imam al

18
1.0 Pengenalan Imam al-Ghazali merupakan tokoh pemikir Islam yang terkenal dalam kalangan umat Islam dan juga bukan Islam. Kehebatan beliau telah memberi kesan yang mendalam dalam jiwa umat Islam dari segi pemikiran, budi pekerti dan pendidikan. Ilmunya sangat meluas dalam pelbagai bidang terutama bidang falsafah, akidah, fikah, ilmu kalam, tasawuf, pendidikan, politik dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga Imam al-Ghazali merupakan seorang penulis Islam terkemuka kerana beliau banyak menghasilkan pelbagai bidang penulisan ilmiah. 2.0 Riwayat Hidup Nama penuh Imam al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali al-Tusi al-Shafie. Nama asalnya ialah Muhammad sahaja. Beliau dikenali sebagai Abu Hamid kerana mempunyai anak lelaki yang bernama Hamid yang meninggal dunia semasa masih kecil. Beliau digelar al-Ghazali yang dinisbahkan kepada nama daerah kelahiran beliau iaitu Ghazal. Ada juga 1

Upload: muhd-fahmi

Post on 16-Jul-2016

31 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

njkhfahbhfabyt

TRANSCRIPT

Page 1: IMAM AL

1.0 Pengenalan

Imam al-Ghazali merupakan tokoh pemikir Islam yang terkenal dalam kalangan umat

Islam dan juga bukan Islam. Kehebatan beliau telah memberi kesan yang mendalam

dalam jiwa umat Islam dari segi pemikiran, budi pekerti dan pendidikan. Ilmunya sangat

meluas dalam pelbagai bidang terutama bidang falsafah, akidah, fikah, ilmu kalam,

tasawuf, pendidikan, politik dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga Imam al-Ghazali

merupakan seorang penulis Islam terkemuka kerana beliau banyak menghasilkan

pelbagai bidang penulisan ilmiah.

2.0 Riwayat Hidup

Nama penuh Imam al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin

Muhammad bin Ahmad al-Ghazali al-Tusi al-Shafie. Nama asalnya ialah Muhammad

sahaja. Beliau dikenali sebagai Abu Hamid kerana mempunyai anak lelaki yang

bernama Hamid yang meninggal dunia semasa masih kecil. Beliau digelar al-Ghazali

yang dinisbahkan kepada nama daerah kelahiran beliau iaitu Ghazal. Ada juga

pendapat yang mengatakan beliau digelar al-Ghazali sempena gelaran bapanya yang

bekerja sebagai pemintal bulu kambing.

Beliau dilahirkan pada tahun pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi,

di Kampung Ghazal yang terletak di pinggir kota kecil bernama Tus di wilayah

Khurasan. Beliau berasal daripada keluarga miskin. Bapanya mempunyai cita-cita yang

1

Page 2: IMAM AL

tinggi untuk melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh. Keistimewaan al-Ghazali

ialah dalam usia 34 tahun beliau telah dilantik sebagai reaktor Universiti Baghdad.

Selepas itu, Imam al-Ghazali mengembara mencari kebenaran dan kedamaian

selama 12 tahun sehingga berjaya mendapat kepuasan dalam ilmu sufi. Beliau

meninggal dunia pada pagi hari Isnin, 14 Jamadil Akhir tahun 505 Hijrah di Tus dan

jenazahnya dikebumikan di tanah kelahirannya. Imam-al-Ghazali telah mendapat

gelaran sebagai ‘Hujjatul Islam’ dari umat Islam seluruh dunia selepas kewafatan

beliau. Ini adalah hasil kajayaannya dalam pembelaan terhadap Islam daripada

serangan anasir-anasir dalam dan luar negara kerana membahayakan umat Islam

seluruhnya (Abdul Salam Yussof : 2003).

