isu dan peranan agensi - wani & sofi

6
BANDARAYA MELAKA - Kerajaan negeri memandang serius kejadian guru sekolah di negeri ini yang didakwa dibuli pelajar mereka. Setakat ini, dua kejadian berlaku membabitkan guru yang dibuli selepas mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar berkenaan. Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi negeri, Datuk Md Yunos Husin berkata, situasi terbabit amat membimbangkan dan mungkin banyak lagi kes serupa tetapi tidak dilaporkan. Beliau berkata, dua laporan polis dibuat di Melaka Tengah dan Durian Tunggal, minggu lalu. "Dalam kes pertama, seorang guru wanita berusia 26 tahun mendakwa diejek dengan pelbagai perkataan yang menghina di sebuah kedai alat tulis di Bukit Piatu selepas mengambil tindakan terhadap murid berkenaan kerana membuat bising di dalam kelas. "Dalam satu lagi kejadian, seorang guru lelaki berusia 43 tahun dari sebuah sekolah vernakular di Durian Tunggal didakwa diugut abang seorang murid selepas dia mengambil tindakan disiplin terhadap murid berkenaan," katanya di sini, semalam. Yunos berkata, beliau difahamkan guru wanita berkenaan bertindak membuat laporan polis untuk melindungi dirinya dan bukannya untuk merujuk isu berkenaan kepada pihak Jabatan Pendidikan. “Bagaimanapun, kita berpendapat Jabatan Pendidikan perlu dilibatkan dalam hal ini kerana ia satu kejadian yang serius,” katanya. Sementara itu, menurut Yunos, isu berkenaan akan dibincangkan ke Mesyuarat Exco dalam usaha mencari jalan penyelesaian. “Dalam hal ini, satu jalan penyelesaian yang konkrit perlu dicari bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi untuk memastikan ia tidak terus merebak,” katanya.

Upload: hakimah-suib

Post on 12-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Isu Dan Peranan Agensi - Wani & Sofi

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Dan Peranan Agensi - Wani & Sofi

BANDARAYA MELAKA - Kerajaan negeri memandang serius kejadian guru sekolah di negeri ini yang didakwa dibuli pelajar mereka.

Setakat ini, dua kejadian berlaku membabitkan guru yang dibuli selepas mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar berkenaan.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi negeri, Datuk Md Yunos Husin berkata, situasi terbabit amat membimbangkan dan mungkin banyak lagi kes serupa tetapi tidak dilaporkan.

Beliau berkata, dua laporan polis dibuat di Melaka Tengah dan Durian Tunggal, minggu lalu.

"Dalam kes pertama, seorang guru wanita berusia 26 tahun mendakwa diejek dengan pelbagai perkataan yang menghina di sebuah kedai alat tulis di Bukit Piatu selepas mengambil tindakan terhadap murid berkenaan kerana membuat bising di dalam kelas.

"Dalam satu lagi kejadian, seorang guru lelaki berusia 43 tahun dari sebuah sekolah vernakular di Durian Tunggal didakwa diugut abang seorang murid selepas dia mengambil tindakan disiplin terhadap murid berkenaan," katanya di sini, semalam.

Yunos berkata, beliau difahamkan guru wanita berkenaan bertindak membuat laporan polis untuk melindungi dirinya dan bukannya untuk merujuk isu berkenaan kepada pihak Jabatan Pendidikan.

“Bagaimanapun, kita  berpendapat Jabatan Pendidikan perlu dilibatkan dalam hal ini kerana ia satu kejadian yang serius,” katanya.

Sementara itu, menurut Yunos, isu berkenaan akan dibincangkan ke Mesyuarat Exco dalam usaha mencari jalan penyelesaian.

“Dalam hal ini, satu jalan penyelesaian yang konkrit perlu dicari bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi untuk memastikan ia tidak terus merebak,” katanya.

Dipetik melalui akhbar Sinar Harian – 13 Oktober 2014

Page 2: Isu Dan Peranan Agensi - Wani & Sofi

ISU/MASALAH YANG BERLAKU

ISU 1 ISU 2Seorang guru wanita berusia 26 tahun

mendakwa diejek dengan pelbagai perkataan yang menghina di sebuah kedai alat tulis di Bukit

Piatu selepas mengambil tindakan terhadap murid berkenaan kerana membuat bising di

dalam kelas.

Seorang guru lelaki berusia 43 tahun dari sebuah sekolah vernakular di Durian Tunggal didakwa

diugut abang seorang murid selepas dia mengambil tindakan disiplin terhadap murid

berkenaan.

PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA ISU/MASALAH TERSEBUT

PUNCA-PUNCA Masyarakat tidak memahami peranan guru sebagai pendidik yang mendidik anak-anak

mereka dari pelbagai sudut seperti sahsiah, disiplin, rohani, akademik dan akhlak. Pihak keluarga/komuniti tidak menyelidik terlebih dahulu punca sebenar yang menyebabkan

anak mereka diambil tindakan disiplin oleh guru. Ibu bapa meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap anak-anak sehingga membuatkan

mereka tidak boleh menerima pernyataan bahawa anak-anak mereka terlibat dalam melakukan kesalahan disiplin di sekolah.

Ibu bapa menganggap bahawa mereka telah memberikan didikan yang sempurna untuk anak-anak.

Pihak media tidak mendapatkan maklumat secara mendalam terhadap isu yang berlaku atau dilaporkan dari pelbagai sumber yang sah seperti pihak sekolah, pihak JPN atau PPD yang terlibat dan ibu bapa sebelum menyiarkannya di saluran-saluran tv, media cetak dan internet.

Page 3: Isu Dan Peranan Agensi - Wani & Sofi

TANGGUNGJAWAB GURU

TANGGUNGJAWAB Berbincang dengan ibu bapa tentang masalah anak mereka di sekolah dan mengenalpasti

punca yang menyebabkan masalah itu berlaku hasil daripada pernyataan yang diberikan oleh ibu bapa.

Mencari dan mengumpul bukti-bukti dari pelbagai sumber yang berkait rapat serta boleh merungkai isu atau masalah yang timbul terhadap sesorang murid tersebut.

Melibatkan ibu bapa dalam sesi kaunseling bersama dengan anak-anak atau murid-murid yang terlibat supaya mereka bersama-sama mengenalpasti cara penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

PERANAN JABATAN ATAU AGENSI YANG TERLIBAT BAGI MENANGANI MASALAH YANG DIHADAPI

JABATAN/AGENSI PERANANKementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian: Memastikan pengurusan hal ehwal guru di sekolah

harian diuruskan dengan efisien selaras dengan keperluan perkhidmatan profesionalisme keguruan – Supaya tidak timbul isu atau masalah dalam organisasi sesebuah sekolah yang membawa kepada pertikaian oleh pihak luar seperti ibu bapa dan komuniti.

Bahagian Psikologi dan Kaunseling: Memberi perkhidmatan kaunseling kepada warga

kerja KPM dalam tempoh satu hari bekerja bagi kes baru selepas penerimaan permohonan tertakluk kepada persetujuan klien – Supaya guru tidak berasa tertekan dan sentiasa bersedia untuk menghadapi pelbagai situasi yang membawa kepada perspektif ibu bapa dan masyarakat yang negatif.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sektor Pengurusan Sekolah: Mengurus penempatan dan pertukaran guru –

Guru akan ditukar sekiranya didapati bersalah dalam kes-kes yang boleh menjatuhkan profesion keguruan setelah disiasat secara terperinci dan dikenakan tindakan tatatertib.

Mengurus penempatan dan pertukaran murid – Murid akan ditukar ke sekolah lain sekiranya didapati bersalah dalam kes-kes yang berat setelah diberi amaran ketiga dan digantung sekolah.

Page 4: Isu Dan Peranan Agensi - Wani & Sofi

Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (Unit Hal Ehwal Murid):

Merancang, mengurus, mengelola dan menyelia program, aktiviti pengayaan, pengukuhan, pencegahan dan pemulihan serta meningkatkan tahap disiplin di sekolah – Bagi memantapkan disiplin murid-murid di sekolah.

Menyelaras, menganalisis dan membuat tindakan susukan terhadap isu-isu kes salah laku murid – Supaya tindakan yang diambil adalah setimpal berpadanan dengan kes yang berlaku.

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Unit Pembangunan Kemanusiaan:

Bertanggungjawab kepada pengurusan dan program yang berkaitan dengan pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Pengurusan Disiplin, Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling, Pengurusan Pendidikan dan Pencegahan Dadah serta Pengurusan Kebajikan Murid – Supaya Unit Hal Ehwal Murid bagi sesebuah sekolah melaksanakan program yang telah disediakan dan memenuhi matlamat seperti yang diharapkan oleh KPM dalam urus tadbir disiplin murid.

Pihak Sekolah Guru Besar: Merancang dan melaksanakan program

pembangunan staf. Meningkatkan disiplin dan sahsiah murid. Mewujudkan hubungan harmonis antara pihak

sekolah dengan masyarakat umum. Menjalinkan perhubungan yang bermakna antara

sekolah dengan pelbagai institusi KPM dan agensi luar.

Guru Penolong Kanan HEM: Menguruskan Hal Ehwal dan Kebajikan murid.

Guru Bimbingan dan Kaunseling: Pembangunan dan pengembangan sahsiah murid

– Menjalankan program-program motivasi dan pembinaan jati diri murid-murid seperti Kem Kepimpinan dan Kem Pembangunan Sahsiah

Pendidikan kerjaya murid – Supaya murid dapat menetapkan matlamat dan hala tuju masa depan bagi melihat peluang kerjaya yang bersesuaian dengan tahap dan prestasi mereka. Sekaligus, murid akan berusaha untuk memperoleh kejayaan bagi mencapai matlamat mereka.