ibadat t4

21
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 1 ------------------------------------------------------------------------- IBADAT TINGKATAN 4 FALSAFAH HAJI DAN UMRAH 1 HIKMAT DAN FAEDAH HAJI 1.1 Terangkan hikmat ibadat haji pada individu - Dapat menghapuskan dosa kecil - Membersihkan jiwa daripada maksiat - Dapat meningkatkan iman - Dapat membaharui ikrar keimanan kepada Allah - Melahirkan kesyukuran dengan nikmat harta dan kesihatan - Mengingati kecemerlangan tamadun Islam. 1.2 Terangkan hikmat ibadat haji pada masyarakat -Dapat berkenalan sesama umat Islam -Dapat membantu mempertingkatkan ekonomi umat Islam -Dapat mengadakan perbincangan mengenai permuslihatan umat -Dapat membentuk pakatan bersama menghadapai musuh Islam -Dapat meneguhkan hubungan persaudaraan umat Islam -Dapat menyatupadukan umat Islam seluruh dunia 1.3 Terangkan hikmat ibadat haji pada segi ekonomi -Di saamping mengerjakan haji, kita dapat berpeluang berniaga barang-barang dari negara masing-masing, ini akan dapat menambahkan pendapatan umat Islam -Pergi menunaikan ibadat haji dapat berpeluang mengadakan perbincangan untuk mencari jalan bagi membantu tingkatkan taraf hidup negara miskin -Dapat tingkatkan ekonomi negara Islam 1.3 Jelaskan hujah-hujah membuktikan bahawa ibadat haji dapat menguji kesabaran seseorang -Sabar mengumpul wang untuk perbelanjaan pergi menunaikan ibadat haji -Sabar meninggalkan keluarga tersayang untuk pergi menunaikan ibadat haji -Sabar kesusahan ketika mengerjakan wukuf di Padang Arafah -Sabar kesusahan ketika mengerjakan tawaf sebanyak 7 kali mengelilingi kaabah -Sabar menghadapi kepayahan ketika di Mina 1.5 Terangkan bukti bahawa ibadat haji lambang perpaduan umat Islam -Semasa mengerjakan ibadat haji kita dapat berkenalan dan berhubung mesra dengan jemaah haji yang datang dari negara negara la -Semasa mengerjakan haji kita dapat bekerja sama dan tolong menolong antara satu sama lain -Pemimpin negara ambil kesempatan untuk mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh negara-negara Islam dunia -Melalui pakaian ihram, pengucapan dan perbuatan yang samaakan menjalinkan kemesraan di kalangan jemaah haji. 2 KONSEP HAJI DAN UMRAH SERTA DALILNYA 2.1 Terangkan pengertian Haji Pada bahasa ialah kunjung Pada istilah syarak ialah Mengunjung Baitulllah al-Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadat tertentu, masa tertentu mengikut syarat tertentu 2.2 Terangkan pengertian Umrah Pada bahasa ialah ziarah Pada syarak ialah

Upload: azahbasil

Post on 11-Jun-2015

2.893 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 1 -------------------------------------------------------------------------

IBADAT TINGKATAN 4

FALSAFAH HAJI DAN UMRAH

1 HIKMAT DAN FAEDAH HAJI1.1 Terangkan hikmat ibadat haji pada individu

- Dapat menghapuskan dosa kecil- Membersihkan jiwa daripada maksiat- Dapat meningkatkan iman- Dapat membaharui ikrar keimanan kepada Allah- Melahirkan kesyukuran dengan nikmat harta dan kesihatan- Mengingati kecemerlangan tamadun Islam.

1.2 Terangkan hikmat ibadat haji pada masyarakat-Dapat berkenalan sesama umat Islam-Dapat membantu mempertingkatkan ekonomi umat Islam-Dapat mengadakan perbincangan mengenai permuslihatan umat -Dapat membentuk pakatan bersama menghadapai musuh Islam-Dapat meneguhkan hubungan persaudaraan umat Islam-Dapat menyatupadukan umat Islam seluruh dunia

1.3 Terangkan hikmat ibadat haji pada segi ekonomi-Di saamping mengerjakan haji, kita dapat berpeluang berniaga barang-barang dari negara

masing-masing, ini akan dapat menambahkan pendapatan umat Islam-Pergi menunaikan ibadat haji dapat berpeluang mengadakan perbincangan untuk mencari

jalan bagi membantu tingkatkan taraf hidup negara miskin-Dapat tingkatkan ekonomi negara Islam

1.3 Jelaskan hujah-hujah membuktikan bahawa ibadat haji dapat menguji kesabaran seseorang-Sabar mengumpul wang untuk perbelanjaan pergi menunaikan ibadat haji-Sabar meninggalkan keluarga tersayang untuk pergi menunaikan ibadat haji-Sabar kesusahan ketika mengerjakan wukuf di Padang Arafah -Sabar kesusahan ketika mengerjakan tawaf sebanyak 7 kali mengelilingi kaabah-Sabar menghadapi kepayahan ketika di Mina

1.5 Terangkan bukti bahawa ibadat haji lambang perpaduan umat Islam-Semasa mengerjakan ibadat haji kita dapat berkenalan dan berhubung mesra dengan

jemaah haji yang datang dari negara negara la-Semasa mengerjakan haji kita dapat bekerja sama dan tolong menolong antara satu

sama lain-Pemimpin negara ambil kesempatan untuk mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan

masalah-masalah yang dihadapi oleh negara-negara Islam dunia-Melalui pakaian ihram, pengucapan dan perbuatan yang samaakan menjalinkan kemesraan

di kalangan jemaah haji.

2 KONSEP HAJI DAN UMRAH SERTA DALILNYA

2.1 Terangkan pengertian HajiPada bahasa ialah kunjungPada istilah syarak ialahMengunjung Baitulllah al-Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadat tertentu, masa tertentu mengikut syarat tertentu

Page 2: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 2 -------------------------------------------------------------------------

2.2 Terangkan pengertian UmrahPada bahasa ialah ziarahPada syarak ialah

-Menziarahi Baitullah Al-Haram untuk mengerjakan ibadat tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat tertentu

2,3 Nyatakan hukum haji dan umrah-Wajib ditunaikan sekali seumur hidup-Kewajiban ke atas umat Islam yang -

2.4 Berikan dalil wajib haji

ل�ل�ه� ج� الن�اس� ع�ل�ى و� ت�ط�اع� م�ن� ال�ب�ي�ت� ح� �ل�ي�ه� اس� ب�يال إ س� Maksudnya

Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya..

