isu penghinaan islam

25
ISU PENGHINAAN ISLA by: • Raja Eva Izmal Najwa • Siti Aimi Asyarah Nur Aishah

Upload: utm

Post on 06-Aug-2015

136 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Penghinaan Islam

ISU PENGHINAAN ISLAM

by:• Raja Eva Izmal

Najwa• Siti Aimi

Asyarah• Nur Aishah

Page 2: Isu Penghinaan Islam

1. ISU BAK KUT TEH

Page 3: Isu Penghinaan Islam

KEMARAHAN UMAT ISLAM !

Pasangan Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, yang pernah mencemarkan maruah negara di Singapura dengan memuat naik gambar dan video lucah mereka ke blog, terus mencipta kontroversi. Pada kali ini,pasangan itu telah menghina agama Islam dengan memuat naik gambar makanan haram,Bak Kut Teh(sup khinzir) sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook.

Penerbitan status itu mengandungi gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!" yang mengandungi logo halal ini telah mengundang kemarahan umat ISLAM.

Page 4: Isu Penghinaan Islam

• Pada gambar berkenaan, kedua-dua mereka turut menulis keterangan gambar seakan-akan menyindir iaitu

'Izinkan kami memperkenalkan cara kamimemupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan yang mulia ini. Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri!

Page 5: Isu Penghinaan Islam

TINDAKAN KE ATAS ALVIN-VIVIAN

• 19 Julai, Alvin Tan dan Vivian Lee telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Khamis (18 Julai) atas tiga pertuduhan menerbitkan gambar menghasut umat Islam di bulan Ramadan dan mempamerkan gambar-gambar lucah di sebuah laman web.

• Selepas mendengar hujah daripada peguam bela dan pihak pendakwaan, Hakim Datuk Azman Hussin telah menetapkan pasangan terbabit diikat jamin RM30,000 iaitu RM10,000 bagi setiap pertuduhan serta dua orang penjamin setiap seorang selain mengenakan empat syarat selepas membenarkan permohonan semakan dikemukakan mereka.

Page 6: Isu Penghinaan Islam

• Tuduhan pertama :  didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial facebook "Alvi dan Vivian-Alvivi".

• Tuduhan kedua: didakwa memuat naik penerbitan itu di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi, yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan agama berlainan.

• Tuduhan ketiga:  didakwa mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di www.alviviswingers.tumblr.com.

Page 7: Isu Penghinaan Islam

• Mereka yang pernah ditahan selama 8 hari di penjara sebelum dibenarkan diikat jamin hanya menyatakan “not bad” berkenaan pengalaman mereka di penjara tanpa mengulas lebih lanjut.

• Hakim juga melarang kedua-dua tertuduh mengulangi memuat naik gambar dan komen menyentuh sensitiviti kaum dan agama, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta dilarang menggunakan peranti komunikasi rangkaian yang boleh diakses kepada internet untuk memuat naik gambar dan komen sama.

Page 8: Isu Penghinaan Islam

• "Kata benda-benda yang menyakitkan hati orang mungkin orang akan balas...nanti jadi bermusuhlah. Ini orang yang tak ada akal, bodoh yang tidak boleh diajar," 

"Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan,“ - Tun Mahathir.

Page 9: Isu Penghinaan Islam

2. VIDEO SATU HARI DIHARI

RAYA

Page 10: Isu Penghinaan Islam

• Video itu menjadi kontroversi setelah disebarkan secara meluas di laman sosial baru-baru ini dan telah menimbulkan perasaan marah di kalangan ramai orang Islam ekoran cara ucapan Hari Raya Aidil Fitri bersama anjing itu dikatakan telah menguris hati umat Islam di negara ini

• Rakaman video selama 1 minit 44 saat itu menunjukkan Chetz  yang kini berusia 38 tahun memakai Baju Melayu hitam dan membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah – olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu

• Video itu juga menyiarkan kata-kata “Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu)

Page 11: Isu Penghinaan Islam

• Mengenai reaksi Chezt Yusof (Maznah Mohd Yusuf) ,dia berasa sedih kerana video berkenaan disalah tafsir dan menafikan bahawa tindakannya itu merupakan satu penghinaan kepada Islam.

• Chetz Yusof turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela. Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.

Page 12: Isu Penghinaan Islam

• Menurutnya lagi, video tersebut sudah lama diterbitkan,iaitu 3 tahun yg lalu dan kini hangat diperkatakan di laman sosial.

• (Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.

• Chetz Yusof menyatakan bahawa membela anjing itu adalah hobinya dan beliau sendiri berkerja sebagai jurulatih anjing(dogs trainer).

Page 13: Isu Penghinaan Islam

TINDAKAN KEATAS CHETZ

YUSOF • Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, Jakim dan pihak berkuasa agama negeri berkenaan juga bercadang memanggil Maznah bagi mendapatkan penjelasan dan memberikan nasihat kepada beliau.

• Jakim boleh mencuba satu program bagaimana hendak membimbing dan memulihkan kembali akhlak Chetz.

