hukum membaca dan menyentuh kitab suci al

Upload: nurul-faizah-umar

Post on 06-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Hukum Membaca Dan Menyentuh Kitab Suci Al

    1/7

    HUKUM MEMBACA DAN MENYENTUH KITAB SUCI AL-QURAN KETIKA HAID

    DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG

    I. HUKUM MEMBACA AL-QURAN

    Ulamak bersepakat bahawa wanita haid harus berzikir dengan beristighfar, bertasbih, bertahmid,

    bertahlil dan lain-lain. Adapun membaca (tilawah) al-Quran, mereka berbeza pandangan.

    Imam Abu Hanifah, Ahmad dan asy-Syafiiy di dalam salah satu riwayat darinya berpendapat haram bagi

    wanita haid membaca al-Quran. Dalil mereka:

    1. Hadis yang diriwayat dari Ibn Umar RA dari Nabi SAW, baginda telah bersabda maksudnya: Orang

    yang berjunub dan wanita haid tidak harus membaca sedikitpun daripada al-Quran. Riwayat Abu Daud,al-Tirzimi dan Ibn Majah.

    2. Qias kepada orang yang berjunub. Kebanyakan ulamak berpendapat orang yang berjunub haram

    membaca al-Quran berdasarkan apa yang diriwayat oleh Ali RA, beliau berkata maksudnya: Rasulullah

    SAW keluar selepas menunaikan hajatnya (hadas kecil), lalu membaca al-Quran dan makan daging

    bersama dengan kami. Tiada suatupun yang menghalangnya dari membaca al-Quran kecuali junub.

    Menurut riwayat al-Tirmizi : Rasulullah SAW membacakan al-Quran kepada kami dalam semua keadaan

    selagi mana baginda tidak dalam keadaan junub. Mereka berkata, junub adalah hadas. Haid pula lebih

    besar hadasnya kerana wanita yang datang haid tidak boleh berpuasa selagi darah tidak berhenti.

    Sedangkan orang yang berjunub boleh berpuasa. Wanita haid juga tidak boleh menunaikan solat dan

    tidak boleh disetubuhi. Maka apa yang tidak harus dilakukan oleh orang yang berjunub kerana

    hadasnya, orang yang didatangi haid lebih-lebih lagi tidak harus.

    Imam Malik, berpendapat orang yang didatangi haid tidak haram membaca al-Quran tetapi haram bagi

    orang yang berjunub. Alasannya ialah hari-hari haid adalah lama. Sekiranya wanita haid ditegah

    membaca al-Quran kita bimbang ia akan lupa. Salah satu riwayat dari Imam asy-Syafiiy dan satu riwayat

    dari Imam Ahmad juga berpendapat tidak haram. Pendapat ini turut dipersetujui oleh Imam Ibn

    Taimiyah. Beliau telah mengemukakan beberapa dalil. Anataranya:

    1. Tidak ada satu dalil pun, sama ada al-Quran atau as-Sunnah yang menegah wanita haid membaca al-

    Quran. Hadis yang diriwayatkan dari Ibn Umar adalah tidak sahih di sisi semua ahli Hadis kerana Hadistersebut diriwayatkan oleh Ismail bin Iyasy dari Musa bin Uqbah dari Nafi dari Ibn Umar. Hadis -hadis

    Ismail dari Ahli Hijaz banyak berlaku kesilapan.

    2. Ramai wanita yang datang haid pada zaman Nabi SAW. Sekiranya haram bagi mereka membaca al-

    Quran seperti solat tentulah Nabi SAW akan menerangkannya kepada umatnya serta diajar oleh

  • 8/2/2019 Hukum Membaca Dan Menyentuh Kitab Suci Al

    2/7

    Ummahat al-Mukminin dan perkara ini pastinya diketahui oleh ramai orang. Oleh kerana tiada larangan,

    sedangkan kedatangan haid seringkali berlaku ketika hayat baginda, nyatalah ia tidak haram.