2.5 Berikan dalil wajib umrah

�ت�م�وا أ ج� و� ة� ال�ح� ر� ال�ع$م� ل�ل�ه� و�MaksudnyaDan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah;

2.6 Terangkan persiapan mengerjakan haji- Berazam dari usia muda untuk pergi menunaikan haji- Berkerja keras untuk tingkatkan pendapatan- Berjimat cermat dan menyimpan wang

3. CARA MENYEMPURNAKAN IBADAT HAJI DAN UMRAH

3.1 Nyatakan syarat wajib Haji dan Umrah-Islam tidak wajib orang kafir tunai haji-Berakal tidak wajib orang gila tunai haji-Baligh tidak wajib kanak-kanak tunai haji-Merdeka tidak wajib hamba tunai haji-Berkuasa (Istataah) tidak wajib jika tidak mencukupi belanja atau tidak sihat tubuh badan

3.2 Jelaskan maksud berkuasa atau Istataah atau kemampuan- Sihat tubuh badan-Mampu menyediakan perbelanjaan untuk tambang pergi dan balik serta saraan diri dan

keluarga ditinggalkan-Mempunyai kenderaan yang selamat pergi dan balik-Selamat perjalanan pergi dan balik -Ada kesempatan masa untuk mengerjakan haji-Bagi wanita hendaklah diiringi oleh suami atau muhramnya atau dua orang perempuan

yang dipercayai.

3.3 Terangkan sebab-ebab wanita hendaklah diiringi oleh suami atau muhramnya

-Hendak elak fitnah -Hendak jaga keselamatan diri-Hendak memelihara maruah

Page 3: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 3 -------------------------------------------------------------------------

4 PERKARA RUKUN HAJI

4.1 Nyatakan rukun haji- Nat Ihram mengerjakan haji - Wukuf di Arafah - Tawaf di Baitullah - Saie iaitu berulang alik di antara bukit Sofa dan Marwah- Bercukur atau bergunting rambut sekurang-kurangnya sebahagian dari tiga helaian rambut.-Tertib

4.2 Nyatakan rukun umrahniat mengerjakan umrahTawaf SaieBercukurTertib

5. RUKUN HAJI5,1 Terangkan kepentingan rukun haji dan kesan jika tidak melakukan rukun haji

-Rukun haji adalah amalan yang wajib dilakukan jika tertinggal semuanya atau salah satu daripada rukunnya hajinya tidak sah. Wajib mengqadha pada tahun hadapannya.

-5.2 Nyatakan niiat haji

ت$ يـ� و� رم�ت$ الحج� نـ� عا�لى� للـه� ب�ه� وا�ح� تـ��Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah

5.3 Nyatakan niat umrah

و ت$نـ� ة� �يـ� ـر� رم�ت$ الـعـم� ـا وا�ح� عا�لى� للـه� ب�ه� تـ��Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah

6, WUKUF DI ARAFAH6.1 Jelaskan pengertuan wukuf

ialah berada di sana walaupun sekejap dalam masa gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah

6.2 Nyatakan sunat di amal ketika wukuf - Membanyakkan zikir, tahmid, tasbih, talbiah- Membaca al-Quran- Berdoa

6.3 Nyatakan hikmat-hikmat Wukuf-Mengingatkan semula tempat pertemuan nabi Adam as dengan Hawa setelah mereka berpisah.-Menimbul keinsafan kepada jemaah haji bahawa manusia sama di sisi Allah.-Supaya manusia lebih bersabar menghadapi keadaan cuaca yang panas di suatu kawasan yang tandus dengan hanya berlindung dibawah khemah-Supaya manusia dapat merasa seolah-olah berada di Padang Mahsyar -Menghilangkan sifat sombong, dengki, riak dan merasa dirinya sebagai hamba Allah yang lemah

Page 4: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 4 -------------------------------------------------------------------------

7. TAWAF7.1 Terangkan pengertian

ialah mengeliling kaabah sebanyak tujuk kali dengan syarat-syaratnya sekali

7.2 Jelaskan jenis-Jenis Tawaf -Tawaf Qudum iaitu tawaf selamat datang hukumnya sunat-Tawaf Sunat iaitu tawaf ketika menziarahi masjidil Haram hukumnya sunat-Tawaf rukun atau ifadah iaitu tawaf yang dilakukan dalam ibadat haji atau Umrah

hukumnya wajib-Tawaf widak -iaitu tawaf selamat tinggal bagi jemaah haji atau umrah yang hendak

meninggalkan kota Mekah hukumnya wajib-Tawaf nazar iaitu tawaf yang ditunaikan kerana sesuatu nazar hukumnya wajib

7.3 Terangkan syarat Tawaf -Hendaklah suci daripada najis, hadas pada badan dan pakaian-Menutup aurat-Bermula pada garisan yang bersetentang dengan hajaral Aswad-Bermula dengan niat kecuali tawaf rukun-Berjalan ke arah hadapan dan bahu kiri sentiasa menghadap Kaabah-Mencukupi tujuh kali pusingan-Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di Luar Kaabah

7.4 Jelaskan sunat-sunat Tawaf-Beristilam atau berjabat ke Hajar Aswad kemudian mengucup tapak tangan apabila sampai

bertentangannya-Melakukan berturut-turut tujuh pusingan tanpa berhenti-Melakukan solat sunat dua rakaat setelah selesai tawaf dan berdoa

7.5 Terangkan hikmat-hikmat Tawaf- Supaya manusia menyedari akan keagungan dan kekuasaan Allah swt- Supaya mereka dapat mengingati kembali usaha-usaha yang telah dilakukan oleh

Nabi Ibrahim as bersama anaknya Nabi Ismail as ketika membina Kaabah- Dapat memperkukuh keimanan kepada Allah- Dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah di dalam diri manusia

8. SAIE8.1 Terangkan pengertian

ialah berulang alik di antara bukit Sofa dan Bukit Maruah sebanyak tujuh kali dengan syarat-syarat tertentu.

8.2 Nyatakan syarat-syarat Saie-Hendaklah dilakukan selepas tawaf rukun atau selepas tawaf qudum-Bermula dari Bukit Sofa dan berakhir di Bukit Marwah-Mencukupi tujuh kali -Hendaklah sampai ke kedua-dua bukit tersebut-Dikerjakan di Batnul Wadi iaitu ditempat yang telah ditentukanHendaklah niat saie kerana Allah di bukit Sofa

8.3 Nyatakan sunat-sunat Saie-Mendaki pada kedua-dua bukit tersebut apabila setiap kali sampai ke sana-Berlari-lari anak di antara kedua-dua bukit- Keluar mengikut pintu Bukit Sofa apabila sudah selesai saei

8.4 Jelaskan hikmat-hikmat Saie-Mengingati kembali kisah Siti Hajar yang telah berlari ke sana ke mari untuk mendapatkan

Page 5: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 5 -------------------------------------------------------------------------

air minuman untuk anaknya Nabi Ismail as yang masih kecil-Mengukuh keimanan seseorang kepada Allah kerana menjalankan perintah Allah-Mengerjakan Ibadat saei melambangkan syiar agama Islam-Mendidik umat Islam supaya sabar dan tabah dalam melakukan pekerjaan.

