idola

95
SET 1 – PAHLAWAN BUNTUNG Soalan 2(b) – Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dalam keadaan kami diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa, tiba-tiba Pak Husain menjongol dalam lingkungan kami di Kampung Dal. Tiap-tiap kami berasa bahawa kehadirannya bersama-sama cerita yang dibawanya, tanpa disedarinya telah memanjatkan gelaran `pahlawan` kepadanya. Ceritanya begini: Waktu kami akan berangkat meninggalkan pangkalan, Pak Husain dalam perjalanan kerana memeriksa barang-barang rumahnya. Dengan tiba-tiba dia dicegat oleh dua orang tentera Jepun. Rupa-rupanya Jepun itu boleh berbahasa Melayu. Dia kenal orang Melayu. Dengan senapangnya, dia memaksa Pak Husain menguburkan mayat-mayat tentera dan orang mati. Ketika beberapa orang Jepun itu mahu mencari orang-orang kampung, Pak Hussain menyatakan semuanya sudah lari. Sekaliannya sudah pindah. Akibat daripada sikapnya yang berani itu, Jepun tidak turun ke pengkalan. Pak Husain dipaksa menggali kubur besar. Mayat-mayat yang berpuluh-puluh (di pantai Pak Amat sahaja) dikuburkan beramai-ramai. Dia bekerja sehari suntuk. Darah menyimbah ke seluruh badannya. Dia seorang diri. Hingga menjelang senja (dia pun diberi makan biskut dan air oleh tentera Jepun), dia meminta kepada tentera yang pandai berbahasa Melayu itu, mahu membuang air besar. Ketika itulah dia mengambil peluang untuk melarikan diri. Pak Hussain menyeberangi sungai ke Tuk Lukup. Dari Tuk Lukup dia berjalan kaki ke Sungai Gali. (Dipetik daripada cerpen “Pahlawan Buntung”, oleh S. Othman Kelantan, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Upload: shuhainor-abdul-rahman

Post on 02-Jan-2016

315 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

SET 1 – PAHLAWAN BUNTUNG

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dalam keadaan kami diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa, tiba-tiba Pak Husain menjongol dalam lingkungan kami di Kampung Dal. Tiap-tiap kami berasa bahawa kehadirannya bersama-sama cerita yang dibawanya, tanpa disedarinya telah memanjatkan gelaran `pahlawan` kepadanya. Ceritanya begini:

Waktu kami akan berangkat meninggalkan pangkalan, Pak Husain dalam perjalanan kerana memeriksa barang-barang rumahnya. Dengan tiba-tiba dia dicegat oleh dua orang tentera Jepun. Rupa-rupanya Jepun itu boleh berbahasa Melayu. Dia kenal orang Melayu. Dengan senapangnya, dia memaksa Pak Husain menguburkan mayat-mayat tentera dan orang mati. Ketika beberapa orang Jepun itu mahu mencari orang-orang kampung, Pak Hussain menyatakan semuanya sudah lari. Sekaliannya sudah pindah. Akibat daripada sikapnya yang berani itu, Jepun tidak turun ke pengkalan. Pak Husain dipaksa menggali kubur besar. Mayat-mayat yang berpuluh-puluh (di pantai Pak Amat sahaja) dikuburkan beramai-ramai. Dia bekerja sehari suntuk. Darah menyimbah ke seluruh badannya. Dia seorang diri. Hingga menjelang senja (dia pun diberi makan biskut dan air oleh tentera Jepun), dia meminta kepada tentera yang pandai berbahasa Melayu itu, mahu membuang air besar. Ketika itulah dia mengambil peluang untuk melarikan diri. Pak Hussain menyeberangi sungai ke Tuk Lukup. Dari Tuk Lukup dia berjalan kaki ke Sungai Gali.

(Dipetik daripada cerpen “Pahlawan Buntung”, oleh S. Othman Kelantan,

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah perkara-perkara yang terpaksa dilakukan oleh Pak Husain setelah bertembung dengan tentera Jepun.?

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengenang jasa

pahlawan seperti Pak Hussain? Berikan tiga usaha.

[3 markah]

(iii) Berikan dua latar tempat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan dua latar tempat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

[4 markah]

SKEMA JAWAPAN

SET 1 – PAHLAWAN BUNTUNG

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

(i) Dua perkara yang dilakukan oleh Pak Hussain setelah bertembung dengan tentera Jepun (2m)

1. Menguburkan mayat tentera dan orang mati.

2. Menguburkan berpuluh-puluh mayat seorang diri.

3. Gali kubur besar.

(ii) Tiga usaha untuk mengenang jasa pahlawan seperti Pak Husain. (3m)

1. Menulis jasa-jasa pahlawan seperti Pak Husain dalam bentuk media cetak dan media elektronik.

2. Memberikan pingat dan anugerah.

3. Memberikan bantuan untuk memulakan perniagaan

4. Mengadakan satu pertubuhan atau persatuan yang mengurus kebajikan mereka

5. Mewujudkan satu pertempatan untuk pahlawan yang cedera

6. Mewujudkan satu skim istimewa sepertim pakej rawatan kelas pertama di hospital

(iii) Berikan dua latar tempat yang terdapat dalam petikan cerpen (4m)

1. Di pantai Pak Amat untuk menguburkan berpuluh-puluh mayat

2. Sungai untuk ke Kampung Tuk Lukup semasa melarikan diri

3. Sungai Gali semasa melarikan diri

Dua latar tempat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

1. Kampung Dal – tempat penduduk Kampung Pulau Pak Amat menumpang semasa perang

2. Pulau Tukang Dolah –kubu yang telah diserang dan ditawan oleh askar Jepun

3. Pulau Panjang -–kubu yang telah diserang dan ditawan oleh askar Jepun

4. Pengkalan Cepa –kubu yang telah diserang dan ditawan oleh askar Jepun

5. Di dalam perahu apabila penduduk kampung tersedar Pak Husain tiada dalam perahu.

6. Di kota semasa pertemuan Khalid dan Pak Husain untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

SET 2 – PAHLAWAN BUNTUNG

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Aku dapat bayangkan apa yang akan berlaku ke atas kami sekaliannya yang di pangkalan kalau tentera-tentera Jepun itu sempat turun. Bukankah keberanian dan sikap Pak Husain membohongi tentera Jepun itu telah menyelamatkan kami? Alangkah besar jasanya. Alangkah!

Kisah Pak Husain dipaksa supaya menguburkan mayat sehari suntuk telah berkembang dari mulut ke mulut. Kisah itu mengapung terus dari Kampung Dal ke kampung-kampung yang lain. Berkembang di Tebing Tinggi, di Dasar,di Kemumin, di Pancur, di Pulau Tukang Dolah dan di Teluk Kitang. Cerita itu tidak dirasakan baktinya selain kami penghuni asli kampung Pak Amat.

Pak Husain telah menyelamatkan kami!

Kisah Pak Husain tidak berakhir di situ sahaja. Ketika Jepun menyerah pada tahun empat puluh lima, waktu itu rompakan menjadi-jadi. Rompakan berlaku di Tuk Lukup. Berlaku di Sabak. Berlaku di Pengkalan Datu. Awan ketakutan berkembang hitam di tiap-tiap buah kampung yang agak terpencil. Ketika pendaratan perompak di Kampung Pak Amat, Pak Husain telah membedil kawanan perompak yang masih di dalam perahu. Senapangnya yang diambil daripada seorang askar Punjabi yang telah mati (waktu dia menguburkan mayat-mayat mereka pada permulaan perang), telah dipergunakan buat pertama kali. Bedilannya itu telah menyelamatkan rumah Pak Ngah Isa. Menyelamatkan semua orang kampung. (Akhirnya Pak Husain menyerahkan senapang itu kepada kerajaan apabila semuanya normal).

(Dipetik daripada cerpen “Pahlawan Buntung”, oleh S. Othman Kelantan,

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan dua tindakan Pak Husain yang telah menyelamatkan orang kampung.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda,apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri pelajar? Kemukakan tiga cadangan anda.

[3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai murni lain yang

terdapat dalam keseluruhan cerpen.

[4 markah]

SKEMA

SET 2 – PAHLAWAN BUNTUNG

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

(i)Dua tindakan Pak Husain yang telah menyelamatkan orang kampung. (2m)

1. Keberanian dan sikap Pak Husain membohongi tentera Jepun

2. Membedil kawanan perompak yang masih di dalam perahu

(ii)Tiga langkah untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri pelajar. ( 3 m)

1. Belajar dengan bersungguh-sungguh supaya dapat berbakti kepada negara

2. Menghormati lambang-lambang kebesaran negara

3. Membaca lebih banyak buku sejarah tentang pejuang-pejuang negara

4. Mengharumkan nama negara dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah

5. Tidak terlibat dengan gejala sosial

6. Melawat tempat-tempat bersejarah

7. Sentiasa membaca dan mengikuti perkembangan negara lain yang sentiasa berlaku pemberontakan sebagai peringatan kepada diri pelajar agar menyayangi keamanan yang dinikmati negara.

(iii)Satu nilai murni yang terdapat dalam petikan (3m)

1. Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menembak perompak yang masih berada di dalam perahu dan rumah Pak Isa selamat dari dirompak

2. Nilai kebijaksanaan: Pak Husain berjaya memperdayakan tentera Jepun dengan membohongi mereka.

Satu nilai murni lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

1. Nilai kasih sayang. Mak Da menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah.

2. Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun.

3. Nilai patriotisme, contohnya Pak Husain sanggup menggunakan tongkat kayu untuk pergi menghadiri temasya sambutan hari kemerdekaan negara di sebuah kota kerana cinta akan negara.

4. Nilai kerjasama. Penduduk Kampung Pulau Pak Amat saling bekerjasama ketika menyelamatkan diri daripada serangan askar Jepun.

5. Nilai setiakawan: Bapa Khalid berjaga beberapa malam menjaga Pak Husain yang sakit dan meracau-racau setelah berjaya menyelamatkan diri dari tahanan Jepun.

6. Nilai berhemah tinggi: Khalid terus menegur Pak Husain yang ditemui semasa sambutan hari kemerdekaan negara lalu bersalam dan mengajak Pak Husain berbual-bual di sebuah kedai kopi.

SET 3 – PAHLAWAN BUNTUNG

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ketika itulah dia mengambil peluang untuk melarikan diri. Pak Husain menyeberangi sungai ke Tuk Lukup. Dari Tuk Lukup dia berjalan kaki ke Sungai Gali.

“Semua askar Punjabi mati. Kubu Kuala Pak Amat jatuh. Juga di Dasar dan Sabak.Jepun berada di mana-mana.”

Suara Pak Husain sangat lemah. Dia sudah dimandikan oleh Mak Bidah. Darahnya sudah dicuci. Tetapi semangat Pak Husain sudah hilang. Dia menjadi takut-takut. Dia selalu meracau dan menyebut apa-apa sahaja yang dilihatnya sebagai tentera Jepun. Dia melihat mayat di mana-mana, walaupun kami tidak melihatnya. Kwong yang menyerobot ke dalam perasaan Pak Husain sangat membimbangkan kami. Beberapa malam berikutnya ayahku tidak tidur-tidur kerana menjaga Pak Husain. Dia mesti dijaga. Dia yang bertanggungjawab dalam usaha menyelamatkan kami. Aku dapat bayangkan apa yang akan berlaku ke atas kami sekaliannya yang di pangkalan kalau tentera-tentera Jepun itu sempat turun. Bukankah keberanian dan sikap Pak Husain membohongi tentera Jepun itu telah menyelamatkan kami? Alangkah besar jasanya. Alangkah!

Kisah Pak Husain dipaksa supaya menguburkan mayat sehari suntuk telah berkembang dari mulut ke mulut. Kisah itu mengapung terus dari Kampung Dal ke kampung-kampung yang lain. Berkembang di Tebing Tinggi, di Dasar,di Kemumin, di Pancur, di Pulau Tukang Dolah dan di Teluk Kitang. Cerita itu tidak dirasakan baktinya selain kami penghuni asli kampung Pak Amat.