Pada peringkat awalnya beliau mendapat pendidikan secara percuma kerana

keluarganya miskin.. Beliau mempelajari sebahagian ilmu Fiqh dari Imam Ahmad al-

Razikani di Tus, kemudian berpindah ke Jurjan untuk menuntut ilmu dengan Imam Abu

Nasr al-Ismaili. Setelah itu, al-Ghazali berpindah ke Naisabur dan mengambil peluang

menuntut ilmu dengan tekun dari Imam al-Haramain Abu Ma’ali al-Juwaini (419-478H)

sehingga mahir tentang mazhab al-Syafie, ilmu Khilaf, perubatan, usuluddin, usul fiqh

dan mantiq. Al-Ghazali juga berjaya menguasai dua ilmu lain seperti ilmu hikmah dan

falsafah (Salih Ahmad al-Syami : 2001)

Beliau juga telah megembara ke beberapa tempat seperti Mekah,Madinah,

Mesir dan Jurussalem untuk mendalami ilmu falsafah. Sewaktu dalam pengembaraan,

2

Page 3: IMAM AL

beliau telah menulis kitab ‘Ihya Ulumu ad-Din’ yang telah memberi sumbangan yang

besar kepada masyarakat dan pemikiran Islam dalam semua masalah (Ahmad Mohd

Salleh : 2004).

 3.0 Sumbangan Imam Al-Ghazali

3.1 Sumbangan Dalam Bidang Ilmu Pengetahuan

Imam al-Ghazali merupakan ahli fikir Islam yang telah meninggalkan jasa yang tidak

ternilai melalui hasil-hasil karyanya. Beberapa hasil karya Imam al-Ghazali telah

diterjemah ke dalam pelbagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan kepada penuntut-

prnuntut di pusat-pusat pengajian tinggi. Eropah telah memberi perhatian yang amat

besar terhadap karya al-Ghazali dan menyimpan kekayaan kesusasteraannya yang

bermutu tinggi itu.

Beberapa hasil karya Imam al-Ghazali yang paling terkenal ialah Ihya Ulum ad-

Din yang merangkumi ilmu akidah, fikah, falsafah, akhlak dan tasawuf. Segala hasil

tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya seperti Jalaluddin ar-

Rumi, Syeikh Asyraf, Ibnu Rusrd dan Syah Waliyyullah. Kebanyakan hasil karya Imam

al-Ghazali berbentuk falsafah. Oleh itu, pengkaji-pengkaji Barat menganggap Imam al-

Ghazali seorang ahli falsafah. Antara hasil karya beliau yang laian termasuklah Mizanul

Amal, A-Munkaz Mina Dhalal, Tahaful al-Falsafah, Minhajul ‘Abidin, Hidayah as-Salikin,

Jawahir al-Quran dan lain-lain lagi.

3

Page 4: IMAM AL

Antara lain sumbangan Imam al-Ghazali ialah:-

1. Sebagai Penasihat Agong Perdana Menteri Nizam al-Malik.

2. Menjadi tenaga pengajar kanan di Universiti Nizamiyah Baghdad dan Naisabur.

3. Mendokong fahaman al-Asya’irah ataulebih dikenali sebagai Mazhab Ahli Sunnahwal

Jamaah.

3.1.1 Kaedah Pengajaran

Berhubung dengan masalah mencari ilmu pengetahuan,al-Ghazali menjelaskan semua

ilmu yang dicari oleh manusia datangnya daripada Allah SWT. Tegasnya Allah SWT

adalah guru yang utama, Jibril as adalah guru yang kedua dan guru yang ketiga adalah

Nabi Muhammad saw. Semua manusia mendapat ilmu dari para nabi. Tidak seorang

pun yang terkecuali daripada proses ini (Hamid Fahmy Zarkasyi : 1990).

Menurut al-Ghazali guru ialah seseorang yang menyampaikan sesuatu kepada

orang lain atau kepada pelajarnya. Dalam definisi lain al-Ghazali menyatakan guru ialah

seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina

kepada seseorang yang berkemahuan tanpa mengira peringkat umur, dengan pelbagai

cara dan kaedah tanpa mengharapkan ganjaran.