9. BERCUKUR9.1 Terangkan pengertian bercukur

ialah menghilangkan rambut (membotakkan kepala) sekurang-kurangnya sebahagian dari tiga helai rambut.

9.2 Nyatakan syarat bercukur-Ditunaikan selepas melontar pada hari ke 10 Zulhijjah-Bercukur untuk diri sendiri dahulu kemudian barulah bercukur untuk orang lain

9.3 Jelaskan sunat- sunat bercukur-Bercukur semua bahagian kepada bagi lelaki-Membaca doa selepas bercukur kepada

9.4 Terangkan hikmat-hikmat- Sebagai simbul membuang sifat keji yang terdapat pada diri sendiri-Supaya berada dalam keadaan yang bersih zahir dan batin-Supaya dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak baik

10 TERTIB10.1 Terangkan maksud tertib

Rukun haji hendaklah disempurnakan mengikut susunan dengan mendahulukan niat ihram daripada rukun-rukun yang lain.

10.1 Jelaskan hikmat tertib- Melatih umat Islam supaya berdisiplin dalam segala pekerjaan.

11 SUNAT HAJI11.1 Perkara sunat haji

-Mandi sunat sebelum memakai pakaian ihram-Suci daripada hadas -Membanyakkan membaca al-Quran dan- berzikir-Menyentuh Hajar Aswad dengan tapak tangan dan mengucupnya-Membanyakkan bacaan talbiah-Mengerjakan tawaf qudum-Berdoa ketika bercukur-Membotakkan kepada bagi lelaki-Mengerjakan haji ifrad-Melakukan solat sunat-Berturut-turut 7 pusingan melakukan tawaf-

11.2 Terangkan kesan melakukan sunat haji- Menambahkan pahala’- Menampung kekurangan dalam ibadat haji

12 PERKARA WAJIB HAJI DAN UMRAH12.1 Jelaskan Wajib Haji

Page 6: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 6 -------------------------------------------------------------------------

-Niat Ihram mengerjakan haji di miqat-Bermalam di Muzdalifah -Melontar di Jamrah Aqbah pada 10 Zulhijjah -Bermalam di Mina pada 10, 11, 12 Zulhijjah -Melontar ke tiga-tiga Jamrah pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah -Meninggalkan perkara perkara yang di larang ketika ihram

12.2 Terangkan kepentingan mengerjakan wajib haji dan kesan jika tidak mengerjakan wajib haji Wajib haji adalah amalan yang wajib dilakukan oleh setiap jemaah haji, jika tertinggal semuanya atau salah satu daripadanya hajinya sah tetapi dikenakan dam .

12.3 Jelaskan wajib umrah- Niat mengerjakan umrah di miqat - Meninggalkan segala larangan semasa ihram

13 MIQAT13.1 Terangkan pengertian

- Pada bahasa ialah sempadan- Pada istilah ialah sempadan masa dan tempat bagi memulakan niat haji dan umrah

13.2 Nyatakan jenis-jenis- Miqat zamani sempadan masa bagi mengerjakan haji atau umrah iaitu masa haji dari 1 syawal hingga 10 Zulhijjah (70 hari) Bagi Umrah ialah bila-bila sahaja iaitu sepanjang tahun .

-Miqat makani iaitu sempadan tempat bagi mengerjakan haji atau umrah contohnya Zulhulaifah bagi jemaah haji dari Madinah

13.3 Nyatakan nama tempat - Miqat Makani-Zulhulaifah / Bir Ali - Jemaah Haji yang datang dari arah Madinah (Haji Malaysia yang pergi

ke Madinah dahulu)-Yalamlam - Jemaah Haji yang datang dari arah Asia dengan kapal laut Juhfah - Jemaah haji

datang dari arah Syam, Mesir dan Maghribi-Qarnul Manazil - Jemaah haji datang dari arah Kuwait, Najd, Yaman dan Jamaah haji

Malaysia menaiki kapal terbang-Zatul irqin - Jemaah haji dari arah Iraq-Kediaman sendiri - penduduk Mekah - jemaah haji Malaysia yang telah ada di tanah Mekah.-Tanaim, Jaaranah dan Hudaibiah - miqat umrah bagi penduduk Mekah

13.4 Jelaskan hikmat-hikmat di adakan miqat- Supaya manusia mudah memulakan ibadat Haji atau Umrah kerana setiap pekerjaan itu ada tempat permulaannya

Page 7: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 7 -------------------------------------------------------------------------

-Memudahkan jemaah Haji menyusun jadual untuk memulakan ibadat Haji-Supaya jemaah Haji tidak terkeliru ketika memulakan niat Haji atau Umrah dan dapat melakukan ibadat Haji dengan tertib

14 BERMALAM DI MUZDALIFAH14.1 Nyatakan maksud bermalam di Muzdalifah

ialah berada di sana memadai lalu sahaja walaupun sekejap dalam masa selepas tengah malam 10 Zulhijjah sehingga terbit fajar selepas wukuf.

14.2 Nyatakan amalan-amalan sunat ketika bermalam di Muzdalifah - Mengutip anak batu sebanyak 70 biji untuk ibadat melontar- Berada di sana sehingga naik fajar.

15 MELONTAR DI JAMRAH AQABAH

15.1 Nyatakan masa melontar di Jamrah AqabahMasa melontar di Jamrah Aqabah ialah selepas tengah malam pada 10 Zulhijjah sehingga berlanjutan sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah. Waktu afdal melontar di jamrah Aqabah ialah pada pagi 10 Zulhijjah.

