isi kandungan bab perkara muka surat - fp.utm.my · pdf fileisi kandungan bab perkara ......

17
ix ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT STATUS PENGESAHAN TESIS i PENGAKUAN ii DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii ISI KANDUNGAN ix SENARAI JADUAL xiii SENARAI SINGKATAN xiv SENARAI LAMPIRAN xv BAB 1 PENGENALAN 1 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Penyataan Masalah 9 1.4 Objektif Kajian 9 1.5 Persoalan Kajian 10 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian 11 1.8 Definisi Operasional 11 1.9 Penutup 15

Upload: trantruc

Post on 03-Mar-2018

314 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT - fp.utm.my · PDF fileISI KANDUNGAN BAB PERKARA ... Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ... Pentadbir : Tanggungjawab pentadbiran : gerakan sumber

ix

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

STATUS PENGESAHAN TESIS i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

ISI KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Definisi Operasional 11

1.9 Penutup 15

Page 2: ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT - fp.utm.my · PDF fileISI KANDUNGAN BAB PERKARA ... Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ... Pentadbir : Tanggungjawab pentadbiran : gerakan sumber

x

BAB II SOROTAN PENULISAN 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Profesion Perguruan Sebagai Kerjaya 17

2.3 Komitmen Terhadap Tugas 23

2.4 Beban Tugas Guru 24

2.5 Pengertian Guru Dari Perspektif Guru Lama

Dan Guru Baru 29

BAB III METODOLOGI KAJIAN 34

3.1 Pengenalan 34

3.2 Etika Kajian 34

3.3 Reka Bentuk Kajian 35

3.4 Tempat Kajian 37

3.5 Sampel Kajian 37

3.6 Prosedur Kajian 38

3.7 Instrumen Kajian 39

3.7.1 Bahagian A 39

3.7.2 Bahagian B 39

3.7.3 Bahagian C 40

3.8 Kajian Rintis 41

3.9 Analisa Data 41

3.10 Keesahan Soal Selidik 43

3.11 Penutup 44

BAB IV ANALISIS DATA 45

4.1 Pengenalan 45

4.2 Analisis Data 46

Page 3: ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT - fp.utm.my · PDF fileISI KANDUNGAN BAB PERKARA ... Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ... Pentadbir : Tanggungjawab pentadbiran : gerakan sumber

xi

4.2.1 Latar Belakang Responden 46

4.2.1.1 Taburan Responden Mengikut 47

Pengalaman Mengajar

4.2.1.2 Taburan Responden Mengikut 47

Kelas Yang Diajar

4.2.1.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut 48

Jawatan Yang Dipegang

4.3 Analisis Data Bahagian B 49

4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 50

4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 53

4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 57

4.3.4 Persoalan Kajian Keempat 61

4.4 Rumusan Keseluruhan Bahagian B 65

4.5 Analisis Data Bahagian C 66

4.6 Rumusan Bahagian C 81

4.7 Kesimpulan 85

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN 86

CADANGAN

5.1 Pengenalan 86

5.2 Rumusan Kajian 86

5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 88

5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 88

5.2.3 Rumusan Soalan Temubual 90

5.3 Perbincangan Kajian 90

5.3.1 Kerjaya Sebagai Guru 90

5.3.2 Komitmen Terhadap Tugas 92

5.3.3 Beban Tugas 93

5.3.4 Pengertian Guru 95

5.4 Cadangan 97

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 98

Page 4: ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT - fp.utm.my · PDF fileISI KANDUNGAN BAB PERKARA ... Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ... Pentadbir : Tanggungjawab pentadbiran : gerakan sumber

xii

5.6 Penutup 99

BIBLIOGRAFI 100

LAMPIRAN 104

Page 5: ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT - fp.utm.my · PDF fileISI KANDUNGAN BAB PERKARA ... Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ... Pentadbir : Tanggungjawab pentadbiran : gerakan sumber

