ikea kini sedia melangkah masuk ke · pdf fileoperasi dan latihan untuk semua pekerja....

3
UNTUK SIARAN SEGERA IKEA kini sedia melangkah masuk ke Cheras IKEA Malaysia meraikan persiapan menjelang pembukaan gedung terbaharu pada akhir November 2015 Kuala Lumpur, 28 September 2015 - IKEA Malaysia hari ini mengumumkan bahawa gedung keduanya yang terletak di Jalan Cochrane, Cheras bakal beroperasi pada penghujung November 2015. Butir-butir pembukaan ini dimaklumkan pada majlis ‘Roof Capping’, mengikut tradisi Sweden sebagai meraikan tamatnya pembinaan dan juga penghargaan kepada jiran-jiran yang telah membantu dalam fasa pembinaan. "Menjelangnya penghujung November 2015, IKEA Cheras bakal menyediakan lebih banyak kelengkapan rumah ala Sweden dengan rekaan menarik, berfungsi, mampu dimiliki dan berkualiti untuk lebih ramai rakyat Malaysia. Gedung baru IKEA ini ialah sebahagian daripada wawasan pengembangan operasi kami di Asia Tenggara. Kehadiran kami di kawasan kejiranan Cheras mencerminkan visi kami dalam mewujudkan kehidupan seharian yang lebih baik untuk orang ramai," jelas Mike King, Pengarah Runcit, IKEA Malaysia, Singapura dan Thailand. IKEA Cheras akan menyediakan kemudahan yang lebih meluas berserta pelbagai pilihan inspirasi dan penyelesaian hiasan rumah pada harga yang teramat rendah untuk rakyat Malaysia. Gedung ini mempunyai ruang membeli-belah sebesar 41,000 meter persegi, iaitu 20 peratus lebih besar daripada gedung di Damansara. IKEA Cheras juga terletak lebih kurang 5 minit pemanduan dari pusat bandar raya, boleh diakses dari MAJU Expressway dan lebuh raya SMART. Ia juga akan bersambung dengan stesen MRT Cochrane (dijangka siap pada tahun 2017). Dengan tarikh pembukaan gedung ini yang semakin hampir, pasukan kerja di IKEA Cheras kini sedang rancak menyiapkan reka bentuk dalaman, persediaan operasi dan latihan untuk semua pekerja. Pengrekrutan di seluruh negara telah dilaksanakan baru-baru ini agar membantu operasi gedung berjalan lancar.

Upload: hoangmien

Post on 17-Mar-2018

234 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: IKEA kini sedia melangkah masuk ke · PDF fileoperasi dan latihan untuk semua pekerja. Pengrekrutan di seluruh negara telah dilaksanakan baru-baru ini agar membantu operasi gedung

UNTUK SIARAN SEGERA

IKEA kini sedia melangkah masuk ke Cheras

IKEA Malaysia meraikan persiapan menjelang pembukaan gedung terbaharu

pada akhir November 2015

Kuala Lumpur, 28 September 2015 - IKEA Malaysia hari ini mengumumkan

bahawa gedung keduanya yang terletak di Jalan Cochrane, Cheras bakal

beroperasi pada penghujung November 2015. Butir-butir pembukaan ini

dimaklumkan pada majlis ‘Roof Capping’, mengikut tradisi Sweden sebagai

meraikan tamatnya pembinaan dan juga penghargaan kepada jiran-jiran yang

telah membantu dalam fasa pembinaan.

"Menjelangnya penghujung November 2015, IKEA Cheras bakal menyediakan

lebih banyak kelengkapan rumah ala Sweden dengan rekaan menarik, berfungsi,

mampu dimiliki dan berkualiti untuk lebih ramai rakyat Malaysia. Gedung baru

IKEA ini ialah sebahagian daripada wawasan pengembangan operasi kami di Asia

Tenggara. Kehadiran kami di kawasan kejiranan Cheras mencerminkan visi kami

dalam mewujudkan kehidupan seharian yang lebih baik untuk orang ramai,"

jelas Mike King, Pengarah Runcit, IKEA Malaysia, Singapura dan Thailand.