16 BERMALAM DI MINA16.1 Nyatakan masa bermalam di Mina

Ialah berada di sana sekurang-kurangnya separuh pada malam-malam 11, 12, 13 Zulhijjah

16.2 Amalan sunat ketika bermalam di Mina- Berzikir- Berdoa,- Membaca Al-Quran

17 MELONTAR DI KETIGA-TIGA JAMRAH

17.1 Nyatakan masaIalah melontar ketiga-tiga jamrah iaitu di Jamrah Ula, Wusta dan Aqabah Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah selepas gelincir matahari hari tersebut sehingga terbit fajar

17.2 Jelaskan cara-cara Melontar dijamrah- Melontar di Jamrah Ula, Wusta dan Aqabah - Dengan anak batu 7 biji pada tiap-tiap jamrah- Dengan cara tertentu- Niat kerana Allah- Pada masa tertentu 11,12, dan 13 Zulhijjah

17.3 Terangkan hikmat-hiikmat-Mengingat kembali sejarah Nabi Ibrahim as yang melakukan ibadat ini yang bertujuan mengusir syaitan yang mengganggu ibadat Haji

Page 8: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 8 -------------------------------------------------------------------------

-Memperkuatkan dan memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan di dalam diri manusia -Untuk memupuk sifat sabar dan jihad .-Menghindar musuh-musuh Allah swt daripada mengganggu umat Islam ketika mengerjakan ibadat Haji

18 PERKARA LARANGAN MASA HAJI DAN UMRAH18.1 Nyatakan perkara-perkara larangan masa haji

-Menutup kepala bagi lelaki-Menutup muka dan bersarung tangan bagi wanita-Memakai pakaian yang berjahit bagi lelaki-Menggunakan bau-bauan pada badan dan pakaian -Memakai minyak pada rambut dan janggut-Menanggalkan bulu pada badan, -memotong kuku-Memburu binatang yang halal di makan-bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat-Melakukan persetubuhan-Berakad nikah walaupun sebagai wakil nikah-Menebang pokok di tanah Haram

18.2 Jelaskan hikmat-hikmat diadakan perkara larangan-Menunjukkan manusia itu sama sahaja di sisi Allah-Untuk menguji keimanan dan kesabaran manusia dalam melakukan ibadat kepada Allah-Supaya seseorang itu lupa kepada perkara keduniaan ketika beribadat kepada Allah-Supaya jemaah Haji dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadat haji-Memberi perhatian kepada jemaah haji supaya menghargai makhluk lain-Melatih umat Islam supaya berdisiplin

19 DAM19..1 Terangkan pengertian dam

Pada bahasa ialah darahPada istilah - Ialah denda yang dikenakan ke atas jemaah haji kerana melakukan kesalahan semasa mengerjakan haji dan umrah seperti meninggalkan salah satu daripada perkara wajib haji

19.2 Nyatakan jenis-jenis dam dan konsepnya Dam Tertib -iaitu dam yang dibayar mengikut susunan Dam Takdil - iaitu dam yang dibolehkan membayar mengikut nilaian harga damDam Takdir - iaitu dam yang dibayar mengikut qadar yang ditentukan mengikut kemampuanDam Takhyir

- Iaitu dam yang dibolehkan memilih mana-mana jenis dam yang ditetapkan oleh syarak

20 DAM TERTIB DAN TAKDIR 20.1 Nyatakan kesalahan dab jesalahan yang dikenakan dam ini ialah

Page 9: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 9 -------------------------------------------------------------------------

- Mengerjakan haji Tamattuk atau haji Qiran- Meninggalkan perkara wajib haji- Tidak mengerjakan tawaf Widak- Meninggalkan Wukuf di Padang Arafah- Meninggalkan perkara sunat yang dinazarkan

20.2 Dam yang diwajib ke atas kesalahan di atas ialah- Menyembelih seekor kambing- Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa selama sepuluh hari, tiga hari semasa mengerjakan haji dan tujuh hari di tempat sendiri

21 DAM TERTIB DAN TAKDIL21.1 Nyatakan kesalahan-kesalahan yang dikenakan dam jenis ini

Melakukan persetubuhan sebelum melakukan tahalul awal

21.2 Nyatakan dam yang diwajib ke atas kesalahan tersebut-Menyembelih seekor unta, jika tidak mampu-Menyembelih seekor lembu, jika tidak mampu -Menyembelih tujuh ekor kambing, jika tidak mampu-Bersedekah makanan mengikut nilai seekor unta, jika tidak mampu-Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta

22 DAM TAKHYIR DAN TAKDIL22.1 Nyatakan kesalahan-kesalahan yang dikenakan dam jenis ini

- Berburu binatang buruan - Menebang, mengerat, mencabut atau memusnahkan pokok di tanah Haram Makkah

22.2 Nyatakan dam yang diwajib ke atas kesalahan tersebut- Menyembelih binatang yang boleh di buat korban seperti kambing- Bersedekah makanan mengikut nilai harga seekor kambing- Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan harga kambing tersebut

23 DAM TAKHYIR DAN TAKDIR 23.1 Nyatakan kesalahan-kesalahan yang dikenakan dam jenis ini

- Menggugurkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut- Memotong kuku- Memakai pakaian yang dilarang semasa ihram- Memakai minyak rambut- Memakai bau-bauan - bercumbu-cumbuan- Bersetubuh selepas tahalul awal sebelum tahalul thani

Bersetubuh untuk kali yang kedua selepas jimak yang merosakkan haji23.2 Nyatakan dam yang diwajib ke atas kesalahan tersebut

- Menyembelih seekor kambing atau- Bersedekah kepada enam fakir miskin dengan setiap seorang dua cupak atau - Berpuasa selama tiga hari

23.3 Jelaskan hikmat-hikmat diadakan dam- Supaya sentiasa bertanggungjawab terhadap segbala kekurangan dalam ibadat - Supaya jemaah haji menjaga disiplin semasa menunaikan ibadat haji

Page 10: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 10 -------------------------------------------------------------------------

- Supaya jemaah haji mereka sentiasa berwaspada daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa berihram haji atau umrah- Supaya jemaah haji dapat menumpukan perhatian sepenuh terhadap amalan-amalan yang dilakukan - Supaya jemaah haji dapat menunaikan haji dengan teratur.- Untuk menguji kesabaran dan ketabahan jemaah haji - Supaya orang Islam memahami bahawa setiap kesalahan ada hukumnya

24 JENIS-JENIS HAJI 24.1 Jelaskan jenis-jenis haji

- Haji Ifrad- Haji Tamattuk - Haji Qiran

25 HAJI IFRAD25.1 Terangkan pengertian haji Ifrad

ialah mengerjakan ibadat haji dan umrah ecara berasingan samada mengerjakan haji dahulu dan kemudian mengerjakan umrah atau mengerjakan umrah sebelum tiba bulan haji kemudian barulah mengerjakan ibadat bila tiba bulan haji

25.2 Terangkan kelebihan-kelebihan dan masalah−Lebih afdal dari cara-cara lain−Tidak dikenakan bayaran dam−Lebih besar pahala−Mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan ibadat tersebut−Memerlukan kesabaran yang lebih