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Data Taburan Populasi Mengikut Kursus 38

3.2 Pengkelasan Instrumen Kajian 40

3.3 Pemeringkatan Skala Likert (lima) Mata 42

Kepada Tiga Mata

3.4 Penilaian Mengikut Nilai Peratus 44

3.5 Penilaian Mengikut Nilai Min 44

4.1 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 47

Mengajar

4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut 48

Bilangan Kelas Yang Diajar

4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut 49

Jawatan Yang Dipegang

4.4 Dapatan Kajian Bagi Tajuk Kerjaya Sebagai 52

Guru

4.5 Dapatan Kajian Bagi Tajuk Komitmen 55

Terhadap Tugas

4.6 Dapatan Kajian Bagi Tajuk Beban Tugas Yang 59

Dipikul Oleh Guru

4.7 Dapatan Kajian Bagi Tajuk Pengertian Guru 63

Daripada Perspektif Guru Baru Dan Guru Lama

4.8 Taburan Peratusan Keseluruhan 66

Page 6: ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT - fp.utm.my · PDF fileISI KANDUNGAN BAB PERKARA ... Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ... Pentadbir : Tanggungjawab pentadbiran : gerakan sumber

xiv

SENARAI SINGKATAN

AJK - Ahli Jawatan Kuasa

ILO - Pertubuhan Buruh Antarabangsa

IT - Teknologi Maklumat

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KBSM - Kurikulum bersepadu Sekolah Menengah

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

KPLI - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

MSSD - Majlis Sukan-Sukan Daerah

MSSN - Majlis Sukan-Sukan Negeri

NUTP - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

PIBG - Persatuan Ibu Bapa Dan Guru

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

SPSS - Statistical Package For Social Science

TLDM - Tentera Laut Di Raja Malaysia

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 7: ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT - fp.utm.my · PDF fileISI KANDUNGAN BAB PERKARA ... Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ... Pentadbir : Tanggungjawab pentadbiran : gerakan sumber

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 104

B Soalan Temubual 110

C Surat Pengesahan Soal Selidik 111

Page 8: ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT - fp.utm.my · PDF fileISI KANDUNGAN BAB PERKARA ... Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ... Pentadbir : Tanggungjawab pentadbiran : gerakan sumber

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Di negara kita yang berbilang kaum ini, pendidikan merupakan satu daripada

strategi kerajaan ke arah menyatu padukan rakyat dan juga untuk pembangunan negara.

Wawasan 2020 menjangkakan pewujudan satu masyarakat yang maju, demokratik dan

penyayang pada masa hadapan di mana ahli-ahlinya adalah terdiri dari insan kamil.

Sebagai seorang guru sekolah juga perlu menghayati cita-cita negara dan mesti berusaha

untuk menjadikan diri sendiri menjadi ‘insan kamil’ sebelum ia mendidik generasi baru

supaya menjdi insan yang kamil. Kesedaran ini penting kerana di sekolah, para guru

menjadi teladan yang baik kepada pelajar-pelajar. Anak-anak buahnya mencontohi

perlakuannya dan bukan setakat nasihat mereka ( Good dan Brophy, 1987 dalam Lee

1993)

Pada era globalisasi kini, banyak perubahan dan inovasi telah berlaku. Oleh

kerana ledakan ilmu dan perubahan yang begitu cepat berlaku, sebagai seorang guru atau

pun bakal guru perlu sentiasa memperlengkapi diri dengan segala ilmu dan kemahiran

baru. Ini adalah merupakan satu daripada kriteria sesuatu yang dikatakan profesion

Page 9: ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT - fp.utm.my · PDF fileISI KANDUNGAN BAB PERKARA ... Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ... Pentadbir : Tanggungjawab pentadbiran : gerakan sumber

2

perguruan. Dalam era globalisasi kini, tugas guru sebenarnya menjadi lebih rumit dan

kompleks. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-

terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih

mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu

dihadapi secara profesional dan kreatif. Hanya guru-guru yang komited dan intelek

sahaja yang mampu mendepani cabaran-cabaran dalam dunia alaf baru ini.