Page 14: Isu Penghinaan Islam

• Maznah telah direman selama dua hari untuk siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

• Maznah yang merupakan seorang jurutera di Petaling Jaya diwakili oleh peguam Latheefa Koya.

• Jakim akan mengadakan program bimbingan terhadap pelajar Malaysia di luar negara agar perkara sedemikian tidak berulang.

Page 15: Isu Penghinaan Islam

ULASAN DAN PANDANGAN MASYARAKAT.

• Islam jelas meletakkan hukumnya haram bagi kita menyentuh anjing hingga perlu disamak dan dibasuh tujuh kali termasuk dengan air tanah, tetapi bukan sesuatu yang asing apabila ada orang Islam bangga bergambar dengan binatang itu.

• Tindakan itu sangat memalukan apabila takbir kemenangan selepas sebulan berpuasa dijadikan mainan, seolah-olah menyamakan dengan beraya bersama anjing.

Page 16: Isu Penghinaan Islam

• Chetz sudah mendapat liputan dan pujian masyarakat atas kecintaannya pada anjing sebagaimana satu artikel bertajuk Meet Maznah, the Muslim dog-trainer pada 20 Februari 2011 selepas dia memuat naik video itu pada 2010.

• Daripada komen-komen pembaca terhadap artikel dan video itu, ramai memuji dan bangga dengan Chetz.

• Terdapat ramai pembaca yang menyatakan bahawa video tersebut tidak perlu dijadikan isu kerana jelas sekali ianya lebih kepada hak asasi binatang sahaja.

Page 17: Isu Penghinaan Islam

• Terdapat juga pembaca yang membantah pendapat tersebut dan menyatakan video tersebut sudah terang lagi bersuluh sudah mempersendakan Islam kerana muzik latar yang jelas kedengaran takbir raya itu tidak sesuai dengan video anjing-anjingnya.

• Ada juga yang mempersoalkan pernyataan chetz “(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak.” kerana mengapa video tersebut tidak pulak menunjukkan beliau menyamak dengan air tanah selepas membasuh kaki anjingnya.

Page 18: Isu Penghinaan Islam

• Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata,cara persembahan video berkenaan boleh dianggap menghina Islam kerana menyentuh soal ibadat dengan najis mughalazah (berat) apabila disentuh dalam keadaan basah.

• Datuk Othman berkata, perbuatan itu apabila divideokan, seolah-olah cuba memperlihatkan ia sebagai cara konsep suci dalam Islam padahal ia sama sekali bertentangan.

• Menurutnya, pandangan Islam terhadap binatang termasuk cara layanan adalah sama cuma konsep penyucian berbeza dan apa yang cuba ditunjukkan oleh Maznah adalah salah dan dilihat disengajakan, apatah lagi ia divideokan untuk tontonan umum, katanya.

Page 19: Isu Penghinaan Islam

• Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.

Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.

Dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : "Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot". [H.R Bukhari dan Muslim]

*satu qirot bersamaan besarnya Bukit Uhud* 

Page 20: Isu Penghinaan Islam

• (Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing itu sendiri, sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandongi air liur. Najis anjing yang mungkin terpalit dibadan anjing itu sendiri atau ditapak kasut yang kita tidak sedari. Timbul was-was. Lebih baik elakan langsung)

Page 21: Isu Penghinaan Islam

• Apa yang digaris oleh Islam dalam syariatnya ialah lebih kepada menjaga kemaslahatan penganutnya. Bukan sekadar menyuruh Muslim membuat itu dan meninggalkan ini, malahan lebih daripada itu.

Sebab itu agama Islam tidak boleh dikias sesuka hati mengikut perasaan.. rujuk dulu Al-Quran dan hadis... siapa yg mengikut logik akal dia sendiri, maka sesatlah ia..

Page 22: Isu Penghinaan Islam

3. ALAN TANG HINA ISLAM

Page 23: Isu Penghinaan Islam

• Alan Tang( pembantu peribadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Stulang, Andrew Chen Kah Eng) menafikan bahawa dia yang memuat naik ucapan Aidilfitri memaparkan gambar kepala babi bersama makanan tradisi hari raya, ketupat dan lemang di laman sosial FACEBOOK.

• Alan Tang menyatakan bahawa akaunnya telah digunakan oleh individu lain yang yang meniru foto serta namanya di laman Facebook, sekali gus memfitnahnya menulis status yang menghina Islam.

Page 24: Isu Penghinaan Islam

• Walaubagaimanapun, kes ini masih lagi dalam siasatan Polis Johor menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes berkenaan.

• Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis juga turut mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam, bagi memulakan siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

• Pihak polis akan meneliti dan menjejaki individu sebenar yang bertanggungjawab memuat naik status yang telah mengundang kemarahan umat Islam di negara ini.

Page 25: Isu Penghinaan Islam

SEKIAN...• Sebagai rakyat malaysia yang beragama

ISLAM,adakah kita perlu biarkan sahaja perkara ini berlaku??

• Semakin hari,semakin banyak isu-isu sensitif yang timbul dan siapakah yang harus dipersalahkan?

• Fikirkan dan renungkanlah…