ibu pejabat jps malaysia -...

29
1 IBU PEJABAT JPS MALAYSIA SURAT PEKELILING JPS BIL. 2/2000 1. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMPERCEPATKAN BAYARAN INTERIM. 2. PINDAAN KE ATAS BORANG JKR 66, PERAKUAN PELARASAN JUMLAH HARGA KONTRAK (PPJHK) DAN PERAKUAN MUKTAMAD. 3. PINDAAN KEPADA SYARAT-SYARAT KONTRAK BERKAITAN BAYARAN. 1.0 TUJUAN 1.1 Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memperkenalkan langkah-langkah untuk mempercepatkan bayaran interim, penutupan akaun projek dan mengurangkan beban kewangan kontraktor iaitu: i. Memperkenalkan Proses Kerja Pengeluaran Bayaran Interim yang seragam. ii. Memperkenalkan Borang Perakuan Bayaran Interim JKR 66 (Pin. 3/1999), Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak (JKR 203V-Pin. 6/99) dan Perakuan Akaun dan Bayaran Muktamad [JKR 66A (Pin. 2/1999)] iii. Meminda Peratusan Bayaran Bahan dan Barang-barang Tak Pasang di Tapak Bina. iv. Meminda nilai-nilai minimum bagi Bayaran Interim di bawah Syarat-syarat Kontrak.

Upload: truongcong

Post on 04-Apr-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

IBU PEJABAT JPS MALAYSIA

SURAT PEKELILING JPS BIL. 2/2000

1. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMPERCEPATKAN BAYARAN INTERIM.

2. PINDAAN KE ATAS BORANG JKR 66, PERAKUAN PELARASAN JUMLAH HARGA KONTRAK (PPJHK) DAN PERAKUAN MUKTAMAD.

3. PINDAAN KEPADA SYARAT-SYARAT KONTRAK BERKAITAN BAYARAN.

1.0 TUJUAN

1.1 Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memperkenalkan langkah-langkah

untuk mempercepatkan bayaran interim, penutupan akaun projek dan mengurangkan beban kewangan kontraktor iaitu:

i. Memperkenalkan Proses Kerja Pengeluaran Bayaran Interim yang seragam.

ii. Memperkenalkan Borang Perakuan Bayaran Interim JKR 66 (Pin. 3/1999), Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak (JKR 203V-Pin. 6/99) dan Perakuan Akaun dan Bayaran Muktamad [JKR 66A (Pin. 2/1999)]

iii. Meminda Peratusan Bayaran Bahan dan Barang-barang Tak Pasang di Tapak Bina.

iv. Meminda nilai-nilai minimum bagi Bayaran Interim di bawah Syarat-syarat Kontrak.

2

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Pihak Kerajaan memandang serius terhadap kelewatan yang

seringkali berlaku dalam membuat pembayaran kepada kontraktor. Perkara ini boleh menjejaskan aliran wang tunai kontraktor yang mana seterusnya menjejaskan kelancaran pelaksanaan sesuatu projek. Sehubungan dengan ini, pihak Kementerian Kewangan telah mengeluarkan satu Surat Pekeliling Perbendaharaan yang bertujuan untuk mempercepatkan pengeluaran Bayaran Interim.

2.2 Lanjutan dari itu, Jawatankuasa Khas Mengkaji Masalah Pengurusan Kontrak JPS Malaysia telah mengkaji dan membincang isu ini dan seterusnya telah mengenalpasti langkah-langkah yang dapat mengatasi masalah ini.

2.3 Di samping itu juga, adalah wajar beberapa prosedur baru diperkenalkan dan borang-borang dan peruntukan sediada dipinda untuk mempercepat dan melicinkan proses bayaran interim dan penutupan akaun projek, disamping meringankan beban kewangan kontraktor.

3.0 TATACARA PELAKSANAAN

3.1 Proses Kerja Pengeluaran Bayaran Interim

3.1.1 Bagi menyeragamkan prosedur dan melicinkan urusan pembayaran, Carta Aliran Proses Kerja Pengeluaran Bayaran Interim telah disediakan mengikut kategori-kategori seperti berikut:-

i. Nilai kontrak tidak melebihi RM 10.0 juta - Rujuk Lampiran A/1

ii. Nilai kontrak melebihi RM 10.0 juta sehingga RM 25.0 juta - Rujuk Lampiran A/2

iii. Nilai kontrak melebihi RM 25.0 juta - Rujuk Lampiran A/3

3

3.1.2 Di antara perkara-perkara yang ditekankan adalah:

i. Menjelaskan proses-proses kerja dan pegawai-pegawai

yang bertanggungjawab.

ii. Mengurangkan proses semakan yang tidak diperlukan.

iii. Menggariskan tempoh wajar bagi setiap proses kerja.

iv. Menguatkuasakan kuasa yang diturunkan kepada Wakil Pegawai Penguasa untuk memperakukan Bayaran Interim yang mana sebelum ini tidak dipraktikkan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, sekiranya atas sebab-sebab tertentu, kuasa untuk memperakukan bayaran interim tidak diturunkan, pindaan yang sewajarnya hendaklah dibuat ke atas Surat Perwakilan Kuasa.

v. Memastikan perhatian dan tindakan-tindakan susulan diambil sebagaimana dicatitkan.

3.1.3 Sebagai langkah untuk memantau pematuhan proses kerja ini, Borang Tindakan Kerja seperti di Lampiran B hendaklah dikepilkan oleh Pegawai Penilai bersama Borang JKR 66 untuk memastikan tindakan telah diambil oleh pegawai-pegawai bertanggungjawab di dalam tempoh yang ditetapkan. Dengan ini, sekiranya berlaku kelewatan, sebab-sebab kelewatan akan dapat dikesan dan seterusnya langkah pembetulan dapat diambil.