Profesion perguruan merupakan bidang yang memberikan perkhidmatan yang

unik, tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan

diketahui oleh masyarakat yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion

perguruan sahaja yang berkemampuan memberikan perkhidmatan dalam bidangnya.

( Sharifah Alwiah,1984)

Guru merupakan golongan manusia yang memberi kesan yang besar terhadap

perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap insan. ( Noran Fauziah dan Ahmad

Mahdzan,1993)

Profesion perguruan adalah salah satu profesion yang mencabar dan amat

mendesak. Guru diharap mengetahui serba-serbi tingkah laku manusia dan memainkan

pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang pendidik yang berjaya. Kesedaran

seperti ini sebenarnya pernah disuarakan oleh Fleming (1969) dan Lee (1993) pada

tahun-tahun lima puluhan. Menurut beliau, disamping mempunyai sifat-sifat diri yang

sempurna, guru dikehendaki memainkan pelbagai peranan seperti yang berikut :

i. Sebagai penuntut kepada motivasi : mengetahui kajian-kajian tentang

motivasi dari segi falsafah, psikologi, biologi dan sosiologi : mengetahui

sifat-sifat semulajadi manusia dari segi psikologi, sosiometri, konsep

kemahuan dan konsep diri.

ii. Sebagai penggalak kepada pembelajaran : tahu teori penyekutuan dan

teori bidang : tahu penentu-penentu social dan perseorangan.

iii. Sebagai pemerhati pertumbuhan pelajar : tahu pertumbuhan dan

pembangunan manusia. Fahami pelajar-pelajar dalam situasi bilik darjah.

Page 10: ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT - fp.utm.my · PDF fileISI KANDUNGAN BAB PERKARA ... Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ... Pentadbir : Tanggungjawab pentadbiran : gerakan sumber

3

iv. Sebagai tukang seni dan teknik : kebolehan sebagai tukang seni dalam

pengajaran : kebolehan melakukan ujian kecerdasan : kebolehan dalam

menilai personaliti dan menyimpan rekod dan kebolehan dalam

melakukan pemerhatian diri dan kumpulan.

v. Sebagai ahli eksperimen : tahu hasil-hasil penyelidikan dalam melakukan

ujikaji dengan mencuba sesuatu inovasi dalam pengajaran.

vi. Pentadbir : Tanggungjawab pentadbiran : gerakan sumber komuniti dan

laksanakan tugas: tanggungjawab pentadbiran ; memilih teknik

pengajaran yang sesuai dengan keadaan, komunikasi secara efektif, kerja

kumpulan, hargai sumbangan. Isi kandungan kursus menginsafi nilai

perasaan kekitaan dan kumpulan.

Dalam profesion perguruan, seorang guru perlu mempunyai minat yang

mendalam terhadap keseluruhan tugasnya, baik di sekolah mahu pun yang melibatkan

warga di luar sekolah ( Tajol Ariffin,1993). Sifat asas dalam pendidikan ialah tunjuk

ajar. Seperti kata seorang ahli pendidik, “Tugas mengajar ialah satu sumbangan dan

tujuannya ialah menjadikan dunia satu tempat yang lebih sempurna dan permastautinnya

manusia yang baik” (Jackson, 1979:26)dalam Lee (1993).

Dalam konteks pendidikan moden hari ini, guru adalah golongan professional

yang melaksanakan tugas kearah mencapai matlamat pendidikan yang berperanan

merealisasikan serta mengembangkan ilmu pengetahuan kepada pelajar, masyarakat,

agama dan negara serta mengharapkan golongan ini sentiasa bercita-cita tinggi iaitu bagi

membentuk dan membina satu masyarakat yang bertamadun tinggi.

