imbuhan kata kerja aktif

12
Imbuhan Kata Kerja Aktif 1.0 Konsep Tugasan kali ini memerlukan saya mengkaji berkaitan imbuhan kata kerja aktif. Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut hal yang berkaitan tajuk ini, terlebih dahulu kita lihat definisi kata kerja dan imbuhan dari sudut pandangan beberapa orang pengarang. Kata kerja merupakan perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu atau perkataan yang menjadi perkataan atau perkataan inti dalam binaan atau konstruksi frasa kerja (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007:181). Selain itu, beliau membahagikan kata kerja kepada dua golongan iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Menurut Asmah Haji Omar dalam bukunya “Nahu Mutakhir Melayu”, kata kerja didefinisikan sebagai kata yang berfungsi pada predikat dalam ayat. Asmah membahagikan jenis kata kerja kepada kata kerja leksikal dan kata kerja bantu. Ahmad Khair Mohd Nor menerangkan hal kata kerja dalam bukunya “Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu” bahawa Za’ba memberi penjelasan tentang perbuatan dari sudut makna iaitu perkataan menyebut perbuatan yang dikerjakan atau keadaan yang diadakan (Ahmad Khair Mohd Nor , 2007:67). Dalam bukunya lagi, turut menyatakan pandangan daripada Nik Safiah Karim et al, (1993:558) yang berkaitan dengan kata kerja. Nik Safiah

Upload: abdulaziz-abubakar

Post on 27-May-2015

939 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Imbuhan kata kerja aktif

Imbuhan Kata Kerja Aktif

1.0       Konsep

Tugasan kali ini memerlukan saya mengkaji berkaitan imbuhan kata kerja aktif. Sebelum saya

menerangkan dengan lebih lanjut hal yang berkaitan tajuk ini, terlebih dahulu kita lihat definisi

kata kerja dan imbuhan dari sudut pandangan beberapa orang pengarang.

Kata kerja merupakan perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan

melakukan sesuatu atau perkataan yang menjadi perkataan atau perkataan inti dalam binaan atau

konstruksi frasa kerja (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007:181). Selain itu, beliau

membahagikan kata kerja kepada dua golongan iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif.

Menurut Asmah Haji Omar dalam bukunya “Nahu Mutakhir Melayu”, kata kerja didefinisikan

sebagai kata yang berfungsi pada predikat dalam ayat. Asmah membahagikan jenis kata kerja

kepada kata kerja leksikal dan kata kerja bantu.

Ahmad Khair Mohd Nor menerangkan hal kata kerja dalam bukunya “Pembentukan Kata

dalam Bahasa Melayu” bahawa Za’ba memberi penjelasan tentang perbuatan dari sudut makna

iaitu perkataan menyebut perbuatan yang dikerjakan atau keadaan yang diadakan (Ahmad Khair

Mohd Nor , 2007:67). Dalam bukunya lagi, turut menyatakan pandangan daripada Nik Safiah

Karim et al, (1993:558) yang berkaitan dengan kata kerja. Nik Safiah berpendapat kata kerja

ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu, menjadi

perkataan utama dalam binaan prasa kerja (Ahmad Khair Mohd Nor , 2007:67).

Imbuhan membawa definisi bentuk morfem terikat yang digabungkan atau dicantumkan

pada kata dasar dalam proses pembentukan kata atau bentuk morfem bebas atau kata dasar dalam

ayat (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007:161). Percantuman imbuhan dengan sesuatu bentuk

kata menyebabkan fungsi tatabahasa atau nahu berubah. Terdapat empat jenis imbuhan dalam

bahasa Melayu iaitu imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Secara keseluruhannya, imbuhan kata kerja aktif sebenarnya ialah perkataan kata kerja

yang bergabung dengan imbuhan untuk melambangkan sesuatu perbuatan atau kerja atau kata

kerja yang menandakan perbuatan dalam frasa yang berstruktur pelaku-perbuatan-objek dan

mempunyai imbuhan sama ada jenis imbuhan awalan, akhiran dan apitan.

Page 2: Imbuhan kata kerja aktif

2.0       Bentuk

2.1       Imbuhan awalan meN- dengan kata kerja

Imbuhan jenis ini membentuk kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Selain itu,

imbuhan awalan meN- ini mempunyai bentuk-bentuk yang berlainan. Antaranya ialah me-,

mem-, men-, meng-, meny- dan menge-.

2.1.1    meN- menjadi me-

Menurut Nik Safiah Karim et al, dalam Tatabahasa Dewan edisi ketiga, meN- menjadi

me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, r, l, w dan

y (2010:151). Contohnya:

            makan              -           memakannilai                 -           menilainyala                -           menyalanganga             -           mengangalayan                -           melayanwaris                -           mewarisiyakin               -           menyakinkanManakala menurut Ahmad Khair Mohd Nor dalam bukunya Pembentukan Kata dalam

Bahasa Melayu menerangkan awalan meN- menjadi me- jika bercantum dengan perkataan yang

bermula dengan huruf m, n, ny, ng, r, l, w dan y.