3.2 Borang JKR 66 (Pin. 3/1999)

3.2.1 Format Perakuan Bayaran Interim (Borang JKR 66) sediada telah dikemaskini dan dipinda bagi memudahkan urusan memproses pembayaran di Pejabat Pembayar dengan mengurangkan butiran-butiran yang perlu diisi. Borang baru JKR 66 (Pin.3/1999) adalah seperti di Lampiran C.

3.2.2 Borang ini hanya mengandungi maklumat yang diperlukan untuk tujuan penyediaan bayaran oleh Pejabat Pembayar. Bagaimanapun pegawai yang menyediakan penilaian perlu mencatit semua butiran penilaian dan pengiraan mengikut Borang JKR 66 sediada secara berasingan di dalam buku pengiraan untuk tujuan rekod.

4

3.2.3 Butiran pengiraan hendaklah disemak dan disahkan oleh

‘Pegawai Pengesyor’.

3.2.4 Untuk tujuan pembayaran, butiran pengiraan tidak perlu dilampirkan bersama Borang JKR 66 yang dikemukakan kepada Bahagian Kewangan dan Pejabat Pembayar.

3.3 Pindaan Kepada Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak (PPJHK) Dan Perakuan Akaun Dan Bayaran Muktamad.

3.3.1 Amalan mendapatkan tandatangan Kontraktor sebelum Perakuan-perakuan di atas diluluskan bukanlah merupakan satu syarat yang ditetapkan di bawah Kontrak. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah kelewatan bayaran daripada amalan ini, tempoh masa untuk Kontraktor mengembalikan Perakuan-perakuan berkenaan hendaklah dihadkan seperti berikut:

i. Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak Dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh penerimaan.

ii. Perakuan Akaun dan Bayaran Muktamad Dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan.

3.3.2 Sekiranya Kontraktor gagal mengembalikan Perakuan-perakuan tersebut di dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan meluluskan Perakuan-perakuan tersebut hendaklah diteruskan tanpa tandatangan Kontraktor.

3.3.3 Sehubungan dengan itu, pindaan telah dibuat untuk mengambil kira kehendak ini dalam borang PPJHK dan Perakuan Akaun dan Bayaran Muktamad sebagaimana Lampiran D dan E.

3.4 Sebagai langkah untuk meringankan masalah kewangan Kontraktor, peraturan-peraturan berikut telah dikaji semula:

5

3.4.1 Pindaan Peratusan Pembayaran Bahan Dan Barang-Barang Tak Pasang Di Tapak Bina.

Peratusan pembayaran bagi Bahan dan Barang-barang Tak Pasang di Tapak Bina seperti yang terkandung di dalam klausa 47(c) Syarat-syarat Kontrak adalah dinaikkan daripada 75% kepada 90% .

Bagi melaksanakan perkara ini, pindaan-pindaan perlu dibuat seperti berikut:

i) Syarat-syarat Kontrak – Fasal 47 ( c ), baris 3. Pinda “seventy-five (75) percent” kepada “ninety (90) percent”

ii) Amendments to Forms PWD 203/203A Rev. 10/83 - Perkara mengenai ‘Clause 47( a ), lines 3 and 9’ Pinda “seventy-five (75) percent” kepada “ninety (90) percent”

3.4.2 Pindaan Nilai-Nilai Minimum Bagi Bayaran Interim

Nilai minimum bagi Bayaran Interim Pertama dan yang seterusnya sebagaimana dinyatakan di dalam Lampiran kepada Syarat-syarat Kontrak hendaklah dipinda mengikut jadual seperti di bawah :

BIL BAYARAN INTERIM

NILAI MINIMUM SEMASA

NILAI MINIMUM PINDAAN

1.

Bayaran Interim Pertama

10% daripada Kerja Pembina termasuk Bahan dan Barang-barang Tak Pasang atau RM 200,000 yang mana lebih rendah.

5% daripada Kerja Pembina termasuk Bahan dan Barang-barang Tak Pasang atau RM 100,000 yang mana lebih rendah.

2.

Bayaran Interim seterusnya

25% daripada nilai purata bulanan kerja yang patut disiapkan dalam tempoh kontrak

atau separuh daripada bayaran pertama yang mana lebih rendah.

15% daripada nilai purata bulanan kerja yang patut disiapkan dalam tempoh kontrak

atau separuh daripada bayaran pertama yang mana lebih rendah.

6

4.0 PENGAGIHAN PERUNTUKAN

4.1 Untuk mempercepatkan lagi pengeluaran pembayaran, adalah digalakkan supaya peruntukan diagih-agihkan kepada JPS Negeri dan juga seterusnya kepada JPS Daerah (khususnya untuk pembayaran bagi projek-projek yang kecil). Dengan ini pembayaran boleh dibuat di pejabat di mana peruntukan diagihkan.

5.0 KUATKUASA DAN PEMBATALAN

5.1 Surat Pekeliling ini berkuatkuasa dari tarikh ianya dikeluarkan dan terpakai bagi perolehan kerja sahaja.

5.2 Dengan berkuatkuasanya Pekeliling ini, pekeliling-pekeliling berikut adalah dipinda /dibatalkan:

a) SP.JPS UB 1/94 bertarikh 13 Januari 1994 (Dibatalkan) i. Borang Perakuan Bayaran Interim JKR 66 ii. Borang Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak JKR 203V iii. Borang Perakuan Muktamad

b) Ruj. (8) dlm. PPS 10/4/2 CUB Jld. 2 bertarikh 16 Julai 1996.

