israk mikraj info

Upload: ahmad-romizi-abd-rashid

Post on 02-Nov-2015

75 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

israk

TRANSCRIPT

27 Rejab Peristiwa Israk & Mikraj Nabi MuhammadPosted 27/05/2014 by Shafi-Q inHot Rejab,KISAH TAULADAN. Tagged:27 Rejab Peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad ,Buraq,Nabi Muhammad /Rasulullah s.a.w.,Nabi Muhammad ,Peristiwa Isra' Mi'raj/Israk Mikraj,Peristiwa Israk & Mikraj,Sidratil Muntaha. Leave a Comment .Pada tarikh 27 Rejab setiap tahun, umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan Israk dan Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad dari Mekkah ke Madinah. Apabila bercerita tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa:1. Israkyakni perjalanan Nabi Muhammad menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.2. Mikrajialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Nabi Muhammad ini telah diabadikan oleh Allah di dalam Al-Quran:

Firman Allah : Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.(Surah Al-Israa: Ayat 1)..Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah hanya berlangsung pada satu malam. Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi Muhammad bukannya roh sahaja.

Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskanasra bi abdihi lailanyang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja.

Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyiasra bi rohi abdihi lailanyang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi Muhammad dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Setelah Rasulullah menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan Baginda . Fitnah terhadap Baginda bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan Baginda , maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi Muhammad lalu beliau dengan tegas menyatakan :

Benar! Aku mengakui bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika bagindamengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya.

Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan Nabi Muhammad berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam...A. Sebelum Israk dan Mikraj.Sebelum melalui kejadian Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mikail. Hati Baginda dicuci dengan air zam-zam serta dibuang ketulan hitam(alaqah)iaitu tempat syaitan membisikkan wasnya. Kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah . Setelah itu, dada Baginda dijahit dan dimeterikan dengankhatimin nubuwwah.

Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernamaBuraquntuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakanIsrakitu...B. Semasa Israk(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):.Sepanjang perjalanan (Israk) itu Nabi Muhammad diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat tertentu (tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat.Di antara tempat berkenaan adalah:

1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah ;3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan);..Peristiwa Ajaib.Dalam perjalanan itu juga Nabi Muhammad menghadapi gangguan jin Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :.1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah dibertahu oleh Jibrail :Itulah kaum yang berjihad Fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah diberitahu oleh Jibrail :Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Firaun) bersama suaminya dan anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah :Itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail :Itulah orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail:Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing mempunyai isteri / suami.6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail:Itulah orang yang makan riba`.7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail:Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail:Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail:Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail:Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia.Jika Rasulullahmemberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah tidak menghiraukannya. Kata Jibrail:Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail:Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat..Setibanya di masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Nabi Muhammad terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bekas yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail:Bagindamembuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat...C. Semasa Mikraj(Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):.Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi Muhammad h dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah)..1. Di Tangga Pertama:Nabi Muhammad dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan..2. Di Tangga Kedua:Nabi Muhammad . dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S..3. Di Tangga Ketiga:Naik langit ketiga. Rasulullah bertemu dengan Nabi Yusuf A.S..4. Di Tangga Keempat:Naik tangga langit keempat. Rasulullah bertemu dengan Nabi Idris A.S..5. Di Tangga Kelima:Naik tangga langit kelima. Rasulullah bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil..6. Di Tangga Keenam:Naik tangga langit keenam. Nabi Muhammad bertemu dengan Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab..7. Di Tangga Ketujuh:Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Mamur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah .

Nabi Ibrahim A.S. bersabda,Dikau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu:

LAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda,Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:

SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ALIYYIL-AZHIM.

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.

Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul di atas Baitullah di Mekah)..8. Di Tangga Kelapan:Di sinilah disebut al-Kursi yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata yang indah. Unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda dapat menyaksikan juga sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya..9. Di Tangga Kesembilan:Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya..10. Di Tangga Kesepuluh:Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah :Ya Muhammad!Nabi Muhammad :Labbaika.Allah :Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.Nabi Muhammad :Wahai Tuhanku! Dikau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Dikau berikan dia kerajaan yang besar. Dikau berkata-kata dengan Musa. Dikau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Dikau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Dikau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Dikau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Dikau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah :Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (Surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat...D. Selesai Munajat.Selepas selesai munajat, Nabi Muhammad di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah merayu kepada Allah agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga...E. Selepas Mikraj.Nabi Muhammad turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