26 HAJI TAMATTUK 26.1 Jelaskan pengertian Tamattuk

Mengerjakan umrah dan haji berasingan tetapi kedua-duanya dikerjakan dalam bulan haji iaitu mengerjakan umrah terlebih dahulu kemudian barulah mengerjakan haji dalam bulan haji

26.2 Terangkan kelebihan-kelebihan dan masalah haji tamattuk- Pendek masa memberi kemudahan kepada jemaah haji yang uzur - Dikenakan bayaran dam- Kurang fadhilat

27 HAJI QIRAN27.1 Terangkan pengertian haji Qiran ialah berniat mengerjakan haji dan

umrah serentak dalam bulan haji

27.2 Nyatakan kelebihan dan masalah- Masa ibadat ini pendek - Dikenakan bayaran dam- Kurang fadhilat dari cara-cara lain

28 SEMBELIHAN

28.1 Terangkan pengertian sembelihanIalah menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memotong urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.

Page 11: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 11 -------------------------------------------------------------------------

28.2 Nyatakan dalil wajib sembelihan

Dan makanan orang ahli Kitab halal bagi kamu dan makan kamu halal bagi mereka.

28.3 Nyatakan hukum sembelihan Wajib

2 8.4 Nyatakan rukun sembelihan- Penyembelih - Binatang sembelihan - Alat sembelih -

28.5 Nyatakan syarat sah sembelihan- Penyembelih

- orang Islam atau ahli Kitab - Tidak dilakukan semasa dalam ihram haji atau umrah

- Binatang sembelihan - Halal dimakan

- Binatang itu masih hidup - Putuskan urat halkum (makan) dan urat merih (pernafasan)

- Mati dengan sekali sembelihan

- Alat sembelihan - Benda yang tajam selain kuku, gigi, tulang, rambut dan tali.

- Niat s embelih kerana Allah

28.6 Terangkan sunat- sunat sembelihan- Membaca bismillah dan bertakbir- Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad saw- Menggunakan alat sembelih yang paling tajam- Binatang yang hendak disembelih hendaklah dihadapkan ke arah kiblat- Putus urat merih dikiri dan kanan supaya cepat mati- Sembelih disiang hari

28.8 Nyatakan makruh sembelihan- Menggunakan alat sembelih yabg tumpul - Menampakkan alat semelihan kepada binatang yang hendak disembelihan.- Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang- Tidak membaca bismillah

Page 12: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 12 -------------------------------------------------------------------------

- Menghadapkan binatang yang disembelih ke arah selain dari kiblat- Menyembelih dihadapan binatang lain yang hendak disembelih

28..9 Jelaskan hikmat-hikmat- Untuk mematikan dengan cara yang cepat dan selamat- Memastikan daging yang dimakan itu halal dan bersih- Untuk mengeluarkan darah binatang yang mempunyai kuman-kuman penyakit yang

membawa penyakit- Sembelihan adalah sebagai tanda penghormatan terhadap makhluk -makhluk Allah swt- Untuk menjaga akidah orang-orang Islam- Mermbezakan antara makanan yang halal dengan yang haram- Daging yang tidak disebelih mudah reput dan busuk

29 KORBAN

29.1 Jelaskan pengertian korbanMenyembelih ternakan tertentu (al-Anam) pada hari raya haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) kerana beribadat kepada Allah

29.2 Nyatakan dalil

- Oleh itu kerjakan solat kerana tuhanmu semata-mata dan sembelihlah kurban (sebagai tanda bersyukur)

-29.3 Nyatakan hukum korban

- Sunnat muakkad bagi yang mampu- Fardu kifayah bagi sesebuah keluarga- Wajib dilakukan jika bernazar

29.4 Terangkan syarat-syarat- Hendaklah binatang ternakan tertentu - Tidak kecacatan - Binatang itu cukup umur- Niat korban kerana Allah- Sembelih dalam waktunya- Penyembelih orang Islam

29.5 Nyatakan binatang-binatang ternakan tertentu untuk korban- Kambing, Kibas dan biri-biri- Lembu , kerbauUnta

29.6 Nyatakan maksud cukup Umur bagi binatang korban- Biri/kibas berumur satu tahun lebih- kambing berumur dua tahun lebih- Lembu dan kerbau berumur dua tahun- Unta berumur lima tahun

29.7 Nyatakan waktu untuk melakukan ibadat korban Selepas naik mata hari atau solat hari raya korban hingga jatuh matahari hari tasyrik ketiga (13 Zulhijjah)

29.8 Nyatakan hukum membahagi daging sembelih korban

Page 13: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 13 -------------------------------------------------------------------------

- wajib disedekahkan kepada fakir miskin - harus dibuat jamuan untuk orang ramai termasuk orang kaya- haram diberi kepada orang kafir - Daging korban nazar haram dimakan oleh orang yang bernazar

29.9 Terangkan pembahagian daging korbanCara membahagikan daging korban1/3 bahagian disedekahkan kepada fakir miskin1/3 bahagian dimasak untuk jamuan1/3 bahagian dimakan oleh orang berkorban

29.10 Nyatakan sunat-sunat sembelihan korban- Membaca bismillah - Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad saw- Menggunakan alat sembelih yg paling tajam- Hendaklah berniat berkorban kerana Allah- Binatang yang hendak disembelih hendaklah dihadapkan ke kiblat- Bertakbir selepas melakukan sembelihan- Memilih binatang yang sihat

29.11 Jelaskan hikmat-hikmat sembelihan korban - Untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt.- Untuk mengingati peristiwa Nabi Ibrahim as. dan anaknya Nabi Ismail as yg sanggup

berkorban kerana menjalankan perintah Allah swt- Untuk mengeratkan persaudaraan dikalangan orang ramai dengan memberi sedekah dan

memberi makan.- Untuk melatihkan diri bersifat sanggup berkorban pada jalan kebaikan - Untuk mendidik individu Islam supaya berkorban harta dan nyawa demi menegakkan syiar

Islam

30 AKIKAH30.1 Terangkan pengertian akikah

Menyembelih ternakan tertentu (al-anam) kerana menyambut kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt

30.2 Nyatakan hukum akikah Sunnat Muakkad ke atas ibu bapa Wajib jika akikah bernazar

30.4 Nyatakan waktu melakukan ibadat akikahLebih afdal dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayiHarus pada bila-bila sahaja sehingga kanak itu baligh

30.5 Nyatakan kadar yang afdal bagi sembelihan akikah- Bagi kanak-kanak lelaki 2 ekor kembing atau dua bahagian daripada seekor lembu, atau kerbau atau unta- bagi kanak-kanak perempuan 1 ekor kambing atau sebahagian daripada seekor lembu, atau kerbau atau unta

30.6 Nyatakan syarat-syarat sah akikah- Binatang ternakan tertentu sahaja iaitu lembu dan kerbau, kambing biri-biri dan kibas serta

unta - Ternakan tersebut tidak cacat- Terrnakan tersebut cukup umur

Page 14: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 14 -------------------------------------------------------------------------

- Hendaklah lafaz niat akikah kerana Allah swt30.7 Nyatakan hukum pembahagian daging sembelihan akikah

- Tidak wajib disedekahkan- Sunat dimasak masakan manis- Sunat Ibuat jamuan- Sunat tidak mematah-matahkan tulang daging.

