i web viewdalam kita mengejar mentaliti kelas pertama, nilai-nilai murni adalah pelengkapnya...

3
TEKS PIDATO : PEMBENTUKAN SAHSIAH REMAJA TANGGUNGJAWAB BERSAMA Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum. Salam sejahtera, salam mesra dan sambutlah salam 1 Malaysia. Yang saya hormati saudari pengerusi, barisan guru yang penuh berintegriti, komponen kepimpinan pengawas sekolah yang segak menerajui kredibiliti seterusnya rakan – rakan pelajar tonggak aspirasi murni. Hari ini, saya ingin mengajak anda semua untuk sama – sama kita percaya bahawa ‘Pembentukan Sahsiah Remaja Tanggungjawab Bersama’. Saudara dan saudari, pembentukan sahsiah remaja ialah satu proses mendidik akhlak golongan muda manakala frasa tanggungjawab bersama merujuk kepada peranan yang dapat kita mainkan dalam hal ini. Tuntasnya, ‘Pembentukan Sahsiah Remaja Tanggungjawab Bersama’ menuntut kita untuk berbicara dari hati ke hati tentang harga yang perlu dibeli dalam memastikan kesyumulan golongan muda yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara nanti. Justeru, saya telah cerakinkan pidato ini kepada tiga komponen utama. Yang pertama ialah kepentingan didikan agama. Kedua, pemurnian media massa dan yang ketiga, pengasimilasian nilai murni dalam sistem pendidikan hari ini. Hadirin yang dihormati, Cabaran wawasan 2020 yang ke-4 adalah untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika tinggi, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan serta didorong oleh tahap etika paling tinggi. Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya ‘Pendidikan Anak – anak dalam Islam’ pula menekankan bahawa pembentukan peribadi anak – anak perlu ditunjangi dengan pendidikan keimanan. Lantas, apa tunggu lagi? Kita lengkapkan anak – anak dengan ilmu ukhrawi, supaya ilmu ini dapat menjadi banteng, ummah

Upload: vanliem

Post on 05-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: i   Web viewDalam kita mengejar mentaliti kelas pertama, nilai-nilai murni adalah pelengkapnya ibarat isi dengan kuku, irama dengan lagu, cinta dengan rindu

TEKS PIDATO : PEMBENTUKAN SAHSIAH REMAJA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Bismillahirrahmanirahim,

Assalamualaikum. Salam sejahtera, salam mesra dan sambutlah salam 1 Malaysia. Yang saya hormati saudari pengerusi, barisan guru yang penuh berintegriti, komponen kepimpinan pengawas sekolah yang segak menerajui kredibiliti seterusnya rakan – rakan pelajar tonggak aspirasi murni.

Hari ini, saya ingin mengajak anda semua untuk sama – sama kita percaya bahawa ‘Pembentukan Sahsiah Remaja Tanggungjawab Bersama’. Saudara dan saudari, pembentukan sahsiah remaja ialah satu proses mendidik akhlak golongan muda manakala frasa tanggungjawab bersama merujuk kepada peranan yang dapat kita mainkan dalam hal ini. Tuntasnya, ‘Pembentukan Sahsiah Remaja Tanggungjawab Bersama’ menuntut kita untuk berbicara dari hati ke hati tentang harga yang perlu dibeli dalam memastikan kesyumulan golongan muda yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara nanti. Justeru, saya telah cerakinkan pidato ini kepada tiga komponen utama. Yang pertama ialah kepentingan didikan agama. Kedua, pemurnian media massa dan yang ketiga, pengasimilasian nilai murni dalam sistem pendidikan hari ini.

Hadirin yang dihormati,

Cabaran wawasan 2020 yang ke-4 adalah untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral  dan beretika tinggi,  yang mana warganegaranya kukuh dalam  nilai agama, dan kejiwaan serta didorong oleh tahap etika paling tinggi. Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya ‘Pendidikan Anak – anak dalam Islam’ pula menekankan bahawa pembentukan peribadi anak – anak perlu ditunjangi dengan pendidikan keimanan. Lantas, apa tunggu lagi? Kita lengkapkan anak – anak dengan ilmu ukhrawi, supaya ilmu ini dapat menjadi banteng, ummah yang berakhlak daripada menyeleweng, agar mereka dapat membezakan antara yang baik mahupun yang jelik, antara yang manfaat mahupun yang mudarat.

Sidang pendengar yang dekat di hati,

Seandainya kita teliti realiti hari ini, remaja menjadi liar kerana mereka disogokkan dengan pelbagai filem dari dalam mahupun luar negara yang berunsurkan keganasan, pergaulan bebas dan lucah. Siapa peduli dengan nilai – nilai murni sejagat ? Siapa peduli dengan budaya Timur yang kita junjung dari abad ke abad? Siapa kisah kalau sahsiah remaja semakin tenat? Persetankan saja Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002, kita terbitkan filem yang menjulang budaya bohsia. Solusinya mudah hadirin, haramkan sahaja filem yang bertentangan dengan kesopanan awam dan gantung lesen pengarah, penerbit serta pelakon yang enggan memahami apa itu nilai moral. Manusia tidak akan mati tanpa hiburan, namun penghibur mungkin mati andainya tidak mendapat sambutan kerana itulah sumber pendapatan mereka, itulah periuk nasi mereka.

Page 2: i   Web viewDalam kita mengejar mentaliti kelas pertama, nilai-nilai murni adalah pelengkapnya ibarat isi dengan kuku, irama dengan lagu, cinta dengan rindu

Hadirin,

Kita beranjak pula ke prima kata saya yang ketiga dan yang terakhir iaitu pengasimilasian nilai murni dalam sistem pendidikan hari ini. Pujangga Melayu selalu berpesan;

Tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi rumah binasa,Tegak bangsa kerana budi, runtuh budi runtuhlah bangsa.

Dalam kita mengejar mentaliti kelas pertama, nilai-nilai murni adalah pelengkapnya ibarat isi dengan kuku, irama dengan lagu, cinta dengan rindu. Maka, demi mengubah mentaliti masyarakat 1Malaysia agar menjiwai nilai-nilai murni, subjek Sivik dan Kewarganegaraan kita mantapkan, kempen budi bahasa kita jayakan, budaya integriti kita amalkan bahkan pembinaan sahsiah kita pergiatkan di semua institusi pendidikan, semuanya atas kesedaran bahawa apalah gunanya ketinggian akal fikir manusia tanpa keluhuran budi dan bahasa.

Ya, hadirin sekalian. Secara tuntasnya, tanggungjawab dalam membentuk sahsiah remaja mampu kita laksanakan bersama melalui pendidikan agama, revolusi media massa dan akhir sekali transformasi sistem pendidikan negara.  Apabila kesemua ramuan ini mampu kita adun bersama-sama, pasti kita mampu membentuk komuniti muda yang syumul dalam semua aspek kehidupan. Benarlah, bahawa pembentukan sahsiah remaja tanggungjawab bersama. Sekian, terima kasih.