ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga

Upload: abc

Post on 06-Jul-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Ibu Bapa Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Sesebuah Keluarga

    1/5

    Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah

    keluarga. Sebagai anak, seseorang itu memerlukan bantuan

    dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan

    yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa

    daripada ibu bapa, anak-anak mampu mencipta kejayaan yang

    cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai

    tanggungjawab yang amat besar terhadap anak-anak dan

    rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anak-

    anak, anak-anak pasti berasa dirinya terabai dan mereka akan

    melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial yang tidak baik.

    Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah bertanggungjawab

    dan memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.

    Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh

    ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang

    cemerlang dalam pelajaran?

    Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk

    membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang

    ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina

    dalam situasi yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan

    dan kebahagiaan rumah tangga ialah sikap saling memahami,

    berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi.

    Keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-

    anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian

    kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-

    anak daripada masalah keluarga seperti pertengkaran antara

    ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah. Perpecahan

    keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran

  • 8/17/2019 Ibu Bapa Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Sesebuah Keluarga

    2/5

    anak-anak. Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam

    mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak

    dapat menganggap “rumahku syurgaku”. Anak-anak sudah

    pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa gangguan

    dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira

    tanpa ada tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa

    bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam

    suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi

    mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

    Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab

    mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan

    rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya

    memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan

    masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak

    lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala

    tindakan atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai

    dan identiti yang hampir sama. Anak-anak lebih mempercayai

    dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar

    untuk membezakan antara perkara baik dengan perkara yang

    buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan yang

    bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap rokok,

    mereka juga akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang

    minat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah

    mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka

    dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-

    anak mereka pada setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak

    lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat

  • 8/17/2019 Ibu Bapa Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Sesebuah Keluarga

    3/5

    sebelum habis kerana anak-anak dapat diselamatkan dan

    boleh memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan dalam

    pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi

    perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya

    bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran.

    Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan

    yang lengkap untuk anak-anak belajar supaya anak-anak boleh

    memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu bapa perlu

    memberi motivasi dan galakan terhadap anak-anak untuk

    belajar. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah menjadi contoh teladan

    yang baik terhadap anak-anak kerana anak-anak akan

    mencontohi kelakuan ibu bapa mereka bak kata pepatah,

    bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah

    menitikberatkan pelajaran anak-anak dengan menghantar

    anak-anak ke kelas tambahan atau tuisyen serta menyediakan

    buku-buku rujukan yang lengkap untuk memudahkan anak-

    anak mengulang kaji pelajaran di rumah. Selain itu, ibu bapa

     juga perlulah menyediakan bilik yang sesuai dan selesa untuk

    kemudahan anak-anak belajar. Ibu bapa perlulah

    menggalakkan anak-anak membaca untuk mencapai

    kecemerlangan dalam pelajaran. Oleh itu, ibu bapa hendaklah

    membawa anak-anak ke pameran buku, ke kedai buku atau ke

    perpustakaan. Langkah ini penting kerana secara tidak

    langsung anak-anak telah ditanamkan dengan sikap suka

    membaca. Situasi ini boleh menimbulkan persaingan dalam diri

    anak-anak untuk membaca buku-buku tersebut. Natijahnya,

    anak-anak akan mempunyai kesedaran dan keinsafan betapa

  • 8/17/2019 Ibu Bapa Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Sesebuah Keluarga

    4/5

  • 8/17/2019 Ibu Bapa Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Sesebuah Keluarga

    5/5

    memberikan tumpuan untuk mencapai kecemerlangan dalam

    pelajaran.

    Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa

    ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membantu

    anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam

    pelajaran. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap

    masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya

    ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan

    anak-anak, anak-anak pasti sukar untuk mencapai kejayaan

    dan kemungkinan mereka terjebak dalam masalah sosial

    sehingga sukar untuk diselamatkan. Tegasnya, ibu bapa

    memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa

    depan anak-anak khususnya untuk mencapai kejayaan dan

    kecemerlangan dalam pelajaran.