30.8 Terangkan sunat- sunat akikah- Membaca doa ketika hendak menyembelih- Melakukan penyembelihan ketika matahari sedang naik- Memasak daging akikah dengan masakan yang manis- Mencukur rambut bayi selepas upacara penyembelihan- Melakukan akikah pada hari yang ketujuh selepas kelahiran bayi

30.9 Jelaskan hikmat-hikmat akikah- Sebagai tanda kesyukuran kerana mendapat cahaya mata- Mengeratkan persaudaraan- Mendekatkan kanak-kanak yang baru lahir dengan perkara-perkara kebajikan - Menggalakkan orang-orang Islam melakukan amal kebaikan dan kebajikan

31 JUAL BELI (AL-BAI)31.1 Terangkan pengertian

Menukar barang dengan barang mengikut cara tertentu

31.2 Hukum Harus

31.3 Dalil

31.4 Maksud ayatAllah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba

31.5 Rukun- Penjual dan pembeli- Barang - Harga- Ijab dan kabul ialah persetujuan antara kedua-dua belah pihak pembeli dan penjual (akad)

31.6 Syarat penjual dan pembeli- Islam (kafir tidak sah)- Mukallaf iaitu berakal dan baligh (orang mabuk dan kanak-kanak tidak sah)- Hendaklah kemahuan sendiri(dipaksa tidak sah)- Merdeka (hamba abdi tidak sah)Tidak bengkrap atau yang ditahan hartanya

31.7 Nyatakan syarat barang- Bersih dan suci (barang najis tidak sah)- Berfaedah (tidak sah menjual sebiji padi)- Kepunyaan penjual atau wakilnya (harta orang waris / harta curi tidak sah)- Mengetahui jenis, kadar atau sifat barang jualan (tidak sah jual burung diudara)

Page 15: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 15 -------------------------------------------------------------------------

-31.8 Nyatakan syarat-syarat harga

- Bersih (barang tidak bernilai segi syarak seperti arak tidak sah)- Kepunyaan penbeli ( wang bukan kepunyaan pembeli tidak sah)- Harga itu mampu diserahkan oleh pembeli kepada penjual- Mengetahui jenis matawang yang digunakan)

31.9 Terangkan syarat-syarat akad Ijab kabul dalam jual beli- Tidak diselangi oleh perkataan yang lain- Bersamaan ijab dan kabul walupun berlainan lafaz- Tidak boleh ditaklik seperti aku jual rumah ini jika aku lulus peperiksaan STPM- Tidak boleh dihadkan masanya

31.10 Nyatakan jual beli yang dilarang dan tidak sah- Jual beli barang maksiat atau hasilnya yang mendatangkan keburukan ( salib, berhala,

minuman arak)- Jual beli barang yang tidak dimiliki dengan sempurna ( burung di udara, ikan di laut) –

tujuan tipu.- Jual beli buah-buahan yang ada di pokok kecuali nyata telah masak (buah putik atau masih

muda) – buah itu akan gugur/busuk.- Jual beli barangan yang sama jenis ( daging dengan daging- Jual beli bersyarat (aku jual kereta dengan harga RM 5,000.00 dengan syarat jualkan

kereta tuan kepada saya dengan haraga 25,000.00-

31.11 Nyatakan jual beli dilarang tapi sah- Jual beli monopoli – tujuan untuk menyekat orang lain daripada membeli barang tersebut- Membeli barang yang sedang dibeli oleh orang lain walaupun masih dalam tempoh

pilihannya- Jual beli secara manipulasi barang baik di atas barang tetapi dibahagian bawah adalah

baruk.- Jual beli barang halal tujuan untuk maksiat- Jual beli mengurangkan sukatan dan timbangan

31.12 Hikmat diharuskan jual beli

- Memenuhi keperluan harian manusia- Melahirkan sifat tolong menolong- Memberi kemudahan kepada manusia mendapat sesuatu keperluan hidup- Mengelakkan daripada kejadian yang tidak baik untuk mendapat sesuatu seperti curi,

samun- Dapat memilik sesuatu barang secara halal dan diredai Allah- Dapat meningkatkan ekonomi hidup

31.13 Hikmat dilarang jual beli secara haram- Untuk mengelakkan sebarang penipuan, penindasan- Supaya barang itu dapat diguna dan dimanfaatkan- Supaya penjual dan pembeli berpuas hati- Untuk mendapat keberkatan Allah

Page 16: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 16 -------------------------------------------------------------------------

- Untuk hapuskan sifat pentingkan diri sendiri

31.14 Akibat / kesan jika melaksanakan jual beli tidak berlandaskan syariat Islam- Berlaku penipuan, penindasan dan pergaduhan- Lahir individu yang amalberakhlak buruk- Akan berlaku inflasi akibat sorok barang

32 SEWA (AL-IJARAH32.1 Jelaskan pengertian sewa

Satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari suatu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan.

32.2 Nyatakan hukumHarus

32.4 Nyataka rukun- Penyewa dan pemberi sewa- Bayaran sewa- Manfaat

32.5 Jelaskan syarat-syarat sah Penyewa dan pemberi sewa- Berakal dan baligh- Kemahuan sendiri- Keadaan kedua-duanya tidak bersifat membazir-

32.6 Nyatakan syarat-syarat sah Bayaran- Bayaran dengan wang- Wang bayaran diketahui- Kedua-dua pihak mengetahuk kadar, jenis dan sifat keadaan bayaran tertentu.

32.7 Nyatakan syarat-syarat sah Manfaat- Berharga- Dapat diberikan oleh yang mengambil sewa- Diketahui kadar dan jangka masa

32.8 Bagaimanakah menamatkan kontrek jual beli- Barang yang disewa hilang atau musnah- Batal kontrak- Kontrek sewa tamat- Tidak menepati syarat-syarat kontrak- Barang yang disewa rosak

33 GADAIAN (AR-RAHNU)33.1 Terangkan pengertian gadaian

- Pada bahasaialah menahan sesuatu- Pada istilah syarak ialah sesuatu barang bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya

untuk mendapatkan pinjaman.

