intelek kurang membaca

Upload: mohd-zaidi-bin-harun

Post on 31-May-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Intelek kurang membaca

    1/3

    Intelek kurang membaca

    Oleh MOHAMAD SOFEE RAZAK

    Budaya membaca yang kuat adalah teras utama dan prasyarat untuk menjadi sebuah negara

    maju. Jatuh bangun sesebuah negara dan bangsa adalah bergantung kepada tahap pemikirandan minda rakyatnya.

    Hakikat ini tidak dapat dinafikan dan buktinya budaya membaca menjadi aspirasi negara

    dan masyarakat yang bertamadun. Oleh yang demikian, amat tidak masuk akal dan

    memalukan apabila sebuah laporan mendakwa pelajar universiti di institusi pengajian tinggi

    yang mewakili masyarakat berilmu di negara ini hanya sempat membaca 12 buah buku

    sahaja sepanjang mereka berada di menara gading.

    Melihat kepada kajian tersebut, adalah dibimbangi apakah bentuk, rupa dan sifat generasi

    berilmu yang bakal dilahirkan oleh negara pada masa hadapan jika mentaliti, tahap dan

    status minat membaca yang terlalu rendah ini.

    Oleh itu, tabiat membaca yang masih rendah ini perlu diberikan perhatian serius oleh pihak

    yang bertanggungjawab bagi memastikan indeks tabiat membaca dapat dipertingkatkan

    segera. Dilaporkan amalan membaca buku tambahan di kalangan pelajar universiti di negara

    ini masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan pelajar universiti di luar negara iaitu

    secara purata mereka hanya membaca 12 buah buku selama tiga tahun pengajian atau empat

    buku setahun.

    Keadaan ini berkemungkinan besar kerana sikap negatif mahasiswa itu sendiri yang terlalu

    bergantung dengan nota yang diberikan oleh para pensyarah dan tutor ataupunmengharapkan ihsan nota ringkasan pelajar senior.

    Ada juga yang mengambil jalan mudah dengan membuat salinan fotokopi nota rakan

    sekuliah dan menjadikannya kitab rujukan utama. Situasi ini berlaku kerana mereka

    beranggapan bahawa tidak perlu membaca buku tambahan dan membuat rujukan atau

    kajian lain kerana mereka boleh lulus dengan hanya berkiblatkan nota yang diberikan oleh

    pensyarah dan tutor sahaja.

    Walaupun para pensyarah amat menggalakkan para pelajar membuat rujukan dengan buku

    tambahan dan bahan rujukan lain, namun berapa ramai yang berbuat sedemikian. Ini boleh

    dilihat kepada jumlah pelajar yang berkunjung ke perpustakaan universiti setiap hari danmeminjam buku untuk rujukan tambahan.

    Ada juga pelajar yang tidak pernah pergi ke perpustakaan sepanjang berada di universiti,

    dan peliknya lulus dengan baik pula. Ada juga yang pergi ke perpustakaan sekadar untuk

    membaca majalah, akhbar harian dan bahan bacaan ringan lain atau sekadar melayari

    Internet sahaja.

    Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Jabatan Media, Universiti

    Malaya (UM), Dr. Abu Hassan Hasbullah mengenai tabiat membaca di kalangan pelajar

    universiti di negara ini menunjukkan mereka hanya membaca empat buah buku setahun.

  • 8/14/2019 Intelek kurang membaca

    2/3

  • 8/14/2019 Intelek kurang membaca

    3/3

    Sokongan pihak-pihak ini juga boleh mengimbangi harga pasaran buku yang terlalu tinggi

    terutamanya buku akademik yang membantut keinginan para pembaca membelinya. Subsidi

    atau pakej khas pembelian buku akademik juga perlu diwujudkan agar semua pihak

    mendapat manfaat dari industri ini.

    Di samping itu juga, persatuan-persatuan pelajar juga perlu menggembleng tenaga danstrategi dalam usaha meningkatkan kempen membaca di kalangan mahasiswa dan bukannya

    asyik berpolitik sahaja.

    Mereka perlu mencari jalan penyelesaian, kaedah dan alternatif terbaik memupuk semangat

    kuat membaca di dalam dan luar kampus agar indeks minat membaca dapat dipertingkatkan

    serta yang paling penting ialah agar status mereka sebagai golongan bijaksana tidak akan

    dipertikaikan oleh masyarakat apabila tamat pengajian nanti. Sebagai peneraju institusi

    intelektual dan ejen perubahan juga, mereka perlu bangkit dan menjadikan budaya

    membaca sebagai darah daging dan seumpama nyawa mereka sendiri.

    * MOHAMAD SOFEE RAZAK ialah peguam.