(Sumber : Kitab Jamul-Fawaa`id)..Penutup

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang kafir di zaman Nabi langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi Muhammad sebaik Baginda bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah . Allah telah menunjukkan bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda ..Firman Allah : Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.(Surah Al-Israa: Ayat 1)... Wallahu Alam Bish Shawab(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/05/27/27-rejab-peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad-/

Amalan Dan Iktibar Peristiwa Israk DanMikrajPosted 27/06/2011 by Shafi-Q inARTIKEL,Hot Rejab,PUASA. Tagged:Amalan Malam 27 Rejab,Amalan Rejab,Iktibar Israk Dan Mikraj,Peristiwa Israk Dan Mikraj,Puasa 27 Rejab. 8 Comments

Bulan Rejab merupakan bulan Allah yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umat-Nya. Pintu rahmat terbuka luas untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas yang perlu dikerjakan dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya...Malam 27 RejabBeramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

..Amalan Malam Rejab1. Solat Sunat Tahajjud2, 8 atau 12 rakaat.2. Solat Sunat Tasbih,3. Solat SunatTaubat,4. Solat SunatWitir.5. Beristighfar70 kali, 100 kali atau lebih..6. Berdoa.7. Memohon keampunan diri dan ibu bapa.8. Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh..Banyak lagi ganjaran yang Allah beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj..Sayyidatina Aishah berkata bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:Semua manusia dalamkelaparan pada hari kiamat kecualinabi-nabi dan keluarga mereka juga orang yangberpuasapada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Mereka tetap kenyang tanpa berasa lapar dan tidak pula haus...Peristiwa PentingBeberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:1. Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)2. Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.3. Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.4. Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.5. Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj).PeristiwaIsrak dan Mikrajke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah diIsrakkan (dibawa berjalan) dengan menggunakan`Buraq, dariMasjidil Haramdi Kota Mekah keMasjidil Aqsadi Baitulmuqaddis, Palestin serta diMikrajkan (dibawa naik ke atas) keSidratul Muntahauntuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW..Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja.Perjalanan ini disebutkan Allah di dalam Al-Quran menerusi firman-Nya:

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Al Israa: 1).Menurut ulama, peristiwa Israk dan Mikraj Nabi itu ialah roh dan jasadnya sekali. Bukannya roh saja atau mimpi. Peristiwa agung itu berlaku setahun sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah iaitu bersamaan dengan tahun 721 masihi ketika Baginda dan sahabat berada dalam tekanan kuat daripada golongan musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab....Iktibar Daripada Kisah Israk Dan Mikraj.Peristiwa Israk Mikraj perlu dijadikan iktibar bagi seluruh umat Islam yang menggambarkan betapa pentingnya proses tarbiah (pendidikan) jiwa ke arah kesempurnaan. Israk Mikraj turut membuktikan kehebatan dan kekuasaan Allah. Bukti paling nyata Dia berkuasa membenarkan Rasulullah diangkat ke langit untuk bertemu-Nya dalam masa yang singkat..Ketika diisrakkan pada malam itu, Rasulullah SAW terlebih dulu menjalanipembedahan dadayang dilakukan Malaikat Jibril dengan mengeluarkan segala kotoran, dibuang ketul hitam (alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-was. Diisi dengan iman dan hikmah, kemudian dibersihkan hati baginda dengan air zamzam dan dicantumkan semula..Selesai pembedahan, bermulalah perjalanan luar biasa Nabi (Israk) dengan menunggang binatang yang bernama Buraq. Ketika perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa itu, Rasulullah diiringi malaikat Jibril dan Israfil..Apabila tiba di tempat tertentu iaitu tempat yang mulia dan bersejarah, malaikat Jibril mengarahkan Rasulullah bersolat dua rakaat. Antara tempat berkenaan adalah Thaibah (Madinah), tempat Rasulullah melakukan hijrah, Bukit Tursina dan Baitul Laham iaitu tempat Nabi Isa dilahirkan..Setibanya Rasulullah SAW di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis, Rasulullah SAW mengerjakan solat sebelum Jibril menghidangkan dua jenis minuman kepada baginda. Lantas baginda memilih susu..Jibril berkata:Benar, engkau telah memilihair susuadalahlambang kesuciandan seandainya engkau mengambil minuman keras nescaya akan tersesatlah engkau dan umat engkau..Dalam peristiwa Mikraj pula, baginda naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah dengan melalui tujuh lapis langit..Beberapa tanda kebesaran diperlihatkan kepada Rasulullah SAW ketika Israk, antaranya ialah baginda melihat orang yang sedangmemotong padidan selepas tiap potongan, pokok padi itu tumbuh lagi dan demikian seterusnya tanpa henti..Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril:Siapakah gerangan itu?Jibril menjawab:Itulah contohnya umatmu yangsuka bersedekah, maka harta yang disedekahkah itu tidak hilang bahkan kian bertambah di sisi Tuhan yang diterima oleh umatmu yang rajin beramal di kemudian hari dengan berlipat ganda..Rasulullah SAW turut melihat orang yangmemukul kepala dengan besi. Selepas pecah kepala, ia bercantum semula. Kemudian, dipukul lagi dan pecah semula, begitulah seterusnya berulang kali..Selepas Rasulullah SAW bertanya, Jibril pun menjawab:Inilah orang yangmalas dan enggan mengerjakan solat, kepalanya tidak mahu sujud kepada Allah maka di kemudian hari, dia akan merasakan sendiri kemalasannya itu..Ketika Mikraj pula, Rasulullah SAW menempuh perjalanan melalui tujuh lapisan langit, malah ke tempat lebih tinggi darilangit ketujuhitu. Di tempat mulia itulah, Allah SWT menyampaikan perintah mulia untuk baginda dan umatnya, iaitumengerjakan solat.Nabi mendapat perintah solat secara langsung daripada Allah tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril..Pada mulanya, perintah solat wajib itu menghendaki ia dilaksanakan50kali sehari semalamtetapi selepas Rasulullah SAW bersoal jawab denganNabi Musa as,akhirnya Baginda mendapat keringanan Allah SWT untuk mengerjakansolat fardu daripada 50 kali sehari menjadilima kali sehari semalam,namun dalam penilaian sebenar, Allah tetap memberi 50 ganjaran pahala..Rasulullah SAW bersabda:(Selain daripada apa yang aku saksikan ketika aku dibawa Israk dan Mikraj pada malam itu), maka Allah fardukan (atasku) dan atas umatku lima puluh solat, lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan solat itu yang sudah pun dikurangkan hingga tinggal lima saja); maka Allah berfirman yang bermaksud: Solat fardu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti.(Hadis riwayat Bukhari).

Solat adalah amalan yang paling awal dihitung di akhirat kelak. Justeru, ia menunjukkan solat memiliki kelebihan berbanding ibadat lain..Selepas perintah solat itu, Nabi kembali turun ke langit dunia seterusnya ke Baitul Maqdis dengan menunggang Buraq dan pulang pada malam yang sama ke Makkah sebelum waktu Subuh. Kecepatan Buraq membolehkan Rasulullah SAW pergi antara dua tempat hanya dengan sekelip mata..Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah SAW bersabda:Aku didatangi buraq. Iaitu seekor binatang yang putih rupanya, panjang (tinggi) lebih besar daripada keldai, tetapi lebih kecil daripada baghal. Ia merendahkan tubuhnya hinggalah perut buraq mencecah bumi.Baginda SAW bersabda lagi:Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya, ia melangkah kakinya cepatnya sejauh penghabisan mata memandang hinggalah sampai ke Baitul Maqdis..Begitulah perjalanan dari Makkah ke Palestin, kemudian naik ke langit dan lebih tinggi dari itu sebelum menerima perintah solat.Diikuti pula pertemuan dengan Rasul terutama bersoal jawab dengan Nabi Musa as, menyaksikan keanehanSidratul-Muntaha, melihat keindahan syurga. Dalam pengembaraan luar biasa itu, Rasulullah SAW menyaksikan banyak perkara dahsyat terutama balasan dan seksaan yang diterima manusia kerana melakukan kemungkaran di dunia.dan sebagainya, terus kembali ke alam dunia hingga ke Makkah dengan perjalanan yang singkat..Peristiwa ini berlaku ketika Nabi berada di puncak kesedihan yang memerlukan sokongan dalaman. Tahun itu dikenali sebagaiAam al Huzni(tahun berduka cita).Berdasarkan catatan sejarah, Nabi Muhammad menghadapi dua musibah iaitu kehilangan dua insan yang amat berjasa dan sangat baginda kasihi iaitu wafatnya isteri tercinta, Siti Khadijah serta bapa saudaranya Abu Talib..Sesungguhnya, mukjizat Israk dan Mikraj memperlihatkan kekuasaan Allah SWT. Segala peristiwa tercatat seharusnya lebih menguatkan keimanan dan keyakinan manusia terhadap Allah SWT..Peristiwa ini membawa misi penting iaitu bermulalah kewajipan melaksanakan perintah menunaikan solat dan pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa Israk Mikraj ialah seluruh umat Islam bertanggungjawab membebaskan dan memelihara kesucian Masjid al-Aqsa yang menjadi lambang kebesaran serta tempat suci bagi umat Islam daripada cengkaman Yahudi. Justeru, mereka perlu berkorban menerbitkan keyakinan manusia terhadap kekuasaan Allah SWT dan kebenaran kenabian Muhammad SAW.. Wallahu Alam bishowab(HanyaAllah Maha Mengetahuiapa yang benar)https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/06/27/amalan-dan-iktibar-peristiwa-israk-dan-mikraj/