Dalam meyampaikan pengajarannya, banyak kaedah yang digunakan oleh Imam al-

Ghazali. Antaranya :-

4

Page 5: IMAM AL

1. Kaedah Perbandingan

Kaedah ini digunakan dalam pengajaran, perbincangan untuk membuktikan kebenaran

fikiran dan kepercayaan mereka kepada karya-karyanya. Dalam kitab Ihya Ulum Ad-

Din, Imam al-Ghazali menerangkan perbezaan pendapat di kalangan cerdik pandai

tentang kebaikan dan keburukan akhlak.

2. Kaedah Halaqah

Kaedah ini terus menerus digunakan oleh yayasan pendidikan dalam dunia Islam.

Semenjak bermulanya dakwah Islamiah, para pelajar mengelilingi gurunya dalam

separa bulatan untuk mendengar syarahannya. Imam al-Ghazali juga melaksanakan

kaedah halaqah semasa menyampaikan ilmu kepada penuntut-penuntutnya di

sekolahnya. Sekolah tersebut didirikan berhampiran dengan rumahnya untuk penuntut-

penuntut ilmu dan juga sebagai persinggahan ahli sufi.

3. Kaedah Petunjuk / Bimbingan

Kaedah ini digunakan semasa menanamkan dasar-dasar agama kepada anak-anak.

Imam al-Ghazali memulakan dengan meniru, iaitu menunjuk cara kepada anak-anak,

diikuti dengan meyakini dan menguatkan dengan dalil-dalil, membaca ayat al-Quran

dan menerangkan kandungan serta maknanya.

5

Page 6: IMAM AL

4. Kaedah Dialog dan Perbincangan

Kaedah ini melalui soal jawab untuk sampai kepada fakta yang tidak dapat diragukan,

dikritik dan dibantah lagi. Imam al-Ghazali pernah menggunakan kaedah perbincangan

dan dialog bagi mendalamkan lagi kefahaman seseorang terhadap ilmu pengetahuan.

Kaedah ini dapat mengasah otak dan memperkuatkan pendapat di samping

kepercayaan kepada diri sendiri dan berkemampuan berbicara tanpa teks.

Kesimpulannya, Imam al-Ghazali adalah seorang yang gigih dalam menuntut ilmu dan

menyebarkan ilmu pengetahuan. Kita sepatutnya mencontohi beliau dalam kedua

bidang tersebut. Beliau telah memberi sumbangan yang besar dalam tamaddun ilmu.

Karya-karyanya menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Seharusnya kita semua ingat

bahawa kaedah-kaedah pengajaran yang diamalkan di seluruh dunia kini adalah

berpunca daripada al-Quran dan sunnah.

3.2 Al-Ghazali dan Ilmu Kalam

Al-Ghazali memberi sumbangan yang cukup besar dalam ilmu Kalam. Beliau telah

mengarang begitu banyak penulisan dalam ilmu Kalam. Dalam penulisan beliau, Al-

Ghazali banyak mematahkan hujah-hujah daripada pihak yang keterlaluan ketika

membahaskan isu-isu yang timbul daripada perbincangan ilmu Kalam. Ilmu kalam

sudah pun berkembang dengan baik bagi mempertahankan dan membela akidah ahli

as-Sunnah sebagaimana yang terdapat dalam al-Irsyad iaitu salah satu kitab karangan

Imam al-Haramain guru Imam Al-Ghazali.