(Dipetik daripada cerpen “Pahlawan Buntung”, oleh S. Othman Kelantan,

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan keadaan Pak Husain setelah berjaya melarikan diri daripada tentera Jepun.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah bantuan yang akan anda berikan untuk mengembalikan semangat Pak Husain?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

[4markah]

SKEMA

SET 3 – PAHLAWAN BUNTUNG

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

(i)Dua keadaan Pak Husain setelah berjaya melarikan diri daripada tentera Jepun. (2m)

Dia menjadi takut-takut.

Dia selalu meracau dan menyebut apa-apa sahaja yang dilihatnya sebagai tentera Jepun.

Dia melihat mayat di mana-mana, walaupun kami tidak melihatnya.

(ii)Bantuan untuk mengembalikan semangat Pak Husain. (3m)

Menemaninya dengan selalu berada di sisinya dan tidak meninggalkan Pak Husain keseorangan.

Membacakan di telinganya dengan ayat-ayat suci al-Quran.

Berbual-bual dengannya supaya dia dapat melupakan peristiwa hitam tersebut.

Memanggil orang yang pandai mengubat secara tradisional untuk memulihkan semangat Pak Husain.

Memberikan kaunseling keagamaan agar Pak Husain dapat menerima takdir dan perancangan tuhan dengan reda.

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan

Kita mestilah berani bertindak untuk menyelamatkan nyawa. Pak Husain berani membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan orang kampung.

Satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

Kita hendaklah mengenang jasa seseorang yang banyak berbudi kepada bangsa dan tanah air. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat mengenang jasa Pak Husain dan memanggilnya sebagai `pahlawan`.

Kita hendaklah tabah menghadapi kesulitan dan keperitan hidup. Penduduk Kampung Pulau Pak Amat tabah menghadapi kesulitan dan keperitan sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sebarang pekerjaan. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat bekerjasama ketika menyelamatkan diri daripada serangan askar Jepun.

Kita hendaklah prihatin akan penderitaan orang lain, contohnya bapa Khalid sanggup berjaga malam untuk menjaga Pak Husain yang meracau-racau selepas berjaya menyelamatkan diri daripada tentera Jepun

Set 1 (Cerpen : Idola)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Apakan daya aku hanya si penjaga panggung, bukan si hero dalam cerita yang dipersembahkan itu. Aku hanya penonton yang hanya diperuntukkan dengan segumpal rasa kekaguman terhadap si hero,” bidik si penjaga panggung lagi, membiarkan sejenak fikirannya menerawang, mengingat-ingat kembali babak demi babak cerita yang mengisahkan perjalanan si hero ke istana impian lalu bertarung dengan dugaan demi dugaan, dan segala yang berantakan itu dapat dipatahkan dengan semangat kekar dan nyali pejal hingga benar-benar menampilkan kejantanan.

“Malam semakin merapat ke pagi,” bisiknya lagi, hampir tidak dapat didengarnya sendiri apa-apa yang dibisikkan itu. “Apa khabar isteri dan sepuluh putera puteriku? Apa khabar rumahku di sebatang lorong sempit dengan bau longkang dan dengingan nyamuk menakluki suasana?”

Si penjaga panggung memerhatikan kerusi-kerusi yang telah disusunnya.

“Setiap malam aku menyusun mimpi demi mimpi wangi yang anehnya kerap bertukar hanyir dan meloyakan. Setiap malam aku berdaya menyusun kamu, namun setiap detik aku masih belum berjaya untuk menyusun hidupku sendiri. Kalaulah aku dapat menjadi seperti si hero dalam setiap pementasan di sini, alangkah bahagianya anak isteriku, wahai kerusi! Aku … aku sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi hero, namun aku merasakan kamu seperti mengejek dan menyorakku. Alangkah sadisnya kenyataan ini.”

(Dipetik daripada cerpen Idola, antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Berikan maksud ‘menampilkan kejantanan’?

[2 markah]

(b) Pada pendapat anda, apakah tindakan si penjaga panggung untuk memperbaiki kedaifan hidupnya?

[3 markah]

(c) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Jawapan Set 1 (Cerpen : Idola)

(a) Maksud:

- Mempamerkan sifat-sifat kelelakian

[2 markah]

(b) Tindakan:

- Melakukan kerja sampingan

- Belajar lagi sambil bekerja untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik

- Meningkatkan kemahiran diri dalam bidang yang diminati seperti lakonan

[3 markah]

(c) Nilai dalam petikan:

- Amanah : si penjaga panggung mengemas panggung dan menyusun kerusi sebaik sahaja persembahan tamat pada setiap malam.

Nilai dalam keseluruhan cerpen:

- Bertanggungjawab : si penjaga panggung bertanggungjawab menjaga panggung

- Berbangga dengan kebolehan diri sendiri : hero menasihati si penjaga panggung supaya berbangga dengan kebolehan dirinya sendiri

- Merendah diri : hero tidak sombong walaupun sering dipuji oleh penonton

[4 markah]

Set 2 (Cerpen : Idola)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pada suatu petang, si penjaga panggung datang ke panggung meskipun dia tidak bertugas pada waktu itu, hanya bertugas pada waktu malam. Kedatangannya itu semata-mata didorong oleh keinginannya untuk bersemuka dengan si hero (memang saban petang para pelakon menjalankan latihan kerana pada sebelah malamnya harus menjayakan sandiwara).

Nasib si penjaga panggung memang ternyata baik. Dia sampai di panggung itu ketika para pelakon sudah selesai menjalani latihan. Sewaktu para pelakon bubar dan bersiap sedia untuk pulang, si penjaga panggung mendekati si hero, lalu berjabat salam dengan si hero pujaannya itu.

“Memang hebat lakonan saudara.”

“Biasa saja,” sambut si hero, merendah diri. “Hebat di atas pentas tidak semestinya saya juga hebat dalam kehidupan yang sebenarnya.”

Si penjaga panggung sedikit tertunduk, seolah-olah malu menatap wajah si hero.

“Memang saya hero dalam sandiwara ini, tetapi hero bikinan orang. Bukan hero bikinan saya sendiri. Saya menjadi hero kerana sutradara mempercayai saya untuk membawakan watak itu. Tidak lebih daripada itu,” sambung si hero.

“Tapi … tapi saudara memang benar-benar hebat. Err … maksud saya, hebat sebagai pelakon.”

(Dipetik daripada cerpen Idola, antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Apakah tujuan si penjaga panggung datang ke panggung walaupun dia tidak bertugas waktu itu?

[2 markah]

(b) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang hero sering dikagumi oleh para penonton?

[3 markah]

(c) Huraikan satu perwatakan si hero yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan si hero yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Jawapan Set 2 (Cerpen : Idola)

(a) Tujuan:

- Untuk bertemu dengan si hero

[2 markah]

(b) Sebab:

- Hero itu seorang yang gagah

- Hero itu seorang yang baik hati

- Hero itu seorang yang tampan

- Hero sering berjaya menumpaskan kejahatan

[3 markah]

(c) Perwatakan yang terdapat dalam petikan:

- Merendah diri : hero menganggap lakonannya tidak seberapa dan tidak suka dipuji oleh si penjaga panggung

Perwatakan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen:

- Berbakat : hero berbakat besar dalam lakonan sehingga dikagumi para penonton

- Amanah : si hero menjaga mutu lakonannya kerana sedar pengarah memberi kepercayaan kepadanya

[4 markah]

Set 3 (Cerpen : Idola)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Saudara, kita selalu lupa pada kenyataan yang membeliti hidup kita sebenarnya. Kita lebih terkesima akan sesuatu yang pada lahirnya tampak cemerlang dan cerlang sinarnya, walhal di sebaliknya tidak lebih daripada seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak. Hindarilah diri saudara daripada menjadi lalat dan gagak, saudara.”

Si penjaga panggung terus melongo.

“Saudara, bukankah hidup ini bagai sandiwara?”

Si penjaga panggung mengangguk-angguk lesu.

“Sudahlah, saudara. Kembalilah kepada diri sendiri. Kehidupan di luar panggung lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya. Lupakanlah kehidupan di dalam panggung ini. Kehidupan di sini hanya sementara. Saya … saya sendiri tidak akan selamanya memegang watak hero. Lambat-laun kehidupan saya di atas pentas ini akan berakhir jua. Sebenarnya saya lebih terkesima pada kehidupan di luar panggung, bukan di dalam panggung ini.”

Si penjaga panggung terus mengangguk-angguk.

“Saudara, apa sebenarnya yang ingin saudara dapatkan daripada saya?”

“Err … . Tidak ada apa-apa. Saya … saya cuma mengagumi saudara.”

“Saudara ingin menjadi seperti saya yang selalu diberi kepercayaan memegang watak hero?”

(Dipetik daripada cerpen Idola, antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Apakah nasihat si hero kepada si penjaga panggung?

[2 markah]

(b) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pelakon yang sering menjadi idola kepada para penonton?

[4 markah]

(c) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan dua pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

[3 markah]

Jawapan Set 3 (Cerpen : Idola)

(a) Nasihat:

- Kembali kepada diri sendiri

- Kehidupan di luar panggung menuntut perjuangan

- Kehidupan di panggung hanya sementara

(b) Ciri-ciri:

- Meningkatkan mutu lakonan

- Menjaga tingkah laku

- Menjaga penampilan diri

- Menjaga disiplin diri

- Mematuhi peraturan kerja

(c) Pengajaran dalam petikan:

- Kita hendaklah menghargai diri sendiri dan mempunyai jati diri yang kental

Pengajaran dalam keseluruhan cerpen:

- Kita hendaklah menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab

- Kita tidak boleh terlalu memandang rendah kepada diri sendiri

- Kita hendaklah mempunyai kekuatan untuk melawan nafsu yang boleh merosakkan diri sendiri

SET 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mak Timah yang sedang sakit, terpaksa membersihkannya. Dengan termengah-mengah, Mak Timah menguruskan juga tugasnya menjaga dia yang tidak dapat bertindak apa-apa. Jika tidak dibersihkan akan sehari suntuklah dia dalam kekotoran. Sehari suntuklah dia akan berendam dengan air kencing, bergelumang dengan najisnya sendiri. Kadang-kadang Mak Timah hairan memikirkan nasib dia. Mak Timah memberi nama gelarannya Pungut. Nama sebenarnya ialah Zahara, manakala nama asalnya ialah Yap Siew Hong. Mak Timah hairan memikirkan keadaan bentuk fizikal Pungut. Sangat kecil, sangat halus. Menurut doktor, semasa Pungut masih bayi dahulu, Pungut hanya boleh hidup dalam jangka masa satu atau dua tahun. Pungut tidak boleh hidup lama, kata doktor, kerana seluruh organ dalam tubuhnya amat halus dan kecil. Jantungnya kecil, tetapi kuasa Tuhan, doktor bukan Tuhan, ramalan doktor salah. Kini Pungut telah berusia dua puluh empat tahun. Tuhan berkuasa atas segala-galanya. Pungut tidak mati-mati. Mak Timah hairan, orang yang sihat, orang kaya, semuanya mati. Tetapi Pungut tidak juga mati-mati.

“Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia,” fikir Mak Timah.

“Mungkin Tuhan nak banyakkan dosa aku,” fikir Mak Timah lagi.

Pungut telah dimandikan. Kini tiba masa untuk memberinya makan. Semasa menyuapkan Pungut, Mak Timah terbayangkan kisah yang berlaku dua puluh empat tahun yang lalu.

(Dipetik daripada Cerpen ‘Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong’Oleh Mohamed Latiff Mohamed, Dirgahayu Bahasaku, DBP)

i. Berikan maksud sehari suntuklah dia dalam kekotoran. [2 markah]

ii. Gambarkan keadaan diri Pungut semasa kecil. [3 markah]

iii. Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan dan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam cerpen.

[4 markah]

Jawapan

i. Maksud sehari suntuklah dia dalam kekotoran ialah sepanjang hari Pungut tidak dibersihkan daripada najisnya sendiri.

ii. Keadaan Pungut semasa kecil ialah

bentuk fizikal Pungut sangat kecil, sangat halus.

seluruh organ dalam tubuhnya amat halus dan kecil.