Memandangkan betapa pentingnya profesion perguruan di dalam masyarakat,

eloklah ditinjau persepsi pelajar PKPG tahun 4 dan 3 terhadap profesion yang pernah

mereka ceburi sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti

Teknologi Malaysia.

Page 11: ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT - fp.utm.my · PDF fileISI KANDUNGAN BAB PERKARA ... Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ... Pentadbir : Tanggungjawab pentadbiran : gerakan sumber

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Masa dan zaman berlalu begitu pantas. Semakin jauh masa beredar semakin

banyaklah juga cabaran yang dihadapi oleh manusia. Cabaran yang dihadapi manusia

itu adalah sukar untuk diukur. Tahap atau magnitude cabaran itu adalah berbeza

mengikut peringkat individu atau peranan atau tugas yang dimainkan masing-maasing

dalam masyarakat. Salah satu golongan yang menghadapi cabaran hebat dewasa ini

ialah golongan pendidik atau lebih tepatnya dipanggil golongan guru.

Guru pada masa kini seringkali diperbandingkan dengan guru sebelum merdeka.

Guru-guru pada masa dahulu dikatakan amat dedikasi dan komited terhadap tugasnya

sebagai guru. Pada ketika itu, masyarakat amat menyanjungi serta menerima

kepimpinan mereka( Awang Had,1985)

Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa

golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh

bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Kelahiran guru-guru seperti Harun

Aminurrasyid Makmur, Ahmad Bakhtiar, A. Samad Ahmad dan Abdullah Sidek dalam

lembaran sejarah lepas yang lantang menentang penjajah di samping meniup obor

semangat masyarakat ketika itu merupakan suatu perjuangan yang patut dibanggakan.

Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal

(Noorhayati Shohaili, 2000).

Guru diibaratkan sebagai golongan yang cerdik pandai serta berkelulusan tinggi

disebabkan ketika itu profesion lain yang pada masa itu sedikit bilangannya. Kaum guru

merupakan sebilangan kelompok yang diiktiraf sebagai pemimpin di kampung. ( Omar,

1991). Dalam situasi itu, guru dikatakan atau muncul sebagai pendidik kepada kanak-

kanak, pembimbing dan sebagai penasihat kepada masyarakat ( Yeop Johari,1985)

dalam Sharifah (2000).

Page 12: ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT - fp.utm.my · PDF fileISI KANDUNGAN BAB PERKARA ... Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ... Pentadbir : Tanggungjawab pentadbiran : gerakan sumber

5

Selaras dengan perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh negara kita

dalam setiap bidang kerjaya, namun profesion perguruan juga tidak ketinggalan dalam

mengalami perubahan yang pesat dalam mengikut arus perubahan. Kerjaya pada suatu

ketika dahulu menjadi sanjungan tetapi kini telah terhakis kehormatannya lantaran

tanggapan masyarakat dan pihak lain menilai kerjaya guru seperti kerjaya lain (Awang

Had Salleh,1998) dalam Sharifah (2000)

Kadang-kadang perlu menilai dan mengambil kira pandangan-pandangan insan

veteran dalam dunia perguruan dan pendidikan. Keadaan dan masa yang berubah

dengan begitu pantas menyebabkan kemudahan untuk guru kini perlu setanding dengan

profesion lain (Abu Bakar Shawkat Ali, 2000). Kerjaya guru diiktiraf sebagai suatu

profesion yang profesional. Jadi, diharap selepas ini tiada lagi rintihan hati daripada

para guru sama ada tentang gaji yang tidak setimpal dengan beban tugas yang semakin

bertambah, kedudukan guru yang sedang berkhidmat, jawatan dan peluang kenaikan

pangkat mahupun persepsi dan apresiasi masyarakat terhadap profesionalisme perguruan

itu sendiri (Awang Had Salleh ,2000 ).

