inovasipembelajaranbm - connecting repositories · 2018. 4. 10. · pembelajaran terbaik...

2
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Selasa, November 15, 2016 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » Dr Rohizan menang pertandingan Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran UPM Oleh : Najihah Harun SERDANG, 7 Nov Pensyarah Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr. Rohizan Mohamed memenangi pertandingan Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Terbaik (Fakulti/Pusat) 2016, anjuran Pusat Pembangunan Akademik (CADe), UPM. Beliau menerima wang tunai RM 5,000, sijil penyertaan dan trofi. Dr. Rozihan, pensyarah Jabatan Akuakultur membentangkan MyHSC yang berkonsepkan Gamination sesuai dengan pelajar Gen-Y masa kini. Aplikasi MyHSC merupakan aplikasi mudah alih Android pertama yang direka untuk mengumpul maklumat mengenai pengagihan global belangkas. Aplikasi mudah alih ini dibangunkan berpandukan senarai penyelidik dengan penumpuan kepada penyelidikan belangkas di seluruh dunia. Misi app HSC saya ialah mengumpul maklumat pola taburan dan aktiviti mengenai empat spesies belangkas sedia ada,katanya. Tempat kedua dimenangi pensyarah Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Dr. Cheah Pike See yang membentangkan Anatomy Central Nervous System. Beliau menerima wang tunai RM3,000 dan sijil penyertaan. Tempat ketiga dimenangi Ketua Jabatan Mikrobiologi, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad yang membentangkan P&P Mighty Microbes. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin berkata para pendidik perlu melakukan inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) selaras dengan keadaan masa kini dan mereka juga dianggap pemudah cara dalam P&P. Pelajar generasi muda mudah berasa bosan apabila pengajaran tidak menarik, ini akan mengakibatkan mereka tidak fokus mengikuti kuliah. Kreativiti dalam pengajaran adalah teknik yang dapat membantu dalam P&P yang lebih menarik, yang bukan tertumpu dalam kuliah atau makmal semata-mata,katanya. MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 2 Universiti Putra Malaysia 15/11/2016 http://www.upm.edu.my/berita/details/inovasipembelajaranbm

Upload: others

Post on 16-Feb-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

    .CARI .

    Selasa, November 15, 2016

    | A- | A | A+| EN | RU | AR

    BERITA »

    Dr Rohizan menang pertandingan Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran UPM

    Oleh : Najihah Harun

    SERDANG, 7 Nov – Pensyarah Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr. Rohizan Mohamed memenangi pertandingan Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Terbaik (Fakulti/Pusat) 2016, anjuran Pusat Pembangunan Akademik (CADe), UPM.

    Beliau menerima wang tunai RM 5,000, sijil penyertaan dan trofi.

    Dr. Rozihan, pensyarah Jabatan Akuakultur membentangkan MyHSC yang berkonsepkan Gamination sesuai dengan pelajar Gen-Y masa kini.

    Aplikasi MyHSC merupakan aplikasi mudah alih Android pertama yang direka untuk mengumpul maklumat mengenai pengagihan global belangkas. Aplikasi mudah alih ini dibangunkan berpandukan senarai penyelidik dengan penumpuan kepada penyelidikan belangkas di seluruh dunia.

    “Misi app HSC saya ialah mengumpul maklumat pola taburan dan aktiviti mengenai empat spesies belangkas sedia ada,” katanya.

    Tempat kedua dimenangi pensyarah Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Dr. Cheah Pike See yang membentangkan Anatomy Central Nervous System. Beliau menerima wang tunai RM3,000 dan sijil penyertaan.

    Tempat ketiga dimenangi Ketua Jabatan Mikrobiologi, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad yang membentangkan P&P Mighty Microbes.

    Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin berkata para pendidik perlu melakukan inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) selaras dengan keadaan masa kini dan mereka juga dianggap pemudah cara dalam P&P.

    “Pelajar generasi muda mudah berasa bosan apabila pengajaran tidak menarik, ini akan mengakibatkan mereka tidak fokus mengikuti kuliah. Kreativiti dalam pengajaran adalah teknik yang dapat membantu dalam P&P yang lebih menarik, yang bukan tertumpu dalam kuliah atau makmal semata-mata,” katanya.

    MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

    Page 1 of 2Universiti Putra Malaysia

    15/11/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/inovasipembelajaranbm

  • Pertandingan Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Terbaik (Fakulti/Pusat) 2016 itu disertai 13 fakulti dan dua buah pusat. Pembentangan inovasi P&P diadakan selama 10 minit serta sesi soal jawab bersama juri jemputan luar.

    Setiap fakulti dan pusat diberi kebebasan untuk membentangkan inovasi yang digunakan serta memfokuskan amalan inovasi P&P berkaitan kaedah penyampaian bahan bantu mengajar. - UPM

    RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 15 Nov 2016

    Page 2 of 2Universiti Putra Malaysia

    15/11/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/inovasipembelajaranbm