    Imam al-Bukhariy berkata: menurut pendapat Ibrahim, tidak mengapa wanita haid membaca al-Quran.

    Beliau juga berpendapat orang berjunub juga tidak mengapa membaca al-Quran. Sesungguhnya Nabi

    SAW berzikir mengingati Allah dalam semua keadaan. Ummu Atiyyah berkata: Kami di perintahkanmembawa wanita haid keluar (ke tempat solat hari raya). Mereka ikut bertakbir dan berdoa dengan para

    jamaah. Imam Ibn Hajar mengulas kata-kata al-Bukhari di atas bahawa maksud al-Bukhari ialah haid

    dan janabah (junub) tidak menghalang ibadah dan sah bagi mereka beberapa ibadah badaniyah seperti

    zikir dan lain-lain. Oleh kerana membaca al-Quran adalah satu zikir, maka ia adalah sama dengan zikir

    yang lain. Sekiranya membaca al-Quran itu taabbud, maka ia memerlukan dalil khusus mengenainya.

    Tetapi tidak ada satu Hadis pun yang sahih (di sisi Imam al-Bukhariy) mengenai larangan membacanya

    ketika haid dan junub. Meskipun terdapat Hadis-hadis yang dijadikan dalil oleh pihak lain, kebanyakan

    Hadis-hadis itu boleh diberbahaskan atau boleh ditakwil. Lantaran itu Imam al-Bukhariy dan Imam-imam

    lain seperti at-Tobariy, Ibn al-Munzir dan Daud az-Zohiriy yang berpendapat harus membacanya

    berpegang kepada Hadis yang bermaksud: Nabi SAW berzikir mengingati Allah dalam semua keadaan.Zikir adalah umum, meliputi membaca al-Quran dan lain-lain. Hanya uruf sahaja yang membezakannya.

    II. HUKUM MENYENTUH KITAB SUCI AL-QURAN

    Jumhur berpendapat wanita haid dan orang yang berjunub tidak harus menyentuh al-Quran dan

    membawanya. Dalil mereka ialah:

    1. Firman Allah SWT bermaksud:

    Bahawa sesungguhnya itulah Al-Qur'an yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan). Yang

    tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara. Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk

    yang diakui bersih suci. Al-Qur'an itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. [Al-Waqiah : 77-80]

    Imam an-Nawawiy berkata, di dalam ayat di atas Allah SWT menyifatkan Qur'an itu diturunkan dari

    Allah Tuhan sekalian alam. Ini jelas menunjukkan ia merujuk mushaf yang ada pada kita, bukan yang

    berada di Luh Mahfuz.

    2 Hadis yang diriwayat dari Abi Bakr bin Muhammad bin Amru bin Hazm dari ayahnya dari datuknya,

    bahawa Nabi SAW telah menulis sepucuk surat kepada penduduk Yaman. Antara kandungan surat itu

    tertulis: Tidak menyentuh al-Quran kecuali orang yang suci. Riwayat al-Athram dan ad-Daruqutniy.

    Ketika mengulas Hadis ini, Imam asy-Syaukaniy berkata: Hadis ini menunjukkan bahawa mushaf tidak

    boleh disentuk kecuali orang yang suci. Tetapi ungkapan orang yang suci mengandungi banyak makna.

    Kadang-kadang ungkapan itu bermaksud orang yang beriman seperti firmanNya yang bermaksud:

  • 8/2/2019 Hukum Membaca Dan Menyentuh Kitab Suci Al

    3/7

    Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya orang musyrik itu najis,....... [At -Taubah : 28] Di dalam

    sepotong Hadis Nabi SAW berkata kepada Abu Hurairah maksudnya: Mukminitu tidak najis.

