interaksi 02 - etika penggunaan internet

7
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER BMM 3105 DISEDIAKAN OLEH : MOHD HISYAMUDDIN BIN TOLOHAH UNIT H3

Upload: chang-vr

Post on 05-Aug-2015

327 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Interaksi 02 - Etika Penggunaan Internet

ETIKA PENGGUNAAN

INTERNET

PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN

KOMPUTERBMM 3105

DISEDIAKAN OLEH :MOHD HISYAMUDDIN BIN

TOLOHAHUNIT H3

Page 2: Interaksi 02 - Etika Penggunaan Internet

ETIKA PENGGUNAANINTERNET

PENGENALAN

CARA MELAYARI INTERNET DENGAN BETUL

KESALAHAN PENGGUNAAN INTERNET

KESIMPULAN

MENU UTAMA

Page 3: Interaksi 02 - Etika Penggunaan Internet

Penggunaan internet yang semakin meningkat, digabungkan dengan teknologi yang terkini serta

pengurangan masa dan kos komunikasi telah mewujudkan satu dimensi baru dalam era

perkhidmatan awam terutamanya dalam memberi perkhidmatan kepada para pelanggan. Walau

bagaimanapun, penggunaan yang tidak terkawal akan membawa kepada kesan negatif yang akan

memudaratkan bukan sahaja kepada diri bahkan kepada masyarakat dan negara.

PENGENALAN

Page 4: Interaksi 02 - Etika Penggunaan Internet

1. Browse atau carilah maklumat menerusi www yang berkaitan dengan tugas anda sebagai seorang pelajar.

2. Bertindaklah sebijak mungkin di dalam membuat carian (searching) dengan mengkhususkan bahan atau perkara yang diingini.

3. Memilih enjin pencari yang sesuai agar carian itu dapat dilakukan dengan lebih efisyen dan mendapat tindak balas yang lebih cepat.

CARA MELAYARI INTERNET DENGAN BETUL

Page 5: Interaksi 02 - Etika Penggunaan Internet

4. Elakkan diri anda dari melawat laman-laman yang akan menjatuhkan maruah anda.

5. Anda juga dilarang daripada melawat laman-laman yang memuatkan maklumat anti-kerajaan atau subversif yang bertentangan dengan undang-undang negara.

6. Amalkan membuat penanda (bookmark) pada laman yang berfaedah untuk rujukan kemudian hari.

7. Cetaklah dokumen yang difikirkan akan digunakan untuk tujuan rujukan.  

CARA MELAYARI INTERNET DENGAN BETUL

Page 6: Interaksi 02 - Etika Penggunaan Internet

KESALAHAN PENGGUNAAN INTERNET

1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.

2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.

3. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.

4. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim pyramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia. 

Page 7: Interaksi 02 - Etika Penggunaan Internet

KESIMPULAN

Etika ini diharap dapat dipatuhi sepenuhnya oleh semua peringkat pengguna bagi

mewujudkan masyarakat pengguna internet yang bertanggungjawab dan penyayang. Berbanggalah dengan kemudahan yang diberikan ini dan jadilah pengguna yang

bijaksana demi untuk meningkatkan produktiviti diri secara keseluruhannya.