(Dibatalkan) Bayaran Balik Wang Pendahuluan Melalui Pemotongan Dalam Bayaran Kemajuan Dengan Menggunakan Borang JKR 66

c)

SP.JPS. Bil 1/1999 bertarikh 18 Februari 1999 (Dipinda) Garispanduan Penggunaan Wang Jaminan Pelaksanaan

− Borang Perakuan Bayaran Interim JKR 66 yang diperkenalkan melalui Surat Pekeliling ini adalah dibatalkan.

Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “CINTAILAH SUNGAI KITA” (DATO’ IR. HJ. KEIZRUL B. ABDULLAH) Ketua Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia. 26 Julai 2000 Bil. Fail : (57) dlm. PPS. 10/4/2 CUB Jld. 3

A/1/1

LAMPIRAN A/1

PROSES KERJA : PENGELUARAN BAYARAN INTERIM (Nilai Kontrak Tidak Melebihi RM 10.0 Juta)

Bayaran dibuat di JPS Negeri

Bil

Aliran

Proses Kerja

Pegawai Bertanggung-

jawab

Tempoh

Catatan

1

Penilaian di tapak ke atas: • Kerja-kerja yang telah

dilaksanakan • Bahan/barang tak pasang

Penyelia Projek

Bergantung

kepada kompleksiti

projek

Penilaian interim mestilah dibuat sekurang-kurangnya sekali sebulan. “Tarikh Penilaian” adalah tarikh terakhir penilaian di tapak.

2

Ya

Penyediaan dokumentasi data-data bayaran

Penyelia Projek

3 hari dari

tarikh penilaian

Memasukkan data dan menyediakan dokumen-dokumen sokongan

3

Pindaan?

Semak pengiraan data-data bayaran

Penyelia Projek

4

Tidak

Penyediaan Perakuan Bayaran Interim (JKR 66)

Penyelia Projek/Pegawai

Pengesyor

5

Tandatangan butiran penilaian dan Perakuan Bayaran Interim

Pegawai yang diberi kuasa

memperakukan

6

Kemukakan Perakuan Bayaran Interim kepada JPS Negeri

Pejabat Wakil PP

Bersambung

2 hari

1 hari

1 hari

7 hari

1 hari

Menyemak dan membetulkan pengiraan Perakuan Bayaran Interim hendaklah dikeluarkan tidak lewat dari empat belas (14) hari dari Tarikh Penilaian (mengikut kontrak)

A/1/2

PROSES KERJA : PENGELUARAN BAYARAN INTERIM (sambungan)

Bil

Aliran

Proses Kerja

Pegawai

Bertanggung-jawab

Tempoh

Catatan

sambungan

7

Ya

Samada bayaran pertama dan kelima ?

8

Tidak

Semakan kualiti

Jurukur Bahan/Pegawai

Bahagian Kontrak

2 hari

9

Rekod perbelanjaan dalam buku vot dan penyediaan baucer bayaran.

Bahagian

Kewangan

1 hari

Semakan kualiti untuk Bayaran Pertama dan Kelima. Kesilapan akan dibetulkan tetapi pindaan kepada amaun yang diperakukan hanya akan dib uat sekiranya berlakunya pengurangan. Salinan pindaan hendaklah dikemukakan kepada pejabat wakil PP (untuk diambil kira di dalam bayaran seterusnya) Satu salinan Perakuan Bayaran Interim dikemukakan kepada kontraktor

10

Baucer bayaran ditandatangani.

Bahagian Kewangan/TP/

PPSN

2 hari

Bersambung

A/1/3

PROSES KERJA : PENGELUARAN BAYARAN INTERIM (sambungan)

Bil

Aliran

Proses Kerja

Pegawai

Bertanggung-jawab

Tempoh

Catatan

sambungan

11

Ya

Kemuka Perakuan Bayaran Interim (JKR 66) kepada Akauntan Negara atau Bendahari

Bahagian

Kewangan

1 hari

12

Pertanyaan?

Tidak

Semakan Perakuan Bayaran Interim (JKR 66)

Akauntan Negara /

Bendahari

Semua pertanyaan akan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan. Pertanyaan berkaitan teknikal akan dipanjangkan kepada pegawai Bahagian Kontrak

13

Pengeluaran cek bayaran Akauntan Negara / Bendahari

Tempoh menunaikan pembayaran tidak lewat dari 21 hari dari tarikh Perakuan Interim ditandatangani.

Nota: Sekiranya bayaran dibuat di Daerah, proses ini boleh digunakan sebagai panduan dan diubahsuai di mana berkaitan.

Ao/Nm/C:nm/Circular/CartBuyInt/M.Word/220700

A/2/1

LAMPIRAN A/2

PROSES KERJA : PENGELUARAN BAYARAN INTERIM (Nilai Kontrak Melebihi RM 10.0 hingga RM 25.0 Juta)

Bayaran dibuat di JPS Negeri/Ibu Pejabat JPS Malaysia

Bil

Aliran

Proses Kerja

Pegawai Bertanggung-

jawab

Tempoh

Catatan

1

Penilaian di tapak ke atas: • Kerja-kerja yang telah

dilaksanakan • Bahan /barang tak pasang

Penyelia Projek

Bergantung

kepada kompleksiti

projek

Penilaian interim mestilah dibuat sekurang-kurangnya sekali sebulan. “Tarikh Penilaian” adalah tarikh terakhir penila ian di tapak.