Perbezaan yang dapat dilihat daripada pandangan kedua-dua penulis ini adalah

penggunaan huruf ng dalam pembentukan imbuhan me-. Terdapat juga kata dasar yang bermula

dengan huruf-huruf tertentu bertukar membentuk sengauan apabila menggunakan imbuhan

meN-. Huruf-huruf tersebut ialah k, s, p dan t yang akan membentuk bunyi sengauan iaitu ng, ny,

m dan n. Contohnya:

            kalah                -           mengalah            sapu                 -           menyapu            pukul               -           memukul            tanya               -           menanya

2.1.2    meN- menjadi mem-

            Imbuhan mem- terbentuk apabila kata dasar sesuatu perkataan bermula dengan huruf b

dan perkataan pinjamannya yang bermula dengan huruf p, f dan v. Contohnya:

                        bantu               -           membantu                        fitnah               -           memfitnah                        proses              -           memproses                        veto                 -           memveto

Page 3: Imbuhan kata kerja aktif

            Selain itu, terdapat juga beberapa perkataan yang bermula dengan huruf p yang menerima

awalan mem- dan dianggap kecualian (Nik Safiah Karim et al, 2010:153). Contohnya:

                        pelopor            -           mempelopori                        pelawa             -           mempelawa                        percaya            -           mempercayai                        punya              -           mempunyai                        peduli              -           mempedulikan

2.1.3    meN- menjadi men-

            Kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy dan z akan membentuk men- apabila

bercantum dengan imbuhan meN-. Turut terlibat dengan pembetukan ini adalah perkataan yang

hurufnya bermula dengan huruf t dan s. Contohnya:

                        cari                  -           mencari                        dayung                        -           mendayung                        jual                  -           menjual                        syirik               -           mensyirikkan                        zalim                -           menzalimi                        takrif               -           mentakrif                        stabil                -           menstabilkan

Nik Safiah Karim et al (2010:154) bersependapat dengan Ahmad Khair Mohd Nor (2007:86)

bahawa terdapat juga kecualian pada bentuk kata dasar. Contohnya:

                        ternak              -           menternak                        tertawa                        -           mentertawa

2.1.4    meN- menjadi meng-

Kata dasar yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u, gh, kh dan h juga perkataan pinjaman

yang bermula dengan huruf k  akan berubah bentuk menjadi meng- apabila bercantum dengan

awalan meN-. Contohnya:

            ambil               -           mengambil            ejek                  -           mengejek            intai                 -           mengintai            olah                 -           mengolah            ubat                 -           mengubat            ghairah                        -           menghairahkan            khayal              -           mengkhayalkan            hilang              -           menghilang

Page 4: Imbuhan kata kerja aktif

Terdapat juga perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk

mempertahankan etimologi kata asalnya (Nik Safiah Karim et al, 2010:155). Antara contohnya

ialah:

            kabul               -           mengkabulkan            katalog                        -           mengkalatogkan            kritik                -           mengkritik

2.1.5    meng- menjadi menge-

            Kata dasar yang mempunyai satu suku kata sama ada perkataan Melayu ataupun

pinjaman akan menjadi menge- setelah ditambah dengan imbuhan awalan meng-, sebagai

contoh:

                        cat                   -           mengecat                        sah                   -           mengesah                        lap                   -           mengelap                        had                  -           mengehadkan                        pam                 -           mengepam                        tin                    -           mengetin

            Kecualian pada kata pinjaman dapat dilihat pada kata pinjaman yang bermula dengan

huruf konsonan iaitu awalan meng- tidak berubah menjadi menge-. Contohnya:

                        stor                  -           menstor                        brek                 -           membrek                        klip                  -           mengklip

2.2       Imbuhan awalan teR- dengan kata kerja

Penggunaan imbuhan teR-  membentuk kata kerja transitif, kata kerja tak transitif dan

kata kerja pasif. Kata kerja yang dibentuk dengan awalan teR- terdiri daripada dua jenis iaitu

kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Fokus diberilan kepada kata kerja aktif , penggunaan

imbuhan ini akan membentuk kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif

diikuti dengan penyambut. Contohnya:

                        buang              -           terbuang                        tarik                 -           tertarik                        beli                  -           terbeli

Kata kerja tak transitif pula merupakan kata kerja yang berimbuhan awalan teR- tidak

memerlukan objek selepasnya. Selain itu, ianya diikuti oleh unsur keterangan.