    Makna lain bagi ungkapan orang yang suci ialah orang yang tidak berhadas sama ada hadas kecil atau

    hadas besar dan orang yang di badannya tiada najis sama ada najis hissiy (najis yang nyata) atau najis

    hukmiy (najis yang tidak nyata). Ungkapan yang mengandungi pelbagai pengertian tidak bolehdiputuskan pengertian mana yang mesti dipegang tanpa dalil lain yang menyokongnya. Dalam bab ini

    telah berlaku persepakatan ulamak bahawa tidak harus bagi mereka yang berhadas besar menyentuh al-

    Quran. Yang tidak selari dengan persepakatan ini hanyalah Daud az-Zohiriy.

    Walaubagaimana pun ulamak Mazhab Malikiy mengecualikan guru dan pelajar. Mereka berkata harus

    bagi guru dan pelajar menyentuh dan membawa al-Quran. Ulamak Mazhab Hanafiy berkata harus

    menyentuh al-Quran yang diletak di dalam sarungnya.

    http://zaadut-taqwa.blogspot.com/2007/12/hukum-membaca-dan-menyentuh-kitab-suci.html

    Dr Yusuf Al-Qardhawi: Hukum Pengambilan Upah Dalam Mengajar Al-Quran

    Para ulama berselisih pendapat tentang boleh atau tidak mengambil upah dari mengajar Al-

    Quran. Sebahagian ulama berpendapat boleh mengambil upah dari mengajarkan Al Quran

    berdasarkan dalam sahih Bukhari:

    Yang paling berhak untuk kalian ambil upahnya adalah mengajar Kitab Allah[1]

    Dan ada yang mengatakan: jika ditentukan jumlahnya, maka tidak boleh. Pendapat ini dipilih

    oleh Al Halimi. Abu Laits berkata dalam kitab Al Bustan[2]

    Mengajar dilakukan dengan tiga bentuk:

    Pertama: dengan tujuan untuk beribadah saja, dan tidak mengambil upah.

    Kedua: mengajar dengan mengambil upah.

    Ketiga: mengajar tanpa syarat, dan jika ia diberikan hadiah ia menerimanya.

    Yang pertama mendapatkan pahala dari Allah SWT, kerena itu adalah amal para Nabi a.s.

    Kedua diperselisihkan. Sebahagian ulama mengatakan: tidak boleh, dengan dalil sabda

    Rasulullah SAW:Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat [3].Sementara sebahagian ulama

    lain berkata: Boleh. Mereka berkata: yang paling utama bagi seorang pengajar adalah tidak

    menentukan bayaran untuk menghafaz dan mengajar, dan jikapun ia menentukan bayaran itu

    maka aku harapkan agar tidak dilarang, kerana ia memerlukanya [kemaslahatan].

    http://zaadut-taqwa.blogspot.com/2007/12/hukum-membaca-dan-menyentuh-kitab-suci.htmlhttp://zaadut-taqwa.blogspot.com/2007/12/hukum-membaca-dan-menyentuh-kitab-suci.htmlhttp://zaadut-taqwa.blogspot.com/2007/12/hukum-membaca-dan-menyentuh-kitab-suci.html
  • 8/2/2019 Hukum Membaca Dan Menyentuh Kitab Suci Al

    4/7

    Sedangkan yang ketiga: dibolehkan oleh seluruh ulama kerana Nabi Saw adalah pengajar

    manusia, dan beliau menerima hadiah mereka. Dan dengan dalil tentang seseorang yang

    disengat haiwan berbisa, kemudian dibacakan surah Al Fatihah oleh sebahagian sahabat, dan

    orang itu selanjutnya memberikan hadiah beberapa ekor kambing atas perbuatan sahabat itu,

    dan setelah mengetahui itu Nabi Muhammad Saw bersabda:

    Berikanlah aku bahagian dari hadiah itu [4] [5]