2

Ya

Penyediaan dokumentasi data-data bayaran

Penyelia Projek

3 hari dari

tarikh penilaian

Memasukkan data dan menyediakan dokumen-dokumen sokongan

3

Pindaan?

Semak pengiraan data-data bayaran

Penyelia Projek

Tidak

4

Penyediaan Perakuan Bayaran Interim (JKR 66)

Penyelia Projek/ Pegawai

Pengesyor

5

Tandatangan butiran penilaian dan perakuan bayaran interim (JKR 66)

Pegawai yang diberi kuasa memperaku-

kan

Bersambung

2 hari

1 hari

1 hari

7 hari

Menyemak dan membetulkan pengiraan Perakuan Bayaran Interim hendaklah dikeluarkan tidak lewat dari empat belas (14) hari dari Tarikh Penilaian (mengikut kontrak)

A/2/2

PROSES KERJA : PENGELUARAN BAYARAN INTERIM (sambungan)

Bil

Aliran

Proses Kerja

Pegawai

Bertanggung-jawab

Tempoh

Catatan

sambungan

6

Ya

Samada bayaran pertama dan kelima ?

7

Kemuka Dokumen Bayaran kepada Bahagian Ukur Bahan JPS Malaysia

Pejabat Wakil PP 3 hari

8

9

Tidak

Semakan kualiti Kemuka Dokumen Bayaran kepada JPS Negeri

Bahagian Ukur

Bahan JPS M’sia

Pejabat Wakil PP

2 hari

1 hari

10

Semakan kualiti Jurukur Bahan/Pegawai

Bahagian Kontrak JPS Negeri

2 hari

Semakan kualiti untuk Bayaran Pertama dan Kelima. Kesilapan akan dibetulkan tetapi pindaan kepada amaun yang diperakukan hanya akan dibuat sekiranya berlakunya pengurangan. Sama seperti catatan No.8.

11

Persekutuan

Pemegang waran?

12

Negeri

Kemuka Dokumen Bayaran kepada Bahagian Berkenaan JPS Malaysia untuk rekod bayaran

Bahagian

Berkenaan JPS Malaysia

1 hari

13

Kemuka Dokumen Bayaran kepada JPS Negeri untuk rekod bayaran.

Jurukur Bahan/Pegawai

Bahagian Kontrak JPS Negeri

3 hari

14 Rekod perbelanjaan dalam buku vot dan penyediaan baucer bayaran

Bahagian Kewangan JPS Malaysia/JPS

Negeri

1 hari

Bersambung

Nota:

1. Proses No. 8 - Jika pembayaran dibuat di Ibu Pejabat JPS Malaysia, salinan perakuan hendaklah dikemukakan kepada pejabat Jurukur Bahan/Pegawai Bahagian Kontrak di JPS Negeri untuk rekod.

2. Proses No. 10 & 13 - i) Satu salinan perakuan hendaklah dipanjangkan kepada pejabat wakil PP ii) Satu salinan JKR 66 hendaklah dikemukakan kepada kontraktor.

A/2/3

PROSES KERJA : PENYEDIAAN BAYARAN INTERIM (sambungan)

Bil

Aliran

Proses Kerja

Pegawai

Bertanggung-jawab

Tempoh

Catatan

sambungan

15

Baucer bayaran di tandatangani

Bahagian

Kewangan JPS Malaysia/JPS

Negeri

2 hari

16

Ya

Kemuka Perakuan Bayaran Interim (JKR 66) kepada Akauntan Kementerian Pertanian/Akauntan Negara/Bendahari

Bahagian

Kewangan JPS Malaysia/JPS

Negeri

1 hari

Bagi bayaran yamg dibuat di Ibu Pejabat JPS Malaysia, sesalinan JKR 66 dan sampul hendaklah dikepilkan untuk dimajukan kepada kontraktor oleh Akauntan Kementerian Pertanian

17

Pertanyaan?

Tidak

Semakan Perakuan Bayaran Interim (JKR 66)

Akauntan Kementerian

Pertanian/ Akauntan Negara/

Bendahari

18

Pengeluaran cek

Tempoh menunaikan pembayaran tidak lewat dari 21 hari dari tarikh Perakuan Interim ditandatangani.

Ao/Nm/C:nm/Circular/CartBuyInt2/M.Word/220700

A/3/1

LAMPIRAN A/3

PROSES KERJA : PENGELUARAN BAYARAN INTERIM

(Nilai Kontrak Melebihi RM 25.0 Juta)

Bayaran dibuat di Ibu Pejabat JPS Malaysia

Bil

Aliran

Proses Kerja

Pegawai

Bertanggung-jawab

Tempoh

Catatan

1

Penilaian di tapak ke atas: • Kerja-kerja yang telah

dilaksanakan • Bahan/barang tak pasang

Penyelia Projek

Bergantung kepada kompleksiti projek

Penilaian interim mestilah dibuat sekurang-kurangnya sekali sebulan. “Tarikh Penilaian” adalah tarikh terakhir penilaian di tapak.

2

Ya

Penyediaan dokumentasi data-data bayaran

Penyelia Projek

3 hari dari

tarikh penilaian

Memasukkan data dan menyediakan dokumen-dokumen sokongan

3

Pindaan?

Semak pengiraan data-data bayaran

Penyelia Projek

4

Tidak

Penyediaan Perakuan Bayaran Interim (JKR 66)

Penyelia Projek/Pegawai

Pengesyor

5

Tandatangan butiran penilaian dan Perakuan Bayaran Interim (JKR 66)

Pegawai yang diberikuasa

memperakukan

6

Kemukakan Perakuan Bayaran kepada Bhg. Ukur Bahan JPS M’sia.