IKEA Cheras akan menyediakan kemudahan yang lebih meluas berserta pelbagai

pilihan inspirasi dan penyelesaian hiasan rumah pada harga yang teramat

rendah untuk rakyat Malaysia. Gedung ini mempunyai ruang membeli-belah

sebesar 41,000 meter persegi, iaitu 20 peratus lebih besar daripada gedung di

Damansara. IKEA Cheras juga terletak lebih kurang 5 minit pemanduan dari

pusat bandar raya, boleh diakses dari MAJU Expressway dan lebuh raya SMART.

Ia juga akan bersambung dengan stesen MRT Cochrane (dijangka siap pada

tahun 2017).

Dengan tarikh pembukaan gedung ini yang semakin hampir, pasukan kerja di

IKEA Cheras kini sedang rancak menyiapkan reka bentuk dalaman, persediaan

operasi dan latihan untuk semua pekerja. Pengrekrutan di seluruh negara telah

dilaksanakan baru-baru ini agar membantu operasi gedung berjalan lancar.

Page 2: IKEA kini sedia melangkah masuk ke · PDF fileoperasi dan latihan untuk semua pekerja. Pengrekrutan di seluruh negara telah dilaksanakan baru-baru ini agar membantu operasi gedung

"Kami mendapat sambutan yang amat menggalakkan yang mana lebih 300

individu dengan pelbagai bakat dan kepakaran telah diambil bagi menyertai

tenaga pekerja di IKEA Cheras. Kini, dengan adanya pasukan pekerja yang

bersemangat dan komited, gedung baru ini bakal memastikan yang lebih ramai

rakyat Malaysia berpeluang menikmati pengalaman unik membeli-belah di IKEA

yang sememangnya dikenali dan disukai ramai, "kata Mike.

IKEA Cheras ialah salah satu daripada beberapa pembangunan perniagaan runcit

yang bakal siap di bandar yang berkembang pesat ini. Mercu tanda ikonik

baharu ini melihat potensi dalam mengubah Cheras menjadi destinasi

membeli-belah yang bertenaga, membawa bersama keseronokan membeli-belah

sebagaimana di Mutiara Damansara satu-satunya gedung IKEA sejak 2003.

-TAMAT-

Mengenai IKEA Kediaman adalah tempat paling penting di dunia. Ruang peribadi dan sudut yang selesa di mana keluarga dan rakan boleh bersama dan kanak-kanak belajar dan membesar. Ia tempat di mana semua orang dialu-alukan walaupun hanya untuk bersantai. IKEA berhasrat untuk membantu menjadikan kehidupan harian di rumah lebih baik untuk semua. Diasaskan di Sweden sejak tahun 1943, IKEA menawarkan pelbagai rangkaian kelengkapan rumah dengan reka bentuk menarik dan penyelesaian kehidupan yang berfungsi, pada harga yang rendah agar orang ramai mampu memilikinya. IKEA percaya bahawa rasa tanggungjawab yang ditunjukkan terhadap orang ramai dan persekitaran merupakan etika pelaksanaan perniagaan yang baik. Ini bermakna, harga rendah IKEA tidak akan menjejaskan orang ramai dan persekitaran - harga rendah tetapi bukannya sebarang harga. IKEA menggabungkan usaha yang mesra alam sekitar dalam perniagaan hariannya dan terus menyokong inisiatif yang menyokong kanak-kanak dan alam sekitar. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 365 buah gedung IKEA di 47 buah negara termasuk sebuah di Malaysia.

Page 3: IKEA kini sedia melangkah masuk ke · PDF fileoperasi dan latihan untuk semua pekerja. Pengrekrutan di seluruh negara telah dilaksanakan baru-baru ini agar membantu operasi gedung

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: Text100 Malaysia

Yen Leong / Henry Khoo

Text100 Malaysia

Tel: +603-2282 2152

E-mel: [email protected] / [email protected]

IKEA Malaysia

Doris Chin

Assistant Marketing Manager

Tel: +603-7720 7273

E-mel: [email protected]