Jantungnya kecil

Perutnya kecil

iii. Dua nilai kemanusiaan daripada petikan ialah nilai nilai kasih sayang.

Contohnya Mak Timah yang sedang sakit, terpaksa membersihkan Pungut. Dengan termengah-mengah, Mak Timah menguruskan juga tugasnya menjaga dia yang tidak dapat bertindak apa-apa.

Nilai lain ialah nilai bertanggungjawab.

Contohnya: Walaupun Mak Timah sakit tetapi dia tetap menjaga Pungut.

Dua nilai daripada cerpen ialah simpati.

Contohnya: Bibik simpati terhadap Pungut dan menyerahkan Pungut kepada Mak Timah.

Nilai lain ialah nilai kerajinan.

Contohnya: Mak Timah setiap hari membersihkan dan memandikan Pungut.

SET 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bibik sebelah rumah, jiran Mak Timah tergesa-gesa datang ke rumahnya. Dari wajah Bibik jelas kelihatan rasa cemas dan penuh kesedihan. Mak Timah dan anak-anak sedang enak menggoreng pisang.

“Mengapa Bik?” Mak Timah bertanya.

“Siew Lan,” jawabnya lambat.

“Mengapa Siew Lan?” Tanya Mak Timah lagi, sementara mulut anaknya Katijah dan Munah melopong melihat Bibik.

“Siew Lan sudah beranak,” jawab Bibik.

“Huh, baguslah! Anak apa, jantan ke betina?” Tanya Mak Timah lagi.

“Mana ada jantan, betina. Ini bukan kucing,” jawab Bibik sedikit sinis.

“Perempuan, kita orang tak begitu suka anak perempuan, lagi-lagi yang ini,” kata-kata Bibik terhenti.

“Mengapa yang ini? Kenapa?” Mak Timah ingin tahu.

“Kecil, dua paun setengah, macam buah betik. Doktor tahan dekat hospital, tak kasi balik,” Bibik memberi keterangan lanjut.

“Dulu, belum dia beranak, kita pergi tengok datok. Kata datok ini anak tak guna, bawa sial. Sekarang Siew Lan susah hati,” Bibik memberi keterangan lanjut.

“Mana datok Bibik pergi tengok?” Mak Timah bertanya ingin tahu.

“Itu kita punya loktanglah. Kita punya bangsa itu macam, anak belum beranak kita pergi tanya datok, tengok dia punya nasib, ada baik atau sueh,” Bibik memberi keterangan lanjut. Mak Timah hairan melihatkan cara kehidupan Bibik, bernujum dan berdatok.

(Dipetik daripada Cerpen ‘Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong’,Mohamed Latiff Mohamed, Dirgahayu Bahasaku, DBP)

i. Apakah berita yang disampaikan oleh Bibik kepada Mak Timah? [ 2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah keistimewaan-keistimewaan yang boleh disediakan kepada golongan orang kurang upaya.

[3 markah]

iii. Nyatakan dua pengajaran daripada petikan dan dua lagi pengajaran daripada cerpen. [4 markah]

Jawapan:

i. Berita yang disampaikan;

Siew Lan sudah bersalin

Anaknya perempuan

Anaknya ditahan di hospital

Anaknya kecil

Siew Lan susah hati.

ii. Keistimewaan kepada OKU;

Menyediakan laluan khas

Menyediakan tempat duduk khas di dalam kenderaan awam

Kemudahan tempat letak kereta khas

Kemudahan tandas OKU

Pekerjaan yang sesuai.

Potongan harga untuk semua urusan perkhidmatan

iii. Pengajaran daripada petikan;

Kita janganlah mempercayai perkara yang karut/tahyul

Kita hendaklah mengasihi anak sendiri.

Pengajaran daripada cerpen;

Kita hendaklah simpati terhadap orang kurang upaya.

Kita hendaklah saling membantu sesama jiran.

SET 3

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Hantarkan ke rumah kanak-kanak cacat. Buat susah-susah mak pelihara si Pungut tu, apa dapat? Kalau anak orang lain, dah besar dah boleh kerja, dah boleh bantu bayar duit air, duit api.” Pilu hati Mak Timah mendengar pendapat anak lelakinya tentang Pungut. Mak Timah hairan dengan sikap orang sekarang. Semuanya mengira duit, semuanya mahu untung, tidak mahu rugi. Pelihara anak mahu balasan. Orang sekarang, fikir Mak Timah, tidak seperti orang dahulu, memelihara anak ikhlas, menolong orang ikhlas, kerana Allah. Entahlah apa hendak jadi dengan orang sekarang ini? Setiap kali anak lelakinya mengeluarkan cadangan untuk menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat, Mak Timah akan menjawab, “Bila aku dah mati, hantarlah dia ke mana kau suka, apabila aku dah tak ada nanti. Selagi aku hidup ini, biarlah aku pelihara, selagi aku terlarat. Dah dua empat tahun pun aku pelihara dia, kalau kucing pun orang sayang, inikan pulak manusia. Aku hanya minta pada Tuhan biarlah Pungut mati dulu

sebelum aku mati, biar dia tak susahkan kau orang lagi.” Itulah jawapan Mak Timah apabila terjadi pertengkaran dengan anak lelakinya. Anak lelakinya akan diam, tidak memberi sebarang cadangan apabila Mak Timah menyebut tentang mati.

(Dipetik daripada Cerpen ‘Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong', Mohamed Latiff Mohamed, Dirgahayu Bahasaku, DBP)

i. Jelaskan maksud selagi aku terlarat.

[2 markah]

ii. Jika anda mempunyai adik-beradik yang cacat, apakah yang wajar anda lakukan. [3 markah]

iii. Huraikan satu sikap Mak Timah daripada petikan dan satu sikap Mak Timah darpada cerpen. [4 markah]

Jawapan.

i. Maksud selagi aku terlarat ialah

Semasa Mak Timah masih mampu/terdaya/bertenaga

ii. Jika mempunyai keluarga yang cacat;

Mengajarnya menguruskan diri/berdikari

Melayannya sama seperti keluarga yang lain

Bersabar dengan kerenahnya

Mencadangkan kepada ibu bapa untuk dihantar belajar di sekolah khas untuk OKU.

iii. Sikap Mak Timah daripada petikan;

Penyayang – menyayangi Pungut dan tidak membenarkan Pungut dihantar ke rumah kanak-kanak cacat.

Seorang yang ikhlas – memelihara Pungut walaupun cacat.

Sikap Mak Timah daripada cerpen;

Mudah simpati – simpati terhadap nasib Pungut yang didisihkan oleh ibu kandungnya.

Bertanggungjawab- bertanggung jawab memelihara Pungut yang tiada sesiapa inginkannya.

SET 1

DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SABARIAH : Bapa itu saja hendak malukan anak-anak. Nanti orang kata, kita tak tahu

balas budi orang tua. Walhal kita kirim tiap-tiap bulan. Macamlah hidupnya susah sangat. Itu, itu anak pungut tu. Entah-entah dia yang suka bapa pergi ke laut… Entah apa yang digula-gulakan bapa itu. Haah, sudahlah…! Angah penat ni. Abang tunggulah emak. (Pergi dari situ. WAN memerhatikan SABARIAH pergi)

SABRI : Tadi nak sangat tengok emak. Huh!

JIMAH : (Sayu hatinya apabila SABARIAH menengking SABRI) Aku tidak suruh sesiapa

balik, Sani. Aku tidak mahu menyusahkan kau orang. Aku tunggu laki aku. Kalau kau nak balik, pergilah. Aku tunggu laki aku. Dia laki aku. Kau orang semua boleh balik. (Membuka ikatan bungkusan kain batik yang dijinjing dari tadi Dia mengeluarkan lima buah buku bank dan menyerahkan kepada SANI) Sani, ini buku bank kau orang. Beri balik pada dia orang. Pulangkan buku ini pada dia. Kamu ingat bapa pakai duit yang kamu beri, ya? Tidak. Bapa simpan semua duit yang kamu kirim dulu. Bapa simpan semua dalam bank.Emak dan bapa tidak usik satu sen pun. Nah, kauberi balik pada kakak, pada abang kau. Ambil balik semua yang kau orang beri pada kami. Ambil, ambillah balik. Satu sen pun kami tidak jamah duit itu.

(Menangis tersedu-sedan)

SANI : (Buka buku simpanan bank dan terperanjat melihat isi kandungannya) Mak!

Apa sudah jadi emak? Kenapa duit ini tidak pernah emak keluarkan? Kenapa emak, kenapa emak dan bapa tidak gunakan duit yang kami beri ini? Sani beri untuk emak dan bapa buat belanja. Kenapa emak tidak gunakan?

JIMAH : Bapa tidak mahu susahkan anak-anaknya. Kudrat dia masih ada. Bapa lebih

senang cari duit sendiri. Dia tahu satu hari kau orang akan ungkit soal duit ini. Kan betul?

(Dipetik daripada drama

‘Tiang Cengal Dinding Sayung’

oleh Suriani Mohd. Yusof

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah bapa tidak menggunakan wang yang dikirim oleh anak-anaknya?

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menyemai tabiat berjimat cermat dalam kalangan anak-anak?

[3 markah]

(iii) Nyatakan dua pengajaran dalam petikan drama di atas dan dua pengajaran lain dalam keseluruhan drama.

[4 markah]

JAWAPAN SET 1

DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG

(i) Sebab-sebab bapa tidak menggunakan wang yang dikirim oleh anak-anaknya:

- bapa tidak mahu menyusahkan anak-anaknya

- bapa masih kuat untuk bekerja

- bapa lebih suka mencari wang sendiri

- bapa takut anak-anaknya mengungkit pemberian wang tersebut

(Maksimum: 2 markah)

(ii) Usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menyemai tabiat berjimat cermat dalam kalangan anak-anak:

- mendidik anak-anak dengan menjelaskan kebaikan berjimat cermat

- menunjukkan contoh teladan kepada anak-anak dengan amalan berjimat cermat

- menggalakkan anak-anak menabung

- membekali anak-anak dengan makanan ke sekolah

- mengelakkan makan di luar dengan kerap

(Maksimum: 3 markah)

(iii) Pengajaran dalam petikan:

- Kita hendaklah berhati-hati semasa berkata-kata supaya tidak mengguris perasaan ibu bapa

- Kita janganlah mengungkit kebaikan yang dilakukan kepada ibu bapa

- Kita hendaklah berjimat cermat dengan cara menyimpan wang

(Maksimum: 2 markah)

Pengajaran dalam keseluruhan drama:

- Kita hendaklah bertanggungjawab memberi pendidikan kepada anak-anak

- Kita hendaklah menghargai dan mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita

- Kita hendaklah prihatin terhadap kesusahan orang lain

- Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup

- Kita janganlah mengambil kesempatan atas malapetaka yang menimpa sesebuah keluarga

- Kita hendaklah menjaga hubungan baik sesama ahli keluarga

(Maksimum: 2 markah)

SET 2

DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PAK MAN: Ini semua kuasa Allah. Ombak besar itu tidak sampai ke rumah kita. Mujur

ada pulau depan pantai kita. Kalau tidak, rumah kamu, rumah aku habis ranap. Kebetulan pula aku demam hari itu, tidak turun ke laut. Kalau tidak, aku sendiri tidak dapat ramal nasib aku ini, Sani (Menyalakan rokok daun) Kamu cuti lama?

SANI: Tengok pada keadaan, Pak Man. Sekiranya sudah jumpa, selesai kebumikan

mayatnya dan buat kenduri arwah, mungkin selepas tujuh hari, saya baliklah. Tetapi sekiranya tidak jumpa lagi, saya akan temankan emak lama sikit.

PAK MAN : Bagus, kalau boleh biarlah kamu lama sikit tinggal dengan emak kamu

itu.Aku sendiri turut risau tengok emak kamu. Hari-hari, sampai tengah malam baru balik dari pantai. Aku cemas tengok dia begitu. Aku takut kesihatannya terganggu.

SANI : Emak masih tidak percaya lagi, Pak Man. Saya sudah tidak tahu hendak lakukan

apa lagi untuk pujuk emak.