Pejabat PP/ Wakil PP

Bersambung

2 hari

1 hari

1 hari

7 hari

3 hari

Menyemak dan membetulkan pengiraan Perakuan Bayaran Interim hendaklah dikeluarkan tidak lewat dari empat belas (14) hari dari Tarikh Penilaian (mengikut kontrak)

A/3/2

PROSES KERJA : PENGELUARAN BAYARAN INTERIM (sambungan)

Bil

Aliran

Proses Kerja

Pegawai

Bertanggung-jawab

Tempoh

Catatan

Sambungan

7 8

Semakan kualiti Hantar kepada Bahagian berkenaan untuk rekod bayaran

Bahagian Ukur Bahan Bahagian Berkenaan

2 hari

1 hari

9

Rekod perbelanjaan dalam buku vot dan penyediaan baucer bayaran.

Bahagian Kewangan

1 hari

Kesilapan akan dibetulkan tetapi pindaan kepada amaun yang diperakukan hanya akan dibuat sekiranya berlakunya pengurangan. Salinan pindaan hendaklah dikemukakan kepada pejabat wakil PP.

10

Baucer bayaran ditandatangani.

Bahagian Kewangan

2 hari

11

Ya

Kemuka Perakuan Bayaran Interim (JKR 66) kepada Akauntan Kementerian Pertanian

Bahagian Kewangan

1 hari Sesalinan JKR 66 dan sampul hendaklah dikepilkan untuk dimajukan kepada kontraktor oleh Akauntan Kementerian Pertanian.

12

Pertanyaan ?

Tidak

Semakan Perakuan Bayaran Interim (JKR 66)

Akauntan Kem. Pertanian

Semua pertanyaan akan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan. Pertanyaan berkaitan teknikal akan dipanjangkan kepada Bahagian Ukur Bahan

13

Pengeluaran cek bayaran Akauntan Kem. Pertanian

Tempoh menunaikan pembayaran tidak lewat dari 21 hari daripada tarikh Perakuan Interim ditandatangani

Ao/Nm/C:nm/Circular/CartBuyInt3/M.Word/030700

LAMPIRAN B BORANG TINDAKAN KERJA BAYARAN INTERIM

Pegawai Penguasa : ……………………………………………………………………………………………………..

Tajuk Kerja : ……………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………..

No. Kontrak : ……………………………………………………………………………………………………..

Bayaran Interim No. : ……………………………………………………………………………………………………..

Bil

Proses Kerja

Tarikh

t.t pegawai yang mengambil

tindakan

Catatan

1

Penilaian di tapak

2

Perakuan Bayaran Interim (JKR 66) siap

3

Tandatangan Pegawai Pengesyor

4

Tandatangan Pegawai Yang Memperakukan

Jumlah Tempoh

hari

5

Hantar kepada JPS Negeri / Bhg. Ukur Bahan JPS M’sia.

6a

Diterima oleh Unit Ukur Bahan JPS Negeri/ Bhg. Ukur Bahan JPS Malaysia

6b

Semakan dan t.t JUB/PUB

6c

Hantar kepada JPS Negeri/Bahagian Berkenaan di JPS M'sia.

7a

Diterima oleh JPS Negeri/ Bahagian Berkenaan di JPS M'sia.

7b

Rekod bayaran

7c

Kemukakan kepada Bahagian Kewangan

8

Diterima oleh Bahagian Kewangan

9

Rekod perbelanjaan dan sedia baucer

10

Baucer bayaran ditandatangani.

11

Hantar kepada Pihak Pembayar

Jumlah Tempoh * hari

JUMLAH TEMPOH KESELURUHAN * hari

Perhatian

(a) Perkara (1) - (5) diisi oleh Pejabat PP/Wakil PP.

(b) Perkara (6) – (11) hendaklah diisi oleh pegawai yang bertanggungjawab di mana berkenaan

(c) * diisi oleh Pegawai Bahagian Kontrak di JPS Negeri/Bahagian Ukur Bahan JPS Malaysia/Bahagian Berkenaan JPS Malaysia

(d) Carta ini hendaklah dikepilkan bersama Perakuan Bayaran Interim (JKR 66) dan disimpan di dalam fail bayaran di Bahagian Ukur Bahan ataupun Bahagian Teknikal yang berkenaan bagi kes dimana bayaran tidak melibatkan Bahagian Ukur Bahan.

Ao/Nm/C:nm/Circular/Tindkerja2/M.Word/230700

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN: MAKSUD: BUTIRAN:

TAJUK KERJA:

NAMA DAN ALAMAT KONTRAKTOR:

NO. KONTRAK:

HARGA ASAL KONTRAK: RM

JUMLAH BERSIH TAMBAHAN/POTONGAN: RM

HARGA BARU KONTRAK: RM

A. BUTIR-BUTIR BAYARAN DAN POTONGAN

1. TARIKH PENILAIAN:

2. NILAI KERJA DILAKSANAKAN DAN AMAUN-AMAUN LAIN YANG RMKENA DIBAYAR*

3. KURANGKAN Bayaran Interim yang terdahulu No: ………… RM

4. NILAI BERSIH KERJA SEMASA: RM

5. POTONGANa. Bayaran Balik Wang Pendahuluani) Amaun Terkumpul RM RMii) Amaun Terdahulu RMiii) Amaun Semasa RM

b. Akaun Deposit Wang Jaminan Pelaksanaan RM(amaun terdahulu)

c. Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan @ RM …….../hariselama ………. hari. RM

d. Potongan lain jika ada RM

Jumlah Potongan RM RM

BAYARAN DISYORKAN RM

Tarikh: …………………… ……………………………….