Sebagaimana yang kita tahu, bahawa seorang guru yang profesional adalah

kakitangan yang mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang-bidang yang tertentu.

Mereka juga diberikan latihan dalam perhidmatan dengan menjalani kursus-kursus yang

ditetapkan dalam jangka masa tertentu sama ada di maktab perguruan atau universiti

supaya seorang guru itu betul-betul mencapai tahap seorang yang menepati ciri-ciri

professional.

Profesion perguruan cukup diberi perhatian oleh kerajaan melalui Kementerian

Pendidikan. Maka tidak hairanlah begitu banyak maktab-maktab perguruan didirikan.

Di peringkat universiti, banyak kursus yang berkaitan bidang perguruan ditawarkan.

Malah kementerian merancang menambah bilangan guru berpendidikan diploma dan

ijazah. Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan, kementerian membuka peluang

kepada guru-guru yang memiliki sijil dan diploma melanjutkan pengajian ke peringkat

yang lebih tinggi bertujuan meningkatkan tahap akademik mereka. Ini selaras dengan

Page 13: ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT - fp.utm.my · PDF fileISI KANDUNGAN BAB PERKARA ... Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ... Pentadbir : Tanggungjawab pentadbiran : gerakan sumber

6

usaha kementerian untuk menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan ilmu serantau

yang pastinya memerlukan tenaga pengajar di sekolah yang berkaliber.

Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan,

menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat

dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh itu pada setiap masa, kaum guru sekalian

hendaklah menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan

sebagai pendidik yang unggul." (Abdul Shukor Abdullah,2000).

Namun demikian, profesion perguruan kurang “menyerlah kepakarannya”

walaupun jasa seorang guru telah banyak dengan melahirkan ramai pelajar yang

cemerlang dalam dunia pendidikan Malangnya terdapat daripada golongan cerdik

pandai ini bersifatangkuh, lupa diri dan memandang rendah kepada peranan yang pernah

dimainkan oleh guru-guru. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa nilai-nilai mulia

yang diamalkan selama ini semakin terhakis.

Menurut Chot Cha Chan (1985), masyarakat kini memandang guru dengan

penampilan yang kian menurun. Pencemaran nilai budaya dan bangsa adalah cabaran

yang berat yang perlu ditangani oleh guru. Lebih-lebih lagi pada hari ini kita sering

dipaparkan dengan berita mengenai peristiwa keganasan remaja yang membakar kelas

dan rumah guru, bilik makmal sekolah, memukul guru serta melakukan vandalisme

sering dikaitkan dengan keupayaan guru mendidik para pelajar.

Lebih jauh kemelut sosial, politik dan ekonomi yang dihadapi oleh negara

sekarang ini juga dikaitkan dengan kelemahan sistem pendidikan sekular serta

pencapaian guru. Selain itu juga mengenai salah laku yang melibatkan para guru seperti

jenayah rogol, penderaan pelajar dan lain-lain yang menjejaskan nama baiknya

sebagai guru dan sekaligus terhadap profesion perguruan itu sendiri walaupun yang

terlibat adalah kecil bilangannya namun bak kata pepatah “sebab nila setitik, rosak susu

sebelanga”. Perkara ini amat memalukan dan akibatnya masyarakat boleh memandang

rendah dan tidak menghormati golongan guru.

Page 14: ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT - fp.utm.my · PDF fileISI KANDUNGAN BAB PERKARA ... Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ... Pentadbir : Tanggungjawab pentadbiran : gerakan sumber

7

Sejenak kita terfikir apakah yang menjadi penyebab guru bersifat demikian.

Adakah ia berpunca dari kurang berminat terhadap profesin perguruan, beban tugas yang

perlu dipikul terlalu banyak atau tidak puas hati dengan kerjaya sebagai guru? Mungkin

juga profesion perguruan adalah kerjaya yang dipilih hanya sebagai jaminan untuk

memperolehi pekerjaan?