PAK MAN : Betul, Sani. Memang susah nak cakap dengan emak kam. Aku suruh Mak

Jah cuba pujuk, tetapi tidak berganjak sedikit pun dia. Yang aku sedih itu, apabila orang ke laut balik, dia terus menerpa dan bertanya. Sampai kadang-kadang mereka tidak mahu mendarat dekat pantai kita kerana hendak jaga hati emak kamu. Semua orang sudah tidak larat hendak tengok air matanya. Aku tadi pun dia tanya. Apabila saja aku kata tak ada, air matanya itu macam anak air mengalir. Aku turut sama menangis.

(Dipetik daripada drama

‘Tiang Cengal Dinding Sayung’

oleh Suriani Mohd. Yusof

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan tindakan-tindakan emak Sani yang merisaukan hati Pak Man.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah bantuan-bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa bencana alam?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan dalam petikan drama di atas dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama.

[4 markah]

JAWAPAN SET 2

DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG

(i) Tindakan emak Sani yang merisaukan hati Pak Man:

- pulang dari pantai pada waktu tengah malam

- tidak beredar dari pantai walaupun dipujuk oleh Mak Jah

- mendapatkan orang yang pulang dari laut dan bertanya tentang suaminya

- menangis setiap kali diberitahu bahawa suaminya tidak ditemui

(Maksimum: 2 markah)

(ii) Bantuan-bantuan kepada mangsa bencana alam:

- bantuan kewangan

- barang keperluan harian seperti makanan dan minuman

- membersihkan rumah dan kawasan persekitaran

- memberi nasihat dan semangat/ kaunseling

- perubatan

- tempat tinggal

(Maksimum: 3 markah)

(iii) Persoalan dalam petikan:

- Kepercayaan kepada kuasa Tuhan – Pak Man mengatakan bahawa Tuhanlah yang menentukan ombak tsunami tidak mengenai kampung mereka

- Tanggungjawab terhadap ibu – Sani bercadang menemani ibunya selagi ayahnya yang hilang di laut tidak ditemui

- Sikap prihatin terhadap kesusahan orang lain – Pak Man risau akan kesihatan emak Sani yang setiap hari pulang lewat malam

- Kesukaran menerima kenyataan – Emak Sani tidak mempercayai suaminya meninggal dunia setelah hilang di laut dalam kejadian tsunami

- Kesetiaan isteri kepada suami – Emak Sani menunggu kepulangan suaminya di pantai dari pagi hingga lewat malam

(Maksimum: 2 markah)

Persoalan dalam keseluruhan drama:

- Sikap anak-anak yang mementingkan kerjaya – Sabariah, Sabri, Shahrul dan Salmah hanya memikirkan pekerjaan daripada musibah yang menimpa ibu bapa mereka

- Sikap anak-anak yang tidak memahami perasaan ibu bapa – Sabariah menuturkan kata-kata yang kasar dan bersikap biadab kepada ibunya

- Sikap berdikari dalam kalangan ibu bapa yang telah tua – Jumaat dan Jimah tidak menggunakan wang yang diberi oleh anak-anak mereka

- Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain – Wahid dan Senin mencuri wang dan barangan di rumah Jumaat padahal keluarga Jumaat sedang berhadapan dengan masalah kehilangan Jumaat dalam bencana tsunami.

(Maksimum: 2 markah)

SET 3

DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SABARIAH : (Marah) Apa ni, alang? Mayat bapa belum jumpa. Alang pula hendak

balik? Apa ini? Angah dari London balik, alang di Kuala Lumpur tak sanggup tunggu?

SHAHRUL : (Merayu) Alang hanya dapat cuti tiga hari. Kerja, hendak buat macam

mana?

SABARIAH : Ini kan soal hidup dan mati ketua keluarga kita. Angah kerja juga. Kalau

inilah caranya bos alang buat, tidak berperikemanusiaan namanya. Apa, emak dan bapa itu tidak pentingkah? Takkan dalam bencana sebesar ini bos tidak ambil berat? Ohh, fasal tidak kena pada kaum keluarganya! Kalau angahlah, 24 jam angah letak jawatan.

SABRI meleraikan ketegangan.

SABRI : Hisss, sudah...sudah! Angah balik hendak tengok emakkah atau nak

bertegang urat dengan Alang?

SABARIAH menjegilkan mata kepada SHAHRUL.

SABARIAH : Huh, tunggu apa lagi? Baliklah. Huh, pergi hadap kerja kau itu! Balik,

dan jangan balik-balik lagi ke kampung ini. Along ajak putih ikut sekali.

SABRI jadi serba salah.

SABRI : Putih, putih belum balik lagi.

SABARIAH : Ya Allah...yang ini seorang lagi. Angah dari London sudah sampai. Dia

di Ipoh tidak tiba-tiba lagi? Apa hendak jadi putih ini, abang long? Apa hendak jadi pada keluarga kita ini, abang?

SABRI : Shhhh, sudahlah tu. Malu kalau orang dengar, angah. Adik-beradik dua tiga

kerat saja tetapi bercakaran macam kucing dengan anjing. Sudah. Mari.

(Dipetik daripada drama

‘Tiang Cengal Dinding Sayung’

oleh Suriani Mohd. Yusof

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Sabariah tidak menyetujui hasrat adiknya pulang ke Kuala Lumpur? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk merapatkan hubungan adik-beradik yang telah berumah tangga? [3 markah]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat dalam petikan drama di atas dan satu latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan drama.

[4 markah]

JAWAPAN SET 3

DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG

(i) Sebab-sebab Sabariah tidak menyetujui hasrat adiknya:

- mayat bapanya belum dijumpai

- Sabariah sendiri sanggup balik dari London

- soal hidup atau mati ketua keluarga lebih penting daripada urusan kerja

(Maksimum: 2 markah)

(ii) Cara-cara merapatkan hubungan adik-beradik yang telah berumah tangga:

- selalu menelefon/ sms/ bertanya khabar/ e-mel

- menziarahi/ berkunjung ke rumah

- mengadakan hari keluarga/ aktiviti riadah bersama-sama

- meraikan hari lahir adik-beradik

- saling membantu

(Maksimum: 3 markah)

(iii) Latar masyarakat dalam petikan:

- Masyarakat yang mementingkan pekerjaan – Shahrul hendak pulang ke Kuala Lumpur setelah tamat cutinya

- Masyarakat yang pemarah/mengikut emosi – Sabariah memarahi Shahrul kerana ingin pulang ke Kuala Lumpur sedangkan mayat bapa mereka belum ditemui.

(Maksimum: 2 markah)

Latar masyarakat dalam keseluruhan drama:

- Masyarakat yang berpendidikan tinggi – anak-anak Jimah berjaya dengan kerjaya masing-masing. Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor, dan Shahrul sebagai akauntan

- Masyarakat yang prihatin akan kesusahan orang lain – Pak Man prihatin akan keadaan Jimah yang bersedih setelah kehilangan Jumaat dengan bertanyakan hal Jimah kepada Sani.

- Masyarakat yang mencari kesenangan dengan cara menipu – Wahid dan Senin menyamar sebagai pegawai banci yang ingin menolong mangsa tsunami.

- Masyarakat yang penyayang – Jimah dan Jumaat tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia emas.

- Masyarakat yang menghormati orang tua – Sani menghormati Pak Man dengan mendengar dan menerima nasihatnya dengan baik.

(Maksimum: 2 markah)

1400

SET 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mak Timah yang sedang sakit, terpaksa membersihkannya. Dengan termengah-mengah, Mak Timah menguruskan juga tugasnya menjaga dia yang tidak dapat bertindak apa-apa. Jika tidak dibersihkan akan sehari suntuklah dia dalam kekotoran. Sehari suntuklah dia akan berendam dengan air kencing, bergelumang dengan najisnya sendiri. Kadang-kadang Mak Timah hairan memikirkan nasib dia. Mak Timah memberi nama gelarannya Pungut. Nama sebenarnya ialah Zahara, manakala nama asalnya ialah Yap Siew Hong. Mak Timah hairan memikirkan keadaan bentuk fizikal Pungut. Sangat kecil, sangat halus. Menurut doktor, semasa Pungut masih bayi dahulu, Pungut hanya boleh hidup dalam jangka masa satu atau dua tahun. Pungut tidak boleh hidup lama, kata doktor, kerana seluruh organ dalam tubuhnya amat halus dan kecil. Jantungnya kecil, tetapi kuasa Tuhan, doktor bukan Tuhan, ramalan doktor salah. Kini Pungut telah berusia dua puluh empat tahun. Tuhan berkuasa atas segala-galanya. Pungut tidak mati-mati. Mak Timah hairan, orang yang sihat, orang kaya, semuanya mati. Tetapi Pungut tidak juga mati-mati.

“Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia,” fikir Mak Timah.

“Mungkin Tuhan nak banyakkan dosa aku,” fikir Mak Timah lagi.

Pungut telah dimandikan. Kini tiba masa untuk memberinya makan. Semasa menyuapkan Pungut, Mak Timah terbayangkan kisah yang berlaku dua puluh empat tahun yang lalu.

(Dipetik daripada

Cerpen ‘Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong’

Oleh Mohamed Latiff Mohamed

Antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Berikan maksud sehari suntuklah dia dalam kekotoran.

[2 markah]

ii. Gambarkan keadaan diri Pungut semasa kecil.

[3 markah]

iii. Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan dan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam cerpen.

[4 markah]

Jawapan

i. Maksud sehari suntuklah dia dalam kekotoran ialah sepanjang hari Pungut tidak dibersihkan daripada najisnya sendiri.

ii. Keadaan Pungut semasa kecil ialah

bentuk fizikal Pungut sangat kecil, sangat halus.

seluruh organ dalam tubuhnya amat halus dan kecil.

Jantungnya kecil

Perutnya kecil

iii. Dua nilai kemanusiaan daripada petikan ialah nilai nilai kasih sayang.

Contohnya Mak Timah yang sedang sakit, terpaksa membersihkan Pungut. Dengan termengah-mengah, Mak Timah menguruskan juga tugasnya menjaga dia yang tidak dapat bertindak apa-apa.

Nilai lain ialah nilai bertanggungjawab.

Contohnya walaupun Mak Timah sakit tetapi dia tetap menjaga Pungut.

Dua nilai daripada cerpen ialah simpati.

Contohnya Bibik simpati terhadap Pungut dan menyerahkan Pungut kepada Mak Timah.

Nilai lain ialah nilai kerajinan.

Contohnya Mak Timah setiap hari membersihkan dan memandikan Pungut.

SET 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bibik sebelah rumah, jiran Mak Timah tergesa-gesa datang ke rumahnya. Dari wajah Bibik jelas kelihatan rasa cemas dan penuh kesedihan. Mak Timah dan anak-anak sedang enak menggoreng pisang.

“Mengapa Bik?” Mak Timah bertanya.

“Siew Lan,” jawabnya lambat.

“Mengapa Siew Lan?” Tanya Mak Timah lagi, sementara mulut anaknya Katijah dan Munah melopong melihat Bibik.

“Siew Lan sudah beranak,” jawab Bibik.

“Huh, baguslah! Anak apa, jantan ke betina?” Tanya Mak Timah lagi.

“Mana ada jantan, betina. Ini bukan kucing,” jawab Bibik sedikit sinis.

“Perempuan, kita orang tak begitu suka anak perempuan, lagi-lagi yang ini,” kata-kata Bibik terhenti.

“Mengapa yang ini? Kenapa?” Mak Timah ingin tahu.

“Kecil, dua paun setengah, macam buah betik. Doktor tahan dekat hospital, tak kasi balik,” Bibik memberi keterangan lanjut.

“Dulu, belum dia beranak, kita pergi tengok datok. Kata datok ini anak tak guna, bawa sial. Sekarang Siew Lan susah hati,” Bibik memberi keterangan lanjut.

“Mana datok Bibik pergi tengok?” Mak Timah bertanya ingin tahu.

“Itu kita punya loktanglah. Kita punya bangsa itu macam, anak belum beranak kita pergi tanya datok, tengok dia punya nasib, ada baik atau sueh,” Bibik memberi keterangan lanjut. Mak Timah hairan melihatkan cara kehidupan Bibik, bernujum dan berdatok.