* Termasuk Barang Tak Pasang, Pelarasan Turun Naik Harga, Tuntutan Bayaran Tambahan yang diluluskan.

PERAKUAN BAYARAN INTERIM NO:

(Pegawai Pengesyor)

Muka 1/3

LAMPIRAN CJKR 66 (Pin. 3/1999)

KERAJAAN ……………….JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

B. PERAKUAN BAYARAN

1. Bayaran Interim

a) Kepada Kontraktor Utama RM

b) Kepada Subkontraktor/Penerima Bayaran RM(seperti di Lampiran A)

Jumlah Bayaran Interim RM RM

2. Kredit Akaun Deposit Wang Jaminan Pelaksanaan (10% dari Bayaran Disyorkan RMsehingga 5% harga kontrak)

BAYARAN DIPERAKUKAN

(Ringgit Malaysia: …………………………………………………………………………………….. )

Adalah disahkan bahawa semua peraturan kewangan dan kehendak di bawah Kontrak telah dipatuhi.

Tarikh : ……………………………..

CATATAN

1. Jumlah amaun yang dibayar di bawah Perakuan ini ialah RM ………………………(Untuk diisi oleh pegawai yang menyediakan baucer. Sesalinan Perakuan hendaklah dikembalikankepada Pegawai Pengesyor).

2. Amaun terkumpul Wang Jaminan Pelaksanaan sehingga ke tarikh ini ialah RM …………………(Untuk diisi oleh Pegawai Pengesyor).

JKR 66 (Pin. 3/1999)

………………………………………………….(Pegawai Yang Diberikuasa Memperakukan)

(Lampiran A)PERAKUAN BAYARAN INTERIM NO: …………..

Amaun-amaun yang kena di bayar kepada Subkontraktor/Pembekal Dinamakan, Penerima Hak danPegawai Penyelia di Tapakbina

JumlahRuj. Jenis Kerja atau Jumlah Bayaran Amaun yang

Bulan Harga Terdahulu diperakukan(1) (3) (4) (5) (6)

A. Subkontraktor Dinamakan

i)ii)iii)

Jumlah Kecil:

B. Pembekal Dinamakan

i)ii)iii)

Jumlah Kecil:

C. Penerima Hak

Jumlah Kecil:

D. Pegawai Penyelia

i)ii)iii)

Jumlah Kecil:

Nota :

(2) Isikan nama subkontraktor/penerima bayaran yang berkenaan.

(3) Nyatakan jenis kerja subkontraktor atau bekalan atau bulan yang berkenaan bagi kategori pegawaipenyelia. Tidak berkenaan bagi penerima hak.

(4) Isikan jumlah harga subkontraktor/jumlah yang diserahhak. Tidak berkenaan untuk kategori pegawai

penyelia.Muka 3/3

Penerima Bayaran

(2)

JKR 66 (Pin. 3/1999)

………………………………Pegawai Pengesyor

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN: MAKSUD: BUTIRAN:

TAJUK KERJA:

NAMA DAN ALAMAT KONTRAKTOR:

NO. KONTRAK:

HARGA ASAL KONTRAK: RM

JUMLAH BERSIH TAMBAHAN/POTONGAN: RM

HARGA BARU KONTRAK: RM

A. BUTIR-BUTIR BAYARAN DAN POTONGAN

1. TARIKH PENILAIAN:

2. NILAI KERJA DILAKSANAKAN DAN AMAUN-AMAUN LAIN YANG RMKENA DIBAYAR*

3. KURANGKAN Bayaran Interim yang terdahulu No: ………… RM

4. NILAI BERSIH KERJA SEMASA: RM

5. POTONGANa. Bayaran Balik Wang Pendahuluani) Amaun Terkumpul RM RMii) Amaun Terdahulu RMiii) Amaun Semasa RM

b. Akaun Deposit Wang Jaminan Pelaksanaan RM(amaun terdahulu)

c. Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan @ RM …….../hariselama ………. hari. RM

d. Potongan lain jika ada RM

Jumlah Potongan RM RM

BAYARAN DISYORKAN RM

Tarikh: …………………… ……………………………….

* Termasuk Barang Tak Pasang, Pelarasan Turun Naik Harga, Tuntutan Bayaran Tambahan yang diluluskan.

PERAKUAN BAYARAN INTERIM NO:

(Pegawai Pengesyor)

Muka 1/3

LAMPIRAN CJKR 66 (Pin. 3/1999)

KERAJAAN ……………….JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

B. PERAKUAN BAYARAN

1. Bayaran Interim

a) Kepada Kontraktor Utama RM

b) Kepada Subkontraktor/Penerima Bayaran RM(seperti di Lampiran A)

Jumlah Bayaran Interim RM RM

2. Kredit Akaun Deposit Wang Jaminan Pelaksanaan (10% dari Bayaran Disyorkan RMsehingga 5% harga kontrak)

BAYARAN DIPERAKUKAN

(Ringgit Malaysia: …………………………………………………………………………………….. )

Adalah disahkan bahawa semua peraturan kewangan dan kehendak di bawah Kontrak telah dipatuhi.

Tarikh : ……………………………..

CATATAN

1. Jumlah amaun yang dibayar di bawah Perakuan ini ialah RM ………………………(Untuk diisi oleh pegawai yang menyediakan baucer. Sesalinan Perakuan hendaklah dikembalikankepada Pegawai Pengesyor).