Guru sentiasa menjadi sasaran perhatian segenap kelompok masyarakat kerana

peranan mereka yang vital dan indespensible dalam masyarakat. Meskipun

pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran secara on-line dan multimedia telah

diperkenalkan dan mempunyai pengaruhnya yang besar namun ia tidak dapat menafikan

status dan peranan utama guru dalam membentuk warganegara.

Ketidakupayaan guru menunjuk model dan teladan yang baik akan menjadi batu

penghalang ke arah pembentukan pelajar yang baik. Bahkan ia merupakan titik cemar

dalam keperibadian guru berkenaan. Pepatah Arab ada menyebutkan:

Jangan lakukan perbuatan yang anda tegah,

Perbuatan demikian aibnya amatlah parah.

Profesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini

bukanlah semudah yang disangka iaitu kerjanya separuh hari, lima hari seminggu dan

cutinya panjang. Sebagai arkitek sosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amat

besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu. Gurulah insan yang

dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-

citakan oleh negara. Profesion perguruan adalah satu profesion yang begitu mencabar

tetapi ia tidak begitu mendapat perhatian dari pihak berkenaan mengenai kebajikan dan

keperluan mereka berbanding dengan profesion lain.

Sungguhpun banyak jasa yang telah dicurahkan oleh seorang guru terhadap

pelajarnya. Namun demikian, dunia hari ini telah memandang sepi tentang jasa yang

telah dicurahkan oleh seorang guru. Apa yang mereka nampak hanyalah kejadian-

Page 15: ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT - fp.utm.my · PDF fileISI KANDUNGAN BAB PERKARA ... Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ... Pentadbir : Tanggungjawab pentadbiran : gerakan sumber

8

kejadian yang dilakukan oleh guru terhadap pelajarnya dan juga gejala sosial yang

berlaku di kalangan pelajar sekolah juga diletakkan kesalahan pada guru.

Fenomena ini telah mendatangkan kesan psikologi terhadap guru. Peranan guru

hari ini sudah semakin bertambah. Guru bukan hanya setakat ‘ menyampaikan ilmu

pengetahuan kepada pelajar, tetapi juga menjalankan tugasnya sebagai pemimpin,

pengubah sosial, pereka, penilai, perancang kurikulum, pemupuk semangat pelajar dan

berperanan sebagai ahli psikologi secara tidak langsung ( Pelita Brunei, 1997).

Sesetengah daripada guru yang menjalankan terlalu banyak tugas dan tanggungjawab di

sekolah telah menyebabkan mereka mengalami stress, penyakit kanser dan sebagainya

( Berita Harian, 30/8/2005 ).

Selain daripada tanggungjawab terhadap pelajar, guru juga perlu

bertanggungjawab terhadap ibu bapa, rakan sejawat, sekolah masyarakat serta negara.

Ekoran daripada kekangan yang dihadapi oleh para guru itu terdapat 600 orang guru

sedang mengalami tekanan perasaan atau masalah sakit jiwa yang serius, manakala

terdapat juga guru yang mengalami masalah ‘psikosis’ dan ‘neurosis’ iaitu sejenis

penyakit yang berkaitan dengan kebimbingan dan kerisauan. (Utusan Malaysia 27 dan

28/02/1998 ) Dengan alasan inilah, penyelidik merasakan adalah perlu untuk membuat

penyelidikan terhadap persepsi pelajar PKPG terhadap profesion perguruan pada masa

kini.

Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) iaitu guru-guru yang sedang

mengikuti pengajian sepenuh masa. Terdapat empat kursus yang ditawarkan iaitu

kursus Kemahiran Hidup, Awam, Elektrik dan Mekanikal. Kursus ini diperkenalkan

oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia , Skudai pada tahun 1992 yang

telah memberikan peluang kepada guru-guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat

yang lebih tinggi. Guru-guru ini mempunyai pengalaman mengajar di antara 4 hingga

22 tahun. Ada di kalangan guru-guru ini yang berusia melebihi 40 tahun ( Timbalan

Pendaftar, Fakulti Pendidikan, UTM ). Ini menunjukkan mereka mempunyai

kematangan dan pengalaman yang banyak di dalam profesion perguruan.sebelum

Page 16: ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT - fp.utm.my · PDF fileISI KANDUNGAN BAB PERKARA ... Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ... Pentadbir : Tanggungjawab pentadbiran : gerakan sumber

9

melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia. Sebelum menjejak kaki ke

universiti untuk melanjutkan pelajaran, pelbagai cabaran dan dugaan yang telah dihadapi

sepanjang berkhidmat di dalam profesion ini.

Dengan wujudnya pelbagai cabaran di dalam profesion perguruan pada masa

kini, dengan itu dirasakan perlu untuk meninjau pendapat pelajar-pelajar PKPG yang

pernah terlibat dengan profesion perguruan sebelum melanjutkan pelajaran. Apakah

persepsi mereka sama dengan apa yang diperkatakan umum terhadap profesion

perguruan atau sebaliknya?

1.3 Pernyataan Masalah

Sejak kebelakangan ini, profesion perguruan ditimpa pelbagai masalah, cabaran

dan perkara yang negatif. Media massa sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang

mengkritik tentang profesion perguruan. Perkembangan yang berlaku ini telah

mendedahkan golongan pendidik di negara ini dengan pelbagai tekanan. Situasi ini akan

memberikan kesan yang negatif bagi tanggapan guru terhadap kerjayanya atau

sebaliknya. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar PKPG

tahun 4 dan 3 terhadap profesion perguruan yang pernah mereka ceburi sebelum

melanjutkan pelajaran peringkat ijazah pada masa kini terhadap empat aspek iaitu

kerjaya sebagai guru, komitmen terhadap tugas, beban tugas dan pergertian guru.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar PKPG tahun 4 dan 3

terhadap profesion perguruan pada masa kini. Fokus utama pengkaji ialah mengenai

perkara-perkara seperti berikut:-

Page 17: ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT - fp.utm.my · PDF fileISI KANDUNGAN BAB PERKARA ... Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ... Pentadbir : Tanggungjawab pentadbiran : gerakan sumber

10

1.4.1 Meninjau persepsi pelajar PKPG terhadap profesion perguruan sebagai kerjayanya

yang tetap.

1.4.2 Mengetahui sejauh mana komitmen pelajar PKPG terhadap terhadap tugas sebagai

guru yang pernah diceburi sebelum ini.

1.4.3 Meninjau persepsi pelajar PKPG terhadap beban tugas yang dipikul guru pada

masa sekarang.

1.4.4 Meninjau pengertian guru daripada perspektif guru baru dan guru lama.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian, persoalan yang dikaji ialah

1.5.1 Apakah persepsi pelajar PKPG terhadap kerjaya sebagai guru?

1.5.2 Sejauh manakah komitmen pelajar PKPG terhadap tugas sebagai guru yang

pernah mereka ceburi sebelum ini?

1.5.3 Apakah persepsi pelajar PKPG terhadap beban tugas seorang guru pada masa

sekarang?

1.5.4 Apakah pengertian guru daripada perspektif guru baru dan guru lama bagi pelajar

PKPG?

1.6 Kepentingan Kajian

Di akhir kajian ini, penyelidik mengharapkan ia dapat memberikan gambaran

sebenar mengenai persepsi pelajar PKPG terhadap profesion perguruan pada masa kini.

Dapatan yang diperolehi dari kajian ini akan dapat membantu Kementerian Pendidikan,

pengetua, guru besar dan pihak-pihak yang terlibat dengan pendidikan supaya dapat

memperbaiki pertadbiran dan pengurusan yang sedia ada serta merancang langkah yang