(Dipetik daripada

Cerpen ‘Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong’

Oleh Mohamed Latiff Mohamed

Antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Apakah berita yang disampaikan oleh Bibik kepada Mak Timah?

[ 2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah keistimewaan-keistimewaan yang boleh disediakan kepada golongan orang kurang upaya. [3 markah]

iii. Nyatakan dua pengajaran daripada petikan dan dua lagi pengajaran daripada cerpen. [4 markah]

Jawapan:

i. Berita yang disampaikan;

Siew Lan sudah bersalin

Anaknya perempuan

Anaknya ditahan di hospital

Anaknya kecil

Siew Lan susah hati.

ii. Keistimewaan kepada OKU;

Menyediakan laluan khas

Menyediakan tempat duduk khas di dalam kenderaan awam

Kemudahan tempat letak kereta khas

Kemudahan tandas OKU

Pekerjaan yang sesuai.

Potongan harga untuk semua urusan perkhidmatan

iii. Pengajaran daripada petikan;

Kita janganlah mempercayai perkara yang karut/tahyul

Kita hendaklah mengasihi anak sendiri.

Pengajaran daripada cerpen;

Kita hendaklah simpati terhadap orang kurang upaya.

Kita hendaklah saling membantu sesama jiran.

SET 3

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Hantarkan ke rumah kanak-kanak cacat. Buat susah-susah mak pelihara si Pungut tu, apa dapat? Kalau anak orang lain, dah besar dah boleh kerja, dah boleh bantu bayar duit air, duit api.” Pilu hati Mak Timah mendengar pendapat anak lelakinya tentang Pungut. Mak Timah hairan dengan sikap orang sekarang. Semuanya mengira duit, semuanya mahu untung, tidak mahu rugi. Pelihara anak mahu balasan. Orang sekarang, fikir Mak Timah, tidak seperti orang dahulu, memelihara anak ikhlas, menolong orang ikhlas, kerana Allah. Entahlah apa hendak jadi dengan orang sekarang ini? Setiap kali anak lelakinya mengeluarkan cadangan untuk menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat, Mak Timah akan menjawab, “Bila aku dah mati, hantarlah dia ke mana kau suka, apabila aku dah tak ada nanti. Selagi aku hidup ini, biarlah aku pelihara, selagi aku terlarat. Dah dua empat tahun pun aku pelihara dia, kalau kucing pun orang sayang, inikan pulak manusia. Aku hanya minta pada Tuhan biarlah Pungut mati dulu sebelum aku mati, biar dia tak susahkan kau orang lagi.” Itulah jawapan Mak Timah apabila terjadi pertengkaran dengan anak lelakinya. Anak lelakinya akan diam, tidak memberi sebarang cadangan apabila Mak Timah menyebut tentang mati.

(Dipetik daripada

Cerpen ‘Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong’

Oleh Mohamed Latiff Mohamed

Antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Jelaskan maksud selagi aku terlarat.

[2 markah]

ii. Jika anda mempunyai adik-beradik yang cacat, apakah yang wajar anda lakukan.

[3 markah]

iii. Huraikan satu sikap Mak Timah daripada petikan dan satu sikap Mak Timah darpada cerpen. [4 markah]

Jawapan.

i. Maksud selagi aku terlarat ialah

Semasa Mak Timah masih mampu/terdaya/bertenaga

ii. Jika mempunyai keluarga yang cacat;

Mengajarnya menguruskan diri/berdikari

Melayannya sama seperti keluarga yang lain

Bersabar dengan kerenahnya

Mencadangkan kepada ibu bapa untuk dihantar belajar di sekolah khas untuk OKU.

iii. Sikap Mak Timah daripada petikan;

Penyayang – menyayangi Pungut dan tidak membenarkan Pungut dihantar ke rumah kanak-kanak cacat.

Seorang yang ikhlas – memelihara Pungut walaupun cacat.

Sikap Mak Timah daripada cerpen;

Mudah simpati – simpati terhadap nasib Pungut yang didisihkan oleh ibu kandungnya.

Bertanggungjawab- bertanggung jawab memelihara Pungut yang tiada sesiapa inginkannya.

Set 1 Prosa Tradisional Dua Geliga Hikmat

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah itu maka Inderaputera melihat laku yang demikian itu. Maka tuan puteri pun membukakan pakaiannya lalu bergosokkan bedak dan langgir. Maka segala bidadari pun bergosokkan juga seraya turun berenang mandi bersembur-semburan. Hatta maka segala kelakuan puteri itu pun habislah dilihat oleh Inderaputera dan bidadari pun selam-menyelam ketujuhnya itu sambil berpantun dan berseloka. Maka Inderaputera pun hairanlah melihat laku tuan puteri dan mendengar suara tuan puteri itu pun terlalu amat merdu.

Maka Inderaputra pun berbangkit perlahan-lahan mengambil bajunya tuan puteri yang bernama antakesuma dan segala baju bidadari itu. Setelah sudah diambilnya baju itu maka segeralah ditaruh oleh Inderaputera ke dalam lubang yang diperbuat itu. Setelah sudah lalu ia kambus dengan tanah seperti sediakala rupanya. Maka ia pun berlindung dirinya di balik pohon kayu tiada kelihatan oleh segala bidadari.

Arkian maka Inderaputera pun segera turun ke dalam tasik itu dan dicitanya kepada tempat mandi tuan puteri. Maka ia pun turunlah mandi. Maka dicubitnya pinggang tuan puteri itu. Maka lalu terkejutlah tuan puteri seraya ia berbangkit daripada mandi itu lalu datang ke tepi tasik itu. Maka rambutnya Tuan Puteri Seri Ratna Nehran pun terhamparlah ke tanah seperti mayang di atas talam rupanya.

Maka ujar tuan puteri itu kepada bidadari seraya memegang kainnya itu katanya, ”Kita dipagut oleh ular gerangannya tadi rasanya.”

(Dipetik daripada prosa tradisioanal Dua Geliga Hikmat dalam antalogi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

• Berikan maksud rangkai kata terhamparlah ke tanah.

[ 2 markah ]

• Berdasarkan petikan, apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh Inderaputera untuk mendapatkan baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemala?

[ 3 markah ]

• Sekiranya anda Tuan Puteri Seri Ratna Gemala, apakah reaksi anda apabila mendapati bahawa baju antakesuma telah dicuri ? .

[ 3 markah ]

cadangan Jawapan Set 1 Prosa Tradisional Dua Geliga Hikmat

• Maksud terhamparlah ke tanah seperti mayang di atas talam rupanya ialah

- terjatuh ke bumi

• Langkah yang dilakukan oleh Inderaputera untuk mendapatkan baju tuan puteri ialah

- Inderaputera bangun perlahan-lahan mengambil baju antakesuma

- Inderaputera meletakkan baju di dalam lubang

- Inderaputera menutup/mengambus lubang

- Inderaputera bersembunyi di sebalik pohon kayu

- Inderaputera masuk ke dalam tasik .

• Reaksi saya apabila mendapati baju antakesuma telah dicuri ialah

• rasa bimbang/risau/sedih

• cuba mencari baju

• meminta pertolongan daripada dayang

• berdoa

Set 2 Prosa Tradisional Dua Geliga Hikmat

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta kalakian, datanglah kepada cetera Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran duduk semayam dihadap oleh segala bidaddari dan dayang-dayang. Maka tuan puteri pun bersenda-senda dan bergurau-gurau dengan segala bidadari itu.

Maka berdatang sembah bidadari, “ Ya tuanku tuan puteri, pada hari ini patik lihat muka tuan puteri pucat tiada berseri-seri. Apakah gerangan sebabnya itu patik lihat seperti bunga delima kena panas?”

Maka Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran pun tersenyum mendengar sembah bidadari itu. Maka ujar, Tuan Puteri, “Kita telah bermain-main semalam tadi dengan biti-biti itu. Maka kita tidur lalu bermimpi hampir dinihari juga rasanya. Maka datang seekor naga maka dipagutnya pinggangku, tiada lekat pada tubuhku rasanya dan aku lihat rupa naga itu terlalu indah-indah sekali. Seketika kita berselimut bau bunga rasanya, dan bau bunga itu pun datang sekarang pada hidungnya kita rasanya.

Kita cium baunya itu tiada berkeputusan adanya. Hatta maka naga itu pun melancar ke atas kemuncak mahligai ini. Maka ditelannya gemala yang di atas kemuncak mahligai ini. Sebab itulah mukaku pucat ini.”

Segala bidadari itu pun berdatang semabah seraya tertawa, “Segera rupanya tuan puteri ini akan kahwin dengan paduka kekanda itu Raja Dewa Lela Mengerna itu.”

(Dipetik daripada prosa tradisional Dua Batu Geliga dalam antalogi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata tiada berkeputusan adanya.

[ 2 markah ]

(ii) Mengapakah muka tuan puteri kelihatan pucat tidak berseri-seri seperti dalam petikan?

Berikan 3 alasan anda.

[ 3 markah ]

(iii) Apakah tindakan yang akan anda lakukan sekiranya anda mengalami mimpi seperti yang dialami oleh tuan puteri?

[ 3 markah ]

Cadangan Jawapan Set 2 Prosa tradisional Dua Geliga Hikmat

• Maksud tiada berkeputusan adanya ialah

- bau dapat dihidu sepanjang waktu / lama/berpanjangan/tidak terhenti/sentiasa dapat dihidu/tidak hilang

• Muka tuan puteri kelihatan pucat tidak berseri adalah kerana

- tuan puteri bermimpi sewaktu tidur

- seekor naga telah menggigitnya tetapi tiada kesan

- rupa naga tersebut terlalu indah

- puteri dapat menghidu bau bunga ketika berselimut

- naga naik ke puncak mahligai .

- naga menelan gemala

• Tindakan yang akan saya lakukan sekiranya bermimpi seperti tuan puteri ialah

• menceritakan kepada rakan/kenalan rapat/keluarga terdekat

• Meminta nasihat daripada orang yang berpengalaman

• Sembahyang dan berdoa

• mencari pentaksir mimpi untuk menjelaskan makna mimpi

Set 3 Prosa Tradisional Dua Geliga Hikmat

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sahut tuan puteri itu, “Hai kekanda, ambillah gemala hikmat itu oleh kekanda! Adapun pergunanya hikmat itu terlalu banyak. Adapun jikalau saudaraku hendak buat negeri, maka citalah

nenek hamba Dewa Langkurba yang di dalam laut supaya jadi suatu negeri dengan alatnya takhta kerajaannya dan segala hulubalangnya dan rakyatnya sekalian itu dan biti-biti perwara dan serta jin, peri, dewa dan mambang lengkaplah dengan senjatanya. Adapun hulubalangnya ada dua orang, seorang bernama Dikar Kilat dan seorang Dikar Agus dan Dikar Kilat jikalau saudaraku hendak menyuruhkan kepada suatu negeri atau ke dalam laut, maka dengan seketika itu juga ia pergi datang. Adapun Dikar Agus itu jikalau saudaraku hendak menyuruhkan menurunkan hujan atau angin atau api nescaya dapat olehnya. Demikianlah gunanya gemala hikmat itu. Adapun jikalau lain daripada saudaraku nescaya tidaklah hamba berikan.”

Maka kata Inderaputra, “Wahai adinda, sungguhlah tuan kasih kepada kekanda dan apalah kekanda hendak balaskan kasih adinda itu kandalah yang menanggung kasih adinda!”

Maka gemala hikmat itu pun diberikan kepada Inderaputera. Maka Inderaputra pun mengambil gemala hikmat itu dengan sukacitanya. Setelah itu maka nikmat pun diangkat oranglah ke hadapan Inderaputra. Maka ia pun makanlah dengan tuan puteri pelbagai nikmat.

(Dipetik daripada prosa tradisional Dua Batu Geliga dalam antalogi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata nikmat pun diangkat oranglah.

[ 2 markah ]

(ii) Berdasarkan petikan, jelaskan keistimewaan gemala hikmat yang diberikan oleh tuan puteri kepada Inderaputera.