6

Page 7: IMAM AL

 

Pernah disebut dalam sejarah, Imam Al-Ghazali tidak menyukai majlis-majlis

perdebatan berkaitan ilmu Kalam. Jika dijemput ke majlis seperti itu, beliau hanya

berdebat berdebat dengan menggunakan metadologi Rasullah dan para sahabat.

beliau berpendapat perdebatan yang berasaskan kepada hujah akal tanpa berpaksikan

kepada sumber primer iaitu Al-Quran dan As-Sunnah hanya akan menambahkan lagi

kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat ketika itu. (Ibrahim, 1985:17)

Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin ketika membincangkan berkaitan

dengan teori dan konsep ilmu tidak meletakkan ilmu Kalam sebagai satu ilmu yang

bermanfaat kepada masyarakat. Bahkan beliau menganggap sesiapa yang keterlaluan

membicangkan isu-isu yang berkaitan dengan sifat dan perbuatan Allah adalah

termasuk dalam golongan orang yang melakukan bid’ah di dalam Islam. Beliau

megatakan ilmu kalam tidak bermanfaat kepada manusia kerana dua sebab iaitu

pertamanya ilmu ini tersimpang jauh dari matlamatnya yang utama iaitu mengenal

Allah. Keduanya, perbincangan ahli ilmu Kalam terlalu jauh sehingga menyimpang

daripada apa yang dibincangkan oleh para ulama’ salaf. Di antara kitab-kitab yang

dikarang tidak ada satu pun yang beliau benar-benar menolak terhadap ilmu ini, malah

dalam al-Munqidh beliau ada mengatakan”aku sendiri juga ada mengarang kitab-kitab

mengenai ilmu Kalam ini dengan kehendakku. Aku dapati ilmu Klam ini dapat

memenuhi tujuannya tetapi tidak dapat memenuhi tujuanku”. (Ghazali, 2002:10)

7

Page 8: IMAM AL

3.3 Al-Ghazali dan Ilmu Falsafah

Pada mulanya, beliau langsung tidak mengetahui berkaitan dengan ilmu

falsafah. Namun atas rasa tanggungjawab untuk membela agama Allah beliau telah

mempelajari ilmu falsafah dengan semangat dan ketekunan yang tinggi. Imam Al-

Ghazali menyedari bahawa musuh-musuh islam menggunakan ilmu falsafah sebagai

senjata utama melemahkan pegangan umat Islam, beliau pun bangun menentang

hujah-hujah golongan tersebut. Beliau telah mengkaji penulasan-penulisan yang

berkaitan dengan ilmu falsafah secara individu tanpa berguru dengan mana-mana guru

falsafah yang terkenal kerana beliau sibok mengajar ilmu-ilmu agama. (Ibrahim,

1985:22)

Al-Ghazali memberikan sumbangan yang amat besar dalam bidang ini

khususnya meneroka bidang baru berkaitan falsafah Islam. Al-Ghazali telah

membahagikan golongan yang membahaskan falsafah kepada tiga golongan. Pertama,

golongan atheis iaitu golongan yang mengingkari kewujudan pencipta yang mentadbir

seluruh alam ini. Golongan kedua ialah natural iaitu golongan ilmuan yang banyak

mengkaji berkaitan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan.

Golongan ini mendakwa tidak akan dihidupkan selepas mati dan mereka menafikan

adanya hari akhirat. Golongan ketiga pula golongan theologi yang terdiri daripada ahli

theologi iaitu ahli yang membincangkan soal-soal ketuhanan sepeerti Plato, Aristotle

dan Sukratus. Mereka membahaskan perkara-perkara yang berkaitan tuhan dengan

bersumberkan akal. Ilmu falsafah terbahagi kepada enam iaitu Matematik, Logik, Fizik,

8

Page 9: IMAM AL

Metafizik, Politik dan etikaAntara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang falsafah

ialah Maqasid Al-Falasifah, Al-Munqiz Min Aldhalal dan Tahafuut Al-Falasifah. (Ibrahim,

1985:26)

3.4 Al-Ghazali dan Ilmu Tasawwuf

Apabila melibatkan diri menjadi sebahagian daeipada ahli sufi, beliau sekali lagi

membersihkan tasawwuf daripada perkara-perkara khurafat dan daripada perkara yang

terkeluar daripada pengamalan agama Islam yang sebenar. Dalam bidang tasawwuf Al-

Ghazali mempunyai guru antara yang termashur ialah Al-Junaid dan Al-Muhasibin.