2. Amaun terkumpul Wang Jaminan Pelaksanaan sehingga ke tarikh ini ialah RM …………………(Untuk diisi oleh Pegawai Pengesyor).

Muka 2/3

JKR 66 (Pin. 3/1999)

………………………………………………….(Pegawai Yang Diberikuasa Memperakukan)

(Lampiran A)PERAKUAN BAYARAN INTERIM NO: …………..

Amaun-amaun yang kena di bayar kepada Subkontraktor/Pembekal Dinamakan, Penerima Hak danPegawai Penyelia di Tapakbina

JumlahRuj. Jenis Kerja atau Jumlah Bayaran Amaun yang

Bulan Harga Terdahulu diperakukan(1) (3) (4) (5) (6)

A. Subkontraktor Dinamakan

i)ii)iii)

Jumlah Kecil:

B. Pembekal Dinamakan

i)ii)iii)

Jumlah Kecil:

C. Penerima Hak

Jumlah Kecil:

D. Pegawai Penyelia

i)ii)iii)

Jumlah Kecil:

Nota :

(2) Isikan nama subkontraktor/penerima bayaran yang berkenaan.

(3) Nyatakan jenis kerja subkontraktor atau bekalan atau bulan yang berkenaan bagi kategori pegawaipenyelia. Tidak berkenaan bagi penerima hak.

(4) Isikan jumlah harga subkontraktor/jumlah yang diserahhak. Tidak berkenaan untuk kategori pegawai

penyelia.Muka 3/3

Penerima Bayaran

(2)

JKR 66 (Pin. 3/1999)

………………………………Pegawai Pengesyor

Muka surat 1/4

LAMPIRAN D JKR 203 V - Pin. 6/99

KERAJAAN …………………..

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN Kepala Perbelanjaan: …………………….

Tahun: …………………….

Pecahan Kepala: ………………………

PERAKUAN PELARASAN JUMLAH HARGA KONTRAK NO. …………. Pejabat: …..……………………………

…..……………………………

…..……………………………

Tarikh: …..……………………………

Kepada: ……………………………

……………………………

…………………………… (Kontraktor)

NO. KONTRAK:

…………………………..

KONTRAK UNTUK:

…………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………….

JUMLAH HARGA KONTRAK ASAL RM:

…………………………….

1. Menurut klausa-klausa yang berkenaan dalam Syarat-syarat Kontrak, sejumlah wang Ringgit Malaysia :

…………………………………………………………………………. (RM……………………….) sahaja adalah ditambah kepada/dipotong daripada * Jumlah Harga Kontrak seperti berikut:

1.1 Pelarasan Disebabkan Perubahan Kerja (PK) di bawah A.P. 202(e)

Jumlah (RM)

Bil. PK

Huraian

Tambahan Potongan

Jumlah

Jumlah Bersih

Arahan-arahan Pegawai Penguasa dan butir-butir perkiraan adalah dikembarkan bersama-sama ini.

Muka surat 2/4

1.2 Pelarasan-pelarasan lain di bawah A.P. 202 (f)

(Perkiraan Kenaikan Harga, Pelarasan Wang Kos Prima, dsb.)

Jumlah (RM)

Bil.

Pelarasan

Huraian

Tambahan Potongan

Jumlah

Jumlah Bersih

Butir-butir pelarasan adalah dikembarkan bersama-sama ini. 1.3 Pelarasan Jumlah Harga Kontrak.

Jumlah (RM)

Ringkasan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak

Tambahan Potongan

(i) Jumlah Bersih P.K. seperti di perenggan 1.1 di atas. (ii) Jumlah Bersih Pelarasan lain seperti di perenggan

1.2 di atas.

Jumlah

Jumlah Bersih

Muka surat 3/4

Dengan jumlah tambahan/potongan* di atas, Jumlah Harga Kontrak sehingga dan termasuk Perakuan ini adalah seperti berikut: Jumlah Harga Kontrak Asal

RM

Tambahan/Potongan* P.P.J.H.K. No. 1 hingga ….

RM

Tambahan/Potongan * P.P.J.H.K. ini

RM

Jumlah Harga Baru Kontrak

RM

2. Sila akui penerimaan Perakuan ini dan mengembalikan semua salinannya (kecuali satu salinan untuk

simpanan tuan) kepada Pegawai Penguasa setelah ditandatangani sekiranya dipersetujui oleh tuan, dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh penerimaan. Jika tuan gagal berbuat demikian, pejabat ini akan meneruskan dengan tindakan penyediaan Perakuan Muktamad.

……………………………………….. Tandatangan Pegawai Penguasa

Nama Penuh: ………………………...

Jawatan: ……………………………... s.k.: - Ketua Audit Negara

- Pengarah Bahagian …………… Ibu Pejabat JPS, Kuala Lumpur.

- Pengarah Bahagian Ukur Bahan, Ibu Pejabat JPS, Kuala Lumpur.

- Pengarah JPS Negeri ……………

- Jurutera Daerah/Projek …………

- Bank/Syarikat Insuran …………. (yang menjamin perlaksanaan projek)

* Potong yang mana tidak berkaitan

Muka surat 4/4

Pengakuan Persetujuan Kontraktor Ke atas PPJHK No. ………….. Sila akui persetujuan tuan terhadap Perakuan di atas dengan menurunkan tandatangan tuan di bawah serta disaksikan dengan sempurnanya. * Saya / Kami yang menandatangani di bawah ini mengaku iaitu * saya / kami bersetuju dengan penilaian seperti ditunjuk di atas dan menerima penyelarasan kepada Jumlah Harga Kontrak seperti tersebut. …………………………………………….. …………………………………………….. Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi

(Nama Penuh ………………………….…) (Nama Penuh ………………………….…)

No. KP ……………………………………. No. KP …………………………………….