[ 3 markah ]

• Berikan alasan mengapa anda akan memberikan gemala hikmat kepada

Inderaputera?

[ 3 markah ]

Cadangan Jawapan Set 3 Prosa Tradisional Dua Geliga Hikmat

• Maksud nikmat pun diangkat oranglah ialah

- hidangan makanan disajikan

• Keistimewaan gemala hikmat ialah

- Inderaputera boleh menyeru Dewa Langkurba apabila hendak membina sebuah negeri yang lengkap

- Dua orang hulubalang iaitu Dikir Kilat dan Dikir Agus boleh dipanggil

- Dikir Kilat boleh dipanggil untuk pergi ke sesebuah negeri atau ke dalam laut

- Dikir Agus boleh dipanggil untuk menurunkan hujan dan api

• Alasan saya memberikan gemala hikmat kepada Inderaputera adalah kerana

• menunaikan janji

• sebagai tanda kasih/sayang

• sebagai cenderamata kenang-kenangan

• sebagai tanda terima kasih

• sebagai tanda persahabatan

Klasik Hikayat Langlang Buana

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah seketika berperang maka rakyat Raja Bahrum Dewa pun pecahlah perangnya , banyak tertangkap. Ada yang lari masuk ke dalam kota kerana tiada tertahan lagi tangkap empat jin orang itu. Maka titah Raja Bahrum Dewa , “ Sudahkah engkau tangkap? Apa mati laki-laki itu?” Maka sembah segala hulubalang yang lari itu. “Ya tuanku, tiadalah mati laki-laki itu. Maka hulubalang tuanku dua ratus yang lari, dua puluh hulubalang yang tertangkap orang itu. Patik hairan melihat hal laki-laki itu. Maka patik dengar suaranya seorang juga maka segala rakyat beribu-ribu sekalian itu pun dilawannya juga.”

Setelah baginda mendengar sembah segala hulubalang itu maka Raja Bahrum Dewa pun marah menyuruh memalu gendang mengumpulkan segala rakyat sekalian. Setelah sudah berkampung segala rakyat dan menteri hulubalang sekalian , maka titah Raja Bahrum Dewa, “Segeralah pergi tangkapkan beta laki-laki itu.” Maka raja-raja dan menteri hulubalang pun berjalanlah ke luar kota pergi mengepung Raja Indera Bumaya itu.

Setelah datang ke mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi maka segala isi mahligai itu pun gemparlah. Sekaliannya datang memeluk kaki tuan puteri dan Raja Indera Bumaya seraya menangis katanya, “Wahai tuanku, apalah jadi kita ini kerana orang mengepung banyak pula datang!

(Dipetik daripada

‘Hikayat Langlang Buana’

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud menyuruh memalu? [2 markah]

(ii) Apakah yang terjadi kepada hulubalang-hulubalang Raja Bahrum Dewa dalam perperangan itu?

[3 markah]

(iii) Jika anda Raja Indera Bumaya, apakah usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk mengelakkan peperangan daripada terus berlaku? [3 markah]

Jawapan:

(i) Maksud menyuruh memalu:

- memerintah memukul

- mengarahkan memukul

[ Maksimum 2 markah]

(ii) Hulubalang-hulubalang Raja Bahrum Dewa dalam perperangan itu:

- telah berpecah / kalah

- lari masuk ke dalam kota

- dua ratus yang lari

- dua puluh hulubalang yang tertangkap

[ Maksimum 3 markah]

(iii) Jika saya Raja Indera Bumaya, tindakan-tindakan yang dapat saya lakukan untuk mengelakkan peperangan daripada terus berlaku ialah:

- Meminta Raja Bahrum Dewa menyerah kalah.

- Mencadangkan supaya kedua-dua pihak berdamai.

- Melantik orang tengah menyelesaikan perbalahan antara mereka

[ Maksimum 3 markah]

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi mendengar serta dayang-dayang dan inang pengasuh melihat nuri itu berpantun, maka asuh sekalian itu pun hairanlah di dalam hatinya. Maka kata tuan puteri di dalam hati, “Bijaksana sekali Raja Indera Bumaya itu.” Maka kata tuan puteri, “Hai nuri , di manakah Raja Indera Bumaya itu sekarang?” Maka sahut nuri itu, “Ya tuanku tuan puteri adapun baginda itu hampirlah datang ke negeri ini.” Maka tuan puteri pun berahilah hendak melihat akan Raja Indera Bumaya itu . Maka tuan puteri itu pun berkata, “Hai nuri, dapatkah engkau tunjukkan aku rupanya Raja Indera Bumaya itu?” Maka sahut nuri itu, “Dapatlah juga patik tunjukkan.” Maka nuri itu menyelit dada tuan puteri dengan sayapnya, maka kelihatanlah rupa Raja Indera Bumaya itu kepada tuan puteri. Syahadan, seketika itu maka nuri itu pun menjadi bunga sudah dikarang dengan cemerlang terlalu indah-indah rupanya. Setelah tuan puteri dan segala dayang-dayang melihat nuri itu menjadi bunga maka tuan puteri hairanlah seraya mengambil bunga itu lalu diciumnya.

Setelah maka Raja Indera Bumaya pun menggembalikan dirinya yang sediakala duduk di kanan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Setelah dilihat tuan puteri bunga itu menjadi seorang laki-laki terlalu elok parasnya dan sikapnya terlalu pantas, maka di dalam hati tuan puteri, “Inilah rupanya yang dikatakan oleh nuri, ini juga rupanya yang menjadi bayan ini dan nuri menjadi bunga.” Di dalam hati tuan puteri , “ Bijaksana sekali-kali Raja Indera Bumaya ini .”

(Dipetik daripada

‘Hikayat Langlang Buana’

dalam antologi Dirgahayu,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud terlalu elok parasnya? [2 markah]

(ii) Nyatakan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh Raja Indera Bumaya seperti yang dinyatakan dalam petikan tersebut?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda mengapakah Raja Indera Bumaya perlu memiliki banyak ilmu dan kelebihan? [3 markah]

Jawapan:

(i) Maksud terlalu elok parasnya:

- Sangat tampan rupanya

- Amat kacak rupanya

[ Maksimum 2 markah]

(ii) Kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh Raja Indera Bumaya seperti yang dinyatakan dalam petikan tersebut:

- boleh bertukar menjadi bayan

- boleh bertukar menjadi nuri

- boleh bertukar menjadi bunga

- seorang yang sangat tampan

[ Maksimum 3 markah]

(iii) Pada pendapat saya baginda perlu memiliki banyak ilmu dan kelebihan:

- Sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang raja.

- Supaya baginda lebih dihormati / disegani /dipandang mulia.

- Supaya baginda mampu memerintah negaranya.

- Mampu mempertahankan kedaulatan negara baginda.

- Lebih ramai pengikut setia kepada baginda

[ Maksimum 3 markah]

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah sudah maka kata tuan puteri, “Hai inangda, esok harilah kita pergi ke taman, mandi, berbedak, dan berlangir.” Maka segala dayang-dayang perwara pun berbuat bedak dan langir.

Setelah pagi hari, maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan dayang-dayang itu pun sekalian pergilah turun ke taman. Setelah dilihat oleh penunggu tasik itu pun tuan puteri itu datang, maka katanya “Hai cucuku, itulah Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi datang. Pergilah tuanku bersembunyi pada tempat yang sunyi-sunyi.” Setelah itu, maka tuan puteri itu datang dengan segala dayang-dayang dan inang pengasuhnya .

Setelah sampai ke taman itu, maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berseru-seru,” Adakah nenekku di rumah ? “Maka sahut peri itu , “ Tikar dan bantal seperti ada orang tidur.” Maka kata segala dayang-dayang itu, “Benarlah kata tuan puteri baharu pula rumah nenekku itu ada tempat ketiduran laki-laki rupanya .” Maka kata peri itu , “Adapun tempat tidur siang hari ini tempat hamba tidur malam hari.” Maka ia pun tertawa serta bergurau dan bersenda . Maka tuan puteri pun berbedak dan berlangirlah. Maka ramailah yang bergosok-gosok. Maka barang lakunya tuan puteri itu habislah dilihat oleh Raja Indera Bumaya itu. Maka baginda pun berahilah dalam hatinya. Sungguhlah seperti kata peri itu. Maka tuan puteri pun pergilah mandi keluar di dalam cindai itu serta diiringkan oleh segala dayang-dayang dan serta inang pengasuh sekalian .

(Dipetik daripada

‘Hikayat Langlang Buana’

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan tindakan penunggu tasik itu apabila melihat Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi datang? [2 markah]

(ii) Apakah tujuan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan dayang-dayang dan inang pengasuhnya pergi ke taman itu?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda apakah tujuan dayang-dayang dan inang pengasuh menemani tuan puteri tersebut?

[3 markah]

Jawapan:

(i) Tindakan penunggu tasik itu apabila melihat Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi datang ialah menyuruh Raja Indera Bumaya bersembunyi pada tempat yang sunyi-sunyi.

[ Maksimum 2 markah]

(ii) tujuan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan segala dayang-dayang dan inang pengasuhnya pergi ke taman itu:

- mandi,

- berbedak, dan

- berlangir.

[ Maksimum 3 markah]

(iii) Tujuan dayang-dayang dan inang pengasuh menemani tuan puteri tersebut ialah:

- membantu tuan puteri

- mengawal keselamatan tuan puteri

- mengiburkan tuan puteri

- penasihat kepada tuan puteri

- jawapan lain yang sesuai / logik

[ Maksimum 3 markah]

Set 1 Hikayat Siak

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dan sampailah di Kuala Johor. Maka orang Johor pun gegerlah, mengatakan, “Tuan kita sudah datang!” Dan mana suku Laksamana, semuanya datang, menghadap baginda. Maka kata orang Johor, “Jikalau betul asal tuan kami, minta tawarkan air yang masin.” Dan titah baginda, “Baiklah.” Dan lalu diambil rotan, dilingkar, dimasukkan ke dalam air. Maka baginda beryang-yang, “Jikalau betul asal dari raja Johor, hendaklah Allah Taala tawarkan air yang masin, menjadi tawarlah.” Lalu dimasukkan ke dalam lingkaran rotan itu. Maka segera diambilnya air itu. Dan, masing-masing minum air itu, sangat tawarnya, lagi sejuk rasanya. Maka segala orang Johor pun bersoraklah, “Ialah, tuanku patik, Tuanku Yang Maha Mulia ini!” Dan banyaklah yang mengikut baginda. Dan baginda pun bertitah kepada segala rakyat, “Hendaklah kamu mengatakan ‘daulat’.”

Maka baginda pun masuk ke Negeri Johor. Maka dibedil orang dari kubu Johor. Maka segala meriam pun keluar air kepada mulut meriam. Satu pun tiada berbunyi. Maka baginda pun mudik, didayungkan oleh segala rakyat, sambil bertimang, berakung, lalu ke Pangkalan Rama, di jambatan dalam. Maka baginda pun melompat naik ke atas jambatan. Baginda memegang pedang kerajaan yang bernama Sepurejab, telah terhunus dari sarungnya.

(Dipetik daripada

‘Hikayat Siak’

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud beryang-yang. .

[ 2 markah ]

(ii) Nyatakan cara baginda menukarkan air masin menjadi tawar. [ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, apakah bukti rakyat menunjukkan taat setia kepada pemerintah? [ 3 markah ]

Cadangan Jawapan Set 1 Hikayat Siak

(i) Maksud

- membaca mantera/ memuja sesuatu

[2 markah]

(ii) Cara

- mengambil rotan, dilingkar

- baginda beryang-yang

- dimasukkan lingkaran rotan ke dalam air

[3 markah]

(iii) Bukti

- sentiasa mematuhi arahan/ perintah

- menjaga keamanan negara

- bekerja keras memajukan negara

- menghormati pemerintah

- mematuhi peraturan dan undang-undang

[3 markah]

Set 2 Hikayat Siak

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta, pada waktu itu Raja Bugis pun datang ke Mengkalis, Daeng Parani, dan Daeng Celak, dan Raja Tuha. Lalu ia mendapatkan baginda, kerana sudah berkenalan dengan baginda, tatkala di Bangkah Kota; baginda duduk dengan Sultan Palembang. Dan serta bertemu dengan baginda, lalu berbicara, hendak melanggar Johor. Daeng Parani pun meminta perjanjian, jikalau dapat Johor, baginda menjadi Yang Dipertuan Besar; Daeng Parani menjadi Yang Dipertuan Muda. Sudah putus muafakat , dan Daeng Parani minta hendak pergi ke Langat, dan mengambil segala Bugis yang ada di sana. Dan barang bila esok, hendak pergi menyuruh membawa surat ke Johor kepada Yang Dipertuan Johor mengatakan, paduka anakanda hendak menuntut kematian Marhum Mangkat Dijulang. Dan jikalau kota yang buruk, suruh baiki kota; yang parit tohor, suruh dalamkan.