Page 17: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 17 -------------------------------------------------------------------------

-

33.2 Nyatakan rukun gadaian- Penggadai- Barang yang digadaikan- Barang yang diberikan kepada penggadai- Pemegang gadai- Ijab dan Kabul

33.3 Jelaskan syarat-syarat gadaian- Harta yang digadai sah untuk dijual beli - Orang yang menggadai dan yang menerima itu berakal dan baligh- Gadaian dibuat dengan kerelaan hati- Barang kepunyaan sendiri- Tidak boleh merugikan orang yang menggadai – barang gadai boleh dipakai- Tidak merugikan orang yang menerima gadai – tidak boleh menjual barang yang digadai

sedangkan tempuhnya telah sampai

33.4 Jelaskan perkara-perkara pembatal gadaian- Barang yang digadai diserah semula kepada penggadai- Penggadai telah membayar semua hutangnya- Pemegang gadai membatalkan dadaian walaupu tanpa pengetahuan penggadai- Penggadai meninggal dunia- Barang yang digadai rosak- Barang yang digadai telah disewa, dihebah atau disedekahkan kepada orang lain-

33.5 Terangkan hikmat gadaian- Memberi kemudahan kepada orang yang memerlukan bantuan- Memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang- Memudakan seseorang mendapakan hutang modal bagi memulakan perniagaan- Memberi peluang kepda umat Islam mengembangkan ekonomi- Melahirkan sifat kerjasama dan perasaan kasih sayang antara satu sama lain

34 SYARIKAT (AS-SYARIKAH)34.1 Terangkan pengertian syarikat

Pada bahasa ialah bercampur atau berkongsiPada istilah syarak ialah perjanjian perkongsian terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara dua pihak atau lebih.

34.2 Nyatakan hukum syarikat Harus

34.3 Nyatakan rukun syarikat- Ahli syarikat- Modal- Lafaz akad-

34.7 Nyatakan syarat ahli dalam syarikat- Berakal- Baligh- Merdeka- Kemahuan sendiri

Page 18: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 18 -------------------------------------------------------------------------

-

34.8 Jelaskan syarat-syarat modal syarikat- Meliputi harta dan kepakaran

34.9 Nyatakan syarat-syarat lafaz akad syarikat- Perkataan dalam akad hendaklah mengandungi erti izin untuk membelanjakan harta syarikit

34.10 Jelaskan perkara-perkara pembatal syarikat- Syarikat dibatalkan oleh salah seorang rakan kongsi- Kematiansalah seorang daripada ahli yang berkongsi- Salah seorang rakan kongsi menjadi murtad- Hilang kelayakan seperti gila yang berterusan

34.11 Jelaskan hikmat-hikmat- Salah satu cara memajukan ekonomi sesuatu bangsa dan negara- Dapat mengadakan perniagaan yang lebih besar yang tidak tertdaya dilakukan oleh orang

persaorangan- Dapat membimbing masyarakat untuk hidup berkerjasama diantara satu sama lin.- Mengeratkan hubungan sillaturrahim antara ahli-ahli syarikat- Memimpin masyarakat supaya sentiasa bersifat amanah dan jujur

34.12 Jelaskan perbezaan antara amalan gadaian Islam dengan amalan bukan IslamAmalan gadaian Islam Amalan bukan Islam

Barang gadaian tetap menjadi hak pemilik asal

Barang gadaian akan lupus sekirannya tidak ditebus dalam tempoh gadaian

Cara pembayaran termasuk kepada nilai barang dan upah

Cara pembayaran nilai barang termasuk faedah

Kesannya meringankan kesusahan Kesannya membebankan keranan membayar faedah dan terdapat unsur riba atau gharar

35 HUTANG35.1 Jelaskan pengertian hutang

Memberi sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang dan barang atau manfaat itu perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang itu akan membayar atau mengembalikan barang tersebut dengan jumlah yang sama

35.2 Nyatakan rukun berhutang- Penerima dan pemberi hutang- Barang yang diberi hutang- Sighah iaitu akad pemberian hutang

35.3 Jelaskan syarat-syarat berhutang- Penerima dan pemberi hutang

Hendaklah mengadakan saksi atau perjanjian bertulis sebagai satu bukti hutang- Barang yang diberi hutang

Hendaklah milik penuh pemberi hutang

Page 19: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 19 -------------------------------------------------------------------------

- Sighah iaitu akad pemberian hutangHutang tidak perlu lafaz penerimaan hutangJika tidak mampu membayar bila tiba tempoh maka hendaklah berunding dengan orang yang memberi hutang.

35.4 Terangkan perbezaan antara hutang dengan ribaHutang Riba

Pengertian:

Memberi sesuatu barang atau manfaat kepada seseorang, barang dan manfaat itu perlu dipulangkan apabila orang yang berhutang membayar hutang tersebu

Bayaran bunga atau pertambangan dalam urusan ual beli, hutang atau pinjaman

Hukum Harus HaramKesan:Tujuan

Ujud silaturarrahimMembantu orang susah

Ujud penindasanMengambil faidah dari kesusahan orang lain

Cara bayar Nilai tetap Nilai bertambah

35.5 Nyatakan hikmat-hikmat- Membantu golongan susah- Mengelak daripada sifat malas dan suka meminta-minta- Menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak- Memberi peluang golongan miskin membaiki taraf ekonomi mereka- Mengelak penindasanan pihak yang kaya kepada yang miskin

36 INSURAN (AT-TAKAFUL)36.1 Terangkan pengertian insuran

Satu faedah iaitu apabila satu kumpulan berikrar untuk mengumpul dan menggambling usaha serta sumber bai mengadakan pakatan untuk saling berkerjasama dan tolong menolong apabila ditimpa musibah.