Apabila Al-Ghazali mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang

tasawwuf beliau akan melemparkan kritikan yang membina yang bertujuan untuk

membetulkan kesalahan dan menghalang daripada penyelewengan yang berlaku

sehingga mencemarkan kemurnian Islam. (Ghazali, 2002:30)

Antara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang tasawwuf ialah kitab Ihya’

Ulumuddin. Kitab ini telah membincangkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama dan

merupakan kitab yang terkenal hasil karangan beliau hingga ke hari ini. Kitab ini telah

diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Parsi, Urdu,

Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Selain itu, kitab ini menjadi sumber rujukan para

ulama’ di rantau alam Melayu. Antara pendorong Al-Ghazali menulis kitab ini ialah

kerana kesedarannya yang amat tinggi terhadap penyelewgan teori dan konsep fiqh

serta tasawwuf ialah dengan merujuk kepada sumber primer iaitu al-Quran dan

9

Page 10: IMAM AL

Sunnah. Kemudian para sahabat dan tabi’in. Setelah merujuk kepada sumber primer

ddan sekunder barulah Al-Ghazali mengutarakan pemikirannya terhadap konsep yang

ditulisnya. (Ibrahim, 1985:55)

Kehadiran kitab Ihya’ Ulumuddin member implikasi besar dalam pengajian

tasawwuf. Sumbangan ini adalah cukup besar dalam bidang tasawwuf kerana Al-

Ghazali telah memurnikan semula ilmu tasawwuf daripada kesesatan dan bid’ah.

 

4.0 KESIMPULAN

Setelah mengkaji dan mengetahui tenyang Imam Al-Ghazali, saya berasa amat kagum

dengan ketokohan Imam Al-Ghazali sebagai Hujjatul Islam dan Pembaru dalam kurun

ke-5. Ternyata tiada siapa yang mampu untuk mengatasi beliau dari sudut ilmu dan

pengalaman pada zaman itu. Telah dinyatakan sebelum ini beliau bukanlah seorang

penuntut ilmu yang hanya mampu mempelajari sesuatu ilmu daripada guru kemudian

menulis dan menghafalnya sahaja, bahkan beliau telah pergi jauh sehingga mampu

untuk mencungkil dan mengorek segala permasalahan dan segala kepincangandalam

sesuatu bidang ilmu itu. Selain itu, apabila Al-Ghazali mendalami sesuatu bidang

pengetahuan sudah pasti belilau menjadi seorang yang menguasai bidang tersebut

dengan izin Allah mengatasi cerdik pandai yang telah lama berada dalam bidang

tersebut. Ini dapat dibuktikan dalam dibuktikan dalam setiap ilmu yang diceburinya

sentiasa ada pemikiran-pemikiran baru yang bersifat pembaharuan atau

10

Page 11: IMAM AL

pengembangan konsep yang dikemukan oleh ilmuan yang terdahulu sebelumnya.

Sekiranya baliau masih ada pada zaman ini, beliau pasti menjadiseorang tokoh ilmuan

yang sangat hebat dari sudut ilmu dan pengalaman.

Dengan kecanggihan ilmu teknologi dan komunikasi serta pemerolehan

maklumat tanpa sempadan kini pasti akan digunakan sepenuhnya oleh beliau umtuk

menggali segala ilmu dan pengetahuan tanpa terhenti dalam satu bidang sahaja

sebagaimana yang ada pada tokoh ilmuan masa kini. Tidak mustahil dengan

kecanggihan ilmu yang ada, beliau mampu menulis lebih banyak buku hasil gabungan

pengajian Islam dengan bidang-bidang lain seperti ekonomi, social, politik, hubungan

antarabangsa, geografi, sains dan bidang-bidang lain. Pada zaman teknologi sekarang