Dan serta sampai surat itu ke Johor, maka Yang Dipertuan Johor pun mengampungkan segala orang besar-besar, muafakat, menyuruh membaiki kota, parit. Dan sudah masyhur khabar itu, mengatakan anak Marhum Mangkat Dijulang sudah keluarlah; segala rakyat pun datang, dibawa oleh Raja Negara Selat. Dan serta sampai, bertemu dengan Yang Dipertuan di Mengkalis, mengatakan tuan dari Johor. Dan segala Minangkabau mengatakan tuan dia, datang dari Minangkabau.

Hatta, lalu berkelahi. Maka titah baginda, “Janganlah engkau berkelahi, sama-sama bekerjalah.” Dan baginda pun menyiapkan perahu, kecil besar. Setelah sudah, sampailah ketika yang sempurna, maka

baginda pun berangkat ke Johor. Dan segala rakyat Selat, dan segala yang di lahut, semuanya mengiringkan baginda.

(Dipetik daripada

‘Hikayat Siak’

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud mengampungkan segala orang besar-besar.

[ 2 markah ]

(ii) Apakah perjanjian yang dibuat antara baginda dengan Daeng Parani? [ 2 markah ]

(iii) Berikan kebaikan bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan? [ 4 markah ]

Cadangan Jawapan Set 2 Hikayat Siak

(i) Maksud

- mengumpulkan semua pegawai

[2 markah]

(ii) Perjanjian

- Jika Johor berjaya ditawan, baginda menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daeng Parani menjadi Yang Dipertuan Muda

[2 markah]

(iii) Sebab

- kerja yang susah akan menjadi mudah

- kerja dapat disempurnakan dalam masa yang singkat

- dapat mengeratkan tali silaturahim

- memupuk semangat bertolak ansur

- menjamin keharmonian

- wujud masyarakat yang bersatu padu

- hasil yang diperoleh dapat dinikmati bersama-sama

- dapat berkongsi idea

[4 markah]

Set 3 Hikayat Siak

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syahadan, akan Yamtuan Muda pun mengamuk. Anak bininya habislah mati dibunuhnya. Tinggal seorang anaknya, perempuan. Niat hatinya, sudah habis mati anak bininya, hendak mengamuk ke dalam kota. Serta sudah ia membunuh anak isterinya, datanglah takut hatinya, lalu ia terjun, lari ke hutan kayu onak. Ia bersembunyi. Akan Yang Dipertuan Besar, “Tiada aku mahu lari, kerana besar sangat dosaku membunuh ayahanda baginda. Dan baiklah aku serahkan nyawaku, mana dengan perintah Yang Dipertuan.” Maka ia pun datang, dengan tiada berbulang dan tiada berkeris, persembahkan nyawa. Maka titah baginda kepada hulubalang baginda, “Tiada patut, orang sudah menyerahkan nyawanya kepada kita, tiada patut kita bunuh.” Dan tiada dibunuh baginda.

Maka orang pun datang membawa khabar, mengatakan Yamtuan Muda sudah membunuh anak isterinya. Maka titah baginda kepada Bendahara, “Akan sekarang bagaimana bicara ayah, mahukah mengikut bicara sahaya? Maka sembah Bendahara, “Mana titah patik junjung.” Titah Raja Kecil, “Dan kepada fikir sahaya, ayah hendak sahaya jadikan ayah kembali, jadi Bendahara.” Akan Yamtuan Muda, disuruh bunuh oleh Bendahara, sebab derhaka membunuh anak isterinya, tiada dengan izin baginda. Dan akan bonda baginda, Encik Apung, kembali ke rahmatullah taala, tiada sempat berpandangan dengan baginda.

(Dipetik daripada

‘Hikayat Siak’

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud kembali ke rahmatullah taala. .

[ 2 markah ]

(ii) Mengapa baginda tidak membunuh Yang Dipertuan Besar? [ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan pemerintah bersikap adil terhadap rakyatnya? [ 3 markah ]

Cadangan Jawapan Set 3 Hikayat Siak

(i) Maksud

- meninggal dunia

(ii) Sebab

- Yang Dipertuan Besar telah sedar akan dosanya membunuh ayahanda baginda

- Yang Dipertuan Besar telah datang menyerahkan nyawanya

- Yang Dipertuan Besar datang tiada berbulang dan tiada berkeris

- Yang Dipertuan Besar akan menurut perintah baginda

(iii) Kebaikan

- supaya rakyat berpuas hati

- supaya rakyat percaya akan kewibawaan ketua

- menjalin hubungan erat antara pemimpin dengan rakyat

- rakyat akan menyanjungi pemerintah

Bangkitlah

SET 1

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bangkitlah

Anak-anak yang sedang lena

bangkitlah

matahari sudah tinggi

di puncak gunung.

Lihat jernihnya pagi ini

burung-burung berterbangan di udara

dan pepohon hijau merendang daunnya

apa kau masih belum bangkit?

Bangkitlah

jangan sesal nanti

madu bumi yang kekeringan

isi laut kekosongan

dan perut belantara menjadi ladang.

Anak-anak

esok apa yang akan kaumakan?

tanah atau batu atau debu?

kau terus nangis

tanpa air mata?

Kalau tidak

bangkitlah

matahari belum lagi rembang

dan burung-burung belum lagi menjamah awan!

REJAB F.I.

Antologi Dirgahayu Bahasaku

Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Nyatakan suasana pagi yang digambarkan oleh penyajak.

[3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda pada zaman ini malas berusaha?

[3 markah]

(iii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak ini.

[3 markah]

Cadangan jawapan set 1 – Sajak Bangkitlah

(i) Gambaran suasana pagi seperti yang yang digambarkan oleh penyajak

- Pagi itu cerah

- Banyak burung-burung berterbangan di udara

- Pokok-pokok berdaun rendang dan berwarna hijau

(ii) Pada pendapat saya, generasi muda pada zaman ini malas berusaha kerana

- Mereka dididik dengan kemewahan / kesenangan

- Sebarang permintaan mereka mudah diperoleh / ditunaikan oleh ibu bapa sehingga mereka tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkannya.

- Sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak menyebabkan anak-anak mereka mudah leka

- Banyak dipengaruhi oleh media massa – yang lebih mementingkan keseronokan / hiburan

(iii) Tiga persoalan yang terdapat dalam sajak

- Persoalan kepentingan mengejar arus pembangunan

- Persoalan kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapa yang leka

- Persoalan sumber bumi dan khazanah negara semakin berkurangan

- Persoalan masa depan anak bangsa yang masih leka.

SET 2

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bangkitlah

Anak-anak yang sedang lena

bangkitlah

matahari sudah tinggi

di puncak gunung.

Lihat jernihnya pagi ini

burung-burung berterbangan di udara

dan pepohon hijau merendang daunnya

apa kau masih belum bangkit?

Bangkitlah

jangan sesal nanti

madu bumi yang kekeringan

isi laut kekosongan

dan perut belantara menjadi ladang.

Anak-anak

esok apa yang akan kaumakan?

tanah atau batu atau debu?

kau terus nangis

tanpa air mata?

Kalau tidak

bangkitlah

matahari belum lagi rembang

dan burung-burung belum lagi menjamah awan!

REJAB F.I.

Antologi Dirgahayu Bahasaku

Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Nyatakan tiga pesanan penyajak kepada generasi muda dalam sajak tersebut.

[3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh dilakukan untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik.

[3 markah]

(iii) Jelaskan tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sajak tersebut.

[3 markah]

Cadangan jawapan set 2 : Sajak Bangkitlah

(i) Tiga pesanan penyajak kepada generasi muda ialah

- Mereka harus segera sedar dan bertindak agar mereka tidak menyesal pada kemudian hari setelah sumber diterokai dan segala peluang direbut oleh orang lain (rangkap 3)

- Mereka masih leka dengan sikap malas, mereka akan menghadapi masalah, kehilangan rezeki, dan menyesal sepanjang hayat (rangkap 4)

- Mereka perlu insaf dan memulakan langkah sebelum terlewat (rangkap 5)

(ii) Pada pandangan saya, cara yang boleh dilakukan untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik ialah

- Belajar bersungguh-sungguh sehingga memperoleh kejayaan yang cemerlang

- Berusaha mendapatkan pekerjaan yang baik agar dapat membela nasib diri dan keluarga

- Menjadikan kesusahan dan cabaran dalam hidup sebagai perangsang untuk berjaya

(iii) Tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sajak tersebut

- Nilai kegigihan – gigih mengejar kekayaan negara

- Nilai kerjasama – bekerjasama merebut peluang yang sedia ada

- Nilai kerajinan – rajin untuk memajukan diri

- Nilai keinsafan / kesedaran – sedar bahawa kekayaan hasil bumi negara semakin berkurangan kerana arus pembangunan.

SET 3

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bangkitlah

Anak-anak yang sedang lena

bangkitlah

matahari sudah tinggi

di puncak gunung.

Lihat jernihnya pagi ini

burung-burung berterbangan di udara

dan pepohon hijau merendang daunnya

apa kau masih belum bangkit?

Bangkitlah

jangan sesal nanti

madu bumi yang kekeringan

isi laut kekosongan

dan perut belantara menjadi ladang.

Anak-anak

esok apa yang akan kaumakan?

tanah atau batu atau debu?

kau terus nangis

tanpa air mata?

Kalau tidak

bangkitlah

matahari belum lagi rembang

dan burung-burung belum lagi menjamah awan!

REJAB F.I.

Antologi Dirgahayu Bahasaku

Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah maksud baris sajak

Bangkitlah

jangan sesal nanti

madu bumi yang kekeringan

isi laut kekosongan

dan perut belantara menjadi ladang.

[3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri remaja yang berjaya dalam kehidupan mereka?

[3 markah]

(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

[3 markah]

Cadangan jawapan set 3 – Sajak Bangkitlah

(i) Maksud baris sajak tersebut ialah

- Penyajak meminta anak-anak muda segera bangun mengusahakan hasil bumi yang sangat banyak yang sedia ada sebelum segalanya habis direbut dan diambil oleh orang lain yang lebih awal berusaha mencari kejayaan

(ii) Pada pendapat saya, ciri-ciri remaja yang berjaya dalam kehidupan mereka ialah

- Tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak, merempit

- belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan

- Rajin berusaha untuk mengejar cita-cita

- Berdoa

- Mendengar nasihat ibu bapa

(iii) Pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut

- Kita mestilah menghargai kekayaan negara agar dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

- Kita mestilah berusaha dari usia muda dengan bersungguh-sungguh agar mencapai kejayaan dalam hidup.

- Kita mestilah sedar bahawa kegagalan akan menimpa sekiranya malas berusaha agar tidak menyesal pada kemudian hari.

- Kita janganlah membiarkan kekayaan negara diambil oleh orang asing agar kita tidak susah di tanah air sendiri.