Perjalanan Israk Mikraj: Mesej Terpendam Para Nabi UntukKitaPosted 26/05/2014 by Shafi-Q inHot Rejab. Tagged:Hikmah Perjalanan Yang Agung,ISRAK MIKRAJ,Sidratul Muntaha. Leave a Comment .Pada tarikh 27 Mei 2014 tepatnya 27 Rejab 1435 H, umat Islam di dunia memperingati peristiwa Israk Mikraj, sebuah perjalanan agung Nabi Muhammad ke langit dalam satu malam. Ianya adalah salah satu anugerah yang sangat agung dari Allah bagi baginda setelah sebelumnya baginda mengalami masa-masa yang sangat sukar.Bagaimana tidak berat, banyak beban dan ujian yang harus ditanggung Rasulullah saw, banyak perlakuan buruk yang diterima oleh baginda apatah lagi dengan para pengikutnya baik secara kekerasan fizikal, cercaan, hinaan, diludah sehinggalah dilempar batu besar.Kemuncaknya, terjadi pemboikotan bekalan makanan terhadap keluarga Rasulullah (Bani Hasyim dan Bani al-Muththalib) sehingga menyebabkan kelaparan dan kesengsaraan yang teramat sangat kerana pemulauan ini berlaku selama 3 tahun berturut-turut.Selepas pemboikotan tersebut, Nabi Muhammad kembali mendapat ujian berat iaitu meninggalnya dua orang yang sangat disayangi baginda, Abu Talib dan Khadijah. Ini terjadi pada tahun yang sama sehingga dikenali hingga ke hari ini sebagai peristiwaAmul Huzni tahun berduka.Setiap kali teringat dengan peristiwa ujian berat yang menimpa Nabi Muhammad ana selalu tidak kuat menahan air mata, sungguh baginda ini adalah orang yang sangat lembut dan sangat penyayang, ana betul-betul tidak sampai hati, rasanya ingin sekali ana mendampingi baginda di masa-masa sukar seperti itu. Ya Allah! Sampaikanlah salam dan cinta hamba kepada baginda.Allah azza wa jalla tidak pernah meninggalkan hamba-Nya, dan sangatlah tidak mungkin menzalimi hamba-hamba-Nya. Di tengah-tengah datangnya ujian silih berganti, Allah memberi sebuah hadiah yang teramat agung kepada Rasulullah iaitu Israk Mikraj, dan hadiah tersebut ternyata tidak hanya dianugerahkan bagi baginda sahaja, tetapi Allah peruntukkan juga kepada umatnya.Salah satu hadiah terbesar adalah SOLAT. Solat inilah Mikraj-nya umat muslim bertemu Tuhannya selama hidup di dunia. Di dalam solat, ada suatu ketika di mana jarak antara hamba dengan Allah sangat-sangat dekat, iaitu SUJUD. Inilah hadiah yang terbesar yang dianugerahkan Allah kepada umat muslim dari Israk Mikraj.Sebenarnya masih banyak lagi hadiah-hadiah lain yang dianugerahkan Allah kepada umat muslim dari perjalanan agung Israk Mikraj, di antaranya yang akan dibincangkan di sini adalah hikmah terpendam dari pertemuan Nabi Muhammad dengan para nabi A.. di setiap tingkatan langit...Mikraj Nabi MuhammadKe Langit

