implikasi susun atur bilik darjah dan kesannya ke atas murid

5
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalah pembelajaran dan pengajaran oleh kepelbagaian budaya melalui penyusunan bilk darjah. Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif- objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi (Haji Samsudin bin Md Noor). Dr Ragbir Kaur (2008) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai prosedur dan keperluan yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sihat. Komponen- komponen utama dalam pengurusan bilik darjah ialah dengan menetapkan cara-cara untuk mengelak masalah pengurusan daripada berlaku dalam bilik darjah serta menentukan cara-cara untuk memantau tingkah laku murid untuk mengekalkan satu iklim bilik darjah (persekitaran pembelajaran). Selain itu, ia juga memutuskan bagaimana guru akan bertindak apabila murid-murid

Upload: azza-ay

Post on 01-Jul-2015

1.547 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Implikasi Susun Atur Bilik Darjah dan Kesannya Ke atas Murid

Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalah

pembelajaran dan pengajaran oleh kepelbagaian budaya melalui penyusunan bilk

darjah.

Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur

tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya

termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik

darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan

tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan

utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan

modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek

memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi (Haji

Samsudin bin Md Noor).

Dr Ragbir Kaur (2008) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai prosedur

dan keperluan yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran pengajaran dan

pembelajaran yang sihat. Komponen-komponen utama dalam pengurusan bilik darjah

ialah dengan menetapkan cara-cara untuk mengelak masalah pengurusan daripada

berlaku dalam bilik darjah serta menentukan cara-cara untuk memantau tingkah laku

murid untuk mengekalkan satu iklim bilik darjah (persekitaran pembelajaran). Selain itu,

ia juga memutuskan bagaimana guru akan bertindak apabila murid-murid menunjukkan

tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah dan bagaimana guru akan menstrukturkan

semula iklim bilik darjah yang sihat selepas membetulkan tingkah laku negatif murid.

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam

bilik darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal,

faktor kemanusiaan yang boleh di lihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan faktor

teknikal (Mak Soon Sang,2008). Susun atur suasana fizikal memainkan peranan

Page 2: Implikasi Susun Atur Bilik Darjah dan Kesannya Ke atas Murid

penting dan guru perlu lebih kreatif untuk menambahbaikkan daya tarikan dalam

sesebuah bilik darjah tersebut. Sekiranya susunan dalam bilik darjah tidak dapat diatur

seperti mana yang dirancangkan,maka ianya akan menghadkan apa dan bagaimana

cara sepatutnya pembelajaran itu harus dijalankan.

Susun atur bilik darjah yang baik mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan

hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan

murid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan

bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan

kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi

kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid

dan aktiviti berkumpulan.

Contohnya, berdasarkan pelan kelas pemulihan yang telah dilukis, susun atur

meja dan kerusi adalah teratur dan berdekatan dengan meja guru untuk memudahkan

murid berinteraksi dengan guru dan berinteraksi dengan murid lain. Selain itu, cahaya

yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran

udara yang secukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual

bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan

atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web,

komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang

kondusif.

Murid juga suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan yang

menyentuh emosi, di samping meningkatkan kecergasan mental, kreatif, dan inovatif.

Oleh itu, guru perlu membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, dan mementingkan

aspek nilai-nilai murni serta hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan

guru. Guru boleh menggunakan ruang aktiviti dan permainan seperti dalam pelan untuk

Page 3: Implikasi Susun Atur Bilik Darjah dan Kesannya Ke atas Murid

menggalakkan murid bergiat aktif dalam pembelajaran sambil berseronok dengan

permainan yang di ajar oleh guru. Ini dapat mengeratkan hubungan diantara guru dan

murid kerana guru berjaya membuatkan murid berasa gembira ketika belajar dan akan

menaikkan semangat mereka untuk datang ke kelas dan belajar.

Sebagai impaknya, kita akan dapat lihat suasana yang harmonis, ceria, dan

semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah

berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling berkerjasama dan

kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan

kumpulan secara kolektif. Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah

tidak semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan

pembelajaran semata-mata, malah kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan

kepada murid-murid.

Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan di sukai murid guru mestilah bijak

memainkan peranannya sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik

darjah yang kondusif dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial, emosi, dan

teknikal yang telah dibincangkan demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

dan pembelajaran sehingga ke peringkat optimum. Akhir sekali, guru harus

menitikberatkan susunan bilik darjah kerana bilik darjah yang susun aturnya kemas dan

teratur akan menimbulkan keseronokan di kalangan murid-murid. Selain itu,

pembelajaran akan berlangsung dengan sempurna, sekaligus dapat meningkatkan

kefahaman di kalangan murid-murid terhadap pengajaran guru.