- Kita perlulah bersaing dengan bangsa lain untuk maju agar kita tidak ketinggalan

SAJAK DIRGAHAYU BAHASAKU (TINGKATAN 5)

SET 1

Baca sajak berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dirgahayu Bahasaku

Ahmad Sarju

Tempatmu di singgahsana

hati nurani bangsaku

warga yang berbudi

setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa

yang mesti dipelihara martabatnya

agar tetap kukuh dan ampuh

melayari lautan bijaksana

salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangku

hak bangsaku memilikimu

hak bangsaku mendaulatkanmu

di bumi bertuah ini

merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan

ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan

gagah pelautku membelah lautan

ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam

dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku

di arena antarabangsa suaramu tumbuh

menusuk kalbu lagu bahasamu

bahasamu bahasa minda

mudah akrab dan bertatasusila

daripada bangsa yang bernama Melayu

menempa kejayaan di alaf baru.

(September 2000)

Manuskrip Luka Bangsa, 2006

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

(i) Berikan maksud

hak bangsaku mendaulatkanmu

di bumi bertuah ini

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah bahasa Melayu perlu didaulatkan? [4 markah]

(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

[3 markah]

SET 2

Baca sajak berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dirgahayu Bahasaku

Ahmad Sarju

Tempatmu di singgahsana

hati nurani bangsaku

warga yang berbudi

setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa

yang mesti dipelihara martabatnya

agar tetap kukuh dan ampuh

melayari lautan bijaksana

salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangku

hak bangsaku memilikimu

hak bangsaku mendaulatkanmu

di bumi bertuah ini

merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan

ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan

gagah pelautku membelah lautan

ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam

dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku

di arena antarabangsa suaramu tumbuh

menusuk kalbu lagu bahasamu

bahasamu bahasa minda

mudah akrab dan bertatasusila

daripada bangsa yang bernama Melayu

menempa kejayaan di alaf baru.

(September 2000)

Manuskrip Luka Bangsa, 2006

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

(i) Berikan maksud rangkap kedua sajak tersebut.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu anda lakukan untuk menguasai

Bahasa Melayu.

[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

SET 3

Baca sajak berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dirgahayu Bahasaku

Ahmad Sarju

Tempatmu di singgahsana

hati nurani bangsaku

warga yang berbudi

setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa

yang mesti dipelihara martabatnya

agar tetap kukuh dan ampuh

melayari lautan bijaksana

salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangku

hak bangsaku memilikimu

hak bangsaku mendaulatkanmu

di bumi bertuah ini

merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan

ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan

gagah pelautku membelah lautan

ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam

dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku

di arena antarabangsa suaramu tumbuh

menusuk kalbu lagu bahasamu

bahasamu bahasa minda

mudah akrab dan bertatasusila

daripada bangsa yang bernama Melayu

menempa kejayaan di alaf baru.

(September 2000)

Manuskrip Luka Bangsa, 2006

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

(i) Berikan maksud dirgahayu bahasaku berdasarkan sajak tersebut? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah masih ada segelintir masyarakat Melayu yang

enggan bertutur menggunakan bahasa Melayu. [4 markah]

(iii) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]

JAWAPAN SAJAK DIRGAHAYU BAHASAKU (TINGKATAN 5)

SET 1

(i) Maksud:

- bangsa Melayu berhak memartabatkan bahasa Melayu di negara ini

(ii) Sebab:

- bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan / bahasa rasmi

- bahasa Melayu lambang perpaduan rakyat berbilang-bilang kaum

- bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu untuk memajukan agama, bangsa dan negara

- bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah-sekolah

(iii) Pengajaran:

- kita hendaklah cinta akan bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara Malaysia

- kita hendaklah mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

- kita mestilah mempertahankan martabat bahasa Melayu sebagai lambang jati diri

bangsa daripada dicemari oleh bahasa asing

- kita haruslah menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam

pelbagai bidang

- kita haruslah bersyukur kerana bahasa Melayu yang diwarisi sejak turun-temurun

masih diamalkan hingga kini

SET 2

(i) Maksud rangkap kedua:

- bahasa Melayu sebagai maruah bangsa

- mesti dipelihara martabatnya

- bahasa Melayu hendaklah digunakan sebaik mungkin

- mengeratkan ikatan mesra / hubungan silaturahim

(ii) Usaha:

- mempelajari bahasa Melayu dengan lebih mendalam

- bertutur menggunakan bahasa Melayu dengan lebih kerap

- mendengar forum, seminar, kolokium berkaitan dengan bahasa Melayu

- membaca bahan-bahan ilmiah untuk mengayakan perbendaharaan bahasa Melayu

(iii) Persoalan:

- persoalan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

- persoalan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan

penyatuan masyarakat

- persoalan penerimaan dan penghayatan masyarakat dunia terhadap bahasa Melayu

SET 3

(i) Maksud:

- semoga bahasa Melayu terus berkembang

(ii) Sebab segelintir masyarakat Melayu enggan bertutur menggunakan bahasa Melayu:

- tanggapan masyarakat bahawa bertutur bahasa Melayu melambangkan status yang

rendah

- mengagung-agungkan bahasa Inggeris

- bahasa Melayu bukan bahasa antarabangsa

- bahasa Melayu tiada nilai komersial

(iii) Nilai murni:

- nilai cinta akan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

negara ini

- nilai tanggungjawab iaitu memastikan bahasa Melayu tidak pupus dan dicemari

- nilai hemah tinggi iaitu menyanjungi kedaulatan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan

- nilai kesyukuran iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang terkenal dan

digunakan secara meluas

Kecek

SET 1

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kecek – (V)

1

seorang pengarah

membuka akaun semasanya

di sebuah bank ternama

tetapi dalam diam

dia mencantum kemiskinan

orang lain

ke dalam amanahnya

yang telah lama pecah.

2

di kampung

seorang petani

membuka akaun kemiskinannya

di ruang kedaifan

dan mengunci sedozen anak-anaknya

di dalam pagar sengsara

tetapi dia tidak pernah mencantum

kekayaaan orang lain

ke dalam getirnya

yang sudah lama

berumbi.

3

di pantai

seorang nelayan

membuka akaun sengsaranya

di rahang laut ternganga

dan mengurung sederet anak-anaknya

di bawah pusaran nasib

tapi dia tidak pernah mengumpul

kesenangan orang lain

ke dalam kegusarannya

yang telah sekian musim

berlumut

di papan hidupnya.

4

Tuhan tidak pernah mungkir

mencatatkan setiap angka

dan nilai hitungan paling kecil

ke dalam akaun-Nya

di rumah keadilan.

AWANG ABDULLAH

Antologi Dirgahayu Bahasaku

Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Dalam rangkap ketiga sajak ini penulis menyatakan sikap seorang nelayan yang wajar dicontohi.

Nyatakan sikap tersebut.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang melakukan pecah amah.

[3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

Cadangan jawapan set 1 : Sajak Kecek – (v)

(i) Satu sikap seorang nelayan di kawasan pantai yang wajar dicontohi

- Walaupun dibelenggu kemiskinan dan membesarkan anak-anak dalam serba kemiskinan, nelayan tersebut tidak pernah menggunakan hasil titik peluh orang lain.

(ii) Pada pendapat saya, sebab-sebab berlakunya gejala rasuah dalam kalangan masyarakat kita kerana

- Dipengaruhi sikap tamak/ mementingkan diri sendiri

- kurangnya didikan agama / pegangan agama yang tidak kukuh.

- Keinginan untuk menjalani kehidupan yang mewah sedangkan berada di luar kemampuan.

(iii) Pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut

- Kita hendaklah bersikap amanah semasa menjalankan tugas agar mendapat keredaan Allah.

- Kita janganlah mencari kekayaan dengan menindas orang lain agar kehidupan sentiasa dalam keberkatan.

- Kita mestilah bertanggungjawab mencari rezeki yang halal agar dapat menjamin kebahagian keluarga.

SET 2

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kecek – (V)

1

seorang pengarah

membuka akaun semasanya

di sebuah bank ternama

tetapi dalam diam

dia mencantum kemiskinan

orang lain

ke dalam amanahnya

yang telah lama pecah.

2

di kampung

seorang petani

membuka akaun kemiskinannya

di ruang kedaifan

dan mengunci sedozen anak-anaknya

di dalam pagar sengsara

tetapi dia tidak pernah mencantum

kekayaaan orang lain

ke dalam getirnya

yang sudah lama

berumbi.

3

di pantai

seorang nelayan

membuka akaun sengsaranya

di rahang laut ternganga

dan mengurung sederet anak-anaknya

di bawah pusaran nasib

tapi dia tidak pernah mengumpul

kesenangan orang lain

ke dalam kegusarannya

yang telah sekian musim

berlumut

di papan hidupnya.

4

Tuhan tidak pernah mungkir

mencatatkan setiap angka

dan nilai hitungan paling kecil

ke dalam akaun-Nya

di rumah keadilan.

AWANG ABDULLAH

Antologi Dirgahayu Bahasaku

Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Nyatakan kehidupan seorang pengarah seperti yang terdapat dalam sajak tersebut.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah golongan nelayan di negara kita masih dibelenggu oleh kemiskinan?

[3 markah]

(iii) Jelaskan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

Cadangan jawapan set 2 – Kecek (v)

(i) Kehidupan seorang pengarah seperti yang terdapat dalam sajak

- Sibuk mengumpul kekayaan dengan hasil simpanan pelanggannya,

- Semasa menjalankan tugas, dia begitu licik pecah amanah / menggelapkan wang.

(ii) Pada pendapat saya, golongan nelayan di negara kita masih dibelenggu oleh kemiskinan kerana

- Masih menggunakan peralatan tradisional - tidak mendapat tangkapan ikan yang banyak

- Wujudnya orang tengah yang mengaut keuntungan yang lebih.

- Kekurangan modal untuk membeli peralatan moden

(iii) Dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sajak tersebut

- Nilai amanah – melaksanakan tugas dengan penuh amanah

- Nilai bertanggungjawab – mencari rezeki yang halal

- Nilai kegigihan – gigih berusaha mencari rezeki

- Nilai bersimpati – terhadap nasib golongan kurang berada

- Nilai rasional – dalam menjalani kehidupan.

SET 3

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kecek – (V)

1

seorang pengarah

membuka akaun semasanya

di sebuah bank ternama

tetapi dalam diam

dia mencantum kemiskinan

orang lain

ke dalam amanahnya

yang telah lama pecah.

2

di kampung

seorang petani

membuka akaun kemiskinannya

di ruang kedaifan

dan mengunci sedozen anak-anaknya

di dalam pagar sengsara

tetapi dia tidak pernah mencantum

kekayaaan orang lain

ke dalam getirnya

yang sudah lama

berumbi.

3

di pantai

seorang nelayan

membuka akaun sengsaranya

di rahang laut ternganga

dan mengurung sederet anak-anaknya

di bawah pusaran nasib

tapi dia tidak pernah mengumpul

kesenangan orang lain

ke dalam kegusarannya

yang telah sekian musim

berlumut

di papan hidupnya.

4

Tuhan tidak pernah mungkir

mencatatkan setiap angka

dan nilai hitungan paling kecil

ke dalam akaun-Nya

di rumah keadilan.

AWANG ABDULLAH

Antologi Dirgahayu Bahasaku

Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Nyatakan kehidupan seorang petani seperti yang terdapat dalam sajak tersebut.

[3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan pendapatan petani?

[3 markah]

(iii) Huraikan tema yang terdapat dalam sajak tersebut.

[3 markah]

Cadangan jawapan set 3 – sajak kecek

(i) Kehidupan seorang petani seperti yang terdapat dalam sajak tersebut.

- Hidup dalam kemiskinan / kedaifan

- Anak-anak petani dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan

- Tidak pernah mengambil hasil titik peluh orang lain

(ii) Pada pendapat saya, usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan pendapatan petani ialah

- Memberikan bantuan kewangan / modal

- Membantu petani memasarkan sendiri barangan mereka – mengelakkan orang tengah mengaut keuntungan

- FAMA – memberikan khidmat nasihat,

- Memberikan subsidi – benih, baja

- Petani mengusahakan kegiatan sampingan yang lain

(iii) Tema sajak tersebut

- kepentingan sikap amanah dalam kehidupan

- Dalam mencari rezeki, kita perlu amanah kerana wang yang diperoleh digunakan untuk menyara keluarga.

- Golongan yang berjawatan didapati sering kali pecah amanah untuk hidup mewah berbanding golongan yang berpendapatan rendah.