    Dalam hadits lain Rasulullah SAW membolehkan pengajaran itu dijadikan sebagai mas kahwin

    bagi seorang wanita. Iaitu saat Nabi Muhammad Saw memerintahkan sahabat itu untuk mencari

    sesuatu yang dapat dijadikan mas kahwin bagi sahabat itu, hingga sebentuk cincin dari besi

    sekalipun. Kemudian Rasulullah SAW menanyakan surah apa yang ia boleh dibaca. Ia

    memberitahukan beberapa surah yang ia hafaz. Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda kepada

    sahabat itu:

    Pergilah, aku telah sahkan perkawinanmu dengan mas kawin mengajar Al Quran yang engkau

    hafaz [6]

    Ertinya dengan pengajaran Al Quran yang engkau lakukan kepada wanita itu.

    Ini semua adalah dalam masalah pengajaran Al Quran. Sedangkan membacanya tidak boleh

    menarik upah, kerana hukum asal dalam membacanya adalah ibadah, dan dasar bagi seorang

    yang beribadah adalah agar ia beribadah bagi dirinya, maka bagaimana mungkin ia kemudianmengambil upah kepada orang lain dari ibadah yang ia lakukan kepada Rabb-nya, sementara ia

    mengerjakan itu semata untuk mendapatkan pahala dari Allah SWT?!

    Abdurrahman bin Syibl meriwayatkan dari Nabi Saw, bahwa beliau bersabda:

    Bacalah Al Quran, amalkanlah isinya, jangan kalian menjauh darinya, jangan berlaku khianat

    padanya, jangan makan dengannya, dan jangan mencari kekayaan dengannya [7]

    Imran bin Husain meriwayatkan dari Nabi Muhammad Saw beliau bersabda:

    Bacalah Al Quran dan mintalah kepada Allah SWT dengan Al Quran itu, sebelum datang

    kelompok manusia yang membaca Al Quran, kemudian meminta [upah] kepada manusia dengan

    Al Quran[8]

    Sedangkan jika pembaca Al Quran diberikan sesuatu sedeqah, atau pemberian, maka tidak

  • 8/2/2019 Hukum Membaca Dan Menyentuh Kitab Suci Al

    5/7

    mengapa jika ia menerimanya, insya Allah.

    Tamat petikan.

    Bagi penulis lebih cenderung dengan pendapat kedua dan ketiga. Ia bukan sahaja boleh merujuk

    upah mengajar al-Quran tetapi kepada semua pengambilan upah seperti mengajar al-Quran,

    Ilmu agama, Imam, Muazzin dan sebagainya. Ini berdasarkan apa yang difatwakan oleh Majma

    al-Fiqh al-Islami [9] iaitu:

    Jika tidak mengambil upah, nescaya meraka tidak akan mempunyai sumber untuk menyara

    kehidupan mereka. Jika perkara itu berlaku, agama Islam akan semakin dilupakan. Oleh itu,

    untuk menjaga kesinambungan agama Islam, para ulama Mazhab Hanafi telah membenarkan

    golongan ini mengambil upah. Para ulamak dari pada pelbagai mazhab juga telah mengambil

    pendapat ini demi menjaga kemaslahatan agama.

    Ustaz Maszlee Malik mengatakan ulamak yang mengharamkan perbuatan itu kerana ia termasuk

    dalam amal ibadah dan tidak boleh diberikan upah. Pendapat ini disokong oleh polisi negara

    islam terdahulu yang menyara para pengajar al-Quran, fardu ain, fardu kifayah, imam, muazzin

    dan sebagainya. Namun begitu, pendapat ini tidak lagi relevan apabila negara-negara Islam

    moden sudah tidak lagi menanggung mereka. [10]

    Wallahua'lam

    Sumber : al-ahkam.net

    Logged

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.

