiranya kekurangan sumber ini berlaku, ianya akan menyebabkan guru-guru menjadi kurang bersemangat dan tertekan kerana ia boleh menjejaskan kualiti pengajarannya.

Cara Menangani Masalah Tekanan EmosiJika tekanan emosi tidak diselesaikan dengan memuaskan, ia boleh menggugat kesejahteraan seseorang guru.  Misalnya boleh menyebabkan guru merasa dan memohon untuk meletak jawatan atau memohon untuk bersara awal seperti apa yang dikemukakan dalam artikel. Terdapat banyak cara penyelesaian untuk menangani stres ataupun tekanan emosi di kalangan guru.  Antaranya adalah cara

Page 25: Isu2

yang dikemukakan dalam artikel iaitu kaedah berdaya tindak dan mempunyai sokongan sosial yang selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran sekarang iaitu mendidik guru-guru baru agar dapat mengawal emosi mereka supaya kejadian mendera pelajar dapat dielakkan. 

Selain daripada cara penyelesaian tekanan yang dicadangkan di atas, cara menolak tanggungjawab tambahan juga merupakan salah satu cara penyelesaian masalah.  Terdapat beberapa jenis stres yang boleh disingkirkan oleh guru dalam melaksanakan tanggungjawabnya.  Seorang guru perlu belajar cara untuk mengatakan “tidak” atau “tidak mahu” sama ada dalam kehidupan peribadi atau profesional.  Guru boleh menolak tanggungjawab tambahan jika guru berkenaan tidak dapat menghadapinya atau tidak berkemampuan melaksanakannya kerana menanggung sesuatu tugas tambahan yang tidak terdaya akan menyebabkan stres.

Sehubungan itu, elakkan orang yang menyebabkan stres juga merupakan salah satu cara menangani stres yang baik.  Seseorang guru boleh cuba untuk mengelakkan individu yang boleh menyebabkan stres kepadanya.  Guru boleh mengurangkan masa berhubungan dengan individu yang menyebabkannya menghadapi stres.  Sebaliknya, tambah dan kuatkan hubungan atau jaringan dengan rakan-rakan sekerja atau rakan lain untuk menlindungi guru daripada stres.

Apabila dalam stres, guru boleh berkongsi pandangan dan luahan dengan rakan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai.  Jika punca stres guru disebabkan oleh hubungan sosial dengan rakan sekerja, maka keutaam guru adalah membina perkaitan yang kukuh dan hubungan yang boleh memuaskan hati guru.  Antara cara membantu menenangkan stres adalah mengadakan perjumpaan dengan rakan semasa makan tengah hari atau makan malam, menghantar e-mel kepada rakan, membantu rakan secara sukarela dan sebagainya. 

Di samping itu, guru juga digalakkan untuk melibatkan diri dalam kumpulan perbincangan dan atau forum.  Terdapat banyak forum guru di laman web di mana guru bukan sahaja boleh meluahkan perasaan atau kekecewaan tetapi mendapatkan nasihat daripada guru berpengalaman yang mengalami masalah-masalah yang sama. 

Salah satu cara lagi demi mengurus stres adalah dengan mengawal cara seseorang memberikan respons terhadap stres yang dihadapi ataupun mengubah perspektif beliau terhadap stres.  Menguruskan stres bermaksud seseorang bertindak atas diri dari segi mengambil alih pemikiran, emosi, jadual, persekitaran dan cara menghadapi sesuatu masalah.  Pengurusan stres melibatkan perubahan terhadap situasi stres yang dihadapi, mengambil masa untuk berehat dan menenangkan diri.

Sebagai guru, penulisan jurnal juga boleh membantu kita untuk mengenalpasti punca stres dan cara menanganinya.  Contohnya, dalam jurnal tersebut catatkan punca stres yang dihadapi, bagaimana anda rasa secara fizikal dan emosi dan bagaimana kita bertindak balas terhadap respons dan perkara yang boleh menenangkan kita.  Maka jurnal tersebut boleh menjadi bahan rujukan pada masa akan datang jikalau kita menghadapi masalah yang sama. 

Page 26: Isu2

Mengikut Waxler(2009), guru seharusnya berfikir secara positif dan satu cara terbaik adalah menyebutkan pemikiran-pemikiran yang positif setiap hari.  Contohnya, setiap hari guru perlu menyatakan kata-kata positif tentang tugasnya, pelajarnya dan rakan sekerjanya.  Seseorang guru akan berasa kagum tentang impaknya kepadanya sepanjang hari bertugas.

Selain itu, cara penyelesaian yang lain yang boleh diambil oleh kita sebagai seorang guru apabila menghadapi stres adalah menguruskan tugas dengan sistematik supaya tidak terlalu terbeban.  Jangan cuba mencapai terlalu banyak tugas dalam masa yang singkat.  Oleh sebab guru berhasrat mencapat terlalu banyak tugas dalam sehari maka situasi tersebut akan menyebabkan mutu kerja merosot.  Kesannya ialah hasil yang dicapai merupakan satu tekanan kepada guru.  Maka, guru perlu mengutamakan tugas-tugas yang penting dan rancang apa yang boleh dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.

PenutupKesimpulannya, tekanan emosi sememangnya berlaku dalam profesion perguruan kerana profesion perguruan merupakan salah satu profesion yang sering berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah.  Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru pasti akan menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru.  Jadi sebagai seorang pendidik, kita bukan sahaja perlu bersiap sedia dari segi fizikal tetapi juga dari segi mental.  Hal ini adalah kerana dalam abad kini yang ditempuhi pelbagai cabaran dan perubahan, jika seseorang guru tidak dapat mengadaptasi perubahan, menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka pasti akan mengalami tekanan emosi.   Jadi, guru perlu kenal pasti diri sendiri dan bijak untuk memilih langkah terbaik agar dapat menangani tekanan emosi dengan berkesan