susah untuk kita menemui tokoh ilmuan yang sama seperti Imam Al-Ghazali. Beliau

telah memberi sumbangan yang amat besar dalam agama Islam. Begitu banyak

pengorbanan yang telah beliau lakukan kepada umat Islam pada zaman beliau tetapi

masih boleh digunakan sehingga sekarang. Kata Al-Alif As-Syadzali:”Aku pernah

melihat Rasullah SAW dalam mimpi, beliau membaggakan Al-Ghazali kepada Nabi Isa

dan Nabi Musa. Beliau bersabda:”Apakah di kalangan kamu berdua ada orang seperti

Ghazali?”. Nabi Isa dan Musa menjawab:”Tidak ada”. Sebagai umat nabi Muhammad

kita juga patut berbangga dengan Imam Al-Ghazali kerana mempunyai tokoh ilmuan

seperti beliau.

11

Page 12: IMAM AL

Refleksi

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat saya siapkan

kerja kursus ini seperti yang diinginkan. Segala permasalahan dapat saya atasi dengan

bantuan pensyarah (TITAS), Encik Mahadhir serta kawan-kawan. Melalui kerja kursus

ini, banyak ilmu pengetahuan baru yang dapat saya perolehi di samping

memperkukuhkan pengetahuan yang sedia ada. Dalam melaksanakan tugasan kali ini,

saya diminta untuk mencari dan mengulas tentang perkara yang berkaitan dengan

Imam Al-Ghazali seperti sumbangannya dalam kehidupan masa kini.

Tugasan kali ini amat sukar berbanding tugasan-tugasan yang lain. Begitu

banyak masalah yang timbul terutamanya mencari dan memilih surat maklumat serta

sumber yang bertepatan dengan kehendak soalan. Saya terpaksa meneliti satu persatu

surat sumber yang dicari kerana kemungkinan sumber yang saya pilih adalah tidak

berkualiti dari segi isi kandungannya. Tidak dinafikan sesekali timbul perasaan putus

asa bila tidak dapat apa yang diinginkan. Tapi Alhamdulillah dengan sokongan

pensyarah dan rakan-rakan, saya dapat mencari sumber maklumat tersebut dengan

jayanya.

Kejayaan mengolah serta menghurai bahan berkaitan Al-Ghazali tersebut adalah

klimaks terhadap perjalanan tugasan ini. Kerja yang dilakukan lancar dan saya tidak

berada dalam keadaan tertekan sehinggalah selesai tugasan kali ini. Kekuatan bagi

menyiapkan tugasan kali ini adalah kerana tugasan yang diterima oleh saya adalah

berkaitan dengan imam yang terulung dalam Islam. Jadi adalah lebih senang saya

mencari serta mendalami ilmu berkaitan dengan tokoh yang saya kaji.

Saya berharap tugasan kali ini dapat memantapkan lagi diri saya dalam

pemahaman tentang tokoh islam yang terulung ini kerana kita semua tahu bahawa kita

sebagai seorang guru haruslah celik tentang tokoh agama kita sendiri. Tugasan kali ini

dianggap berjaya kerana sekurang-kurangnya dapat mengajar saya erti tidak putus asa.

12

Page 13: IMAM AL

Bibliografi

Buku

Mustafa Haji Daud (1999), Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distribution Sdn Bhd.

Fathiyah Hasan Sulaiman (1986), Al-Ghazali & Plato, Singapura: Pustaka Nasional Pte

Ltd.

Mohd Fauzi Hamat (2005), Ketokohan Al-Ghazali dalam Bidang Logik, Kuala Lumpur:

Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Internet

Riwayat Hidup Imam Al-Ghazali. Dicapai pada 20 Mac 2013 daripada

http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id10.html.

Pesanan Al-Ghazali. Dicapai pada 22 Mac 2013 daripada http://myibrah.com/pesanan-

imam-al-ghazali.

Sumbangan Al-Ghazali. Dicapai pada 22 Mac 2013 daripada http://az-esei-

jan2010.blogspot.com/2010/04/riwayat-hidup-imam-al-ghazali-dan.html.

13