    Penal Utama Baitul Muslim

    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7949.0

    Hukum Mengambil Upah Mengajar al-Quran

    Posted bymohd masridi Mei 9, 2007

    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7949.0http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7949.0http://the-authenthic.blogspot.com/http://the-authenthic.blogspot.com/http://the-authenthic.blogspot.com/http://www.facebook.com/share.php?u=http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7949.msg77325http://www.facebook.com/share.php?u=http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7949.msg77325http://the-authenthic.blogspot.com/http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7949.0
  • 8/2/2019 Hukum Membaca Dan Menyentuh Kitab Suci Al

    6/7

    Oleh Mohd Fikri Alamghiri.

    Imam Ibnu Rushd al Hafid menjelaskan: Adapun meminta upah untuk mengajarkan al-Quran, sekelompok fuqaha berselisih dengan memakruhkannya , namun sebahagian yang

    lain mengharuskannya. Mereka yang mengharuskannya telah mengqiaskan pada amalan

    yang lain dan berhujah dengan apa yang diriwayatkan oleh Kharijah Bin al-Somit dari bapa

    saudaranya beliau berkata:

    Aku telah menerima Islam dari sisi Nabi saw. Setelah selesai aku pun pulang. Di perjalananaku telah melalui sebuah perkampungan. Di situ terdapat seorang lelaki yang terkena

    penyakil gila dengan tubuh badannya telah dirantai. Lalu salah seorang dan keluarganyaberkata: Sesungguhnya aku telah mendengar berita bahawa kamu ini telah datang darilelaki (Nabi saw) membawa kebaikan. Jadi, adakah sesuatu yang telah anda dapati untuk

    merawat si malang ini ?. Maka aku katakan kepada mereka: YA Lalu aku punmenjampikannya dengan surah al Faatihah selama 3 hari setiap pagi dan petang.

    Dengan izin Allah lelaki tersebut pulih seperti sediakala. Keluarga lelaki itu kemudiannyamenghadiahkan kepada aku seratus ekor kambing. Aku berkata kepada mereka: Jangan

    sehinggalah aku bertanyakan hal ini kepada Nabi saw terlebih dahulu. Aku kemudiannyaterus pergi berjumpa Rasulullah S.A.W. dan menceritakan segala yang telah berlaku.Rasulullah S.A.W. kemudiannya bersabda:Adakah engkau (telah menambah dengan apa-

    apa jampi lain) selain dari (surah al Fatihah) itu ?"Tidak! Jawabku. Seterusnya Rasulullah

    S.A.W. bersabda: Ambillah kambing-kambing tersebut, demi umurku, (adalah haram samasekali barangsiapa yang memakan hasil dari) jampi yang batil (tidak betul).Sesungguhnya kamu telah memakan hasil jampi yang hak (benar).

    Hadits yang diriwayatkan daripada Abu Saed Al-Khudri, beliau berkata:

    Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam mengutus kami dalam suatu peperangan, lalu kami

    singgah berhenti pada suatu kaum. Kemudian kami meminta kepada mereka agar menjamu

    kami. Tetapi mereka enggan menjamu kami. Lalu ketua mereka disengat (kalajengking).Mereka pun datang berjumpa kami.Lalu mereka berkata: Adakah di antara kamu sesiapa yang boleh menjampi untukmengubat sengatan kalajengking? Aku (Abu Saed) berkata: Ya, tetapi aku tidak akan

    menjampinya sehingga kamu memberikan kambing kepada kami. (Salah seorang kaumitu) berkata: Sungguh, saya akan memberikan kepada kamu tiga puluh ekor kambing.Kami pun bersetuju, kemudian aku membacakan kepadanya Al-Hamdulillah (Al-Fatihah)

    sebanyak tujuh kali. Setelah itu ketua kaum itu pun sembuh dan kami menerima kambing.Dia (Abu Saed) berkata: Lalu timbul sesuatu dalam fikiran kami, kemudia kami berkata:Janganlah tergesa-gesa sehingga kamu menghadap Rasulullah Shallallahu alaihi

    wasallam. Dia (Abu Saed) berkata: Apabila kami datang menghadap RasulullahShallallahu alaihi wasallam aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku

    lakukan. Baginda Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Bagaimana kamu tahu bahawa

    (surah Al-Fatihah) itu adalah jampi? Terimalah kambing itu dan berilah aku bahagianbersamamu.