Alamat …………………………………..

…………………………………..

…………………………………………….. Cop Kontraktor

…………………………………..

Tarikh ………………………

Tarikh ………………………

* Potong yang mana tidak berkaitan C:saidah/ao/jkr203vpin6-99/MSWord/IPC1/220700

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN: MAKSUD: BUTIRAN:

TAJUK KERJA:

NAMA DAN ALAMAT KONTRAKTOR:

NO. KONTRAK:

HARGA ASAL KONTRAK: RM

JUMLAH BERSIH TAMBAHAN/POTONGAN*: RM

HARGA MUKTAMAD KONTRAK: RM

A. BUTIR-BUTIR JUMLAH POTONGAN/KURANGAN:

1. Bayaran Interim terdahulu No. 1 hingga ………….. RM2. Bayaran Wang Pendahuluan RM3. Potongan lain jika ada RM RM

BAYARAN MUKTAMAD DI BAWAH KONTRAK RM

Tarikh : ……………………….

B. Saya dengan ini memperakukan bayaran muktamad di bawah ini berjumlah Ringgit Malaysia: ……………………………

………………………………………………………………………………………………………….. (RM …………………. )menunjukkan baki muktamad di bawah Kontrak adalah patut dan kena dibayar oleh Kerajaan seperti berikut:

1. Kontraktor Utama

(i) Nilai kerja dan amaun-amaun lain RM(ii) Pelepasan Deposit Wang Jaminan Pelaksanaan RM RM

(jika belum dilepaskan)

2. Kepada Subkontraktor/Penerima Bayaran seperti di Lampiran A RM

3. Kredit Hasil bagi Gantirugi Tertentu Dan Ditetapkan@ RM ………………….. selama …………… hari RM

JUMLAH BAYARAN MUKTAMAD RM

Akuan Statutori atau Perakuan yang ditandatangani oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah Buruh yang dikehendaki di bawah Fasal…………… Syarat-syarat Kontrak telah dikemukakan oleh Kontraktor.

Tarikh : ……………………….

* Tambahan/Potongan yang telah diluluskan seperti Penyata Pelarasan Harga Kontrak.

(Pegawai Pengesyor)………………………………

………………………………….(Pegawai Penguasa)

Muka 1/4

PERAKUAN AKAUN DAN BAYARAN MUKTAMAD

LAMPIRAN EJKR 66A (Pin. 2/1999)

KERAJAAN ……………….JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

C. PENGAKUAN PERSETUJUAN KONTRAKTOR KE ATASPERAKUAN AKAUN DAN BAYARAN MUKTAMAD

(Kontraktor dikehendaki menurunkan tandatangan dan mengembalikan dokumen ini dalam tempoh tiga puluh (30) hari daritarikh penerimaan jika Perakuan Akaun dan Bayaran Muktamad ini dipersetujui. Jika Kontraktor gagal berbuat demikian,pejabat ini akan meneruskan dengan bayaran muktamad.)

Saya/Kami yang bertandatangan di bawah ini mengaku penerimaan Perakuan Akaun dan Bayaran Muktamad di atas dan setelahmeneliti butir-butir terkandung di dalamnya, bersetuju dengan Bayaran Muktamad Diperakukan dan mengaku Saya/Kami tidakada tuntutan lanjut di bawah Kontrak ini.

……………………………………………………. …………………………………………………….Tandatangan Kontraktor Tandatangan saksi

Nama Penuh: ……………………………………………… Nama Penuh: ………………………………………..

No. K.P.: ………………………………………………….. No. K.P.: …………………………………………….

Alamat: ………………………………………………

……………………………………………….

Cop Kontraktor: …………………………………………….. ……………………………………………….

Tarikh: …………………………………………………….. Tarikh: ……………………………………………….

Muka 2/4

JKR 66A (Pin. 2/1999)

(Lampiran A)

PERAKUAN AKAUN DAN BAYARAN MUKTAMAD

Amaun-amaun yang kena di bayar kepada Subkontraktor/Pembekal Dinamakan, Penerima Hak danPegawai Penyelia di Tapakbina.

JumlahRuj. Jenis Kerja atau Jumlah Bayaran Amaun yang

Bulan Harga Terdahulu diperakukan(1) (3) (4) (5) (6)

A. Subkontraktor Dinamakan

i)ii)iii)

Jumlah Kecil:

B. Pembekal Dinamakan

i)ii)iii)

Jumlah Kecil:

C. Penerima Hak

Jumlah Kecil:

D. Pegawai Penyelia

i)ii)iii)

Jumlah Kecil:

Nota :

(2) Isikan nama subkontraktor/penerima bayaran yang berkenaan.

(3) Nyatakan jenis kerja subkontraktor atau bekalan atau bulan yang berkenaan bagi kategori pegawaipenyelia. Tidak berkenaan bagi penerima hak.

(4) Isikan jumlah harga subkontraktor/jumlah yang diserahhak. Tidak berkenaan untuk kategori pegawaipenyelia.

JKR 66A (Pin. 2/1999)

………………………….Pegawai Pengesyor

Muka 3/4

Penerima Bayaran

(2)

TAJUK KERJA:

NO. KONTRAK:

KONTRAKTOR:

HARGA ASAL KONTRAK:

PPK NO. POTONGAN TAMBAHAN

JUMLAH

JUMLAH BERSIH

Tarikh: …………………………..

* PPK - Perakuan Perubahan Kerja

………………………………(Pegawai Penguasa)

Muka 4/4

JKR 66A (Pin.2/1999)

PENYATA PELARASAN HARGA KONTRAK

BUTIRAN KERJA