2.3       Imbuhan awalan memper- dengan kata kerja

Page 5: Imbuhan kata kerja aktif

Sesuatu perkataan boleh menjadi kata kerja aktif transitif apabila bergabung dengan

imbuhan awalan memper-. Contohnya:

                        memperalat                  memperkemas             memperhamba

2.4       Imbuhan akhiran -kan dan akhiran -i dengan kata kerja

Kedua-dua imbuhan akhiran ini akan membentuk kata kerja transitif. Contohnya:

Akhiran -an                                         terangkan                    gorengkan                   ambilkan

Akhiran -i                                dekati                          kahwini                       masuki

2.5       Imbuhan apitan kata kerja

Imbuhan ini juga dikenali sebagai imbuhan terbahagi iaitu apitan yang hadir pada awal

dan akhir kata dasar secara serentak. Penambahan imbuhan apitan ini akan membentuk kata kerja

transitif. Pertama ialah apitan meN-…-kan yang terdiri daripada lima pecahan seperti me-…-kan,

mem-…-kan, men-…-kan, meng-…-kan dan menge-…-kan. Contohnya:

me-…-kan

                        mewarnakan                            melagukan                   meramaikan

mem-…-kan

                        mempertahankan                     memfatwakan             membawakan

men-…-kan

                        menjadualkan              menceriakan                mensia-siakan

meng-…-kan

                        mengelakkan               mengindahkan             menggayakan

menge-…-kan

                        mengesahkan               mengekhaskan             mengehadkan

            Selain itu, terdapat juga imbuhan apitan  meN-…-i yang terdiri kepada beberapa

bahagian iaitu me-…-i, mem-…-i, men-…-i dan meng-…-i. Berikut merupakan contoh-

contohnya:

me-…-i

Page 6: Imbuhan kata kerja aktif

                        melingkari                   melindungi                  mewarisi

men-…-i

                        menjalani                     mencurahi                    menduduki

mem-…-i

                        mempunyai                  membaharui                 membohongi

meng-…-i

                        mengawasi                  mengikuti                    mengairi

Seterusnya, apitan beR-…-kan akan membentuk kata kerja tak transitif yang hanya

terdapat satu bentuk sahaja iaitu beR-…-kan. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor, imbuhan apitan

ini berasal daripada kata kerja berawalan beR- yang diikuti oleh kata sendi tentang, akan, pada,

kepada dan dengan. Kata sendi tersebut berubah menjadi akhiran -kan sahaja. Contohnya:

bersenjatakan              bertemakan                  berpandukan

2.6       Imbuhan sisipan kata kerja

            Menurut Nik Safiah Karim et al (2010:217), menyatakan dalam bahasa Melayu tidak ada

sisipan yang dapat membentuk kata kerja tetapi bentuk perkataan yang terdiri daripada kata

nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat dijadikan kata kerja. Manakala, menurut

Mohd Khair Mohd Nor, kata nama dan kata adjektif akan menjadi sisipan kata kerja apabila

melalui proses pengimbuhan. Jelasnya disini sesuatu perkataan sama ada kata nama atau kata

adjektif yang menerima imbuhan sisipan akan membentuk kata kerja. Terdapat tiga bentuk

sisipan iaitu -el-, -er-, -em-.

            Sisipan -el-

                        jajah                 -           jelajah              -           berjelajah         -           menjelajah

            sisipan -er-

                        sabut                -           serabut             -           berserabut

sisipan -em-

            guruh               -           gemuruh          -           bergemuruh

Page 7: Imbuhan kata kerja aktif

3.0       Kesimpulan

Kesimpulannya kata kerja aktif berbeza dengan golongan kata yang lain sepeti kata

nama, kata adjektif dan kata tugas. Hal ini kerana kata kerja melambangkan sesuatu perbuatan

terutamanya apabila wujudnya penambahan imbuhan, antaranya ialah imbuhan awalan, akhiran

dan apitan. Dalam bahasa melayu tidak ada sisipan yang dapat membentuk kata kerja. Namun

demikian bentuk perkataan yang terdiri daripada kata nama dan kata adjektif yang mengandungi

sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses pengimbuhan (Nik Safiah Karim et al,

2010:217). Penambahan imbuhan dalam kata kerja menjadi penentu jenis ayat iaitu sama ada

sesuatu ayat itu adalah ayat aktif atau ayat pasif. Pengguna bahasa juga perlu mematuhi

kecualian yang telah ditetapkan dalam pengimbuhan kata kerja aktif bagi mengelakkan

berlakunya kesalahan dalam sesuatu ayat.

                                   

4.0       Bibliografi

Ahmad Khair Mohd Nor (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Pustaka Salam Sdn Bhd.

Asmah Haji Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa, dan Abdul Hamid Mahmood

(2010), Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Moha Nor (2006). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna

Edisi  Baharu. Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distributors Sdn Bhd.

Zaenal Arifin, Junaiyah H.M dan M.Hum. (2007). Morfologi: Bentuk, Makna dan Fungsi.

Indonesia: Penerbit PT Grasindo.

Anda mungkin juga meminati: