isu no. 12, 2016 buletin marpa · 1p 2 marpa 2016/2018 info semasa –agensi 2 3 4 4 5 6 (ii)...

6
n Buletin MARPA bin (Agensi Nuklear Norhasfalina binti Abdullah (Agensi Nuklear 1 2 MARPA 2016/2018 Info semasa agensi 2 3 4 4 5 6 (ii) Hubungi kami 1 Isu No. 12, 2016 BULETIN MARPA Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (Malaysian Radiation Protection Association) Perutusan Pengerusi MARPA Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdullillah, setinggi kesyukuran kerana Buletin MARPA dapat dikeluarkan mengikut jadual justeru saya dengan sukacita merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa MARPA di atas penerbitan Buletin MARPA Isu No. 12, 2016 ini. Dengan penerbitan buletin ini, adalah diharapkan ahli MARPA dan rakyat Malaysia secara amnya mendapat pelbagai maklumat berkaitan perkembangan teknologi sinaran dan perlindungan sinaran di Malaysia. MARPA sentiasa komited untuk berubah selaras dengan kepesatan teknologi semasa. Sehubungan dengan itu, MARPA mengambil inisiatif mengemaskini antaramuka (interface) laman web rasmi MARPA supaya lebih interaktif. Laman Facebook MARPA juga diwujudkan bagi membolehkan perkongsian umum berkaitan perlindungan sinaran dan hebahan program MARPA dapat dikongsi kepada ahli-ahli dan masyarakat umum. Kedua-dua laman ini boleh diakses melalui h ttp ://w ww.mar p a. or g.my/ dan h ttp s://www.fac eb ook .co m/MARPA.my/ Di peringkat antarabangsa pula, MARPA sesungguhnya bertuah kerana terpilih sebagai Pengerusi Asian Oceanic Association in Radiation Protection (AOARP) bagi tempoh bermula dari Mei 2014 hingga tahun 2018. Sempena Persidangan International Radiation Protection Association kali ke-14 (IRPA-14) di Cape Town, Afrika Selatan yang telah diadakan pada 9 Mei 2016, Presiden MARPA telah mempengerusikan Mesyuarat bagi Jawatankuasa Eksekutif (EC) kali ke-7 bagi membincangkan persiapan penganjuran AOCRP-5 di Melbourne, Australia pada tahun 2018. Saya berharapan tinggi agar penyertaan yang menggalakkan daripada Malaysia terutamanya ahli MARPA pada program AOCRP-5 2018 nanti. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua ahli MARPA yang telah menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (MARPA) yang telah diadakan pada 30 September 2016. Syabas dan tahniah di atas pelantikan ahli Lembaga MARPA sesi 2016 - 2018. Kepada ahli Lembaga MARPA sesi 2014-2016, jutaan terima kasih di atas sumbangan anda semua. In syaa Allah dengan kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua ahli, MARPA akan terus memberi impak yang lebih besar dalam perkembangan perlindungan sinaran di Malaysia. Akhir kata, saya mewakili MARPA sentiasa mengalu-alukan dan menghargai sumbangan daripada ahli dalam bentuk pengalaman atau perkongsian ilmu secara langsung atau tidak dalam menjayakan program MARPA. Dengan keahlian terkini melebihi 300 orang meliputi bidang perubatan dan bukan perubatan, sesungguhnya MARPA akan terus menjadi organisasi yang sentiasa relevan kepada pihak industri, kerajaan dan orang awam dalam bidang perlindungan sinaran di Malaysia. Selamat maju jaya. Terima kasih. Prof. Dr. Amran bin Ab Majid Presiden MARPA AJK Penerbita Buletin MAR 2014/2016 Dr. Wan Saffiey Wan Abdullah (Agensi Nu Malaysia) Norhasfalina Saidin (LPTA) Norhayati binti (Agensi Nu Malaysia) Kandungan Perutusan pengerusi Ahli Lembaga Info semasa agen latihan [CEP] Program kerjasama MARPA 2014-2015 Program kerjasama MARPA 2016 Galeri aktiviti 2016 Program MARPALawatan ke Lynas Mengenai MARPA (i) AORP

Upload: lamthuan

Post on 06-Mar-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu No. 12, 2016 BULETIN MARPA · 1P 2 MARPA 2016/2018 Info semasa –agensi 2 3 4 4 5 6 (ii) Hubungi kami 1 ... Malaysia secara amnya mendapat pelbagai maklumat berkaitan perkembangan

n

Buletin MARPA

bin

(Agensi Nuklear

Norhasfalina binti

Abdullah

(Agensi Nuklear

1

2

MARPA 2016/2018

Info semasa –agensi 2

3

4

4

5

6

(ii) Hubungi kami

1

Isu No. 12, 2016

BULETIN MARPA Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia

(Malaysian Radiation Protection Association)

Perutusan Pengerusi MARPA

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdullillah, setinggi kesyukuran kerana Buletin MARPA dapat dikeluarkan mengikut jadual justeru saya dengan sukacita merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa MARPA di atas penerbitan Buletin MARPA Isu No. 12, 2016 ini. Dengan penerbitan buletin ini, adalah diharapkan ahli MARPA dan rakyat Malaysia secara amnya mendapat pelbagai maklumat berkaitan perkembangan teknologi sinaran dan perlindungan sinaran di Malaysia.

MARPA sentiasa komited untuk berubah selaras dengan kepesatan teknologi semasa. Sehubungan dengan itu, MARPA mengambil inisiatif mengemaskini antaramuka (interface) laman web rasmi MARPA supaya lebih interaktif. Laman

Facebook MARPA juga diwujudkan bagi membolehkan perkongsian umum berkaitan perlindungan sinaran dan hebahan program MARPA dapat dikongsi kepada ahli-ahli dan masyarakat umum. Kedua-dua laman ini boleh diakses melalui h ttp ://w ww.mar p a. or g.my/ dan h ttp s://www.fac eb ook .co m/MARPA.my/

Di peringkat antarabangsa pula, MARPA sesungguhnya bertuah kerana terpilih sebagai Pengerusi Asian Oceanic Association in Radiation Protection (AOARP) bagi tempoh bermula dari Mei 2014 hingga tahun 2018. Sempena Persidangan International Radiation Protection Association kali ke-14 (IRPA-14) di Cape Town, Afrika Selatan yang telah diadakan pada 9 Mei 2016, Presiden MARPA telah mempengerusikan Mesyuarat bagi Jawatankuasa Eksekutif (EC) kali ke-7 bagi membincangkan persiapan penganjuran AOCRP-5 di Melbourne, Australia pada tahun 2018. Saya berharapan tinggi agar penyertaan yang menggalakkan daripada Malaysia terutamanya ahli MARPA pada program AOCRP-5 2018 nanti.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua ahli MARPA yang telah menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (MARPA) yang telah diadakan pada 30 September 2016. Syabas dan tahniah di atas pelantikan ahli Lembaga MARPA sesi 2016 -

2018. Kepada ahli Lembaga MARPA sesi 2014-2016, jutaan terima kasih di atas sumbangan anda semua. In syaa Allah dengan kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua ahli, MARPA akan terus memberi impak yang lebih besar dalam perkembangan perlindungan sinaran di Malaysia.

Akhir kata, saya mewakili MARPA sentiasa mengalu-alukan dan menghargai sumbangan daripada ahli dalam bentuk pengalaman atau perkongsian ilmu secara langsung atau tidak dalam menjayakan program MARPA. Dengan keahlian terkini melebihi 300 orang meliputi bidang perubatan dan bukan perubatan, sesungguhnya MARPA akan terus menjadi organisasi yang sentiasa relevan kepada pihak industri, kerajaan dan orang awam dalam bidang perlindungan sinaran di Malaysia.

Selamat maju jaya. Terima kasih.

Prof. Dr. Amran bin Ab Majid Presiden MARPA

AJK Penerbita

Buletin MAR

2014/2016

Dr. Wan Saffiey

Wan Abdullah

(Agensi Nu

Malaysia)

Norhasfalina

Saidin

(LPTA)

Norhayati binti

(Agensi Nu

Malaysia)

Kandungan

Perutusan pengerusi

Ahli Lembaga

Info semasa –agen

latihan [CEP]

Program kerjasama

MARPA 2014-2015

Program kerjasama

MARPA 2016

Galeri aktiviti 2016

Program MARPA–

Lawatan ke Lynas

Mengenai MARPA

(i) AORP

Page 2: Isu No. 12, 2016 BULETIN MARPA · 1P 2 MARPA 2016/2018 Info semasa –agensi 2 3 4 4 5 6 (ii) Hubungi kami 1 ... Malaysia secara amnya mendapat pelbagai maklumat berkaitan perkembangan

2

Sumber: portal AELB

Isu No. 12, 2016 BULETIN MARPA

AHLI LEMBAGA MARPA 2016/2018

1. Prof. Dr. Amran bin Ab Majid Presiden

2. Dr. Wan Saffiey bin Wan Abdullah Naib Presiden

3. En. Norfaizal bin Mohamed Setiausaha

4. Dr. Noraishah binti Othman Bendahari

AJK

1. En. Mohd Sidek bin Othman

2. Pn. Norhasfalina binti Saidin

3. En. Iberahim bin Ali

4. En. Ravintheran Karuppannan

5. En. Mohd Fazlie bin Abdul Rashid

6. Cik Norhayati binti Abdullah

INFO SEMASA: SENARAI AGENSI LATIHAN

Page 3: Isu No. 12, 2016 BULETIN MARPA · 1P 2 MARPA 2016/2018 Info semasa –agensi 2 3 4 4 5 6 (ii) Hubungi kami 1 ... Malaysia secara amnya mendapat pelbagai maklumat berkaitan perkembangan

3

Isu No. 12, 2016 BULETIN MARPA

Program kerjasama MARPA dan Agensi Nuklear

Malaysia (2014)

Program kerjasama MARPA dan Agensi Nuklear Malaysia

(2015)

Page 4: Isu No. 12, 2016 BULETIN MARPA · 1P 2 MARPA 2016/2018 Info semasa –agensi 2 3 4 4 5 6 (ii) Hubungi kami 1 ... Malaysia secara amnya mendapat pelbagai maklumat berkaitan perkembangan

4

Isu No. 12, 2016 BULETIN MARPA

Program kerjasama MARPA dan Agensi Nuklear Malaysia

(2016)

PROGRAM TARIKH & TEMPAT

Seminar Penulisan & Penerbitan 24 – 26 Mei 2016

Saintifik Dan Bengkel Ipoh, Perak

World Nuclear University (WNU) 30 Mei –03 Jun 2016

Short Course Pulau Pinang

Persidangan Sinaran Tidak Mengion 27-28 September 2016

Pulau Pinang

Seminar Keutuhan Bahan 28-29 September 2016

Pulau Pinang

Persidangan Perlindungan Sinaran 29 Nov–01 Disember 2016 dan Bengkel

Johor Bahru

GALERI AKTIVITI 2016

Mesyuarat agung

Tahunan MARPA ke-15

30 Sept 2016

Mesyuarat di antara MARPA dan Pusat Latihan Agensi Nuklear Malaysia

Page 5: Isu No. 12, 2016 BULETIN MARPA · 1P 2 MARPA 2016/2018 Info semasa –agensi 2 3 4 4 5 6 (ii) Hubungi kami 1 ... Malaysia secara amnya mendapat pelbagai maklumat berkaitan perkembangan

AKTIVITI MARPA 2016 — Lawatan ke Lynas Malaysia Sdn Bhd

Lawatan ke Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng, Pahang

anjuran Jawatankuasa Kecil Kemudahan Utama (JKKU), Agensi

Nuklear Malaysia dan Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia

5

BULETIN MARPA Isu No. 12, 2016

(MARPA) telah julung kalinya diadakan pada 26 Mei 2016 yang

lalu.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada

semua peserta mengenai aktiviti pemprosesan industri nadir bumi

di Malaysia. Seramai 26 orang ahli MARPA yang terdiri daripada

golongan profesional dari pelbagai badan kerajaan dan wakil dari

industri menyertai lawatan ini.

Setibanya di Lynas, pihak syarikat Lynas yang diwakili oleh

Prof. Dr. Ismail bin Bahari, Pengurus Besar Keselamatannya

memberikan taklimat berkaitan keselamatan dan perlindungan

sinaran yang dipraktikkan di premis kepada semua peserta lawatan.

Di akhir sesi taklimat, para peserta berpeluang

membincangkan isu pengurusan sisa radioaktif dan bertukar

pandangan mengenai kerjasama kajian di antara Agensi Nuklear

Malaysia dan Lynas pada masa akan datang. Seterusnya program

lawatan ini dilengkapkan dengan sesi bergambar dan lawatan

berpandu di sekitar tapak kilang.

Diharapkan program lawatan seperti ini akan diteruskan

dari semasa ke semasa dengan kerjasama dan penyertaan semua

pihak termasuklah ahli MARPA.

Page 6: Isu No. 12, 2016 BULETIN MARPA · 1P 2 MARPA 2016/2018 Info semasa –agensi 2 3 4 4 5 6 (ii) Hubungi kami 1 ... Malaysia secara amnya mendapat pelbagai maklumat berkaitan perkembangan

Selatan pada 9 Mei 2016.

Prof Dr Amran Ab Majid. Ini memandangkan MARPA merupakan

AOARP dianggotai oleh Persatuan Perlindungan Sinaran dari Negara

kali ke-4 yang telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

menganjurkan AOCRP-4 tersebut. Mesyuarat juga membincangkan

6

HUBUNGI KAMI

Persatuan Perlindungan Sinaran

Malaysia

(Malaysian Radiation Protection

Association)

Peti Surat 00002,

Pos Malaysia Bandar Baru Bangi JKR

208 A, Jalan 6C/9

43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan

Malaysia

603-8928 2961

603-8911 2156

[email protected]

m

http://www.marpa.org.my/

https://www.facebook.com/MARPA.my

Search: Malaysian Radiation Protection

Association

Mesyuarat bagi Jawatankuasa Eksekutif (EC) kali ke-7

Asian Oceanic Association in Radiation Protection (AOARP)

Asian Oceanic Association in Radiation Protection (AOARP) telah menganjurkan

Mesyuarat bagi Jawatankuasa Eksekutif (EC) kali ke-7 di Pusat Persidangan

Antarabangsa Cape Town di Cape Town, Afrika

Mesyuarat EC kali ini telah dipengerusikan oleh Presiden MARPA iaitu

Pengerusi AOARP bagi tempoh bermula dari Mei 2014 hingga tahun

2018.

Mesyuarat ini telah diadakan bersempena dengan Persidangan International Radiation Protection Association kali ke-14 (IRPA-14).

Jepun, Korea, China, Malaysia, India, Filipina dan Australia.

Dalam mesyuarat tersebut, MARPA membentangkan laporan tentang penganjuran

Asian Oceanic Congress on Radiation Protection (AOCRP)

Kuala lumpur pada 12-16 Mei 2014. Kesemua ahli mesyuarat berpuas hati dari segi

penganjuran dan pengurusan kewangan MARPA dalam

tentang persiapan penganjuran AOCRP-5 di Melbourne, Australia pada tahun 2018.