idola
TRANSCRIPT
ZAEN KASTURI
SINOPSISKehidupan si penjaga panggung yang menjadikan
hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya
bercanggah dengan pendapat isterinya yang
meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan
mereka yang miskin dapat diubah. Pada suatu
petang dia berjumpa dengan si hero yang
mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan
menasihatinya agar sedar dengan realiti hidup. Hal ini
menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola
yang ideal hanya wujud dalam pementasan
sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.
Kekeliruan hidup antara fantasi
dan realiti iaitu antara pementasan
sandiwara dengan kehidupansebenar.
TEMA
Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinankerana pendapatan yang rendah. Contohnya, Si penjaga panggung dan keluarganya hanyamampu tinggal di sebuah rumah kecil.
Persoalan kejujuran memberi pengertiankehidupan yang sebenar. Contohnya, Hero meminta si penjaga panggung kembali pada dirisendiri kerana kehidupan sebenar lebihmenuntut perjuangan yang sesungguhnya.
PERSOALAN
Si PenjagaPanggung
•Bekerja sebagai penjaga panggung.
•Mempunyai seorang isteri dansepuluh orang anak.
•Keliru dengan pendirian diriterhadap idola. Si PanjagaPanggung selalu mengagumikehebatan hero tanpa mengetahuibahawa Si Hero bukan hanyamahu memegang watak hero.
WATAK PERWATAKAN
Si Hero
•Suka menyindir. Si Hero menyuruh Si Penjaga Panggungberhenti memuji dirinya danmeminta memuji diri sendiri.
•Seorang pelakon yang memegang watak utama (hero)
•Berterus terang tentang realitikehidupan yang dilaluinya. Si Hero menyatakan bahawakehidupan di sini hanyasementara. Dia meminta Si Penjaga Panggung melupakankehidupan di dalam panggung.
Si Isteri
•Berfikiran terbuka dan inginmengubah nasib. Isteripenjaga panggung cubamenyedarkan suaminyatentang pekerjaan suaminya.
•Mempunyai 10 orang anak
• Panggung
• Pementasan diadakan di panggung
LatarTempat
• Masyarakat yang mengagumiorang lain contohnya penjagapanggung sangat mengagumilakonan si hero
• Masyarakat yang merendah diricontohnya si hero sentiasamerendah diri
• Masyarakat yang menerima realiticontohnya si hero menerima realitibahawa pementasan tidak samaseperti kehidupan sebenar
LatarMasyarakat
LATAR
• Waktu Pagi
• Isteri penjaga panggungberkata sesuatu kepadanyapada waktu pagi
• Waktu Petang
• Penjaga panggung datangmenemui si hero pada waktupetang
• Waktu malam
• Sandiwara dipersembahkanpada waktu malam
LatarMasa
•Contohnya hero menyampaikanrealiti kehidupan yang dilaluiadalah berbeza denganlakonannya.
Kejujuran
•Contohnya isteri penjagapanggung yang sabarmenghadapi kemiskinan hidupdan masih lagi tinggal di rumahkecil.
Ketabahan
•Contohnya isteri penjagapanggung yang tabahmenghadapi cabaran hidup danmembesarkan sepuluh orang anakdalam keadaan miskin dantinggal di kawasan setinggan.
Kesabaran
NILAI
PENGAJARAN
Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaranmembesarkan dan mendidik anak-anak. Isteri Si penjaga panggung menjalankan tanggungjawabsebagai isteri dan ibu walaupun dalam keadaanhidup mereka yang susah.
Kita hendaklah jujur dalam pekerjaan. Contohnyahero dengan jujur memberitahu kenyataanhidupnya berbeza dengan dunia lakonan.
SOALANBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudianjawab soalan dengan menggunakan ayat sendiri.
"Misalkan saja saudara minat memancing atau
menangkap ikan. Apakah kerana minat itu saudara harus
menjadi nelayan? Bukankah saudara tetap sebagai penjaga
panggung? Begitulah juga saya yang minat menjadi hero.
Apakah kerana minat itu saya mesti menjadi hero? Tentu
tidak, bukan? Saya akan tetap bernama pelakon."
"Kenyataan saudara itu memeningkan saya."
"Tidak, saudara. Sebenarnya terlalu mudah untuk
saudara memahami kata-kata saya itu."
"Bagaimana?"
SOALAN"Saudara berhentilah memuji saya. Sau ... saudara pujilah
diri saudara sendiri," sambut si hero sambil menancapkan
sorot matanya kemas-kemas ke wajah si penjaga panggung.
Si penjaga panggung melongo, terkelip-kelip matanya
menatap renungan si hero yang tidak terdaya ditafsirkannya
itu.
"Saudara, kita selalu lupa pada kenyataan yang
membeliti hidup kita sebenarnya. Kita lebih terkesimaakan
sesuatu yang pada lahirnya tampak cemerlang dan cerlang
sinarnya, walhal di sebaliknya tidak lebih daripada seberkas
sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak, saudara."
Si penjaga panggung terus melongo.
"Saudara, bukankah hidup ini bagai sandiwara?"
Si penjaga panggung mengangguk-angguk lesu.
SOALANi. Apakah maksud terkesima? (1 markah)
ii. Mengapakah si hero menyuruh penjaga
panggung berhenti memuji dirinya? (3 markah)
iii. Jelaskan punca masyarakat terlalu mengagumi
golongan pelakon dan penyanyi mengikut
pandangan anda (4 markah)
iv. Huraikan satu pengajaran daripada petikan di
atas dan satu pengajaran daripada cerpen yang
tidak terdapat dalam petikan di atas. (4 markah)
JAWAPAN
i. Maksudnya ialah tercengang / termangu-mangu /
hilang akal
ii. Sebab si hero menyuruh penjaga panggung
berhenti memuji dirinya ialah dia menjadi hero
atas tuntutan lakonan, bukannya kerana minat.
Selain itu, hero juga mengatakan supaya penjaga
panggung tidak terkesima akan sesuatu yang
lahirnya tampak cemerlang dan cerlang sinarnya.
iii. Masyarakat mengagumi pelakon dan penyanyi kerana
penampilan mereka yang bergaya dari segi bakat dan
persembahan yang ditampilkan semasa beraksi. Selain
itu, masyarakat menganggap kehidupan pelakon dan
penyanyi yang sentiasa mendapat liputan media untuk
tatapan peminat yang mahu mengikuti perkembangan
karier dan kisah hidup di luar bidang persembahan
mereka.
iv. Pengajaran daripada petikan ialah kita tidak sehajarnya
memuji seseorang artis secara keterlaluan. Hero
bangsawan telah menasihati penjaga panggung supaya
memuji diri sendiri, iaitu memberi fokus terhadap
kenyataan hidup diri sendiri. Pengajaran daripada cerpen
ialah kita hendaklah sentiasa amanah dalam tugas. Si
penjaga panggung seharusnya terus membuat kerja
seperti biasa, dan tidak bertindak membalingkan kerusi ke
dinding panggung semata-mata menurutkan kata hatinyayang ingin berubah.