  • 8/2/2019 Hukum Membaca Dan Menyentuh Kitab Suci Al

    7/7

    Adapun mereka yang memakruhkan upah dalam pengajian al-Quran, mereka berpendapat

    bahawa ia seperti mengambil upah dalam mengajar solat bahkan upah yang disebutkan itu

    adalah dalam hal jampi sama ada jampi dengan ayat al-Quran atau pun selainnya. Memintaupah padanya di sisi kami adalah harus seperti menerima rawatan, sebahagian lain pulaberpendapat hal mendapatkan rawatan itu bukanlah hal yang wajib kepada semua manusia,tetapi mengambil upah mengajar al-Quran adalah WAJIB kepada semua orang.

    Jld 2 m/s 168 -169

    Kitab Bidayah Al-Mujtahid Wa Nihayah Al-Muqtasid Ibn Rushd Al-Hafid (W595h)

    Jika kita rujuk pula kitab badaie al-Sonaie fi Tartib al-Syaraie juzuk 4 halaman 191 yangditulis oleh Alauddin al-Kasani al-Hanafi (w587h) seperti berikut.

    Meminta upah untuk berpuasa dan solat (sebagaimana kerja sesetgh ahli Syiah) adalah

    tidak sah (puak ASWJ menolak perilaku tersebut) kerana ia adalah fardhu ain (pada setiapmukallaf), tidak sah juga meminta upah dalam mengajarkan ilmu kerana ilmu itu fardhuain, begitu juga tidak sah dalam mengajarkan al-Quran di sisi kami, (Hanafi) namun IMAM

    AL-SYAFIE berkata: Mengambil UPAH dalam mengajarkan al-Quran adalah HARUS, keranameminta UPAH pada kerja yang diketahui dengan kadar yang dimaklumi, maka hukumnyaHARUS!!

    Al-Hakam bin Utaibah berkata : Tidak aku ketahui seseorang pun (dari kalangan sahabatdan tabien) yang memakruhkan untuk mengupah seorang guru. Dan apa yang SAHIH dari

    Atho dan Abi Qilabah adalah HARUS mengupah guru untuk mengajar al-Quran. Al-Hasan

    (al-Basri) dan Alqamah di dalam satu pendapat mereka turut mengHARUSkan memberiupah dalam kerja menyalin al-Quran.

    Sila rujuk Kitab al-Muhalla karya Ibn Hazm (w456h) juzuk 8 m/s 196.

    Akhir sekali kita ambil penjelasan dari kitab Tuhfatul Ahwazi karya Abd Rahman al-Mubarakfuri dalam juzuk 6 m/s 191:

    Imam al-Syafie memberi izin bagi guru yang mengajarkan al-Quran diambil upahnya.

    Sependapat dengan al-Syafie beberapa Imam lain seperti Imam Malik, Ahmad, Ishaq (ibnRahawaih), Abu Tsaur dan selain mereka dari kalangan ulama SALAF dan para ulama

    selepas mereka. Ulama yang menCEGAH perbuatan tersebut hanyalah Imam Abu Hanifahyang mengharuskannya hanya di dalam jampi sahaja (berpaksikan hadis di atas)

    sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitab syarah Muslimnya. Dan

    berkata pula Imam al-Hafiz (Ibn Hajar) sesungguhnya dinaqalkan daripada Iyadh (al-QadhiIyadh al-Maliki) diharuskan mengambil upah dari mengajarkan al-Quran dari SELURUHULAMA kecuali ulama Hanafi sahaja.

    Intaha! wassalam

    http://soaljawab.wordpress.com/2007/05/09/hukum-mengambil-upah-mengajar-al-quran/