.Berikut huraian ringkas hikmah dari perjalanan Mikraj Nabi Muhammad :.1. MIKRAJ LANGIT PERTAMAHikmah Pertemuan Dengan Nabi Adam A..ADAMdari segi bahasa maknanyaTidak AdaatauKetiadaan.Kita harus sedar bahawa segala urusan dunia atau urusan jasmani itu tidak kekal, yang kekal adalah urusan rohani, sehingga di balik perkara fizikal itu adanya hal spiritual..2. MIKRAJ LANGIT KE-2Hikmah Pertemuan Dengan Nabi Isa A.. Dan Nabi Yahya A..ISAdari segi bahasa ertinyaHidupYAHYA:Kehidupan.Maknanya di dalam hidup ini kita perlu sentiasa sedar ada kehidupan selepas kehidupan ini (akhirat). Kita perlu mencari makna hidup:a)Dari mana kita ?b)Apa tugas kita ?c)Selepas ini mahu ke mana ?.3. MIKRAJ LANGIT KE-3Hikmah Pertemuan Dengan Nabi Idris A..IDRISmaknanyaPintar dan Cerdas.Maknanya dalam hidup ini kita harus mempunyai tiga macam kecerdasan:a)Kecerdasan Intelektual (IQ),b)Kecerdasan Emosional (EQ ) danc)Kecerdasan Spiritual (SQ).

4. MIKRAJ LANGIT KE-4Hikmah Pertemuan Dengan Nabi Yusuf A..YUSUFmaknanyaIndah.Maknanya kita perlu mengisi kehidupan ini agar menjadi indah..5. MIKRAJ LANGIT KE-5Hikmah Pertemuan Dengan Nabi Harun A..HARUNmaknanyayang dicintai Allah (al-Mahbub).Maknanya dalam kehidupan ini kita perlu berusaha melakukan segala sesuatu yang dicintai Allah , kesedaran akan mendapat cinta Allah , cinta kepada Allah dan cinta kepada apa saja yang boleh membawa kita kepada Allah ..6. MIKRAJ LANGIT KE-6Hikmah Pertemuan Dengan Nabi Musa A..MUSAadalahMutakalliminMutakalliminiaitu nabi yang bercakap-cakap dengan Allah .Maknanya kita harus mampu membaca segala sesuatu fenomena yang berlaku di sekitar kehidupan kita sebagai bahasa atau ayat Allah ..7. MIKRAJ LANGIT KE-7Hikmah Pertemuan Dengan Nabi Ibrahim A..IBRAHIMmaknanyaQurban.Qurban maknanya dekat, dalam kehidupan ini mestilah sentiasa merasakan kedekatan dengan Allah Sebagaimana sabda Rasulullah tentang sifat IHSAN:Kamu menyembah kepadaAllah seakan-akan kamu melihat-Nya, dan jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.[HR Bukhari].8. MIKRAJ KE BAITUL MAKMURSetiap harinya 70.000 malaikat solat di Baitul Makmur.BAITmaknanyaRumah,MAKMURmaknanyaRamai.Maknanya hidup kita akan lebih bermakna apabila dalam setiap gerak langkah, sentiasa bernilai ibadah kepada Allah kerana ibadah adalah nilai tertinggi dari hakikat kehidupan manusia..9. MIKRAJ KE SIDRATUL MUNTAHASIDRAHmaknanyaPohon BidaraMUNTAHAmaknanyaTempat Berkesudahan.Maknanya kehidupan dunia hanyalah sementara bukan merupakan titik akhir dan puncak tujuan hidup kita, melainkan kehidupan akhirat itulah tempat yang akan kita tuju. Dalam kehidupan di dunia ini kita harus berjuang untuk mencapai kehidupan abadi di akhirat yang lebih baik..Firman Allah : Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun);Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.(Surah Al-Ankabut; Ayat 45).. Wallahu Alam Bish Shawab(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar).. .~ shafiqolbu~

https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/05/26/perjalanan-israk-mikraj-mesej-terpendam-para-nabi-untuk-kita/