imbuhan pinjaman

6
Imbuhan Pinjaman Nota : Tatabahasa ( Imbuhan Pinjaman) Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran Awalan maha -: yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contoh: Maha_ Maksud Mahaguru Guru yang tertinggi pangkatnya di maktab perguruan atau universiti, profesor, ketua sesuatu kumpulan silat. Maharaja Raja besar, gelaran atau sebutan bagi orang besar Mahasisw a Penuntut di universiti mahasisw i Penuntut perempuan di universiti

Upload: salaross

Post on 08-Apr-2016

91 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

IMBUHAN

TRANSCRIPT

Page 1: imbuhan pinjaman

Imbuhan Pinjaman

Nota : Tatabahasa ( Imbuhan Pinjaman)Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran

  Awalan  maha -: yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contoh:

Maha_ MaksudMahaguru Guru yang tertinggi

pangkatnya di maktab perguruan atau universiti, profesor, ketua sesuatu kumpulan silat.

Maharaja Raja besar, gelaran atau sebutan bagi orang besar

Mahasiswa Penuntut di universitimahasiswi Penuntut perempuan di

universiti

 

Page 2: imbuhan pinjaman

Awalan tata - :  yang bermaksud peraturan, acara, kaedah susunan atau sistem

Tata - MaksudTatacara Susunan acara, agendaTatabahasa Pengetahuan atau pelajaran

tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat ( penyusunan kata dalam ayat) dan lain-lain, nahu.

Tatacara Cara dan peraturanTatanegara Susunan dan bentuk

pemerintahan negara.Tatasusila Adat sopan-santun dan budi

perkerti yang baik.tatatertib Peraturan-peraturan yang

perlu dipatuhi, disiplin.

Page 3: imbuhan pinjaman

Akhiran wan : bermaksud pelaku atau pemilik. Contoh:

-wan MaksudAngkasawan Orang yang pergi ke

angkasa lepas.Bangsawan Orang yang berbangsa atau

keturunan mulia.Budayawan Ahli dalam bidang

kebudayaan (tamadun, peradaban)

Cendekiawan

Orang atau golongan cerdik pandai, terpelajar, intelektual

Dermawan Orang yang suka menderma ( pemurah )

Jelitawan Gadis atau wanita yang jelita atau cantik

Jutawan Orang yang kaya dan memiliki harta yang banyak

Hartawan Berharta , kayaKaryawan Penghasil karya, pencipta

atau penulisNegarawan Orang yang mahir dengan

cara pemerintahan Negara, orang yang memegang atau

Page 4: imbuhan pinjaman

pernah memegangntampuk pemerintahan sesebuah negara.

Olahragawan Orang lelaki yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga.

Peragawan Lelaki yang mempamerkan atau memperagakan pakaian.

Pustakawan Orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perpustakaan dan terlibat dalam pengurusan perpustakaan, ahli perpustakaan.

Rupawan Perempuan yang cantik.

sejarawan Ahli sejarahSukarelawan Orang lelaki yang

melakukan sesuatu dengan suka rela.

Usahawan Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaaan, pengusaha.

Wartawan Orang yang menulis berita

Page 5: imbuhan pinjaman

atau rencana untuk media massa.

     Akhiran – man : bermaksud yang ahli atau pemilik sesuatu sifat. Contoh:

-          man MaksudBudiman Orang yang berbudiSeniman Orang yang mempunyai

bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seninya seperti pelukis, penyair, penyanyi.

Akhiran – wati : bermaksud perempuan yang ahli  Contoh:

-          wati MaksudOlahragawati Orang perempuan yang

terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga.

Peragawati Permpuan yang

Page 6: imbuhan pinjaman

memperagakan atau mempamerkan pakaian yang dipakainya.

Seniwati Bintang filemSukarelawati Orang perempuan yang

melakukan sesuatu dengan sukarela.

Akiran  - ita : bermaksud wanita. Contoh:

-ita Maksudbidunita Penyanyi atau pelakon

wanita.