36.2 Nyatakan hukum insuranHarus

36.3 Nyatakan jenis-jenis insuran- Insuran nyawa – memberi perlindungan risiko ke atas kematian atau hilang upaya- Insuran am – memberi perlindungan kepada mereka yang menghadapi kerugian

pendapatan atau harta-

36.4 Nyatakan prinsip-prinsip insuran- Pemegang polisi berkerjasama antara satu sama lain bagi mengadakan manfaat bersama- Insuran adalah satu perjanjian bantu membantu di kalangan pemegang polisi- Insuran adalah satu bentuk perjanjian berkerjasama memberi sumbangan yang bertujuan

meringankan kerugian yang ditanggung oleh ahli- Tiada unsur ketidak pastian pada bayaran sumbangan dan menfaat- Bertujun untuk meberi keuntungan yang saksama dikalangan ahli- Menjamin dan melindungi antara satu sama lain daripada kehilangan atau kerugian akibat

ditimpa musibah ata bencana

36.5 Nyatakan tujuan-tujuan- Untuk membantu pihak yang ditimpa musibah yang memerlukan sejumlah manfaat

keuntungan sebagai pampasan bagi meringankan kerugian atau penderitaan yang ditanggug

- Untuk mendapat segala kemudahan perlindungan berupa manfaan pampasan atau ganti

Page 20: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 20 -------------------------------------------------------------------------

rugi jika ditakdirkan sesuatu musibah menimpa diri atau harta benda yang mengakibatkan kerugian atau kehilangan

- Supaya pemilik kenderaan berasa terjamin dengan sumber kewangan yang dapat membiayai kos membaiki kenderaan yang rosak apabila terlibat dengan kemalangan.

36.6 Nyatakan perkara-perkara perlu dielakkan dalam insuran- Unsur gharar – tidak jelas - perjanjian dan kontrak yang dipersetujuan oleh kedua-dua

pihak itu jelas dan nyata tentang perkara yang diakadkan - Unsur judi – asal usul pampasan k hendaklah jelas – dari perniagaan judi – tuntutan

berdasarkan nasib untung atau rugi- Unsur riba - akibat perniagaan bertangguh

37 SAHAM (AS-SAHMU)37.1 Terangkan pengertian saham

- Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan

37.2 Nyatakan sumber modal- Pemegang saham- Peminjam- Kadar tertentu daripada keuntungan syarikat

37.3 Terangkan syarat pelaburan saham menurut Islam- Saham mestilah bebas daripada unsur riba.- Elakkan diri daripada saham yang mempunyai pelaburan dalan industri perjudian atau

perkara haram- Saham yang dibeli mestilah tiada unsur spekulasi- Pelaburan saham bukanlah didalam syarikat koperat atau perdagangan yang b erurus

niaga dalam perkara haram- Saham mestilah bukan dari jenis yang dilaburkan dalam akaun simpanan tetap atau

simpanan biasa dalam bank konvesional- Tidak mempunyai dividen yang yang tetap-Kepentingan saham- Dapat menambahkan pendapatan individu- Dapat mempertingkatkan ekonomi negara- Satu pihak dapat berkongsi untung daripada pembelian saham- Dapat memperkukuhkan kewangan syarikat- Untuk memajukan dan membangunkan sesebuah syarikat

Perbezaan saham diharus dengan saham yang dilarang- Berlandaskan syariat Islam - Tidak berlandaskan Islam- Pelaburan dalam perusahan yang halal - Tidak mementingkan perkara halal dan

haram- Tidak mengandungi unsur penipuan - Terdapat unsur penipuan- Jenis pelaburan jelas - Jenis pelaburan tidak jelas- Tidak bercampur dengan perniagaan

haram- Bercampur dengan perniagaan haram

Nyatakan perbezaan antara saham (yang diharuskan) dengan simpananSaham (yang diharuskan) Simpanan

- Berisiko tinggi - Berisiko rendah- Diurusniagakan di Bursa Saham - Disimpan di bank-bank perdagangan- Pulangan dalam bentuk dividen - Pulangan dalam bentuk faedah

Page 21: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 21 -------------------------------------------------------------------------

20 TAHALLUL

20.1 Pengertian:ialah keluar daripada ihram haji atau Umrah setelah mengerjakan ibadat tertentu dan boleh melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram

20.2 Jenis-Tahallul awal iaitu keluar daripada ihram haji setelah selesai menunaikan dua daripada tiga ibadat tersebut iaitu melontar di Jamrah Aqabah,Tawaf Rukun dan bercukur

-Tahallul Thani iaitu keluar daripada ihram Haji setelah selesai menunaikan ketiga-tiga ibadat tersebut iaitu melontar di Jamrah Aqabah, Tawaf Rukun dan bercukur

20.3 Perkara yang haram setelah tahallul awal-Percumbuan sebelum persetubuhan-Melakukan persetubuhan dan -Akad nikah

20.4 Halal Selepas tahallul Thani Semua perkara yang haram semasa ihram menjadi halal dilakukan

20.5 Hikmat Tahallul -Memberi kelonggaran kepada jemaah haji supaya tidak menunggu masa yang lama untuk

meninggalkan perkara yang dilarang-Supaya jemaah haji dapat menumpukan amalan haji dengan sepenuh nya-Mendisiplinkan diri semasa beribadat kepada Allah swt

21 NAFAR

21.1 Pengertian:Meninggalkan Mina dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi

21.2 Jenis Nafar Nafar awal - Ialah meninggalkan Mina selepas gelincir matahari pada 12 Zulhijjah dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi

Nafar thani - Ialah meninggalkan Mina selepas selesai melontar Jamrah pada 13 Zullhijjah

Syarat nafar awal-Keluar dari Mina selepas gelincir matahari dan sebelum jatuh matahari pada 12 Zulhijjah -Selepas melontar ke ketiga-tiga jamrah pada 12 Zullhijjah-Niat tidak akan kembali lagi ke Mina-telah bermalam pada 11 Zulhijjah dan 12 Zullhijjah.

Hikmat

-Menolong jemaah haji yang uzur menyelesaikan ibadat haji dengan cepat-Memberi kelonggaran kepada para jemaah haji yang mempunyai urusan lain-Memberi peluang kepada para jemaah haji memendekkan waktu ibadat haji kerana sebab-sebab yang tertentu.

UPAH HAJI

Maksud

Page 22: Ibadat T4

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 22 -------------------------------------------------------------------------

- Melakukan ibadat haji bagi pihak orang lainHukumHarus dilakukan sekiranya seseorang itu memenuhi syarat-syarat wajib haji tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana sebab-sebab tertentu.

Orang yang boleh menerima upah-warisnya-Orang lain

Sebab yang mengharus haji diwakilkan kepada orang lain-Telah meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan haji sedangkan berkemampuan sebelumnya

-Tidak berkeupayaan fizikal untuk mengerjakan haji seperti terlalu tua atau berpenyakit yang tiada harapan sembuh

Hikmah mengupah haji-Memberi peluang kepada orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dapat mengupah

orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya-Orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi

pihaknya-Memberi peluang kepada anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibu bapa atau

keluarga yang telah meninggal dunia